Cinta Si Cleaner
[part 2]
Mak Jah membawa Farisya pergi ke salah satu anak pejabat,dia menerangkan satu –persatu perkara yang patut dia buat dan tak patut dia buat. Sempat juga dia menasihat Farisya agar jangan buat perkara yang tak senonoh, bukan dia tidak tahu perangai si Farisya yang selamba badak ni. Farisya hanya mengganggukkan kepala tanda mengerti padahal masuk telinga kanan keluar telingga kiri. Mereka menuju ke pantri pejabat..
“Assalamualaikum Ita, awal kamu sampai hari ni” Sapa Mak Jah kepada seorang wanita yang berada dalam lingkungan umur 20-an. Wanita itu tersenyum.
“waalaikummussalam Mak Jah, saja datang awal hari ni banyak kerja belum siap” jawabnya sopan. Farisya yang ada disebelah Mak Jah dipandang. Mereka berbalas senyuman.
“kamu dah sarapan?” soal Mak Jah kepada Norita yang sedang leka membancuh air. Dia hanya menggeleng.
“belum Mak Jah, baru nak buat air. Ingatkan nak lawan dengan biskut aje untuk alas perut”
“kenyang ke makan biskut aje? dah ni Mak Jah ada beli nasi lemak lebih ni, Mak Jah saja beli lebih tahu dah kamu ni memang susah makan pagi. Sikit-sikit makan biskut mana kenyang, dah jom makan sama.” pelawa Mak Jah. Dia meletakkan bungkusan nasi lemak diatas meja.
“terima kasih Mak Jah” ucap Norita berbahasa. Mak Jah hanya mengangguk. Farisya hanya jadi pemerhati. Dari tadi dia hanya berdiri dimuka pintu, tidak berkutik walau sedikit. Norita memandangnnya pelik.
“hah! Yang kamu tu duk menonggok macam patung cendana kat pintu tu kenapa? teringin nak jadi ‘pak guard ke?kalau rasa teringin boleh Mak Jah kenalkan dekat pakcik pengawal yang janggut panjang tu hah!” seloroh Mak Jah. Tersentak Farisya. Dia tersenyum kambing.
“dah orang tak pelawa duduk kita berdiri aje lah macam patung cendana”balas Farisya selamba. Dia menarik kerusi lalu duduk.Dia memandang Norita sambil tersenggih-senggih.
“kenapa pandang akak macam tu?”Soal Farisya pelik. Farisya sudah ketawa kecil.
“saja,akak comel tu pasal saya tengok aje akak”jawab Farisya spontan.Dia menongkat dagu lalu melihat saja Norita yang baru duduk disebelahnya. Merah muka Norita. Mak Jah yang datang sambil membawa dua biji cawan sudah tersenyum.
“hah!mulalah tu nak menyakat kakak ni.Kamu ni tak habis-habis”potong Mak Jah yang sudah lali dengan perangai Farisya.Dia menghulurkan cawan kepada Farisya.
“betullah Mak Jah kakak ni comel”sakat Farisya lagi. Semakin merah muka Norita dibuatnya.
“ishh..ada-ada saja lah kamu ni,kamu ni Wirdani Farisya kan?”Tanya Norita cuba mengubah topik. Farisya hanya menggangguk.
“betullah tu macam mana tahu?”soalnya.
“Nama kakak siapa pulak?”soalnya pula.
“Mak Jah cerita.” Farisya hanya mengangguk mengerti.
“kakak pulak siapa nama?”
“Nama kakak Norita,tapi orang panggil kak Ita saja”balas Norita.
“umur kamu berapa ni?”
“sembilan belas kak”
“Sembilan belas! muda lagi.Kamu tak nak sambung belajar?”soal Norita tiba-tiba memeranjatkan Farisya.Tersedak dia yang baru meneguk air yang diberi Mak Jah.Nasib baik tidak disemburnya air itu kemuka Mak Jah yang duduk didepannya. Dia terbatuk kecil. ‘soalan maut seh!akak ni tujukan kepada aku’ngomel hati Farisya.
Dia tersenyum tawar.
“kenapa Risya?”sampuk Mak Jah.Terkejut dia melihat Farisya yang tersedak tiba-tiba. Norita yang berada disebelahnya menepuk perlahan belakangnya.
“okey tak ni?”tanya Norita risau. Farisya hanya menggangguk. Soalan Norita dibiar sepi tiada jawapan.
Mereka bersarapan dengan selera sekali.kadang-kala diselitkan gurau senda dan menyebabkan riuh pantri itu dengan suara mereka bertiga.Nasib baik Pejabat itu masih belum didatangi para pekerja kerana jam baru menunjukkan pukul 8.30 pagi jadi tiada siapa yang akan marah mereka jika membuat riuh.
********************************
“Eh!cleaner kau sini kejap”panggil satu suara dari belakang Farisya memeranjatkan dia yang sedang mengelap tingkap.Dia menoleh. Berkerut dahinya melihat penampilan wanita yang memanggilnya. Farisya memandangnya atas bawah,atas bawah. ‘peh!minah ni nak pergi parti ke apa?bukan main lagi pakaian dia,skirt atas lutut.Muka dah macam cina opera.Aku fikir hantu cina mana lah tadi nasib baik dah terkena serangan jantung aku’ omel Farisya dalam hati.
“eh!aku cakap dengan kau ni,kau dengar tak?”panggil wanita itu lagi.Dengan pantas Farisya mengganguk.Dia menuju kearah perempuan itu.
“ada apa cik?’tanya Farisya sopan.
“Aku nak kau bersihkan ruang mesyuarat.Kejap lagi kita orang ada meeting.Pastikan semuanya bersih..okey!”lantang wanita itu bersuara. Farisya hanya mengganguk untuk kesekian kali.Dah macam burung belatuk dah rupa. Perempuan itu memandangnya sinis.
Pergi saja perempuan itu,Farisya sudah sumpah seranah.
“kerek nak mampus!pakai baju macam tak cukup kain!nak berlagak dengan aku geli jelah”Farisya sudah membuat muka meluat.Nak saja dia baling botol pencuci ditangannya. ‘Sabar Farisya sabar!sabar itu separuh daripada iman’Nasihat Farisya kepada dirinya sambil mengurut dadanya yang sudah membara.
Dia menuju ke ruang mesyuarat selepas menyiapkan tugasnya sebentar tadi.Sambil menuju ke ruang pejabat sempat lagi dia membebel itu dan ini. Dah macam orang gila dah rupa. Sampai saja dia di depan pintu bilik mesyuarat di menolak daun pintu.
“Masyaallah,bersepah!dengan cawan tak berangkat.Kertas sana sini.Tak tahu pulak aku ada pejabat macam ni. Syarikat saja besar tapi pekerja semua pengotor.”omel Farisya sambil tangannya ralit menyusun cawan-cawan yang kotor kedalam dulang lalu diletakkan dipantri.Kemudian dia menuju ke bilik Mesyuarat kembali. Dia menyapu sampah yang berselerak di lantai.Akhir sekali dia mengelap meja sambil menyanyi kecil.
“Hoi!dah siap belum?”Sergah satu suara dari muka pintu.Habis terpelanting kain lap dengan botol penyembur ditangannya.Dia mengurut dadanya berombak kencang. ‘kus semangat minah ni,memang nak bagi aku mampus cepat.Salam tak ada tiba-tiba hoi aje..Dahlah aku ni ada penyakit terkejut.Tapi ada ke penyakit macam tu’seloroh hati Farisya.
“aku tanya ni dah siap belum yang kau pergi berangan tu kenapa?”tengking perempuan itu lagi.Terjongket bahu Farisya. ‘sebijik macam nenek kebayan’kutuk hatinya.
“sudah cik puan!tunggu masuk duduk saja”jawab Farisya selamba. Perempuan itu memandangnya sinis. Cantik sangatlah konon. Farisya mencebik.
“Dah kalau dah siap kau boleh keluar sekarang,kejap lagi bos aku dengan clien nak masuk”sambung perempuan itu. Hanya anggukan diberi Farisya. Perempuan itu berlalu. Sempat dia menjelingnya.Darah Farisya sudah mendidih ketahap tunggu masa untuk meletup.Dia mencapai kain lap yang berada dilantai lalu dilemparkannya kearah pintu.Sangkaannya tiada sesiapa alih-alih kain itu melekap dimuka salah seorang yang berada dimuka pintu.Mereka baru saja ingin masuk untuk mesyuarat.
Farisya sudah terkejut babun.Mulutnya tercegang .Kedua-dua tangannya ditalakan kemulut.
‘Alamak!salah sasaran.Mampus aku.Mak Jah tolong..’jerit hati Farisya. Dia sudah kekalutan.Dia hanya berdiri menegak macam patung.Tak tahu apa nak dibuatnya.
Tengku Danial yang terkejut dengan balingan kain lap tadi kemukanya menarik kasar dari mukanya.Dia mendengus geram. ‘tak guna!’getus hatinya.Malu dia dengan clien-clien yang ada bersamanya.Mereka semua sudah ketawa kecil,ada yang tersenyum saja. Dia mencari manusia yang membaling kain lap itu kemukanya.Tiada.
Salah seorang cliennya menunding jari kearah bawah meja.Kelihatan Farisya sedang merangkak-rangkak dibawah meja.Sambil mengomel sendirian.Tengku Danial sudah tersenyum kemenangan.Dia berdiri betul-betul dihadapan meja. Farisya yang sedang merangkak tiba-tiba terhenti bila melihat sepasang kasut jenama Bally betul-betul dihadapanya.Dia terkedu. ‘mampus aku’Desis hatinya.
p/s:maaf beribu kali maaf kalu pendek!hehe..maklum lah ada masalah otak sikit nak berfikir..hehe..thank 4 comment k..love u guys.. >o<
waduh2.... risya ni memang ade penyakit suka lempar barang ek? hahahaa.....
ReplyDeleteapelah agaknya tengku nak buat tuh.. haishhhh...
hahaha..yela kot!!tunggu next n3..ngee~
Deletehahaha, lwk je farisya ni. Thumb up, penulis!
ReplyDeletehehe..macehh!!
Delete