[part 9]
By:Lela Vanila
“Nah!”
Tengku Danial menghulurkan sebatang mop,sehelai kain buruk
dan sebatang bulu ayam kepada Farisya.Terkial-kial Farisya menyambut hulurannya.Wajah
Tengku Danial yang nampak tenang itu dipandang.
“Nak buat apa semua ni bos?Kenapa bos bawa saya dekat rumah
Nenda?”Soal Farisya bertalu-talu.Matanya melilar melihat sekeliling rumah agam
milik Nenda.
“Saja!”
Tengku Danial memeluk tubuhnya sambil merenung
Farisya.Sebaris senyuman nakal terbit dibibirnya.Kening Farisya terangkat.Saja?Semalam
Tengku Danial telefon dia kata mahu jogging ini tiba-tiba bawa dia datang ke
rumah Nendanya pasti ada yang tidak kena.
‘Apalah BMH ni cuba pikirkan.Dia nak kenakan aku lagilah
tu’Farisya merenung tajam wajah Tengku Danial yang tersenggih seperti kerang
busuk.
“Bos nak suruh saya buat apa sebenarnya ni?”
Farisya mengecilkan biji matanya.Wajah Tengku Danial dipandang
sipi.Kecil besar sahaja dia tengok bos dia ni.
“Kenapa awak pandang saya macam tu?”Soal Tengku Danial.Dia
tersenggih.Farisya membesarkan matanya semula.
“Mak Som tak ada hari ni.Anak dia demam panas jadi tak ada
orang gaji yang nak uruskan rumah nenda ni..Jadi kau ..”Ayat Tengku Danial
tergantung disitu.Harap-harap Farisya faham apa yang ingin dikatakannya.Tanduk
kejahatannya sudah tumbuh diatas kepalanya.Dia tersenyum sinis.Kedua-dua
tangannya dimasukkan kedalam kocek.
“Jadi saya kena apa ni bos?”Soal Farisya pelik.Tengku Danial
sudah tersenggih-senggih sambil mengaru kepalanya.Matanya merenung Farisya.
“Bos!Tak akanlah bos nak saya..”
Farisya mengangkat segala peralatan yang dipegangnya
kemudian dipandang silih berganti dengan wajah Tengku Danial.Sah!Apa yang
bermain difikiran dia sememangnya tepat seratus peratus.Tengku Danial memang
merancang mahu memgenakannya.
“You’re right my dear”Tengku Danial memetik jarinya.Keluhan
berat dilepaskan Farisya.Tangannya yang diangkat tadi diturunkan semula.
“Tapi saya PA bos bukan orang gaji bos”Protes Farisya.
“Betul!Tapi saya terdesak Farisya.Tak akanlah awak nak suruh
saya buat semua kerja rumah ni.Sayakan lelaki,mana tahu semua ni.Awak tidak
kesian ke dekat saya?Sampai ke hati awak?”Tengku Danial mula membuat babak
sedihnya.Wajahnya dimuramkan.Dia memang pelakon handalan.Farisya mengeluh lagi.Apalah
nasib.
“Tapi bos...”
“No!No! Apa pun alasan awak saya tak mahu terima.Ini
arahan.Titik.”Tengku Danial mengerakkan jari telunjuknya kekiri dan
kenanan.Suaranya juga sudah berubah tegas.Belum sempat Farisya menghabiskan
ayat-ayatnya Tengku Danial sudah memotong.Terpaksa jugalah dia mengikuti segala
arahan majikannya yang tidak berperikemanusiaan ni.Sakit hati betul dia rasa
sekarang.
“Ini semua senarai kerja yang perlu awak lakukan hari
ini.Saya nak awak pastikan semuanya selesai hari ini juga.Kalau awak tidak
selesaikan hari ini juga awak tahulah ganjaran yang akan awak dapat.”
“Senarai?”gumam Farisya.Perlahan-lahan matanya dilirikkan
memandang kertas yang kini sudah berada dipegangannya.Serta merta matanya
membutang.Seperti tidak percaya apa yang dipandangnya.Hampir semua tugasan didalam
rumah Nenda perlu diuruskannya dan diselesaikan secepat mungkin.Matanya
digosok-gosok.Adakah dia sedang berkhayal?Tugasan yang diberi memang
betul-betul kejam baginya.
“Kenapa?”Soal Tengku Danial.Dia cuba menyembunyikan
tawanya.Dia sudah agak Farisya pasti akan terkejut apabila membaca senarai yang
diberikannya.Hampir satu malam dia merencanakan itu semua untuk mengenakan
Farisya.Cuti Mak Som hari ini pun dia yang beri bukan kerana anaknya yang
sakit.Tengku Danial memang licik.Dia akan lakukan apa sahaja agar Farisya akan
serik bekerja dengannya dan akan berhenti dengan serta mertanya.Hati kecil Tengku
Danial mengetawakan Farisya.
“Apa semua ni bos?tak akanlah bos nak saya bersihkan seluruh
pelusuk rumah Nenda ni?Besar kot.Matilah saya.”Protes Farisya.Geram.Matanya
merenung tajam wajah Tengku Danial.Keningnya diangkat sebelah.Dia betul-betul
benggang dengan perangai bosnya yang bernama Tengku Danial Zafuan Bin Tengku
Tajudin ni.Dalam hati sudah disumpah seranahnya.Kalau ikutkan hati memang mahu
dia sumbat batang mop yang dipegannya kedalam mulut majikannya.Tetapi dia masih
waras untuk melakukan semua itu.Sabar Farisya.Dia beristighfar dalam hati.
‘Gila ke apa mamat ni?suruh aku bersihkan seluruh rumah agam
Nenda ni.Ingat aku ni robot ke?Patah pinggang aku kalau macam ni’Gumam
Farisya.Dia memeluk tubuh dengan tangannya masih dipenuhi batang mop dan bulu
ayam.
“Mak Som boleh je buat semua ni.Lagilah dia tu dah tua.Tak
ada pun banyak songgeh macam kau ni.Tak ada matinya.Paling teruk pun kau
pengsan”Balas Tengku Danial.Sempat dia memerli Farisya.Dia juga memeluk tubuh
seperti Farisya.Sengaja mahu menyakitkan hati gadis yang berada didepannya
kini.
“Saya PA bos bukan KULI bos.Saya bukan Hamba Abdi bos.”Farisya
masih tidak mahu mengalah.Dia mengigit bibirnya.Kakinya dihentak kecil.
‘Kau bukan hamba abdi tapi kau mangsa buli aku’detik Hati
Tengku Danial.Dia tersenyum sengget.
“Kau tengok muka aku ni..”Tengku Danial merapati Farisya
yang sedang berdiri kaku.Jari telunjuk dihalakan kemukanya sendiri.Farisya
membutang.Dia mengundur sedikit kebelakang.
“Kau tengok muka aku ni ada macam muka ADA AKU KESAH!”Tengku
Danial merapatkan mukanya kemudian dia berpaling sebelum ketawa
berdekah-dekah.Farisya mendengus.
“Bos kejam!”Jerit Farisya.
“So what?!Dah pergi buat kerja kau.Tengok Jam tu dah pukul
berapa.Ingat kau perlu lakukan semuanya hari ni juga.”Farisya menoleh kepada
jam dinding yang sedang berdetik perlahan-lahan.Dia menelan air
liurnya.Kelat.Jam dah pukul 10 pagi.Sempat ke dia nak buat semua ni.Matanya
merenung jam tidak berkelip-kelip.
“YOUR TIME START NOW!”Laung Tengku Danial memeranjatkan
Farisya.Tercampak segala peralatan ditangannya.Dia merenung tajam Tengku
Danial.
“Now!”Tengku Danial menunjukkan jam dipergelangan
tangannya.Satu senggihan dihadiahkan.
“Eishh..Teruk betul”marah Farisya sambil tangannya mencapai
satu persatu peralatan yang diberi Tengku Danial sebentar tadi.Dia berjalan
menuju kedapur.Sempat dia menghentak kakinya lagi.Tetapi dengan lebih
kuat.Tengku Danial menutup mulutnya dengan tangan dan menekan-nekan perutnya
menahan tawa.
‘Padan muka kau budak kampung’desisnya.Dia menoleh memandang
Farisya yang mengomel sendirian.
“Comel!”Puji hatinya sebelum berlalu pergi.Dia mengapai
kunci kereta yang terletak diatas rak kasut sebelum berlalu keluar.Enjin Kereta
dihidupkan.Tidak sampai lima minit kereta Tengku Danial sudah hilang daripada
perkarangan rumah Nenda.Farisya menjenggah.
“Berambus pun!”Farisya mengherotkan bibirnya sebelum
menyambung tugasannya.
*****************************
“Pagi-pagi lagi dah kena sental jamban.Tak guna punya
bos,Ingat aku ni bibik dia agaknya.Aku tahulah yang aku ni pernah jadi CLEANER dekat pejabat dia tapi tak
akanlah sampai kerumah Nenda pun dia suruh aku jadi cleaner Plus orang gaji
pulak tu.”Ngomel Farisya sendirian didalam bilik air.
“Tadi kata nak ajak pergi jogging.Buat penat saja aku bangun
pagi-pagi buta.Sanggup aku tinggalkan bantal peluk aku semata-mata nak ikutkan
arahan dia.Alih-alih ajak aku pergi rumah Nenda.Jadi orang gaji tak berbayar
dia pula.Penipu betul!Kalau nak suruh aku jadi bibik dia pun cakaplah awal-awal
bolehlah aku siap sedia dulu.”sambung Farisya tidak berhenti-henti membebel.Sejak
dia mula menjalankan tugasnya sehinggalah sekarang mulutnya tidak habis-habis
mengomel itu dan ini.Hatinya panas kerana Tengku Danial
mempermainkannya.Sanggup Tengku Danial membatalkan cutinya semata-mata semua
ini.
“Kalau aku tahulah nak jadi macam ni..Sumpah aku tidur tak
bangun-bangun.Biarkan dia tunggu aku sampai esok pagi dekat ofis.Dia ni memang
sengaja aje nak kenakan aku tau.Kalaulah dia ada depan mata aku sekarang ni memang
aku cincang dia 18 macam Mona Fendi.Tak pun aku sumbat muka dia dalam mangkuk
tandas ni.Baru padan muka dia.”Mulut Farisya masih terkumat kamit memarahi
majikannya.Tangannya semakin kuat mengosok mangkuk tandas yang sememangnya
sudah tersedia bersih.Bagi dia sekarang mangkuk Tandas itu umpama wajah Tengku
Danial.Wajah Tengku Danial yang tersenyum sinis kepadanya semakin menyemarakkan
hatinya yang sakit.
“Hailah..Nasib..”Keluh
Farisya.Dia menongkat dagunya sambil sebelah tangannya lagi masih mengosok
mangkuk tandas.Perlahan.Dinding marmar berbentuk bunga dipandang
Farisya.Lama.Dia tidak tahu kemana fikiran dia terbang sekarang.
“Dah tak payah nak tenung dinding bilik air aku ni lama-lama
sangat.Karang tembus aku juga yang susah nak kena baiki.”Tiba-tiba Farisya
disapa dari belakang.Dia tersentak.Berus jamban yang dipegangnya serta merta
terbang keatas kepala Tengku Danial akibat terkejut yang teramat sangat.Matanya
membulat melihat mangsa balingannya.Dia betul-betul tidak sengaja.Semua ini
tindakan serta merta.
“Aduh!Sakitlah budak kecik.”Ngadu Tengku Danial sambil
mengosok dahinya yang terasa perit.Nasib baik berus jamban kalau kena tempat
pam tandas mahu melekap dekat muka dia.Berus jamban pun sakit apa.Nasib Tengku
Danial baik kerana Farisya tidak membaling berus jamban itu terlalu kuat kalau
tidak mahu luka kepala dia.Mulut Farisya tergangga.
“Maaf bos!Maaf!”Pantas Farisya menuju kearah Tengku Danial
yang sedang berdiri dimuka pintu bilik air.Sarung tangan yang dipakainya pantas
ditanggalkan.Laju sahaja tangannya menarik tangan Tengku Danial agar dia dapat
melihat kesan balingannya.Tengku Danial tersentak saat tangan Farisya menyentuh
dahinya.
“Sakit sangat ke bos?”Soal Farisya lembut.Hilang segala
amarahnya terhadap bosnya sebentar tadi.Soalan Farisya tidak dibalas.Tengku
Danial hanya memerhati Farisya tanpa berkelip.Jantungnya berdegup
pantas.Sentuhan Farisya keatas dahinya seakan-akan telah menyentuh hatinya
sekali.Tak akanlah dia..
“Bos tak apa-apa ke ni?”Soalan Farisya dibiar sepi.Farisya
memandang Tengku Danial pelik.Dia tersenggih kambing.
“Bos!”Laung Farisya kuat ketelingga Tengku Danial.Hilang
segala khayalan Tengku Danial.Dia tersentak pantas menekup telingganya yang
binggit.Matanya memandang Farisya.Pada asalnya mahu memarahi Farisyaa tetapi pandangan
mereka bersatu.Lama.Farisya mula merasa
tidak selesa pantas dia mengalihkan pandangannya ketempat lain.Tengku Danial
turut melakukan perkara yang sama.Dia berdehem.
“hemm..kerja kau dah habis ke belum?”Tengku Danial mengubah
topik.Mengawal suaranya yang bergetar.Dahinya sudah hilang sakitnya selepas
disentuh Farisya.Sebaris senyuman terukir dibibirnya sebelum dia membuang
senyumannya itu jauh-jauh.Dia tidak boleh ada perasaan dekat gadis kampun
seperti Farisya ini.Gadis ini bukan citarasanya.Hatinya mula berperang sesama
sendiri.
“Belum bos.”balas Farisya perlahan.Wajah Tengku Danial tidak
dipandang.
“Buat kerja cepat-cepat sikit..Dah nak masuk waktu makan
Tengah hari.Aku dah lapar.”Tengku Danial kembali bersuara.Farisya angguk
sekali.Bibirnya dicebik.
“Nenda mana bos?Dari tadi saya tidak nampak?”
“Nenda keluar.Ada urusan sikit.”
“oh!”
“Dah jangan nak oh!oh! sangat.. Buat kerja tu cepat
sikit.Kolam ikan kau tak basuh lagikan.Aku nak engkau siapkan semua tugasan
yang aku bagi tu hari ini juga.Ingat!”Ujar Tengku Danial keras.Sekejap sahaja
mood dia sudah berubah.Memang sukar untuk diramal.Ramalan cuaca pun tak macam
dia.
“Baiklah”balas Farisya lemah.Malas mahu melawan.Kalau
melawan karang ada yang perang dunia.Jadi berdiam lebih baik.Lagipun debar
dihati dia tiba-tiba datang menyerang.Jantuhgnya berdegup pantas seperti baru
sahaja berlari keliling rumah Nenda.Dari semalam dia berasa tidak sedap
badan.Boleh jadi juga dia nak demam.Dahinya dipegang.
‘hemmm..mungkin!’Farisya mengangguk sekali.Mengiakan
kata-kata hatinya.
“Dah buat kerja tu.Jangan nak berangan jek”Sergah Tengku
Danial sebelum berlalu pergi.Bahu Farisya terjongket.Kus semangat.Terasa
melayang roh dia seketika.
‘Suka sangat terperanjatkan aku.Mahu mati muda aku macam
ni’marah Farisya tapi sekadar dalam hati.Dia mendengus.
****************************
Farisya bercangkung merenung kolam ikan yang berada didepan
matanya.Sekejap-sekejap dia mengaru kepalanya yang tidak gatal.Kemudian dia
menongkat dagunya pula.Keluhan berat dilepaskan.
‘Macam mana aku nak basuh kolam ikan ni?tak akan aku nak
kena berenang sambil basuh pula.Dah lah besar’gumam Farisya.Dia mengaru lagi
sekali kepalanya.
‘Payah macam ni.’desis hatinya.
“kalau akuarium tu bolehlah juga aku basuh sebab kecil.”
“Ni kolam macam ni manalah aku reti.Berenang pun aku tak
reti.Ni ikan-ikan ni aku nak buat macam mana ni?”ngomel Farisya sambil
tangannya ditunjuk-tunjuk pada ikan yang berenang kesana kemari.Dia mengeluh
untuk kesekian kali.Dia memandang sekeliling.Tiada orang.
“Kemana pula BMH ni.Aku nak buat apa ni?Tak akan nak tenung
sampai esok pagi.Dah petang dah ni.Sakit pula hati kita ni”
“Aduh!Pening kepala aku”Dia memegang kepalanya pula.Tudung
yang dipakainya ditarik kebelakang.Rupanya sekarang persis Makcik-makcik yang
tengah kusut memilih ikan segar dipasar.Tengku Danial pula dari tadi hanya jadi
pemerhati dari koridor atas biliknya.Dia tersenyum melihat keletah Farisya yang
seperti kebudak-budakkan.Memang dia sengaja menyuruh Farisya membasuh Kolam
ikan itu kerana itu adalah benda yang paling dia sukakan.Farisya adalah seorang
gadis yang bendul dan dia seronok mengenakan budak kampung ini.Sangat mencuit
hati.
“Eh!budak kampung.Kau tenungkan apa sampai lama sangat
ni?Bila kau nak basuh kolam ikan tu?”Tiba-tiba Tengku Danial melaung dari arah
atas.Farisya mendonggak.Dia melihat Tengku Danial tersenggih memandangnnya.
‘Sukalah tu kenakan aku.Lelaki yang kejam.Tak ada hati
perut.Suka buli budak perempuan’kutuk hati Farisya.Dia mengigit bibir sebelum
memandang semula kekolam ikan.Malas mahu melayan perangai bosnya yang suka
sangat menyakatnya.Kalau dilayan makin menjadi-jadi.Farisya mencebik.
“Kau pergi main mata dengan ikan-ikan tu buat apa?Kau nak
goda ikan tu ke?Eh!Ikan tu semua tak suka manusialah dia suka sama spesis dia
jek”Sakat Tengku Danial.Sengaja dia mahu menyakitkan hati Farisya.Mulut Farisya
tergangga sebelum dia berdiri dan mendonggak kembali keatas.
“Bos!Saya pun suka manusialah.Ingat saya ni manusia jadian
ke nak bercinta dengan haiwan”Marah Farisya sambil bercekak pinggang.Tengku
Danial ketawa kecil.Geli hati dia melihat wajah Farisya yang sudah merah padam
menahan marah.Lebih mengelikan hati Farisya meyelak-yelak tudungnya yang cuba
menutup mukanya sebab ditiup angin petang.
“Habis yang kau pergi tenung ikan Nenda tu sampai setengah
jam tu kenapa?Bukan cuba main mata ke dengan ikan tu”Balas Tengku Danial masih
mahu menyakat Farisya.Farisya mendengus.
‘Ini dah lebih.Ingat aku ni manusia pelik ke nak bercinta
dengan ikan.’Bisik hati Farisya.
“Saya tengah fikirlah!Bukannya main mata dengan Ikan-ikan
tu.”Laung Farisya geram.Tangannya masih dipinggang.
“Kau fikir apa?”
“Macam mana nak basuh kolam ni”Farisya mengecilkan matanya
menahan silau matahari yang berada betul-betul dimana Tengku Danial
berdiri.Kepalanya terasa berdenyut-denyut.Tengku Danial ketawa terbahak-bahak
mendengar kenyataan Farisya.
‘Rosak betul budak kampung ni.Patutlah berkerut jek muka dia
aku tengok.’Tengku Danial mengelengkan kepalanya.
“Habis kau ingat kalau kau tenung ikan tu dia nak basuh
sendiri ke.”
“Habis tu saya nak buat apa?”
“Kau fikirlah sendiri”Tengku Danial ketawa besar sebelum
berlalu masuk kedalam biliknya semula.Farisya mengetap gigi.Satu keluhan
diluahkannya.
“Tak boleh harap betul bos aku ni”gumam Farisya sebelum
kembali pusing memandang kolam ikan yang masih belum dibuat apa-apa olehnya.
“Engkau tu yang tak boleh harap.Nak mintak pertolongan aku
juga.”Tiba-tiba Tengku Danial menerjah Farisya.Terlompat kebelakang Farisya
dibuatnya.
“Kus semangat!Bos bila pulak muncul ni?”soal Farisya
pelik.Sejak bila pula bos dia ni turun.Rasanya tak sampai berapa minit dia
berborak dengan Tengku Danial dari tingkat atas.Tak akanlah dia berbual
dengan..
“Kau ni memang tak ada kerja lainkan.Kerja kau 24 jam asyik sajalah
berangan.Kau tahu tak orang yang suka termenung ni muka banyak kedut
tau.”Seloroh Tengku Danial mengejutkan Farisya yang sedang berkhayal.
“Macam mana bos tau?”Soal Farisya pelik.
“Tu tengok muka kau tu dah penuh kedut aku tengok.”Tengku
Danial mengerak-gerakkan jarinya
keliling wajah Farisya.
“Tipulah”Farisya meraba-raba wajahnya.Kemudian dia merenung
Tengku Danial yang sudah ketawa berdekah.
“Dasar bendol”Tengku Danial menepuk dahi Farisya.Dia menolak
Farisya ketepi agar dapat memberinya ruang.
“Ada otak tak boleh fikir kau ni.Mula-mula tangkap ikannya
dulu letak dalam baldi.Nah!Ambil jaring ni”Tengku Danial menghulurkan jaring
yang sudah tersedia ada ditepi kolam.Baldinya turut tersedia ada.Hanya Farisya
sahaja yang tidak nampak.
‘Bodohnya aku!Benda senang macam itu pun tak tahu.Dahlah
semuanya depan mata pun tak nampak.Bodohnya!’Farisya mengetuk kepalanya.Malu.
“Kau ni nampak sangat tak pernah basuh kolam ikan”Tengku
Danial kembali berdiri disebelah Farisya.
“Memang tak pernah pun”Balas Farisya selamba.Tengku Danial
menoleh.Keningnya terangkat.
“so?”
“apa dia?”Farisya pula menoleh.Mata mereka bertaup.
“Tangkaplah ikannya”Tengku Danial memandang ketempat
lain.Dia mengelabah.Setiap kali mata mereka bertaup pasti jantungnya akan
berdegup pantas.Farisya pula seperti lipas kudung menuju ke kolam ikan.Dia
tidak menoleh langsung Tengku Danial yang sudah mula menuju ketempat lain.
Tengku Danial berjalan menuju ke kolam renang.Dia berdiri
ditepi kolam renang sambil memandang airnya yang jernih.Terasa mahu berenang
pula.Tetapi apabila memikirkan Farisya berada disitu dia mematikan niatnya.Karang
apa pula Farisya katakan apabila dia selamba badak sahaja berenang.Lagipun
mereka bukan Mahram yang sah.Nasib baik Pak Yakob ada datang bersamanya
sebentar tadi.Tidak selesa juga dia kalau duduk berdua-duaan dengan Farisya
memandangkan Nenda dengan Mak Som tiada dirumah.Kebenarannya mereka berdua
pergi kekampung Nenda selama dua hari disebabkan itu Tengku Danial rencanakan
semua ini.Bosan katanya perlu duduk seorang diri didalam rumah Nendanya yang
besar ni.Tengku Danial memang seorang yang mementingkan diri.Sanggup
membatalkan cuti pekerjanya demi kepentingan diri.
Dia tersenyum sambil kembali memandang Farisya yang sedang
ralit menangkap ikan.Farisya memang seorang budak yang ceria.Hampir satu kolam
dikelilinginya untuk menangkap ikan yang berenang kesana kemari.Tengku Danial
ketawa kecil.Sejak kehadirannya hidup Tengku Danial seakan-akan sudah
berubah.Dia yang dulu susah untuk tersenyum kini mudah untuk tersenyum.Farisya
banyak merubahnya.
“Bos!Tolonglah saya ni..Ikan ni tak mahu rapat.Dia orang
asyik lari jek”Jerit Farisya memanggil Tengku Danial.Dia sudah berdiri bercekak
pinggang.Wajahnya kelihatan muram.Kusut sangat.
“Kau nyanyilah lagu ikan kaloi.Mesti dia orang rapat
punya.”Gurau Tengku Danial sambil berjalan merapati Farisya.Farisya mencebik.
‘Buat lawak pulak dia.Kita tengah sakit hati ni dia boleh
pula buat bergurau.Dahlah degil ikannya sama macam cucu tuannya.Susah
dikawal.’Marah Farisya dalam hati.Wajahnya dibenggiskan.Geram betul dia.Ada ni
karang jadi ikan bakar.
“Teruknya perangai.Tangkap ikan pun tak reti”Tengku Danial
mengambil rumpai laut yang terlekat didahi Farisya.Dia ketawa kecil melihat
wajah Farisya yang masam mencuka.Farisya terkedu dengan tindakan Tengku Danial
tapi cuba dikawalnya.
“Meh!sini jaringnya.”Tengku Danial merampas jaring ikan dari
pegangan Farisya.Dia bercangkung ditepi kolam sambil memanggil ikan tu datang
kepadanya.
“Ikan..Meh sini datang dekat aku kalau kau tak nak
mati”Panggil Tengku Danial berbaur ugutan.Farisya yang jadi pemerhati sudah
menekup mulutnya menahan tawa.Rupanya bos dia pun sama sahaja macam
dia.Berlagak macam bagus.Rupanya dua kali lima saja.Farisya mengeleng.Dia hanya
memerhati Tengku Danial yang seperti budak-budak mahu menangkap
ikan.Bercangkung sambil memerhati ikan itu bergerak sebelum menerjahnya.
‘Baru kau tahu macam mana susahnya nak tangkap ikan nenek
kau tu’desis Farisya sebelum ketawa kecil sambil menekup mulutnya agar tidak
didengar Tengku Danial.
“Lah!Tengku buat apa tu?”sapa Pak Yakob tiba-tiba dari arah
belakang Farisya.Mereka masing-masing terkejut.Tengku Danial hampir terjatuh
masuk kedalam kolam Ikan akibat terkejut disapa bergitu.Tiada salam main terjah
sahaja.Mahu tidak terkejut.
“Apalah Pak Yakob ni.Terperanjat saya”Marah Tengku Danial.Farisya
hanya mengangguk mengiakan kata-kata Tengku Danial.Pak Yakob tersenyum.Dia
mengaru belakang kepalanya.Songkok yang dipakainya dibetulkan.
“Maaf Tengku.Saya tidak sengaja.Saya pelik kenapa Tengku
Danial terbongkok-bongkok dekat kolam ikan itu.Sebab itu saya tanya.”Pak Yakob
memperbetulkan kesilapannya. Malu dengan
keterlanjurannya.Nasib tidak terjatuh cucu majikannya.Tidak pasal-pasal kena
pecat.Dia tersenggih.
“Tak ada.Ini saya nak tangkap ikan ni..”
“Tengku nak masak ke?ikan ni mana boleh makan Tengku”Potong
Pak Yakob.Tengku Danial menepuk dahi.Farisya pula sudah menekup mulut menahan
tawanya.Buat lawak pula Pak Yakob ni.
“Buat masak apa pula ni Pak Yakob.Saya nak bersihkan kolam
ni itu pasallah saya nak tangkap ikan ni”
“Yeke.Saya fikirkan Tengku nak masak Ikan-ikan ni.Buat
terkejut saya saja.”Pak Yakob mengusap dadanya.Dia pula yang terlebih.Tengku
Danial mengelengkan kepalanya.Farisya hanya tersenyum kecil.
“Tapi bos bukan ke kolam ikan ni dah basuh dua hari yang
lepas”Lancang sahaja Pak Yakob berkata.Wajah Tengku Danial sudah berubah.
‘Aduh!Mampus.Kantoi.’Farisya dipandangnya.Mata Farisya
membutang tatkala mendengar kata-kata Pak Yakob.
“Apa Pak Yakob.Kolam ikan ni dah basuh dua hari yang
lepas?”Farisya menyoal Pak Yakob.Dia mengetap gigi.Matanya dikecilkan merenung
Tengku Danial.
“A.ah..Kolam ni dah basuh dah.Pak Yakob yang basuh hari
itu.”Balas Pak Yakob lurus.Tengku Danial membuat gimik agar Pak Yakob tidak
meneruskan kata-katanya.
“Kolam ni selalunya dua minggu sekali baru basuh.itu yang
Pak yakob pelik bila Tengku kata nak basuh kolam ni.Nak kata Tengku tidak tahu
rasanya dia ada masa Pak Yakob basuh kolam ikan ni hari itu.”Sambungnya
lagi.Kali ini Tengku Danial betul-betul sudah terkantoi.Dia menepuk dahinya.Pak
Yakob ni memang tidak boleh bekerjasama betul dengan dia.Dah bermacam-macam
cara dia lakukan tetap juga Pak Yakob ni mahu pecahkan rahsianya.Jujur betul.
“Betul ni Pak Yakob?”Soal Farisya sambil mengetap
giginya.Wajahnya dipaling memandang Tengku Danial yang tersenyum kambing
memandangnya.Muka seperti orang tidak bersalah.
“Bos betul ke?”Farisya menyoal Tengku Danial pula.Dia sudah
bercekak pingang.Tengku Danial menyepi.Dia mengaru kepalanya.Dia berpusing
memandang ikan-ikan yang sedang berenangan.
‘Aduh!apa aku nak cakap ni?’
“Bos!Saya tanya ni”Farisya memandang Tengku Danial yang
membelakangkannya.
“Bos!”
“Okey!Okeylah.Saya bersalah.Saya terlupa yang Pak Yakob ni
dah basuh kolam ni.I’m so sorry”Akhirnya Tengku Danial mengakui kesilapannya.Kini
giliran Farisya pula mendiamkan dirinya.Hanya matanya mengambarkan perasaannya
sekarang.Pak Yakob disebalah memandang pelik kelakuan mereka berdua.Tadi bukan
main ceria sekarang berubah tegang pula.Salah dia ke?
“Tengku kenapa ni?”Tengku
Danial dipandangnya kemudia beralih kepada Farisya.
“Tiada apa-apa Pak Yakob.Saya masuk dulu.”Balas Farisya
sebelum berlalu masuk.Tengku Danial mengeluh.
“Kenapa?”Soal Pak Yakob masih tidak mengerti.Tengku Danial
mendekatinya.
“Tiada apa-apa”Tengku Danial mengeleng sambil menepuk-nepuk
lembut bahu Pak Yakob sebelum berlalu pergi.Keluhan terbit dibibirnya.Rasa
bersalah mula menyelubungi diri.
[Part 10]
Oleh:Lela Vanila
MENYESAL.Perasaan kesal menyelubungi dirinya.Keluhan kecil
terbit dibibir Tengku Danial.Farisya masih gagal dihubungi.Telefon bimbit
I-phone 5 miliknya dipandang berkali-kali.Kereta Mazda RX-8 diberhentikan di
tepi jalan.Tengku Danial keluar dari perut kereta dan cuba mencari kelibat
Farisya yang sekelip mata sahaja sudah menghilangkan diri.Belum sempat dia
meminta maaf Farisya sudah pergi meninggalkan perkarangan rumah Nenda.Penyesalan
mula kuasai diri.Tidak dia sangka Farisya begitu marah dengannya kerana benda
yang kecil.Berkali-kali dia cuba menghubungi Farisya tetapi tetap tiada
jawapan.
“Arghh!”Tengku Danial mengosok rambutnya kasar dengan
sebelah tangannya lagi diletakkan dipinggangnya.Kepalanya kusut.Dia tidak tahu
kemana harus mencari Farisya memandangkan rumahnya juga Tengku Danial tidak
ketahui.Dia memusingkan badannya kekanan kemudian beralih kekiri.Mana tahu
kalau-kalau kelibat Farisya ada dimana-mana tetapi tetap hampa.Tengku Danial
mendengus.
“Farisya mana kau pergi ni”
Tengku Danial menyandarkan
tubuhnya ditepi kereta.Orang yang lalu lalang dipandang sepi.Difikirannya hanya
Farisya.Dia pasti Farisya mesti marah gila dengannya atas apa yang
berlaku.Sekali lagi nombor telefon Farisya dihubungi.Hanya kedengaran operator wanita yang menyahut panggilannya daripada
tadi.Badannya dipusingkan menghadap kereta.Dengusan kasar dilepaskan.
“arrhh ..Lantak kaulah”
Bumbung kereta diketuk kuat.Semua yang melintas hanya
memandang Tengku Danial dari pandangan jauh.Tengku Danial meraup mukanya kasar.Pintu
kereta dibuka.Sebelum masuk kedalam perut kereta sempat Tengku Danial
menjenggahkan kepalanya mencari kelibat Farisya tetapi tetap tiada.Tengku
Danial menghidupkan enjin keretanya.Stering kereta dipegang kuat sebelum
diketuknya berkali-kali.Gear dimasukkan dan sekelip mata sahaja keretanya sudah
berada ditengah-tengah jalan raya besar yang sesak dengan pelbagai pacuan
beroda.
*************************
“Farisya masuk kebilik saya sekarang.”Arah Tengku Danial tegas
didalam interkomnya.Farisya tersentak.Dia memandang sepi interkom yang sudah
kembali senyap.Dengan malas dia mengapai buku kerjanya kemudian bangun menuju
ke bilik Tengku Danial.
“Masuk”Kedengaran suara Tengku Danial menyahut ketukan
biliknya dari arah luar.Perlahan Farisya memulas tombol pintu bilik Tengku
Danial.Dia menapak masuk.
“Ada apa Tengku panggil saya?”Soal Farisya lagak seperti
biasa.Pandangannya ditumpukan pada buku yang dibawanya.Tiada hati mahu melihat
wajah majikannya.Kemarahannya masih belum hilang sejak peristiwa
kelmarin.Soalan Farisya dibiar sepi.Kening Farisya terjongket.Pelik dengan
kelakuan Tengku Danial yang tiba-tiba menyepi.Kepalanya didonggakkan.
“Oh mak kau!”Latah
Farisya yang terkejut dengan kehadiran Tengku Danial yang tiba-tiba sudah
berada betul-betul dihadapannya.Farisya menapak kebelakang.
“Tengku!Terkejut saya”marah Farisya.Dadanya diurut.Mahu
gugur jantung dia sebab terkejut yang teramat sangat.Kening Tengku Danial
terangkat.
‘TENGKU?’Farisya memanggilnya ‘Tengku’ adakah dia tersilap
dengar.Telinganya digosok.Farisya sudah merubah panggilannya.Adakah Farisya
masih marah dengannya selepas seminggu perkara itu berlalu.Fikirnya Farisya
sudah memaafkannya selepas diberi cuti selama tiga hari tanda dia menebus
kesalahannya yang telah membatalkan cuti Farisya dan telah mempermainkannya.Tetapi
nampaknya hati gadis seperti Farisya sukar dipujuk.Keras seperti batu.Tengku
Danial senyum sebaris sebelum menyandarkan punggungnya dihadapan meja yang
mengadap Farisya.
“Awak masih marahkan
saya ke Farisya?”Soal Tengku Danial lembut.Dia berpeluk tubuh.Farisya
mengalihkan pandangannya ketempat lain.Soalan Tengku Danial dibiarkan tanpa
jawapan.Dia tidak menggeleng mahupun mengangguk,menyahut apatah lagi.
“Jujur dengan saya,awak masih marahkan saya ke?Bukan ke saya
dah minta maaf dengan awak.”
Tengku Danial merenung Farisya yang diam kaku
didepannya.Lama.Tengku Danial memangku dagunya pula.
“Farisya saya cakap dengan awak ni.Awak masih..”
“Kalau Tengku tiada apa-apa lagi nak cakap saya nak minta
diri dulu.Banyak lagi kerja yang saya perlu lakukan.”
Farisya yang lama menyepi mula bersuara memotong percakapan
Tengku Danial.Tengku Danial yang mati kutu untuk berkata hanya mengeleng.Dia
tahu Farisya masih ada perasaan marah padanya.Dia kata apa pun Farisya tetap
dengan pendiriannya.Lebih baik dia ikutkan sahaja rentak Farisya.Penat sudah
dia memujuk.Berpuluh-puluh mesej dihantar satu pun tidak dijawab mengatakan
yang dia sudah memaafkannya.
“Saya keluar dulu”
Farisya melangkah menuju kepintu.Dia pergi selepas menerima
kebenaran Tengku Danial.Farisya berlalu.Sedikit pun dia tidak menoleh.Tengku
Danial hanya memerhati.Dia tiada idea lagi untuk memujuk Farisya.Akhirnya
keluhan berat terbit dibibirnya.Dia memang lelaki yang lemah terhadap wanita.Dia
menekup wajahnya kemudian mengusap rambutnya kebelakang.
“Aku mesti cari cara agar budak kampung tu maafkan
aku”Bisiknya.
Tengku Danial kembali ketempat duduknya.Pen yang berada
diatas meja digapai kemudian diketuk berkali-kali.Farisya yang berada diluar
biliknya dipandang.Satu senyuman terukir dibibir apabila idea mula menerjah
akalnya.
“Mesti menjadi punya”gumam Tengku Danial.Pen dihentikan
ketukannya.
***************************
“Farisya bunga untuk kau.”
Maisara menghulurkan sejambak bunga Ros berwarna merah
kepada Farisya.Dia tersenyum lebar.Farisya yang kebinggungan hanya menyambut
huluran Maisara tanpa banyak soal.
“Kelas kau jah..Dapat bunga pagi-pagi lagi.Cemburu
aku”sambung Maisara sambil mencuit bahu Farisya.Farisya tersenyum sengget.
“Siapa bagi?”soal Farisya hairan.Maisara hanya menjongketkan
bahunya.
“Tak tahu aku.Ada mamat mana entah hantar bunga ni tadi.Dia
suruh aku bagikan dekat kau.Aku ambil ajelah.”Balas Maisara lincah sambil
membelek-belek bunga yang sudah berada dipegangan Farisya.Kad yang diselitkan ditepi bunga
diambil Farisya sebelum membaca isi kandungannya.Kening Farisya terangkat.
“Siapa?”Soal Maisara sibuk.Dia menjengah-jengah melihat apa
yang tertulis didalam kad tersebut.Farisya mengelak.
“Tak perlulah kau tahu siapa yang bagi..Biarlah rahsia”Dalih
Farisya tersenyum sumbing.Maisara mencebik.
“Dengan aku pun kedekut”Maisara memandang ketempat lain.Merajuk.Farisya
tersenyum sebelum memegang tangan Maisara.
“Terima kasih ye..”
Farisya tersenyum manis sebelum melambaikan tangannya kepada
Maisara agar meninggalkan dia sendirian.Maisara menjuihkan bibirnya.
“Sama-sama”Balas Maisara.Dia menghentakkan kakinya tanda
protes.Farisya mengelengkan kepalanya.Perangai macam budak-budak.Gumam Farisya.
Beza umur Maisara dengan Farisya hanyalah dua tahun dan itu
memudahkan dia bergaul rapat dengan Maisara.Mulutnya yang lincah ketika berkata
membuatkan Farisya selesa berkawan dengannya kerana bagi Farisya mereka serupa.Mudah
mesra.Selain Norita,Maisara merupakan salah seorang rakan baiknya didalam
T&S HOLDING.
“Orang pagi-pagi dah dapat bunga.Aku jek yang melepas.Apa
yang aku dapat?Habuk pun tak ada”rungut Maisara sambil melangkah kemejanya.Farisya
hanya ketawa kecil mendengar rungutan Maisara.
Kini wajah Farisya kembali serius.Bunga yang sudah
diletakkan diatas mejanya dipandang tanpa minat.Dia memang gadis yang tidak
sukakan pada bunga.Dia juga bukan gadis yang mudah tergoda dengan kata-kata
manis lelaki.Kad yang terletak bersama bunga diambilnya lagi.Kandungannya
dibaca berulang kali.
~I’m so sorry about that.Plez
forgive me.~
Tengku Danial
‘I’m sorry about that’perkataan itu disebut semula oleh
Farisya dengan gaya meluat.Farisya mencebik.Kad yang dipegangnya dicampak kasar
diatas meja.Dia menoleh memandang bilik Tengku Danial.
‘Ingat senang ke nak minta maaf dengan aku’Desis Farisya.Dia
tersenyum sumbing sebelum berdiri menuju ke meja Maisara.Bunga itu dibawa
bersama.
“Mai!”
“woi!Apahal?”
Maisara yang sedang mencari Fail dibelakang mejanya menoleh.Terkejut
dengan panggilan Farisya yang tiba-tiba datang menerjah.
“Untuk kau”
Farisya meletakkan bunga itu dia atas meja Maisara.Maisara
terlopong.Rambutnya yang tidak gatal digaru.Wajah Farisya dipandang pelik.
“Apasal ni”Maisara merapati mejanya.Bunga yang sudah berada
diatas mejanya diambil sebelum dipulangkan balik kepada Farisya.
“Alah..Ambil aje lah.Aku bagi kau.Lagipun aku tak suka
bunga.Kau ambil ea..”Farisya menolak bunga itu semula.
“Tapi kenapa?”
“Adoi..Banyak tanyalah kau ni.Kau nak ke tak nak bunga
ni?Kalau kau tak nak aku campak dalam tong sampah”
Farisya sudah beragak-agak mahu mengambil semula bunga
tersebut dan ingin berlalu ke Pantri.Maisara yang kalut mengejar Farisya.
“Okey.Okey.Aku ambil bunga ni.”
Pantas bunga beralih tangan.Maisara mengendong bunga itu
seperti anaknya.Dia tersenyum lebar.
“Orang kata rezeki jangan ditolak,Musuh jangan
dicari”Sambung Maisara sebelum berlalu pergi.Farisya mengelengkan kepalanya.Dia
tahu Maisara pasti tidak akan tolak pemberiannya.Lebih-lebih lagi benda yang
dia suka.Perlawa sekali sudah cukup pasti akan disambarnya.Itulah perangai
Maisara kalau semua orang nak tahu.Nasib baik Farisya belum sampai ketahap
itu.Dimintak simpang.
“Selesai satu masalah.”
Farisya menepuk-nepuk tangannya.Puas rasanya dapat
mengenakan Tengku Danial.Ini baru sikit.Farisya tersenyum nakal.Tengku Danial
masih tidak tahu siapa dirinya.Gadis yang pantang mengalah tau.Sekali dicabar
tahulah akibatnya.Farisya menepuk dadanya.Tiba-tiba terasa megah apabila dapat
mengenakan Tengku Danial yang sentiasa berlagak bagus didepannya.Padahal dari
zahirnya Tengku Danial itu kosong.Berlagak saja lebih.Kutuk Farisya.
************************
Tengku Danial mengerling jam yang sudah menunjukkan waktu
sudah larut malam.Lehernya yang terasa lenguh akibat terlalu lama menghadap
Komputer riba diurut lembut.Mulutnya yang menguap dari tadi dikatup.Terasa
senggal-senggal satu badannya kerana bekerja satu hari suntuk.Dia menjenggahkan
kepalanya melihat keadaan diluar biliknya.Gelap dan hanya diterangi lampu
pantri yang samar-samar.Pekerjanya semua sudah pulang.Badannya disandarkan.
“Dah malam rupanya”
Tengku Danial menguak rambutnya.Ruang meja Farisya
dipandang.Kosong.Begitu juga hatinya.Sikap Farisya semakin lama semakin
berubah.Gadis itu seakan-akan mahu menjauhkan dirinya.Tengku Danial merasakan
dirinya kembali sepi tanpa kehadiran Farisya.Selama ini Farisyalah yang memberi
sinar dalam hidupnya tetapi kini sinar itu semakin lama semakin hilang dalam
hidup Tengku Danial.Begitu hebat penangan Farisya dalam hidupnya.Dia sendiri
tidak tahu kenapa kehadiran Farisya begitu bermakna dalam hidupnya.
“Aku rasa aku dah tak betul sebab selalu bayangkan budak
kampung tu”Desis Tengku Danial.Dia mengelengkan kepalanya berkali-kali.Cuba
membuang bayangan Farisya yang selalu bermain difikirannya.Senyuman
Farisya,tawa Farisya,keletah Farisya bersilih ganti difikirannya.Dia
buntu.Tidak tahu apa yang perlu dia lakukan.Wirdani Farisya.Nama itu tiba-tiba
terdetik didalam hatinya tanpa dia sedari.
***************************
Bunyi deringan telefon bimbit mengejutkan Tengku Danial yang
baru mahu melelapkan matanya.Tengku Danial pantas mencapai telefon bimbit yang
berada diatas meja kecil bersebelahan katilnya.Satu dengusan dihela.
“Assalammualaikum Abang”Kedengaran satu suara seorang gadis yang
terpekik memberi salam seperti menyedarkan Tengku Danial yang sedang mamai.Tengku
Danial terbeliak.Seperti tidak percaya dengan apa yang didengarnya.
“Balqis”jerit Tengku Danial penuh teruja.Pantas dia bangun
dari baringannya.Hilang segala katuknya.Adik yang dirindui selama ini
menghubunginya setelah lama menyepi.Kedengaran tawa kecil dihujung talian.
“Amboi terujanya sampai salam kita pun tidak dijawabnya..Iyelah
Balqis adik abang”perli Tengku Balqis Batrisya.Dia ketawa kecil.Geli hati
dengan keletah abangnya yang begitu teruja mendapat panggilan daripadanya.
“Maaf!maaf!Abang teruja sangat.Waalaikummussalam..”
Tengku Danial berdiri menuju ke balkoni rumahnya.Senyuman
mekar dibibirnya.Dia memangku tubuhnya dipagar besi balkoni.Matanya terarah
pada bangunan yang masih terang disimbahi cahaya lampu walaupun jam sudah
menunjukkan sudah keangka dua pagi.Seperti kebiasaan Bandar besar seperti Kuala Lumpur tidak pernah tidur.
“Bang..Kau berangan ke?!”Sergah Tengku Balqis menyedarkan
Tengku Danial.Lupa pula dia sedang berbual dengan adiknya yang jauh di
perantauan.Tengku Danial tersenyum sebaris.Macamlah Tengku Balqis boleh
melihatnya.Lehernya diusap.
“Mana ada abang berangan”Sangah Tengku Danial.Malu.Kedengaran
Tengku Balqis ketawa galak sebelum meneruskan kata-katanya.
“Iyelah tu.Kalau tak berangan apasal Balqis tanya abang dari
tadi diam je”
“Ada ke?Tak dengar pun”Dalih Tengku Danial.Dia ketawa kecil.
“Hah!Tengok tu.Nampak sangat pembohongannya disitu”
“Tak adalah mana ada”
“Sudahlah abang nampak sangat menipunya”Sakat Tengku
Balqis.Dia ketawa besar.Senang hati dapat mengenakan abangnya.Sudah lama mereka
tidak bergurau mesra.
“Dahlah.Sengajalah tu nak kenakan abang”bidas Tengku Danial
geram.Tengku Balqis menekup mulutnya menahan ketawa.Dia tahu abangnya pasti
sudah bengang dengan sikapnya yang suka menyakat.Pasti sudah merah muka
abangnya.
Hampir sejam mereka berbual ditalian.Tengku Danial lebih
gemar mendengar daripada bercerita.Bebelan Balqis ditalian seperti telah menghapuskan
segala kekusutan yang ada dikelapanya.Dia rindu benar dengan adik bongsunya
yang seorang ni.Sesekali dia ketawa mendengar loyar buruk Tengku Balqis.Sudah
lama dia tidak menghubungi Tengku Balqis memandangkan adiknya belajar jauh dia
Seoul,Korea menyukarkan mereka untuk selalu berhubung.
Mereka memang rapat sejak dari kecil memandangkan mereka
hanya ada dua beradik didalam keluarga dan apabila mereka menghadapi masalah
mereka akan selalu berkongsi dan menyelesaikannya bersama.Tetapi yang sering
mempunyai masalah sudah pastinya Tengku Danial .Terutamanya pasal wanita.Tengku
Balqis pula semestinya menjadi pendengar setia dan kaunseling yang terbaik
untuk dia.Tengku Balqis selalu hadir masa dia memerlukan.Tetapi sejak Tengku
Balqis mendapat tawaran sambung belajar diluar Negara Tengku Danial menjadi
seorang yang pendiam dan selalu menyibukkan dirinya dengan kerja dan kerja.Dia
juga sudah menjadi seorang yang mudah marah dan selalu memendam rasa seorang
diri.Dia tidak tahu pada siapa dia mahu luahkan.Disebabkan sejarah lalu
membuatkan dia serik untuk bercinta.Tengku Balqis juga tahu akan sejarah itu.Dan
mereka tidak mahu mengungkit perkara itu lagi.
“Bang..Are you okey?”Soal Tengku Balqis tiba-tiba.Dia
perasan yang abangnya tidak banyak bicara.Dari tadi hanya dia yang membebel dan
abangnya hanya mendengar.Terasa seperti bercakap seorang diri pula.Terdengar
keluhan dilepaskan Tengku Danial.Dia tidak tahu patut atau tidak dia berkongsi
dengan adiknya masalah yang dia hadapi sekarang. Dia buntu.Tidak pasti dengan
perasaannya sendiri.
“Bang Danny kalau ada benda nak share dengan Qis abang
ceritalah.Balqis sedia mendengarnya”
Tengku Balqis seperti dapat merasakan kekusutan yang dialami
abangnya.Dia tahu abangnya sedang memendam sesuatu dan tidak mahu berkongsi
dengannya.Tengku Danial mengeleng.
“Tengku Danial!”
Tengku Balqis baran dengan sikap abangnya yang menyepi.
“Nothing Qis.Abang okey”
Akhirnya Tengku Danial bersuara setelah lama
menyepi.Kedengaran Tengku Balqsi pula mengeluh dihujung talian.
“Tipu!”Marah Tengku Balqis.Faham benar dia dengan sikap
abang sulungnya.Dia bukan baru sehari mengenali lelaki ini.Hampir 20 tahun dia
mengenali Tengku Danial.
“Betul abang tak ada apa-apa”
“Sure?”
“Sure”
Tengku Balqis akhirnya mengalah.Dia malas mahu memanjangkan
cerita.Dia yakin suatu hari nanti abangnya pasti akan menceritakan kepadanya
masalah yang dia hadapi.Dan kalau abangnya tidak mahu berkongsi dengannya
sekali pun dia sendiri akan menyiasatnya.Ini Tengku Balqis Batrisya tiada apa
yang boleh disembunyikan daripada pengetahuannya.Tengku Balqis tersenyum
sendiri.
“Adik..Ada apa telefon abang pagi-pagi buta ni?”soal Tengku
Danial mematikan lamunan Tengku Balqis.
“Adik ada berita gembira ni nak cakap”Suara Balqis berubah
ceria.
“Apa dia?”
“Next week..Adik..akan..balik Malaysia!!”pekik Tengku Balqis
teruja.
“Betul ke ni?Gembiranya abang dengar.Pasti mama dengan papa
suka.Lebih-lebih lagi nenda.”Sambung Tengku Danial.Dia tersenyum lebar.Gembira
mendengar khabar berita daripada adiknya.Sudah lama mereka menantikan kepulangan
adiknya.
“Itulah..Adik pun teruja sangat.Tak sabar nak jumpa
Mama,Papa dan yang paling penting Nenda.Rindu gila dengan Nenda”
Tengku Danial ketawa kecil mendengar bebelan adiknya yang
manja dengan keluarga.Selama ini Tengku Balqislah menjadi penceria didalam
keluarganya.Sekarang rumah mereka akan kembali riuh seperti dulu.
“Abang ingat ambil adik dekat Airport tau”
“Baiklah abang tahu.”
“Okeylah..Ada masa kita sembang lagi.Adik tahu abang dah
penat kerja.Jadi adik tak nak ganggu.Selamat malam.Assalammualaikum”
Talian dimatikan selepas salam disambut Tengku Danial.Tengku
Danial masuk semula kedalam biliknya.Tubuhnya disandarkan dihujung kepala
katil.Tidak sabar dia menunggu kepulangan adiknya.Dia yakin Tengku Balqis pasti
ada cara untuk menyelesaikan masalahnya.Pada asalnya dia tidak mahu berkongsi
dengan adiknya.Tapi dia tahu lama kelamaan pasti Tengku Balqis akan tahu
juga.Jadi tidak salah dia meminta tolong.Tengku Danial meletakkan tangannya
diletakkan dibelakang kepala.Senyuman masih lekang dibibirnya.Penatnya hilang
serta merta.Masalahnya dengan Farisya mesti diselesaikan secepat mungkin.
P/S: maaf kalau ada yang kurang..Idea agak samar2 buat masa sekarang.Hope enjoying!!HEHE .. *PEACE*
best2.. smbng lagi
ReplyDeletebest2.. smbng lagi
ReplyDeletethumbs up....cayaa la lela...semoga novel brjaya dibukukn n trlaris d pasaran..aq support..my loving friend..
ReplyDelete-Lela Vanila-
ReplyDeleteThanks eqin.Insyaallah. Doakan aku k. sayang ko ketat-ketat. hehe .