meh!follow saya

Monday, 8 October 2012

Berikan aku cinta! part 3&4



 BERIKAN AKU CINTA!

Part 3

By:lela vanila

Eila safiyyah memegang dahinya.Dia melihat mukanya didalam cermin tandas mukanya berubah merah.Malu.Dia betul-betul benggang dengan tindakan Nik Haikal yang suka hati saja mencium dahinya.Dia memegang dadanya pula.Dah beransur tenang tidak seperti semasa dia berjumpa dengan Nik Haikal tadi.Kencang seakan tak mahu berhenti.Eila tersenyum.

“kenapa dengan aku ni?”soal Eila pada dirinya.Dia sendiri tidak pasti dengan apa yang dirasainya sekarang.Suka ke benci?

“mamat ni memang nak kena dengan aku.Saja aje nak sakitkan hati aku.Kena dia satu hari nanti dengan aku.”Eila Safiyya mengetap bibirnya.Geram.

Pili paib dibuka.Eila membasuh mukanya dengan air berulang-ulang kali untuk buang perasaannya yang dia sendiri tidak dapat nak tafsirkan.Dia benci perasaan ini.Kenapa mesti ada perasaan ini pada dirinya.Cukuplah sekali.Dia tak nak hatinya dicuri lagi oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab.

“aku tak akan benarkan sesiapa pun hadir dalam hati aku lagi kecuali dia lelaki yang aku cari selama ini yang mempunyai kunci hati aku  dan mampu buka balik pintu hati aku.Aku akan tunggu saat itu.”kata Eila penuh yakin.Dia tersenyum puas.

Tangannya diseluk kedalam kocek lalu dikeluarkan sapu tangan yang berwarna ungu iaitu warna kegemarannya kemudian air yang berada dimukanya dilap.Barulah dia terasa segar sedikit.Rambutnya yang bertocang dua dibetulkan.

‘okey dah comel’desis hatinya.Ada tawa kecil dihujungnya.Dia menilik jam ditangannya.

“alamak!dah lambat sekarang waktu cikgu doremon.Mampuslah aku”
Pantas Eila Safiyyah mengorak langkah untuk menuju kekelasnya.Baru saja dia keluar dari tandas tubuhnya terasa melayang.

GEDEBUKK!

“ADUH!dah jatuh ditimpa tangga betullah aku ni”ngomel Eila.Dia mengosok punggungnya yang terasa perit.Satu-satu masalah yang menimpanya.Malang betul.

“awak tak apa-apa?”soal orang yang melanggarnya.Pergerakkan Eila tiba-tiba kaku.Dia seperti kenal suara lelaki yang menegurnya.Matanya masih memandang lantai.Tidak berani dia untuk mengangkat wajahnya.Jantungnya seakan berhenti seketika apabila mendengar suara lelaki berkenaan.

‘Tak mungkin!tak mungkin dia ada dekat sini.Bukan ke sekarang dia sedang belajar diluar negara?Tapi kenapa suara budak ni sama dengan suara dia.Tak akan pelanduk dua serupa.’perbagai soalan bermain dihati Eila.Lelaki yang berada didepan Eila memandangnya pelik.

“miss are you okey?”soalnya lagi.Masih tiada jawapan.Akhirnya dia cangkung memandang gadis yang terduduk didepannya.Dia melambai-lambaikan tangannya.Masih tidak berkutik.

‘perempuan ni pekak ke?’Hakim mengaru kepalanya yang tidak gatal.
Hakim menongkat dagunya pula sambil memandang gadis yang berada didepannya.Dia mengeluh.

‘sampai bila budak ni nak duduk dekat sini?susah-susah aku angkat hantar dekat bilik rawatan karang.’ngomel Hakim.

 “hemp!hemp!”Hakim Ynag sudah penat menunggu berdehem.Hampir 5 minit keadaan mereka begitu.Siapa yang tidak bosan.Eila yang baru tersedar dari mengelamun memandang lelaki yang berada didepannya.Terbeliak biji matanya.Sah!memang dia.Jantung Eila berdegup kencang seperti kereta Formula 1.Mukanya berubah pucat kalau ditoreh pasti tiada darah.

“Eila!”Hakim yang terkejut melihat gadis yang ada didepannya berdiri tegak.Eila Safiyya turut melakukan perkara yang sama.Dia mengibas-gibas bajunya yang sedikit kotor.

“you sekolah dekat sini?”soal Hakim teruja.Eila masih memandangnya kaku.Tiada jawapan.Peluh mula memercik keluar.Eila gelabah.Jiwanya tidak tenang.Kenapa mesti lelaki ni muncul semula dalam hidup dia.Kenapa?

“saya masuk kelas dulu”

Pantas Eila melangkah pergi meninggalkan Hakim yang terkebil-kebil memandangnya.

“Eila tunggu!!”panggil Hakim.Eila Safiyyah tidak menoleh mahupun menyahut panggilannya.Langkahnya semakin laju dan kelibatnya semakin menghilang.

“small world Eila”Bisik Hakim.Dia tersenyum leba.Dah lama dia mencari gadis ini.Akhirnya berjaya juga dia menemui.Eila pasti akan menjadi miliknya.Itu dia pasti.

Hakim terpandang sapu tangan yang berada diatas lantai dimana tempat Eila baru terjatuh tadi.Dia mengambil sapu tangan tu.Kelihatan corak tulisan bernama ‘E love H’ terdapat diatas sapu tangan itu.Hakim tersenyum puas.Ternyata Eila masih menyayanginya.Digenggam sapu tangan itu lantas dibawa kedadanya.Hakim tersenyum lebar sambil berjalan menuju kekelas barunya.
                                               ******************************

“Assalammualaikum”

“waalaikumussalam,lambat balik sayang?”soal Datin Aishah kepada Eila yang sedang membuka stokingnya di luar pintu.

“Ada kelas tambahan tadi umi”balas Eila sambil mencium tangan uminya.Itulah rutin harian dia.Dia akan menyalam tangan kedua ibu bapanya kemana saja dia pergi.Sudah menjadi kebiasaan.

“Abi dah balik umi?”soal Eila.

“belum sekejap lagi baliklah tu.Dah pergi atas mandi lepas tu solat nanti kita makan sama-sama sementara tunggu Abi balik”

“Baiklah”Angguk Eila.Beg diatas sofa dicapai sempat dia menghadiahkan satu  ciuman di pipi ibunya.Datin Aishah hanya tersenyum lalu menggelengkan kepala.Eila sememang anak yang manja.Biasalah Eila merupakan anak tunggalnya.

                                               ****************************

“arghh!!bestnya dapat baring”

Sampai saja didalam bilik Eila sudah melakukan kuak lentangnya di atas tilam bersaiz queen.Nasib baik badannya kecik jadi tak adalah bergegar tilam dibuatnya.Dia menguling-gulingkan badannya diatas katil.Sekejap ke kiri sekejap ke kanan.Dah penat dia berhenti ditengah-tengah katil.Tangannya mencapai teddy bearnya yang sederhana besar daripada badannya.Di peluknya erat patung itu.Kalaulah manusia mahu sesak nafas dibuatnya.

“cekcek!kenapa dia muncul balik dalam hidup aku ek?”soal Eila kepada tedy bear kesayangannya yang diberi nama Cekcek.

“Kenapa dia buat aku macam ni.Aku sayang dia Cekcek.Tapi lepas apa yang dia dah buat pada aku...”kata-kata Eila terhenti disitu.Air mata mula mengalir keluar dari kelopak matanya.Tiba-tiba hati dia sayu apabila teringat kembali kenangan lalu yang telah menyebabkan dia benci akan manusia yang bernama lelaki dan takut untuk bercinta.

“Eila,dah mandi belum.Papa Eila dah lama tunggu tu dekat bawah”panggil bibik Som orang gaji rumahnya yang berada di luar pintu biliknya.Wanita itu mengetuk pintu biliknya berkali-kali.
Eila yang tersedar dari mengelamun menyeka air matanya.Dia berdehem untuk menghilangkan getar suaranya.

“Kejab lagi Eila turun bik”balasnya.Pantas tangannya mencapai kain tuala yang tersedia sidai di tempatnya.Eila menarik nafasnya panjang-panjang kemudian dilepaskan.Barulah jiwanya rasa stabil.Kenangan dulu betul-betul menyeksa jiwa dan raganya. ‘Hakim Syafie’Nama itu tak pernah luput dari ingatan Eila.Manusia yang sepatutnya bertanggungjawab melukakan hatinya.

                                               *********************************

“hai Eila”tegur hakim tiba-tiba.Dia yang sedang berbual dengan kawan-kawannya   didalam kelas ternampak Eila seorang diri sedang menuju kebilik guru sambil memikul buku.Kebetulan gurunya tiada jadi peluang untuk dia mendekati wanita itu.Sengaja dia mengekori Eila.Rindu dia pada gadis yang pernah bertakhta dihatinya dulu dan mungkin juga kini.

“opocot!”terkejut Eila dengan teguran tadi habis terpelanting semua buku yang dipegangnya.Dia yang sedang berangan tadi betul-betul terkejut.Dia mengurut dadanya yang  terasa macam nak terpelanting.Hakim ketawa berdekah melihat Eila melatah.Eila memandang Hakim tajam.Dia mengigit bibirnya manahan marah.Dalam hati rasa nak sepak laju-laju aje muka mamat ni.

“maaflah tak sengaja”Ujar Hakim sambil tangannya ralit membantu Eila memunggut buku yang bertaburan.

“tak payah nak minta maaf sangat”Sindir Eila.Dia merampas buku yang ada ditangan Hakim.Lelaki itu hanya tersenyum.Dia tahu Eila masih marah dengan dia atas apa yang telah berlaku duhulu.

“Nak saya tolong?”tanya Hakim.Dia menghulurkan tangannya ingin membantu Eila yang sedang membawa buku.Eila memandang Hakim sekilas.Timbul satu agenda yang ingin dilakukannya.Dia tersenyum nakal.

“betul ni nak tolong?”soal Eila saja menduga.Hakim hanya menganggukkan kepalanya.

“okey,kalau itu yang awak nak.Nah!ambil buku-buku ni semua tolong hantarkan dekat atas meja cikgu Sabri”Eila meletakkan semua buku-buku latihan yang dibawanya ke atas tangan Hakim.Mata Hakim terkebil-kebil.Terkejut dengan tindakan Eila.

“dah apa termenunung lagi tu?pergilah hantar tadi nak tolong sangat”jerkah Eila.Dia menggosok kepala Hakim kasar.Habis serabut rambut lelaki tu.Eila ketawa kecil.

‘padan muka kau’desis hatinya.

“Terima kasih yer cik abang”ucap Eila gedik.Saja nak menyakitkan hati Hakim.Dia berlalu pergi meninggalkan Hakim yang kaku dengan buku-buku yang bertimbun didadanya.

“perempuan ni memang nak kena”Hakim melangkah pergi menuju ke bilik guru dengan perasaan geram.

                                               *********************************

“beb,apa cerita?”Soal Irfan.Dia menepuk lembut bahu Nik Haikal yang sedang membaca buku.Padahal otaknya entah kemana.Dari tadi Irfan tengok Nik Haikal asyik termenung. Nampak saja macam baca buku tapi muka suratnya tak berubah pun.Muka surat yang sama juga.Irfan tersenyum.Jarang nampak kawan baiknya perangai macam ni.Tak lain tak bukan mesti pasal perempuan.

“kau ada masalah ke?”soalnya lagi.Dia duduk disisi Nik Haikal.

“tak ada apa-apa lah.Aku okey”balas Nik Haikal lemah.Kening Irfan terjongket.

“macam ni kau kata okey?muka kusut masai aku tengok”

“betullah aku okey”

“kau jangan tipu aku lah Nik.Aku kenal kau dari kecik.Kau ada masalah kan?cerita lah dekat aku mana tahu aku boleh tolong.”

Irfan betul-betul sahabat yang sejati.Dia sentiasa ada disisi Nik bila dia memerlukan.Seorang yang amat memahami.Beruntung Nik mendapat kawan seperti Irfan ni.Nik Haikal tersenyum memandang Irfan.Perlu ke dia ceritakan masalah dia dekat Irfan?mana tahu Irfan boleh tolong.Nik Haikal menarik nafasnya.Dalam.

“Mama aku nak tunangkan aku”perlahan saja suara Nik Haikal.Irfan memandang Nik Haikal tidak percaya.Hanya keluhan berat dilepaskan Nik Haikal.

“kau serius?”soal Irfan sedikit terkejut.Nik Haikal mengangguk.

“dengan siapa?”

Nik Haikal hanya diam.Tiada jawapan.Dia tak pasti sama ada nak bagi tahu ke tidak dengan siapa dia akan bertunang.

“it’s okey kalau kau tak nak cakap siapa.Aku faham.Aku harap kau kuat untuk hadapinya.”Irfan baru saja mahu bangun Nik Haikal menahan.

“dengan adik sepupu aku,Eila Saffiya”akhirnya Nik Haikal mengalah.Terbeliak mata Irfan.Dia duduk semula.

“kau serius?”soal Irfan lagi.Seperti biasa hanya anggukan dibalas Nik Haikal.Irfan ketawa kecil.

“apasal kau ketawa?”Tanya Nik Haikal geram.Orang lagi susah hati dia boleh ketawa.Ada yang makan buku lima ni karang.Irfan mengelengkan kepalanya.

“tak sangka”

“apa yang tak sangka?”Nik Haikal memandang Irfan tajam.

“Eila tu adik sepupu kau.kau tak pernah pun cerita dekat aku yang Eila tu adik sepupu kau.So,maknanya Balqis tu pun samalah ye?”hanya anggukan diberi.

“aku bukan apa.Malas nak kecoh-kecoh tak penting pun”Nik Haikal menyandarkan badannya.Rambutnya dikuak kebelakang.Kepala dia betul-betul serabut.

“kau setuju ke?”

“kau rasa?”

“kita tanya dia.Pastu dia tanya kita balik”Nik Haikal tersenyum.

“hah!macam ni lah senyum barulah sesuai dengan gelaran PRINCE kau tu.Barulah cair gadis-gadis tengok”gurau Irfan.Nik Haikal ketawa.Kawannya yang seorang ni memang pandai menenangkan jiwanya. ‘TERIMA KASIH KAWAN’

“aku harap kau bersabarlah okey!pasti ada hikmahnya”
Nik Haikal tersentak.Kata-kata Irfan sama seperti mamanya.Adakah ini secara kebetulan atau sememangnya sudah tersurat?Nik Haikal hanya tersenyum kelat.Mungkin betul apa yang dikatakan Irfan dan mamanya.

                                               ****************************

“Kenapa awak muncul lagi dalam hidup saya!?Kenapa awak ganggu hidup saya?”jerkah Eila Safiyyah.Geram dia dengan perangai lelaki yang tak faham bahasa macam Hakim ni.Makin dia cuba mengelak semakin tu jugalah lelaki ni cuba menganggu hidupnya.Hakim dipandang tajam.Dia sememangnya rindu akan wajah lembut milik Hakim Syafie tapi dia cuba melawan perasaannya. ‘Kau masih sayang dia Eila Safiyya’bisik satu suara.

 ‘aku benci dia!’jerit hati Eila cuba melawan kata-kata yang bermain difikirannya.

Lelaki itu tersenyum.Hati Eila berdebar melihat senyuman Hakim yang begitu mengoda.

“saya rindu awak Eila”tenang saja Hakim berkata.Eila mencebik.Rindu?huh...

“untuk apa Hakim?awak dah lama tinggalkan saya.Awak tak ingat?wanita tu lebih bermakna daripada saya kan.Jadi untuk apa awak rindu saya.Saya kan hodoh,skema.Tidak layak untuk lelaki sekacak dan sebagus awak”sinis kata-kata Eila.Wajah Hakim berubah kelat.

“maafkan saya Eila.Saya sedar memang silap saya sebab buat awak macam tu.Saya fikir dia perempuan yang baik tapi sebenarnya tidak.Saya terlalu bangga dengan kelebihan saya sehinggakan saya tak sedar saya dah lukakan hati awak.”Hakim menarik nafasnya.Dalam.Kemudian dilepaskan perlahan-lahan.

“Tisha sebenarnya mahu merosakkan hubungan kita.Dia yang merancang semuanya.Saya buta selama ini Eila.Please!bagi saya satu lagi peluang untuk menebus segala salah saya pada awak”Rayu Hakim.Dia menggengam tangan Eila erat.Gadis itu hanya membiarkan.Dia merenung mata Hakim untuk mencari kebenaran.


‘perlukah aku memberinya satu lagi peluang? Yaallah bantulah hambamu ini’

Sedang masing-masing melayan perasaan mereka tidak sedar ada seseorang sedang memerhati pergerakan mereka dari jauh.Nik Haikal mengempal penumbuk lalu menumbuk sebatang pokok yang berada disebelahnya.Sakit ditangannya tidak sesakit hatinya kini.Nik Haikal mendengus kasar.

“tak guna”

Nik Haikal berlalu pergi membawa seribu kesakitan yang dirasai.Dia memegang dadanya yang terasa sakit.Tak pernah dia rasa sesakit ni.Eila Safiyyah betul-betul buat jiwa dia kacau.

“Hakim!”panggil Eila lembut.Hakim masih menatapnya.Tidak lepas walau seminit.Wajah itu memang dirinduinya.Eila dah banyak berubah.Dahulu seorang gadis yang skema berubah menjadi cantik.Dia bodoh dulu kerana mengikut perasaan dan hasutan Tisha.Ya! dia memang bodoh!Tak akan dilepaskan lagi Eila Safiyya.Gadis ini milik dia.

“maafkan saya.Saya rasa lebih baik kita berkawan.Kita lupakan kisah lama.Saya tak nak perkara lalu berulang lagi.Kita kawan”Eila menarik tangannya perlahan dari pegangan Hakim.

“Tunggu dulu Eila”Hakim memegang tangan Eila yang baru saja mahu melangkah pergi.Kaki Eila terhenti.Dia berpaling.

“kalau betul awak tak sayang saya lagi tapi kenapa awak masih simpan sapu tangan ni?”soal Hakim sambil menunjukkan sapu tangan kepunyaan Eila yang diberinya dulu.Gadis itu tersentak.Patutlah dia cari sapu tangan tu tak jumpa.Rupanya ada pada Hakim.Eila mengeluh.Kenapalah dia tak buang saja sapu tangan tu dulu.

“saja,buat kenangan”balas Eila menahan getar.Hakim ketawa sinis.

“Jangan tipu saya Eila.Awak masih sayang dan cintakan sayakan?”
Eila Saffiya menyentap tangannya.Geram betul dengan perangai Hakim yang suka menyakitkan hatinya.Sapu tangan yang dipegang hakim dirampas.Lalu dicampak keatas tanah.

“Saya benci awak Hakim Syafie”Jerit Eila.

Eila Saffiya berlari bersama tangisan yang tiada henti.Hakim tidak mengejar.Hatinya menahan.Kakinya kaku.Terkejut dengan tindakan Eila.

‘betul ke dia benci dekat aku?tak aku akan buat dia  cinta balik dekat aku.Tak kira apa pun yang jadi’

Hakim mengambil semula sapu tangan diatas tanah yang dibuang Eila.Dia membersihkan kotoran yang terlekat.Dia tersenyum.


“just wait and see”






PART 4

“Baru balik sayang?”soal Datin Ramlah kepada anak bujangnya.Nik Haikal hanya tersenyum kelat.Dia menyandarkan tubuhnya disofa.Terasa urat-urat yang kendur tegang semula.Seharian dia digelanggang bola jaring melepaskan tekanan.Dia melihat jam didinding rumahya sudah menunjukkan keangka 8 malam.

“sayang pergi mana ni?lambat balik”soal Datin Ramlah lagi.Pelik dia melihat perangai anak bujangnya.Sejak dua menjak ni perangai dia dah berubah.Seorang yang periang menjadi pendiam.Pelik dia dibuatnya.Bila ditanya diam.Naik pening kepala Datin Ramlah.Mungkin disebabkan pertunangan anaknya yang berlangsung seminggu yang lepas menyebabkannya jadi begini.

“Nik okey ma”balas Nik Haikal.Dia memejamkan matanya.Terasa lenguh seluruh badan.Dia terasa seperti jiwanya separuh telah hilang.Badannya betul-betul lemah.

“yela,Kamu dah makan?”Hanya anggukan diberi Nik Haikal.

“dah,naik atas mandi pastu solat.Lepas tu rehat.Mama tengok kamu ni macam tak bermaya jek.Muka pun dah pucat mama tengok.”Kata Datin Ramlah sambil membelek-belek muka anaknya.Risau hati ibuannya apabila melihat anak kesayangan macam ni.

“Nik sihat ma”balas Nik Haikal.Dia mencapai begnya lalu melangkah mendaki tangga.Datin Ramlah hanya mengelengkan kepalanya.Anaknya yang seorang ni memang sukar diramal hatinya.

                                               **********************************

Paib air dibuka.Air bercucuran menyimbah kelantai bilik air.Nik membiarkan air mencurah keatas badannya.Lama.Dia merenung wajahnya didalam cermin didepannya.Hatinya berperang hebat.Sakit betul hatinya.Dah banyak kali dia melihat Eila bersama Hakim budak sama baya dengannya tapi berlainan kelas.Tangannya melekap kedinding.Dia merenung wajahnya puas-puas.

‘apa yang kurang dekat aku?’desis hati Nik Haikal.Rasanya dia dah cukup kacak kalau tidak tak akanlah budak perempuan dekat sekolah dia boleh tergila-gilakan dia.Tapi kenapa bukan Eila Saffiya?kenapa dia mesti memilih lelaki tak guna tu.Dia tunang Eila tapi dilayan seperti sampah.Hati Nik Haikal mula menghasutnya.

Haikal menumbuk cermin bilik airnya.Habis bersepai kaca jatuh kelantai.Darah mula mengalir keluar dari tangan Nik Haikal.Dia hanya membiarkan.

“kau milik aku Eila”Nik Haikal menutup pili air.Dia berlalu keluar.Otaknya ligat memikirkan apa yang perlu dia lakukan untuk membuatkan Eila menyukainya.Memang dia akui dia dah jatuh cinta dengan Eila Saffiya sejak kali pertama dia berjumpa Eila semasa baru pindah kesini.Eila Safiyya dulunya tinggal di USA bersama ibu bapanya.Tetapi pindah kesini kerana Abinya ada urusan kerja.Sebab itulah dia selalu membuli Eila kerana mahu minta perhatian tetapi gadis itu masih membuat bodoh setiap kali mereka berjumpa.Sakit hati betul.Nik Haikal mendengus.

Tangannya yang luka dibalut kemas.Dia mengerang kesakitan.Baru sekarang terasa sakit.Semuanya sebab Eila Saffiya.Hidup dia kacau bilau sejak dia ditunangkan bersama Eila.Jika kau jodoh aku ‘Berikan Aku Cinta’ Eila Saffiyah.Nik Haikal tersenyum.

‘just wait and see.YOU MINE’desis Nik Hakim.Perkataan yang sama dikatanya oleh Hakim.

                                                               *************************
“Balqis,sekejap”

Balqis yang baru saja mendaki tangga menoleh kebawah.Keningnya terangkat.Mamat ni selalu saja menganggu hidup dia.Tak boleh nak tengok dia senang.Mana dia pergi mesti Nampak batang hidung yang tak berapa nak mancung lelaki ni.Pastu bila terjumpanya tersenggih macam kambing.Meluat pula rasanya.

“Awak nak apa Irfan”tanya Balqis malas.Kakinya menyambung langkah mendaki tangga.

“tunggulah sekejap.Saya ada benda nak tanya dekat awak ni”Irfan mengikut langkah Balqis yang semakin lama semakin laju.Naik semput dia mengejar Balqis.Macam lipas kudung perempuan ni jalan.

“Awak nak tanya apa?”soal Balqis.Langkahnya terhenti.Irfan yang berada dibelakang nyaris-nyaris terpeluknya.

‘brek tak bagi signal,nasib baik aku ni cekap.Kalau tak.Memang dapat peluk free kejap lagi’ngomel Irfan.Sempat dia berangan.Balqis yang berada didepan sudah geram.

“aduh!duh!duh!Sakitlah cik Balqis oi”ngaduh Irfan.Tak pasal tangannya menjadi mangsa cubitan maut dari Balqis.

“Itulah berangan lagi.Tadi bukan main nak jumpa kita.Bila dah ada depan mata boleh pula berangan.Itu baru sikit.Belum ken tumbukan maut dari saya”Ujar Balqis geram.Dia membuka kasutnya lalu disusunkan dirak yang sedia ada.Irfan turut melakukan perkara yang sama.
“mana ada saya berangan”bisik Irfan.Maklumlah mereka sekarang sedang berada didalam perpustakaan.Mana boleh membuat bising.Balqis mencebik.

“poyo”

Balqis mengambil tempat duduk yang berada hujung sekali.Tempat itu sudah menjadi tempat rasmi dia sejak dia melangkah jejakkan kaki kesekolah ini lagi.Dah macam tuan punya perpustakaan pula.Balqis tersenyum.

“hah!temgok tu senyum sorang-sorang tak betullah tu”gurau Irfan yang turut serta duduk didepannya.Balqis mengeluh.

“tak pergi-pergi mamat selengge ni?aku inggatkan dah berambus tadi.Kacau ketenteraman aku betullah”ngomel Balqis.Dia tidak mengendahkan Irfan yang ada didepan.Matanya masih difokuskan pada bacaan.Irfan naik bosan.Sempat dia mengurat pelajar-pelajar junior yang baru saja masuk kedalam perpustakaan.Pelajar junior yang perasan cantik pun apa lagi mengatallah.Balqis yang ada didepannya masih menunjukkan wajah tiada perasaan.Irfan mengeluh.

“Balqis”panggil Irfan lembut.Gadis itu masih tidak memandangnya.

“BALQIS!”jerit Irfan.Habis hilang semua kemachoannya.Semua yang berada disitu memandang kearah mereka.Pengawas perpustakaan sudah meletakkan jari telunjuknya kebibir tanda diam.Irfan hanya tersenyum menahan malu.Balqis yang ada didepannya masih buat muka tak tahu.Akhirnya Irfan mengalah.Perempuan ni memang susah betul nak dekat.Tak macam perempuan-perempuan lain yang penah dia mengurat.Semua sangkut tapi yang peliknya Balqis tak pernah pula.

“tak apalah kalau awak tak nak cakap dengan saya.Ingatkan nak tanya awak pasal Nik dengan Eila.Tapi nampaknya awak macam tak berminat nak bercakap dengan saya.So,saya balik kelas dululah”ujar Irfan.Ada nada ngajuk dalam kata-katanya.Dia benar-benar terasa hati dengan kelakuan Balqis yang sering mengabaikannya.

“yela,awak nak cakap apa?”akhirnya Balqis mengalah.Tersenyum lebar Irfan dibuatnya.Mission Complete.Ada peluang lah dia.hehe

                                               ********************************

“Again ummi?”soal Eila.Nampaknya kena tinggal lagilah dia dekat rumah Mak Longnya.Malas betul.

“sorry dear,Abi ada emergency.That why kena bertolak esok pagi.”Datin Aishah duduk disisi anaknya yang sedang bersila dibirai katil.Terdengar satu keluhan dibibir Eila.

“Eila ikut”selamba saja Eila berkata.Satu tamparan kecil hinggap dipehanya.

“kamukan sekolah”

“ala..kan boleh ambil cuti”Datin Aishah mengelengkan kepalanya.

“jangan nak ngada-ngada.Kamu dah nak exam.Ummi nak kamu focus dengan pelajaran kamu.Ummi dengan Abi dah amanahkan Mak Long untuk tengok-tengokkan kamu.”

“Kalau duduk rumah Mak Su boleh tak?”Eila Safiyya cuba memujuk ibunya.Sejak ditunangkan dengan Nik Haikal jiwa Eila tak tentu hala bila berjumpa dengannya.Macam-macam cara dia lakukan agar tidak terserempak dengan lelaki itu.Mungkin sebab itu Nik terasa dengannya.Tapi itu lebih baik dari dia harus berperang dengan perasaan sendiri.Tak Rela dehh..

“dah,kamu jangan nak macam-macam.Ummi dah cakap dah dengan Mak Long.Dia pun dah setuju.Gembira lagi.Lagipun Mak Long kamu tu kan bakal Mak Mentua kamu jadi apa salahnya kalau kamu bermesra-mesra alam sikit dengan dia.Bolehlah dia uji kebolehan kamu.”Datin Aishah tersenyum lebar melihat wajah Eila yang berubah kelat.Takutlah tu.Sengaja Datin Aisha mahu menyakat anak kesayangannya.

“Ummi ni.Sengaja aje tau”Eila muncungkan bibirnya.Datin Aishah yang perasan mengkapit bibir anaknya.Mengerang kesakitan anaknya.

“muncungkan selalu bibir tu.Ummi potong baru tahu”marah Datin Aishah.Marah manja-manja saja.Eila tersenggih.

“nanti Eila mesti rindu dekat ummi dengan Abi”ujar Eila.Dia memeluk bahu ibunya erat.

“Ummi dengan Abi pun akan rindukan kamu”Dati Aishahmembalas pelukan anaknya.

“berapa lama Ummi dengan Abi pergi?”

“two month”

“apa?two month?”ternganga mulut Eila mendengar jawapan Datin Aishah.

“Kalau betul terkejut pun tutuplah mulut tu,karang tak pasal-pasal lalat buat rumah”Datin Aishah mengatupkan mulut anaknya.Dia ketawa kecil melihat keletah anaknya.Eila yang berada disebelah pula  menelan air liurnya.Kelat.Dua bulan ibu bapanya ke luar Negara maksudnya dia perlu tinggal dengan Nik Haikal selama itu juga.Apa?Tak mungkin?Balqis tolong aku?!

Eila menggelengkan kepalanya berkali-kali.Dia merasakan dirinya seperti sedang bermimpi disiang hari.Apakah semua ini benar-benar terjadi atau dia hanya bermimpi.Kalau benarlah dia sedang bermimpi tolong sesiapa sedarkan dia dari mimpi ngeri ini.Hati Eila merintih.Datin Aishah yang tidak tahu apa-apa hanya memerhati anaknya yang kelihatan pelik.Wajahnya betul-betul terkejut.Malas nak ambil pusing Datin Aisha meninggalkan saja anaknya sendirian didalam bilik melayan perasaan.Fikirannya mungkin anaknya tidak sampai hati untuk berpisah dengannya sebegitu lama.Tapi bukankah anaknya dah selalu ditinggalkan.Akhirnya,dia malas mahu berfikir dia hanya tersenyum kecil. 

2 comments: