meh!follow saya

Thursday 26 July 2012

cerpen:Berikan aku cinta! 1

Cerpen:Berikan aku cinta! 1

by:Lela vanila 


“Eila cuba kau tengok gambar Nik ni,kacaknya dia pakai baju ala-ala korean.Cairnya aku.Sesuai betullah dia pakai baju ni,muka dahlah ada mirip-mirip sikit macam artis korea.Untungnya siapa jadi awek dia”Kata Puteri Aminah teruja sambil menghalakan majalah yang dibacanya kepada Eila Safiyyah.Eila hanya  memandang sekilas.Menyampah dia melihat hamba allah yang berlagak nak mampus tu.Dia mencebik.

“kacak apa bendanya,aku tengok dah macam cicak berak kapur dah rupa dia.Kulit melepak macam hantu kapur.Aishh..mamat ni jugak kau suka.macam tak ada orang lain?”Gurau Eila.Dia ketawa terbahak-bahak.Riuh satu kelas dengan gelak tawanya.Nasib baik kelasnya tiada cikgu dan  sememangnya kelas mereka dah sedia bising jadi tiadalah dia segan sangat ketawa kuat-kuat.Puteri Aminah muncung.Merajuklah konon.cehh!

“Kau ni tak baik tau cakap macam tu!kan kacak dia ni.Kau aje dari dulu sampai sekarang tak pernah nak mengaku.Suka sangat kutuk-kutuk dia.Tak baik tau”sampuk Siti Nur Aidah dari arah belakang.Kelihatan Balqis Sofea berada disebelahnya.Gadis itu hanya tersenyum.

Tahu sangat dah dia dengan perangai sepupunya yang sememangnya benci dengan lelaki yang berada didalam majalah tu. Siapa lagi kalau bukan Nik Haikal Danil.Merangkap abang sepupunya yang berkerja part time sebagai model.Dan peminat setianya dah tentulah Puteri Aminah dan Siti Nur Aidah.Setiap Bulan mereka akan membeli majalah yang ada muka Nik Haikal Danil.Naik muak dah Eila Safiyyah dengan Balqis Sofea.

‘nasiblah kau orang tak tahu yang mamat ni abang sepupu kita orang kalau tahu.Mampus tak terlayan’desis hati Balqis Sofea.Dia tersenyum lagi melihat keletah kawan-kawannya yang berdebat untuk kesekian kali.Tentang siapa lagi kan..

“betul tu betul..aku sokong cakap kau Eida”sahut Puteri Aminah mengangguk-gangukkan kepalanya.Suka dia ada orang yang menyokong kata-katanya.

“Cehh!handsome apa?muka dah macam perempuan ni jugak yang kau orang minat.Geli aje aku tengok”balas Eila Safiyyah sambil membuat mimik muka mual sambil gayanya sekali.
Ketawa kecil Balqis yang sudah duduk disebelahnya.Balqis lebih selesa berdiam diri dari bercakap.Dia suka melihat kawan-kawannya bercerita.Dia hanya menyampuk bila perlu.

“Balqis kau ketawa kenapa?”soal Aidah geram.Puteri Aminah hanya mengangguk.

“saja!kelakar tengok kau orang gaduh.Yang paling kelakarkan kau orang mesti gaduh pasal budak ni,senior kita ni”ujar Balqis sambil jari telunjuknya tonyoh-tonyoh gambar Nik Haikal.Geram juga dia pada abang sepupunya yang seorang ni.Nasib baik handsome. He he he

“EH!apa ni.Habis rosak majalah aku.Baru beli tau”Marah Puteri Aminah.Dia menarik kasar majalah kesayanganya yang berada diatas meja Eila.Balqis ketawa disambut oleh Eila.Sama saja perangai. Puteri Aminah dengan Siti Nur Aidah mencebik.Menyampah!

***************************
“eh!pakcik  mama kau panggil”Kata Eila Kepada Nik Haikal yang sedang duduk ditepi kolam sambil membaca buku.Rajin lah konon!Eila mencebik.  ‘berlagak aje lebih’Eila menjeling Nik Haikal yang masih fokus dengan bacaannya.Maklumlah budak paling ‘top’ kat sekolahnya sehinggakan mendapat gelaran PRINCE.Konon aje.

Nik Haikal merupakan senior kepada Eila kerana tua setahun daripadanya. Dia dapat gelaran ni pun sebab aktif dalam sukan,pandai dalam pelajaran dan popular dikalangan perempuan.Ni pun sebab dapat undian tinggi dari pelajar perempuan.Gedik!

Boleh dikatakan satu sekolahlah minat dekat dia sampaikan ada juga guru-guru perempuan muda  yang meminatinya.Eila membuat muka mual bila mengenangkan kembali pelajar-pelajar perempuan dan guru-guru perempuan yang memberi Nik Haikal surat cinta.Bukan main lagi jiwang.Yang jadi mangsa dia sebab kena simpan surat tu dalam satu kotak khas.kadang-kadang nakal juga dia sebab curi-curi baca surat tu.Dia tahu  Nik Haikal bukan baca pun surat tu saja buat perkasam.Senggal!

“cakap dengan mama aku kejap lagi aku datang”balasnya kerek menyedarkan Eila daripada menggelamun.Eila mengajuk kata-katanya dengan lentoknya sekali. Nik Haikal tersenyum. Eila memusingkan badannya untuk masuk kedalam rumah.Belum sempat dia melangkah masuk Nik Haikal memanggilnya kembali.

“nak apa?”tanya Eila Safiyyah geram.

“Ambilkan aku air.Air aku dah habis”arah Nik Haikal.Dia menghulurkan cawannya yang kosong kepada Eila.Gadis itu mendengus.

“Tadi masa aku dekat sebelah dia tak nak pulak suruh,ni aku dah nak masuk rumah baru nak suruh.Sajalah tu nak buli aku.Nasib baik ni rumah kau.kalau tak dah lama dah cawan ni melekap kat batang hidung kau yang tak berapa nak mancung tu’omel Eila sambil kakinya melangkah ke dapur.
Nik Haikal yang berada di tepi kolam sudah ketawa kecil.Gembira hati dia dapat menyakat Eila,Adik sepupunya.

Ibubapa Eila safiyyah sekarang berada diluar Negara kerana ada hal perniagaan yang perlu diuruskan.Jadi Eila Safiyyah kena duduk dengan Mak Longnya yang mempunyai anak yang menjengkelkan lebih-lebih lagi musuh yang suka membulinya.Sakitnya hati.Eila Safiyyah pernah meminta izin daripada ibunya untuk tinggal dirumah maksunya,ibu kepada Balqis sofea  tetapi Mak Longnya terlebih awal menegas  dan menyuruhnya duduk bersamanya.

Mak Longnya,seorang ibu tunggal kerana suaminya meninggal dunia kerana serangan jantung jadi dia yang meneruskan perniagaan suaminya.Dia mempunyai dua orang anak,seorang perempuan dan seorang lagi lelaki.Anak perempuannya sudah berkahwin.sekarang tinggallah anak bujangnya yang seorang tu.Tahu-tahulah siapakan?

**************************

“what  ma?tunang?!”soal Nik Haikal separuh menjerit.Datin Ramlah hanya menggangukkan kepalanya.

“ye tunang”jawab Datin Ramlah tenang. Dia tahu pasti anaknya akan terkejut dengan kata-katanya.Bukan kemahuannya mahu tunangkan anaknya pada usia muda  tetapi itu merupakan salah satu wasiat suaminya yang mahu anaknya bertunang dengan wanita pilihannya selepas umurnya genap 19 tahun.Dia juga merasa serba salah untuk menyatakan hasrat arwah suamiya.Dia mengeluh.

“but why ma?”Nik Haikal sudah berdiri.Hatinya membuak-buak dek api kemarahan.Geram dia dengan mamanya yang mahu menentukan hidupnya.

“ni merupakan salah satu wasiat papa sayang!dia mahu kamu berkahwin dengan wanita pilihannya.please sayang ni hajat terakhir papa.please!”rayu Datin Ramlah sambil menarik lembut tangan anaknya menyuruh anaknya duduk kembali disisinya.Nik Haikal mengalah.Dia melabuhkan kembali punggungnya.

“but why?”

“no reason,darling!papa buat semua ni semuanya sebab sayangkan kamu,dia nak kamu bahagia.Dia tahu perempuan ini boleh membuat kamu bahagia”kata Datin Ramlah sambil mengusap-usap  tangan anaknya untuk mengurangkan kemarahan yang ada dihatinya.

Nik Haikal menggeleng.Dia mengeluh berat.Kusut betul kepalanya.Tak terfikir langsung dia mahu berkahwin pada usia semuda ni.Dengan perempuan yang dia tak tahu pun asal usulnya.Mana mungkin bahagia?

“siapa perempua tu ma?”tanya Nik Haikal mahu kepastian.Dipandangnya wajah lembut ibunya.

“Eila Safiyyah”balas Datin Ramlah perlahan.

“what?”jerit Nik Haikal.Terkejut babun dia bila dengar nama gadis skema yang selalu dibulinya.Dia menggelengkan kepalanya berkali-kali. ‘impossible’desis hatinya.

“Eila ma.But why?”soal Nik Haikal lagi masih tidak berpuas hati.Datin Ramlah tersenyum.

“seperti mama kata tadi ‘no reason’ ni semua keputusan papa.Suatu hari nanti pasti kamu tahu jawapannya.Buat masa sekarang kamu kenal dulu hati budinya.And then kamu boleh pilih sama ada nak teruskan ke tidak”jawab Datin Ramlah.Nik Haikal mengeluh lemah. ‘pa..pa..apa yang pa rancangkan sebenarnya’.Dia menyandar lesu disofa.Kusut!betul-betul kusut kepala otak dia.

********************

“betul ke ni?”soal Balqis Sofea terkejut.Dahlah dia terkejut dengan kehadiran Eila yang datang kerumahnya tiba-tiba.Ini dikejutkan lagi dengan khabar berita yang Eila akan bertunang dengan abang sepupunya a.k.a musuh dalam rumahnya siapa lagi kalau bukan Nik Haikal Danil.
Eila mengeluh.Tangannya disilangkan dibelakang kepalanya.Balqis Sofea baring disebelahnya.Balqis memusingkan badannya dan menongkat kepalanya dengan sebelah tangan.

“kau main-mainkan Eila?”tanya Balqis masih tidak berpuas hati selagi Eila Safiyyah  masih tidak menjawab soalannya.

“kau ingat aku nak ke bergurau tentang benda yang serius macam ni.Kau tahukan macam mana perasaan aku dekat mangkuk tingkat tu?”Balas Eila yang masih memandang siling. ‘Cantik siling dia.Ada corak-corak bunga.’Sempat Eila monolog sendirian.

“aha..iye tak ye jugak kan”Balqis menganggukkan kepalanya sebijik macam burung belatuk.

“so,apa kau nak buat?”sambungnya

“buat apa?buat bodoh ah”Sempat Eila bergurau dengan Balqis.
Balqis menepuk tangan sepupunya.Ambik kau!

“aku cakap betul-betul dia pulak main-main.Aku ‘kick’ kau karang ada yang jatuh tergolek dok macam nangka busuk”gurau Balqis pula.Mereka berdua ketawa.Saja mahu mengurangkan tekanan yang dirasai Eila sekarang.

“betullah aku cakap,apa yang aku nak buat.Nothing,so ikut jek lah”Balqis terkejut mendengar jawapan Eila.Dia sudah duduk bersila disisi Eila.Dia menepuk dahinya.

“yaallah!kau setuju?kau ni betul ke tak ni?kau makan ubat tak?”soal Balqis bertubi-tubi.Memang terkejut tahap babun ni.Eila sudah ketawa kecil.Dia pun bangun dan duduk bersila bertentangan dengan Balqis.

“kau ingat aku nak sangat ke tunang and then kahwin dengan mamat tu.Aku tak nak lah..tahu tak..AKUU TAKK NAKK!!”Saja Eila menekan kata hujungnya.Supaya kawannya faham apa yang sedang bermain dihatinya.

“Habis tu?”

“habis tu dah mama aku and papa aku dah setuju.Aku nak buat apa lagi?nak lawan cakap dia orang?aku tak sanggup.Tolonglah”kata Eila sambil mengangkat kedua tangannya.

“so?”

“eh!kau ni banyak soal pulak”Geram Eila degan Balqis yang banyak sangat soalannya.Balqis tersenggih-senggih.

“sorry-sorry.Aku pulak yang excited bila dengar kau nak tunang.yang lebih teruja tu kan bila tau bakal suami kau tu musuh dalam bantal kau.Pastu,lelaki kegilaan ramai pulak tu.Kalau si Puteri dengan Eida tahu.Mampus kau”Kata Balqis saja mahu menakut-nakutkan Eila.Eila Safiyyah menarik tangan Balqis Sofea.

“kau janji dengan aku,yang kau tak akan cakap kat dia orang..kalau kau cakap siap kau aku cincang empat belas”ugut Eila sambil jari telunjuknya menonjol-nonjol dahi licin Balqis.

“iyelah..aku janji!!tapi insyaallah kalau aku tak terbabas”balas Balqis sambil tersengih-sengih macam kerang busuk.Eila mendengus.Geram dia dengan perangai Balqis.

“ala..yela aku janji”pujuk Balqis sambil memeluk erat kawan baiknya a.k.a sepupu terbaiknya.Mereka berbalas pelukan.

“pasti ada hikmah disebalik semua ni Eila”bisik Balqis.Eila hanya menganggukkan kepalanya.Dia pasrah.


p/s:hemp2!!saja nak try wat cite bawu..xtau k ke x??hehe..hope enjoy this k..komen anda amat sya perlukan..macehhh >.<

Cinta Si Cleaner [part 4]

Cinta Si Cleaner
[part 4]


By:Lela Vanila

“Risya!Risya!aishh..mana pula perginya budak bertuah ni,memang nak kena dengan aku.Orang panggil bukan nak menyahut.Tak tahu agaknya aku dah lapar ni.Memang anak tak guna betullah”runggut Mak Siah dalam bilik.Geram dia bila panggil-panggil nama Farisya tapi tidak disahutnya.Mak Siah turun dari katil.Dia keluar dari biliknya.Dia mencari-cari kelibat Farisya tetapi tidak ada diruang tamu.Dia mendengus kasar.    ‘mana pulak budak tak guna ni?’.Kakinya dihayunkan menuju ke ruang dapur pula.Kedengaran senduk jatuh dari ruang dapur. Mak Siah sudah mengagak siapa punya angkara.

“eh!perempuan kau buat apa hah?”sergah Mak Siah sambil bercekak pinggang sambil berjalan menuju kearahnya.Terkejut Farisya dengan kehadiran ibunya.Nasib baik tidak dikeluarkan silat gayung yang dibelajarnya semasa disekolah menengah dulu. Dia mengurut dadanya.

“Kenapa aku panggil kau dari tadi kau tak menyahut hah!kau pekak ea..kau tak tahu ke yang aku ni dah lapar”marah Mak Siah yang sudah berdiri betul-betul dihadapan Farisya.Kecut perutnya tika itu bila berhadapan dengan ibunya.Dia hanya mendiamkan diri.Pandangannya di alihkan ke lantai.Tidak berani mahu melawan mata dengan ibunya.

“budak ni kan!aku cakap dengan kau dengar ke tidak.Kau bisu ke cuba jawab”Mak Siah sudah baran.Ditonjol-tonjolnya dahi Farisya kasar.Geram.Terganjak sedikit Farisya kebelakang bila ditonjol ibunya.Kuat betul!

“Risya tengah masak ibu”jawab Farisya lembut.Mak Siah memandangnya sinis.

 “oh!kau masak ye..tapi mana makanannya?aku tak nampak pun?”soal Mak Siah sambil meninjau-nijau atas meja.Tiada apa-apa.Dia memandang Farisya lagi.

“kau tipu aku ye!aku suruh kau masak bukan main masak-masak.Kau tahu tak yang aku dah lapar”katanya lagi.Api kemarahan Mak Siah sudah sampai kemuncaknya.Dia memulas telinga Farisya pula.Mengerang kesakitan gadis itu minta untuk dilepaskan.

“ibu apa yang bising-bising ni?”tanya Maria yang tiba-tiba datang.Mak Siah memandang kearah anak keduanya.Dia melepaskan tangannya dari memulas telinga Farisya.Kelihatan air mata sudah mula menitis dari kelopak matanya.Cuba ditahan tapi tidak berdaya.Kedengaran esakan kecil dari Farisya.Mak Siah memandangnya dengan penuh kebencian.

“menanggis konon!air mata palsu aje lah.Kau ingat aku kasihan ke tengok kau bila kau menanggis.Kau keluar air mata darah pun aku tak heranlah.Dasar ANAK TAK GUNA!ANAK PEMBAWA MALANG!”templak Mak Siah tanpa belas kasihan.

Maria yang dari tadi menjadi pemerhati hanya tersenyum puas. ‘padan muka kau’ejek Maria dari lirikan matanya, sudah membuatkan Farisya dapat tangkap apa yang terlintas difikiran kakaknya.Dia menahan tanggisnya.

“dah!kau tak payah nak menaggis-nanggis.Dari pada kau menangis macam budak-budak lebih baik kau masak cepat.Aku dengan kakak-kakak kau dah lapar dah ni.Sebelum aku makan kau lebih baik kau siapkan cepat!”Arah Mak Siah sebelum berlalu pergi.Hanya anggukan diberi Farisya.Dia mengelap air mata yang masih bersisa diwajahnya.

Maria yang dari tadi berdiam diri datang mendekati Farisya.Dia tersenyum jahat.

“sedap kena pulas telinga?”sindir Maria sambil ketawa sinis.Farisya hanya mendiamkan diri.Dia cuba menyebokkan diri dengan mengemas dapur yang berselerak. Maria benggang dengan Farisya yang tidak balas pertanyaannya.

“Eh!budak tak guna.Aku tanya kaulah kau bisu ke?tak geti nak jawab”herdik Maria geram.Dia memegang tangan kiri Farisya kasar.Farisya mengerang kesakitan lagi.Kenapalah kakak dengan ibunya benci dekat dia sangat.Apa yang dibuat dia pun tak tahu.Farisya cuba melepaskan pegangan kakanya tapi Maria makin menguatkan pegangannya.

“kak sakit kak!”rayu Farisya dengan esakan yang masih bersisa.Maria tidak mempeduli rayuan adiknya.Bagi dia puas sebab dapat menyakiti adiknya.Tiada belas kasihan langsung.Memang tak ada hati perut.Muka aje lawa.

“Maria cukup!”jerkah Arisa yang baru saja kedapur.Fikirannya mahu menyuruh adik bongsunya membuatkannya air.Tapi tiba-tiba pula ternampak agenda buli-membuli.Maria yang terkejut dengan kehadiran kakaknya pantas melepaskan tangan Farisya.Dia menjengkelkan matanya memandang Farisya.Belum puas rasanya.   ‘tunggu kau’desis hatinya.Dia meninggalkan Farisya dan Arisa berdua.Dia menghentakkan kakinya.Tanda protes.

Arisa hanya menghantar jelingan kepada Maria.Memang tak berkenan dia dengan perangai adiknya yang seorang ni.Perangai gedik semacam.Apalah nak jadi?
Arisa merapati Farisya yang masih berdiri kaku di tepi singki.Kelihatan dia cuba menahan kesakitan.Belum hilang sakit yang diberikan ibunya kini kakaknya pula.Teresak-esak Farisya menahan tanggis.
Arisa menghulurkan tisu kepadanya.Dia menyapai tisu itu dari tangan kakak sulungnya.Masih ada lagi manusia yang kasihani dia,walaupun dia tahu kakaknya yang ini juga membencinya.Dia tersenyum tawar melihat Arisa.

“terima kasih”Farisya berbahasa basi. Arisa membuka peti ais lalu di ambilnya jus oren yang baru dibelinya.Tidak diendahkan ucapan Farisya. Sebelum pergi sempat dia menoleh kearah Farisya.

“kau dah siap masak belum?”soal Arisa.Hanya anggukan yang dibalas Farisya.

“Baguslah macam tu.Dah pergi hidangkan cepat.Ibu dah lapar tu.Aku pun dah lapar.Lain kali masak tu cepat sikit kalau tak nak kena marah”Nasihat Arisa walaupun kedengaran seperti satu sindiran.

“Baik kak”balas Farisya lemah.Arisa hanya memandang Farisya sekilas sebelum pergi.Tiada senyuman diwajahnya.Farisya mengeluh.


****************************
“Risya!tolong Mak Jah boleh?”tanya Mak Jah kepada Farisya yang sedang terbongkok-bongkok mengambil barang pencuci.Dia yang terkejut dengan kehadiran Mak Jah boleh pulak terhantuk batang mop habis berselerak semua barang pencuci didalam stor.

Mak Jah sudah ketawa berdekah-dekah.Yang paling kelakarnya boleh pulak batang mob tu ‘landing’ dekat atas kepala Farisya.Terhambur tawa Mak Jah.Tidak disangka pula yang Farisya akan terkejut dengan kehadirannya.Farisya memuncungkan bibirnya sambil mengosok-gosok kepalanya yang derhentak batang mop tadi.Dia terasa pening-pening lalat.

Mak Jah menolongnya mengosok-gosok kepalanya yang sakit.Siap dijampi-jampi.Sebijik macam budak-budak baru lepas jatuh.Mak Jah!Mak Jah!kenapa lah bukan kau yang jadi ibu si Farisya ni.Farisya tersenyum manja. ‘sayang juga mak cik ni dekat aku’omel Farisya dalam hati.

“Mak Jah nak minta tolong apa tadi dekat Risya?”soal Farisya selepas kepala otaknya sudah kembali stabil.Benggal juga kepalanya selepas dihentak batang Mop tadi.Walaupun kecik tapi sakit woo..

“Mak Jah nak minta tolong kamu,tolong bersihkan bilik Tengku Danial.Mak Jah ada hal lah yang nak kena buat.Boleh ye?”Balas Mak Jah meminta tolong.Kening Farisya terjongket.

“Siapa Tengku Haikal,Mak Jah?”tanya Farisya.Pelik dia sebab dah dekat 2bulan dia bekerja di syarikat T&S HOLDING.Tak pernah pula dia jumpa manusia yang bernama Tengku Danial.Pernahlah dia dengar desas desus pekerja-pekerja perempuan cerita pasal lelaki tu semasa membersihkan tempat penyambut tetamu,kadang-kadang dalam bilik air pun ada.Cerita tentang lelaki ni kacaklah,bijaklah,bergayalah itulah inilah.Naik cair telinga dia bila dengar pekerja-pekerja memuji lelaki itu tetapi masih tidak dijumpainya.Bagus sangat ke?

“Anak Bos tulah.Yang kamu selalu gaduh tu”kata Mak Jah membuatkan Farisya terbatuk kecil.  ‘Babun tu ke Tengku Haikal?kenapa nama sedap tapi orangnya?yaallah!!’umpat Farisya dalam hati.Dia menepuk kedua-dua pipinya perlahan.Tak percaya.

“tak naklah Mak Jah”balas Farisya.Dia menggeleng-gelengkan kepalanya berkali-kali.Mak Jah yang muka penuh harapan tadi sudah monyok.Merajuk konon!

“ala..bolehlah Risya”pujuk Mak Jah.Dia membuat muka sedih.Farisya mengeluh.Dia menganggukan kepalanya.Mak Jah sudah tersenyum.Pandai juga orang tua ni memujuk.Tak sangka!


*********************
“hai..lah Mak Jah!nasib baiklah aku sayang kan kau kalau tak memang aku tak hinggin masuk bilik babun ni,bersihkan bilik dia ni..Menyampah gila aku!eiii…”bebel Farisya sambil ralit tangannya menyusun majalah-majalah yang berselerak diatas meja tetamu.Kemudian dia mengambil penyapu dan menyapu sampah yang berselerak diatas lantai.Penuh kertas-kertas. ‘Dah macam sarang tikus’kutuk Farisya.Selepas itu,dia menyusun pula meja lelaki tu yang penuh dengan Fail-fail yang tidak disusun.Macam mana dia kerja pun tak tahu.Dasar lelaki.

“fuhh!!siap jugak kerja aku.Nasib baik mamat poyo tu belum masuk ofis lagi.So,tak payahlah aku menghadap batang hidung kemek dia tu”seloroh Farisya sambil melepaskan nafas lega.Dia mengelap peluh yang memercik keluar dari dahinya.Dia tersenyum senang. ‘Pandai juga aku mengemas pejabat mamat ni’puji

Farisya masuk bakul angkat sendiri.Dia tersengih.

Baru saja dia mahu melangkah keluar dari bilik pejabat.Tiba-tiba dia terlanggar seseorang dimuka pintu.

“Aduh!sakitnya dahi aku”omel Farisya sambil mengosok-gosok dahinya yang terhentak dada sasa orang yang dilanggarnya.Dia mengangkat pandangannya untuk melihat gerangan yang melanggarnya.

Dup,dap,dup,dap..Tiba-tiba jantung Farisya berdegup laju.Dia terkedu.  ‘Malangnya nasib aku’ Farisya menelan air liurnya.Kelat.

“Kau buat apa kat sini hah!perempuan?”sergah Tengku Danial. Zappp!termasuk kepala si Farisya bila disergah macam tu.Dah rupa kura-kura ketakutan dah.Farisya mengundur kebelakang.

Satu,Dua,Tiga,Empat,Lima..dushh!langkah Farisya terhenti.pergerakannya dihalang oleh meja pejabat lelaki tu.Dia menelan air liurnya payah.Terasa nafasnya tersekat-sekat.  ‘kenapa dengan aku ni’soal hati Farisya.Tengku Danial yang mengikuti langkah Farisya yang mengundur ke belakang juga turut berhenti.Nasib baik sempat brek kalau tak mungkin terpeluknya si budak kecik ni.Jarak mereka hanya berapa inci saja.

Tengku Danial memandangnya tajam.Bengis sekali rupa dia.Macam naga nampak mangsa dah rupa.Tengku Danial mengjojolkan matanya memandang Farisya.Membuak-buak kemarahannya.

“wei..aku cakap dengan kaulah”Tengku Danial memetik-metik jarinya didepan muka Farisya.Dia tersentak.Cuba melawan perasaannya.Dia memandang muka Tengku Danial dengan riak tenang.Padahal,dalam hati hanya tuhan saja yang tahu.Farisya menarik nafas dalam-dalam.

“aku bersihkan bilik kaulah tak nampak ke apa yang aku pegang ni”balas Farisya sambil mengangkat tangannya yang penuh dengan penyapu,bulu ayam,kain lap dan penyembur.Tengku Danial memandangnya sinis.

“mana makcik yang selalu bersihkan bilik aku ni?soal Tengku Danial.Dia masih berdiri betul-betul bertentangan dengan Farisya.Tidak berganjak walau sedikit.

“Mak Jah ada hal sikit tu yang dia suruh aku gantikan dia”balas Farisya selamba.Dia menarik nafasnya dalam-dalam cuba mencari kekuatan.Bau minyak wangi lelaki ni betul-betul mengocak jiwanya.Dia cuba mencari ruang untuk melepaskan diri.Dia memandang kekiri kemudian kekanan.Dia mengeluh.Tiada ruang untuknya melepaskan diri.

“kau jangan nak tipulah,kau sengaja aje kan nak masuk bilik aku sebab nak sabotaj aku betul tak?”syak Tengku Danial tanpa soal selidik.Terjongket kening Farisya.   ‘aku pulak’

“eh!pakcik..kalau nak cakap tu tolong tengok trafik light okey!jangan suka jiwa kau aje nak tuduh-tuduh aku.Tak ada masa lah aku nak botaj-botaj kau ni buang masa aku aje.kalo aku nak botaj kau tak adalah aku tolong bersihkan bilik kau yang macam sarang tikus ni.Fikirlah!”marah Farisya suka hati dia saja menukar perkataan sabotaj kepada botaj.Geram dia dengan tuduhan Tengku Danial yang tidak bernas tu.
Tengku Danial mendengus kasar.

‘perempuan ni memang betul-betul menguji kesabaran aku,satu-satu hal dia buat dekat aku.memang betul-betul budak kampunglah”Tengku Danial mengetap giginya.Geram.

“aku tak suruh pun kau bersihkan bilik aku”perli Tengku Danial.Dia ketawa kecil. Farisya mengetap bibir.

“suka jiwa kaulah!”Farisya menolak badan Tengku Danial kebelakang sedikit untuk memberi ruang kepadanya melepaskan diri.

“tunggu kejap”Tengku Danial menarik tangan Farisya.Farisya terkedu dengan tindakan drastik Tengku Danial yang pegang tangannya tiba-tiba.

Tuesday 24 July 2012

Cinta Si Cleaner [part 3]

        Cinta Si Cleaner
              [part 3]



Oleh:Lela Vanila

Kelihatan Mak Jah mundar mandir didepan Farisya.Sekejap kekanan,sekejap kekiri.Naik juling mata Farisya yang mengekori pergerakan Mak Jah.Wanita separuh abad itu kegelisahan.Farisya pula memandangnya dengan wajah yang tidak bersalah.Mak Jah mengeluh.Dia melabuhkan punggungnya disebelah Farisya yang sudah menonggkat dagu diatas pehanya.

 “itulah kamu!Mak Jah dah cakap jangan buat hal kat sini,kamu tak nak dengar sekarang kan dah susah..aishh!degil betullah kamu ni”bebel Mak Jah kepada Farisya yang masih membuat muka selamba.

“ala..rileklah Mak Jah,Farisya bukan buat apa-apa pun”jawab Farisya masih tidak mengaku salah.

“Yang kamu pergi baling kain lap kat muka dia tu kenapa?yang tu dah satu hal yang kamu pergi pijak kaki dia lepas tu kenapa?bukannya nak mintak maaf.Buat hal lagi.Sabar sajalah dengan kamu ni.Tu kata tak buat apa-apa..”sambungnya lagi.Farisya sudah membuat muka muak.Sakit telingganya mendengar wanita tua ini membebel.   ‘kan aku dah cakap makcik ni kalau dah membebel tak reti nak berhenti..aduh..cair dah taik telingga aku ni..Mak Jah oi..cukup-cukuplah tu..kejung dah telinga ni’omel Farisya dalam hati.Kejap-kejap dia mengaru tudungnya.

Hampir setengah jam wanita ini membebel.Sampai terlelap sekejap Farisya dibuatnya.Bukan makan saman budak ni.Bagi dia leteran Mak Jah umpama satu nyanyian merdu menyuruhya tidur.Siap berdengkur.Mak Jah yang kepenatan membebel menoleh kearah Farisya.Kelihatan Gadis itu terhinggut-hinggut menahan ngantuk. Mak Jah menggeleng.

 “yaallah!budak ni.Kita bebel kat dia,boleh dia buat taik mata pula.Tak senonoh betul anak dara sorang ni. Risya!dah-dah bangun.Masa balik dah ni.Membuta pulak dia.Dah!dah bangun”kejut Mak Jah sambil menepuk lembut bahu gadis itu.

Farisya menggeliat.Dia tersenyum  memandang wajah Mak Jah yang muram.

‘marahkan akulah tu’desis hatinya. Dia memeluk bahu Mak jah erat. Dicium lembut pipi tua wanita itu.Mak Jah yang muram tadi sudah tersenyum.Pandai betul Farisya memujuk hati tuanya.

“maaflah Mak Jah.Farisya bukan sengaja nak baling kain lap tu dekat dia.Risya nak baling dekat minah getik tu tiba-tiba dia pulak muncul, tu yang melekap kat muka dia tu.Siapa suruh tak bagi salam.” kata Farisya selepas meleraikan pelukkannya.Dia tersenggih.

“habis yang kamu pijak kaki dia tu pun tak sengajalah yek?soal Mak Jah. Farisya menggaru – garu kepalanya yang tidak gatal.Dia ketawa kecil.

“he he he..yang tu sengaja!”jawabnya selamba.Membutang mata Mak Jah mendengar jawapan Farisya.

“sengaja?kenapa kamu pijak kaki dia?”Soal Mak Jah terkejut.

  “siapa suruh tak makan saman,suka jiwa dia aje nak kutuk-kutuk Farisya.Sakit jiwa tau dengar dia cakap yang bukan-bukan kat kita.Tu nasib baik pijak kaki.Dalam hati nak aje bagi makan penampar dua tiga bijik baru puas.Tapi nasib baik iman ni kuat.”Farisya mengurut dadanya menahan sabar.Dia  sudah ketawa mengejek mengenangkan muka ketat lelaki itu selepas dipijak kakinya oleh dia.

“Banyaklah kamu punya suka jiwa.Yang kamu pijak kaki dia tu kamu tau siapa?Soal Mak Jah.Farisya menggelengkan kepalanya.

  “tah!malas nak ambik tahu”Balas Farisya acuh tak acuh.
Mak Jah mengeluh.Dia menggelengkan kepalanya.

“Dia tu anak bos kamu tahu”tegas kata-kata Mak Jah.Mata Farisya terbeliak keluar.

“anak bos?”terjerit sedikit Farisya mendengar kata-kata Mak Jah.Hanya anggukan dibalas Mak Jah. Farisya menyandar lesu.  ‘mampus aku!ni betul-betul mampus ni kalau ibu tahu..hadoii..’Farisya mengeluh berat.



********************************
“eh!perempuan kau keluar dari bawah meja tu sekarang”suruh Tengku Danial kepada Farisya yang masih kaku dibawah meja mesyuarat. Farisya hanya menunduk tidak berani dia mengangkat wajahnya untuk melihat siapa mangsa balingannya tadi.

Tengku Danial sudah baran.Dia mendengus kasar. Kasutnya menghentak kecil diatas lantai.

“aku kata keluar!kau nak keluar ke atau kau nak aku tarik kau keluar”suara Tengku Danial semakin meninggi. Farisya menelan air liurnya.Kelat.

Perlahan-lahan dia keluar dari bawah meja dan berdiri.Pandangannya masih ke lantai. Menggigil kakinya untuk berhadapan dengan manusia yang berada di depannya. Tengku Danial sudah menyilang tangannya. Dia memandang Farisya tajam.

‘macam ku kenal budak ini tapi dimana ya?’soal Hati Tengku Danial sambil mengurut dagunya yang licin.Dia memandang Farisya atas dan bawah.  ‘budak kampung’kutuk Tengku Danial.

“eh!budak  kampung kau ni siapa hah?suka hati kau saja baling kain buruk ni kat muka aku,kau ingat kau siapa?macam mana kau masuk dalam ni?”soal Tengku Danial bertubi-tubi. Farisya masih memandang lantai.
Tengku Danial memandang Farisya dengan sinis sekali.Baran pun ada juga.Geram dia pada perempuan yang tidak memandangnya ketika dia sedang bercakap.

“bila aku cakap cuba pandang sini.Kau pekak ke?”jerkah Tengku Danial memeranjatkan Farisya.
Farisya mengigit bibirnya.Geram. ‘dasar lelaki kaya,sombong nak mampus’desis hatinya.Dia mengangkat
pandangannya.Mata mereka bertentangan.Cehwah!

Dup,dap,dup,dap.Tiba-tiba jantung mereka berdegup laju.Cepat-cepat Farisya mengalihkan pandangannya. Tengku Danial masih merenungnya.Cuba menepis perasaan itu.Citt!!

“kau ni makcik yang langgar aku hari tu kan”Tanya Tengku Danial sambil jari telunjuknya dihalakan  kemuka Farisya. Pantas gadis itu menoleh kearahnya.

“apa pulak aku,kau tu yang rempuh aku tak sedar.Nak tuduh orang pulak”marah Farisya.Dia meninggikan sedikit kepalanya untuk menandinggi ketinggian lelaki didepannya yang tinggi lampai. Ewah!ada hati tu nak lawan bos.Tapi Farisya masih tak tahu lelaki tu bos dia?

Tengku Danial ketawa.Sinis sekali kedengaran tawanya.

Farisya memandang Tengku Danial geram.Kecik,besar saja dia tengok lelaki didepannya.Ikutkan hati nak saja dia ketuk-ketuk kepala lelaki ni.Nasib baik dia ni kecik jadi susah nak ketuk kepala lelaki tu.Tiba-tiba mata Farisya terpandang kaki Tengku Danial.Dia tersenyum  nakal.

‘tunggu kau kejap lagi’desis hati Farisya yang sudah memasang strategi.Dia tersenggih-senggih.

“so,betullah kau makcik yang aku jumpa hari itu.Yang jatuh macam nangka busuk tu kan?lepas tu sempat lagi baling kasut kat aku.Kau tahu tak bertapa sakitnya belakang aku.Kau ingat belakang aku ni apa suka suki kau aje nak baling-baling.Lepas tu kau baling pulak aku dengan kain buruk ni kau ingat aku ni apa?tong sampah?”jerkah Tengku Danial.Angin dia dengan kelakuan Farisya yang membalingnya dengan kasut sandal sekarang Kain lap pulak. Farisya mencebik.

“perangai macam babun memang patut pun kena baling dengan aku”runggut Farisya perlahan.Nasib baik Tengku Danial tidak dengar. Farisya memandang belakang Tengku Danial.

‘Mak ai..ramainya penonton!tak sangka pulak aku banyak sambutan pergaduhan aku dengan mamat ni.Segan aku.’omel Farisya.Dia memandang semua orang yang sedang berdiri dimuka pintu ada yang terjenggah-jenggah.entah apa yang menarik dia pun tak tahu.Yang dia tahu hati dia tengah membara.dekat siapa lagi kalau bukan mamat kerek nilah.
Farisya memandang Tengku Danial geram.Dia menggetap bibir.

“Yang kau mulut tak ada insuran siapa suruh,memang padan ah dengan muka kau”jawap Farisya selamba.Dia pun menyilangkan tangannya.Saja mahu menambah sakit hati lelaki didepannya.

“kau..kau kan memang perempuan tak sedar diri,Dasar budak kampung”herdik Tengku Danial bongkak sekali.Dia tersenyum sinis.

Farisya memandangnya dengan pandangan penuh kebencian.  ‘Perempuan tak sedar diri dia kata.Perempuan kampung.OH!PEREMPUAN KAMPUNG YER..ambik ni’Farisya memijak kaki Tengku Danial.Menggerang kesakitan dia menahan sakit. Damn!
Dia memandang Farisya geram.Baru saja dia ingin menampar Farisya,Tengku Tajudin memegang tangannya.

“Stop it’s Danny”tegur Tengku Tajudin.Perlahan-lahan Tengku Danial menurunkan tangannya.Terkejut dia dengan kehadiran papanya.Tengku Tajudin memandang Farisya yang sudah mengundur kebelakang ketakutan.Tahu pun takut?

Tengku Tajudin memandangnya.Dia tersenyum.

“cik kamu boleh buat kerja kamu balik.Kamu semua apa lagi tercegat kat situ.pergi buat kerja.”arah Tengku Tajudin kepada pekerja-pekerjanya yang masih berdiri dipintu masuk.Cliennya sudah diarahkan masuk ke dalam bilik mesyuarat kedua.Nasib baik ada banyak bilik mesyuarat.

Farisya menunduk malu.Sempat dia mengucapkan terima kasih kepada Tengku Tajudin.Lelaki itu hanya tersenyum.Tengku Danial pula dia hadiahkan satu jelingan maut dan  sempat dia menjelirkan lidahnya.

“ish..perempuan  ni kan”Tengku Danial sudah baran.Nak saja dia tonyoh-tonyoh batang hidung kecik perempuan tu.

“Danny I say,stop it”

“but pa.That girl very annoying.hurghh…”Tengku Danial mendengus.

“enough I say.Tak malu ke dengan orang,kamu tu bos.Sepatutnya menunjukkan teladan yang baik bukan bergaduh macam ni.Sampaikan papa sampai pun kamu tak perasan.ikutkan sangat kemarahan kamu tu”marah Tengku Tajudin.Dari tadi dia melihat agenda anak dan pekerja cleanernya.Tersenyum dia bila melihat perangai Farisya yang selamba bila melawan kata-kata anaknya.Belum ada sesiapa lagi yang berani melawan kata-kata anaknya lebih-lebih lagi memijak kakinya.Tengku Tajudin ketawa kecil mengenangkan pergaduhan anaknya.

“pa why you laugh?do you think this is funny?”soal Tengku Danial pelik melihat papanya yang tiba-tiba ketawa.

Tengku Tajudin menggelengkan kepalanya.Dia ketawa lagi bila melihat muka kelat anaknya yang menahan sakit bila berjalan. ‘Ganas betul gadis tu’seloroh hatinya.

'kau jagalah perempuan!nasib baik papa aku ada kalau tak habis kau aku kerja kan'omel Tengku Danial sambil jalan terdengkot-dengkot.



p/s:maaf!pendek lagi..hehe..xde idea lah..otak dah kering maklumlah dah nak study coz dah nak exam..hehe..please enjoy this..thank yup.. <3

Saturday 21 July 2012

Cinta Si Cleaner [part 2]

Cinta Si Cleaner
[part 2]
Mak Jah    membawa    Farisya   pergi   ke   salah   satu  anak   pejabat,dia menerangkan  satu –persatu  perkara  yang  patut dia  buat  dan  tak  patut  dia  buat. Sempat   juga  dia  menasihat    Farisya   agar   jangan   buat   perkara   yang   tak   senonoh,  bukan   dia   tidak   tahu   perangai   si   Farisya   yang   selamba   badak   ni.  Farisya   hanya   mengganggukkan   kepala   tanda   mengerti   padahal   masuk   telinga   kanan   keluar   telingga   kiri.  Mereka   menuju   ke   pantri   pejabat..

“Assalamualaikum   Ita,  awal   kamu   sampai   hari   ni”  Sapa   Mak Jah   kepada   seorang   wanita   yang   berada   dalam   lingkungan  umur   20-an.  Wanita   itu  tersenyum.

  “waalaikummussalam   Mak Jah,  saja   datang   awal   hari   ni   banyak   kerja   belum   siap”  jawabnya   sopan.  Farisya   yang   ada   disebelah   Mak Jah   dipandang.  Mereka   berbalas   senyuman.


“kamu   dah   sarapan?”   soal   Mak Jah   kepada   Norita   yang   sedang    leka   membancuh   air. Dia   hanya   menggeleng.


“belum   Mak Jah,  baru   nak   buat   air.  Ingatkan   nak   lawan   dengan   biskut   aje   untuk   alas   perut”

“kenyang    ke    makan  biskut   aje?  dah   ni   Mak Jah   ada   beli   nasi   lemak   lebih   ni,  Mak Jah   saja   beli   lebih   tahu   dah   kamu   ni   memang   susah   makan   pagi.  Sikit-sikit   makan   biskut   mana   kenyang,  dah   jom   makan   sama.”  pelawa   Mak Jah.  Dia   meletakkan   bungkusan   nasi   lemak   diatas   meja.


“terima   kasih   Mak Jah”  ucap   Norita   berbahasa.   Mak Jah   hanya   mengangguk.   Farisya   hanya   jadi   pemerhati.  Dari   tadi   dia   hanya   berdiri   dimuka   pintu,  tidak   berkutik   walau   sedikit.  Norita  memandangnnya   pelik.


“hah!  Yang   kamu   tu   duk  menonggok   macam   patung   cendana   kat   pintu   tu   kenapa?  teringin   nak   jadi   ‘pak guard ke?kalau rasa teringin boleh Mak Jah kenalkan dekat pakcik pengawal yang janggut panjang tu hah!” seloroh  Mak Jah.  Tersentak   Farisya.  Dia   tersenyum   kambing.


  “dah orang tak pelawa duduk kita berdiri aje lah macam patung cendana”balas Farisya selamba. Dia menarik kerusi lalu duduk.Dia memandang Norita sambil tersenggih-senggih.


  “kenapa pandang akak macam tu?”Soal Farisya pelik. Farisya sudah ketawa kecil.


“saja,akak comel tu pasal saya tengok aje akak”jawab Farisya spontan.Dia menongkat dagu lalu melihat saja Norita yang baru duduk disebelahnya. Merah muka Norita. Mak Jah yang datang sambil membawa dua biji cawan sudah tersenyum. 


   “hah!mulalah tu nak menyakat kakak ni.Kamu ni tak habis-habis”potong Mak Jah yang sudah lali dengan perangai Farisya.Dia menghulurkan cawan kepada Farisya.


“betullah Mak Jah kakak ni comel”sakat  Farisya lagi. Semakin merah muka Norita dibuatnya.


  “ishh..ada-ada saja lah kamu ni,kamu ni Wirdani Farisya kan?”Tanya Norita cuba mengubah topik. Farisya  hanya menggangguk.


“betullah tu macam mana tahu?”soalnya.


  “Nama kakak siapa pulak?”soalnya pula.


“Mak Jah cerita.” Farisya hanya mengangguk mengerti.


  “kakak pulak siapa nama?”


“Nama kakak Norita,tapi orang panggil kak Ita saja”balas Norita.


  “umur kamu berapa ni?”


“sembilan belas kak”


“Sembilan belas! muda lagi.Kamu tak nak sambung belajar?”soal Norita tiba-tiba memeranjatkan Farisya.Tersedak dia yang baru meneguk air yang diberi Mak Jah.Nasib baik tidak disemburnya air itu kemuka Mak Jah yang duduk didepannya. Dia terbatuk kecil.   ‘soalan maut seh!akak ni tujukan kepada aku’ngomel hati Farisya.


Dia tersenyum tawar.


  “kenapa Risya?”sampuk Mak Jah.Terkejut dia melihat Farisya yang tersedak tiba-tiba. Norita yang berada disebelahnya menepuk perlahan belakangnya.


“okey tak ni?”tanya Norita risau. Farisya hanya menggangguk. Soalan Norita dibiar sepi tiada jawapan. 


Mereka bersarapan dengan selera sekali.kadang-kala diselitkan gurau senda dan menyebabkan riuh pantri itu dengan suara mereka bertiga.Nasib baik Pejabat itu masih belum didatangi para pekerja kerana jam baru menunjukkan  pukul 8.30 pagi   jadi tiada siapa yang akan marah mereka jika membuat riuh.


                                                ********************************
“Eh!cleaner kau sini kejap”panggil satu suara dari belakang Farisya memeranjatkan dia yang sedang mengelap tingkap.Dia menoleh. Berkerut dahinya melihat penampilan wanita yang memanggilnya. Farisya memandangnya atas bawah,atas bawah.   ‘peh!minah ni nak pergi parti ke apa?bukan main lagi pakaian dia,skirt atas lutut.Muka dah macam cina opera.Aku fikir hantu cina mana lah tadi nasib baik dah terkena serangan jantung aku’ omel Farisya dalam hati.


 “eh!aku cakap dengan kau ni,kau dengar tak?”panggil wanita itu lagi.Dengan pantas Farisya mengganguk.Dia menuju kearah perempuan itu.


“ada apa cik?’tanya Farisya sopan.


“Aku nak kau bersihkan ruang mesyuarat.Kejap lagi kita orang ada meeting.Pastikan semuanya bersih..okey!”lantang  wanita itu bersuara. Farisya hanya mengganguk untuk kesekian kali.Dah macam burung belatuk dah rupa. Perempuan itu memandangnya sinis.
Pergi saja perempuan itu,Farisya sudah sumpah seranah.


“kerek nak mampus!pakai baju macam tak cukup kain!nak berlagak dengan aku geli jelah”Farisya sudah membuat muka meluat.Nak saja dia baling botol pencuci ditangannya. ‘Sabar Farisya sabar!sabar itu separuh daripada iman’Nasihat Farisya kepada dirinya sambil mengurut dadanya yang sudah membara.


  Dia menuju ke ruang mesyuarat selepas menyiapkan tugasnya sebentar tadi.Sambil menuju ke ruang pejabat sempat lagi dia membebel itu dan ini. Dah macam orang gila dah rupa. Sampai saja dia di depan pintu bilik mesyuarat di menolak daun pintu.


  “Masyaallah,bersepah!dengan cawan tak berangkat.Kertas sana sini.Tak tahu pulak aku ada pejabat macam ni. Syarikat saja besar tapi pekerja semua pengotor.”omel Farisya sambil tangannya ralit menyusun cawan-cawan yang kotor kedalam dulang lalu diletakkan dipantri.Kemudian dia menuju ke bilik Mesyuarat kembali. Dia menyapu sampah yang berselerak di lantai.Akhir sekali dia mengelap meja sambil menyanyi kecil.


“Hoi!dah siap belum?”Sergah satu suara dari muka pintu.Habis terpelanting kain lap dengan botol penyembur  ditangannya.Dia mengurut dadanya berombak kencang. ‘kus semangat minah ni,memang nak bagi aku mampus cepat.Salam tak ada tiba-tiba hoi aje..Dahlah aku ni ada penyakit terkejut.Tapi ada ke penyakit macam tu’seloroh hati Farisya.


“aku tanya ni dah siap belum yang kau pergi berangan tu kenapa?”tengking perempuan itu lagi.Terjongket bahu Farisya. ‘sebijik macam nenek kebayan’kutuk hatinya.


  “sudah cik puan!tunggu masuk duduk saja”jawab Farisya selamba. Perempuan itu memandangnya sinis. Cantik sangatlah konon. Farisya mencebik.


“Dah kalau dah siap kau boleh keluar sekarang,kejap lagi bos aku dengan clien nak masuk”sambung perempuan itu. Hanya anggukan diberi Farisya. Perempuan itu berlalu. Sempat dia menjelingnya.Darah Farisya sudah mendidih ketahap tunggu masa untuk meletup.Dia mencapai kain lap yang berada dilantai lalu dilemparkannya kearah pintu.Sangkaannya tiada sesiapa alih-alih kain itu melekap dimuka salah seorang yang berada dimuka pintu.Mereka baru saja ingin masuk untuk mesyuarat.


Farisya sudah terkejut babun.Mulutnya tercegang .Kedua-dua tangannya ditalakan kemulut.
‘Alamak!salah sasaran.Mampus aku.Mak Jah tolong..’jerit hati Farisya. Dia sudah kekalutan.Dia hanya berdiri menegak macam patung.Tak tahu apa nak dibuatnya.


Tengku Danial yang terkejut dengan balingan kain lap tadi kemukanya menarik kasar dari mukanya.Dia mendengus geram.  ‘tak guna!’getus hatinya.Malu dia dengan clien-clien yang ada bersamanya.Mereka semua sudah ketawa kecil,ada yang tersenyum saja. Dia mencari manusia yang membaling kain lap itu kemukanya.Tiada.


Salah seorang cliennya menunding jari kearah bawah meja.Kelihatan Farisya sedang merangkak-rangkak dibawah meja.Sambil mengomel sendirian.Tengku Danial sudah tersenyum kemenangan.Dia berdiri betul-betul dihadapan meja. Farisya yang sedang merangkak tiba-tiba terhenti bila melihat sepasang kasut jenama Bally betul-betul dihadapanya.Dia terkedu. ‘mampus aku’Desis hatinya.








p/s:maaf beribu kali maaf kalu pendek!hehe..maklum lah ada masalah otak sikit nak berfikir..hehe..thank 4 comment k..love u guys.. >o<

Thursday 19 July 2012

Cinta Si Cleaner

Cinta Si Cleaner
      [part 1]
           By:Lela Vanila

“Risya  mak  panggil  kau!”

Wirdani   Farisya   yang   sedang   leka   menulis   sesuatu   dibuku   cacatannya   menoleh ke   pintu   biliknya   selepas   dipanggil   kakak  sulungnya,   Arisa   yang   sedang   berdiri   dimuka   pintu.

“ibu   nak   apa   kak?”

“manalah   aku   tahu,  pergilah   tanya   ibu   sendiri”  Arisa   keluar   dari   bilik   Farisya.  Malas   dia   nak   tunggu   lama   disitu,  menyampah   rasanya   bila   lama-lama   berada   disitu.  Wirdani   Farisya   bangun   menuju   ke   bilik   ibunya,  Mak Siah.  Kelihatan   Mak Siah   sedang   mengurut   kakinya   yang   kelengguhan   selepas   seharian   bekerja.  Farisya   duduk   dihujung   kaki   ibunya.

“Ibu   panggil   Risya?”  soal   Farisya   sambil   menolong   ibunya   menggurut   kaki.  Mak   Siah   menarik   kakinya.  Farisya   tersentak   dengan   tindakan   ibunya.  Dia   mengeraskan   diri,  terasa   dengan   tindakan   ibunya.

“ya,  memang   aku  panggil   kau”  Keras   sekali   suara   Mak   Siah.   “ada   sebab   aku    panggil   kau,  aku   nak   kau   kerja   dekat   tempat   aku   bekerja.  Aku   nak   kau   gantikan   aku”  sambungnya   lagi.  Farisya   terkedu.   ‘kerja?’

“tapi   ibu   Risya   nak   study   lagi”  sampuk   Farisya.  Mak Siah   sudah   memandangnya   tajam.

“kau   jangan   nak   melawan   cakap   aku,   tak   cukup   ke   selama   ni   aku   bagi   pelajaran   dekat   kau,  cukuplah   kakak-kakak   kau   saja   yang   sambung   belajar.  Kau   jangan   nak   tambah    susah   aku   lagi.  Aku   tak   kira   aku   nak   kau   kerja   juga   kat   situ.”  Tengking   Mak Siah   membuatkan   Farisya   hilang   kata-kata   untuk   melawan.  Matanya   sudah   bergenang.

“tapi   ibu..”

“tak   ada   tapi-tapi..  mulai   minggu   depan   aku   nak   kau   mula   bekerja,  Mak Jah   akan  tunjuk   dekat  kau   apa   yang   patut   dibuat   kau   ikut   apa   saja   yang    disuruh   dia”  potong  Mak Siah.  Farisya   sudah   terkedu.

“hah..  tunggu   apa   lagi   tu   dah   pergi   masuk   bilik   kau,  menonggok   pula   kat   sini    dahlah   aku   menyampah   tengok   muka   kau.  Dah-dah   pergi   berambus   dari   bilik   aku,  dasar   budak   bawa   malang” sinis  sekali   kata-kata   Mak Siah.  Terjongket   sedikit   bahu   Farisya   akibat   ditengking   begitu   oleh   Ibunya.  Farisya   bangun   dari   dudukannya.  Dia akur.  Air   mata   sudah   mula   menitis   keluar   dari   matanya.

Kakaknya   Arisa   dan   Maria   yang   sedang   duduk   diruang   tamu   sudah   tersenyum    mengejek   kepadanya.  Semakin   sebak   hatinya.  Dia   berlari   masuk   kebilik    dan   mengunci    pintunya.  Dia   menanggis    sepuas-puasnya   dibelakang   pintu.   ‘sampai   hati   ibu   buat   Risya   macam   ni’  rintih   hatinya   sayu.

Tiba-tiba   ingatannya   kembali   teringatkan   arwah   abahnya,  Encik Roslan.  Dia   teringat   akan   pesanan   arwah  abahnya   yang   menyuruhnya   sambung   belajar   dan   jadi   orang   yang   berguna,  Itu   juga   merupakan   cita-citanya   selama   ini.  Semakin   deras   air   mata   yang   keluar   dari   matanya.  Sayu   hatinya   bila   terkenangkan   arwah   Abahnya.   ‘Abah’  jerit   hati   Farisya.  Sungguh   dia   menyayangi   lelaki   itu.

                                                ************************************
‘T&S  HOLDING!  Ni   ke   syarikatnya’  Farisya   melihat   kertas   ditangannya   diselang   dengan   melihat   bangunan   didepannya.   “fuhlamak..  besar   gila   bangunan   dia”  monolog   Farisya   sendirian.


GEDEBUKKKK!!

“Adoi..  sakitnya   punggung   aku,boleh sembelit macam ni”  Farisya   mengurut     punggungnya   yang   sakit   akibat   dilanggar   seseorang.  Baru   saja   dia   mahu   melangkah   menuju   ke   syarikat   tersebut   tiba-tiba   dia   diterjah   seseorang,  tak   sempat   dia   nak   menggelak   dah   jatuh   terduduk.Farisya   menggerang   kesakitan.

“Makcik   tak   apa-apa?”  tanya   seorang   lelaki   kepadanya.   ‘makcik   dia   panggil   aku?  Bukan   main   cun   melecun   macam   ni   dia   panggil   aku   makcik’  bebel   Farisya   dalam   hati.  Dia   mendonggakkan   kepalanya   cuba   memandang   lelaki   tu.

“opss..  maaf,  saya   ingatkan   Makcik   tadi,  adik   tak   apa-apa?”  tanyanya   lagi.  Dia   menghulurkan   tangan   untuk   membantu   Farisya   bangun.  Farisya   memandang   sepi   tangan   lelaki   itu.  Dia   cuba   bangun   sendiri.  Lelaki   tu   menarik   semula   tangannya. ‘sombong   betul’  desis   hatinya.

“Maaflah   Pakcik   bukan   muhrim,  jadi   tak   boleh   pegang-pegang   ni   berdosa” perli  Farisya   keras   kepada   lelaki   itu.   Lelaki   itu   mencebik.   ‘amboi..  balas   nampak!  dia   panggil   aku   pakcik   pula,  berani   betul   budak   ni’

“baiklah   suka   hati   cik   adiklah..  malas   saya   nak  layan   budak   yang   berpakaian   macam   makcik-makcik   ni” sindir   Tengku   Danial   Zafuan   kepada   Wirdani   Farisya.   Membutang   mata   Farisya   bila   dikata   begitu   kepadanya.

“Eh!  pakcik   mulut   tu   cakap   sedap   sikit   ya,  pakaian   saja   macam   makcik   tapi   kenyataannya   saya   ni   masih   anak   dara   tau”  selamba   sekali   Farisya   menjawab.  Geram   dia   dengan   mulut   laser   lelaki   yang   berada   didepannya.  Rasa   nak   tumbuk   saja   muka   dia.


 “dah   makcik-makcik   jelah”   Tengku   Danial   Zafuan   menyindirnya   lagi   dan   meninggalkannya   sambil   ketawa   menggejek.   ‘Muka   aje   cantik   tapi   pakaian   hancur’  sempat   lagi   hatinya   mengumpat.

‘Eh!  Pakcik   ni   memang   cari   nahas   dengan   aku’  Farisya   menanggalkan   selipar    sandalnya   yang   baru   dibeli   semalam   lalu   dibalingnnya   kearah   Tengku   Danial.

 “golll”jerit   Farisya   sambil   terloncat   kegembiraan.  Dia   sudah   ketawa   terbahak-bahak.  Tepat   sasarannya   mengenai   belakang   Tengku    Danial.   Menggerang   kesakitan   lelaki   tu.  Tengku   Danial   menoleh.

“Aikk!  mana   pula   minah   sakai   tadi?”  soal   Tengku   Danial   kepada   dirinya   selepas   melihat   tiada   sesiapa   dibelakangnya.   ‘manalah   minah   ni   lari,  sandal   dia   dekat   aku.  ‘Aishh..  macam-macam’  Tengku   Danial   menggelengkan   kepalanya.  Dia   tersenyum.  Dia   jalan   menuju   kepintu   masuk   syarikat,  sandal   Farisya   dibawanya   sekali.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         


Farisya   yang   hilang   tadi   sebenarnya   dia   sedang   menyembunyikan   dirinya   dibelakang   sebatang   pokok   yang   ada   disitu.  Nasib   baik   badannya   kecik   molek   dapatlah   dia   sembunyikan   dirinya.  Dia   mengintai   Tengku   Danial   yang   sedang   menuju   masuk   ke   syarikat   yang   ingin   dia   masuk   tadi.  Dia   nampak   yang   lelaki   tu   membawa   kasutnya   sekali.  Dia   mengeluh.   ‘kasut   aku'
Farisya   jalan   menuju    ke   syarikat   T&Z HOLDING   dengan   kakinya   yang   sebelah   tiada   kasut,  semua   orang   yang   ada   disitu   melihat   Farisya   dengan   pandangan   yang   pelik.    ‘mesti   dia  orang   ingat   aku   gila’  desis   hati   Farisya.  Dia   membuat   muka  selamba   menuju   ke   kaunter   pertanyaan.

“Tumpang   tanya,  bilik   store   cleaner   kat   mana   ya?” Soal   Farisya   kepada   seorang   wanita   yang   berada   dalam   lingkungan   30-an.  Wanita   itu     menunjukkan   arah   kepadanya.  Dia   menggangguk   faham.

“terima   kasih”

“sama-sama”

                                                ********************************

“ASSALAMMUALAIKUM,   Mak Jah?”  Sapa   Farisya   sambil   mencucuk   pinggang   Mak Jah   yang   sedang   leka   menyusun   barang   didalam   bilik   store.
  
“oh!  mak   kau   waalaikummussalam  terjun   masuk   kolam”  Habis   tersembur   semua   latahnya.   Farisya   sudah   ketawa   terbahak-bahak   mendengar   wanita   separuh   umur   itu   melatah.   Mak Jah   sudah   memandangnya   geram.
   
“Kamu   ni   Risya   suka   menyakat   Mak Jah,  kalau   tiba-tiba   Mak Jah   kena   sakit jantung   macam   mana?  Kesianlah   dekat   Pak Kassim   kamu   nanti,  tak   adalah   orang    yang  nak   masakkan   untuk   dia”  Gurau   Mak Jah.  Dia   duduk   dikerusi   yang   disediakan.  Dia   memperlawa   Farisya   duduk   disebelahnya.

“ala..  apa   susah,  Risya   kan   ada   boleh   masakkan”  jawab   Farisya   Selamba.  Mak Jah   sudah   tersenyum.  Senang   hatinya   melayan   keletah   gadis   yang   berusia   lapan   belas   tahun   ni.   Sungguh   periang   dan   cantik,  selalu   buat   orang   senang   bila   berada   dengannya.  Dia   amat   menyayangi   gadis   ini.

Dia   tahu   yang   kawan   baiknya   Samsiah   tidak   berapa   menyukai   gadis   ini   kerana   baginya   gadis   ini   membawa   malang   kepadanya   anak beranak.   Suaminya   selalu   manjakan   gadis   Ini   sehingga   suaminya   ditimpa   kemalangan   akibat   mahu membelikan   Farisya   hadiah   semasa  ulang   tahun   kelahiran   Farisya   yang    ke -12 tahun   dan   menyebabkan   suaminya   mati   ditempat   kejadiaan.  Sejak   itu   Samsiah   begitu   membencinya,  hanya   pada   Rumjah lah   Farisya   tumpang   kasih   kerana   dia   tidak   mempunyai   anak.  Rumjah   juga   merupakan   jiran   sebelah   rumahnya.

“Mak Jah,  Risya   nak   pinjam   selipar   boleh   tak?  Selipar   jepun   pun   tak   apa.  Asalkan   ada    selipar”  soal   Farisya   mematikan   lamunan   Mak Jah.  Wanita   itu   memandang   Farisya   pelik.  Dia   menundukkan   sedikit   pandangannya   kebawah   melihat   kaki   Farisya.  Keningnya   terangkat.

“mana   lagi   sebelah   kasut   kamu?”  tanya   Mak Jah.  Farisya   sudah   tersenyum   kambing   sambil   menggaru   kepalanya.Menahan   malu.  Habis   sengget   bengget   tudung   dia   dibuatnya.  Mak Jah   menggelengkan   kepalanya.

“siapa   lagi   jadi   mangsa   kamu   ni?”

“siapa   apa   Mak Jah?”  Farisya   cuba   mengubah   topik.  Malas   dia   mahu   menjawab   pertanyaan   Mak Jah,  takut   dibebelnya.  Wanita   ini   kalau   membebel   bukan   boleh   berhenti.   ‘faktor   tua’  kutuk   Farisya.

“kita   tanya   dia,  dia   tanya   kita   balik.”  Mak Jah   menuju   ke   almari   kasut   yang   ada   ditepinya.

   “Nah,  seliparnya”  Mak Jah   menghulurkan   sepasang   selipar   jepun   kepadanya.  Farisya   menyambut   huluran   Mak Jah   dengan   senyuman   yang   melebar.   ‘Nasib   baik   ada   Mak Jah,  kalau   tak   berkaki   ayamlah   aku   nampaknya.’

“Dah  jangan   berangan,  jom   mula   kerja!”  sergah   Mak Jah   membuatkan   terpelanting   selipar   yang   ada   ditangannya.   Mak Jah   sudah   ketawa   mengekek-ngekek.   ‘macam-macam   budak   ni’. Dia  menggelengkan   kepalanya  yang  kesekian  kali.




p/s:nukilan saya yang terbaru..hope semua enjoy walaupun pendek~hehe.. support anda amat saya perlukan. >0< thank you.. <3

Tuesday 17 July 2012

Alahai!!kenapa mesti dia?


by:Lela Vanila


“APA  KHAWIN   MAK!”  jerit   Aishah.  Hampir   satu   rumah   bergema   mendengar jeritannya.  Adiknya   Ella   yang  duduk   disebelah   sudah   menutup   telinga.   ‘Binggit   sehh!’

   “ishh..  kamu   nie   anak   dara   terjerit-jerit..  tak   malu   ke   dengan   jiran   sebelah..  dengar   kahwin   pun   nak   terjerit   macam   pontianak”  marah   Puan   Jamilah.  Suaminya,  Encik   Hairi   hanya   menggelengkan   kepala.

“Tapi   mak   kenapa   Aishah,  kena   kahwin?? ”  jari  telunjuknya   ditalakan   kehidungnya.  Puan   Jamilah   mengangguk.   Dia  mengangkat   keningnya.

   “yela   kahwin!  mak   ada   cakap   benda   lain   ke?  Mestilah  kamu   takkan   adik   kamu   pulak!  dia   kan   baru   nak   masuk 17..  kamu   tu   dah   layak   dah   kahwin!!  Umur   tu   semakin   meningkat.  Tak   akan   kamu   nak   jadi   ‘ANDARTU’   pulak??”    Dushh!!  kata-kata   Puan   Jamilah   betul-betul   menusuk   hati   Aishah.  Aishah   terkaku.  Rasa   macam   batu   besar   baru   jatuh   diatas   kepalanya.

“Aishah   muda   lagilah  mak”  Aishah   masih   tidak   mahu   mengalah.

“Mudalah   sangat”  sampuk   Ella   disebelahnya.

 “ouchhhh..  sakitlah   kak”  Satu   cubitan   maut   singgah   dilengannya.  Siapa   suruh   mulut   cabul   kan   dah   kena.  Aishah   memandang   Ella   geram.   ‘Alamakk..  mak   nenek   dah   mengamuk’  bisik   hati   Ella.  Dia   tersenyum   kambing.

 “sorrylah   orang   gurau   jek!!”

“Not   the   time   Ella!!”  Aishah   mendengus   kasar.  Puan   Jamilah   dan   Encik   Hairi   hanya   mengelengkan   kepalanya.

  “Jadi   Aishah   macam   mana,   apa   keputusan   kamu?”  tanya   Puan   Jamilah   setelah   sekian   lama   menyepi.  Ella   hanya   jadi   pemerhati   malas   nak   masuk   campur   hal   orang   tua.
    “Tapi   mak..  kenapa   mesti   dia?”  tanya   Aishah   sambil   menunding   jari   kearah   gambar   yang   berada   di   atas   meja   kepada   ibunya.  Dia   mengeluh.

“Dia   ni anak kawan ayah kau..kawan ayah kau ni dulu Pengetua kat sekolah kau,baik orangnya.Keluarga dia pun baik-baik.Tak sampai hati pula mak gan ayah kau nak menolak pinangannya”terang Puan Jamilah panjang lebar.Encik Hairi hanya mengganguk mengiakan kata-kata Puan Jamilah.

   “Tak mahulah mak kahwin dengan dia,Aishah benci dia.Tolonglah mak,ayah!”pujuk Aishah.sedaya mungkin dia menahan sabar.Menyampah betul dia dekat  manusia  yang berada didalam gambar itu.kalau ikutkan hati nak saja dia siat-siat  gambar tu. ‘Sabar Aishah!sabar!’bisik hatinya sambil mengosok dadanya menahan sabar.

“Tapi kenapa?”tanya Encik Hairi dan Puan Jamilah serentak.

   “Sebab dia ni musuh lama akak kalau mak dengan ayah nak tahu?”sampuk Ella tiba-tiba. Oppsss..terlepas cakap lagi.Ella menutup mulutnya sambil mengeyit matanya kepada Aishah.Terbeliak mata Aishah mendengar kata Ella tadi. ‘senggal punya adik pergi cakap kat mak dengan ayah buat apa,tak boleh simpan rahsia betul’marah Aishah dalam hati.
“Betul ke Aishah?” Encik Hairi mula bertanya.Dia hanya mengganguk.

   “Apa yang dia buat dekat kamu sampai kamu benci sangat dekat dia?”tanya Puan Jamilah pula.
 ‘Alahai!perlu ke aku jawab?’soal hati Aishah.kalau boleh dia tidak mahu ingat kembali apa yang terjadi kepada dia masa zaman sekolah dahulu.Sungguh menyakitkan.

                                                *****************************************
“Woi.. siapa  yang  letak  gam  gajah  dekat  kerusi  aku  ni”  jerit  Aishah  sambil  cuba  menarik tangannya  yang  terlekat  di  kerusi . Semua pelajar didalam kelas sudah ketawa terbahak-bahak melihat keadaan Aishah.Dia cuba menarik tangannya tapi tak berdaya.Akhirnya dia menanggis teresak-esak sebab tak boleh menanggalkannya.Habis riuh satu kelas dengan gelak tawa pelajar-pelajar.Bukan kelas dia saja yang ada disitu kelas lain pun ada sekali melihat situasi dia di malukan oleh lelaki yang tidak berguna itu, siapa lagi kalau bukan musuh yang tak diiktiraf oleh dia ‘ZAFRIL ZAMRI!!’Aishah memandang  tajam muka Zafril yang selamba sambil tersenyum sinis.Aishah mengetap bibir geram.

  ‘tak guna punya jantan’marah Aishah dalam hati. ‘kau tunggu sajalah balasan aku nanti!!’api kemarahan Aishah sudah meluap-luap keluar seperti lava gunung berapi yang tunggu masa untuk meletus.

WAKTU REHAT….

  “Zaf itu semua kerja kau kan?”duga Ikram kawan Zafril.Dia hanya tersenyum sinis. “kejam sungguh kau Zaf”.sambung Ikram sambil ketawa kecil.

    “Biarkan padan muka dia,siapa suruh sombong sangat dekat aku, tu baru sikit!!tunggu lah apa yang aku akan buat lagi lepas ni”kata Zafril sambil ketawa jahat.Sedang dia dan kawannya yang lain sedang seronok ketawa Aishah yang datang entah dari mana tiba-tiba mencurahkan air tin keatas kepala  Zafril.Semua orang disitu terkejut dengan tindakan Aishah .

“weii..apa kau buat ni Aishah?”tanya Ikram pelik.Terkejut dia dengan tindakan spontan Aishah. Ganas.

  “Balas dendam”ringkas dia jawap.  ‘Balas  dendam?’ Ikram  tersenyum.  ‘Nasib  kau  lah  Zafril  siapa suruh kau  kacau  beruang  yang  sedang  tidur. Pandai-pandai  kaulah.’ Gumam hati Ikram.
“Kau  buat  apa  ni  PEREMPUANNN!!” Jerit Zafril geram.Dia mengibas-ngibas bajunya yang basah dek terkena air tin yang melekit tu.

Aishah  memandang  ketempat  lain  dengan  muka  yang  selamba,  sakit  telinganya  mendengar  jeritan  Zafril.  ‘jerit  macam  pondan’ sempat  hatinya  mengumpat.

    “aku  bayar  balik  apa  yang  kau  dah  hadiahkan  dekat  aku!  aku  bayar  cash  tau..  no  hutang-hutang”   jawab   Aishah  cuba  berlawak.

Ikram  yang  masih  ada  di  situ  sudah  ketawa  kecil  tapi  bila  melihat  muka  Zafril  yang  bengis  terus  disembunyikan  tawanya  itu. Pelajar-pelajar  sudah  ramai  mengurunggi  mereka  bertiga  seperti   mereka   sedang   berlakon   dalam   cerekarama.  Ikram   sudah   naik   segan.  Aishah   dan   Zafril   masih   dengan   dunia   mereka   yang   penuh   dengan   kebencian.    ‘apa   nak   buat   ni?’  desis   hati   Ikram.Dia   menggaru   kepalanya   yang  tidak  gatal.Dia   buntu.
 “Aku  buat apa   dekat   kau?”  Suara   Zafril   mula   meninggi.

  “ni  tangan   aku   ni..  kau   nampak??  kejung   semacam   kau   tahu?? ”  jawap   Aishah   sambil   menunjukkan   tangannya   yang   terkena   gam   gajah   tadi   kemuka   Zafril.

“apasal    pulak   dengan   tangan   kau?”    Zafril   buat-buat    tidak   paham.

“dah buat tak nak ngaku kau kan!!memang tak guna”herdik Aishah.Zafril tersenyum sinis.Membara hati Aishah melihat senyuman tu.walaupun kadang kala dia rasa jantungnya berdegunp kencang tatkala lelaki itu tersenyum begitu padanya.

  “kalau betul aku buat kau boleh buat apa?kau nak ngadu kat pengetua?tu bapak aku lah!!”kata Zafril sinis sekali. “kau tak boleh buat apa-apa kan?so jangan nak berlagak lah weiii..”Zafril sudah ketawa terbahak-bahak melihat Aishah yang terkulat-kulat  dengar katanya.Hati Aishah membara.

PANNG!!

Satu tamparan hinggap di pipi Zafril.Semua orang yang berada disitu semuanya terdiam.Zafril terkedu. ‘dia tampar aku?’Zafril memgempal penumbuknya.

Baru dia mahu membalas balik tindakan Aishah Tuan Haji Harudin datang bersama 2 orang guru disiplin.Pelajar yang ramai tadi beransur pergi kini hanya tinggal mereka berdua.Tuan Haji Harudin memandang mereka silih berganti lalu menggelengkan kepalanya.Dia dah tahu apa yang terjadi kepada Aishah pagi tadi dan yang terjadi sekarang.Nasib baik dia cepat kalau tidak mahu berbunuh budak berdua ni.Mereka berdua dipanggil masuk ke pejabat.Hampir setengah jam mereka dileter oleh penggetua nasib baik tidak dirotannya.Rotan Tuan Haji Hairudin nipis woo..mahu sebulan baru baik kalau kena.
Tetapi mereka berdua tetap didenda dan disuruh membasuh bilik air selama seminggu.Malu Aishah rasa nak seret jek muka dia kat lantai mana taknya sampaikan orang gelar dia minah Jamban.Tak segan ke.Sejak hari tu lah bermulanya permusuhan dan perperangan diantara mereka.Mereka selalu berperang mulut bila berjumpa.Aishah selalu tertanya-tanya  Alahai!!kenapa mesti dia??yang selalu muncul dalam hidup aku.


                                               
                                                ********************************************
“ringggg…ringggg..”telefon milik Aishah diatas meja solek berbunyi. “assalammualaikum..iye nak apa?”tanya Aishah selepas melihat nama pemanggil di skrin telefonnya. ‘lelaki Perasan!!’

     “waalaikummussalam minah jamban”jawab seorang lelaki di dalam corong  telefon.Aishah terkedu. ‘MINAH JAMBAN?!’

 “HALOOOOO…”Kedengaran lagi suara lelaki itu dicorong telefon.

   “awak nak apa!!” jawab  Aishah malas. “Orang lagi tak ada mood nak buat lawak antarabangsa pulak.kalau kelakar tak apa jugak ni tak menyakitkan hati jek”ujar nya lagi.Kedengaran lelaki itu ketawa.

“tak ada mood sebab apa?patutnya kamu gembira dapat bakal suami yang handsome lagi cute..tak semua orang beruntung tau dapat lelaki macam saya ni”kata Zafril masuk bakul angkat sendiri.Aishah mencebik.

Hampir 5 bulan mereka bertunang,macam-macam yang terjadi pada mereka ada saja yang akan digaduhkannya sehinggakan hal kecil pun dibesarkan.Naik pening kepala keluarga mereka.

   “JANGAN PERASAN!!!”

“itu kenyataan Aishah”sambungnya lagi.

  “awak nak apa??”marah Aishah.sakit betul hati dia bila bercakap dengan lelaki ni.Dah lah kena paksa kahwin. ‘Aku tak rela!!’jerit batin Aishah.

“saya nak awak!!”sinis sekali suara Zafril.Aishah terkedu.Buang tebiat ke apa lelaki ni.kedengaran lelaki itu ketawa lagi tapi makin kuat.

   “saya tak ada masa lah nak main-main ni.awak nak apa?baik cakap cepat kalau tak saya matikan panggilan,orang lagi nak tidur..kacau jek”tanya Aishah yang keberapa kali.Geram betul dia dengan perangai Zafril yang suka menyakatnya.Tetapi sebenarnya hati dia bahagia pada masa yang sama.Bahagia ke??kata benci??Aishah menggelengkan kepalanya.Tak mungkin dia suka kat lelaki ni.Tak mungkin..

   “saya nak ajak awak keluar dinner hujung  minggu  ni..jom!!”ajak Zafril mematikan lamunan Aishah.Dahi Aishah berkerut. ‘ajak aku dinnerr’tanya Aishah pada dirinya sendiri.

“iyerrr..ajak awak dinnerr”sampuk Zafril.Terkejut Aishah. ‘Dia dengar ke apa aku cakap?rasanya aku cakap perlahan’seloroh hati Aishah.

  “macam mana nak ikut tak?”tanya Zafril lagi.Aishah masih diam berfikir.

“awak nak bawak saya pergi mana?”soalan dibalas soalan.Dahi Zafril berkerut.

  “adalah rahsia mana boleh bagi tahu”sambungnya.

“tengok lah macam mana”Jawab Aishah acuh tak acuh.

  “Tak ada tengok-tengok awak mesti ikut.Saya dah mintak izin pakcik dengan makcik dia orang dah bagi ‘green light’dah”ujar zafril.Terjongket sikit kening Aishah.

    “iyela..orang ikut!sikit-sikit guna nama mak dengan ayah..benci betullah.”rungut Aishah.Zafril sudah tersenyum,Tahu sangat dia dengan kelemahan Aishah.Tektik ini juga lah yang dia guna semasa mahu bertunang dengann Aishah.Disuruhnya Ibu dan Abahnya memujuk Aishah baru lah dia setuju.Dia tahu Aishah pantang dipujuk oleh orang tua dia mudah simpati.Itulah yang buat Zafril jatuh hati padanya.

  “dah lah orang nak tidur.Assalammuaalaikum”belum sempat Zafril menyambut salam Aishah sudah mematikan panggilan.Zafril tersenyum untuk sekian kalinya.

“waalaikummussalam..nite my dear..i love you”perlahan suara Zafril menyambut salam Aishah sambil menarik telefonnya dari telinga.


                                                *********************************************
“Akak mak suruh cepat abang Zaf dah tunggu lama dah tu”laung Ella dari luar pintu sambil mengetuk pintu bilik Aishah.

  “kejap-kejap dah siap dah”jawab  Aishah sambil mencapai beg  tangan yang ada diatas meja soleknya.

“FUHHYOOOHH..cantik gile akak!!patut lah abang Zaf jatuh cintan dekat akak”Seloroh Ella sambil memeluk erat lenggan Aishah.Mereka berjalan beriringan menurun tangga sambil ketawa kecil.Zafril yang sedang rancak berbual dengan bapa Aishah terdengar gelak tawa kekasih hatinya menoleh kearah tangga.Terpaku dia saat melihat permakaian Aishah. ‘Cantik’desis hatinya.Mata Zafril tidak lekang dari melihat kecantikan Aishah.Naik malu Aishah bila dipandang begitu oleh Zafril.Ella yang perasan bakal abang iparnya tak lepas-lepas memandang kakaknya datang mendekati Zafril lalu berdehem.Terkejut Zafril kemudian cuba cover line dengan memandang tempat lain.Ella sudah tersenyum nakal.


  “Abang tak baik pandang anak dara orang lama-lama tau!!ala…tak lama lagi bang sabar k”bisik Ella ke telinga Zafril.Merah muka Zafril tika itu. ‘Kurang asam jawa punya budak kena kan aku’bisik hati Zafril.
Dia menyekeh perlahan kepala Ella.Mengaduh kesakitan budak kecik tu walaupun tak sakit mana.Aishah tersenyum melihat keletah Ella dan Zafril. ‘Macam budak-budak ‘bisik hatinya.

   “jom sayang”ajak Zafril.Terkedu Aishah bila Zafril memanggilnya macam tu.Ella faham apa yang dirasai kakaknya itu.Dia tersenyum nakal lagi kini dia pergi kepada kakaknya pula.

“aik..kak terkejut beruk nampak!itu baru sikit lepas ni adik komfem yang abang Zaf akan keluarkan ayat-ayat yang romantik gila pada akak..”sakatnya pula pada kakaknya.Muka Aishah pula kemerahan.Satu cubitan hinggap di pinggang Ella.

  “adoi!sakit lah kak habis lah lebam badan adik..sama  jek dengan abang Zaf suka buli orang”kata Ella seakan merajuk.Aishah dengan Zafril tersenyum.

“yela nanti abang belikan hadiah untuk adik tanda mintak maaf okey”sampuk Zafril sambil berjalan menuju kearah dua beradik tu.Ella sudah tersenyum lebar.cepat saja dia mengganggukkan kepalanya.

                                ***********************************************

“kita nak pergi mana ni wak?”tanya Aishah selepas kian lama menyepi didalam kereta.Hanya kedengaran corong radio saja yang berbunyi.

   “dating”selamba Zafril menjawab,Aishah menaikkan kening.Kelihatan Zafril tersenyum manis. ‘handsome’puji Aishah dalam hati jarang dia melihat senyuman itu.Setiap kali lelaki itu tersenyum padanya jantungnya rasa seperti nak gugur.

“kenapa pandang saya macam tu kacak sangat ke?”tanya Zafril setelah perasan kekasih hatinya itu memandangnya tanpa berkelip.Aishah mengalihkan pandangannya keluar cermin.Zafril ketawa kecil.Suka dia dapat menyakat Aishah.

   “cantik awak hari ini”Ikhlas zafril memuji  kekasihnya itu.

“saya tahu”selamba Aishah membalas.Zafril mencebik. ‘perasan juga budak ni’ngomel hati Zafril.Aishah tersenyum geli hati dengan kata-katanya sendiri.

  “Awak ni nak bawa saya pergi mana sebenarnya ni?”Soal Aishah setelah lama menyepi.Hampir satu jam perjalanan mereka tapi masih tak sampai-sampai.Naik lengguh punggungnya duduk lama-lama didalam kereta.Dia menoleh kearah Zafril yang masih mendiamkan diri.

“ehemmmm..”Aishah berdehem kasar.Terkejut Zafril dibuatnya.Dia menoleh.Aisha memandangnya tajam. ‘berangan ke apa mamat ni?’ngomel Aishah dalam hati.

   “Awak cakap apa tadi?”Zafril bertanya kepada Aishah yang masih memandangnya sesekali mengangkat sebelah kening semirip Ziana Zain.Zafril pelik melihat perangai Aishah tak semena-mena memandangnya macam tu.Meremang bulu romanya.

“Awak berangan ea?”Aishah menduga.Terbatuk kecil Zafril bila diajukan soalan begitu kepadanya. ‘macam mana dia tahu aku berangan?’

  “Tengok tu berangan lagi”Tegur Aishah kesekian kali.Zafril hanya tersenyum.

“mana ada”Zafril mengalihkan perhatiannya kejalan.Tiba-tiba rasa segan pula bila bertentangan mata dengan wanita kesukaannya itu.Dah lah dia tertangkap mengelamun tadi.Aishah tersenyum nakal.

  “Awak menungkan sapa ni?kekasih lama ea?”usik Aishah.Makin kuat batuk Zafril kedengaran.Aishah menepuk perlahan belakang Zafril. ‘mamat ni tersedak ke tercekik? teruk benar batuknya.Terkejut beruklah tu dengar soalan aku’.monolog Aishah didalam hati.Dia sudah ketawa kecil.Geli hatinya melihat keletah tunangnya tu.Macam-macam lah keletah manusia yang bernama Zafril Zamri ni.

“aik..tadi kata orang berangan  sekarang dia pun sama berangan.Dah-dah lah tu tepuk belakang saya mula-mula memanglah best tapi lama-lama rasa perit pula bila ditepuk macam tu”Usik Zafril pula bila melihat Aishah masih tidak berhenti menepuk belakangnya walaupun dia sudah berhenti batuk.Pantas Aishah menarik tangannya dari belakang Zafril,merah pipinya kala ini.Dia menggalihkan pandangannya keluar tingkap. Aishah mengutuk dirinya macam manalah dia boleh berangan.
“okey kita dah sampai”ujar Zafril sambil membukakan pintu kereta untuknya.Aishah hanya menurut.Dia mengukirkan senyuman. “thank” Zafril pula membalas senyuman.Dia mengalihkan sedikit tubuhnya untuk memberi laluan kepada Aishah.Kaki Aishah tiba-tiba kaku.Dia terpanar dengan apa yang dilihatnya.

   “CANTIKNYA!!”hanya itu yang mampu keluar dari mulut Aishah tika itu.

“For you sayang”bisik Zafril kepada Aishah dengan nada yang penuh menggoda.Aishah memandang Zafril dengan pandangan yang lembut tak seperti selama ini. Dia menggukir senyuman yang paling manis kepada bakal suami tersayangnya. ‘TERSAYANG?’Zafril menarik tangan Aishah untuk menurut langkahnya menuju kearah meja yang  telah dikelilingi ribuan lilin.Aishah terpaku pada satu sudut yang terukir namanya dan Zafril ditengah-tengahnya terletak sebentuk hati bermaksud ‘ZAFRIL LOVE AISHAH’

   Zafril menarik kedua-dua tangan Aishah lalu dia melutut didepan wanita itu.Dikeluarkan sekotak cincin lalu dibukanya.Mata Aishah mula bergenang.Dia menekup mulutnya terkejut  dengan tindakan Zafril.Tak sangka dia yang Zafril akan sanggup buat macam itu.

“Will you married me?”tanya Zafril yang masih melutut.Tak semena-mena air mata Aishah mengalir.Hanya anggukan saja yang mampu diberikan Aishah .Zafril mula berdiri.Dia mengelap air mata yang mengalir dipipi Aishah.Dia tersenyum. ‘comel bila dia menanggis’desis hati Zafril.

  “I Love You”Luah Zafril lembut.Dia menggengam erat kedua-dua tangan Aishah.

“I Love you too”Balas Aishah ikhlas.Air mata Aishah kembali menggalir. ‘yaallah..kau restuilah dan berkatilah hubungan kami ni,semoga kami berkekalan hingga akhir hayat’Doa Aishah dalam hati.


p/s:hemmm2…testing2!!hehe..cerpen pertama lela..hope okey lah.lepas bace komen k. >O< SOKONGAN ANDA SANGAT SAYA HARGAI ^.^ macehhh~