meh!follow saya

Wednesday, 28 November 2012

Putera Yang Aku Cari


PUTERA YANG AKU CARI

By:Lela

      Dear Diary,
Setiap manusia mempunyai impian,begitu juga aku.Ada yang impikan untuk menjadi cantik,kurus,kaya,bahagia.Aku juga mempunyai impian.Impian aku ialah mencari teman hidup yang baik,kacak juga gentleman yang mampu memberikan aku kebahagiaan yang selalu aku gelar Prince Charming.Aku dah cukup kaya dan kehidupan aku dah cukup mewah jika aku inginkan kekayaan.Wajahku dah cukup cantik jika aku mahukan kecantikan.Kurus apatah lagi.Bahagia?mungkin aku bahagia bersama keluarga aku tapi itu tidak sama jika bersama orang yang kita sayangi dan cintai.Betul tak?Sekarang umurku dah genap 25 tahun.Bonda tak habis-habis mengesaku menyuruh berkahwin.Naik cair taik telinga aku mendengar bebelannya.Alasanku tetap sama,Aku mahu mencari Princes Charming aku barulah aku akan berkahwin!

kakak,bonda panggil tu”ketukan dipintu bilikku mengejutkan aku yang sedang leka menulis diari.Pasti adik kesayangan aku yang sedang menganggu.Tidak lain tidak bukan mesti bonda yang menyuruhnya memanggilku.Apa lagilah agaknya yang bonda mahukan.Aku mengeluh.

“sekejap lagi kakak turun,cakap dengan bonda”balasku.Pantas tanganku memasukkan dairi kesayangan aku didalam laci.

“bonda!bonda!apalah yang dirancang oleh mu?”desisku.Perlahan kakiku melangkah menuju kebahagian bawah.Terdengar gelak ketawa bonda yang begitu kuat.Apakah yang membuat bonda begitu gembira?Suasana begitu riuh.Hatiku tidak tenang.Dengan siapa bonda sedang berbual?

“assalammualaikum”sapaku kepada mereka yang sedang rancak berbual.Mereka semua tertoleh kepadaku.Mataku tertacap pada satu wajah yang aku benci selama ini.ADAKAH?

“NO!bonda Ella tak mahu”jerit ku didalam bilik.Aku memeluk bantal peluk ku erat.Tanda protes.Selepas kejadian yang berlaku sebentar tadi.Jiwa aku betul-betul celaru.Ada ke patut bonda menyuruh aku berkahwin dengan lelaki buaya darat seperti Nukhman Hakim.Tidak!tidak akan pernah.Dia antara lelaki yang telah aku black listkan dalam senarai bakal suamiku yang tidak akan pernah ada dalam senarai hidup aku.Tak Akan!

“but why?”soal bonda.Dia merenungku tajam.Mungkin geram dengan perangai aku yang tiba-tiba berlari masuk kedalam bilik selepas dia memperkenalkan lelaki yang berada didepannya adalah bakal suami aku.Dia mungkin malu dengan keluarga Datin Rosmah dengan perangai aku yang tidak ada adab sopan langsung.Tapi semua itu tidak penting bagi aku.Jika aku tidak suka aku tidak akan berpura-pura.Aku bukan perempuan hipokrik.Aku mencebik.

“Dia playboy kalau bonda nak tahu.Dia tu kaki kikis harta orang.Dasar pisau cukur versi jantan”aku mendengus.Dasar lelaki perasan bagus.

“tapi Ella dia boleh berubahkan.Bonda dah janji dengan Datin Rosmah untuk menyatukan kamu berdua”ujar bonda cuba memujukku.Dia pun pada mulanya terkejut tapi mengenangkan yang dia sudah berjanji dengan Datin Rosmah dia tetap berfikiran positif.Alahai!bonda sanggupkah kamu melihat anakmu menderita bersama lelaki seperti itu.Aku mendengus.

“no!titik!”aku tetap berkeras dengan jawapan aku.Tidak kiralah apa yang telah bonda janjikan aku tidak perduli.Siapa suruh berjanji dulu tanpa persetujuan aku.Melihat senyuman lelaki  itu membuat aku meluat.Rasa nak muntah saja dekat muka dia.Baru padan muka.

“tapi Ella..”

“Bonda,bukan ke Ella dah cakap dekat bonda yang Ella akan cari calon suami Ella sendiri.Satu hari Ella akan bawa dia dan tunjukkan kepada Bonda.”potongku.Wajah bonda berubah suram.

“betul tu bonda,sekarang zaman moden bonda.Bukan seperti zaman bonda dulu.Kami ada hak untuk memilih pasangan kami.Laura harap bonda faham”adik kesayangan aku sudah muncul menyokongku.Satu kenyitan diberiku tanda ucapan terima kasih.Dia membalas kenyitan aku.Puteri Laura merupakan adik perempuanku.Dia muda 5tahun dariku.Tapi fikiran dia lebih matang dariku sehinggakan orang menyangka dia kakak dan aku adik.Bagus juga.Dapat aku jadi awek muda.haha.

“baiklah kalau itu yang kamu mahu.Tapi ingat tempoh yang bonda berikan pada kamu tinggal beberapa bulan saja.Kalau kamu tidak dapat tepati janji kamu bonda tetap dengan keputusan bonda”tegas kata-kata bonda.Walaupun wajahnya dan perwatakannya lembut tapi bila keadaan yang memaksa dia akan berkeras.Maklumlah sejak kematian ayahanda dialah ibu dia jugalah ayah.Segala urusan keluarga dan Syarikat dia yang uruskan.Dia sememangnya bonda yang tabah.Aku bangga mempunyai Bonda sepertinya.Hanya anggukan dibalas aku.

“macam mana dah jumpa belum?”soal Laura kepadaku selepas bonda berlalu pergi.

“belum”Aku mengeluh.

“dah nak habis tempoh yang bonda beri kak!”

“tahu”aku menuju ke laci dimana aku menyimpan dairi aku dan juga barang yang betul-betul istimewa padaku.Sapu tangan bercorak mahkota dan tertulis nama ‘P.HAMKA’.Nama lelaki yang telah menyelamatkan nyawan aku dari orang yang cuba merompakku semasa aku baru saja pulang dari tempat kerja.Kejadian itu betul-betul membuatkan aku trauma untuk pulang malam.Tak akan pernah lagi.

“Hamka!sedap nama diakan kak?mesti kacak orangnya”Laura sudah berada disisiku.Sapu tangan beralih tangan.Dia membelek-belek sapu tangan tersebut.Cantik!desisnya.Cara sulamannya betul-betul kemas.Mesti mahal.Anak orang kaya ke?Entahlah.Aku sendiri tidak tahu.Selepas dia menyelamatkan aku dia terus pergi tanpa aku sempat mengucapkan terima kasih.Wajahnya pun aku tidak sempat melihat sebab suasana pada waktu itu sangat gelap.Adakah aku akan berjumpa dengannya lagi.


                                                ***********************************

“Lima bulan lagi”aku mengeluh.Kalendar ditangan digengam.Geram.Sampai sekarang aku masih tak jumpa ‘Princes Charming’ aku tu.Bonda pula asyik bertanyakan pada aku bila nak bawa lelaki itu.Tertekan.

“Masuk!”ujarku selepas kedengaran ketukan diluar pintu bilikku.Kelihatan setiausahaku tersenyum mesra kepadaku.

“Ada apa Misha?”soalku.

“Cik Puteri tak jumpa klien ke hari ni?”soalnya.Aku tersentak.Mampus!aku dah lupa yang aku kena jumpa klien hari ni.Itulah berangan lagi.Mengelabah aku mencari fail-fail yang perlu aku bawa.Setiausahaku hanya menggelengkan kepala.Dah faham sangat dengan perangaiku yang mudah mengelabah.

“Ni failnya Cik Puteri”Dia menghulurkan sebuah fail kepadaku.Satu senggihan dihadiahkan aku.Malu.Depan mata pun tak nampak teruk betul.

“Terima kasih”ucapku segan-segan.Misha hanya tersenyum.Sebelum berlalu keluar dari pejabatku.Aku mengetuk kepalaku.Aduh!sakitlah pula.Aku mengosok pula.

                                                                *************************

“maaf!saya lambat,ada kemalangan sikit  tadi”Ujarku.Ini bukan alasan semata-mata.Nak tahu kenapa, tak pasal-pasal tadi aku terlanggar satu mamat perasan bagus semasa dalam perjalanan datang kesini.Nak saja aku tampar mukanya tapi nasib baik kacak.Sesuka hati dia saja nak sondol bontot kereta aku.Pastu bukan nak minta maaf.Sakit hati betul.Aku tersenggih memandang lelaki yang ada didepanku.Dia turut tersenyum.Geram dihati cuba aku sembunyikan.

“Tak apa,bos saya pun tak sampai lagi.”balasnya sambil mempelawa aku duduk.Aku hanya menganggukkan kepala.

“oh,yeke.Saya fikir saya yang lambat tadi”ujarku sambil tersenggih.Selepas memesan minuman kami berbual sementara menunggu kehadiran bos lelaki yang ada didepan aku ni.Lambat betul.Tak menepati masa langsung.Samalah macam aku.haha.

“maaf lambat”tiba-tiba satu suara menegur kami.Aku menoleh melihat gerangan yang berkata tadi.Encik Latiff turut melakukan perkara yang sama.

“bos!”ujarnya.

“oh my god,Engkau!”aku terjerit kecil.Terasa nak tertanggal jantung aku melihat manusia yang ada didepan aku kini.Betul ke ni?aku menampar-nampar pipiku lembut.

“kenapa cik Cinderella?”soal Encik Latiff.Dia yang tidak tahu apa-apa memandang aku pelik.Jari telunjukku berada betul-betul dihadapan hidung lelaki yang perasan bagus ni.

“Cinderella.Kolot.”katanya Sinis.Hati aku membahang mendengar kata-kata lelaki yang berada didepan aku.Aku mengetap bibir.Jari telunjukku masih terarah kemukanya.

“Biarlah kau peduli apa.”balasku kasar.

“Patutlah kau baling aku kasut tadi.Rupanya teringin nak jadi Puteri Cinderella”perlinya lagi.Aku meramas tanganku.Tunggu masa saja nak melayang dekat muka mangkuk hayun ni.Sabar Cinderella.

“nama aku saja Cinderella tapi bukan Cinderella”herdikku.Apa fikir bila nama Cinderella kehidupan dia pun kena macam tu ke.Kena Mak tiri dengan kakak tiri bagai.Itu bukan akulah.Sebab aku bukan Cinderella.Aku mendengus.Direnungnya lelaki didepanku tajam.

“dah tu kau baling kasut dekat aku kenapa?”

“engkau yang tak ada adab.Dah buat salah tak nak minta maaf.”Aku dah angin satu badan.Lelaki itu tersenyum sinis.Memang lelaki perasan bagus.Ingat lawalah tu.Muka dah sengget dah aku tengok asyik senyum sinis aje.

“kau lagi tak ada adab.Baling aku dengan kasut kau.”balasnya.Wajahnya sudah berubah kelat.Encik Latiff yang berada disitu hanya menyaksikan kelakuan kami.Ingat tonton drama ke?

“kau yang pekak!aku panggil buat bodoh aje.Itulah satu-satunya cara yang paling sesuai untuk kau”balasku tidak mahu mengalah.

“Encik Hamka,kenapa ni?apa yang dah jadi?”Encik Latiff yang senyap dari tadi bersuara.Tersentak aku mendengar nama ‘Hamka’ yang disebut Encik Latiff.Kemarahan aku sudah beransur hilang.Lelaki yang ada didepan aku memandang aku pelik.

‘aikk!budak ni tadi bukan main marah ni tiba-tiba senyap pula kenapa?’desisnya.

“maaf,perbincangan ni kita tangguhkan dulu.Nanti saya suruh pekerja saya yang kendalikan.Saya minta diri dulu”ujarku.Terasa getar didada aku.Aku cuba menahan.Kakiku hayun tanpa henti.Tidak tahu kemana arah tuju aku.Langkahku tetap dihayun.Encik Latiff dan Lelaki yang dipanggil Hamka tadi saling berpandangan.Pelik.


                                                                ******************************

Tok!tok!

“masuk”

“Cik Puteri,ada orang nak jumpa”Misha menonjolkan mukanya disebalik pintu.Kalau betul nak jumpa pun apasal tidak guna interkom untuk bagi tahu.Saja nak menyusahkan diri.

“siapa Misha?”

“katanya kawan Cik Puteri.”

“baiklah suruh dia masuk”balasku yang masih ralit menyiapkan kertas kerja.

“hai dear”aku mengangkat wajah memandang manusia yang sesedap rasa memanggil aku ‘dear’bila pula aku ada kekasih ni.

“dear kau”herdik aku.Geram melihat lelaki yang berada disebalik pintu.Lelaki itu hanya tersenggih.Dia masuk sambil menutup pintu.

“garangnya.Tidak baik tau cakap dengan bakal suami macam tu”bidasnya.Aku mencebik.Loya tekak dengar dia cakap gedik macam tu.Nak godalah tu.Boleh jalan.

“suka hatilah.Kau bukan suami aku.Siapa entah yang malang jadi isteri kau.Lagi satu untuk pengetahuan kau.Aku dah ada kekasih.So,kau tak payahlah nak berangan nak jadi suami aku.Tidak teringin aku nak suami macam kau.Dasar buaya tembaga”

Nukhman Hakim tersenyum.Dia mengambil tempat duduk diruang tetamu.Majalah diatas meja dicapai.Diselaknya satu persatu.

“kau betul ke dah ada kekasih?kau pasti.”soalnya.Matanya masih pada majalah.Aku tersentak.Soalan apakah ini?

“betullah”jawabku bohong.Gusar hatiku dikawal sebaik mungkin.Nampak sangat tak pandai menipu.

“kau tak payah tipu aku Ella.Bonda kau dah cerita dah semuanya pada aku.Kau tak ada kekasih.Kau sekarang sedang mencari Putera Impian kau tu betul tak?”Aku tersentak.Bonda ceritakan segalanya pada dia.Tidak mungkin!

“kau peduli apa?itu bukan masalah kau.”herdikku.Geram dengan lelaki yang suka masuk campur dengan urusan orang.Dasar lelaki perangai makcik-makcik yang suka ambil tahu hal orang lain.Pak joyah betul.Aku mencebik.

“bukan masalah aku”Nukhman ketawa kecil.Tiba-tiba dia memandang aku tajam.Pandangannya mendebarkan jantungku.Takut.

“kau hak aku”tegas kata-katanya.Aku merenungnya.Gila.

“aku dah ada lelaki yang aku suka.Kau jangan kacau hidup aku lagi.Pergilah pada perempuan-perempuan yang kau dah goda tu.Bukan itu ke yang kau suka”Aku berdiri.Tidak tahan dengan perangai lelaki yang bernama Nukhman Hakim ni.Pantas aku menuju kepintu.Terbuka luas pintu aku sekarang.

“kau boleh pergi”arahku tegas.Nukhman melangkah menuju kearahku.Wajahnya hampir dekat denganku.Kakiku undur selangkah kebelakang.

“aku akan pastikan kau tak akan jumpa lelaki tu.Sampai masanya kau milik aku”ugutnya.Jantungku berdebar kencang.Apa yang dia nak lakukan.Tahukah dia siapa lelaki itu.

“What ever!”jerkahku.Kuat aku menolak tubuhnya keluar dari ruangan bilikku.Kuat pintu pejabat aku tutup.Nukhman yang ada dibelakang pintu hanya tersenyum.

                                                                ****************************

“Cik Puteri tak balik lagi?”soal Misha yang tiba-tiba terconggok didepan pintu bilikku.

“Belum lagi Misha,saya ada kerja sikit lagi ni”balasku.Tanganku masih setia menari diatas papan kekunci menaip setiap maklumat.Misha tidak aku pandang.

“Cik Puteri nak air ke?kalau nak saya boleh buatkan”Misha menawarkan diri.Hanya anggukan diberi aku.

‘betul-betul sibuk bos aku ni,sampaikan tak sempat nak tengok aku’desis Misha.Dia berlalu ke pantri.Aku yang terdengar omelannya hanya tersenyum.

“airnya bos”ujar Misha.Aku memandangnya.Satu senyuman manis aku hadiahkan.

“Terima kasih.Kalau awak nak balik dulu pergilah.Saya masih banyak kerja yang nak dibuat ni.Awak tak perlu tunggu saya”ujarku lembut.

“baiklah.Cik Puteri jangan balik lambat sangat.Dah malam ni bahaya”nasihatnya.Aku mengangguk.

“Tahulah saya”balasku.

“Saya balik dulu cik Puteri”ujarnya sebelum berlalu pergi.Hanya senyuman membalas katanya.

“akhirnya siap juga”aku mengeliat.Terasa lengguh segala urat yang ada.Jam ditangan dikerling.Pukul 2 pagi.Aku mengeluh.Patutlah mata rasa berat saja.Nasib baik sempat siap.Tidak pasal ada mesyuarat tergempar esok.Aku pula yang kelang-kabut kena buat proposal.Nasib baiklah aku ni pakar.Aku tersenyum sendirian kelakar apabila memuji diri sendiri.Perasan.

“okey!time to back home.Bantal dan tilam dah sedia menunggu dirumah”ngomelku.Segala kertas-kertas dan fail-fail disusunku ketempatnya.Selepas puas hati dengan kebersihan bilik aku menutup segala lampu yang masih terpasang.

Kaki diatur laju menuju ketempat parking kereta.Masa-masa ni pula aku letak kereta jauh dari biasa.Tiba-tiba aku terdengar derapan kaki seperti mengikut langkahku.Langkah aku terhenti.Aku menoleh.Tiada sesiapa.Hati aku mula rasa tidak selesa.Pantas kakiku atur  semula menuju ketempat letak kereta.Baru saja aku mahu membuka pintu kereta aku terasa seperti ada satu tangan kasar sedang menutup mulutku.

“tolong!”jeritku.Tapi tidak kedengaran sebab mulutku ditutup kuat.Sesak nafas aku dibuatnya.Aku beristighfar dalam hati mencari kekuatan.Aku memijak kakinya.Kuat.Dia mengerang kesakitan.Tubuhku dilepas.Aku lari selaju mungkin.

“Tolong!tolong!”jeritku sambil berlari ke satu kawasan sunyi.Tiba-tiba terasa tanganku disambar seseorang.Terdorong aku kebelakang.Terbeliak mataku melihat lelaki itu yang hanya memakai topeng hitam.Matanya kelihatan kemerah-merahan.Tubuh aku mengigil.

‘yaallah,tidak ada sesiapakah yang boleh membantuku.Lindungilah hambamu ini yaallah.’doaku dalam hati.Terasa tangan kasar menarik rambutku.Aku yang terduduk berdiri semula menahan sakit.

“Encik tolonglah lepaskan saya,kalau encik nak duit Encik ambillah tapi tolong.Jangan apa-apakan saya.Saya belum kahwin lagi”rayuku.Tanganku mengigil.Air mata mengalir deras.

“Hoi,Kau buat apa tu hah”jerit satu suara dari belakang aku.Rambutku dilepaskan.Aku mengucap kesyukuran.Akhirnya,ada juga manusia yang datang menyelamatkan aku. ‘Terima kasih yaallah’

Perompak itu cuba menyerang lelaki itu tapi sempat dielak.Kemudian lelaki itu memberikan satu tumbukan diperutnya.Satu persatu tumbukan diberi lelaki itu.Akhirnya lelaki itu rebah.Aku terduduk kaku.Tubuhku terasa mengigil.Mukaku pucat tiada darah.Lelaki itu menghampiri aku.

“awak okey?”soalnya.Hanya anggukan dibalas aku.Lidah aku betul-betul kelu.

“saya rasa lebih baik awak balik sekarang.Waktu macam ni memang bahaya untuk gadis seperti awak yang masih belum berkahwin”ujar lelaki itu.Ada nada peril dihujungnya.Aku tersentak.Dia dengar ke masa aku pujuk perompak tadi.Malunya.

“saya pergi dulu”

Belum sempat aku mengucapkan terima kasih dia sudah hilang bersama perompak tadi.Aku mengeluh.Tidak sempat nak tanya nama.Wajahnya pun aku tak tahu.Mataku terarah pada suatu barang yang aku rasa bukan kepunyaan aku.Pantas aku mengambilnya.Sapu tangan yang cantik sulamannya.Aku tersenyum.Aku akan mencari tuan empunya dan akan aku cari Putera impian aku ini.

“kakak!teringgat dekat dia lagi ke?”teguran Laura menyedarkan aku dari lamunan.Aku hanya menghadiahkan dia senyuman.Tetapi kelat.Dia menghampiri aku yang sedang duduk dibirai katil.

“kakak sabar okey.Laura pasti kalau jodoh kakak dengan dia pasti suatu hari kakak akan berjumpa dengan dia juga.Laura yakin itu”Dia mengusap bahuku lembut.Memberi aku sedikit kekuatan.Dia menyandarkan kepalanya dibahuku.

“Adik tak sabar nak ada abang ipar.Asyik main sorang-sorang saja.Tidak boleh kongsi hobi.Kakak Ella dengan kak Laura perempuan lepas itu sibuk memanjang tak ada masa untuk adik”sampuk Adik bongsuku Putera Khairy.Dia merupakan satu-satunya adik lelaki kami dan juga satu-satunya lelaki didalam rumah kami sejak kematian ayahanda.Nama kami diberi oleh arwah ayahanda kerana kami mempunyai darah keturunan diraja.Ayahanda merupakan adik bongsu putera mahkota.Tetapi ayahanda lebih selesa dengan kehidupan yang sederhana.Walaupun begitu,Keluarga ayah tetap berhubungan dengan kami walaupun ayahanda telah lama pergi.
Aku tersenyum melihat adikku yang sudah muncung.Tubuhnya disandarkan dipintu.Umurnya sekarang sudah mencecah 16 tahun.Dia seorang yang manja.Maklumlah anak bongsu.Aku menyuruhnya duduk disebelah kiri ku kerana Laura sudah duduk disebelah kanan.Kini aku dihimpit oleh dua orang adik yang aku sangat sayangi.

“kalau adik nak abang.Doakanlah kakak semoga cepat dapat suami.Jangan lupa doakan kak Laura sekali”gurauku.Laura yang ada disebelahku tersentak.

“kakak ni.Laura belum nak kahwinlah”balasnya.Dia mencebik.

“iyalah tu.”sampuk Khairy.

“betullah”

“yang main mesej 24 jam tu,pastu bila call panggil sayang-sayang tu siapa?tak gatal nak kahwin ke tu”perli Khairy.Saja mahu menyakat kakaknya.Laura mengetap gigi.Khairy pula sudah ketawa berdekah-dekah disebelahku.Siap berguling-guling.

“kaukan memang nak kena”Laura berdiri.Dia menghampiri Khairy.Pantas tangannya mengeletek Khairy.Ketawa berdekah-dekah budak itu dibuatnya yang cuba mengelak.Aku turut sama mengeletek mereka.Kami sama-sama ketawa.Bonda yang baru sampai tersenyum senang melihat keletah kami yang saling geletek mengeletek diatas katil.Aku perasan ada air mata yang jatuh dari kelopak mata bonda.Mungkin dia rindukan arwah ayahanda.

                                                ********************

“untuk awak”

Sejambak bunga dihulurkan kepada aku.Aku memandang tanpa menyambut.Tidak berminat.

“sombong”Hamka mendengus.Dia mengambil tempat duduknya didepan aku.Aku berpaling.Menyampah.

“maaf pasal hari itu”ujarnya.Aku masih berdiam.

“Puteri Cinderella”panggilnya.Aku berpaling.Wajahnya direnung aku.Tajam.

“buat apa awak nak sebut-sebut nama yang kolot tu”marahku.Kata nama aku kolot.Tapi siap sebut nama penuh lagi.

“maaflah,saya tidak sengaja masa tu.Saya marah sangat bila awak baling saya dengan kasut.”ujarnya lembut.Aku mencebik.Lelaki.

“mana kasut saya”soalku mengubah topik.Pagi-pagi telefon aku ajak jumpa.Alasan nak pulang balik kasut aku.Dalam hati malas nak jumpa.Tapi disebabkan kasut itu perberian arwah ayahanda terpaksa juga aku menghadirkan diri walaupun hati tak rela.Disebabkan dia mengambil kasut aku terpaksa aku berjalan berkaki ayam mencari kedai kasut sebelum berjumpa dengan Encik Latiff kelmarin.Dah macam orang tak betul dah masa itu.Aku mendengus.

“ingat juga awak dekat kasut awakkan.Saya fikir awak dah tak nak.Baru saya fikir nak derma dekat rumah kebajikan”sakatnya.Kedengaran dia ketawa kecil.Aku hanya merenungnya tajam.Tidak berminat mahu ketawa bersama.

“mestilah kasut tu arwah ayahanda saya yang bagi.Mestilah sayang”balasku.Air jus lobak susu disedutku.

“oh,yeke?kalau sayang kenapa main campak-campak?”soalnya.Dia tertawa kecil lagi apabila melihat mukaku yang kelat.

“dah orang tu pekak badak sangat tu yang baling kasut tu”ujarku tidak mahu mengalah.Itulah rutin harian kami bila berjumpa selalu asyik nak bertekak.Tapi diluar sajalah.Bila berkaitan hal kerja kami serius.

“Nah!kasut kesayangan awak.Cantik.Sesuai untuk gadis seperti awak”Hamka menghulurkan sebuah beg kertas kepadaku.Hulurannya aku sambut.Tapi kata-katanya tidak menusuk kejantungku.Biasalah lelaki ayat manis kalau nak mengurat.Fikirku.

“Saya nak tanya sikit boleh?”

“apa dia?”

“awak pernah nak kena rompakkan satu masa dahulu”

Aku yang baru saja mahu mengambil kasut didalam beg kertas tersebut terhenti.Macam mana dia tahu.Tak akanlah.

“How?..”

“Ella,bonda awak pengsan.Kenapa saya call awak tak angkat”tiba-tiba Nukhman datang dengan nafas tercunggap-cunggap.Aku yang terkejut pantas berdiri.

“dekat mana?”soalku.Pantas tanganku mencapai beg tangan diatas kerusi.Terlupa aku pada lelaki yang ada didepan aku.Aku meninggalkan dia tanpa bertanyakan hal yang sebenar.Nukhman yang masih disitu hanya tersenyum licik.Dia akan lakukan apa saja untuk mendapatkan Puteri Cinderellanya.Hamka dipandang sinis.

“sorry bro his mine”ujar Nukhman sebelum berlalu pergi.Hamka menarik nafas.Dalam.Dia dapat merasakan yang lelaki tu sedang merencanakan sesuatu.


                                                *****************************

“bonda!bonda!”panggilku untuk menyedarkan bonda yang terbaring kaku diatas katil.Masuk saja aku kedalam biliknya jantung aku rasa seperti gugur dari tubuh aku bila melihat bonda terbaring kaku.Apakah yang dah jadi?

“Ella syukurlah kamu selamat..”perlahan saja suara bonda.Aku merapatinya.Tangannya digengam aku erat.Laura dan Khairy berada dibelakang ku.

“macam mana boleh jadi macam ni bonda?”soalku.

“bonda dapat satu panggilan mengatakan kakak kemalangan.Itu pasallah bonda pengsan”jawab Khairy bagi pihak bonda.Semasa itu dia turut ada semasa mendengar khabar berita itu.

“Siapa yang dengki sangat dengan kakak sampai buat macam tu.Tak guna”api kemarahan aku memuncak tinggi.Kalau aku tahu siapa orangnya memang aku siat-siat kulit dia lepastu salai bagi anjing makan.

“tak tahulah kakak.Mungkin ada yang tidak puas hati dengan kakak”balas Laura pula.Dia memegang bahuku lembut.Nukhman yang sedang menyandarkan tubuhnya didinding berasa tidak selesa.Dia menghilangkan diri disebalik pintu.Mungkin balik.Khairy yang perasan perangai Nukhman yang pelik hanya memandang kelibat lelaki itu berlalu pergi.


                                                                ****************************

“Engkaukan yang rencana semuanya”herdik Hamka.Tubuhnya terasa lemah selepas dibelasah oleh pengikut-pengikut Nukhman.Lelaki itu hanya tersenyum.

“memang aku yang rancang semuanya.Aku yang rancang merompak Ella supaya aku boleh menyelamatkannya tapi kau.Engkau dah musnahkan segalanya.Sepatutnya aku yang jadi putera impian dia bukan kau.”jerkah Nukhman.Dia menumbuk perut Hamka bertalu-talu.

“bonda dia pengsan pun sebab aku.Aku yang telefon bonda dia katakan Cinderella kemalangan.Aku tahu bondanya pasti akan pengsan sebab bondanya amat sayangkan anak-anaknya.Pandaikan aku”Nukhman masuk bakul angkat sendiri.Dia kini sudah dikuasai hasutan syaitan.Dia ketawa lagi.Aku tersentak.Aku dan keluargaku bersembunyi disebalik lorong yang jauh sedikit dari mereka tapi masih dengar perbualan mereka.Kebetulan Khairy terdengar perbualan Nukhman semasa dia sedang berbual ditelefon.Dia mendengar yang Nukhman cuba merancangkan sesuatu.Pantas dia member tahuku.Tapi aku terlambat sedikit kerana Hamka akhirnya termasuk perangkap dia.

Hamka memandang Nukhman tajam.Tubuhnya lemah.Tidak sangka dia boleh termasuk perangkap Nukhman.Petang tadi dia mendapat panggilan daripada Nukhman mengatakan bahawa  Puteri Cinderella ada bersamanya dan jika dia tidak datang Cinderella akan mati.Tapi tak sangka semua adalah rancangan untuk memusnahkannya.Dia memang dah tahu siapa punya angkara sebab dia pernah ternampak Nukhman berjumpa dengan seorang lelaki yang mencurigakan.Dia sangat kenal dengan Nukhman lelaki yang sanggup lakukan apa saja untuk mendapatkan apa yang dia inginkan.Termasuklah sanggup membunuh.Nukhman merupakan musuh ketatnya sejak dari zaman persekolahan.Dia sanggup mengekori lelaki mencurigakan itu untuk mengetahui apa yang ingin dilakukan.Tapi tak sangka dia boleh jatuh cinta pada perempuan yang menjadi mangsa Nukhman.Sebab itu jugalah dia cuba menyelamatkan Cinderella.

“kau memang jantan tak guna Nukhman!”jerit Hamka.Nafasnya turun naik menahan marah.Nukhman ketawa kuat.Pengikutnya turut melakukan perkara yang sama.Lorong yang gelap itu diriuhkan oleh gelak tawa mereka.

“kau tu jantan tak guna.Selalu menjadi penyibuk dalam urusan aku.Ella tu hak aku bukan kau.kau..kau..tahu tak aku sanggup menolak pelawaan untuk bekerja diluar Negara semata-mata nak dapatkan dia.Tapi kau senang-senang musnahkan segalanya.”Nukhman menarik rambut Hamka kasar.Hamka cuba melawan.Tetapi pengikut-pengikut Nukhman lebih pantas bertindak.Hamka terbaring lemah.Darah mengalir keluar dari mulutnya.Aku yang tidak tahan melihat Hamka dipukul mengigit bibir.Laura cuba menahanku supaya bersabar.Air mata mula membasahi pipiku.Tidak dapat aku bendungkan lagi perasaan aku ini.

“LOSER”Kedengaran Hamka bersuara.Dia masih tidak mahu mengalah.Dia gagahkan juga tubuhnya untuk bangun.Aku menarik nafas lega.

“Apa kau cakap?”

“aku cakap kau LOSER!sanggup gunakan kekerasan untuk memiliki sesuatu.Kau bukan jantan.Kau penakut.”jerkah Hamka.Dia ketawa sinis.Nukhman panas telinga mendengar kata-kata Hamka.Pisau ditangan pengikutnya dirampas.Dia berlari menuju kearah Hamka.Pantas aku berlari menuju kearah Hamka.Aku memeluknya.

“Cinderella!!”

“kakak!!”

Semua berlari mendapatkan aku yang terbaring kaku diriba  Hamka.Nukhman yang terkejut dengan tindakannya cuba melarikan diri.

“jangan gerak saya polis”Larian Nukhman dan pengikutnya terhenti.Mereka sudah dikepung polis.Nukhman menoleh kebelakang melihat aku yang kaku berlumuran darah.Penyesalan mula kuasai diri.Dia betul-betul tidak sangka aku sanggup mengadaikan nyawaku demi lelaki bernama Hamka.Bermacam cara dia lakukan agar aku tidak akan bertemu dengan Putera Impianku.Tapi takdir tuhan siapa tahu.Nukhman mengalah.Betul kata Hamka dia bukan lelaki.Sebab lelaki tidak akan lakukan kekerasan untuk memiliki sesuatu.Dia memang pengecut.

                                                                *************************

“awak tak apa-apa?”Soal Hamka kepadaku.Mukanya kelihatan kusut sekali.Mungkin risau dengan keadaanku.Mukanya dipenuhi lebam-lebam.Kepalanya pula dibalut kemas.Dia tersenyum mesra kepadaku.

“saya okey”balasku lemah.Aku cuba bangun tapi dihalang.

“kakak nak kemana?”soal Laura.

“balik”ujarku lurus.Mereka semua tersenyum.

“kakak bukan ke masih sakit.Tak akan dah nak balik”Khairy merapati kami.Dia yang baru datang bersama bonda tersenyum.

“betul tu Ella.Kamu masih tak sihat lagi.”sampuk bonda.Dia menyedok satu mangkuk bubur untuk diberikan kepadaku.Tapi Hamka meminta izin untuk menyuapku.Bonda mengizinkan.Dia tersenyum senang.

“ish..awak ni seganlah saya.Bonda dengan adik beradik sayakan ada ni”marahku.Malu.wajahku kemerah-merahan.

“alah,apa yang nak disegankan.Hamka tu kan bakal suami kamu”bidas bonda.Hamka hanya mengangguk.Pengampu.Sejak bila entah dia ni rapat dengan bonda sehinggakan sanggup mempertahankan dia.Aku mencebik.

“betul tu kakak apa yang nak dimalukan”Khairy pula bersuara.

“dahlah bonda,Khairy jom kita keluar dulu.Kita kasi pasangan dua sejoli ni memutik kasih sayang kejap.Laura lapar ni jom teman makan”Laura tersenyum nakal kepadaku.Sempat dia mengeyitkan matanya pada Hamka.Amboi!lawan toke.Aku hanya tersenyum.

“alah,kak Laura makanlah seorang.Khairy baru nak tengok drama ni”jawab Khairy.Satu sekehan dihadiahkan Laura.Mengaduh kesakitan dia dibuatnya.Kami semua ketawa.Khairy pula tersengih sambil mengosok kepalanya yang sakit.

“tidak sangka”ujarku memecah kesunyian selepas mereka semua berlalu meninggalkan kami.Kini tinggal aku dengan Hamka.

“apa yang tidak disangkanya?”soalnya sambil menyuakan sudu berisi bubur kepadaku.Mulutku dingangakan.

“awak putera impian yang saya cari”

“awak pasti?”Keningku terjongket.

“soalan apakah ini?”soalku pula.

“yela,awak pasti saya putera impian yang awak cari?”Aku menganggukan kepalaku berulang kali.

“macam mana awak tahu?”

“saya dah dengar segala-galanya.”Aku merenung wajah Hamka yang masih bersahaja.Tangannya masih sibuk mahu menyuapkan aku.Aku menahan tangannya.

“Hamka!”panggilku lembut.Dia tersenyum.

“kita kahwin”Tersedak aku mendengar kata-kata Hamka.Ni betul-betul ke gurauan.Tak akan dia melamar aku macam ni.Tak romantik langsung.Hamka menghulurkan air kepadaku.

“tak kelakarlah Hamka.”marahku.

“saya tak buat lawaklah awak”wajahnya serius.Dia meletakkan mangkuk diatas meja.Tanganku diramasnya.Kemudian dihalakan kebibirnya.

“Puteri Cinderella,sudikah kamu menjadi teman hidup kepada Putera Hamka?”lamar Hamka kepadaku.Wajahku terasa panas.Air mata mengalir laju dari kelopak mataku.Hamka menyeka air mataku.Aku tersentak.

“putera?”soalku terkejut.

“yup,sapu tangan yang awak ambil itukan tertera nama ‘P.Hamka’ tidak ke awak tahu?”soalnya pula.

“awak..”

“ye,saya pun ada darah keturunan juga bukan awak seorang saja”balasnya.Pipiku dicubit.Selepas lama menyepi dia menjongketkan keningnya.

“kenapa?”soalku pelik.

“adakah air mata ni jawapannya ya”guraunya.Aku ketawa kecil.Hanya anggukan diberi.

“yehhhh!!kakak dah nak kahwin dapatlah Khairy kawan”jerit Khairy disebalik pintu.Dia datang menghampiri aku lalu memeluk tubuhku.Aku terkaku.Apakah?

“kami dah dengar”ujar Laura kelihatan Bonda ada bersamanya hanya tersenggih.Sukalah tu dapat menantu.Kacak lagi.Aku mengigit bibir.Malu.Rupa-rupanya mereka semua bukannya pergi makan tapi mengintai aku.Kurang asam jawa betul.

“Tahniah kak”ucap Laura.Dia memeluk tubuhku.Bonda turut melakukan perkara yang sama.Aku memandang Hamka yang sedang melayan keletah Khairy.Suka betul adik bongsuku sebab dapat abang ipar.Mata kami bertaup.Jantung aku berdebar hebat.Pantas aku mengalihkan pandangan.Hamka yang perasan hanya ketawa kecil.

*************************

Dear dairy,
Akhirnya,aku berjaya menemui Princes Charming yang selama ini aku cari.Tidak aku sangka lelaki yang selalu aku menyampah dan suka mencari gaduh rupa-rupanya lelaki yang aku cari selama ini dan aku cintai kini.Pertemuan kami semuanya berlaku dalam kemalangan.Tapi akhirnya membawa kepada kebahagiaan.Aku harap sangat yang hubungan ini akan berlanjutan sehingga keakhir hayat kami.Doakanlah kebahagiaan kami.Semoga allah merahmati hubungan kami.AMIN.

Sayang buat apa tu?”soal Hamka.Aku menoleh.Di tangannya terdapat sebiji gelas yang sederhana besar.Ni mesti tak lain tak bukan air susu untuk aku.Aku mengeluh.Dairi disimpan ditempatnya.

“susu lagi”soalku.Hulurannya tidak disambutku.Dia perasan riak mukaku yang bosan.Dia duduk disisiku.

“mestilah susu lagi.Inikan baik untuk kandungan sayang dan baik untuk baby juga sayang”pujuknya.

“Ella tak sayang dekat baby  yang ada dekat dalam ni ke?”soal Hamka sambil mengusap perutku yang semakin membesar.Aku tersenyum mesra.Dia mendekatkan telinganya keperutku.Aku mengusap kepalanya.

“sayang abang dapat dengarlah baby kita cakap”keningku terjongket keatas.Tak betul ke suami aku ni.

“Dia cakap apa?”soalku.Saja melayan perangai suamiku yang kadang-kadang mencuit hati.

“Dia cakap mama nak susu.Saya dah lapar ni.Sampai hati mama bagi saya lapar”Hamka berkata sambil membuat muka sedih.Aku ketawa kecil.Suamiku ni kadang-kadang perangai macam budak-budak.Selepas dipujuknya,akhirnya aku mengalah.Sebenarnya aku saja nak dia pujuk.Nak perhatian.

“Aduh!”

“kenapa sayang,dah nak beranak ke?”soal Hamka cuak.Kelihatan peluh mula memercik keluar dari wajahnya.Aku ketawa berdekah melihat wajahnya.Dia pula yang terlebih takut.Sepatutnya aku yang takut.Alahai,suami.

“aishh..abang ni kesitu pula.Baru 7 bulan.Belum masa lagilah.”balasku

“Meh!sini tangan.Rasa tak apa-apa?”soalku sambil membawa tangannya keperutku.Dia tersenyum lebar.

“rasa”

“rasa apa?”

“rasa dia tendang-tendang.Ni mesti lelaki”ujarnya ceria.

“macam mana abang tahu?”soalku pelik.

“sebab dia suka tendang”aku menepuk dahiku.Sudah!suami aku ni memang tau.Suka buat andaian sendiri.

“Abang ni macam-macam.”aku menepuk pehanya lembut.Hamka ketawa bahagia.

“terima kasih”ujarku sambil memeluk lengannya mesra.

“Untuk apa?”soalnya.Pelik.

“atas segala-galanya”

“baiklah kasih diterima”balasnya.Aku mengucup bibirnya.lama.Hamka merangkul mesra pinggangku.Kini kami merasakan kebahagiaan milik kami.Akhirnya Puteri Cinderella menemukan Putera Impiannya.
                                                                               THE END

5 comments: