Cinta Si Cleaner
[part 4]
By:Lela Vanila
“Risya!Risya!aishh..mana pula perginya budak bertuah ni,memang nak kena dengan aku.Orang panggil bukan nak menyahut.Tak tahu agaknya aku dah lapar ni.Memang anak tak guna betullah”runggut Mak Siah dalam bilik.Geram dia bila panggil-panggil nama Farisya tapi tidak disahutnya.Mak Siah turun dari katil.Dia keluar dari biliknya.Dia mencari-cari kelibat Farisya tetapi tidak ada diruang tamu.Dia mendengus kasar. ‘mana pulak budak tak guna ni?’.Kakinya dihayunkan menuju ke ruang dapur pula.Kedengaran senduk jatuh dari ruang dapur. Mak Siah sudah mengagak siapa punya angkara.
“eh!perempuan kau buat apa hah?”sergah Mak Siah sambil bercekak pinggang sambil berjalan menuju kearahnya.Terkejut Farisya dengan kehadiran ibunya.Nasib baik tidak dikeluarkan silat gayung yang dibelajarnya semasa disekolah menengah dulu. Dia mengurut dadanya.
“Kenapa aku panggil kau dari tadi kau tak menyahut hah!kau pekak ea..kau tak tahu ke yang aku ni dah lapar”marah Mak Siah yang sudah berdiri betul-betul dihadapan Farisya.Kecut perutnya tika itu bila berhadapan dengan ibunya.Dia hanya mendiamkan diri.Pandangannya di alihkan ke lantai.Tidak berani mahu melawan mata dengan ibunya.
“budak ni kan!aku cakap dengan kau dengar ke tidak.Kau bisu ke cuba jawab”Mak Siah sudah baran.Ditonjol-tonjolnya dahi Farisya kasar.Geram.Terganjak sedikit Farisya kebelakang bila ditonjol ibunya.Kuat betul!
“Risya tengah masak ibu”jawab Farisya lembut.Mak Siah memandangnya sinis.
“oh!kau masak ye..tapi mana makanannya?aku tak nampak pun?”soal Mak Siah sambil meninjau-nijau atas meja.Tiada apa-apa.Dia memandang Farisya lagi.
“kau tipu aku ye!aku suruh kau masak bukan main masak-masak.Kau tahu tak yang aku dah lapar”katanya lagi.Api kemarahan Mak Siah sudah sampai kemuncaknya.Dia memulas telinga Farisya pula.Mengerang kesakitan gadis itu minta untuk dilepaskan.
“ibu apa yang bising-bising ni?”tanya Maria yang tiba-tiba datang.Mak Siah memandang kearah anak keduanya.Dia melepaskan tangannya dari memulas telinga Farisya.Kelihatan air mata sudah mula menitis dari kelopak matanya.Cuba ditahan tapi tidak berdaya.Kedengaran esakan kecil dari Farisya.Mak Siah memandangnya dengan penuh kebencian.
“menanggis konon!air mata palsu aje lah.Kau ingat aku kasihan ke tengok kau bila kau menanggis.Kau keluar air mata darah pun aku tak heranlah.Dasar ANAK TAK GUNA!ANAK PEMBAWA MALANG!”templak Mak Siah tanpa belas kasihan.
Maria yang dari tadi menjadi pemerhati hanya tersenyum puas. ‘padan muka kau’ejek Maria dari lirikan matanya, sudah membuatkan Farisya dapat tangkap apa yang terlintas difikiran kakaknya.Dia menahan tanggisnya.
“dah!kau tak payah nak menaggis-nanggis.Dari pada kau menangis macam budak-budak lebih baik kau masak cepat.Aku dengan kakak-kakak kau dah lapar dah ni.Sebelum aku makan kau lebih baik kau siapkan cepat!”Arah Mak Siah sebelum berlalu pergi.Hanya anggukan diberi Farisya.Dia mengelap air mata yang masih bersisa diwajahnya.
Maria yang dari tadi berdiam diri datang mendekati Farisya.Dia tersenyum jahat.
“sedap kena pulas telinga?”sindir Maria sambil ketawa sinis.Farisya hanya mendiamkan diri.Dia cuba menyebokkan diri dengan mengemas dapur yang berselerak. Maria benggang dengan Farisya yang tidak balas pertanyaannya.
“Eh!budak tak guna.Aku tanya kaulah kau bisu ke?tak geti nak jawab”herdik Maria geram.Dia memegang tangan kiri Farisya kasar.Farisya mengerang kesakitan lagi.Kenapalah kakak dengan ibunya benci dekat dia sangat.Apa yang dibuat dia pun tak tahu.Farisya cuba melepaskan pegangan kakanya tapi Maria makin menguatkan pegangannya.
“kak sakit kak!”rayu Farisya dengan esakan yang masih bersisa.Maria tidak mempeduli rayuan adiknya.Bagi dia puas sebab dapat menyakiti adiknya.Tiada belas kasihan langsung.Memang tak ada hati perut.Muka aje lawa.
“Maria cukup!”jerkah Arisa yang baru saja kedapur.Fikirannya mahu menyuruh adik bongsunya membuatkannya air.Tapi tiba-tiba pula ternampak agenda buli-membuli.Maria yang terkejut dengan kehadiran kakaknya pantas melepaskan tangan Farisya.Dia menjengkelkan matanya memandang Farisya.Belum puas rasanya. ‘tunggu kau’desis hatinya.Dia meninggalkan Farisya dan Arisa berdua.Dia menghentakkan kakinya.Tanda protes.
Arisa hanya menghantar jelingan kepada Maria.Memang tak berkenan dia dengan perangai adiknya yang seorang ni.Perangai gedik semacam.Apalah nak jadi?
Arisa merapati Farisya yang masih berdiri kaku di tepi singki.Kelihatan dia cuba menahan kesakitan.Belum hilang sakit yang diberikan ibunya kini kakaknya pula.Teresak-esak Farisya menahan tanggis.
Arisa menghulurkan tisu kepadanya.Dia menyapai tisu itu dari tangan kakak sulungnya.Masih ada lagi manusia yang kasihani dia,walaupun dia tahu kakaknya yang ini juga membencinya.Dia tersenyum tawar melihat Arisa.
“terima kasih”Farisya berbahasa basi. Arisa membuka peti ais lalu di ambilnya jus oren yang baru dibelinya.Tidak diendahkan ucapan Farisya. Sebelum pergi sempat dia menoleh kearah Farisya.
“kau dah siap masak belum?”soal Arisa.Hanya anggukan yang dibalas Farisya.
“Baguslah macam tu.Dah pergi hidangkan cepat.Ibu dah lapar tu.Aku pun dah lapar.Lain kali masak tu cepat sikit kalau tak nak kena marah”Nasihat Arisa walaupun kedengaran seperti satu sindiran.
“Baik kak”balas Farisya lemah.Arisa hanya memandang Farisya sekilas sebelum pergi.Tiada senyuman diwajahnya.Farisya mengeluh.
****************************
“Risya!tolong Mak Jah boleh?”tanya Mak Jah kepada Farisya yang sedang terbongkok-bongkok mengambil barang pencuci.Dia yang terkejut dengan kehadiran Mak Jah boleh pulak terhantuk batang mop habis berselerak semua barang pencuci didalam stor.
Mak Jah sudah ketawa berdekah-dekah.Yang paling kelakarnya boleh pulak batang mob tu ‘landing’ dekat atas kepala Farisya.Terhambur tawa Mak Jah.Tidak disangka pula yang Farisya akan terkejut dengan kehadirannya.Farisya memuncungkan bibirnya sambil mengosok-gosok kepalanya yang derhentak batang mop tadi.Dia terasa pening-pening lalat.
Mak Jah menolongnya mengosok-gosok kepalanya yang sakit.Siap dijampi-jampi.Sebijik macam budak-budak baru lepas jatuh.Mak Jah!Mak Jah!kenapa lah bukan kau yang jadi ibu si Farisya ni.Farisya tersenyum manja. ‘sayang juga mak cik ni dekat aku’omel Farisya dalam hati.
“Mak Jah nak minta tolong apa tadi dekat Risya?”soal Farisya selepas kepala otaknya sudah kembali stabil.Benggal juga kepalanya selepas dihentak batang Mop tadi.Walaupun kecik tapi sakit woo..
“Mak Jah nak minta tolong kamu,tolong bersihkan bilik Tengku Danial.Mak Jah ada hal lah yang nak kena buat.Boleh ye?”Balas Mak Jah meminta tolong.Kening Farisya terjongket.
“Siapa Tengku Haikal,Mak Jah?”tanya Farisya.Pelik dia sebab dah dekat 2bulan dia bekerja di syarikat T&S HOLDING.Tak pernah pula dia jumpa manusia yang bernama Tengku Danial.Pernahlah dia dengar desas desus pekerja-pekerja perempuan cerita pasal lelaki tu semasa membersihkan tempat penyambut tetamu,kadang-kadang dalam bilik air pun ada.Cerita tentang lelaki ni kacaklah,bijaklah,bergayalah itulah inilah.Naik cair telinga dia bila dengar pekerja-pekerja memuji lelaki itu tetapi masih tidak dijumpainya.Bagus sangat ke?
“Anak Bos tulah.Yang kamu selalu gaduh tu”kata Mak Jah membuatkan Farisya terbatuk kecil. ‘Babun tu ke Tengku Haikal?kenapa nama sedap tapi orangnya?yaallah!!’umpat Farisya dalam hati.Dia menepuk kedua-dua pipinya perlahan.Tak percaya.
“tak naklah Mak Jah”balas Farisya.Dia menggeleng-gelengkan kepalanya berkali-kali.Mak Jah yang muka penuh harapan tadi sudah monyok.Merajuk konon!
“ala..bolehlah Risya”pujuk Mak Jah.Dia membuat muka sedih.Farisya mengeluh.Dia menganggukan kepalanya.Mak Jah sudah tersenyum.Pandai juga orang tua ni memujuk.Tak sangka!
*********************
“hai..lah Mak Jah!nasib baiklah aku sayang kan kau kalau tak memang aku tak hinggin masuk bilik babun ni,bersihkan bilik dia ni..Menyampah gila aku!eiii…”bebel Farisya sambil ralit tangannya menyusun majalah-majalah yang berselerak diatas meja tetamu.Kemudian dia mengambil penyapu dan menyapu sampah yang berselerak diatas lantai.Penuh kertas-kertas. ‘Dah macam sarang tikus’kutuk Farisya.Selepas itu,dia menyusun pula meja lelaki tu yang penuh dengan Fail-fail yang tidak disusun.Macam mana dia kerja pun tak tahu.Dasar lelaki.
“fuhh!!siap jugak kerja aku.Nasib baik mamat poyo tu belum masuk ofis lagi.So,tak payahlah aku menghadap batang hidung kemek dia tu”seloroh Farisya sambil melepaskan nafas lega.Dia mengelap peluh yang memercik keluar dari dahinya.Dia tersenyum senang. ‘Pandai juga aku mengemas pejabat mamat ni’puji
Farisya masuk bakul angkat sendiri.Dia tersengih.
Baru saja dia mahu melangkah keluar dari bilik pejabat.Tiba-tiba dia terlanggar seseorang dimuka pintu.
“Aduh!sakitnya dahi aku”omel Farisya sambil mengosok-gosok dahinya yang terhentak dada sasa orang yang dilanggarnya.Dia mengangkat pandangannya untuk melihat gerangan yang melanggarnya.
Dup,dap,dup,dap..Tiba-tiba jantung Farisya berdegup laju.Dia terkedu. ‘Malangnya nasib aku’ Farisya menelan air liurnya.Kelat.
“Kau buat apa kat sini hah!perempuan?”sergah Tengku Danial. Zappp!termasuk kepala si Farisya bila disergah macam tu.Dah rupa kura-kura ketakutan dah.Farisya mengundur kebelakang.
Satu,Dua,Tiga,Empat,Lima..dushh!langkah Farisya terhenti.pergerakannya dihalang oleh meja pejabat lelaki tu.Dia menelan air liurnya payah.Terasa nafasnya tersekat-sekat. ‘kenapa dengan aku ni’soal hati Farisya.Tengku Danial yang mengikuti langkah Farisya yang mengundur ke belakang juga turut berhenti.Nasib baik sempat brek kalau tak mungkin terpeluknya si budak kecik ni.Jarak mereka hanya berapa inci saja.
Tengku Danial memandangnya tajam.Bengis sekali rupa dia.Macam naga nampak mangsa dah rupa.Tengku Danial mengjojolkan matanya memandang Farisya.Membuak-buak kemarahannya.
“wei..aku cakap dengan kaulah”Tengku Danial memetik-metik jarinya didepan muka Farisya.Dia tersentak.Cuba melawan perasaannya.Dia memandang muka Tengku Danial dengan riak tenang.Padahal,dalam hati hanya tuhan saja yang tahu.Farisya menarik nafas dalam-dalam.
“aku bersihkan bilik kaulah tak nampak ke apa yang aku pegang ni”balas Farisya sambil mengangkat tangannya yang penuh dengan penyapu,bulu ayam,kain lap dan penyembur.Tengku Danial memandangnya sinis.
“mana makcik yang selalu bersihkan bilik aku ni?soal Tengku Danial.Dia masih berdiri betul-betul bertentangan dengan Farisya.Tidak berganjak walau sedikit.
“Mak Jah ada hal sikit tu yang dia suruh aku gantikan dia”balas Farisya selamba.Dia menarik nafasnya dalam-dalam cuba mencari kekuatan.Bau minyak wangi lelaki ni betul-betul mengocak jiwanya.Dia cuba mencari ruang untuk melepaskan diri.Dia memandang kekiri kemudian kekanan.Dia mengeluh.Tiada ruang untuknya melepaskan diri.
“kau jangan nak tipulah,kau sengaja aje kan nak masuk bilik aku sebab nak sabotaj aku betul tak?”syak Tengku Danial tanpa soal selidik.Terjongket kening Farisya. ‘aku pulak’
“eh!pakcik..kalau nak cakap tu tolong tengok trafik light okey!jangan suka jiwa kau aje nak tuduh-tuduh aku.Tak ada masa lah aku nak botaj-botaj kau ni buang masa aku aje.kalo aku nak botaj kau tak adalah aku tolong bersihkan bilik kau yang macam sarang tikus ni.Fikirlah!”marah Farisya suka hati dia saja menukar perkataan sabotaj kepada botaj.Geram dia dengan tuduhan Tengku Danial yang tidak bernas tu.
Tengku Danial mendengus kasar.
‘perempuan ni memang betul-betul menguji kesabaran aku,satu-satu hal dia buat dekat aku.memang betul-betul budak kampunglah”Tengku Danial mengetap giginya.Geram.
“aku tak suruh pun kau bersihkan bilik aku”perli Tengku Danial.Dia ketawa kecil. Farisya mengetap bibir.
“suka jiwa kaulah!”Farisya menolak badan Tengku Danial kebelakang sedikit untuk memberi ruang kepadanya melepaskan diri.
“tunggu kejap”Tengku Danial menarik tangan Farisya.Farisya terkedu dengan tindakan drastik Tengku Danial yang pegang tangannya tiba-tiba.
salam dik..kenapa ek..kakak kakak nya suka membuli Farisya..kalo emak dia membenci dirinya akak mengertilah sebab dia yg menyebabkan ayahnya meninggal dunia..
ReplyDeleteTidakkah dia perlu memberontak dari membiarkan dirinya dihina oleh ibunya sendiri..dan dibuli oleh kakak kakaknya..
kenapa tengku tu pulak macm membenci minah tu..adakah disebabkan rentetan rentetan peristiwa yg berlaku antara mereka berdua menyebabkan sikapnya begitu..
wasalam..kakak dia benci dia sama mcm mak dia orang sbb bg dia orang farisya penybb bapak dia orang mati..apa yg akk fikirkan psal tengku danial betul lah tu..
Deletehehe