meh!follow saya

Tuesday, 17 July 2012

Alahai!!kenapa mesti dia?


by:Lela Vanila


“APA  KHAWIN   MAK!”  jerit   Aishah.  Hampir   satu   rumah   bergema   mendengar jeritannya.  Adiknya   Ella   yang  duduk   disebelah   sudah   menutup   telinga.   ‘Binggit   sehh!’

   “ishh..  kamu   nie   anak   dara   terjerit-jerit..  tak   malu   ke   dengan   jiran   sebelah..  dengar   kahwin   pun   nak   terjerit   macam   pontianak”  marah   Puan   Jamilah.  Suaminya,  Encik   Hairi   hanya   menggelengkan   kepala.

“Tapi   mak   kenapa   Aishah,  kena   kahwin?? ”  jari  telunjuknya   ditalakan   kehidungnya.  Puan   Jamilah   mengangguk.   Dia  mengangkat   keningnya.

   “yela   kahwin!  mak   ada   cakap   benda   lain   ke?  Mestilah  kamu   takkan   adik   kamu   pulak!  dia   kan   baru   nak   masuk 17..  kamu   tu   dah   layak   dah   kahwin!!  Umur   tu   semakin   meningkat.  Tak   akan   kamu   nak   jadi   ‘ANDARTU’   pulak??”    Dushh!!  kata-kata   Puan   Jamilah   betul-betul   menusuk   hati   Aishah.  Aishah   terkaku.  Rasa   macam   batu   besar   baru   jatuh   diatas   kepalanya.

“Aishah   muda   lagilah  mak”  Aishah   masih   tidak   mahu   mengalah.

“Mudalah   sangat”  sampuk   Ella   disebelahnya.

 “ouchhhh..  sakitlah   kak”  Satu   cubitan   maut   singgah   dilengannya.  Siapa   suruh   mulut   cabul   kan   dah   kena.  Aishah   memandang   Ella   geram.   ‘Alamakk..  mak   nenek   dah   mengamuk’  bisik   hati   Ella.  Dia   tersenyum   kambing.

 “sorrylah   orang   gurau   jek!!”

“Not   the   time   Ella!!”  Aishah   mendengus   kasar.  Puan   Jamilah   dan   Encik   Hairi   hanya   mengelengkan   kepalanya.

  “Jadi   Aishah   macam   mana,   apa   keputusan   kamu?”  tanya   Puan   Jamilah   setelah   sekian   lama   menyepi.  Ella   hanya   jadi   pemerhati   malas   nak   masuk   campur   hal   orang   tua.
    “Tapi   mak..  kenapa   mesti   dia?”  tanya   Aishah   sambil   menunding   jari   kearah   gambar   yang   berada   di   atas   meja   kepada   ibunya.  Dia   mengeluh.

“Dia   ni anak kawan ayah kau..kawan ayah kau ni dulu Pengetua kat sekolah kau,baik orangnya.Keluarga dia pun baik-baik.Tak sampai hati pula mak gan ayah kau nak menolak pinangannya”terang Puan Jamilah panjang lebar.Encik Hairi hanya mengganguk mengiakan kata-kata Puan Jamilah.

   “Tak mahulah mak kahwin dengan dia,Aishah benci dia.Tolonglah mak,ayah!”pujuk Aishah.sedaya mungkin dia menahan sabar.Menyampah betul dia dekat  manusia  yang berada didalam gambar itu.kalau ikutkan hati nak saja dia siat-siat  gambar tu. ‘Sabar Aishah!sabar!’bisik hatinya sambil mengosok dadanya menahan sabar.

“Tapi kenapa?”tanya Encik Hairi dan Puan Jamilah serentak.

   “Sebab dia ni musuh lama akak kalau mak dengan ayah nak tahu?”sampuk Ella tiba-tiba. Oppsss..terlepas cakap lagi.Ella menutup mulutnya sambil mengeyit matanya kepada Aishah.Terbeliak mata Aishah mendengar kata Ella tadi. ‘senggal punya adik pergi cakap kat mak dengan ayah buat apa,tak boleh simpan rahsia betul’marah Aishah dalam hati.
“Betul ke Aishah?” Encik Hairi mula bertanya.Dia hanya mengganguk.

   “Apa yang dia buat dekat kamu sampai kamu benci sangat dekat dia?”tanya Puan Jamilah pula.
 ‘Alahai!perlu ke aku jawab?’soal hati Aishah.kalau boleh dia tidak mahu ingat kembali apa yang terjadi kepada dia masa zaman sekolah dahulu.Sungguh menyakitkan.

                                                *****************************************
“Woi.. siapa  yang  letak  gam  gajah  dekat  kerusi  aku  ni”  jerit  Aishah  sambil  cuba  menarik tangannya  yang  terlekat  di  kerusi . Semua pelajar didalam kelas sudah ketawa terbahak-bahak melihat keadaan Aishah.Dia cuba menarik tangannya tapi tak berdaya.Akhirnya dia menanggis teresak-esak sebab tak boleh menanggalkannya.Habis riuh satu kelas dengan gelak tawa pelajar-pelajar.Bukan kelas dia saja yang ada disitu kelas lain pun ada sekali melihat situasi dia di malukan oleh lelaki yang tidak berguna itu, siapa lagi kalau bukan musuh yang tak diiktiraf oleh dia ‘ZAFRIL ZAMRI!!’Aishah memandang  tajam muka Zafril yang selamba sambil tersenyum sinis.Aishah mengetap bibir geram.

  ‘tak guna punya jantan’marah Aishah dalam hati. ‘kau tunggu sajalah balasan aku nanti!!’api kemarahan Aishah sudah meluap-luap keluar seperti lava gunung berapi yang tunggu masa untuk meletus.

WAKTU REHAT….

  “Zaf itu semua kerja kau kan?”duga Ikram kawan Zafril.Dia hanya tersenyum sinis. “kejam sungguh kau Zaf”.sambung Ikram sambil ketawa kecil.

    “Biarkan padan muka dia,siapa suruh sombong sangat dekat aku, tu baru sikit!!tunggu lah apa yang aku akan buat lagi lepas ni”kata Zafril sambil ketawa jahat.Sedang dia dan kawannya yang lain sedang seronok ketawa Aishah yang datang entah dari mana tiba-tiba mencurahkan air tin keatas kepala  Zafril.Semua orang disitu terkejut dengan tindakan Aishah .

“weii..apa kau buat ni Aishah?”tanya Ikram pelik.Terkejut dia dengan tindakan spontan Aishah. Ganas.

  “Balas dendam”ringkas dia jawap.  ‘Balas  dendam?’ Ikram  tersenyum.  ‘Nasib  kau  lah  Zafril  siapa suruh kau  kacau  beruang  yang  sedang  tidur. Pandai-pandai  kaulah.’ Gumam hati Ikram.
“Kau  buat  apa  ni  PEREMPUANNN!!” Jerit Zafril geram.Dia mengibas-ngibas bajunya yang basah dek terkena air tin yang melekit tu.

Aishah  memandang  ketempat  lain  dengan  muka  yang  selamba,  sakit  telinganya  mendengar  jeritan  Zafril.  ‘jerit  macam  pondan’ sempat  hatinya  mengumpat.

    “aku  bayar  balik  apa  yang  kau  dah  hadiahkan  dekat  aku!  aku  bayar  cash  tau..  no  hutang-hutang”   jawab   Aishah  cuba  berlawak.

Ikram  yang  masih  ada  di  situ  sudah  ketawa  kecil  tapi  bila  melihat  muka  Zafril  yang  bengis  terus  disembunyikan  tawanya  itu. Pelajar-pelajar  sudah  ramai  mengurunggi  mereka  bertiga  seperti   mereka   sedang   berlakon   dalam   cerekarama.  Ikram   sudah   naik   segan.  Aishah   dan   Zafril   masih   dengan   dunia   mereka   yang   penuh   dengan   kebencian.    ‘apa   nak   buat   ni?’  desis   hati   Ikram.Dia   menggaru   kepalanya   yang  tidak  gatal.Dia   buntu.
 “Aku  buat apa   dekat   kau?”  Suara   Zafril   mula   meninggi.

  “ni  tangan   aku   ni..  kau   nampak??  kejung   semacam   kau   tahu?? ”  jawap   Aishah   sambil   menunjukkan   tangannya   yang   terkena   gam   gajah   tadi   kemuka   Zafril.

“apasal    pulak   dengan   tangan   kau?”    Zafril   buat-buat    tidak   paham.

“dah buat tak nak ngaku kau kan!!memang tak guna”herdik Aishah.Zafril tersenyum sinis.Membara hati Aishah melihat senyuman tu.walaupun kadang kala dia rasa jantungnya berdegunp kencang tatkala lelaki itu tersenyum begitu padanya.

  “kalau betul aku buat kau boleh buat apa?kau nak ngadu kat pengetua?tu bapak aku lah!!”kata Zafril sinis sekali. “kau tak boleh buat apa-apa kan?so jangan nak berlagak lah weiii..”Zafril sudah ketawa terbahak-bahak melihat Aishah yang terkulat-kulat  dengar katanya.Hati Aishah membara.

PANNG!!

Satu tamparan hinggap di pipi Zafril.Semua orang yang berada disitu semuanya terdiam.Zafril terkedu. ‘dia tampar aku?’Zafril memgempal penumbuknya.

Baru dia mahu membalas balik tindakan Aishah Tuan Haji Harudin datang bersama 2 orang guru disiplin.Pelajar yang ramai tadi beransur pergi kini hanya tinggal mereka berdua.Tuan Haji Harudin memandang mereka silih berganti lalu menggelengkan kepalanya.Dia dah tahu apa yang terjadi kepada Aishah pagi tadi dan yang terjadi sekarang.Nasib baik dia cepat kalau tidak mahu berbunuh budak berdua ni.Mereka berdua dipanggil masuk ke pejabat.Hampir setengah jam mereka dileter oleh penggetua nasib baik tidak dirotannya.Rotan Tuan Haji Hairudin nipis woo..mahu sebulan baru baik kalau kena.
Tetapi mereka berdua tetap didenda dan disuruh membasuh bilik air selama seminggu.Malu Aishah rasa nak seret jek muka dia kat lantai mana taknya sampaikan orang gelar dia minah Jamban.Tak segan ke.Sejak hari tu lah bermulanya permusuhan dan perperangan diantara mereka.Mereka selalu berperang mulut bila berjumpa.Aishah selalu tertanya-tanya  Alahai!!kenapa mesti dia??yang selalu muncul dalam hidup aku.


                                               
                                                ********************************************
“ringggg…ringggg..”telefon milik Aishah diatas meja solek berbunyi. “assalammualaikum..iye nak apa?”tanya Aishah selepas melihat nama pemanggil di skrin telefonnya. ‘lelaki Perasan!!’

     “waalaikummussalam minah jamban”jawab seorang lelaki di dalam corong  telefon.Aishah terkedu. ‘MINAH JAMBAN?!’

 “HALOOOOO…”Kedengaran lagi suara lelaki itu dicorong telefon.

   “awak nak apa!!” jawab  Aishah malas. “Orang lagi tak ada mood nak buat lawak antarabangsa pulak.kalau kelakar tak apa jugak ni tak menyakitkan hati jek”ujar nya lagi.Kedengaran lelaki itu ketawa.

“tak ada mood sebab apa?patutnya kamu gembira dapat bakal suami yang handsome lagi cute..tak semua orang beruntung tau dapat lelaki macam saya ni”kata Zafril masuk bakul angkat sendiri.Aishah mencebik.

Hampir 5 bulan mereka bertunang,macam-macam yang terjadi pada mereka ada saja yang akan digaduhkannya sehinggakan hal kecil pun dibesarkan.Naik pening kepala keluarga mereka.

   “JANGAN PERASAN!!!”

“itu kenyataan Aishah”sambungnya lagi.

  “awak nak apa??”marah Aishah.sakit betul hati dia bila bercakap dengan lelaki ni.Dah lah kena paksa kahwin. ‘Aku tak rela!!’jerit batin Aishah.

“saya nak awak!!”sinis sekali suara Zafril.Aishah terkedu.Buang tebiat ke apa lelaki ni.kedengaran lelaki itu ketawa lagi tapi makin kuat.

   “saya tak ada masa lah nak main-main ni.awak nak apa?baik cakap cepat kalau tak saya matikan panggilan,orang lagi nak tidur..kacau jek”tanya Aishah yang keberapa kali.Geram betul dia dengan perangai Zafril yang suka menyakatnya.Tetapi sebenarnya hati dia bahagia pada masa yang sama.Bahagia ke??kata benci??Aishah menggelengkan kepalanya.Tak mungkin dia suka kat lelaki ni.Tak mungkin..

   “saya nak ajak awak keluar dinner hujung  minggu  ni..jom!!”ajak Zafril mematikan lamunan Aishah.Dahi Aishah berkerut. ‘ajak aku dinnerr’tanya Aishah pada dirinya sendiri.

“iyerrr..ajak awak dinnerr”sampuk Zafril.Terkejut Aishah. ‘Dia dengar ke apa aku cakap?rasanya aku cakap perlahan’seloroh hati Aishah.

  “macam mana nak ikut tak?”tanya Zafril lagi.Aishah masih diam berfikir.

“awak nak bawak saya pergi mana?”soalan dibalas soalan.Dahi Zafril berkerut.

  “adalah rahsia mana boleh bagi tahu”sambungnya.

“tengok lah macam mana”Jawab Aishah acuh tak acuh.

  “Tak ada tengok-tengok awak mesti ikut.Saya dah mintak izin pakcik dengan makcik dia orang dah bagi ‘green light’dah”ujar zafril.Terjongket sikit kening Aishah.

    “iyela..orang ikut!sikit-sikit guna nama mak dengan ayah..benci betullah.”rungut Aishah.Zafril sudah tersenyum,Tahu sangat dia dengan kelemahan Aishah.Tektik ini juga lah yang dia guna semasa mahu bertunang dengann Aishah.Disuruhnya Ibu dan Abahnya memujuk Aishah baru lah dia setuju.Dia tahu Aishah pantang dipujuk oleh orang tua dia mudah simpati.Itulah yang buat Zafril jatuh hati padanya.

  “dah lah orang nak tidur.Assalammuaalaikum”belum sempat Zafril menyambut salam Aishah sudah mematikan panggilan.Zafril tersenyum untuk sekian kalinya.

“waalaikummussalam..nite my dear..i love you”perlahan suara Zafril menyambut salam Aishah sambil menarik telefonnya dari telinga.


                                                *********************************************
“Akak mak suruh cepat abang Zaf dah tunggu lama dah tu”laung Ella dari luar pintu sambil mengetuk pintu bilik Aishah.

  “kejap-kejap dah siap dah”jawab  Aishah sambil mencapai beg  tangan yang ada diatas meja soleknya.

“FUHHYOOOHH..cantik gile akak!!patut lah abang Zaf jatuh cintan dekat akak”Seloroh Ella sambil memeluk erat lenggan Aishah.Mereka berjalan beriringan menurun tangga sambil ketawa kecil.Zafril yang sedang rancak berbual dengan bapa Aishah terdengar gelak tawa kekasih hatinya menoleh kearah tangga.Terpaku dia saat melihat permakaian Aishah. ‘Cantik’desis hatinya.Mata Zafril tidak lekang dari melihat kecantikan Aishah.Naik malu Aishah bila dipandang begitu oleh Zafril.Ella yang perasan bakal abang iparnya tak lepas-lepas memandang kakaknya datang mendekati Zafril lalu berdehem.Terkejut Zafril kemudian cuba cover line dengan memandang tempat lain.Ella sudah tersenyum nakal.


  “Abang tak baik pandang anak dara orang lama-lama tau!!ala…tak lama lagi bang sabar k”bisik Ella ke telinga Zafril.Merah muka Zafril tika itu. ‘Kurang asam jawa punya budak kena kan aku’bisik hati Zafril.
Dia menyekeh perlahan kepala Ella.Mengaduh kesakitan budak kecik tu walaupun tak sakit mana.Aishah tersenyum melihat keletah Ella dan Zafril. ‘Macam budak-budak ‘bisik hatinya.

   “jom sayang”ajak Zafril.Terkedu Aishah bila Zafril memanggilnya macam tu.Ella faham apa yang dirasai kakaknya itu.Dia tersenyum nakal lagi kini dia pergi kepada kakaknya pula.

“aik..kak terkejut beruk nampak!itu baru sikit lepas ni adik komfem yang abang Zaf akan keluarkan ayat-ayat yang romantik gila pada akak..”sakatnya pula pada kakaknya.Muka Aishah pula kemerahan.Satu cubitan hinggap di pinggang Ella.

  “adoi!sakit lah kak habis lah lebam badan adik..sama  jek dengan abang Zaf suka buli orang”kata Ella seakan merajuk.Aishah dengan Zafril tersenyum.

“yela nanti abang belikan hadiah untuk adik tanda mintak maaf okey”sampuk Zafril sambil berjalan menuju kearah dua beradik tu.Ella sudah tersenyum lebar.cepat saja dia mengganggukkan kepalanya.

                                ***********************************************

“kita nak pergi mana ni wak?”tanya Aishah selepas kian lama menyepi didalam kereta.Hanya kedengaran corong radio saja yang berbunyi.

   “dating”selamba Zafril menjawab,Aishah menaikkan kening.Kelihatan Zafril tersenyum manis. ‘handsome’puji Aishah dalam hati jarang dia melihat senyuman itu.Setiap kali lelaki itu tersenyum padanya jantungnya rasa seperti nak gugur.

“kenapa pandang saya macam tu kacak sangat ke?”tanya Zafril setelah perasan kekasih hatinya itu memandangnya tanpa berkelip.Aishah mengalihkan pandangannya keluar cermin.Zafril ketawa kecil.Suka dia dapat menyakat Aishah.

   “cantik awak hari ini”Ikhlas zafril memuji  kekasihnya itu.

“saya tahu”selamba Aishah membalas.Zafril mencebik. ‘perasan juga budak ni’ngomel hati Zafril.Aishah tersenyum geli hati dengan kata-katanya sendiri.

  “Awak ni nak bawa saya pergi mana sebenarnya ni?”Soal Aishah setelah lama menyepi.Hampir satu jam perjalanan mereka tapi masih tak sampai-sampai.Naik lengguh punggungnya duduk lama-lama didalam kereta.Dia menoleh kearah Zafril yang masih mendiamkan diri.

“ehemmmm..”Aishah berdehem kasar.Terkejut Zafril dibuatnya.Dia menoleh.Aisha memandangnya tajam. ‘berangan ke apa mamat ni?’ngomel Aishah dalam hati.

   “Awak cakap apa tadi?”Zafril bertanya kepada Aishah yang masih memandangnya sesekali mengangkat sebelah kening semirip Ziana Zain.Zafril pelik melihat perangai Aishah tak semena-mena memandangnya macam tu.Meremang bulu romanya.

“Awak berangan ea?”Aishah menduga.Terbatuk kecil Zafril bila diajukan soalan begitu kepadanya. ‘macam mana dia tahu aku berangan?’

  “Tengok tu berangan lagi”Tegur Aishah kesekian kali.Zafril hanya tersenyum.

“mana ada”Zafril mengalihkan perhatiannya kejalan.Tiba-tiba rasa segan pula bila bertentangan mata dengan wanita kesukaannya itu.Dah lah dia tertangkap mengelamun tadi.Aishah tersenyum nakal.

  “Awak menungkan sapa ni?kekasih lama ea?”usik Aishah.Makin kuat batuk Zafril kedengaran.Aishah menepuk perlahan belakang Zafril. ‘mamat ni tersedak ke tercekik? teruk benar batuknya.Terkejut beruklah tu dengar soalan aku’.monolog Aishah didalam hati.Dia sudah ketawa kecil.Geli hatinya melihat keletah tunangnya tu.Macam-macam lah keletah manusia yang bernama Zafril Zamri ni.

“aik..tadi kata orang berangan  sekarang dia pun sama berangan.Dah-dah lah tu tepuk belakang saya mula-mula memanglah best tapi lama-lama rasa perit pula bila ditepuk macam tu”Usik Zafril pula bila melihat Aishah masih tidak berhenti menepuk belakangnya walaupun dia sudah berhenti batuk.Pantas Aishah menarik tangannya dari belakang Zafril,merah pipinya kala ini.Dia menggalihkan pandangannya keluar tingkap. Aishah mengutuk dirinya macam manalah dia boleh berangan.
“okey kita dah sampai”ujar Zafril sambil membukakan pintu kereta untuknya.Aishah hanya menurut.Dia mengukirkan senyuman. “thank” Zafril pula membalas senyuman.Dia mengalihkan sedikit tubuhnya untuk memberi laluan kepada Aishah.Kaki Aishah tiba-tiba kaku.Dia terpanar dengan apa yang dilihatnya.

   “CANTIKNYA!!”hanya itu yang mampu keluar dari mulut Aishah tika itu.

“For you sayang”bisik Zafril kepada Aishah dengan nada yang penuh menggoda.Aishah memandang Zafril dengan pandangan yang lembut tak seperti selama ini. Dia menggukir senyuman yang paling manis kepada bakal suami tersayangnya. ‘TERSAYANG?’Zafril menarik tangan Aishah untuk menurut langkahnya menuju kearah meja yang  telah dikelilingi ribuan lilin.Aishah terpaku pada satu sudut yang terukir namanya dan Zafril ditengah-tengahnya terletak sebentuk hati bermaksud ‘ZAFRIL LOVE AISHAH’

   Zafril menarik kedua-dua tangan Aishah lalu dia melutut didepan wanita itu.Dikeluarkan sekotak cincin lalu dibukanya.Mata Aishah mula bergenang.Dia menekup mulutnya terkejut  dengan tindakan Zafril.Tak sangka dia yang Zafril akan sanggup buat macam itu.

“Will you married me?”tanya Zafril yang masih melutut.Tak semena-mena air mata Aishah mengalir.Hanya anggukan saja yang mampu diberikan Aishah .Zafril mula berdiri.Dia mengelap air mata yang mengalir dipipi Aishah.Dia tersenyum. ‘comel bila dia menanggis’desis hati Zafril.

  “I Love You”Luah Zafril lembut.Dia menggengam erat kedua-dua tangan Aishah.

“I Love you too”Balas Aishah ikhlas.Air mata Aishah kembali menggalir. ‘yaallah..kau restuilah dan berkatilah hubungan kami ni,semoga kami berkekalan hingga akhir hayat’Doa Aishah dalam hati.


p/s:hemmm2…testing2!!hehe..cerpen pertama lela..hope okey lah.lepas bace komen k. >O< SOKONGAN ANDA SANGAT SAYA HARGAI ^.^ macehhh~

3 comments:

  1. pendeknya.. haha
    Suka baca... Nice story... :)

    ReplyDelete
  2. haah best sangat...tp kenape pendek??
    anyway nice story...teruskan usaha..=D

    ReplyDelete
  3. hehehe..memang pendek sbb cerpen!!saja try2..thank sebb sudi bace.. <3

    ReplyDelete