meh!follow saya

Friday 29 March 2013

Cinta si Cleaner bab 9&10


CINTA SI CLEANER

[part 9]

By:Lela Vanila

“Nah!”

Tengku Danial menghulurkan sebatang mop,sehelai kain buruk dan sebatang bulu ayam kepada Farisya.Terkial-kial Farisya menyambut hulurannya.Wajah Tengku Danial yang nampak tenang itu dipandang.

“Nak buat apa semua ni bos?Kenapa bos bawa saya dekat rumah Nenda?”Soal Farisya bertalu-talu.Matanya melilar melihat sekeliling rumah agam milik Nenda.

“Saja!”

Tengku Danial memeluk tubuhnya sambil merenung Farisya.Sebaris senyuman nakal terbit dibibirnya.Kening Farisya terangkat.Saja?Semalam Tengku Danial telefon dia kata mahu jogging ini tiba-tiba bawa dia datang ke rumah Nendanya pasti ada yang tidak kena.

‘Apalah BMH ni cuba pikirkan.Dia nak kenakan aku lagilah tu’Farisya merenung tajam wajah Tengku Danial yang tersenggih seperti kerang busuk.

“Bos nak suruh saya buat apa sebenarnya ni?”

Farisya mengecilkan biji matanya.Wajah Tengku Danial dipandang sipi.Kecil besar sahaja dia tengok bos dia ni.

“Kenapa awak pandang saya macam tu?”Soal Tengku Danial.Dia tersenggih.Farisya membesarkan matanya semula.

“Mak Som tak ada hari ni.Anak dia demam panas jadi tak ada orang gaji yang nak uruskan rumah nenda ni..Jadi kau ..”Ayat Tengku Danial tergantung disitu.Harap-harap Farisya faham apa yang ingin dikatakannya.Tanduk kejahatannya sudah tumbuh diatas kepalanya.Dia tersenyum sinis.Kedua-dua tangannya dimasukkan kedalam kocek.

“Jadi saya kena apa ni bos?”Soal Farisya pelik.Tengku Danial sudah tersenggih-senggih sambil mengaru kepalanya.Matanya merenung Farisya.

“Bos!Tak akanlah bos nak saya..”
Farisya mengangkat segala peralatan yang dipegangnya kemudian dipandang silih berganti dengan wajah Tengku Danial.Sah!Apa yang bermain difikiran dia sememangnya tepat seratus peratus.Tengku Danial memang merancang mahu memgenakannya.

“You’re right my dear”Tengku Danial memetik jarinya.Keluhan berat dilepaskan Farisya.Tangannya yang diangkat tadi diturunkan semula.

“Tapi saya PA bos bukan orang gaji bos”Protes Farisya.

“Betul!Tapi saya terdesak Farisya.Tak akanlah awak nak suruh saya buat semua kerja rumah ni.Sayakan lelaki,mana tahu semua ni.Awak tidak kesian ke dekat saya?Sampai ke hati awak?”Tengku Danial mula membuat babak sedihnya.Wajahnya dimuramkan.Dia memang pelakon handalan.Farisya mengeluh lagi.Apalah nasib.

“Tapi bos...”

“No!No! Apa pun alasan awak saya tak mahu terima.Ini arahan.Titik.”Tengku Danial mengerakkan jari telunjuknya kekiri dan kenanan.Suaranya juga sudah berubah tegas.Belum sempat Farisya menghabiskan ayat-ayatnya Tengku Danial sudah memotong.Terpaksa jugalah dia mengikuti segala arahan majikannya yang tidak berperikemanusiaan ni.Sakit hati betul dia rasa sekarang.

“Ini semua senarai kerja yang perlu awak lakukan hari ini.Saya nak awak pastikan semuanya selesai hari ini juga.Kalau awak tidak selesaikan hari ini juga awak tahulah ganjaran yang akan awak dapat.”

“Senarai?”gumam Farisya.Perlahan-lahan matanya dilirikkan memandang kertas yang kini sudah berada dipegangannya.Serta merta matanya membutang.Seperti tidak percaya apa yang dipandangnya.Hampir semua tugasan didalam rumah Nenda perlu diuruskannya dan diselesaikan secepat mungkin.Matanya digosok-gosok.Adakah dia sedang berkhayal?Tugasan yang diberi memang betul-betul kejam baginya.

“Kenapa?”Soal Tengku Danial.Dia cuba menyembunyikan tawanya.Dia sudah agak Farisya pasti akan terkejut apabila membaca senarai yang diberikannya.Hampir satu malam dia merencanakan itu semua untuk mengenakan Farisya.Cuti Mak Som hari ini pun dia yang beri bukan kerana anaknya yang sakit.Tengku Danial memang licik.Dia akan lakukan apa sahaja agar Farisya akan serik bekerja dengannya dan akan berhenti dengan serta mertanya.Hati kecil Tengku Danial mengetawakan Farisya.

“Apa semua ni bos?tak akanlah bos nak saya bersihkan seluruh pelusuk rumah Nenda ni?Besar kot.Matilah saya.”Protes Farisya.Geram.Matanya merenung tajam wajah Tengku Danial.Keningnya diangkat sebelah.Dia betul-betul benggang dengan perangai bosnya yang bernama Tengku Danial Zafuan Bin Tengku Tajudin ni.Dalam hati sudah disumpah seranahnya.Kalau ikutkan hati memang mahu dia sumbat batang mop yang dipegannya kedalam mulut majikannya.Tetapi dia masih waras untuk melakukan semua itu.Sabar Farisya.Dia beristighfar dalam hati.

‘Gila ke apa mamat ni?suruh aku bersihkan seluruh rumah agam Nenda ni.Ingat aku ni robot ke?Patah pinggang aku kalau macam ni’Gumam Farisya.Dia memeluk tubuh dengan tangannya masih dipenuhi batang mop dan bulu ayam.

“Mak Som boleh je buat semua ni.Lagilah dia tu dah tua.Tak ada pun banyak songgeh macam kau ni.Tak ada matinya.Paling teruk pun kau pengsan”Balas Tengku Danial.Sempat dia memerli Farisya.Dia juga memeluk tubuh seperti Farisya.Sengaja mahu menyakitkan hati gadis yang berada didepannya kini.

“Saya PA bos bukan KULI bos.Saya bukan Hamba Abdi bos.”Farisya masih tidak mahu mengalah.Dia mengigit bibirnya.Kakinya dihentak kecil.

‘Kau bukan hamba abdi tapi kau mangsa buli aku’detik Hati Tengku Danial.Dia tersenyum sengget.

“Kau tengok muka aku ni..”Tengku Danial merapati Farisya yang sedang berdiri kaku.Jari telunjuk dihalakan kemukanya sendiri.Farisya membutang.Dia mengundur sedikit kebelakang.

“Kau tengok muka aku ni ada macam muka ADA AKU KESAH!”Tengku Danial merapatkan mukanya kemudian dia berpaling sebelum ketawa berdekah-dekah.Farisya mendengus.

“Bos kejam!”Jerit Farisya.

“So what?!Dah pergi buat kerja kau.Tengok Jam tu dah pukul berapa.Ingat kau perlu lakukan semuanya hari ni juga.”Farisya menoleh kepada jam dinding yang sedang berdetik perlahan-lahan.Dia menelan air liurnya.Kelat.Jam dah pukul 10 pagi.Sempat ke dia nak buat semua ni.Matanya merenung jam tidak berkelip-kelip.

“YOUR TIME START NOW!”Laung Tengku Danial memeranjatkan Farisya.Tercampak segala peralatan ditangannya.Dia merenung tajam Tengku Danial.

“Now!”Tengku Danial menunjukkan jam dipergelangan tangannya.Satu senggihan dihadiahkan.

“Eishh..Teruk betul”marah Farisya sambil tangannya mencapai satu persatu peralatan yang diberi Tengku Danial sebentar tadi.Dia berjalan menuju kedapur.Sempat dia menghentak kakinya lagi.Tetapi dengan lebih kuat.Tengku Danial menutup mulutnya dengan tangan dan menekan-nekan perutnya menahan tawa.

‘Padan muka kau budak kampung’desisnya.Dia menoleh memandang Farisya yang mengomel sendirian.

“Comel!”Puji hatinya sebelum berlalu pergi.Dia mengapai kunci kereta yang terletak diatas rak kasut sebelum berlalu keluar.Enjin Kereta dihidupkan.Tidak sampai lima minit kereta Tengku Danial sudah hilang daripada perkarangan rumah Nenda.Farisya menjenggah.

“Berambus pun!”Farisya mengherotkan bibirnya sebelum menyambung tugasannya.


                                                                *****************************


“Pagi-pagi lagi dah kena sental jamban.Tak guna punya bos,Ingat aku ni bibik dia agaknya.Aku tahulah yang aku ni pernah jadi CLEANER dekat pejabat dia tapi tak akanlah sampai kerumah Nenda pun dia suruh aku jadi cleaner Plus orang gaji pulak tu.”Ngomel Farisya sendirian didalam bilik air.

“Tadi kata nak ajak pergi jogging.Buat penat saja aku bangun pagi-pagi buta.Sanggup aku tinggalkan bantal peluk aku semata-mata nak ikutkan arahan dia.Alih-alih ajak aku pergi rumah Nenda.Jadi orang gaji tak berbayar dia pula.Penipu betul!Kalau nak suruh aku jadi bibik dia pun cakaplah awal-awal bolehlah aku siap sedia dulu.”sambung Farisya tidak berhenti-henti membebel.Sejak dia mula menjalankan tugasnya sehinggalah sekarang mulutnya tidak habis-habis mengomel itu dan ini.Hatinya panas kerana Tengku Danial mempermainkannya.Sanggup Tengku Danial membatalkan cutinya semata-mata semua ini.

“Kalau aku tahulah nak jadi macam ni..Sumpah aku tidur tak bangun-bangun.Biarkan dia tunggu aku sampai esok pagi dekat ofis.Dia ni memang sengaja aje nak kenakan aku tau.Kalaulah dia ada depan mata aku sekarang ni memang aku cincang dia 18 macam Mona Fendi.Tak pun aku sumbat muka dia dalam mangkuk tandas ni.Baru padan muka dia.”Mulut Farisya masih terkumat kamit memarahi majikannya.Tangannya semakin kuat mengosok mangkuk tandas yang sememangnya sudah tersedia bersih.Bagi dia sekarang mangkuk Tandas itu umpama wajah Tengku Danial.Wajah Tengku Danial yang tersenyum sinis kepadanya semakin menyemarakkan hatinya yang sakit.

 “Hailah..Nasib..”Keluh Farisya.Dia menongkat dagunya sambil sebelah tangannya lagi masih mengosok mangkuk tandas.Perlahan.Dinding marmar berbentuk bunga dipandang Farisya.Lama.Dia tidak tahu kemana fikiran dia terbang sekarang.

“Dah tak payah nak tenung dinding bilik air aku ni lama-lama sangat.Karang tembus aku juga yang susah nak kena baiki.”Tiba-tiba Farisya disapa dari belakang.Dia tersentak.Berus jamban yang dipegangnya serta merta terbang keatas kepala Tengku Danial akibat terkejut yang teramat sangat.Matanya membulat melihat mangsa balingannya.Dia betul-betul tidak sengaja.Semua ini tindakan serta merta.

“Aduh!Sakitlah budak kecik.”Ngadu Tengku Danial sambil mengosok dahinya yang terasa perit.Nasib baik berus jamban kalau kena tempat pam tandas mahu melekap dekat muka dia.Berus jamban pun sakit apa.Nasib Tengku Danial baik kerana Farisya tidak membaling berus jamban itu terlalu kuat kalau tidak mahu luka kepala dia.Mulut Farisya tergangga.

“Maaf bos!Maaf!”Pantas Farisya menuju kearah Tengku Danial yang sedang berdiri dimuka pintu bilik air.Sarung tangan yang dipakainya pantas ditanggalkan.Laju sahaja tangannya menarik tangan Tengku Danial agar dia dapat melihat kesan balingannya.Tengku Danial tersentak saat tangan Farisya menyentuh dahinya.

“Sakit sangat ke bos?”Soal Farisya lembut.Hilang segala amarahnya terhadap bosnya sebentar tadi.Soalan Farisya tidak dibalas.Tengku Danial hanya memerhati Farisya tanpa berkelip.Jantungnya berdegup pantas.Sentuhan Farisya keatas dahinya seakan-akan telah menyentuh hatinya sekali.Tak akanlah dia..

“Bos tak apa-apa ke ni?”Soalan Farisya dibiar sepi.Farisya memandang Tengku Danial pelik.Dia tersenggih kambing.

“Bos!”Laung Farisya kuat ketelingga Tengku Danial.Hilang segala khayalan Tengku Danial.Dia tersentak pantas menekup telingganya yang binggit.Matanya memandang Farisya.Pada asalnya mahu memarahi Farisyaa tetapi pandangan mereka bersatu.Lama.Farisya  mula merasa tidak selesa pantas dia mengalihkan pandangannya ketempat lain.Tengku Danial turut melakukan perkara yang sama.Dia berdehem.

“hemm..kerja kau dah habis ke belum?”Tengku Danial mengubah topik.Mengawal suaranya yang bergetar.Dahinya sudah hilang sakitnya selepas disentuh Farisya.Sebaris senyuman terukir dibibirnya sebelum dia membuang senyumannya itu jauh-jauh.Dia tidak boleh ada perasaan dekat gadis kampun seperti Farisya ini.Gadis ini bukan citarasanya.Hatinya mula berperang sesama sendiri.

“Belum bos.”balas Farisya perlahan.Wajah Tengku Danial tidak dipandang.

“Buat kerja cepat-cepat sikit..Dah nak masuk waktu makan Tengah hari.Aku dah lapar.”Tengku Danial kembali bersuara.Farisya angguk sekali.Bibirnya dicebik.

“Nenda mana bos?Dari tadi saya tidak nampak?”

“Nenda keluar.Ada urusan sikit.”

“oh!”

“Dah jangan nak oh!oh! sangat.. Buat kerja tu cepat sikit.Kolam ikan kau tak basuh lagikan.Aku nak engkau siapkan semua tugasan yang aku bagi tu hari ini juga.Ingat!”Ujar Tengku Danial keras.Sekejap sahaja mood dia sudah berubah.Memang sukar untuk diramal.Ramalan cuaca pun tak macam dia.

“Baiklah”balas Farisya lemah.Malas mahu melawan.Kalau melawan karang ada yang perang dunia.Jadi berdiam lebih baik.Lagipun debar dihati dia tiba-tiba datang menyerang.Jantuhgnya berdegup pantas seperti baru sahaja berlari keliling rumah Nenda.Dari semalam dia berasa tidak sedap badan.Boleh jadi juga dia nak demam.Dahinya dipegang.

‘hemmm..mungkin!’Farisya mengangguk sekali.Mengiakan kata-kata hatinya.

“Dah buat kerja tu.Jangan nak berangan jek”Sergah Tengku Danial sebelum berlalu pergi.Bahu Farisya terjongket.Kus semangat.Terasa melayang roh dia seketika.

‘Suka sangat terperanjatkan aku.Mahu mati muda aku macam ni’marah Farisya tapi sekadar dalam hati.Dia mendengus.

                                                                ****************************

Farisya bercangkung merenung kolam ikan yang berada didepan matanya.Sekejap-sekejap dia mengaru kepalanya yang tidak gatal.Kemudian dia menongkat dagunya pula.Keluhan berat dilepaskan.

‘Macam mana aku nak basuh kolam ikan ni?tak akan aku nak kena berenang sambil basuh pula.Dah lah besar’gumam Farisya.Dia mengaru lagi sekali kepalanya.

‘Payah macam ni.’desis hatinya.

“kalau akuarium tu bolehlah juga aku basuh sebab kecil.”

“Ni kolam macam ni manalah aku reti.Berenang pun aku tak reti.Ni ikan-ikan ni aku nak buat macam mana ni?”ngomel Farisya sambil tangannya ditunjuk-tunjuk pada ikan yang berenang kesana kemari.Dia mengeluh untuk kesekian kali.Dia memandang sekeliling.Tiada orang.

“Kemana pula BMH ni.Aku nak buat apa ni?Tak akan nak tenung sampai esok pagi.Dah petang dah ni.Sakit pula hati kita ni”

“Aduh!Pening kepala aku”Dia memegang kepalanya pula.Tudung yang dipakainya ditarik kebelakang.Rupanya sekarang persis Makcik-makcik yang tengah kusut memilih ikan segar dipasar.Tengku Danial pula dari tadi hanya jadi pemerhati dari koridor atas biliknya.Dia tersenyum melihat keletah Farisya yang seperti kebudak-budakkan.Memang dia sengaja menyuruh Farisya membasuh Kolam ikan itu kerana itu adalah benda yang paling dia sukakan.Farisya adalah seorang gadis yang bendul dan dia seronok mengenakan budak kampung ini.Sangat mencuit hati.

“Eh!budak kampung.Kau tenungkan apa sampai lama sangat ni?Bila kau nak basuh kolam ikan tu?”Tiba-tiba Tengku Danial melaung dari arah atas.Farisya mendonggak.Dia melihat Tengku Danial tersenggih memandangnnya.

‘Sukalah tu kenakan aku.Lelaki yang kejam.Tak ada hati perut.Suka buli budak perempuan’kutuk hati Farisya.Dia mengigit bibir sebelum memandang semula kekolam ikan.Malas mahu melayan perangai bosnya yang suka sangat menyakatnya.Kalau dilayan makin menjadi-jadi.Farisya mencebik.

“Kau pergi main mata dengan ikan-ikan tu buat apa?Kau nak goda ikan tu ke?Eh!Ikan tu semua tak suka manusialah dia suka sama spesis dia jek”Sakat Tengku Danial.Sengaja dia mahu menyakitkan hati Farisya.Mulut Farisya tergangga sebelum dia berdiri dan mendonggak kembali keatas.

“Bos!Saya pun suka manusialah.Ingat saya ni manusia jadian ke nak bercinta dengan haiwan”Marah Farisya sambil bercekak pinggang.Tengku Danial ketawa kecil.Geli hati dia melihat wajah Farisya yang sudah merah padam menahan marah.Lebih mengelikan hati Farisya meyelak-yelak tudungnya yang cuba menutup mukanya sebab ditiup angin petang.

“Habis yang kau pergi tenung ikan Nenda tu sampai setengah jam tu kenapa?Bukan cuba main mata ke dengan ikan tu”Balas Tengku Danial masih mahu menyakat Farisya.Farisya mendengus.

‘Ini dah lebih.Ingat aku ni manusia pelik ke nak bercinta dengan ikan.’Bisik hati Farisya.

“Saya tengah fikirlah!Bukannya main mata dengan Ikan-ikan tu.”Laung Farisya geram.Tangannya masih dipinggang.

“Kau fikir apa?”

“Macam mana nak basuh kolam ni”Farisya mengecilkan matanya menahan silau matahari yang berada betul-betul dimana Tengku Danial berdiri.Kepalanya terasa berdenyut-denyut.Tengku Danial ketawa terbahak-bahak mendengar kenyataan Farisya.

‘Rosak betul budak kampung ni.Patutlah berkerut jek muka dia aku tengok.’Tengku Danial mengelengkan kepalanya.

“Habis kau ingat kalau kau tenung ikan tu dia nak basuh sendiri ke.”

“Habis tu saya nak buat apa?”

“Kau fikirlah sendiri”Tengku Danial ketawa besar sebelum berlalu masuk kedalam biliknya semula.Farisya mengetap gigi.Satu keluhan diluahkannya.

“Tak boleh harap betul bos aku ni”gumam Farisya sebelum kembali pusing memandang kolam ikan yang masih belum dibuat apa-apa olehnya.

“Engkau tu yang tak boleh harap.Nak mintak pertolongan aku juga.”Tiba-tiba Tengku Danial menerjah Farisya.Terlompat kebelakang Farisya dibuatnya.

“Kus semangat!Bos bila pulak muncul ni?”soal Farisya pelik.Sejak bila pula bos dia ni turun.Rasanya tak sampai berapa minit dia berborak dengan Tengku Danial dari tingkat atas.Tak akanlah dia berbual dengan..

“Kau ni memang tak ada kerja lainkan.Kerja kau 24 jam asyik sajalah berangan.Kau tahu tak orang yang suka termenung ni muka banyak kedut tau.”Seloroh Tengku Danial mengejutkan Farisya yang sedang berkhayal.

“Macam mana bos tau?”Soal Farisya pelik.

“Tu tengok muka kau tu dah penuh kedut aku tengok.”Tengku Danial  mengerak-gerakkan jarinya keliling wajah Farisya.

“Tipulah”Farisya meraba-raba wajahnya.Kemudian dia merenung Tengku Danial yang sudah ketawa berdekah.

“Dasar bendol”Tengku Danial menepuk dahi Farisya.Dia menolak Farisya ketepi agar dapat memberinya ruang.

“Ada otak tak boleh fikir kau ni.Mula-mula tangkap ikannya dulu letak dalam baldi.Nah!Ambil jaring ni”Tengku Danial menghulurkan jaring yang sudah tersedia ada ditepi kolam.Baldinya turut tersedia ada.Hanya Farisya sahaja yang tidak nampak.

‘Bodohnya aku!Benda senang macam itu pun tak tahu.Dahlah semuanya depan mata pun tak nampak.Bodohnya!’Farisya mengetuk kepalanya.Malu.

“Kau ni nampak sangat tak pernah basuh kolam ikan”Tengku Danial kembali berdiri disebelah Farisya.

“Memang tak pernah pun”Balas Farisya selamba.Tengku Danial menoleh.Keningnya terangkat.

“so?”

“apa dia?”Farisya pula menoleh.Mata mereka bertaup.

“Tangkaplah ikannya”Tengku Danial memandang ketempat lain.Dia mengelabah.Setiap kali mata mereka bertaup pasti jantungnya akan berdegup pantas.Farisya pula seperti lipas kudung menuju ke kolam ikan.Dia tidak menoleh langsung Tengku Danial yang sudah mula menuju ketempat lain.
Tengku Danial berjalan menuju ke kolam renang.Dia berdiri ditepi kolam renang sambil memandang airnya yang jernih.Terasa mahu berenang pula.Tetapi apabila memikirkan Farisya berada disitu dia mematikan niatnya.Karang apa pula Farisya katakan apabila dia selamba badak sahaja berenang.Lagipun mereka bukan Mahram yang sah.Nasib baik Pak Yakob ada datang bersamanya sebentar tadi.Tidak selesa juga dia kalau duduk berdua-duaan dengan Farisya memandangkan Nenda dengan Mak Som tiada dirumah.Kebenarannya mereka berdua pergi kekampung Nenda selama dua hari disebabkan itu Tengku Danial rencanakan semua ini.Bosan katanya perlu duduk seorang diri didalam rumah Nendanya yang besar ni.Tengku Danial memang seorang yang mementingkan diri.Sanggup membatalkan cuti pekerjanya demi kepentingan diri.

Dia tersenyum sambil kembali memandang Farisya yang sedang ralit menangkap ikan.Farisya memang seorang budak yang ceria.Hampir satu kolam dikelilinginya untuk menangkap ikan yang berenang kesana kemari.Tengku Danial ketawa kecil.Sejak kehadirannya hidup Tengku Danial seakan-akan sudah berubah.Dia yang dulu susah untuk tersenyum kini mudah untuk tersenyum.Farisya banyak merubahnya.

“Bos!Tolonglah saya ni..Ikan ni tak mahu rapat.Dia orang asyik lari jek”Jerit Farisya memanggil Tengku Danial.Dia sudah berdiri bercekak pinggang.Wajahnya kelihatan muram.Kusut sangat.

“Kau nyanyilah lagu ikan kaloi.Mesti dia orang rapat punya.”Gurau Tengku Danial sambil berjalan merapati Farisya.Farisya mencebik.

‘Buat lawak pulak dia.Kita tengah sakit hati ni dia boleh pula buat bergurau.Dahlah degil ikannya sama macam cucu tuannya.Susah dikawal.’Marah Farisya dalam hati.Wajahnya dibenggiskan.Geram betul dia.Ada ni karang jadi ikan bakar.

“Teruknya perangai.Tangkap ikan pun tak reti”Tengku Danial mengambil rumpai laut yang terlekat didahi Farisya.Dia ketawa kecil melihat wajah Farisya yang masam mencuka.Farisya terkedu dengan tindakan Tengku Danial tapi cuba dikawalnya.

“Meh!sini jaringnya.”Tengku Danial merampas jaring ikan dari pegangan Farisya.Dia bercangkung ditepi kolam sambil memanggil ikan tu datang kepadanya.

“Ikan..Meh sini datang dekat aku kalau kau tak nak mati”Panggil Tengku Danial berbaur ugutan.Farisya yang jadi pemerhati sudah menekup mulutnya menahan tawa.Rupanya bos dia pun sama sahaja macam dia.Berlagak macam bagus.Rupanya dua kali lima saja.Farisya mengeleng.Dia hanya memerhati Tengku Danial yang seperti budak-budak mahu menangkap ikan.Bercangkung sambil memerhati ikan itu bergerak sebelum menerjahnya.

‘Baru kau tahu macam mana susahnya nak tangkap ikan nenek kau tu’desis Farisya sebelum ketawa kecil sambil menekup mulutnya agar tidak didengar Tengku Danial.

“Lah!Tengku buat apa tu?”sapa Pak Yakob tiba-tiba dari arah belakang Farisya.Mereka masing-masing terkejut.Tengku Danial hampir terjatuh masuk kedalam kolam Ikan akibat terkejut disapa bergitu.Tiada salam main terjah sahaja.Mahu tidak terkejut.

“Apalah Pak Yakob ni.Terperanjat saya”Marah Tengku Danial.Farisya hanya mengangguk mengiakan kata-kata Tengku Danial.Pak Yakob tersenyum.Dia mengaru belakang kepalanya.Songkok yang dipakainya dibetulkan.

“Maaf Tengku.Saya tidak sengaja.Saya pelik kenapa Tengku Danial terbongkok-bongkok dekat kolam ikan itu.Sebab itu saya tanya.”Pak Yakob memperbetulkan kesilapannya. Malu dengan keterlanjurannya.Nasib tidak terjatuh cucu majikannya.Tidak pasal-pasal kena pecat.Dia tersenggih.

“Tak ada.Ini saya nak tangkap ikan ni..”

“Tengku nak masak ke?ikan ni mana boleh makan Tengku”Potong Pak Yakob.Tengku Danial menepuk dahi.Farisya pula sudah menekup mulut menahan tawanya.Buat lawak pula Pak Yakob ni.

“Buat masak apa pula ni Pak Yakob.Saya nak bersihkan kolam ni itu pasallah saya nak tangkap ikan ni”

“Yeke.Saya fikirkan Tengku nak masak Ikan-ikan ni.Buat terkejut saya saja.”Pak Yakob mengusap dadanya.Dia pula yang terlebih.Tengku Danial mengelengkan kepalanya.Farisya hanya tersenyum kecil.

“Tapi bos bukan ke kolam ikan ni dah basuh dua hari yang lepas”Lancang sahaja Pak Yakob berkata.Wajah Tengku Danial sudah berubah.

‘Aduh!Mampus.Kantoi.’Farisya dipandangnya.Mata Farisya membutang tatkala mendengar kata-kata Pak Yakob.

“Apa Pak Yakob.Kolam ikan ni dah basuh dua hari yang lepas?”Farisya menyoal Pak Yakob.Dia mengetap gigi.Matanya dikecilkan merenung Tengku Danial.

“A.ah..Kolam ni dah basuh dah.Pak Yakob yang basuh hari itu.”Balas Pak Yakob lurus.Tengku Danial membuat gimik agar Pak Yakob tidak meneruskan kata-katanya.

“Kolam ni selalunya dua minggu sekali baru basuh.itu yang Pak yakob pelik bila Tengku kata nak basuh kolam ni.Nak kata Tengku tidak tahu rasanya dia ada masa Pak Yakob basuh kolam ikan ni hari itu.”Sambungnya lagi.Kali ini Tengku Danial betul-betul sudah terkantoi.Dia menepuk dahinya.Pak Yakob ni memang tidak boleh bekerjasama betul dengan dia.Dah bermacam-macam cara dia lakukan tetap juga Pak Yakob ni mahu pecahkan rahsianya.Jujur betul.

“Betul ni Pak Yakob?”Soal Farisya sambil mengetap giginya.Wajahnya dipaling memandang Tengku Danial yang tersenyum kambing memandangnya.Muka seperti orang tidak bersalah.

“Bos betul ke?”Farisya menyoal Tengku Danial pula.Dia sudah bercekak pingang.Tengku Danial menyepi.Dia mengaru kepalanya.Dia berpusing memandang ikan-ikan yang sedang berenangan.

‘Aduh!apa aku nak cakap ni?’

“Bos!Saya tanya ni”Farisya memandang Tengku Danial yang membelakangkannya.

“Bos!”

“Okey!Okeylah.Saya bersalah.Saya terlupa yang Pak Yakob ni dah basuh kolam ni.I’m so sorry”Akhirnya Tengku Danial mengakui kesilapannya.Kini giliran Farisya pula mendiamkan dirinya.Hanya matanya mengambarkan perasaannya sekarang.Pak Yakob disebalah memandang pelik kelakuan mereka berdua.Tadi bukan main ceria sekarang berubah tegang pula.Salah dia ke?

“Tengku kenapa ni?”Tengku  Danial dipandangnya kemudia beralih kepada Farisya.

“Tiada apa-apa Pak Yakob.Saya masuk dulu.”Balas Farisya sebelum berlalu masuk.Tengku Danial mengeluh.

“Kenapa?”Soal Pak Yakob masih tidak mengerti.Tengku Danial mendekatinya.

“Tiada apa-apa”Tengku Danial mengeleng sambil menepuk-nepuk lembut bahu Pak Yakob sebelum berlalu pergi.Keluhan terbit dibibirnya.Rasa bersalah mula menyelubungi diri.



[Part 10]

Oleh:Lela Vanila

MENYESAL.Perasaan kesal menyelubungi dirinya.Keluhan kecil terbit dibibir Tengku Danial.Farisya masih gagal dihubungi.Telefon bimbit I-phone 5 miliknya dipandang berkali-kali.Kereta Mazda RX-8 diberhentikan di tepi jalan.Tengku Danial keluar dari perut kereta dan cuba mencari kelibat Farisya yang sekelip mata sahaja sudah menghilangkan diri.Belum sempat dia meminta maaf Farisya sudah pergi meninggalkan perkarangan rumah Nenda.Penyesalan mula kuasai diri.Tidak dia sangka Farisya begitu marah dengannya kerana benda yang kecil.Berkali-kali dia cuba menghubungi Farisya tetapi tetap tiada jawapan.

“Arghh!”Tengku Danial mengosok rambutnya kasar dengan sebelah tangannya lagi diletakkan dipinggangnya.Kepalanya kusut.Dia tidak tahu kemana harus mencari Farisya memandangkan rumahnya juga Tengku Danial tidak ketahui.Dia memusingkan badannya kekanan kemudian beralih kekiri.Mana tahu kalau-kalau kelibat Farisya ada dimana-mana tetapi tetap hampa.Tengku Danial mendengus.

“Farisya mana kau pergi ni”

 Tengku Danial menyandarkan tubuhnya ditepi kereta.Orang yang lalu lalang dipandang sepi.Difikirannya hanya Farisya.Dia pasti Farisya mesti marah gila dengannya atas apa yang berlaku.Sekali lagi nombor telefon Farisya dihubungi.Hanya kedengaran operator  wanita yang menyahut panggilannya daripada tadi.Badannya dipusingkan menghadap kereta.Dengusan kasar dilepaskan.

“arrhh ..Lantak kaulah”

Bumbung kereta diketuk kuat.Semua yang melintas hanya memandang Tengku Danial dari pandangan jauh.Tengku Danial meraup mukanya kasar.Pintu kereta dibuka.Sebelum masuk kedalam perut kereta sempat Tengku Danial menjenggahkan kepalanya mencari kelibat Farisya tetapi tetap tiada.Tengku Danial menghidupkan enjin keretanya.Stering kereta dipegang kuat sebelum diketuknya berkali-kali.Gear dimasukkan dan sekelip mata sahaja keretanya sudah berada ditengah-tengah jalan raya besar yang sesak dengan pelbagai pacuan beroda.

                                                                *************************

“Farisya masuk kebilik saya sekarang.”Arah Tengku Danial tegas didalam interkomnya.Farisya tersentak.Dia memandang sepi interkom yang sudah kembali senyap.Dengan malas dia mengapai buku kerjanya kemudian bangun menuju ke bilik Tengku Danial.

“Masuk”Kedengaran suara Tengku Danial menyahut ketukan biliknya dari arah luar.Perlahan Farisya memulas tombol pintu bilik Tengku Danial.Dia menapak masuk.

“Ada apa Tengku panggil saya?”Soal Farisya lagak seperti biasa.Pandangannya ditumpukan pada buku yang dibawanya.Tiada hati mahu melihat wajah majikannya.Kemarahannya masih belum hilang sejak peristiwa kelmarin.Soalan Farisya dibiar sepi.Kening Farisya terjongket.Pelik dengan kelakuan Tengku Danial yang tiba-tiba menyepi.Kepalanya didonggakkan.

 “Oh mak kau!”Latah Farisya yang terkejut dengan kehadiran Tengku Danial yang tiba-tiba sudah berada betul-betul dihadapannya.Farisya menapak kebelakang.

“Tengku!Terkejut saya”marah Farisya.Dadanya diurut.Mahu gugur jantung dia sebab terkejut yang teramat sangat.Kening Tengku Danial terangkat.

‘TENGKU?’Farisya memanggilnya ‘Tengku’ adakah dia tersilap dengar.Telinganya digosok.Farisya sudah merubah panggilannya.Adakah Farisya masih marah dengannya selepas seminggu perkara itu berlalu.Fikirnya Farisya sudah memaafkannya selepas diberi cuti selama tiga hari tanda dia menebus kesalahannya yang telah membatalkan cuti Farisya dan telah mempermainkannya.Tetapi nampaknya hati gadis seperti Farisya sukar dipujuk.Keras seperti batu.Tengku Danial senyum sebaris sebelum menyandarkan punggungnya dihadapan meja yang mengadap Farisya.

 “Awak masih marahkan saya ke Farisya?”Soal Tengku Danial lembut.Dia berpeluk tubuh.Farisya mengalihkan pandangannya ketempat lain.Soalan Tengku Danial dibiarkan tanpa jawapan.Dia tidak menggeleng mahupun mengangguk,menyahut apatah lagi.

“Jujur dengan saya,awak masih marahkan saya ke?Bukan ke saya dah minta maaf dengan awak.”
Tengku Danial merenung Farisya yang diam kaku didepannya.Lama.Tengku Danial memangku dagunya pula.

“Farisya saya cakap dengan awak ni.Awak masih..”

“Kalau Tengku tiada apa-apa lagi nak cakap saya nak minta diri dulu.Banyak lagi kerja yang saya perlu lakukan.”

Farisya yang lama menyepi mula bersuara memotong percakapan Tengku Danial.Tengku Danial yang mati kutu untuk berkata hanya mengeleng.Dia tahu Farisya masih ada perasaan marah padanya.Dia kata apa pun Farisya tetap dengan pendiriannya.Lebih baik dia ikutkan sahaja rentak Farisya.Penat sudah dia memujuk.Berpuluh-puluh mesej dihantar satu pun tidak dijawab mengatakan yang dia sudah memaafkannya.

“Saya keluar dulu”

Farisya melangkah menuju kepintu.Dia pergi selepas menerima kebenaran Tengku Danial.Farisya berlalu.Sedikit pun dia tidak menoleh.Tengku Danial hanya memerhati.Dia tiada idea lagi untuk memujuk Farisya.Akhirnya keluhan berat terbit dibibirnya.Dia memang lelaki yang lemah terhadap wanita.Dia menekup wajahnya kemudian mengusap rambutnya kebelakang.

“Aku mesti cari cara agar budak kampung tu maafkan aku”Bisiknya.
Tengku Danial kembali ketempat duduknya.Pen yang berada diatas meja digapai kemudian diketuk berkali-kali.Farisya yang berada diluar biliknya dipandang.Satu senyuman terukir dibibir apabila idea mula menerjah akalnya.

“Mesti menjadi punya”gumam Tengku Danial.Pen dihentikan ketukannya.

                                                                ***************************

“Farisya bunga untuk kau.”

Maisara menghulurkan sejambak bunga Ros berwarna merah kepada Farisya.Dia tersenyum lebar.Farisya yang kebinggungan hanya menyambut huluran Maisara tanpa banyak soal.

“Kelas kau jah..Dapat bunga pagi-pagi lagi.Cemburu aku”sambung Maisara sambil mencuit bahu Farisya.Farisya tersenyum sengget.

“Siapa bagi?”soal Farisya hairan.Maisara hanya menjongketkan bahunya.

“Tak tahu aku.Ada mamat mana entah hantar bunga ni tadi.Dia suruh aku bagikan dekat kau.Aku ambil ajelah.”Balas Maisara lincah sambil membelek-belek bunga yang sudah berada dipegangan  Farisya.Kad yang diselitkan ditepi bunga diambil Farisya sebelum membaca isi kandungannya.Kening Farisya terangkat.

“Siapa?”Soal Maisara sibuk.Dia menjengah-jengah melihat apa yang tertulis didalam kad tersebut.Farisya mengelak.

“Tak perlulah kau tahu siapa yang bagi..Biarlah rahsia”Dalih Farisya tersenyum sumbing.Maisara mencebik.

“Dengan aku pun kedekut”Maisara memandang ketempat lain.Merajuk.Farisya tersenyum sebelum memegang tangan Maisara.

“Terima kasih ye..”

Farisya tersenyum manis sebelum melambaikan tangannya kepada Maisara agar meninggalkan dia sendirian.Maisara menjuihkan bibirnya.

“Sama-sama”Balas Maisara.Dia menghentakkan kakinya tanda protes.Farisya mengelengkan kepalanya.Perangai macam budak-budak.Gumam Farisya.

Beza umur Maisara dengan Farisya hanyalah dua tahun dan itu memudahkan dia bergaul rapat dengan Maisara.Mulutnya yang lincah ketika berkata membuatkan Farisya selesa berkawan dengannya kerana bagi Farisya mereka serupa.Mudah mesra.Selain Norita,Maisara merupakan salah seorang rakan baiknya didalam T&S HOLDING.

“Orang pagi-pagi dah dapat bunga.Aku jek yang melepas.Apa yang aku dapat?Habuk pun tak ada”rungut Maisara sambil melangkah kemejanya.Farisya hanya ketawa kecil mendengar rungutan Maisara.
Kini wajah Farisya kembali serius.Bunga yang sudah diletakkan diatas mejanya dipandang tanpa minat.Dia memang gadis yang tidak sukakan pada bunga.Dia juga bukan gadis yang mudah tergoda dengan kata-kata manis lelaki.Kad yang terletak bersama bunga diambilnya lagi.Kandungannya dibaca berulang kali.

                                                ~I’m so sorry about that.Plez forgive me.~
                                                        Tengku Danial

‘I’m sorry about that’perkataan itu disebut semula oleh Farisya dengan gaya meluat.Farisya mencebik.Kad yang dipegangnya dicampak kasar diatas meja.Dia menoleh memandang bilik Tengku Danial.

‘Ingat senang ke nak minta maaf dengan aku’Desis Farisya.Dia tersenyum sumbing sebelum berdiri menuju ke meja Maisara.Bunga itu dibawa bersama.

“Mai!”

“woi!Apahal?”

Maisara yang sedang mencari Fail dibelakang mejanya menoleh.Terkejut dengan panggilan Farisya yang tiba-tiba datang menerjah.

“Untuk kau”

Farisya meletakkan bunga itu dia atas meja Maisara.Maisara terlopong.Rambutnya yang tidak gatal digaru.Wajah Farisya dipandang pelik.

“Apasal ni”Maisara merapati mejanya.Bunga yang sudah berada diatas mejanya diambil sebelum dipulangkan balik kepada Farisya.

“Alah..Ambil aje lah.Aku bagi kau.Lagipun aku tak suka bunga.Kau ambil ea..”Farisya menolak bunga itu semula.

“Tapi kenapa?”

“Adoi..Banyak tanyalah kau ni.Kau nak ke tak nak bunga ni?Kalau kau tak nak aku campak dalam tong sampah”

Farisya sudah beragak-agak mahu mengambil semula bunga tersebut dan ingin berlalu ke Pantri.Maisara yang kalut mengejar Farisya.

“Okey.Okey.Aku ambil bunga ni.”

Pantas bunga beralih tangan.Maisara mengendong bunga itu seperti anaknya.Dia tersenyum lebar.

“Orang kata rezeki jangan ditolak,Musuh jangan dicari”Sambung Maisara sebelum berlalu pergi.Farisya mengelengkan kepalanya.Dia tahu Maisara pasti tidak akan tolak pemberiannya.Lebih-lebih lagi benda yang dia suka.Perlawa sekali sudah cukup pasti akan disambarnya.Itulah perangai Maisara kalau semua orang nak tahu.Nasib baik Farisya belum sampai ketahap itu.Dimintak simpang.

“Selesai satu masalah.”

Farisya menepuk-nepuk tangannya.Puas rasanya dapat mengenakan Tengku Danial.Ini baru sikit.Farisya tersenyum nakal.Tengku Danial masih tidak tahu siapa dirinya.Gadis yang pantang mengalah tau.Sekali dicabar tahulah akibatnya.Farisya menepuk dadanya.Tiba-tiba terasa megah apabila dapat mengenakan Tengku Danial yang sentiasa berlagak bagus didepannya.Padahal dari zahirnya Tengku Danial itu kosong.Berlagak saja lebih.Kutuk Farisya.

                                                ************************

Tengku Danial mengerling jam yang sudah menunjukkan waktu sudah larut malam.Lehernya yang terasa lenguh akibat terlalu lama menghadap Komputer riba diurut lembut.Mulutnya yang menguap dari tadi dikatup.Terasa senggal-senggal satu badannya kerana bekerja satu hari suntuk.Dia menjenggahkan kepalanya melihat keadaan diluar biliknya.Gelap dan hanya diterangi lampu pantri yang samar-samar.Pekerjanya semua sudah pulang.Badannya disandarkan.

“Dah malam rupanya”

Tengku Danial menguak rambutnya.Ruang meja Farisya dipandang.Kosong.Begitu juga hatinya.Sikap Farisya semakin lama semakin berubah.Gadis itu seakan-akan mahu menjauhkan dirinya.Tengku Danial merasakan dirinya kembali sepi tanpa kehadiran Farisya.Selama ini Farisyalah yang memberi sinar dalam hidupnya tetapi kini sinar itu semakin lama semakin hilang dalam hidup Tengku Danial.Begitu hebat penangan Farisya dalam hidupnya.Dia sendiri tidak tahu kenapa kehadiran Farisya begitu bermakna dalam hidupnya.

“Aku rasa aku dah tak betul sebab selalu bayangkan budak kampung tu”Desis Tengku Danial.Dia mengelengkan kepalanya berkali-kali.Cuba membuang bayangan Farisya yang selalu bermain difikirannya.Senyuman Farisya,tawa Farisya,keletah Farisya bersilih ganti difikirannya.Dia buntu.Tidak tahu apa yang perlu dia lakukan.Wirdani Farisya.Nama itu tiba-tiba terdetik didalam hatinya tanpa dia sedari.

                                                ***************************

Bunyi deringan telefon bimbit mengejutkan Tengku Danial yang baru mahu melelapkan matanya.Tengku Danial pantas mencapai telefon bimbit yang berada diatas meja kecil bersebelahan katilnya.Satu dengusan dihela.

“Assalammualaikum Abang”Kedengaran satu suara seorang gadis yang terpekik memberi salam seperti menyedarkan Tengku Danial yang sedang mamai.Tengku Danial terbeliak.Seperti tidak percaya dengan apa yang didengarnya.

“Balqis”jerit Tengku Danial penuh teruja.Pantas dia bangun dari baringannya.Hilang segala katuknya.Adik yang dirindui selama ini menghubunginya setelah lama menyepi.Kedengaran tawa kecil dihujung talian.

“Amboi terujanya sampai salam kita pun tidak dijawabnya..Iyelah Balqis adik abang”perli Tengku Balqis Batrisya.Dia ketawa kecil.Geli hati dengan keletah abangnya yang begitu teruja mendapat panggilan daripadanya.

“Maaf!maaf!Abang teruja sangat.Waalaikummussalam..”

Tengku Danial berdiri menuju ke balkoni rumahnya.Senyuman mekar dibibirnya.Dia memangku tubuhnya dipagar besi balkoni.Matanya terarah pada bangunan yang masih terang disimbahi cahaya lampu walaupun jam sudah menunjukkan sudah keangka dua pagi.Seperti kebiasaan Bandar besar  seperti Kuala Lumpur tidak pernah tidur.

“Bang..Kau berangan ke?!”Sergah Tengku Balqis menyedarkan Tengku Danial.Lupa pula dia sedang berbual dengan adiknya yang jauh di perantauan.Tengku Danial tersenyum sebaris.Macamlah Tengku Balqis boleh melihatnya.Lehernya diusap.

“Mana ada abang berangan”Sangah Tengku Danial.Malu.Kedengaran Tengku Balqis ketawa galak sebelum meneruskan kata-katanya.

“Iyelah tu.Kalau tak berangan apasal Balqis tanya abang dari tadi diam je”

“Ada ke?Tak dengar pun”Dalih Tengku Danial.Dia ketawa kecil.

“Hah!Tengok tu.Nampak sangat pembohongannya disitu”

“Tak adalah mana ada”

“Sudahlah abang nampak sangat menipunya”Sakat Tengku Balqis.Dia ketawa besar.Senang hati dapat mengenakan abangnya.Sudah lama mereka tidak bergurau mesra.

“Dahlah.Sengajalah tu nak kenakan abang”bidas Tengku Danial geram.Tengku Balqis menekup mulutnya menahan ketawa.Dia tahu abangnya pasti sudah bengang dengan sikapnya yang suka menyakat.Pasti sudah merah muka abangnya.

Hampir sejam mereka berbual ditalian.Tengku Danial lebih gemar mendengar daripada bercerita.Bebelan Balqis ditalian seperti telah menghapuskan segala kekusutan yang ada dikelapanya.Dia rindu benar dengan adik bongsunya yang seorang ni.Sesekali dia ketawa mendengar loyar buruk Tengku Balqis.Sudah lama dia tidak menghubungi Tengku Balqis memandangkan adiknya belajar jauh dia Seoul,Korea menyukarkan mereka untuk selalu berhubung.

Mereka memang rapat sejak dari kecil memandangkan mereka hanya ada dua beradik didalam keluarga dan apabila mereka menghadapi masalah mereka akan selalu berkongsi dan menyelesaikannya bersama.Tetapi yang sering mempunyai masalah sudah pastinya Tengku Danial .Terutamanya pasal wanita.Tengku Balqis pula semestinya menjadi pendengar setia dan kaunseling yang terbaik untuk dia.Tengku Balqis selalu hadir masa dia memerlukan.Tetapi sejak Tengku Balqis mendapat tawaran sambung belajar diluar Negara Tengku Danial menjadi seorang yang pendiam dan selalu menyibukkan dirinya dengan kerja dan kerja.Dia juga sudah menjadi seorang yang mudah marah dan selalu memendam rasa seorang diri.Dia tidak tahu pada siapa dia mahu luahkan.Disebabkan sejarah lalu membuatkan dia serik untuk bercinta.Tengku Balqis juga tahu akan sejarah itu.Dan mereka tidak mahu mengungkit perkara itu lagi.

“Bang..Are you okey?”Soal Tengku Balqis tiba-tiba.Dia perasan yang abangnya tidak banyak bicara.Dari tadi hanya dia yang membebel dan abangnya hanya mendengar.Terasa seperti bercakap seorang diri pula.Terdengar keluhan dilepaskan Tengku Danial.Dia tidak tahu patut atau tidak dia berkongsi dengan adiknya masalah yang dia hadapi sekarang. Dia buntu.Tidak pasti dengan perasaannya sendiri.

“Bang Danny kalau ada benda nak share dengan Qis abang ceritalah.Balqis sedia mendengarnya”

Tengku Balqis seperti dapat merasakan kekusutan yang dialami abangnya.Dia tahu abangnya sedang memendam sesuatu dan tidak mahu berkongsi dengannya.Tengku Danial mengeleng.

“Tengku Danial!”

Tengku Balqis baran dengan sikap abangnya yang menyepi.

“Nothing Qis.Abang okey”

Akhirnya Tengku Danial bersuara setelah lama menyepi.Kedengaran Tengku Balqsi pula mengeluh dihujung talian.

“Tipu!”Marah Tengku Balqis.Faham benar dia dengan sikap abang sulungnya.Dia bukan baru sehari mengenali lelaki ini.Hampir 20 tahun dia mengenali Tengku Danial.

“Betul abang tak ada apa-apa”

“Sure?”

“Sure”

Tengku Balqis akhirnya mengalah.Dia malas mahu memanjangkan cerita.Dia yakin suatu hari nanti abangnya pasti akan menceritakan kepadanya masalah yang dia hadapi.Dan kalau abangnya tidak mahu berkongsi dengannya sekali pun dia sendiri akan menyiasatnya.Ini Tengku Balqis Batrisya tiada apa yang boleh disembunyikan daripada pengetahuannya.Tengku Balqis tersenyum sendiri.

“Adik..Ada apa telefon abang pagi-pagi buta ni?”soal Tengku Danial mematikan lamunan Tengku Balqis.

“Adik ada berita gembira ni nak cakap”Suara Balqis berubah ceria.

“Apa dia?”

“Next week..Adik..akan..balik Malaysia!!”pekik Tengku Balqis teruja.

“Betul ke ni?Gembiranya abang dengar.Pasti mama dengan papa suka.Lebih-lebih lagi nenda.”Sambung Tengku Danial.Dia tersenyum lebar.Gembira mendengar khabar berita daripada adiknya.Sudah lama mereka menantikan kepulangan adiknya.

“Itulah..Adik pun teruja sangat.Tak sabar nak jumpa Mama,Papa dan yang paling penting Nenda.Rindu gila dengan Nenda”

Tengku Danial ketawa kecil mendengar bebelan adiknya yang manja dengan keluarga.Selama ini Tengku Balqislah menjadi penceria didalam keluarganya.Sekarang rumah mereka akan kembali riuh seperti dulu.

“Abang ingat ambil adik dekat Airport tau”

“Baiklah abang tahu.”

“Okeylah..Ada masa kita sembang lagi.Adik tahu abang dah penat kerja.Jadi adik tak nak ganggu.Selamat malam.Assalammualaikum”

Talian dimatikan selepas salam disambut Tengku Danial.Tengku Danial masuk semula kedalam biliknya.Tubuhnya disandarkan dihujung kepala katil.Tidak sabar dia menunggu kepulangan adiknya.Dia yakin Tengku Balqis pasti ada cara untuk menyelesaikan masalahnya.Pada asalnya dia tidak mahu berkongsi dengan adiknya.Tapi dia tahu lama kelamaan pasti Tengku Balqis akan tahu juga.Jadi tidak salah dia meminta tolong.Tengku Danial meletakkan tangannya diletakkan dibelakang kepala.Senyuman masih lekang dibibirnya.Penatnya hilang serta merta.Masalahnya dengan Farisya mesti diselesaikan secepat mungkin.

P/S: maaf kalau ada yang kurang..Idea agak samar2 buat masa sekarang.Hope enjoying!!HEHE .. *PEACE*

4 comments:

  1. thumbs up....cayaa la lela...semoga novel brjaya dibukukn n trlaris d pasaran..aq support..my loving friend..

    ReplyDelete
  2. -Lela Vanila-
    Thanks eqin.Insyaallah. Doakan aku k. sayang ko ketat-ketat. hehe .

    ReplyDelete