meh!follow saya

Sunday 5 August 2012

cerpen:Berikan aku cinta! 2

Cerpen:Berikan Aku Cinta

By:lela vanila

“Eila tak naklah umi”

Eila Safiyyah sudah menyilangkan tangannya tanda protes.Dia mendengus.Geram betul dia bila ibu bapanya menyuruh dia berkhawin dengan lelaki yang dibencinya.

“Eila muda lagilah,umi dengan Abi tak habis-habis suruh Eila tunang dengan dia tu.Tak sukalah”Sambungnya lagi.Bibirnya dimuncungkan.

“hah,muncungkan mulut tu!ingat lawalah tu”Marah Datin Aishah.Dia  yang duduk disebelah suaminya beralih disisi anaknya.

“umi dengan Abi buat ni semua sebab Eila”

“sebab apa umi!Abi!?”potong Eila Safiyyah.

“kami nak bila kami outstation kamu ada orang yang jaga,perhatikan jadi tak adalah kami risau sangat bila tinggalkan kamu”balas Dato Malik.Eila mendengus.

“Eila boleh jaga diri  sendirilah Abi,Umi.Tak payah risau okey.Tak payahlah tunang-tunang ni tak sukalah”pujuk Eila Safiyyah.Harap-harap ibu bapanya setuju dengan kata-katanya.

“Tak boleh!kamu mesti tunang juga dengan Nik”Tegas Datin Aishah.

“umi!”

“tak kira,Umi tetp dengan pendirian Umi.Kamu setuju ke tidak Umi tak perduli”

“Umi ni suka buat keputusan sendiri,Benci betullah.Sikit-sikit Nik. 
"Apa yang bagus dekat mamat tu tah”marah Eila Safiyyah.Dia cuba minta simpati kepada bapanya,Dato Malik.Lelaki itu hanya menjongket bahu.Eila mendengus kasar.Wajahnya dipalingkan ketempat lain.

“Eila tak kira,Eila tak nak juga tunang dengan dia tu.Titik.Ini keputusan Eila.Umi dan Abi tak ada hak nak tentukan hidup Eila”protes Eila Safiyyah.Dia menghayunkan langkahnya menuju ketangga.Dengan pantas dia mendaki tangga..

“Eila Safiyyah!”panggil Datin Aishah.Eila tidak mengendahkannya.Langkahnya tetap diatur menuju kebilik.Pintu dihempas kuat.Datin Aishah mengeluh.Dato Malik hanya menggelengkan kepalanya.

“tengoklah anak awak bang”

“anak saya,anak awak juga”perli Dato Malik.Datin Aishah mencebik.Menyampah!anak beranak sama aje.


                                                                *******************************
Didalam kelas,Eila Safiyyah duduk termenung ditepi tingkap.Dia memandang langit yang biru.Tiada awan disitu.Kosong.Begitu juga hatinya kini.Kawan-kawannya yang lain sibuk berbual dan bergosip tetapi dia duduk termenung mengenang nasib.Satu keluhan berat dilepaskan.

“kau okey ke ni?”soal Balqis sambil menyentuh lembut bahunya.Dari tadi dia tengok Eila asyik termenung dan mengeluh.Dia pula yang rasa tidak sedap hati melihat kawan baiknya merangkap sepupunya duduk seorang diri menanggung masalah.Dia perlu ada disisi,itulah kawan sejati.

“Aku okey je”balas Eila ringkas.Dia tiada ‘mood’untuk berbual dengan kawan-kawannya.Nasib baik hari ini banyak yang guru tidak hadir kerana ada kursus jadi tak perlulah dia pecah kepala belajar dan pada masa yang sama memikirkan masalah yang dihadapinya.

“Kau tipukan”Balqis mula serkap jarang.

“betul.I’m fine”

“kalau betul kau okey kenapa dari tadi aku tengok kau asik mengeluh je?pastu termenung sana,termenung sini.Bila kita orang ajak berbual kau tak nak.Selalu kaulah orang pertama yang banyak cakap.Tapi hari ni monyok je.Tu kau masih kata tak ada apa-apa?”kata Balqis  geram dengan perangai kawannya yang tidak mahu berkongsi masalah dengannya.

“Balqis!please”rayu Eila.Fikiran dia betul-betul kusut.Sekarang ditambah pula masalah sepupunya yang dari tadi asyik bersoal jawab dengannya.

“aku tahu,ni mesti pasal kau dengan Nik kan?”bisik Balqis takut kawan-kawannya yang lain dengar.Lebih-lebih lagi kawan baik mereka Puteri Aminah dengan Siti Nur Aidah.

“siapa lagi”balas Eila malas.

“Apa kes?”

“kes besar”

“kenapa?”

“Umi dengan Abi aku tu tak habis-habis desak aku”

“Kau jawab apa?”

“aku cakaplah aku tak nak”

Eila menongkat dagunya.Pandangannya dialihkan semula memandang permandangan diluar kelas.Balqis mengeluh. ‘Besar juga masalah kau ni kawan.Moga-moga kau dapat menghadapinya’desis hati Balqis sambil memandang Eila.Jelas kekusutan diwajah kawannya.Tiada apa yang mampu dia lakukan.Hanya sokongan dari belakang yang mampu diberi.Dia pun ikut sekali Eila menikmati suasana pagi dengan melihat permandangan diluar kelas ditepi tingkap.

“Eila ada orang nak jumpa”panggil Irman rakan sekelasnya.

Eila dan Balqis menoleh kearah suara yang memanggilnya.Terbeliak mata dia bila melihat Nik Haikal Danil berada diluar kelasnya.Puteri Aminah dan Siti Nur Aidah sudah tersenyum meleret.Suka bila lelaki pujaan datang kekelasnya.

Kelihatan dibelakang Nik Haikal ada tiga orang lelaki yang mengikutinya.Irfan,Syafiq dan Iqbal merupakan rakan sekelas Nik Haikal.Mereka juga merupakan pelajar yang popular di sekolah mereka kerana mempunyai paras rupa yang kacak dan penampilan yang menarik.Eila Safiyyah dan Balqis Sofea mencebik.Tak heran pun dia dengan kekacakan empat sekawan tu.Menyampah lagi adalah.

Eila tidak mengendahkan panggilan Irman yang asyik memanggilnya keluar sebab Nik Haikal nak jumpa.Semua mata terarah kepadanya.Ada yang berbisik-bisik.Mengumpatlah tu!

“kau cakap kat dia aku tak nak jumpa dia”Laung Eila geram.Dia mendengus kasar.Dia kembali kepada posisi asal iaitu memandang luar tingkap.Balqis hanya memandang Nik Haikal dengan pandangan menyampah.Puteri Aminah dan Siti Nur Aidah saling berpandangan. ‘apa yang berlaku’persoalan yang bermain diminda mereka.

“Tak apa ke ni Eila kau buat macam tu?”bisik Balqis yang tidak selesa dengan situasi sekarang.Eila hanya mencebik.Di luar kelas Nik Haikal sedang merenung mereka.

“kesah apa aku”balas Eila.

Kedengaran derapan kaki semakin mendekati Eila dan Balqis.Eila masih bersahaja.Tiada respon yang diberi.Malas dia nak layan lelaki yang entah apa-apa.Menyakitkan hati saja.

“Aku nak jumpa kau kejap”Tiba-tiba Nik Haikal bersuara.Balqis yang perasan Eila tidak memberi apa-apa respon menyiku rakannya.Eila tersentak.Pandangannya dihalakan kepada Balqis. 

‘APA!’Soal Eila geram tapi dalam nada perlahan.Balqis memuncungkan bibirnya kearah Nik Haikal yang sudah berada dihadapan meja mereka.Eila mengangkat wajahnya merenung lelaki didepannya.Tajam.

“WHAT!”jerit Eila.Terdiam semua isi kelas bila mendengar Eila yang jerit tiba-tiba.Semuanya terkejut.

“perlu ke kau nak jerit-jerit”perli Nik Haikal.Dia ketawa sinis.Eila mencebik.

“Kau perduli apa?”

“memang aku tak perduli, tapi aku nak jumpa kau sekejap”

“for what?”

“ikut sajalah”

Nik Haikal menarik tangan Eila kasar.Perempuan macam ni tak boleh berlembut sangat.Semua yang berada didalam kelas tercengang melihat Nik Haikal menarik tangan Eila.Ternganga mulut Puteri Aminah dengan  Siti Nur Aidah.Balqis hanya tersenyum.

“guys kau tunggu sini jap,aku ada hal”Laung Nik Haikal kepada rakan-rakanya yang masih berada didalam kelas.Eila menjengkelkan matanya.

“beres bos”Jawab Irfan.Sempat dia tersenyum nakal kepada Balqis.Dari dulu dia dah minat dekat si Balqis tapi gadis ini langsung tidak melayannya.Si syafiq dan Iqbal pula mengacau si Puteri Aminah dengan Siti Nur Aidah.Masing-masing ada perkara yang perlu diuruskan.

                                                **************************
“Lepaslah!”

Eila safiyyah menyentap tangannya dari pegangan Nik Haikal.Dia mengurut pergelangan tangannya yang sakit kerana digengam kuat oleh lelaki tak guna ini.Matanya dibutangkan merenung Nik Haikal yang tersengih-sengih memandangnya.

“kau nak cakap apa sebenarnya?”Soal Eila setelah lama menyepi.Nik Haikal menyandarkan badannya kedinding.kedua-dua tangannya dimasukkan kedalam kocek,manakala tapak kaki sebelahnya diletakkan didinding.

“pasal pertunangan kita”

Tersentak Eila.Pasal tu lelaki ni nak jumpa dia dalam kelas.Dekat rumah tak boleh ke?Eila mendengus.

“kat rumah tak boleh ke?”

Eila juga menyandarkan badannya kedinding.Tangannya disilangkan.Mata mereka bertentangan.Tiba-tiba jantung mereka berdegup hebat.Masing-masing mengalihkan pandangan ketempat lain.Nasib baik tempat yang dipilih mereka tidak ramai yang lalu lalang.Jadi memudahkan mereka berbincang.

“aku tak nak umi dengan Abi kau tahu”

“habis kalau dekat sekolah ni kau tak kesah ke kalau peminat-peminat kau tahu”balas Eila sinis sekali.

“mereka tak akan tahu,kalau dia orang tahu pun aku kesah apa?”
Eila ketawa kecil.

“kau tak takut populariti kau jatuh?”sindir Eila.Nik Haikal hanya tersenyum.

“aku tak kesah semua tu”

“iyela tu”

“dah!aku nak jumpa kau bukan nak berdebat pasal ni,aku nak bincang pasal kita.So?”

“so what?”potong Eila.

“kau setuju?”soal Nik Haikal.Eila menundukkan kepalanya.

“tak”jawab dia sepatah.

“kenapa?”

“aku tak suka kau”selamba saja Eila menjawab.Tersentak Nik Haikal.Wajahnya berubah keruh.Sangkaannya Eila menyukainya tapi tidak.

“Tapi kita tetap kena teruskan juga pertunangan ini”tegas sekali kata-kata Nik Haikal.Eila mengangkat pandangannya.Dia merenung Nik Haikal cuba mencari kebenaran kata-kata lelaki itu.

“ini wasiat arwah papa aku jadi aku kena tunaikan,aku tak nak nanti dia kat sana tak aman bila aku tak mampu tunaikan impian dia”tenang saja Nik Haikal menjawab.Dia tahu apa yang sedang bermain difikiran Eila.Dia pentingkan diri.Dia sedar itu.Tapi dia terpaksa.

“tapi kenapa mesti aku?”soal Eila.

“aku pun tak tahu kenapa?tapi mama aku kata ini semua mesti ada hikmahnya.Kita tunggu dan lihat saja apa yang terjadi”terang Nik Haikal. Wajahnya tenang sekali.Matanya yang bunjur,kulitnya yang putih dan bibirnya yang kemerah-merahan jelas menunjukan dia lelaki yang tidak merokok.Bukan itukah lelaki yang dia impikan.Eila mengelengkan kepalanya.Tak mungkin dia akan suka dekat lelaki perasan bagus ni!

“tapi aku tak nak!aku tak nak bermain dengan cinta.Aku nak cari cinta  yang sejati bukan palsu”

“aku tahu tu.Tapi tolong buat semua ni demi papa dan mama aku.Aku mohon sangat kat kau”rayu Nik Haikal.Dia mengusap rambutnya kebelakang.Jelas dia juga kusut dengan masalah ini.Eila Safiyyah merenungnya.Hatinya berdebar-debar.Dia pun tak tahu kenapa.

“aku tak janji.Tengoklah macam mana”balas Eila selamba sebelum berlalu pergi.Dia rimas dengan suasana sekarang yang betul-betul menyekat penafasannya.

“Tunggu jap!”

Nik Haikal sempat memaut pergelangan tangan Eila sebelum pergi.Dia menarik Eila kasar lalu ditolaknya kedinding.Tangannya dilekatkan disisi dinding.Tubuhnya semakin mendekati badan Eila.Mata mereka bertatapan.Hati masing-masing berdebar-debar.

Eila berdiri kaku.Dia tak tahu nak berbuat apa.Dadanya berombak hebat tatkala ini.Kedengaran nafas Nik Haikal turun naik.Wajah mereka betul-betul dekat.

“Nik awak nak buat apa ni?”soal Eila takut-takut.Dia memegang dadanya yang semakin lama semakin laju degupan jantungnya.Terasa seperti nak tercabut.

“Nik tolonglah!kita kat kawasan sekolah ni”Eila merayu pula.Dia betul-betul ketakutan.Nik Haikal masih merenungnya.Matanya tidak berkelip walau sesaat.Dia pun tak tahu kenapa dia jadi begini.Tiba-tiba…

“Nik Haikal Danil!”Jerit Eila.Geram dia dengan Nik Haikal yang sesuka hati mengucup dahinya.Wajahnya sudah berona merah. Nik Haikal sudah ketawa sambil menekan-nekan perutnya.Tak tahan dia melihat wajah Eila.Gadis itu mendengus.Dia berlari meninggalkan Nik 
Haikal yang masih ketawa.

Perlahan-lahan tawa Nik Haikal beransur hilang.Sebenarnya dia saja  ketawa begitu untuk menutup malu.Dia pun tak tahu kenapa dia boleh berkelakuan begitu.Dia tidak dapat menahan perasaannya sendiri. Dia tersenyum. ‘Adakah aku sudah jatuh cinta?’soal hati Nik Haikal. ‘jika betul,berikan aku cinta wahai Eila Safiyyah’gumamnya lagi.Dia berlalu membawa satu perasaan yang dia sendiri tidak dapat tafsirkan.Fikirannya menerawang mengimbas kembali perbualan dia dengan ibunya dulu.Betulkah apa yang dikatakan mama?

No comments:

Post a Comment