Vanilla Cup Cake
Writer by:Lela Vanila
“Dik,vanilla cup cake ada lagi tak?”
“ada kak tapi tinggal satu aje”jawab pekerja di bakery.Dia tersenyum manis memandang Naziha.
“satu je?umm..tak apalah akak nak ye”ujar Naziha sambil tersenyum lebar.Akhirnya dapat juga dia mencari kek kegemarannya walaupun satu.
‘jadilah daripada tak ada’desis Naziha.
Pekerja itu menganggukkan kepalanya.Pantas Naziha mengeluarkan not berjumlah lima ringgit lalu dihulurkan kepadanya.Kotak berisi cup cake beralih tangan.
“Yaallah,sedapnya bau dia.Dah lama aku tak makan vanilla cup cake.Rindunya aku”
Naziha mencium kotak yang berisi cup cake.Dia menarik nafas panjang lalu dilepaskan perlahan-lahan.Puas betul hatinya bila dapat apa yang di ingini.
“Ni semua sebab Nora,kalau bukan dia mengajak aku berdiet bagai mesti aku tak akan rindu vanilla cup cake aku sampai macam ni.Dia yang nak kurus ,kita sekali terlibat.Malas aku melayan.Yang penting dapat makan kek kesukaan aku.Yess!”Ngomel Naziha sambil tersenyum lebar keluar dari kedai kek.
Naziha mengintai Vanilla cup cakenya.Tak sabar rasanya nak makan.Naziha menelan air liur nya yang kecuh melihat keenakan Vanilla cup cake yang mencucuk-cucuk hidungnnya.
DUSH!!
Kotak cup cake ditangan Naziha terjatuh selepas dilanggar seseorang.Terjegil mata Naziha melihat cup cakenya jatuh berkecai diatas lantai.Terasa seperti nyawanya diragut sekali.
“Cup cake aku”Sayu hati Naziha melihat cup cakenya jatuh diatas lantai.Dia cangkung sambil memandang cup cakenya.
‘kempunan telur tembakullah aku.Tak sempat aku nak merasa’Naziha meletakkan hujung jariny dibibir.Dia menelan air liurnya.
‘Tak guna betullah orang yang melanggar aku ni’
Pantas Naziha berdiri.Dia mencari-cari kelibat manusia yang melanggarnya.Dah langgar tapi tak reti nak minta maaf.Sabar sajalah.
“wei..mamat”Jerit Naziha sambil menunding jari kearah lelaki yang sedang bergayut ditelefon.Lelaki itu memusingkan badannya.
“What?me?”soal lelaki itu sambil menunding jari kemukanya.Cermin matanya ditanggalkan.Jelas tampak kekacakkannya.Tapi tidak sedikit pun mengugat keimanan Naziha.Hatinya lebih kepada cup cakenya yang dah hancur lebur diatas lantai.
‘Cehh..nak speking-speking lak dengan aku.Muka ala-ala jawa ada hati nak cakap omputeh.pehgilah’gumam hati Naziha.
‘Tapi muka dia memang macam omputeh pun’desisnya.
“yela kau”balas Naziha.Dia sudah bercekak pinggang.Panas betul hatinya lebih-lebih lagi dengan cuaca yang panas makin meluap-luaplah kemarahannya. ‘Tapi kalau dapat makan ais krim vanilla sedap juga ni.’Sempat Naziha menyimpan angan.
“yes”
“apa yes,no,yes,no!!ni cup cake aku ni ganti balik”herdik Naziha.
Lelaki yang ala-ala kacukan inggeris itu memandang tempat yang ditunjuk Naziha.Keningnya terjongket.
“why?”
Naziha mengarukan kepalanya yang tidak gatal.Dia paling menyampah bila orang cakap omputeh dengannya.Tahulah dia masa exam cukup-cukup makan je tapi tak payah lah ajak dia speking-speking ni ada karang yang kena sepak.
“Encik ni melayu ke omputeh?”soalan bodoh diajukan Naziha.
“omputeh?”soal lelaki itu pelik.
“orang putehlah.Kau ni orang melayu ke orang puteh?”Naziha mengulangi soalannya.
“melayu”
“oh,Melayu ingatkan mat saleh celup mana tadi.Baru nak tanya datang dari mana.Ada permit ke tidak kalau tak ada bolehlah saya buat aduan”Sindir Naziha selamba.
“Kau ni sebenarnya nak apa?”soal lelaki itu geram.
“ganti rugi”
“For what?”
“eh!kau tak payah nak nak peking-peking dengan aku.Kita ni kat Negara Malaysia.Jadi cakap bahasa melayu.Kalau nak sangat cakap bahasa inggeris tu pergi sana Negara barat.Cakaplah kau puas-puas”sindirnya lagi.
‘perempuan ni kenapa hah!buang tebiat ke apa?tak pasal-pasal panggil aku pastu nak sindir-sindir aku.Gila ke apa?’gumam Adi Iskandar.Dia mengetap gigi.
“wahai cik adik,bolehkah anda terus terang sahaja kepada saya apa yang ingin anda perkatakan”lembut saja kata-katanya.Saja mahu menyakitkan hati gadis yang ada didepannya yang wajah persis seekor singga kematian anak.
“huh,perli aku lah tu”
Adi Iskandar hanya tersenyum sinis.Rasa nak ketuk je kepala gadis kecil yang ada didepannya ni.Tak padan dengan kecik tapi perangai.Hanya tuhan saja yang tahu.
“aku nak kau ganti balik Vanilla cup cake aku”suara Naziha sudah kembali kendur.
“apasal pula aku?”
“kau yang langgar aku tadi masa aku baru keluar dari bakery ni”
Pandangan Adi Iskandar beralih kearah Bakery yang betul-betul dibelakang mereka.
“berapa?”soalnya.
“berapa apa?”Soal Naziha bodoh.
“harganyalah”
“tiga ringgit”
Adi Iskandar mengeluarkan beg dompetnya yang berada di belakang.Not bernilai sepuluh ringgit diambil dan diserahkan kepada Naziha.
“apa ni?”
“kau ni suka tanya soalan bodoh kan.Ganti rugilah.Banyak soal pula”
dush!terasa seperti satu peluru baru saja dilepaskan ke jantung Naziha.Pedas gila kata-kata lelaki ni.
“aku tak nak duit”
Naziha memandang huluran lelaki itu tanpa perasaan.Setakat sepuluh ringgit dia pun ada.
“habis kau nak apa?”
“aku nak kau ganti balik cup cake aku”
‘ei..ngada-ngada betullah budak sekor ni.Dah macam anak buah aku dah.Dia pun tak gedik macam ni.Tak padan dengan kecik.ishh..’
“jom kita beli lagi”Adi Iskandar dah agak-agak mahu masuk tapi ditahan Naziha.
“Dekat dalam dah habis.Tinggal satu je”
“tinggal satu lah kita kena beli cepat”bidas Adi Iskandar.
“tapi..”
“tapi-tapi..kau ni macam-macamlah!aku kena cepat ni kejap lagi aku ada mesyuarat”
Naziha memuncungkan bibirnya.Sebijik macam budak kecil tak dapat gula-gula.
“kat dalam dah habislah.Yang kau langgar ni last”
Adi Iskandar mengeluh.Leceh betullah.Buang masa dia je.Tak pasal-pasal dia yang kena.
“Nah.Kau ambil ni name kad aku.Nanti kau call aku then bagi tahu aku bila kau free nanti aku bawa kau satu tempat ni kau makanlah cup cake kau tu puas-puas”Adi Iskandar menghulurkan name kadnya.
‘aku nak cup cake bukan nak name kad’seloroh hati Naziha.Dia menyambut huluran lelaki itu.
“Syed Adi Iskandar bin Syed Fakhrudin”terjojol bijik mata Naziha membaca nama yang tertera di kad yang dipegangnya.
“panggil Adi jek”sambut Adi Iskandar.Naziha hanya menganggukan kepalanya.
“dahlah aku pergi dulu.Apa-apa hal nanti call je aku tahulah aku nak uruskan”
Adi Iskandar berlalu pergi.Pantas kakinya dihayun meninggalkan Naziha yang sedang leka melihat nama yang tertera didalam kad lelaki itu.
“eh!tunggu nama aku..”belum sempat Naziha menghabiskan ayatnya Adi Iskandar melambaikan tangan tanpa memandangnya.
“ Puteri Naziha bin Hashim.”perlahan saja kedengaran ayat yang terakhir dari mulutnya.Naziha mengeluh.
***********************************
“Nama kau siapa?”
Naziha berpaling melihat lelaki yang sedang khusyuk memandu.Keningnya dijongketkan.
“apa dia?”
“aku ingatkan soalan bodoh je kau suka tanya.Rupa-rupanya kau ni pekak jugakan”perli Adi Iskandar.Naziha mencebik.
“orang tak dengarlah”
Adi Iskandar tersenyum kecil.Dia memandang Naziha yang duduk disisinya.
“Aku tanya nama kau siapa?”
“oh,nama aku.Ingatkan apa?umm..nama aku Puteri Naziha panggil aku Naz je.”Balas Naziha.Wajah Adi Iskandar tidak dipandangnya tumpuannya lebih kepada jalan raya.
“Aku nak tanya boleh?”
“Banyak soal pula mamat ni”ngomel Naziha perlahan tapi masih didengari Adi Iskandar.Dia tersenyum.
“boleh ke tidak?”
“hah,apa dia?tanyalah.Kalau aku boleh jawab aku jawab kalau aku tak tahu aku buat bodoh jelah”balas Naziha selamba.Dia tersenyum kambing.
“apasal kau seboleh-boleh suruh aku ganti cup cake kau?”
“sebab kau dah jatuhkan cup cake aku”
“satu je kan?”
Naziha menoleh memandang Adi Iskandar.Tiba-tiba mata mereka bertentangan. Dup,dap,dup,dap..jantung mereka berdegup pantas.
“hemp”Naziha berdehem untuk menghilangkan debar dihatinya.Pandangannya dialihkan kedepan semula.Adi Iskandar yang sedar keterlanjurannya juga mengalihkan pandangannya.Dia tersenyum.
“memanglah satu tapi cupcake tu amat bermakna bagi aku tahu.Alih-alih kena langgar dengan kau.Hancur tahu tak perasaan aku.”ujar Naziha.
Dia membuat muka sedih.Saja nak minta simpati.Padahal dalam hati ketawa macam nak gila.Dasar tak betul si Naziha ni.
“yela,aku minta maaf.Bukannya aku sengaja pun.Manalah aku nampak.Yang kau tu keluar tanpa tengok kiri kanan siapa suruh”
“aku pula yang dipersalahkan”
Naziha mengalihkan pandangannya keluar tingkap.Perjalanan mereka ditemani lagu-lagu yang berdendangan dicorong radio.Masing-masing melayan perasaan mereka.
“Adi kita nak kemana?”soal Naziha tiba-tiba.
“somewhere”
“taulah tapi dah lama sangat dah perjalanan kita ni.Dah naik kebas dah punggung ni duduk lama-lama dalam kereta”
Adi Iskandar ketawa kecil.Geli hati dia mendengar celoteh dari mulut kecil Naziha yang comel tu.Dah lama dia tak rasa gembira macam ni.Sejak dia ditinggalkan kekasihnya,Natasha dia lebih fokus kepada kerjayanya.Tiada masa untuk bercinta lagi.Tapi sejak dia terjumpa Naziha perasaan dia rasa lain.Dia sendiri tidak dapat tafsirkan.Setiap saat dan ketika dia akan mengigati Naziha.Hanya wajah ini yang bermain difikirannya.Kenapa agaknya?tak akanlah cinta?
“okey!sampai dah”
“hah,dah sampai?”
Adi Iskandar menganggukkan kepalanya.Keretanya diberhentikan betul-betul didepan satu kedai kek.Tali pinggang dibuka.
“Dah jom,tak nak keluar ke?hari tu bukan main lagi call cakap nak makan cup cake.Ni bila dah bawa tak nak keluar pula”perli Adi Iskandar.Naziha hanya tersengih kambing.
“yela,orang keluarlah ni”balas Naziha.Pantas tali pinggang dilepaskan.
‘hemp..hampeh punya mamat bukan nak tolong bukakan pintu untuk aku.Tak romantik langsung.Dasar mat saleh celup’ngomel Naziha.Dia membuka pintu keretanya.Kelihatan Adi Iskandar sedang menunggunya didepan kedai kek.
“Love Vanilla”Naziha membaca nama yang tertera di signboard kedai kek tersebut.Dia tergamam.Air liurnya tiba-tiba kecuh.
“apasal muka kau macam tu?”soal Adi Iskandar pelik melihat muka Naziha yang teruja sangat melihat kedai kek tersebut.
“tak ada apa”balas Naziha.Adi Iskandar hanya menggelengkan kepalanya.
“jom masuk”pelawa Adi Iskandar.Naziha hanya menurut.
‘mak datuk!cantik gila bakery dia.Like heaven pula aku tengok.Semuanya warna putih krim.”mata Naziha melilau-lilau melihat kecantikkan kedai kek yang dibawa Adi Iskandar.
“dah,Tak payah nak jakun sangat”sindir Adi Iskandar.Naziha mencebik.
“suka hatilah”
“Selamat datang!Eh,Encik Syed.Sila duduk”sambut pekerja disitu.Dia menunjukkan satu ruang tempat duduk untuk mereka.
“terima kasih”ujar mereka berdua.Pekerja itu hanya tersenyum mesra.
“Dia kenal ke kau?”bisik Naziha.Adi Iskandar hanya mengganggukan kepalanya.
“Nak makan apa?”soal Adi Iskandar.
“apa-apa jelah”
Adi Iskandar memandang Naziha pelik.Hari tu bukan main lagi paksa dia ganti balik cup cake dia last-last dia cakap apa-apa je.Sakit hati aje dengar.
“kenapa?”
“hari tu nak sangat makan cup cake.Ni dah ada kat sini cakap apa-apa jelah.Kau ni tak ada pendirian betul”
“ala..tak tahulah nak pilih yang mana.Semua nampak sedap-sedap.Naik juling dah mata ni nak pilih”balas Naziha.Dia tersengih menayangkan giginya yang putih bersih.Adi Iskandar hanya menggelengkan.
“amboi,bawa awek nampak dekat bakery akak.Selama ni tak pernah pun”Tiba-tiba satu suara menyapa mereka berdua yang sedang memilih kek.Dua-dua menoleh.Kelihatan seorang wanita muda sedang tersenyum mesra memandang mereka.Naziha membalas senyuman wanita tersebut.
“tak adalah kak.Inilah budak yang Adi cakapkan tu”
“oh,ni budaknya.Comel”ujar Fazilah.
“nama siapa?”soalnya.
“Puteri Naziha,panggil Naziha je.Naz pun boleh”
“cantik nama.Macam orangnya”
Naziha tersimpul malu.Jarang ada orang memuji kecantikkannya.Adi Iskandar dibelah mencebik.
“nama akak Fazilah,panggil je kak Zilah.”
Naziha hanya mengangguk.
“Kalau Naziha nak tahu Adi Iskandar ni adik kesayangan akak.Dia pernah cakap dengan akak dua minggu lepas dia ada terlanggar seorang gadis ni sampai cup cake budak tu jatuh.Pastu dimintanya ganti rugi tapi bagi duit dia tak nak.Dimintanya pula ganti cup cake yang dah jatuh.Pastu akak cakap dengan Adi suruh dia bawa budak tu dekat kedai akak.Akak nak tengok budaknya macam mana sebab Adi ada cakap yang..”
“hah!kak udah-udahlah tu membebel.Meh sini tolong Adi pilih kek ni.Mana satu yang sedap.Dah lama tak makan kek akak ni”potong Adi Iskandar.Fazilah yang terbantut untuk bercakap tersenyum.Tahu dah strategi adik dia ni.Sengajalah tu ubah topik.
Naziha hanya ketawa kecil melihat gelagat dua beradik tu.Baru dua minggu dia mengenali lelaki didepannya tapi mesranya mereka macam dah kenal lama.Bila diperhatikan lama-lama lelaki yang ada didepannya ni menggingatkan dia dekat seseorang.Tapi siapa?
******************************
“you! i’m so sorry.Forgive me please.I know that my fault but I hope you understand me?pleasee..”rayu Natasha kekasih lama Adi Iskandar.
Sekian lama menyepi tiba-tiba muncul kembali menagih cinta yang pernah dia buang seperti sampah dulu.Adi Iskandar hanya mendiamkan diri.Tiada jawapan yang diberi.Wanita didepannya dipandang tanpa perasaan.Cukuplah selama ini dia memendam rasa dan menolak cinta kerana wanita yang ada didepannya ini.Sekarang dia dah ada Naziha.Ya!Naziha gadis yang berjaya buka pintu hati dia yang selama ini terkunci.
“you!! you dengar tak apa yang I cakap”
Tersentak Adi Iskandar bila tangannya diatas meja ditepuk Natasha.
“apa dia?”soal Adi Iskandar.Terkebil mata Natasha bila disoal macam tu.
‘berbuih-buih mulut aku bercakap bolehkan dia tak dengar.Tak guna buang air liur aku je’desis hati Natasha.Dia cuba memaniskan wajahnya.
“you terima I kembali dalam hidup you okey”Ujar Natasha sambil melentok-lentokkan badannya.Gedik.
“no”
“but why?”terjerit Natasha bila Adi Iskandar menolak permintaannya.
“you know why?”
“but you.. I still love you”
Natasha memegang tangan Adi Iskandar.Dia mengulas lembut tangan lelaki itu dengan harapan lelaki itu akan cair dengannya.
“please give me one chance”rayu Natasha.Tangan Adi Iskandar masih digenggamnya.Adi Iskandar hanya membiarkan.Hatinya berbelah bagi.Dia akui dia masih menyayangi Natasha tapi perasaannya pada Naziha juga semakin lama semakin kuat.
“hemp”
Tersentak Adi Iskandar bila melihat Naziha berada berdekatan mejanya.Pantas tangannya ditarik dari peganggan Natasha.Naziha memandangnya tajam.Kelihatan kelopak matanya bergenangan air mata.Tak sangka dia selama ini cintanya pada lelaki yang disangkakan baik rupa-rupanya hanya tahu mempermainkan hati dia saja.
“Thank awak sebab buat saya macam ni”sayu saja Naziha meluahkan kata-katanya.Gigitnya diketap menahan sebak.Hatinya terasa bagai ditusuk-tusuk pisau yang tajam.Sakit.
“Naz,semua ni salah faham”Adi Iskandar sudah berdiri.
“tak apa wak,saya tak perlukan penjelasan awak.Saya doakan semoga awak bahagia dengan dia.Saya pergi dulu.”Naziha melangkah meninggalkan Adi Iskandar yang kebinggungan.Natasha yang diam dari tadi tersenyum sinis.
‘ini bukan seperti yang awak fikirkan’kata-kata itu hanya mampu diluahkan didalam hati Adi Iskandar.
“Dasar lelaki! semua sama je.Kau pun sama perempuan gatal”sempat Nora melontarkan kemarahannya kepada Adi Iskandar dan Natasha.Dia dan Naziha pada asalnya mahu makan malam bersama tetapi ternampak agenda romantik diantara Adi Iskandar bersama Natasha.Tak dapat dia nak makan yong tau fu kesukaannya.Semua sebab lelaki tak guna ni.Nora menjelirkan lidahnya kepada Natasha.Geram betul hati dia rasa nak siat-siat jek perempuan gatal yang mengoda kekasih kawan baiknya.
‘siap kau’desisnya.
“you!”panggil Natasha.
“you shut up! sebabkan you hidup I merana and sebab you I tutup pintu hati I untuk bercinta.Then bila I dah jumpa kebahagiaan I you muncul dan musnahkan segalanya.Now puas hati you?Puas hati you lihat I terseksa macam ni.For you information,hati I bukan lagi untuk you tapi untuk Puteri Naziha.You faham!So,now you berambus dari hidup I.Jangan you muncul lagi dalam hidup I.”
Terkedu Natasha bila ditengking.Dia betul-betul tak sangka lelaki yang menyayanginya dulu sanggup menengkingnya didepan orang ramai.Semua yang ada di restoran tersebut memandang kearah mereka.
“you! maafkan I ”Natasha cuba mencapai tangan Adi Iskandar.
“Stay away”Adi Iskandar menepis tangan Natasha.Dia mendengus kasar.Dengan perasan marah tahap maksima dia meninggalkan Natasha yang menanggis seperti anak kecil.Tiada sekelumit pun perasaan simpati dihatinya.Fikirannya kini hanya Naziha.Gadis itu perlu dipujuknya.
*************************
Dah dekat seminggu Naziha berkurung didalam bilik.Dia hanya keluar sesekali untuk mandi dan makan.Masanya lebih kepada melayan perasaan.Saat itu juga dia tidak datang bekerja dan mengambil cuti emergency.Nasib baik bosnya faham.Kalau tak mahu dibuang kerja.
“Naz!buka pintu ni.Ada orang nak jumpa”laung Mak Naziha dari luar bilik.
“siapa bu?”soal Naziha yang sedang duduk termenung melayan perasaannya.
“tak tahu katanya kawan Naz”
“cakap dengan dia Naz tak nak jumpa sesiapa buat masa sekarang”
“tapi katanya penting”balas ibunya lagi.
“yela Naz turun kejap lagi”
Naziha mengeluh.Mukanya yang sembab ditepek sedikit bedak bagi mengurangkan mukanya kurang bermaya.
“apa dia Adi?”soal Naziha kepada Adi Iskandar yang sedang bersandar pada kereta sportnya.
“saya nak jumpa awak sekejap boleh”
Adi Iskandar melemparkan senyuman manis kepada Naziha tapi tidak berbalas.
“awak nak apa?”Naziha menyilangkan tangannya.
“maafkan saya!”
“semata-mata itu je?tak ada ayat lain agaknya.Dah muak dah saya dengar ayat macam tu”Naziha memalingkan wajahnya ketempat lain.Meluat pula bila tengok muka mamat poyo ni lama-lama.
“this is for you”Adi Iskandar menghulurkan sejambak bunga ros yang diperbuat daripada cup cake.
Terkedu Naziha melihat cup cake kesukaannya dijadikan sejambak bunga ros.Cantik.
“awak nak ke tak nak?kalau tak nak saya buang je.Buat apa simpan kalau orang tak sudi terima”rajuk Adi Iskandar.Naziha mencebik.Gedik.
“buanglah kalau berani”ugut Naziha.
“Betul ni saya buang.Okey saya buang”
Belum sempat Adi Iskandar mahu mencampak bunga ros cup cake yang dipegangnya Naziha memaut tangannya.
“janganlah membazir je.Penat kak Zilah buat”pujuk Naziha.
Adi Iskandar tersengih.Berjaya juga dia mengumpan kekasih hatinya ni.Memang senang nak pujuk gadis yang terlalu obsess dengan Vanilla cup cake ni.Dengan mengunakan makanan kegemaran mereka je dah mampu memujuk hati mereka.Bijak betul.
“awak sayang saya?”soal Adi Iskandar.
“tak”
“betul tak kalau tak sayang saya campak bunga ni”
“yela-yela saya sayang”
“sayang siapa?”
“awaklah”
“bagus..Nah! untuk my love”Adi iskandar menghulurkan bunga ros cup cake kepada Naziha.
“terima kasih”ucap Naziha selepas menyambut huluran Adi Iskandar.Dia tersenyum lebar.
“awak kita kahwin nak?”soal Adi Iskandar.
“kahwin?”Terkejut Naziha dibuatnya.Nyaris-nyaris jatuh bunga ros cup cake yang dipegangnya.
“ye kahwin.Macam mana nak tak?”
Naziha tersimpul malu.Hanya anggukkan diberinya.Adi Iskandar pulak tersenyum kegembiraan.Tak boleh tidur malamlah nampaknya.
*****************************
“sayang!mari sini kejap”Adi Iskandar memanggil Naziha yang sedang menyusun pakaian mereka kedalam almari hotel penginapan.Sudah dekat seminggu mereka berkahwin.Korea menjadi pilihan mereka untuk berbulan madu.Melompat kegembiraan Naziha bila dapat tahu mertuanya yang sponsor percutian bulan madu mereka.Macam tahu-tahu je menantu dia ni teringgin nak pergi dimana adanya bunga sakura.
“Ada apa abang?”soal Naziha.Dia duduk disisi Adi Iskandar.
“untuk sayang”
Adi Iskandar menghulurkan sebuah kotak kecil kepada Naziha.Terjongket keningnya.Suaminya ni banyak betul kejutan.Sangkaannya Adi Iskandar ni bukan seorang yang romantik tapi sebenarnya terlebih romatiklah pula.Tapi tak apa dia suka.
“apa ni bang?”
“bukalah tengok”
Perlahan-lahan Naziha membuka balutan hadiah yang diberi suaminya.Ternganga mulut Naziha bila melihat isi yang ada didalam kotak hadiah pemberian suaminya.Betul ke ni?
“Ni keychin cup cake saya kan?bukan ke keychin ni dah lama hilang?”
“tak adalah.Keychin ni abang jumpa dekat depan bilik guru masa abang nak balik.Abang kenal keychin ni sebab abang yang bagi”
Oppss!Adi menutup mulutnya.Terlepas cakap pula.
“abang yang bagi?”soal Naziha pelik.Tak akanlah suami dia ni ‘secret admire’ masa dia zaman persekolahan dulu.Adi Iskandar tersenyum nakal.
“Sayang ingat lagi tak budak skema yang selalu sayang tolong semasa dia kena buli tu?”
Naziha menutup mulutnya.
“oh my good!it’s that you?”
Adi Iskandar menganggukkan kepalanya.Naziha disisi ketawa kecil.Macam tak percaya apa yang berlaku.Rupanya selama ni budak skema yang selalu ditolongnya akhirnya menjadi si suami yang tegap dan sekacak ni.
“macam mana?mesti tak percaya kan?”soal Adi Iskandar.Dia tersenggih nakal.Naziha menganggukkan kepalanya berkali-kali.
“I love you”ucap Naziha sambil mengucup pipi Adi Iskandar.
“I love you too,three,four and for ever”balas Adi Iskandar.Dia menarik Naziha kepelukannya.
Bermulalah bahtera kebahagiaan yang dicipta mereka.Perasaan cinta yang selama ini terpendam akhirnya terungkai juga akhirnya.Hanya kerana sebiji Vanilla cup cake menemukan mereka kembali dan terjalinnya satu percintaan yang tiada perhentian.Semoga kebahgiaan menjadi milik mereka buat selamanya.
p/s:saja jek taip citer ni..dah lama tak menaip..hehe..lepaskan gian jap~trial2 sempat wat cerpen..ngee~:D..HOPE ENJOY IT'S..comment please >0^
sweet sesangat..gud job..=3
ReplyDeletethank you..thank coz sudi baca my story..huhu
Deletebest gila
ReplyDeletemacehhh~4 support.. >.<
Delete