meh!follow saya

Friday, 10 January 2014

Berikan Aku Cinta !Part 5

BERIKAN AKU CINTA!

Part 5

OLEH : LELA VANILA

Nik Haikal berjalan lemah menuruni tangga rumahnya.Dia menutup mulutnya yang menguap besar.Sampai sahaja dia tangga yang terakhir kepalanya ditolehkan memandang kearah jam dinding yang sedang berdetik.

“3 pagi”Dia menguak rambutnya kebelakang.Patutlah mengantuk sangat.Itulah leka dengan proposal dia untuk pembentangan esok sampaikan tidak sedar hari semakin larut.Dia berjalan menuju keruang dapur tanpa menghidupkan lampu.Mulutnya sekali lagi menguap.

“Mengantuknya”Nik Haikal menguak sebelum mengosok matanya yang semakin kantuk.Sampai sahaja dia didepan peti ais matanya membutang.Ada sekujur tubuh manusia sedang berdiri disebalik pintu peti ais yang terbuka luas.Nik Haikal merasa tidak sedap hati sebelum berjalan perlahan-lahan kearah peti ais tersebut.

‘Tak akan pula pencuri.Kalau pencuri tak akan siap pakai baju tidur.’desis hati Nik Haikal.Dia berjalan berdincit.

“Siapa tu?”soal Nik Haikal perlahan sebelum menepuk belakang orang yang sedang terbongkok-bongkok didalam peti aisnya.

Burhhhhhh!!

Tiba-tiba orang itu menoleh sebelum menyemburkan air yang diminumnya kearah Nik Haikal.Habis seluruh pakaian Nik Haikal lecun akibat disembur.Nik Haikal terkaku manakala Eila Safiyya pula terkedu.Dia yang terkejut dengan sergahan Nik Haikal tersembur segala air yang baru sahaja diteguknya.Sangkaannya tiada manusia yang bangun pada lewat malam sebegini.Siapa suruh serbu tanpa memberi salam.Eila Safiyya menutup mulutnya.Alamak!Dia dah tersilap orang ni.Abang sepupu dia rupanya.Habislah dia selepas ini.Eila Safiyyah tersenyum paksa.Dia mengaru rambutnya yang tidak gatal.

“Sorry!”Eila Safiyyah mengangkat sebelah tangannya.Hanya itu yang mampu dikata sebelum dia berjalan laju meninggalkan Nik Haikal yang masih terkejut dengan tindakannya.Nik Haikal berpusing melihat Eila Safiyyah yang berlari mendaki anak tangga dan meninggalkannya seorang diri yang sudah habis lecun dengan air jus yang melekit.

“Shit!Habis baju aku.”Nik Haikal mengibas-gibas bajunya yang melekit.Asalnya mahu membasahkan tekak tetapi bajunya pulak yang basah disembur air.Semuanya disebabkan Eila Safiyyah.Kurang asam jawa betul.

“Bila masa pula budak pendek ni ada dekat dalam rumah aku ni?Tak akanlah dia tidur dekat rumah aku pula.Macam tak ada rumah sendiri”Nik Haikal mengomel sendirian sebelum mendaki anak tangga satu persatu sebelum berhenti di satu bilik.Bilik itu tertulis nama ‘Si Comel’  yang terlekat dipintu dan ada gambar Eila Safiyyah memeluk teddy bearnya disebelah nama tersebut.Nik Haikal mencebik.

“Comellah sangat.”Kutuk Nik Haikal sebelum berlalu masuk kebiliknya yang berada selang sebilik sahaja.Dia pelik kenapa Mamanya selalu memanjakan sangat Eila Safiyyah berbanding dirinya.Apa yang budak itu minta pasti akan dituruti.Geram betul.Siap bagi bilik lagi.Kata mamanya senang kalau Eila Safiyya nak tidur dirumahnya.Itu semua alasan.Nik Haikal tidak boleh terima langsung.

“Sikit-sikit Eila!Sikit-sikit Eila!”Nik Haikal mendengus sebelum masuk kebiliknya dan menghempas kuat pintu biliknya.

Eila Safiyyah menjenggahkan sedikit kepalanya melihat bilik Nik Haikal.Dia ketawa kecil.Macam manalah dia boleh tersembur air dekat mamat tu tadi.Sudahlah dia meneguk air Jus Oren tadi.Pasti melekit punya muka mamat tu.

“Marah nampak!Itulah sergah aku lagi tak bagi salam.Aku ingatkan hantu manalah tadi,itu yang kena sembur.Nasib baik tak kena jampi”ngomel Eila Safiyyah sambil menekup mulutnya menahan tawa.Pintu bilik ditutup perlahan.Eila menyandarkan badannya dibelakang pintu.Perlahan-lahan dia melangkah menuju kekatilnya sebelum tawa yang ditahan dari tadi meletus.

“Hahaha..Buruk gila muka abang model kita tu”Dia melompat keatas katilnya sambil menekup mulutnya yang sudah ketawa besar.Kelakar hatinya melihat muka Nik Haikal yang kelat.

“Nasib kaulah!”Eila memeluk bantal peluknya erat sebelum melelapkan matanya dalam keadaan tersenyum.Pertama kali dia melihat wajah Nik Haikal yang begitu terkejut.Kelakar gila.Kalau dia cerita dekat peminat-peminat Nik Haikal pasti menangis berguling-gulinglah dia orang semua.


                                                                **************************

“Tak guna punya budak sengget!Kau sembur muka aku.Tak pasal-pasal aku kena mandi pagi-pagi buta ni.Dahlah sejuk.”Nik Haikal melangkah keluar dari bilik airnya dengan tuala disangkutkan dileher.Tubuhnya sudah lengkap berpakaian.Hanya mengenakan seluar pendek dan baju berlengan pendek.
Punggungnya dilabuhkan dihujung katil.Rambutnya digosok dengan tuala.

“Sakit hati betullah aku dengan budak pendek ni.Suka sangat buat aku marah.”Nik Haikal mendengus kasar sebelum pandangannya ditalakan kepintu.Ikutkan hati mahu sahaja dia pergi menyerang Eila Safiyyah sekarang juga.Tetapi apabila memikirkan hari sudah semakin pagi dia mematikan hasratnya itu.Takut ibunya pula yang naik hantu.Macam dia tidak tahu perangai mamanya  yang suka melebihkan Eila Safiyyah berbanding dirinya.Kata mamanya dia anak lelaki tahu menjaga diri.Begitu sekali mama berkata kepadanya.Sabar sajalah.

“Nasib baik kau tu tunang aku.Kalau kau adik aku dah lama aku seligi-seligi kepala otak kau tu kasik sengget!”Nik Haikal mengambil bantal peluknya sebelum di tumbuk hujung bantal tersebut bertubi-tubi melepaskan geramnya.Nasib bantal itu tidak boleh bercakap kalau tidak mahu dia meminta tolong agar menghantarnya ke hospital.Cedera parah dah ni.

“Macam manalah aku boleh terlupa yang budak pendek tu ada dekat sini.Sejak bila dia ada dekat sini aku pun tak tahu.Arghh!Geram betullah aku..”Rambut digosok kasar.Tuala dicampak keatas sofa dan badannya dijatuhkan kebelakang.Tanggannya didepangkan.

“Siaplah kau budak kecik.Kena dengan aku nanti.Suka sangat sakitkan hati aku kan.Tunggulah satu hari nanti aku sakitkan hati kau pula.”Satu senyuman sinis mekar dibibirnya yang kemerah-merahan.Bibirnya dipegang.Teringat peristiwa dimana dia tanpa sengaja mengucup dahi Eila Safiyyah semasa didalam sekolah.Nasib baik tiada siapa yang perasan perlakuaannya.Kalau tidak pasti kecoh.Rambut dikuak kebelakang.

“Eila Safiyyah!Kau betul-betul dah bermain dengan hati aku.”Tangan beralih kedadanya pula.Jantungnya berdegup pantas tatkala nama gadis itu disebutnya.Eila Safiyyah gadis pertama yang mendapat perhatian Nik Haikal.Bibirnya terukir senyuman pula.Sekarang jiwanya betul-betul kacau.


                                                                *********************************

“Morning Ma”Nik Haikal mendapatkan Mamanya yang sedang duduk bersarapan dengan Eila Safiyyah diruang makan.Pipi ibunya dikucup mesra.

“Morning Sayang”Balas Datin Ramlah.Dia memberikan senyuman manis kepada anak lelakinya.Nik Haikal mengambil tempat berhadapan dengan Eila Safiyyah.Matanya memandang Eila Safiyyah yang buat-buat seperti tidak perasan akan kehadirannya.Nik Haikal berdehem kecil sebelum mengapai sekeping roti yang berada dihadapannya.Matanya masih merenung Eila Safiyyah tidak berkalih daripada bacaannya.Datin Ramlah yang perasan ketegangan yang berlaku cuba untuk mengendurkannya.

“Eila tak ucap Morning dekat abang Nik?”Tegur Datin Ramlah.Eila Safiyyah mengangkat pandangannya.

“Oh!Selamat Pagi Abang Nik?Maaf tak perasan.”Eila Safiyyah menghadiahkan satu senyuman terpaksa kepada Nik Haikal.

“Pagi!”Balas Nik Haikal sepatah sebelum membalas semyuman terpaksa Eila Safiyyah.
Eila Safiyyah melepaskan jelingan maut kearah Nik Haikal.Dia memandang pula Datin Ramlah.Satu senyuman manis dihadiahkan.Datin Ramlah hanya mengeleng.Faham benar dia dengan sikap mereka berdua.Pantang berjumpa pasti akan bergaduh seperti kucing dengan anjing.Kenapalah sukar untuk mereka berdamai.Satu keluhan kecil terbit dibibirnya.

“Oh..Ma!Hari ni Nik balik lambat tau.”Ujar Nik Haikal memecah hening diantara mereka yang dari tadi hanya menyepi.Masing-masing tersentak.Pandangan ditumpukan kearahnya.

“Kamu ada shooting ke hari ni?”Soal Datin Ramlah.Nik Haikal hanya mengangguk.

“Baiklah.Tapi jangan balik lambat sangat.Kesian Eila ni duduk seorang dekat rumah ni tak ada kawan.Lagipun kamu ni kan sudah bertunang sepatutnya lebih mesra dan luangkan lebih masa bersama.Tak lama lagikan kamu bakal menjadi suami isteri.” Eila Safiyyah tersedak mendengar perbualan Datin Ramlah dengan anaknya.Tidak pasal-pasal dia yang menjadi bahan perbualan.Eila Safiyyah meneguk air bagi mengurangkan perit ditekaknya.

“Tak apa Mak Long Eila tak kisah pun.Lagipun Mak Long kan ada”Eila cuba memangkas kata-kata Mak Longnya.Dia memandang Nik Haikal yang sedang membelek surat khabar tanpa memandangnnya.Eila mengigit bibirnya geram.Dia perasan yang Nik Haikal seperti sedang tertawakannya didalam hati memandangkan ada segaris senyuman sinis terbit dibibirnya.Walaupun Nik Haikal tidak memandangnya tetapi dia masih nampak senyuman itu.

“Erm..Kalau Mama takut bakal menantu Ma ni kebosanan duduk seorang diri dekat rumah ni.Apa kata....”Nik Haikal menutup surat khabar yang sudah habis dibacanya lantas diletakkan diatas meja. Sebelah keningnya terangkat sambil memandang Eila Safiyyah.Eila Safiyyah membalas dengan mengangkat kepala.Dahinya berkerut.

“Apa kata dia Nik Haikal?”Kening Datin Ramlah bercantum.Tidak faham dengan keletah anak lelakinya yang seorang ni.

“Apa kata Nik bawa dia pergi tempat pengambaran Nik.Boleh tak Ma?”Untuk kesekian kali Eila Safiyyah tersedak.Kali ini lebih teruk.Dia yang baru menelan roti bakar tiba-tiba terasa tersekat dikerongkongnya.Pantas Datin Ramlah menyuakan Eila Safiyyah segelas air.Sebelah tangannya mengosok belakang Eila Safiyya.Eila merenung Nik Haikal tajam selepas keadaannya sudah kembali reda.

‘Kurang ajinamoto punya mamat!Kau kenakan aku pula yee..’Satu gempalan penumbuk diajukan Eila Safiyyah kearah Nik Haikal.

“Wekkkk!”

Nik Haikal menarik bawah matanya sambil menjelirkan lidah membalas perlakuan Eila Safiyyah sebentar tadi.Eila Safiyyah mendengus kecil.Menyampah!


                                                ******************************

Eila Safiyyah memeluk tubuhnya.Bibirnya dicebikkan.Sakit hati betul bila melihat Nik Haikal yang sedang bergambar dengan Shila model baru yang sedang naik.Eila menyilang tanggannya.Bukan main mesra lagi.Siap betul-betulkan rambut.Sakit pula mata ni melihat mereka berdua tu.Kalau dia tahu akan jadi seperti ini malas mahu mengikut Nik Haikal ke tempat pengembaraan ni.Semuanya disebabkan Nik Haikal.Mulutnya yang manis itulah yang telah berjaya membuat Datin Ramlah cair dengan kata-katanya.

“Kata dekat Mak Long nak jaga aku.Takut aku kebosananlah.Nak luangkan masa dengan akulah.Nanti tak ada kawanlah,Itulah,inilah..Mulut manis tapi habuk pun tak ada.”Eila Safiyyah melabuhkan punggungnya disofa.Kaki disilangkan.Tangannya pula memeluk tubuh.Matanya masih memandang Nik Haikal yang begitu mesra dengan Shila.Berbakul-bakul rasa menyampahnya sekarang.

“Ingat aku tunggul agaknya dekat sini.Dahlah bosan.Tak ada sesiapa pun dekat sini yang aku kenal.Kalau aku tahu ajak Sofea sekali.Tak adalah aku bosan tahab gaban dekat sini”

“Aku dekat sini dah macam orang bodoh dia dekat sana seronok-seronok peluk dengan model cantik-cantik.Menyampah betullah.”Eila Safiyyah masih tidak berhenti-henti membebel.Dia memangku dagunya diatas peha.Majalah yang berada diatas meja diambil lantas diselak satu persatu tetapi tak ada satu pun yang menarik minatnya.Hanya lima minit sahaja buku itu berada ditangannya lantas diletakkan semula diatas meja.Eila Safiyyah mengeluh kecil.

“Kan Best kalau aku cantik macam model tu”Bisik Eila Safiyyah perlahan.Bibirnya dimuncungkan.

“Awak pun cantik apa?!”


Eila Safiyyah tersentak.Pantas pandangannya diangkat melihat gerangan yang menegurnya.Seorang lelaki yang berkemeja lengan panjang tersenyum manis kearahnya.Eila Safiyyah membalas sekadar berbahasa.

“Nasir.Ketua produksi dekat sini.Awak?”Tangan dihulur.Eila Safiyyah memandang huluran lelaki tersebut.Dahinya berkerut.

“Hah.Saya Eila Safiyyah”Balas Eila Safiyyah menyambut huluran lelaki tersebut.Nampak bergaya betul.Tergugat iman sekejap.Mana tidaknya wajah lelaki ni bersih dan janggutnya yang sejemput itu menaikkan lagi kekacakkannya.Eila Safiyyah terpaku.

“Dah puas ke awak pandang wajah saya.Macam mana ada ciri-ciri lelaki idaman awak tak?”Tegur Nasir menyedarkan Eila Safiyyah yang kelihatan seperti sudah terbang jauh melihat dirinya.Eila Safiyyah tersenyum sebaris sebelum mengalihkan pandangannya kearah lain.Malu.Wajah Eila Safiyyah merona merah.

“Maaf!Saya tak sengaja.”

“Tak apa.Saya tak kisah”Nasir ketawa kecil.Eila Safiyyah hanya mengangguk lemah.Dia mengalihkan pandangannya kearah Nik Haikal yang masih dalam sesi berambil gambar.

“Pakwe awak ke?”Soal Nasir tiba-tiba.Dia turut memandang Nik Haikal.

“Tak!Just Cousin.”Pantas sahaja Eila Safiyyah membidas.

“Oh! I see..”Dia mengangguk.

“Sebaya ke?”Soal Nasir mesra.Eila Safiyyah menggeleng.

“Tak.Saya muda setahun.”Balas Eila Safiyyah sambil tersenyum.Nasir mengangguk lagi.

“Boleh saya duduk?”Soal Nasir.Eila Safiyyah hanya mempersilakan.
Nasir mengambil tempat berhadapan Eila Safiyyah.Dia tersenyum manis.Wajah Eila Safiyyah dipandang.Lama.

“Kenapa awak pandang saya macam tu?”Soal Eila Safiyyah.Tidak selesa apabila orang memandangnya seperti itu.Nasir ketawa kecil.

“Maaf!Saya suka tengok wajah awak.Comel!”Ujar Nasir jujur. Eila Safiyyah tersentak.

‘Jujur gila mamat ni’bisik hati Eila Safiyyah.Dia tersenyum sebaris.Lain macam pula dia rasa.Tidak pernah-pernah orang memuji dia tiba-tiba lelaki ni datang dan katakan yang dia comel.Terasa kembang sekejap.

“Kalau saya minta awak menjadi Model saya awak sudi?”Mata Eila Safiyyah membutang.Serius?

“Errr..Encik serius ke?”Soal Eila Safiyyah meminta kepastian.Mungkin lelaki ini hanya mahu bergurau.Nasir mengangguk mengiakan kata-katanya.Sekali lagi mata Eila Safiyyah terbeliak.Betul ke tidak mamat ni suruh aku jadi model dia?Dah lah aku ni tak berapa nak cukup inci.Bukan ke model sepatutnya tinggi lampai macam tiang.Kalau dibandingkan dengan dia mahu orang gelak sakan.Lagi-lagi kalau kawan baik dia dapat tahu.Siapa lagi kalau bukan Minah gossip dua orang tu.Eila Safiyyah menggelengkan kepalanya cuba membuang prasangka buruk yang sedang berlegar-legar di mindanya.

“Tapi Encik Nasir saya ni tak sesuai nak jadi model Encik.Sudah terang lagi bersuluh yang saya ni memang tidak layak.”Ambik kau peribahasa sekali keluar.

“Sudahlah pendek,muka pun tidak seberapa.Mahu peminat majalah Encik lari bila tengok saya nanti.Tak mahulah saya member risiko kepada Syarikat Encik.Tak pasal-pasal kena bayar ganti rugi sebab majalah dan produk Syarikat Encik tidak jalan.”Eila cuba mencari alasan untuk menolak pelawaan Nasir.Mungkin logic akal juga alasan dia tu.Siapa tidak kenal High Glamor Magazine,Majalah popular kesukaan remaja pada masa kini dan mereka juga suka membeli produk-produk yang terdapat didalam majalah tersebut.Sebagai contoh dua orang rakan baiknya yang begitu fanatic dengan artis-artis korea dan model-model yang kacak sudah tentu mereka akan membeli barang yang dipakai artis dan model tersebut.

“Tak apa!Sekarang saya memang sedang mencari seorang model yang mempunyai wajah comel seperti awak.Saya ada satu barang yang memerlukan seorang model yang comel dan berpewatakan seperti budak dan saya rasa awak sesuai.Saya harap awak setuju dengan tawaran saya.”Jelas Nasir bersungguh.Sejak Eila Safiyyah sampai di Produksi lagi dia sudah tertarik dengan perwatakan Eila Safiyyah yang kelihatan biasa dan sempoi.Sedikit sebanyak telah member inspirasi kepada produk yang baru sahaja dia ingin keluarkan.Dia tersenyum memandang Eila Safiyyah yang seperti teragak-agak dengan tawarannya.

“Macam ni sajalah.Ni kad saya.Kalau awak berminat awak boleh hubungi saya.Saya harap sangat awak terima tawaran saya.”Nasir menghulurkan kad namanya kepada Eila Safiyyah.Kad beralih tangan.

“Encik Nasir saya minta maaf sangat-sangat tetapi saya rasa saya tak boleh terima tawaran Encik sebab saya betul-betul tak tahu apa-apa dalam bidang ini.Harap Encik faham?”Eila Safiyyah menghulurkan kembali Kad nama Nasir semula.Nasir tersenyum dia tahu yang Eila Safiyyah tak akan mudah menerima tawarannya.

“Baiklah kalau macam tu.Nampaknya terpaksalah saya mencari orang lain untuk menjadi pasangan Nik Haikal dalam pengambaran ni.Saya ingat kalau awak menjadi pasangan Nik Haikal boleh mewujudkan Suasana yang lebih seronok memandangkan awak dengan dia sepupu.Tetapi nampaknya harapan saya hampa.Tak apalah saya faham.”Nasir mengambil kembali kad namanya.Eila Safiyyah seperti serba salah.

“Minta maaf sangat-sangat Encik Nasir”Ujar Eila Safiyyah kesal.Nasir menggeleng kepala perlahan.Satu senyuman manis dihadiahkan kepada Eila Safiyyah.

“Tak perlu minta maaf awak tak buat apa-apa kesalahan.Saya faham keadaan awak.Tak apalah saya mungkin boleh cari orang yang lebih sesuai untuk menjadi pasangan Nik Haikal dalam pengambaran ni.Awak tak perlu risau”Nasir berdiri diikuti Eila Safiyya.Tangan dihulur.

“I hope one day you will be my cute model..”Ujar Nasir penuh makna.Eila Safiyyah tersenyum sambil menyambut huluran Nasir.

“I’am really sorry”

“Never mind”

Nasir berlalu meninggalkan Eila Safiyyah sebelum kembali kearah pekerjanya yang kelihatan seperti sudah selesai dengan tugas mereka.Nik Haikal pun seperti sudah habis dengan sesi bergambarnya.Satu perasaan lega diluahkan Eila Safiyyah.Akhirnya habis juga.Jam ditanggan di pandang sebelum beg dan barang kepunyaan Nik Haikal diambil.Dia menuju kea rah Nik Haikal yang kelihatan masih berbual dengan Shila.Mesra.Eila Safiyyah mencebik.Mulalah tu mengayat.Benci.Itulah namanya lelaki nampak perempuan cantik sikit mula mengatal.Sampai sahaja kearah Nik Haikal dia berdehem.Kedua-dua pasang mata mereka memandang Eila Safiyyah pelik.

“Eila nak balik!Kalau abang Nik masih nak duduk berbual dekat sini.Go ahead!Eila balik naik teksi.Beg dan barang kepunyaan Nik Haikal di letakkan diatas lantai.Satu senyuman terpaksa diberikan kepada Shila dalam kata lain tidak ikhlas.Shila turut membalas ala kadar.Kening Nik Haikal bercantum.

“Lah..awal lagi nak balik.Abang Nik baru ingat nak keluar makan dengan Shila ni.Lagipun abang tahu Eila dah laparkan penat menunggu abang Nik ambil gambar tadi.”

“Nope!Eila tak lapar.Kalau abang Nik nak pergi makan dengan Kak Shila pergilah Eila tak haling tu hak abang yang Eila tahu Eila nak BALIK!”Eila membetulkan beg sandangnya sebelum berlalu pergi.Kening Nik Haikal bercantum.Apahal pula budak kecik ni tiba-tiba angin.Tak faham betul dia.Pantas dia meminta izin untuk pulang.Takut juga dia kalau Eila Safiyyah balik seorang diri memandangkan tempat ini jauh dari rumah mereka.Mahu sesat budak tu.Laju sahaja Nik Haikal mengatur langkah mengejar Eila Safiyyah yang sekejap sahaja sudah menghilangkan dirinya.Pantas betul budak kecik ni berjalan.Nik Haikal berdengus.Tidak faham betul dengan perangai perempuan ni asyik berangin jek.Nik Haikal menyeluk koceknya mengeluarkan kunci kereta sebelum melangkah pantas mengejar Eila Safiyyah.

P/S:Maaf sangat!Dah lama tak menaip.Idea pon xada maklumlah busy study.Dengan proposal semua tu pening kepala.Cerita ni pon dah lama sangat menyepi.Harap masih ada yang sudi membaca,Dan maaf juga kalau ceritanya pendek.Insyaallah ada masa saya sambung lagi ceritanya.Doakan yang terbaik untuk saya k.Amin

No comments:

Post a Comment