meh!follow saya

Tuesday, 9 April 2013

Memang Kekasihku Minah Brutal !


                        
Oleh:Lela Vanila

     KHAYREENA mundar-mandir dihadapan Salmiah,MakSunya.Untuk kesekian kali dia mengeluh.MakSunya yang duduk dibirai katil hanya termangu merenung lantai.Khayreena menghentikan langkahnya didepan Salmiah.Salmiah mendonggak.Kemudian mereka sama-sama mengeluh.

   “Macam mana ni Mak Su?”

Khayreena mencekak pinggangnya merenung Salmiah yang masih memandang lantai.Jarinya diletakkan dibawah dagu.Otaknya mula berfikir.Macam mana mahu menolong menyelesaikan masalah Si Khayreena ni.Kejap-kejap kepalanya digaru.Kemudian dagunya diketuk berkali-kali.

   “Maksu!Khay cakap dengan MakSu ni..MakSu dengar tak?”

Bahu Salmiah digoncang.Salmiah yang terhangguk-hangguk macam burung belatuk menepis tangan Khayreena yang mengoncang bahunya.Naik pusing kepala dia dibuatnya.Nasib baik tidak tertanggal kepala dibuatnya.Khayreena mendengus apabila tiada respon daripada Salmiah.Dia menarik kerusi dimeja Solek kemudian dipusingkan badan kerusi kedepan.Khayreena duduk terkangkang persis lelaki sambil menongkat dagunya diatas kepala kerusi.Dia merenung Salmiah yang masih sepi.

    ‘Aduhai,MakSu aku ni.Kalau berfikir mahu makan masa satu jam.Agak-agaknya aku dah nikah dengan PakCik Ganyut tu barulah idea dia nak masyuk agaknya’

Khayreena menarik topi yang dipakainya kebawah.Jiwanya betul-betul tertekan.Masakan dia yang baru sahaja nak masuk 20 tahun dipaksa berkahwin dengan lelaki yang sudah berusia  60 tahun.Gila ke apa.Dah pangkat atuk-atuk kot.

   ’Agak-agaklah pun nak carikan aku calon suami’Desis Khayreena.Bibirnya diherotkan.
Disebabkan bapa tirinya yang suka berhutang dia pula yang dipaksa berkahwin untuk menebus segala hutang-hutangnya.Hello!Sorry naik lori.Ini Nur Khayreena Najwa okey.Bukan sebarang gadis tau.Ilmu persilatan tebal didada.Ada yang makan guna paib lepas ni.Sesedap rasa cekodok goreng saja nak suruh dia berkahwin.Dengan lelaki tua pula tu.Macamlah dia ni tiada cita rasa langsung.Perangai sahaja macam lelaki okey tapi hati tetap perempuan tau.Wanita tulen.Hanya perlakuaannya sahaja yang ganas tapi hatinya lembut.

   ‘Nak melawan bapak tiri.Karang aku menjawab kena sebijik.Mati aku.Emak pun satu yang dia pergi setuju tu apahal.Sakit jiwa betullah aku’

Khayreena mengetuk-getuk kepalannya dihujung kepala kerusi.Salmiah yang perasan tindakan gila Khayreena pantas menghalang tindakan Khayreena.Dia menekup dahi Khayreena dengan telapak tangannya.Takut juga dia karang ada pula yang biol budak seorang ni sebab main hentak-hentak kepala dekat kerusi.Entah ikut perangai siapa dia pun tak tahu.Dia mengeleng berkali-kali melihat Khayreena yang sudah masam mencuka.Dahinya berkerut.Keluhan berat diluahkan.Pening kepala dia memikirkan masalah Khayreena ni.Kenapalah mesti dia yang terlibat sama dalam hal ni.Khayreenaa!Khayreena!Kenapa MakSu kau juga yang diheret sama.Jerit hati Salmiah.Pipinya ditekan dengan kedua-dua telapak tangan.

     “Macam mana MakSu?Dah pikirkan ke belum?”

Khayreena mendongakkan kepalanya merenung Salmiah yang berdiri dihadapannya.Mukanya dicebikkan.Salmiah memeluk tubuh sambil menggeleng.Khayreena terlopong.Habislah dia lepas ni.Terpaksa berkahwin dengan orang tua.Tak mahu!

      “Ala...”

Dia menghentak kepalanya untuk kali kedua.Terjerit kecil Salmiah dibuatnya.Dia menarik Khayreena agar berdiri didepannya.Bahu Khayreena dipegang.

     “Don’t Worry my dear.MakSu ada jalannya..”

Khayreena tersenyum lebar mendengar kata-kata MakSunya.Topi yang dipakai dipusingkan kebelakang.Dia turut memegang bahu MakSunya.

    “Macam inilah baru MakSu Khay..”Luah Khayreena sambil menepuk-nepuk bahu Salmiah lembut.

     “Okey.Apa dia rancangan MakSu”Soal Khayreena sambil mengangkat keningnya berkali-kali persis Ziana Zain.Salmiah tersenyum sebelum menarik tangan Khayreena agar rapat dengan dirinya agar tiada orang yang terdengar rancangannnya.Khayreena tersenggih.Dia betul-betul tidak sangka rancangan Salmiah begitu menarik.Kenapalah dia tidak fikir sebelum ini.MakSunya betul-betul hebat.

     “Baguslah idea MakSu..Khay suka”

Ibu jari diangkat.Khayreena mengosok dagunya.Dia tersenyum sengget.Akhirnya dia berjaya meloloskan dirinya daripada menjadi bini yang ketiga kepada Pak Kasim merangkap Pak Tua Ganyut yang tak sedar diri dah nak kiok tu.Ini semua salah bapa tirinya.Suka-suka pinjam duit orang bila dah tak ada duit dia pula yang menjadi mangsanya.Hamba Allah betul.Geram betul Khayreena.

      “Siaplah kau Pak Tua Ganyut.. Memang mati kau esok”Khayreena tersenyum jahat sambil mematah-matahkan tangannya.Penumbuk digemapal.Otaknya ligat memikirkan rancangan MakSunya.Hatinya berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar.Tahulah nasib orang tua tu.Tak sedar diri.Khayreena berdesis.


                                                                 *******************************

Lima buah kereta sudah datang memenuhi perkarangan rumah Khayreena.Majlis pernikahnya dilakukan secara sederhana.Katanya tidak mahu buat terlalu meriah.Membazir kata Pak Kasim baginya akad nikah sudah mencukupi.Tetapi kebenarannya hanya Khayreena dan MakSunya sahaja yang tahu.Keluarga Khayreena hanya menurut.Mana boleh melawan memandangkan segala persiapan kenduri nikah ini semuanya ditanggung Pak Kasim.Jadi segalanya perlu dituruti.

   “Macam mana pengantin sudah bersiap ke?”Tanya Pak Imam yang sudah bersila didepan Pak Kasim.Semua orang yang mengelilingi pengantin hanya mengangguk.

   “Sudah Pak Imam”Balas Pak Kasim teruja.Sukalah hati dia sebab dapat berkahwin dengan anak dara.Pandangannya dikalih merenung  Khayreena.Khayreena mencebik sebelum menunjukkan segempal penumbuk kearah Pak Kasim.Pak Kasim tersentak sebelum tersenyum malu didepan Pak Imam.

   ‘Aduh!Mana pula MakSu ni.Dah nak mula akad nikahnya ni’Khayreena bersila sambil memangku dagunya.Kejap-kejap kelapanya digaru.Habis sanggul yang diletakkan diatas rambutnya.Mekap yang ditepek dimukanya di lap kasar.Rimas betul.Tubuhnya digaru seperti monyet.Terasa gatal-gatal macam ada ulat yang sedang merayau-rayau ditubuhnya.Mana pernah dia pakai baju macam ini seumur hidupnya.Kalau dia pakai itu pun semasa Hari Raya Aidilfitri.Kalau tidak memang dalam almarilah tempatnya.Memang susahlah nak tengok si Khayreena ni memakai baju Kurung.Yang dia tahu pakai baju T-shirt ala-ala jantan dengan seluar Jeans lusuh dan lagi satu topi kapok dia yang tidak pernah lekang diatas kepalanya.Masakan minah Romeo disuruh menjadi Juliet.Memang hancurlah jadinya.

    ‘Aduh!Maksu..Cepatlah datang..’Renggek Khayreena didalam hati.Dia memandang Pak Imam yang sedang bercakap-cakap dengan Pak Kasim bakal suaminya.Khayreena membuat muka loya.Nak termuntah rasanya melihat muka Pak Kasim ni.Tak sedar agaknya yang Khayreena ni dah pangkat cucu padanya ada hati nak buat bini.Khayreena mengeliat geli geleman mengenangkan apabila terpaksa menjadi bininya.

   ‘Mampus!Mampus!’Khayreena menggeleng berkali-kali.Memang tidak pernah dalam fikirannya untuk menjadi isteri buat masa sekarang.Yang ada difikirannya hanyalah menyambung pelajaran sehingga berjaya.Selama ini hanya Maksunyalah yang selalu menyokong segala impian dan keinginannya.

   ‘MakSu tolong!Khay tak nak kahwin dengan orang tua ni..’

Khayreena mula gelisah apabila Pak Imam mula berjabat tangan dengan Pak Kasim.Matanya terbeliak seperti ternampak hantu.Wajahnya berubah pucat serta merta.Tidak dapat dia bayangkan apa yang bakal terjadi selepas ini jika dia terpaksa bergelar isteri kepada lelaki tidak sedar diri ini.

   “Tidak!Tak Mahu!”Jerit Khayreena kuat memeranjatkan semua orang yang berada didalam rumahnya.Semua mata terarah kepadanya.Mulut Khayreena yang tergangga dikatup pantas.Dia tersenggih malu.Tidak sangka dia boleh terjerit begitu kuat.Fikirannya hanya sekadar dalam hati.Tetapi bagus juga dia buat begitu dapatlah dia melenggah-lenggahkan masa.Tanggannya diangkat tanda meminta maaf.

   “Kau ni dah kenapa”

Puan Hasnah,Ibunya mencuit peha Khayreena perlahan.Dia yang duduk disebelah Khayreena terkejut mendengar jeritan Khayreena yang tiba-tiba.Nasib baik dia tidak ada sakit jantung kalau tidak mungkin dah jalan.Sabar sahajalah.Hasnah mengusap dadanya.

Semua kembali kepada keadaan asal.Pak Kasim tersenyum lebar tatkala Pak Imam mula mengeluarkan kata-kata keramat untuk menikahinya.Baru sahaja dia mahu membuka mulut untuk menyahut kata-kata Pak Imam dia disergah seseorang.

    “Hentikan Majlis Pernikahan ni!”Jerit seorang wanita dengan lantangnya sambil bercekak pingang didepan pintu.Di sebelahnya turut berdiri seorang wanita yang lebih muda dan dibelakang mereka pula berdirinya Salmiah yang mula menyelinapkan dirinya disebalik orang-orang ramai untuk melarikan diri.Khayreena yang mula merasakan hidupnya sudah berakhir kembali segar semula.Terasa rohnya masuk selepas mendengar jeritan wanita yang sudah separuh abad ini.Dia tersenyum lebar tatkala terpandang Salmiah.MakSunya menunjukkan ibu jari kepadanya.Dia membalas.Kenyitan mata dihadiahkan.Bagus!

     “Awak ni siapa?”Soal Pak Imam pelik.

Kini wajah Pak Kasim pula berubah pucat.Kalau ditores pasti tiada darah punya.Wanita itu mendekati Pak Kasim.Dia berdiri betul-betul dihadapan Pak Imam.Langkahnya diikuti wanita yang seorang lagi.Mereka sama-sama mencekak pinggang.Wajahnya benggis sekali.Kepala Pak Kasim terperosok kedalam seperti kura-kura ketakutan.Mana tak takut kalau kedua-dua bininya datang menyerang kemajlis perkahwinannya yang ketiga.Tak kemati dia lepas ni.

    “Habis-habis”Pak Kasim menggelengkan kepalanya.Pak Imam memandang pelik.

   “Apa dah jadi ni”Dahi Pak Imam berkerut seribu.Pening kepala dia.Macam-macam hal.

  “Saya Kamisah Isteri pertama dia Pak Imam”Kata wanita yang menjerit tadi.Jarinya ditunding kearah Pak Kasim sambil sebelah lagi mencekak pingang.

  “Saya pula Salbiah,Isteri kedua dia”Wanita yang berada disebelah kiri Pak Kasim juga turut melakukan perkara yang sama.Kini Pak Kasim duduk bersila diantara kedua-dua isterinya.Perlakuaannya seperti persalah yang akan terima hukuman gantung selepas ini.

   “Jadi kamu berdua ni isteri pertama dengan isteri kedua dia lah yek”
Pak Imam turut menunding jari kearah Pak Kasim.Hanya anggukan dibalas mereka.

   “Jadi apa motif kamu datang kesini?”

   “Untuk membatalkan majlis pernikahan inilah”Jerkah Kamisah.Salbiah hanya mengangguk.Apa punya soalanlah Pak Imam ni.Kening Kamisah bercantum merenung suaminya.

Mereka yang terkejut mendapat khabar berita daripada Salmiah bergegas kekampung Khayreena untuk menghalang perkahwinan antara Khayreena dengan suaminya.Cukuplah mereka berdua  menjadi madu.Tidak sanggup rasanya nak bermadu lagi.Yang dua ini pun suaminya tidak mampu uruskan inikan tiga orang isteri nak diuruskan.Tidak tahulah apa jadinya.Pak Kasim dipandang tajam.Lengan baju disinsing.

   “Hebatlah MakSu datang tepat pada masanya”Khayreena mengapati Salmiah yang sudah jauh berdiri daripada mereka.Dia ketawa kecil melihat drama yang berlaku dirumah Kakaknya.Dah lama rasanya dia tidak tengok drama sensasi macam ni.Nasib baik dia sempat datang.Kalau tidak memang arwahlah Khayreena lepas ni.Pecut habis dia tadi sebab nak sampai tepat pada masanya.Sayang betul dia pada Khayreena.Dia tersenyum.

    “Tengoklah MakSu siapa”Salmiah menepuk dadanya megah.Keningnya diangkat sebelah.Khayreena menutup mulut menahan tawa.Geli hati melihat perlakuan Salmiah.

    “MakSu KhayReena lah..”

   “Tahu pun”

Khayreena dan Salmiah berpelukkan.

   “Kau balik!ini jek keja kau yek..Tak tahu agaknya nak jaga anak bini kat rumah.”Pekik Kamisah.Telingga Pak Kasim ditarik agar berdiri setaraf dengannya.Pak Imam yang masih duduk bersila sudah menepuk dahi sambil menggeleng laju.Khayreena dan Salmiah menekup mulutnya kerana tidak dapat menahan tawa apabila melihat Pak Kasim ditarik telinganya keluar daripada rumah Khayreena.Yang tidak boleh tahan tu kedua-dua belah telinganya ditarik oleh kedua isterinya.Padanlah muka.

   “Mengatal lagi nak kahwin yekk..Anak-anak kat rumah tu tak nak dijaganya.Kat sini anak orang pula nak dijaga.Tak sedar diri tu dah tua”Kamisah memulas telinga Pak Kasim.Mengerang kesakitan orang tua tu.Semua yang melihat agenda mereka sudah ketawa terbahak-bahak.Lebih-lebih lagi Khayreena dengan Salmiah.Mereka ketawa tidak berhenti-henti.Segala rancangan mereka berdua sudah berjaya.Khayreena menepuk tangan Maksunya.Dia betul gembira.Tetapi tanpa mereka sedar sepasang mata sedang merenungnya tajam.Pak Dolah,Bapa tiri Khayreena merenung mereka berdua tanpa berkelip.Matanya dibesarkan merenung mereka berdua.Mungkin dia dapat bau ini semua rancangan mereka.Wajahnya dibenggiskan.Khayreena dan Salmiah menelan air liur.Kelat.Habislah mereka selepas ini.

    
                                                                             ***************************

     “Aku dah agak dah semua ni pasti rancangan kau”Herdik Pak Dolah kepada Salmiah.Wajah salmiah dialihkan ketempat lain.Tidak berminat dia mahu memandang wajah abang iparnya yang berlagak bagus ni.Khayreena yang berdiri sambil menyandarkan badannya kedinding bersebelahan biliknya.Wajah Pak Dolah dipandang.Benggis.

     “Apa masalah kau sampai sanggup buat majlis perkahwinan Khayreena dibatalkan..”Pak Dolah beralih ketingkap rumah.Tanggan diletakkan diatas pagar tingkap kayu.Dia mendengus.Salmiah pula hanya membuat muka tidak bersalahnya.

    “Kenapa kau buat macam ni Sal”
Hasnah mula bersuara memecah sepi diantara mereka.Masing-masing melayan perasaan.Khayreena hanya merenung lantai.Tidak berani untuk bersuara.

    “Salah ke Sal buat semua ni kak?”Wajah Husnah dipandang Salmiah.Kemudian dia beralih memandang abang iparnya pula yang sedang memandang luar jendela.

   “Sal lakukan semua ini kerana nak menyelamatkan Khayreena.Sal tak nak dia jadi madu orang.Khayreena masih muda.Sal tak nak hidup Khayreena hancur kerana terpaksa berkahwin dengan orang tua tu.”Salmiah meluahkan apa yang terbuku dihatinya selama ini.Wajah kakaknya dipandang.

   “Itu bukan masalah kau.Yang kau pergi sibuk hal kami ni kenapa?”
Tingkap jendela diketuk kuat.Terjongket bahu masing-masing.Dolah mendekati Salmiah.

   “Kau fikir Khayreena ni macam kau.Tak kahwin sampai sekarang.Kau nak Khayreena tu jadi macam kau ke.Anak dara tua”Herdik Dolah menyentakkan Salmiah.Dolah dipandang sipi.Nak sahaja tangannya dilayangkan kemuka Abang iparnya.Tapi dia masih waras untuk bertindak sesuka hati.Imannya masih kuat. Salmiah berdiri.

    “Saya hormat abang sebab abang suami kakak saya.Abang jangan naikkan darah saya.Jangan nak samakan saya dengan Khayreena.Dia lain.Dia masih muda.Abang jangan nak pergunakan Khayreena demi kepentingan abang sendiri.”

   “Abang fikir Khayreena ni apa?Anak patung yang senang-senang dijual beli oleh abang.Dia juga ada harga diri.Pernah abang fikir perasaan dia selama ini.Abang tahu tak abang ni memang suami yang tak guna!Bapa yang tidak betanggung jawab!”

Salmiah menghamburkan segala kemarahannya.Batas kesabaran Salmiah sudah sampai kemuncak.Tidak dapat lagi dia menyimpan segala amarahnya terhadap abang iparnya.Abang iparnya memang lelaki yang tidak berguna yang dia tahu mengunakan orang untuk kepentinggannya sendiri.Dolah yang panas telinga mendengar kata-kata Salmiah sudah mengangkat tangan tetapi pantas dihalang Khayreena yang datang tiba-tiba.

   “Jangan guna kekerasan untuk menyelesaikan masalah ni”Perlahan sahaja bicara Khayreena tetapi keras.Dia memandang bapa tirinya tajam.Jangan fikir selama ini dia diam bapa tirinya boleh melakukan sesuka hati.

   “Jangan sesekali Pak Dolah nak angkat tangan Pak Dolah tu ke muka MakSu.Pak Dolah tak layak nak menyentuh MakSu”Sinis sekali kata-kata Khayreena.Tangan Dolah dilepaskan.Ibu Khayreena yang terkejut dengan tindakan suaminya turut berdiri untuk menghalang.Takut perkara ini berlarutan.Dia faham benar perangai suami dengan anaknya.Dari dulu mereka memang tidak sebulu.Khayreena dan suaminya kedua-duanya panas baran.Pantang dicabar tapi dia tahu dihati Khayreena masih ada kelembutan.Pantas tangan suaminya dipegang.

   “Sudahlah bang”

Husnah cuba menenangkan suaminya.Tangannya ditepis kasar.Khayreena memeluk tubuh.Hanya mendengar.

   “Abang jangan ingat Sal tak tahu yang abang dapat ganjaran besar daripada Pak Kasim kalau abang kahwinkan Khayreena dengan Pak Kasim.Sal dah tahu semuanya bang”Sambung Salmiah masih tidak berpuas hati.Dia tidak takut sedikit pun dengan abang iparnya.Mata Khayreena membutang mendengar kenyataan MakSunya.Wajah Dolah dipandang.Ibunya yang berada disisi juga ditenung meminta penerangan.

    “Betul ke ibu?Pak Dolah?”

Husnah sudah berubah pucat.Wajah suami dipandang.Pak Dolah pula hanya membuat muka tidak bersalahnya.Salmiah memaut pergelangan Khayreena.Dia faham apa yang sedang dirasai Khayreena.Pasti kecewa.Ibunya dan bapanya sanggup menjual dia demi kepentingan diri.Dia fikirkan bapa tirinya seorang sahaja yang jahat rupanya ibu dia juga sanggup melakukan itu semua semata-mata kerana duit.Khayreena berdesis.

    “Sampai hati ibu dengan Pak Dolah.Sanggup menjual Khay dekat jantan keparat tu.”Khayreena mentempeliaskan kemarahannya.Jari telunjuknya ditunding ketepi.

    “Ibu tahukan Khay sayang ibu.Khay ikut sahaja arahan ibu sebab nak jaga hati ibu.Tapi pernah tak ibu faham perasaan Khay?”

Hasnah menunduk mendengar kata-kata Khayreena.Air mata menitis sayu.Dia merasa bersalah dengan anak sulungnya.Khayreena mengetap bibirnya.Hatinya berasa sebak.Tangannya digempal.Bila-bila masa sahaja tangannya melayang kemuka Pak Dolah.Sebab lelaki inilah hidupnya hampir hancur.Ibunya pun sanggup menjual dirinya sebab lelaki ini.Khayreena benci dengan bapa tirinya.

    “Khayreena..Ibu..Ibu minta maaf”Terketar-ketar Hasnah mengucapkan kata maafnya.Khayreena desis sebelum mengalihkan pandangannya ketempat lain.

    ‘Sampai hati ibu!’Hati Khayreena rintih sayu.Adik beradiknya yang sedang duduk didalam bilik menjenggahkan kepala mereka mengintai apa yang berlaku.Khayreena mengelap mukanya kasar.Air mata yang mengalir laju diseka.

    “MakSu!”Salmiah menoleh.

    “Khay nak ikut MakSu”

Dolah dan Husnah terbeliak.Salmiah hanya mengangguk lantas tersenyum sebaris.Dia memegang bahu Khayreena lembut.

    “Macam mana dengan Majlis perkahwinan ni?”Dolah bersuara setelah lama menyepi.Khayreena tersenyum sinis sebelum mendekati bapa tirinya.

  "MakSu tak kisah sayang"Ujar Salmiah lembut.Bahu Khayreena diusap lembut.Dia tahu hati anak sedaranya sedang bergelodak.Khayreena melangkah kedepan.

  “Itu bukan masalah Khay.Pandai-pandailah Pak Dolah uruskan.Lagipun Khay tak dapat merasa sedikit pun duit ganjaran yang Pak Kasim bagi.Semuanya Pak Dolah yang tolong habiskan.Jadi apa salahnya kalau Pak Dolah sahaja yang kahwin dengan Pak Kasim tu”

Salmiah ketawa kecil mendengar jenaka Khayreena.Dalam keadaan macam ini pun Khayreena masih sempat membuat lawak.Pak Dolah baran.Baru sahaja dia mahu membalas Husnah menghalang.

    “Khayreena tak baik cakap macam itu dekat Pak Dolah”Marah Husnah.Dia pula panas telinga mendengar kata-kata anaknya.

    “Sudahlah ibu.Khay dah malas nak fikir.Khay pergi dulu”Khayreena masuk kedalam biliknya diikuti Salmiah.Tidak sampai beberapa minit mereka keluar semula.Khayreena mendekati ibunya.Tangan ditarik sebelum dicium lantas dia menuju ketangga rumahnya.Salmiah sudah berada ditepi kereta MyVi nya.

    “Khay pergi dulu”Tanpa menoleh Khayreena turun menuju ke kereta MakSunya.Husnah mengikuti.

   “Khayreena nanti dulu!”Jerit Husnah tetapi dudah tidak berguna kerana kereta Salmiah sudah meluncur laju keluar daripada perkarangan rumahnya.Pak Dolah mendengus kasar.Segala rancangannya sudah hancur lebur.Nampaknya segal hutang piutangnya harus dilangsaikan.Duit yang dia ambil turut harus dipulangkan.

  ‘Tak guna punya budak’Dolah menghentak badan kerusi dengan telapak tangannya.Husnah menoleh kearah suaminya sebelum mengeluh.

  
                                                              *****************************

Kedengaran pintu bilik diketuk dari arah luar.Suara Salmiah menjerit memanggil Khayreena dan telah menganggu lenanya.

 “Khay!Bangun.Dah pukul berapa ni.Kamu ada kelaskan hari ni”

Salmiah mengetuk pintu bilik Khayreena bertalu-talu.Geram dia mengejut orang tidak reti nak bangun.

  “Khayreena Najwa!MakSu cakap dengan kamu ni.Bangunlah”

  “Okey.Okey.Khay bangunlah ni”Khayreena mengeliat sebelum bangun dari baringan.Dia mengaru rambutnya yang kusut masai.Mulut yang menguap dikatup.Mengantuknya.

  “Dah.Dah bangun.Karang lambat”

   “Baiklah Mem besar”Jerit Khayreena perlahan dari dalam biliknya.Salmiah yang berada diluar tersenyum mendengar jeritan Khayreena.Selalu macam ni.Liat sangat nak bangun pagi.Perangai macam jantan.Tak tahulah dia Khayreena ni ikut perangai siapa.Degil semacam.Nasib baik dengan dia tidak banyak songgeh.
Salmiah mengeleng sebelum menuruni tangga menuju kedapur.Nasi goreng yang sudah siap digoreng diletak kedalam mangkuk.Air soya dituang pula kedalam cawan.Kerusi ditarik sebelum melabuhkan dudukkannya.

  “Sedapnya bau.MakSu masak apa?”Soal Khayreena.Dia menarik nafasnya dalam sebelum melepaskannya.

  “Nasi goreng”Balas Salmiah sambil meneguk air soya.Khayreena mengambil tempat didepannya.Nasi goreng diceduk kedalam pinggan.Salmiah hanya melihat perlakuan Khayreena.

  “Kenapa MakSu tengok Khay macam tu?”Soal Khayreena pelik.Tiba-tiba sahaja memandangnnya atas bawah.Rimas pula dia rasa.

   “Sampai bila Khay nak macam ni”Soalan cepumas yang diberikan Salmiah menyedakkan Khayreena.Habis tersembur nasi yang baru masuk kedalam mulutnya.

  “Eish..Kamu ni makan macam budak-budak.Tersembur bagai”
Salmiah menghulurkan sehelai tisu dan secawan air soya kepada Khayreena.Huluran disambut.

   “MakSu lah tanya soalan maut.Mana tak tersedak”
Kening Khayreena bercantum.Pagi-pagi lagi dah kena serbu dengan soalan bikin maut ni.Potong stim betullah.Salmiah ketawa kecil.

   “Soalan maut kamu cakap.MakSu dah selalu cakap dekat kamu pasal hal ni.Masa yang sama kamu ambil mudah saja.Letih dah MakSu cakap”

   “Ala..MakSu ni.Tak rock lah.”

   “Banyaklah kamu punya rock.Bila kamu nak jadi macam perempuan ni?Dah banyak MakSu belikan kamu baju perempuan tapi baju lelaki juga yang kamu pakai.Khayreena!Khayreena!”
Salmiah mengeluh melihat keletah Khayreena yang bersahaja memakai pakaian lelaki.Dengan topi bentuk gitar diatas kepalanya.Headphone yang tergantung dilehernya.Dah tiada rupa perempuan dah rupa dia.Salmiah mengeleng.

   “Aduh MakSu ni..”Khayreena menepuk dahinya.Topi yang dipakai dipusingkan kebelakang.

   “Nanti kalau Khay dah sedia nak pakai semua tu Khay pakai okey.MakSu tak payahlah nak membazir air liur membebel dekat Khay.Khay tahulah nak uruskan diri Khay”Sambungnya lagi.Suapan disambung semula.Dia tersenggih melihat mata Salmiah yang membutang.

   “Aish..Susahlah cakap dengan kamu ni Khay”

   “Macam tu tak payah cakap”potong Khayreena.Dia ketawa terbahak apabila Salmiah menjengkelkan matanya.

  “Lek lah MakSu.Suatu hari Khay pasti akan berubah juga.Percayalah.”

   “Tapi bila?”

  “ Sehingga Khay jumpa manusia yang mampu merubah kehidupan Khay”Balas Khayreena spontan.Hujung sudu digigit.Dia tersenggih.Tidak pasti dengan apa yang dia cuba katakan.Tapi yang dia tahu dia pasti akan ada manusia yang mampu merubahnya.Salmiah mengeluh.

 “ Harap-harap adalah manusia seperti itu”Doa Salmiah sambil menadah tangannya.Tidak sanggup dah dia melihat kelakuan Khayreena yang persis lelaki ni.Rasa macam tinggal dengan lelaki pula.Nasib baik Khayreena ni rambutnya panjang tidak pendek.Tetapi yang dia pelik kenapa Khayreena mahu menjadi lelaki sedangkan dia mempunyai rupa paras yang cantik.Khayreena dipandang.Rambutnya yang panjang dimasukkan kedalam topi.Kalau tengok sekali imbas memang serupa lelaki.Apalah nasib dia dapat anak buah yang degil macam ni.Keluhan berat diluahkan.

   
                                                             *********************

  “Woi!Khay.”

Khayreena disergah dari arah belakang.Khayreena tersentak.Sikunya sudah diangkat mahu menyiku orang yang menyergahnya.

  “Wowowo..Rilek!rilek!”Farnina menahan siku Khayreena yang hampir mengenai perutnya.Nasib baik sempat tahan.Kalau tidak ada yang muntah darah lepas ni.Khayreena ni bukan boleh buat main.Dia ni jenis main terjah jek.Ganas betul.Kedengaran Khayreena mendengus.

   “Kau apahal main sergah-sergah aku!Dah tak ada kerja lain ke?”Marah Khayreena.Dia menarik headphone yang melekap ditelingganya dan digantungkan kelehernya.Farnina tersenggih.

   “Maaflah bro.Wa gurau jek”Farnina mengangkat tangannya sebelah paras kepala.Khayreena mendengus lagi.Buku yang berada diatas mejanya diconteng.Serabut betul kepala dia.Kata-kata MakSu masih tergiang-giang ditelinganya.Semakin dia menguatkan lagu didalam IPOD nya semakin kuat pula kata-kata Maksunya bermain difikirannya.Dah gila agaknya dia ni.Khayreena mengosok kepalanya kasar.Kening Farnina bercantum.

 “ Kau ni apasal?Kusut jek aku tengok”Farnina mengambil tempat didepan Khayreena.Begnya diletakkan diatas meja.Wajah rakan baiknya dipandang.

  “Tak ada apa-apalah”Balas Khayreena.Dia mengalihkan pandangannya ketempat lain.Farnina tersenggih.Sambil jari telunjuknya diangkat dan dihala kemuka Khayreena.

   “hekhekhek..Kau bocor ea”

 “Kepala hotak kau”

Khayreena mengetuk kepala Farnina kuat.Mengerang kesakitan Farnina.Naik pusing kepala dia lepas kena ketuk dengan Khayreena.Tangan macam batu.Keras.Patutlah juara Silat peringkat Kebangsaan.

  “Sakitlah Khay”Ngaduh Farnina sambil memgosok kepalanya yang birat.

   “Siapa suruh mulut tu cabul sangat”Khayreena menghentak muncung pen diatas meja.Sudahlah kepala tengah kusut lagi nak kusutkan dengan lawak bodoh dia.Kan dah kena sebijik.

      “Maaflah aku bergurau aje”

   “yela”

  “Kau kenapa ni?Ada masalah besar ke?”

Farnina memeluk begnya kemudian diletakkan kepalanya diatas beg tersebut.Khayreena menggeleng.

   “Tipulah kau ni.Macam aku tak tahu perangai kau.Ni kalau angin tiba-tiba ni mesti tak lain.Kalau tak bocor pasti ada hal yang membabitkan jiwa kau ni”Teka Farnina.Dia menongkat dagunya diatas meja.Faham benar dia dengan sikap Khayreena.Hampir setahun dia mengenali Khayreena.Sikapnya,perangainya hampir kesemuanya dihafal Farnina.Jadi tiada apa yang dapat disembunyikan Khayreena daripada pengetahuannya.Kawan sejatilah katakan.

    “Betullah tak ada apa-apa”Ujar Khayreena berdalih.Dagunya dipangku.

   “Kalau kau ada masalah kongsilah dengan aku Khay.Macamlah kita baru kenal semalam”
Farnina memegang tangan Khayreena.Ketukkan Khayreena terhenti.Dia terdiam.Wajah Farnina dipandang.

     “Kalau aku cakap dengan kau.Kau jangan ketawakan aku okey”Khayreena menunjukkan jari telunjuknya tanda amaran.

“Okey promise”

Farnina mengangkat tangannya.Jari kelingking mereka bertaut.

  “MakSu aku tu..”

“Kenapa dengan MakSu kau?”

“Dia suruh aku jadi perempuan”Sayu sahaja kata-kata Khayreena.Dia mencebik.Mulut Farnina terlopong.

“Dia suruh kau jadi perempuan..ha ha ha”Tawa Farnina meletus setelah mendengar kata Khayreena.Semua mata memandang kearah mereka akibat terlalu kuat ketawa.Khayreena mengecilkan biji matanya.Pen yang dipegangnya dibaling tepat mengenai dahi Farnina.Hilang segala tawanya.Mati begitu sahaja.Wajah Khayreena yang berubah benggis dipandang.Dia tersenggih.

“Maaflah aku tak sengaja.Aku kelakarlah..”

“Apa yang kau kelakarkan sangat”Khayreena mengetap giginya.

“MakSu kaulah.Suruh kau jadi perempuan.Selama ni kau bukan perempuan ke?”Farnina menyambung tawanya.

“Kau memang dah lebihkan”Khayreena menghentak meja kuat.

“Ha ha ha ..Okey.Okey.Aku faham maksud kau.Aku rasakan betullah apa yang MakSu kau katakan tu.”

“Apa yang betul?”Khayreena menjengkilkan matanya.

“Jadi perempuan”Farnina ketawa kecil.

“Dahlah kau.Cakap dengan kau ni buat sakit jiwa aku jek.Aku belah dululah”Khayreena menyusun bukunya yang berada diatas meja lantas dimasukkan kedalam beg.Dia berdiri.Headphone yang tergantung dilehernya diangkat ketelinga.Dia senyum sengget.

“Chow!”

Khayreena mengangkat tangannya sebelum melangkah meninggalkan Farnina yang termangu sendiri.Farnina tersenyum sebaris sebelum mengejar Khayreena.

“Khay kau nak pergi mana?”Tangan Khayreena dipaut.

“Cafe”

“Ikut.”Khayreena hanya menyepi.Menggeleng tak mengangguk pun tak.Farnina mencebik.Merajuklah tu.

                                                                **********************

Langkah Khayreena terhenti tatkala sepasang cermin mata jatuh betul-betul dihadapan kakinya.Farnina yang mengikuti langkah Khayreena turut berhenti mengejut.

“Kau kenapa berhenti tiba-tiba ni..Terkejut aku”

Farnina memandang Khayreena yang membatu.Soalannya tidak diendahkan.Khayreena menarik headphonenya.Dia memandang sekumpulan gadis sedang seronok ketawa berdekah-dekah mengelakkan seorang gadis yang sudah terbaring diatas lantai dengan kepalanya basah disimbahi air.Gadis itu menanggis teresak-esak.Khayreena membongkokkan badannya lalu cermin mata yang jatuh dikakinya dicapai.

“Eh!perempuan..Kau tak sedar diri ke nak mengurat Erman.Sedarlah diri tu.Muka dahlah buruk.Pakai cermin mata besar dah macam belalang dah aku tengok kau tau”Tisha ketawa galak sambil menunjal-nunjal kepala gadis yang duduk terlepot diatas lantai.Rakan-rakannya ketawa sinis.Masing-masing berpeluk tubuh.

“Sedarlah diri kau tu.Erman tak akan pandang perempuang macam kau ni”Sampuk Alina pula dengan lagaknya.Mereka tersenyum sinis.Khayreena dan Farnina hanya memerhati dari jauh.Gadis itu mengelap air matanya sambil cuba untuk berdiri.

“Kau nak pergi mana?Jangan ingat kau boleh lari.Aku masih belum puas lagi dengan kau”Tisha memaut kuat pergelangan Nadia,mangsa bulinya.Nadia cuba melepaskan diri tetapi pegangan Tisha lebih kuat.Rakan-rakannya yang lain turut memegang Nadia.Tisha menuju kemeja makannya.Air jus oren yang masih penuh dicapai.Dia tersenyum sinis sebelum menuju kearah Nadia.

“Kalau kau nak tahu benda yang paling sesuai dengan kau adalah benda ni”Tisha mengangkat gelas yang dipegangnya tinggi sebelum cuba mahu menuang keatas kepala Nadia.Rakan-rakannya yang lain sudah ketawa galak.Nadia meronta minta dilepaskan tetapi rayuan Nadia tidak langsung menusuk kehati mereka.Semua pelajar yang berada disitu tidak dapat berbuat apa selain daripada melihat sahaja kelakuan mereka.Tisha seorang gadis kaya yang bongkak,sombong dan merasakan semua orang berkawan dengannya kerana dia berkuasa dan merasakan dirinya popular.Dia terlalu megah.Dia tersenyum sinis.

“Rasakan ni”

Belum sempat Tisha menuang air tersebut keatas kepala Nadia gelasnya dirampas.Tisha tersentak lantas menoleh.Khayreena tersenyum sumbing sebelum menuang air tersebut keatas kepala Tisha.Semua mata terbeliak melihat kelakuan Khayreena yang selamba badak tu.Lebih-lebih lagi Farnina.Mulutnya terganga besar.

“Apa yang kau buat ni!”Jerit Tisha sambil mengibas-gibas tangannya yang melekit.Dia menarik rambutnya yang basah.Penat sahaja dia pergi ke salon semalam.Khayreena tersenyum sinis sebelum memandang satu persatu rakan Tisha.Pegangan mereka dipandang.Pantas tangan dilepaskan.Nadia tercunggap menahan esak.Farnina mendapatkan Nadia.Semua orang mengeruni mereka.

“Tuang air atas kepala kau”balas Khayreena sambil memeluk tubuh.Dia tersenyum sinis.Keningnya terangkat sebelah.Gelas yang berada ditangannya diletakkan diatas meja.

“Kau!”

Tisha menunding jarinya kemuka Khayreena.Dia mengetap gigi.Tubuhnya mengigil sebab kesejukkan.Wajah Khayreena dipandang tajam.Khayreena membuat muka.

“Aku kenapa?”

“Kau memang tak guna!Budak tomboy!”Pekik Tisha geram.Dia mengengam tangannya.

“Habis kau tu bergunalah yek”

Khayreena menarik topinya kebawah.Dia menoleh memandang orang yang mula mengelilingi mereka.Khayreena menekup kepalanya.

‘Aduh!Apa aku dah buat ni’

Khayreena merasakan dirinya telah tersalah langkah.Apasallah dia boleh menjejakkan kakinya kemari.Kalau dia tahu semua ini nak jadi malas dia nak datang kesini.Dia memang manusia yang tidak suka orang lain ditindas.Itu memang pantang nenek moyang dia.Masalah!Masalah!Khayreena menggeleng.

“Kau tunggulah balasan kau budak Tomboy”Jari telunjuk Tisha jatuh.Khayreena mengangkat kedua-dua tangannya.

“Silakan!”Cabar Khayreena.Tisha mendengus kuat sambil menghentakkan kakinya.Dia berlalu pergi.Sempat Khayreena memaut tangannya.

“Jangan kau fikir kekayaan kau boleh melakukan apa sahaja yang kau suka.Kau perlu ingat harta tu Mak dengan bapak kau yang cari bukan kau.Kerja kau hanya reti menghabiskan aje.Jadi jangan nak sombong sangat.”Khayreena melepaskan pegangannya sebelum berlalu menuju kearah Farnina dan Nadia.Dia membantu Nadia yang masih dalam ketakutan.Tisha memandang Khayreena tajam.Dia mengigit bibirnya.Khayreena menoleh sebelum meninggalkan cafe tersebut.Tangannya dilambaikan menaikkan lagi api kemarahan Tisha.

“Geramnya aku!!”Tisha menjerit sambil mengibas tangannya.Rambutnya yang sudah melekit dipegang.Hatinya membuak-buak.Tahulah dia nak buat apa.Khayreena telah menjolok sarang tebuan jadi terimalah akibatnya.

p/s: E-NOVEL terbaru daripada saya.Pada asalnya nak buat cerpen tpi idea tiba2 mencurah.hehe.Harap ada yang sudi membacanya.Jalan cerita sudah difikirkan tetapi tajuknya masih dalam perancangan.Huhu. Ini tajuk buat sementara.Kepala pening fikirkan tajuknya.Ada cadangan sudi2 lah kongsi yek.. hehe.. Terima kasih .Harap cerita ini menarik minat anda .Sudi-II lah untuk komen yek .. hehe.. :PEACE:

2 comments:

  1. best2.. smbng lagi
    and xmau bnyak konflik.. hehe
    simple2 je lah

    ReplyDelete
  2. Terima kasih ruunna.. Hehe insyaallah tak banyak konfliknya.. terima kasih atas komenya .. :)

    ReplyDelete