[part 1]
By:Lela Vanila
“Risya mak panggil kau!”
Wirdani Farisya yang sedang leka menulis sesuatu dibuku cacatannya menoleh ke pintu biliknya selepas dipanggil kakak sulungnya, Arisa yang sedang berdiri dimuka pintu.
“ibu nak apa kak?”
“manalah aku tahu, pergilah tanya ibu sendiri” Arisa keluar dari bilik Farisya. Malas dia nak tunggu lama disitu, menyampah rasanya bila lama-lama berada disitu. Wirdani Farisya bangun menuju ke bilik ibunya, Mak Siah. Kelihatan Mak Siah sedang mengurut kakinya yang kelengguhan selepas seharian bekerja. Farisya duduk dihujung kaki ibunya.
“Ibu panggil Risya?” soal Farisya sambil menolong ibunya menggurut kaki. Mak Siah menarik kakinya. Farisya tersentak dengan tindakan ibunya. Dia mengeraskan diri, terasa dengan tindakan ibunya.
“ya, memang aku panggil kau” Keras sekali suara Mak Siah. “ada sebab aku panggil kau, aku nak kau kerja dekat tempat aku bekerja. Aku nak kau gantikan aku” sambungnya lagi. Farisya terkedu. ‘kerja?’
“tapi ibu Risya nak study lagi” sampuk Farisya. Mak Siah sudah memandangnya tajam.
“kau jangan nak melawan cakap aku, tak cukup ke selama ni aku bagi pelajaran dekat kau, cukuplah kakak-kakak kau saja yang sambung belajar. Kau jangan nak tambah susah aku lagi. Aku tak kira aku nak kau kerja juga kat situ.” Tengking Mak Siah membuatkan Farisya hilang kata-kata untuk melawan. Matanya sudah bergenang.
“tapi ibu..”
“tak ada tapi-tapi.. mulai minggu depan aku nak kau mula bekerja, Mak Jah akan tunjuk dekat kau apa yang patut dibuat kau ikut apa saja yang disuruh dia” potong Mak Siah. Farisya sudah terkedu.
“hah.. tunggu apa lagi tu dah pergi masuk bilik kau, menonggok pula kat sini dahlah aku menyampah tengok muka kau. Dah-dah pergi berambus dari bilik aku, dasar budak bawa malang” sinis sekali kata-kata Mak Siah. Terjongket sedikit bahu Farisya akibat ditengking begitu oleh Ibunya. Farisya bangun dari dudukannya. Dia akur. Air mata sudah mula menitis keluar dari matanya.
Kakaknya Arisa dan Maria yang sedang duduk diruang tamu sudah tersenyum mengejek kepadanya. Semakin sebak hatinya. Dia berlari masuk kebilik dan mengunci pintunya. Dia menanggis sepuas-puasnya dibelakang pintu. ‘sampai hati ibu buat Risya macam ni’ rintih hatinya sayu.
Tiba-tiba ingatannya kembali teringatkan arwah abahnya, Encik Roslan. Dia teringat akan pesanan arwah abahnya yang menyuruhnya sambung belajar dan jadi orang yang berguna, Itu juga merupakan cita-citanya selama ini. Semakin deras air mata yang keluar dari matanya. Sayu hatinya bila terkenangkan arwah Abahnya. ‘Abah’ jerit hati Farisya. Sungguh dia menyayangi lelaki itu.
************************************
‘T&S HOLDING! Ni ke syarikatnya’ Farisya melihat kertas ditangannya diselang dengan melihat bangunan didepannya. “fuhlamak.. besar gila bangunan dia” monolog Farisya sendirian.
GEDEBUKKKK!!
“Adoi.. sakitnya punggung aku,boleh sembelit macam ni” Farisya mengurut punggungnya yang sakit akibat dilanggar seseorang. Baru saja dia mahu melangkah menuju ke syarikat tersebut tiba-tiba dia diterjah seseorang, tak sempat dia nak menggelak dah jatuh terduduk.Farisya menggerang kesakitan.
“Makcik tak apa-apa?” tanya seorang lelaki kepadanya. ‘makcik dia panggil aku? Bukan main cun melecun macam ni dia panggil aku makcik’ bebel Farisya dalam hati. Dia mendonggakkan kepalanya cuba memandang lelaki tu.
“opss.. maaf, saya ingatkan Makcik tadi, adik tak apa-apa?” tanyanya lagi. Dia menghulurkan tangan untuk membantu Farisya bangun. Farisya memandang sepi tangan lelaki itu. Dia cuba bangun sendiri. Lelaki tu menarik semula tangannya. ‘sombong betul’ desis hatinya.
“Maaflah Pakcik bukan muhrim, jadi tak boleh pegang-pegang ni berdosa” perli Farisya keras kepada lelaki itu. Lelaki itu mencebik. ‘amboi.. balas nampak! dia panggil aku pakcik pula, berani betul budak ni’
“baiklah suka hati cik adiklah.. malas saya nak layan budak yang berpakaian macam makcik-makcik ni” sindir Tengku Danial Zafuan kepada Wirdani Farisya. Membutang mata Farisya bila dikata begitu kepadanya.
“Eh! pakcik mulut tu cakap sedap sikit ya, pakaian saja macam makcik tapi kenyataannya saya ni masih anak dara tau” selamba sekali Farisya menjawab. Geram dia dengan mulut laser lelaki yang berada didepannya. Rasa nak tumbuk saja muka dia.
‘Eh! Pakcik ni memang cari nahas dengan aku’ Farisya menanggalkan selipar sandalnya yang baru dibeli semalam lalu dibalingnnya kearah Tengku Danial.
“golll”jerit Farisya sambil terloncat kegembiraan. Dia sudah ketawa terbahak-bahak. Tepat sasarannya mengenai belakang Tengku Danial. Menggerang kesakitan lelaki tu. Tengku Danial menoleh.
“Aikk! mana pula minah sakai tadi?” soal Tengku Danial kepada dirinya selepas melihat tiada sesiapa dibelakangnya. ‘manalah minah ni lari, sandal dia dekat aku. ‘Aishh.. macam-macam’ Tengku Danial menggelengkan kepalanya. Dia tersenyum. Dia jalan menuju kepintu masuk syarikat, sandal Farisya dibawanya sekali.
Farisya yang hilang tadi sebenarnya dia sedang menyembunyikan dirinya dibelakang sebatang pokok yang ada disitu. Nasib baik badannya kecik molek dapatlah dia sembunyikan dirinya. Dia mengintai Tengku Danial yang sedang menuju masuk ke syarikat yang ingin dia masuk tadi. Dia nampak yang lelaki tu membawa kasutnya sekali. Dia mengeluh. ‘kasut aku'
Farisya jalan menuju ke syarikat T&Z HOLDING dengan kakinya yang sebelah tiada kasut, semua orang yang ada disitu melihat Farisya dengan pandangan yang pelik. ‘mesti dia orang ingat aku gila’ desis hati Farisya. Dia membuat muka selamba menuju ke kaunter pertanyaan.
Farisya yang hilang tadi sebenarnya dia sedang menyembunyikan dirinya dibelakang sebatang pokok yang ada disitu. Nasib baik badannya kecik molek dapatlah dia sembunyikan dirinya. Dia mengintai Tengku Danial yang sedang menuju masuk ke syarikat yang ingin dia masuk tadi. Dia nampak yang lelaki tu membawa kasutnya sekali. Dia mengeluh. ‘kasut aku'
Farisya jalan menuju ke syarikat T&Z HOLDING dengan kakinya yang sebelah tiada kasut, semua orang yang ada disitu melihat Farisya dengan pandangan yang pelik. ‘mesti dia orang ingat aku gila’ desis hati Farisya. Dia membuat muka selamba menuju ke kaunter pertanyaan.
“Tumpang tanya, bilik store cleaner kat mana ya?” Soal Farisya kepada seorang wanita yang berada dalam lingkungan 30-an. Wanita itu menunjukkan arah kepadanya. Dia menggangguk faham.
“terima kasih”
“sama-sama”
********************************
“ASSALAMMUALAIKUM, Mak Jah?” Sapa Farisya sambil mencucuk pinggang Mak Jah yang sedang leka menyusun barang didalam bilik store.
“oh! mak kau waalaikummussalam terjun masuk kolam” Habis tersembur semua latahnya. Farisya sudah ketawa terbahak-bahak mendengar wanita separuh umur itu melatah. Mak Jah sudah memandangnya geram.
“Kamu ni Risya suka menyakat Mak Jah, kalau tiba-tiba Mak Jah kena sakit jantung macam mana? Kesianlah dekat Pak Kassim kamu nanti, tak adalah orang yang nak masakkan untuk dia” Gurau Mak Jah. Dia duduk dikerusi yang disediakan. Dia memperlawa Farisya duduk disebelahnya.
“ala.. apa susah, Risya kan ada boleh masakkan” jawab Farisya Selamba. Mak Jah sudah tersenyum. Senang hatinya melayan keletah gadis yang berusia lapan belas tahun ni. Sungguh periang dan cantik, selalu buat orang senang bila berada dengannya. Dia amat menyayangi gadis ini.
Dia tahu yang kawan baiknya Samsiah tidak berapa menyukai gadis ini kerana baginya gadis ini membawa malang kepadanya anak beranak. Suaminya selalu manjakan gadis Ini sehingga suaminya ditimpa kemalangan akibat mahu membelikan Farisya hadiah semasa ulang tahun kelahiran Farisya yang ke -12 tahun dan menyebabkan suaminya mati ditempat kejadiaan. Sejak itu Samsiah begitu membencinya, hanya pada Rumjah lah Farisya tumpang kasih kerana dia tidak mempunyai anak. Rumjah juga merupakan jiran sebelah rumahnya.
“Mak Jah, Risya nak pinjam selipar boleh tak? Selipar jepun pun tak apa. Asalkan ada selipar” soal Farisya mematikan lamunan Mak Jah. Wanita itu memandang Farisya pelik. Dia menundukkan sedikit pandangannya kebawah melihat kaki Farisya. Keningnya terangkat.
“mana lagi sebelah kasut kamu?” tanya Mak Jah. Farisya sudah tersenyum kambing sambil menggaru kepalanya.Menahan malu. Habis sengget bengget tudung dia dibuatnya. Mak Jah menggelengkan kepalanya.
“siapa lagi jadi mangsa kamu ni?”
“siapa apa Mak Jah?” Farisya cuba mengubah topik. Malas dia mahu menjawab pertanyaan Mak Jah, takut dibebelnya. Wanita ini kalau membebel bukan boleh berhenti. ‘faktor tua’ kutuk Farisya.
“kita tanya dia, dia tanya kita balik.” Mak Jah menuju ke almari kasut yang ada ditepinya.
“Nah, seliparnya” Mak Jah menghulurkan sepasang selipar jepun kepadanya. Farisya menyambut huluran Mak Jah dengan senyuman yang melebar. ‘Nasib baik ada Mak Jah, kalau tak berkaki ayamlah aku nampaknya.’
“Dah jangan berangan, jom mula kerja!” sergah Mak Jah membuatkan terpelanting selipar yang ada ditangannya. Mak Jah sudah ketawa mengekek-ngekek. ‘macam-macam budak ni’. Dia menggelengkan kepalanya yang kesekian kali.
p/s:nukilan saya yang terbaru..hope semua enjoy walaupun pendek~hehe.. support anda amat saya perlukan. >0< thank you.. <3
best2....
ReplyDeleteteruskan ke part seterusnya..hihi
thank you!!hehe
ReplyDelete