meh!follow saya

Thursday, 26 July 2012

cerpen:Berikan aku cinta! 1

Cerpen:Berikan aku cinta! 1

by:Lela vanila 


“Eila cuba kau tengok gambar Nik ni,kacaknya dia pakai baju ala-ala korean.Cairnya aku.Sesuai betullah dia pakai baju ni,muka dahlah ada mirip-mirip sikit macam artis korea.Untungnya siapa jadi awek dia”Kata Puteri Aminah teruja sambil menghalakan majalah yang dibacanya kepada Eila Safiyyah.Eila hanya  memandang sekilas.Menyampah dia melihat hamba allah yang berlagak nak mampus tu.Dia mencebik.

“kacak apa bendanya,aku tengok dah macam cicak berak kapur dah rupa dia.Kulit melepak macam hantu kapur.Aishh..mamat ni jugak kau suka.macam tak ada orang lain?”Gurau Eila.Dia ketawa terbahak-bahak.Riuh satu kelas dengan gelak tawanya.Nasib baik kelasnya tiada cikgu dan  sememangnya kelas mereka dah sedia bising jadi tiadalah dia segan sangat ketawa kuat-kuat.Puteri Aminah muncung.Merajuklah konon.cehh!

“Kau ni tak baik tau cakap macam tu!kan kacak dia ni.Kau aje dari dulu sampai sekarang tak pernah nak mengaku.Suka sangat kutuk-kutuk dia.Tak baik tau”sampuk Siti Nur Aidah dari arah belakang.Kelihatan Balqis Sofea berada disebelahnya.Gadis itu hanya tersenyum.

Tahu sangat dah dia dengan perangai sepupunya yang sememangnya benci dengan lelaki yang berada didalam majalah tu. Siapa lagi kalau bukan Nik Haikal Danil.Merangkap abang sepupunya yang berkerja part time sebagai model.Dan peminat setianya dah tentulah Puteri Aminah dan Siti Nur Aidah.Setiap Bulan mereka akan membeli majalah yang ada muka Nik Haikal Danil.Naik muak dah Eila Safiyyah dengan Balqis Sofea.

‘nasiblah kau orang tak tahu yang mamat ni abang sepupu kita orang kalau tahu.Mampus tak terlayan’desis hati Balqis Sofea.Dia tersenyum lagi melihat keletah kawan-kawannya yang berdebat untuk kesekian kali.Tentang siapa lagi kan..

“betul tu betul..aku sokong cakap kau Eida”sahut Puteri Aminah mengangguk-gangukkan kepalanya.Suka dia ada orang yang menyokong kata-katanya.

“Cehh!handsome apa?muka dah macam perempuan ni jugak yang kau orang minat.Geli aje aku tengok”balas Eila Safiyyah sambil membuat mimik muka mual sambil gayanya sekali.
Ketawa kecil Balqis yang sudah duduk disebelahnya.Balqis lebih selesa berdiam diri dari bercakap.Dia suka melihat kawan-kawannya bercerita.Dia hanya menyampuk bila perlu.

“Balqis kau ketawa kenapa?”soal Aidah geram.Puteri Aminah hanya mengangguk.

“saja!kelakar tengok kau orang gaduh.Yang paling kelakarkan kau orang mesti gaduh pasal budak ni,senior kita ni”ujar Balqis sambil jari telunjuknya tonyoh-tonyoh gambar Nik Haikal.Geram juga dia pada abang sepupunya yang seorang ni.Nasib baik handsome. He he he

“EH!apa ni.Habis rosak majalah aku.Baru beli tau”Marah Puteri Aminah.Dia menarik kasar majalah kesayanganya yang berada diatas meja Eila.Balqis ketawa disambut oleh Eila.Sama saja perangai. Puteri Aminah dengan Siti Nur Aidah mencebik.Menyampah!

***************************
“eh!pakcik  mama kau panggil”Kata Eila Kepada Nik Haikal yang sedang duduk ditepi kolam sambil membaca buku.Rajin lah konon!Eila mencebik.  ‘berlagak aje lebih’Eila menjeling Nik Haikal yang masih fokus dengan bacaannya.Maklumlah budak paling ‘top’ kat sekolahnya sehinggakan mendapat gelaran PRINCE.Konon aje.

Nik Haikal merupakan senior kepada Eila kerana tua setahun daripadanya. Dia dapat gelaran ni pun sebab aktif dalam sukan,pandai dalam pelajaran dan popular dikalangan perempuan.Ni pun sebab dapat undian tinggi dari pelajar perempuan.Gedik!

Boleh dikatakan satu sekolahlah minat dekat dia sampaikan ada juga guru-guru perempuan muda  yang meminatinya.Eila membuat muka mual bila mengenangkan kembali pelajar-pelajar perempuan dan guru-guru perempuan yang memberi Nik Haikal surat cinta.Bukan main lagi jiwang.Yang jadi mangsa dia sebab kena simpan surat tu dalam satu kotak khas.kadang-kadang nakal juga dia sebab curi-curi baca surat tu.Dia tahu  Nik Haikal bukan baca pun surat tu saja buat perkasam.Senggal!

“cakap dengan mama aku kejap lagi aku datang”balasnya kerek menyedarkan Eila daripada menggelamun.Eila mengajuk kata-katanya dengan lentoknya sekali. Nik Haikal tersenyum. Eila memusingkan badannya untuk masuk kedalam rumah.Belum sempat dia melangkah masuk Nik Haikal memanggilnya kembali.

“nak apa?”tanya Eila Safiyyah geram.

“Ambilkan aku air.Air aku dah habis”arah Nik Haikal.Dia menghulurkan cawannya yang kosong kepada Eila.Gadis itu mendengus.

“Tadi masa aku dekat sebelah dia tak nak pulak suruh,ni aku dah nak masuk rumah baru nak suruh.Sajalah tu nak buli aku.Nasib baik ni rumah kau.kalau tak dah lama dah cawan ni melekap kat batang hidung kau yang tak berapa nak mancung tu’omel Eila sambil kakinya melangkah ke dapur.
Nik Haikal yang berada di tepi kolam sudah ketawa kecil.Gembira hati dia dapat menyakat Eila,Adik sepupunya.

Ibubapa Eila safiyyah sekarang berada diluar Negara kerana ada hal perniagaan yang perlu diuruskan.Jadi Eila Safiyyah kena duduk dengan Mak Longnya yang mempunyai anak yang menjengkelkan lebih-lebih lagi musuh yang suka membulinya.Sakitnya hati.Eila Safiyyah pernah meminta izin daripada ibunya untuk tinggal dirumah maksunya,ibu kepada Balqis sofea  tetapi Mak Longnya terlebih awal menegas  dan menyuruhnya duduk bersamanya.

Mak Longnya,seorang ibu tunggal kerana suaminya meninggal dunia kerana serangan jantung jadi dia yang meneruskan perniagaan suaminya.Dia mempunyai dua orang anak,seorang perempuan dan seorang lagi lelaki.Anak perempuannya sudah berkahwin.sekarang tinggallah anak bujangnya yang seorang tu.Tahu-tahulah siapakan?

**************************

“what  ma?tunang?!”soal Nik Haikal separuh menjerit.Datin Ramlah hanya menggangukkan kepalanya.

“ye tunang”jawab Datin Ramlah tenang. Dia tahu pasti anaknya akan terkejut dengan kata-katanya.Bukan kemahuannya mahu tunangkan anaknya pada usia muda  tetapi itu merupakan salah satu wasiat suaminya yang mahu anaknya bertunang dengan wanita pilihannya selepas umurnya genap 19 tahun.Dia juga merasa serba salah untuk menyatakan hasrat arwah suamiya.Dia mengeluh.

“but why ma?”Nik Haikal sudah berdiri.Hatinya membuak-buak dek api kemarahan.Geram dia dengan mamanya yang mahu menentukan hidupnya.

“ni merupakan salah satu wasiat papa sayang!dia mahu kamu berkahwin dengan wanita pilihannya.please sayang ni hajat terakhir papa.please!”rayu Datin Ramlah sambil menarik lembut tangan anaknya menyuruh anaknya duduk kembali disisinya.Nik Haikal mengalah.Dia melabuhkan kembali punggungnya.

“but why?”

“no reason,darling!papa buat semua ni semuanya sebab sayangkan kamu,dia nak kamu bahagia.Dia tahu perempuan ini boleh membuat kamu bahagia”kata Datin Ramlah sambil mengusap-usap  tangan anaknya untuk mengurangkan kemarahan yang ada dihatinya.

Nik Haikal menggeleng.Dia mengeluh berat.Kusut betul kepalanya.Tak terfikir langsung dia mahu berkahwin pada usia semuda ni.Dengan perempuan yang dia tak tahu pun asal usulnya.Mana mungkin bahagia?

“siapa perempua tu ma?”tanya Nik Haikal mahu kepastian.Dipandangnya wajah lembut ibunya.

“Eila Safiyyah”balas Datin Ramlah perlahan.

“what?”jerit Nik Haikal.Terkejut babun dia bila dengar nama gadis skema yang selalu dibulinya.Dia menggelengkan kepalanya berkali-kali. ‘impossible’desis hatinya.

“Eila ma.But why?”soal Nik Haikal lagi masih tidak berpuas hati.Datin Ramlah tersenyum.

“seperti mama kata tadi ‘no reason’ ni semua keputusan papa.Suatu hari nanti pasti kamu tahu jawapannya.Buat masa sekarang kamu kenal dulu hati budinya.And then kamu boleh pilih sama ada nak teruskan ke tidak”jawab Datin Ramlah.Nik Haikal mengeluh lemah. ‘pa..pa..apa yang pa rancangkan sebenarnya’.Dia menyandar lesu disofa.Kusut!betul-betul kusut kepala otak dia.

********************

“betul ke ni?”soal Balqis Sofea terkejut.Dahlah dia terkejut dengan kehadiran Eila yang datang kerumahnya tiba-tiba.Ini dikejutkan lagi dengan khabar berita yang Eila akan bertunang dengan abang sepupunya a.k.a musuh dalam rumahnya siapa lagi kalau bukan Nik Haikal Danil.
Eila mengeluh.Tangannya disilangkan dibelakang kepalanya.Balqis Sofea baring disebelahnya.Balqis memusingkan badannya dan menongkat kepalanya dengan sebelah tangan.

“kau main-mainkan Eila?”tanya Balqis masih tidak berpuas hati selagi Eila Safiyyah  masih tidak menjawab soalannya.

“kau ingat aku nak ke bergurau tentang benda yang serius macam ni.Kau tahukan macam mana perasaan aku dekat mangkuk tingkat tu?”Balas Eila yang masih memandang siling. ‘Cantik siling dia.Ada corak-corak bunga.’Sempat Eila monolog sendirian.

“aha..iye tak ye jugak kan”Balqis menganggukkan kepalanya sebijik macam burung belatuk.

“so,apa kau nak buat?”sambungnya

“buat apa?buat bodoh ah”Sempat Eila bergurau dengan Balqis.
Balqis menepuk tangan sepupunya.Ambik kau!

“aku cakap betul-betul dia pulak main-main.Aku ‘kick’ kau karang ada yang jatuh tergolek dok macam nangka busuk”gurau Balqis pula.Mereka berdua ketawa.Saja mahu mengurangkan tekanan yang dirasai Eila sekarang.

“betullah aku cakap,apa yang aku nak buat.Nothing,so ikut jek lah”Balqis terkejut mendengar jawapan Eila.Dia sudah duduk bersila disisi Eila.Dia menepuk dahinya.

“yaallah!kau setuju?kau ni betul ke tak ni?kau makan ubat tak?”soal Balqis bertubi-tubi.Memang terkejut tahap babun ni.Eila sudah ketawa kecil.Dia pun bangun dan duduk bersila bertentangan dengan Balqis.

“kau ingat aku nak sangat ke tunang and then kahwin dengan mamat tu.Aku tak nak lah..tahu tak..AKUU TAKK NAKK!!”Saja Eila menekan kata hujungnya.Supaya kawannya faham apa yang sedang bermain dihatinya.

“Habis tu?”

“habis tu dah mama aku and papa aku dah setuju.Aku nak buat apa lagi?nak lawan cakap dia orang?aku tak sanggup.Tolonglah”kata Eila sambil mengangkat kedua tangannya.

“so?”

“eh!kau ni banyak soal pulak”Geram Eila degan Balqis yang banyak sangat soalannya.Balqis tersenggih-senggih.

“sorry-sorry.Aku pulak yang excited bila dengar kau nak tunang.yang lebih teruja tu kan bila tau bakal suami kau tu musuh dalam bantal kau.Pastu,lelaki kegilaan ramai pulak tu.Kalau si Puteri dengan Eida tahu.Mampus kau”Kata Balqis saja mahu menakut-nakutkan Eila.Eila Safiyyah menarik tangan Balqis Sofea.

“kau janji dengan aku,yang kau tak akan cakap kat dia orang..kalau kau cakap siap kau aku cincang empat belas”ugut Eila sambil jari telunjuknya menonjol-nonjol dahi licin Balqis.

“iyelah..aku janji!!tapi insyaallah kalau aku tak terbabas”balas Balqis sambil tersengih-sengih macam kerang busuk.Eila mendengus.Geram dia dengan perangai Balqis.

“ala..yela aku janji”pujuk Balqis sambil memeluk erat kawan baiknya a.k.a sepupu terbaiknya.Mereka berbalas pelukan.

“pasti ada hikmah disebalik semua ni Eila”bisik Balqis.Eila hanya menganggukkan kepalanya.Dia pasrah.


p/s:hemp2!!saja nak try wat cite bawu..xtau k ke x??hehe..hope enjoy this k..komen anda amat sya perlukan..macehhh >.<

3 comments: