Cerpen:Aku Suka Dia
By:Lela Vanila
Di tepi tingkap kelihatan seorang lelaki sedang membaca
buku dengan khusyuk sekali.Kadang-kadang dia akan melihat pemandangan diluar
tingkap.Tenang sekali wajahnya.Hati aku rasa berdebar-debar bila melihatnya.Aku
pun tak tahu kenapa.Mungkin aku suka dekat dia.Kawan-kawan selalu marahkan aku
kerana suka dekat lelaki paling popular di sekolah aku.Tapi aku tak
endahkan.Bukan salah pun kalau aku minat kan?ramai juga yang minat kat dia
bukan aku seorang.Aku selalu curi-curi lalu didepan kelasnya sambil memerhati
dirinya yang tekun belajar.Yer!memang aku suka dia.
“Dah-dahlah tu Mai kau tengok budak tu”tegur Arida
kepada aku yang tersenyum-senyum lalu didepan kelas 5 Aroma.
“Biarlah,aku suka tengok dia”balas aku.Lelaki tu masih aku
pandang penuh minat.Dia langsung tidak toleh memandang aku.Tetapi aku kesah
apa!asalkan aku dapat tengok wajahnya itu sudah cukup.
“kau ni,kesianlah aku tengok”
“kenapa pula”
“kau ni dah macam perigi cari timba”
Senyuman yang mekar tadi tiba-tiba berubah layu tatkala
kawanku Arida berkata begitu.Sampai hati.Salah ke aku suka kat dia?
“aku tengok kau selalu lalu depan kelas dia.Curi-curi
pandang dia.Tapi dia langsung tak pandang kau.Entah-entah kehadiran kau
disekolah ni pun dia tak tahu”sambung Arida lagi.Aku masih diam.Kami melangkah
masuk kedalam kelas.
Aku mengambil tempat duduk lalu menongkatkan
daguku.Kelas bising seperti biasa macam baru lepas dilontar bom.Rakan-rakan
sekelasku tak seperti budak yang akan menduduki peperiksaan.Gaya mereka seperti
budak terencat akal dan tak cukup umur.Lelakinya main kejar-kejar dan perempuannya
berkumpul dan berbual perkara yang entah apa-apa.Kadang kala cikgu pun tak
mampu nak kawal perangai rakan sekelas ku.Hanya aku dan Arida saja menjadi
pelajar harapan cikgu.Mereka pun pelik kenapa aku dan Arida boleh masuk kekelas
ini.Dah minat!tapi pada andaian orang kelas aku ni kelas budak bodoh dan
nakal.Kami selalu dipandang rendah.
“kau tak rasa ke yang kau ni tak sesuai dengan si
Rayyan tu?”ujar Arida mematikan segala lamunan aku.Wajahnya ku pandang.
“kenapa kau cakap macam tu?teruk sangat ke aku?”soal
Aku.Wajahnya masih ku pandang.Arida membetulkan tudungnya.Dia tersenyum.
“kita kelas hujung Maisara,dia tu kelas pertama.Cuba
kau fikir dia nak ke kawan dengan orang macam kita ni?”balas Arida.Dia membalas
pandangan aku.
“macam tu ke?”
“iyelah macam mana lagi”
Aku mengukirkan senyuman tawar.Mungkin betul apa yang
dikatakan Arida.
“umm..Tapi aku suka dia”
“dah 4 tahun lebih dah kau suka kat dia.Tapi dia tak
tahu pun.Sebab apa?sebab kau tak pernah nak luahkan perasaan kau dekat
dia.Sampai bila Mai kau nak pendam perasaan kau ni”
Arida memegang kedua-dua bahuku lalu dikoncangnya
kuat.Bergegar badan aku dibuatnya.
“eh!gegar otak aku”Aku menarik tangan Arida dari
bahuku.Dia hanya tersenyum.
“Mai,aku cakap serius ni”
“aku pun serius”
“susahlah cakap dekat kau ni.Bukan nak makan saman”ujar
Arida.Dia memalingkan wajahnya ketempat lain.Aku hanya ketawa kecil.Selalu
sangat dia bergitu.Bila menasihati aku pasti dia yang merajuk bukannya aku.Apa-apa
sajalah!Tapi aku suka berkawan dengannya.Dia kawan terbaik aku.
*****************************
“Ida jom teman aku pergi kelas 5 Aroma”
Arida yang sedang menyalin nota tersentak.Dia memandang
aku tajam.Matanya yang sepet dibesarkan.
“kenapa?”soal ku.
“kau ni masih tak faham-fahamkan”marah Arida.
“Aku nak jumpa cikgu Azmi,tadi Taufiq cakap yang dia
nak jumpa aku kat kelas 5 Aroma”balas ku bersahaja.Aku tersenyum lebar.Gembiranya
hati ni tuhan saja yang tahu.
“kau pergilah seorang,aku ada kerja sikit nak buat
ni.Lagi pun mungkin cikgu nak jumpa kau personal.So,kau pergi sendirilah okey”
Aku sudah menyilangkan tangan tanda protes.Sajalah tu
tak nak ikut aku!Aku mendengus.
“kau memang tak nak ikut akukan?”
“betullah aku ada kerja.Kau pergi sendiri okey”Arida
cuba memujuk aku.Aku hanya mengangguk.Malas nak paksa-paksa orang yang tak
sudi.Ceh!
“okey aku pergi dulu”Hanya lambaian diberi Arida.Aku
menuju ke kelas 5 Aroma dengan hati yang berbunga-bunga.
Dushh!
Terduduk aku dibuatnya bila terlanggar seseorang.Aku
mengerang kesakitan.Bisanya terasa hingga ketulang.Betul-betul menyakitkan.Aku
menggosok-gosok punggung ku yang sakit.Wajah ku berkerut-kerut menahan
sakit. ‘mahu seminggu ni sembelit aku
dibuatnya’gumam aku.
“siapalah hamba allah yang buta ni,sesedap cekodok aje
rempuh aku.”ngomel ku sendirian.
“cik tak apa-apa?”soal lelaki yang berada didepanku.Aku
masih tidak memandangnya.Punggung ku betul-betul sakit.Baru saja nak jumpa
pengarang jantung tiba-tiba dimusnahkan oleh lelaki ni.PENGACAU BETUL!
“Cik are you okey?”soalnya lagi.Cakap London
lagi.Berlagak betul.Aku mengangkat wajah ku.Aku tergamam. ‘Mak aih,mamat korea mana pula yang sesat
masuk sekolah aku ni’gumam ku dalam hati.Terpaku aku memandangnya.Cair!
“Cik!!”
“hah!”aku tersentak.Aku cuba mengalihkan pandangan aku
ketempat lain.Wajah ku sudah berubah merah. ‘Malunya’seloroh aku perlahan.
“cik boleh bangun tak ni?”
“bangun?boleh kot.”balas ku acuh tak acuh.Dada ku
tiba-tiba berdebar hebat.
“kalau tak boleh saya tolong bangunkan,Tak pun saya dukung.Cik
ni bukan besar mana pun jadi senanglah saya nak dukung”sakat Lelaki tu.Aku
terlopong. ‘biar betul’
“Tak apa.Saya okey”
Terkial-kial aku cuba bangun.Wajahku sudah
berkerut.Macam baru lepas makan asam yang paling masam sekali dalam
dunia.Sakitnya tidak terkira.Kaki ku tergelincir.Dia memaut lengan dan pinggang
ku.Mata kami bertentangan.Lama.
“maaf!”ucapku bila menyedari kesilapan ku. ‘malunya,masa macam ni pula nak jatuh.ish.’
“betul ni Cik okey”Dia masih tidak berpuas hati.Hanya
anggukan diberi ku.
“nak tumpang tanya boleh”
“tanya apa?”balas aku dengan muka berkerut.
“jalan nak ke pejabat macam mana ye?”
“oh,pejabat ye?awak terus lepas tu belok kiri nanti
awak akan nampaklah pejabatnya”
Lelaki itu mengucapkan terima kasih.Aku pula
memberikanya senyuman paling manis.Jelas lesung pipit dipipi kiri ku
kelihatan.Dia pun membalas senyuman ku.
SUMPAH!muka dia memang macam Shin Woo Ho,Cair kalau
siapa tengok.Nampaknya pengarang jantung aku dah ada persaing.Tak apa kekasih
hati kau tetap dihatiku.Senyuman dipipi masih mekar dibibirku.Hilang segala
sakit yang dirasai aku sebentar tadi.Gatal!
*********************
TOK!!TOK!!
Cikgu Azmi yang sedang leka mengajar terhenti bila
melihat aku yang sedang berdiri diluar kelas.Dia menyuruh aku masuk.Dengan lafaz
bismillah aku melangkah masuk kedalam kelas.Kaki ku terdengkot-dengkot sedikit
saat masuk kekelas cikgu Azmi.Aku mengagahkan diriku untuk tersenyum.Semua
pelajar memandang kearahku.Tetapi tidak pula Rayyan.Dia sedang khusyuk menulis
sesuatu diatas bukunya.Senyuman dibibirku serta merta hilang.Hampa.
“kenapa awak lambat sangat?”soal Cikgu Azmi.Aku hanya
tersenyum tawar.
“Maaf cikgu,ada excident tadi”balas aku jujur.Kening
Cikgu Azmi terjongket.
“Excident?”Aku hanya menganggukan kepala mengiakan
kata-kata Cikgu Azmi.
“dekat mana?”
“dekat blok B”
“Oh,okeylah tak apa,ni borang yang awak minta tu”Cikgu
Azmi menghulurkan sekeping kertas kepada aku.
“terima kasih cikgu”ucap aku selepas menyambut huluran
Cikgu Azmi.Dia hanya tersenyum.
“awak isi cepat sikit sebab tarikh permohonan dah nak
tamat”Ujarnya.Aku hanya mengangguk mengerti.Sempat aku menoleh kearah Rayyan.Kelihatan
seorang pelajar perempuan duduk disisinya sambil tersenyum-senyum gatal.Tengok
gaya macam nak suruh Rayyan mengajar tapi caranya seperti nak mengatal pun ada
juga.Aku mengigit bibir.Dada ku berombak kencang.Rasa nak saja tarik rambut
perempuan gedik tu,pastu belasah cukup-cukup.Tapi itu semua hanya bermain di
fikiran aku.
Gelagat mereka menarik perhatian ku.Ucapan yang keluar
dari bibir cikgu Azmi seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri
padaku.Agenda perempuan gedik itu lebih menarik minatku.
“Baiklah awak boleh masuk kelas awak”ujar Cikgu
Azmi.Tersentak aku yang sedang seronok melayan perasaan.Aku menoleh kearah
Cikgu Azmi.Anggukan diberiku.
“Terima kasih cikgu”ucap aku sebelum pergi.Sempat aku
menoleh melihat agenda Rayyan dengan perempuan gedik tu.Perempuan itu menghulurkan
air tin kepada Rayyan tetapi ditolak mentah-mentah oleh Rayyan.Aku yang sudah
berada diluar kelas tertawa kecil.Padan muka!Desis aku.
******************
“MORNING CLASS?”
Cikgu Hamdan masuk kedalam kelas sambil memegang
sebatang rotan disebelah tangan kirinya.Wajahnya benggis sekali.Pelajar-pelajar
yang bising tadi terdiam sepi.Semuanya ketakutan.Terasa aura cikgu Hamdan
betul-betul menggerunkan.Seperti Singa jantan mencari
mangsa.Aku hanya tersenyum kecil melihat keletah rakan sekelasku.
“baiklah semua,hari ini kelas kamu akan ada seorang
rakan baru.Akif Rafiq sila masuk”
Kelihatan seorang pelajar lelaki perlahan-lahan
melangkah masuk kedalam kelasku dengan senyuman yang paling
tampan.Rakan-rakanku masing-masing berbisik.Aku tergamam.
‘tak akanlah!’Nafasku tersekat-sekat.Aku bermimpi ke?
Kelas kembali riuh rendah.Aku menoleh melihat
rakan-rakan ku.Kelihatan yang perempuan sudah mengeluarkan aura gedik
mereka.Ada yang melambai-lambai,ada juga yang membuat tangan seperti meminta
nombor telefon.Lelaki pula sudah tersenggih nakal.Aku boleh rasakan agenda yang
mereka rancangkan.Aku hanya mengelengkan kepala.Keluhan berat terbit dibibirku.
“Kenapa?”soal Arida pelik.Keningnya terjongket keatas.
“tak ada apa”balasku lemah.Terasa tubuhku seakan-akan
mahu terbang keluar dari kelas ini.Aku tak sanggup sekelas denga dia.Tidak!!Dia
adalah pesaing Rayyan jadi aku tak boleh berbaik dengannya.Hatiku mula
menghasut.
“Akif awak boleh cari tempat duduk kamu”ujar Cikgu
Hamdan.Aku memandang lelaki itu.Kelihatan satu kenyitan diberikannya kepadaku.Aku
tersentak.
“buang tebiat ke apa”marahku.Aku menjelirkan lidah
kepadanya.
“siapa yang buang tebiat?”soal Arida lagi.Kini
kelihatan dahinya berkerut pula.Dah macam mak nenek dah rupa dia.Aku
tersenggih.
“Tak ada siapa”balasku.Arida yang malas ambil pusing
hanya menggelengkan kepala.Aku hanya tersenyum menahan malu.
“gila ke senyum sorang-sorang”
Dush!hatiku terasa seperti dipanah dengan kata-kata
yang boleh dibaratkan seperti sembilu.Sakitnya.Mulut mamat ni boleh tahan juga
ye.Aku menoleh memandangnya tajam.
“kamu sebok nak baut apa?”herdikku.Satu jelingan maut
ku berikan kepadanya yang sudah duduk di sebelah mejaku.
Banyak-banyak tempat kosong kenapa mesti dia pilih untuk
duduk di sebelah meja aku yang sememangnya sejak azali lagi tak ada orang nak
duduk.Kenapa mesti dia?Nasib baik meja tu jaraknya jauh sedikit dariku.satu
keluhan lega dilepaskan.Menyampah.
******************************
“sayang,mari duduk sebelah papa sekejap”
Aku yang baru saja mahu melangkah kedapur terhenti.Aku
menoleh kearah papaku yang sedang duduk diruang tamu seorang diri.Hampir 15 tahun papaku hidup sendirian tanpa isteri
disisi.Mamaku telah dijemput illahi semasa umurku baru saja mencecah 3 tahun.Pernah
juga aku menyuruhnya mencari penganti mama tapi mentah-mentah dia
menolaknya.Kata papaku hatinya masih belum terbuka untuk mana-mana wanita dan
hatinya masih mencintai mama.Sesungguhnya papa seorang pencinta yang sejati.Aku
harap suatu hari aku akan jumpa lelaki seperti papa untuk teman hidupku.Aku
tersenyum sendirian.
“hah!ni dah kenapa tersenyum sorang-sorang ni?ada
cerita menarik ke?tak nak cerita dekat papa”Papa merenung wajahku.Dia
tersengih.
“cerita?Umm...ada.”balasku manja.Kepalaku dilentokkan
dibahunya.Selesa.
“apa dia,kongsilah dengan papa”papa mengusap rambutku
lembut.
“papa nak tahu kat kelas Mai ada budak baru”ujarku
dengan malas.Rasa macam tak berminat pula nak cerita tentang mamat perasan dekat
kelas aku tu.Suka sangat ganggu hidup aku.Tak boleh tengok aku senang.Aishh..
“handsome?”soal papa.Keningku terangkat.Soalan apakah
ini?
“not bad”balasku acuh tak acuh saja.Tapi kenyataannya
aku sendiri pernah mengatakan dia kacak.Nampak sangat aku tipu perasaan aku
sendiri.
“Kenapa diam?”papa menyedarkan aku daripada
mengelamun.Aku hanya mengelengkan kepala.
“budak lelaki tu dia selalu kacau Mai.Tak
sukalah”ngaduku.Papa hanya tersenyum.Dia mengosok kepalaku.
“Dia suka Mai agaknya”gurau papa.Aku mencebik.
“Mai dah ada Rayyan lah papa.”bidasku.
“iyelah,papa tahu.Kamu dah suka Rayyan tu sejak kecil
lagi.Tapi kamu kena tahu tak semestinya orang yang kita suka tu akan suka kita
juga dan orang yang kita benci tulah yang kita suka sebenarnya.”panjang lebar
papa memberiku nasihat.Aku tersenyum tawar.Bermakna betullah kata papa ni.Ni
nasihat ke nak sindir aku ni.Aku terdiam.
“Mai!”
“ada apa pa?”soalku pelik.Kenapa suara papa tiba-tiba
lain macam saja ni.Tadi bukan main lagi bergurau dengan aku ni tiba-tiba
berubah serius pula.
“papa ada benda penting nak cakap dekat kamu
ni”keningku terjongket.Sejak bila papa minta kebenaran aku bila nak tanya
ni.Pelik.
“ada apa pa?kenapa lain macam saja ni?”hatiku berdebar.
“papa nak kahwin”
“what!!”aku terlompat dari tempat dudukku.
“Siapa pa?”soalku.Hatiku terasa
sesuatu.Gembira.Sedih.Penuh tanda tanya.Sejak bila papaku bercinta ni.Aku tak
tahu pun selama ni papa sibuk dengan kerja tiba-tiba kata dengan aku nak
kahwin.Papa ada senbunyikan apa-apa ke dekat aku ni.Aku memandang papa tajam.
“sejak bila
pa?”soalku tegas.Memang aku pernah menyuruhnya kahwin tapi bukan suruh dia
sembunyikan kisah percintaan dia daripada aku.Aku anak dia.Bibirku diketap.
“Dah lama dah,tapi dengan siapa papa harap Mai tak akan
marah dekat papa.”Papa takut-takut nak cerita dekat aku.Aku yang sudah berdiri
ditariknya duduk disisi.
“papa harap Mai tenang bila Mai dengar apa yang papa
nak cakapkan ni.Papa cuba buang perasaan papa ni tapi rasa itu tuhan yang beri
sayang.Cinta itu juga lahirnya kerana allah yang beri.Jadi kita tak boleh
melawan takdir.Papa harap sayang faham”papa mengengam tanganku erat.Aku dapat
rasakan ada sesuatu yang papaku rahsiakan daripadaku.
“bakal isteri papa tu merupakan mama kepada Rayyan”
Sappp!terasa seperti satu panahan menusuk kejantung
aku.Nafasku tersekat.Patutlah selama ini papaku merahsiakan semua ini
daripadaku rupanya...Tiba-tiba air mataku berlinangan.Tanggisan kecil keluar
dari bibirku.Aku tak dapat menahan sebak.Bagaimana aku nak buang perasaan suka
aku ini dekat Rayyan.Empat tahun aku pendamkan.Akhirnya,perasaan aku tamat
disini.Perlukah aku berkorban demi papa?aku tak boleh pentingkan diri.Mungkin
ada hikmah semua yang terjadi.Perlahan-lahan nafasku tarik kemudian ku lepaskan.Aku
beristighfar didalam hati mohon diberi kekuatan.
“Mai relakan.Mai doakan semoga papa bahagia dengan aunty
Ema.”perlahan ucapan yang keluar dari bibirku.Sesungguhnya aku tak kuat
menaggung ini semua.Gengaman papa ku lepaskan perlahan-lahan.Dengan langkah
yang longlai aku mendaki tangga menuju kebilik.Aku harus percaya pada
takdir.Mungkin ini sudah suratan.Mungkin Rayyan bukan jodoh aku.Lagipun dia tak
pernah tahu perasaan aku dekatnya.Jadi tak salah kalau aku pendamkannya
sahaja.Biarkanlah.Kebahagiaan papa lagi penting pada aku.
“Maafkan papa Mai”kedengaran sebak saja kata-kata papa
semasa aku meninggalkannya seorang diri diruang tamu.Aku tak boleh persalahkan
dia kerana perasaan itu anugerah dari allah.Jadi aku harus redha dan
lepaskannya demi papaku.
*****************************
“hemp!jauh terbang.Dah sampai mana?angkasa lepas
ke?jumpa makhluk asing tak?”gurau Akif kepadaku.Gurauannya tidak ku
sambut.Tidak berminat pula rasanya nak bergurau senda waktu macam ini.Wajahnya
tidak aku pandang.Pemandangan diluar kelas lebih menarik berbanding melihat
wajahnya yang menyakitkan hati ni.
“Arida mana?”soalnya selepas sedar gurauannya tidak
dilayan aku.Soalannya juga ku biar sepi.
“aish..aku ingatkan aku bercakap dengan manusia tapi
rupa-rupanya aku bercakap dengan dinding.Hai..lah Akif sekian kau ni”Kelihatan
dia mengeluh.Wajahku masih direnungnya.Lama.
“kau ada masalah ke?kalau sudi share dengan aku”hanya gelengan diberiku.Untuk kesekian kali dia
mengeluh.Akhirnya,dia meninggalkan aku sendirian.Dia kembali ketempat duduknya
tapi matanya masih merenungku.Aku dapat merasakan yang dia sememangnya risau
tentang aku.Tapi hati aku masih untuk Rayyan kerana aku suka dia.Aku mengeluh.
“Mai!Mai!”panggil Arida tercunggap-cunggap berlari
kearahku.Aku memandangnya pelik.Baru lepas main kejar-kejar ke budak ni.Botol
air diatas mejaku dicapainya lalu ditogak kemulutnya.Rakus.Hampir setenggah
airku diminumnya.Apa masalah agaknya.
“kau kenapa?”soalku pelik.Arida mengambil tempat duduk
disisiku.Perlahan-lahan dia mengambil nafasnya yang hilang.Aku menggelengkan
kepala.
“kau dah luahkan perasaan kau dekat dia ke?”tiba-tiba
soalan cepumas diberikan Arida kepadaku.Mataku terjongket.Masa bila pula aku
luahkan perasaan?
“apasal?”
“tak adalah tadi masa aku pergi pejabat terserempak
dengan si dia kau tu.Lepas tu tiba-tiba dia tahan aku.Dia tanya aku kenal tak
Maisara.Aku katalah aku kenal.Pastu dia kata lagi dia nak jumpa kau kat padang
sekolah lepas balik nanti.Dekat bawah pokok yang redang lagi.”terang Arida
panjang lebar.Tiba-tiba dadaku berdebar.
“Dia tak cakap ke kenapa?”soalku.
“tak”balas Arida dengan gelengan sekali.Aku mengeluh.Mungkinkah
dia mahu bincang dengan aku pasal papa dengan mama dia.Aku menongkatkan daguku
diatas meja.Akif yang duduk disebelahku hanya melihat perlakuan kami.Jam tangan
G-SHOK milikku dibelek.Tinggal satu jam saja lagi waktu balik sekolah.Jantungku
berdenyut hebat.Adakah aku merasa gembira atau sebaliknya.Aku sendiri tak
tahu.Buku-buku diatas meja disusunku dan dimasukkan kedalam beg.Nak ke tak nak
aku kena juga berjumpa dengan dia untuk selesaikan masalah keluarga kami.Lagi
sekali keluhan terbit dibibirku.
************************
“maaf,lama tunggu?”soal Rayyan kepadaku yang sedang
sibuk melayan perasaan.
“baru jek”balasku.Aku yang sedang duduk
bersila memandang rumput.Rayyan mengambil tempat duduk jauh sikit
daripadaku.Dia menyandarkan tubuhnya dibatang pokok yang ada.Masing-masing
melayan perasan sendiri.Lama keadaan kami begitu.Aku mahupun dia hanya berdiam
diri tiada kata yang keluar dari mulut kami.
“awak dah
tahu?”soal Rayyan lembut kepadaku memecah tembok hening antara kami.Dadaku
berdebar hebat.Terasa mahu gugur tatkala mendengar suaranya.Pertama kali aku
jatuh hati dengan dia pun disebabkan suara dan
kebaikan dia.Keluarganya dan keluargaku merupakan rakan
perniagaan.Papanya dan papaku merupakan kawan baik.Selepas kematian papa
Rayyan,mamanya Datin Rahema mengambil alih.Mungkin sejak inilah mereka mula
memutik rasa cinta antara satu sama lain tanpa aku sedari.Patutlah papa selalu
berkata denganku jangan terlalu berharap terhadap Rayyan rupa-rupanya ada udang
disebalik mee.Papa!!papa!!pandai papa simpan rahsia daripada Mai sedangkan papa
tahu yang Mai sukakan Rayyan.Kejamnya hatimu.Aku mengeluh.
“tahu”sepatah saja yang keluar dari bibirku.Aku
mengetap bibir cuba menahan getar didada.
“jadi awak setuju ke dengan perkahwinan mereka?”
“awak setuju ke?”soalan dibalas soalan.Aku tiada
jawapannya.Andai kata dia setuju aku juga harus bersetuju.Mungkin takdir ingin
menyatukan kami melalui hubungan keluarga bukan melalui hubungan cinta.Aku
pasrah.
“saya tak kisah,Jika itu yang terbaik untuk mama saya
rela.”ujarnya.Kenapa?kenapa aku rasa seperti mahu menanggis.Tidak tahukah dia
bahawa aku sukakannya.Aku mengetap gigi cuba menahan pilu.
“kalau itu keputusan awak saya pun juga
bersetuju.”lemah kata-kataku.
“tapi..”
“tapi apa?”potongku.
“saya tak nak orang tahu yang kita ni akan jadi adik
beradik.Termasuklah kawan baik awak tu”sambungnya.Aku tersentak.
“tapi kenapa?”soalku pelik.Aku menoleh
kearahnya.Wajahnya tenang sekali.Hilang segala debar didadaku saat melihat
wajahnya.Tapi sayang aku tak sempat untuk meluahkan rasa hatiku kepadanya.Tapi
tak apalah jadi abang tiri pun tak apa.Hari-hari aku boleh melihat wajahnya.Aku
tersenyum kecil.Boleh pula aku berangan saat macam ni.
“saya tak mahu kecoh.Saya rasa ini lebih baik rahsiakan
daripada pengetahuan orang.Kalau mereka tahu awak juga yang susah”balasnya.Aku
seakan mengerti apa yang ingin disampaikan olehnya.Mungkin dia takut peminat
dia mengapa-apakan aku.Sayang juga dia dekat aku.he he he
“baiklah saya setuju.”Ujarku.Aku bangun dari dudukan
ku.Kini aku berdiri betul-betul dihadapannya.
“Rayyan Arman welcome too my family.Saya harap kita
boleh jadi adik beradik yang baik”satu senyuman manis ku hadiahkan
kepadanya.Salaman dihulurku.Rayyan berdiri betul-betul didepanku.Aku boleh
menghidu bau minyak wanginya sesungguhnya minyak wangi ini kesukaanku.Aku
menjarakkan diri sedikit kebelakang.
“Thank,welcome too”Rayyan menyambut huluranku.Dia
tersenyum manis kearahku.Senyumannya aku balas semanis mungkin.Semoga aku mampu
membuang perasaan aku terhadapnya.
**************************
Majlis pernikahan dan persandingan papa dan mama Ema
dilangsungkan di kampung mama Ema.Hanya majlis kecil-kecilan saja
dilakukan.Sanak-saudara dan jiran terdekat sahaja dijemput.Rakan-rakanku dan
Rayyan tidak dijemput.Kalau Arida tahu pasti dia akan marah dekat aku. ‘Maaf
kawan’desisku.
Ramai yang datang menghadiri majlis perkahwinan papa
dan mama Ema.Aku merasa sedikit tidak selesa berada dimajlis itu.Kelihatan
Rayyan sedang seronok melayan sepupunya.Dia seakan tidak berminat mahu
memperkenalkan mereka kepadaku.Langkahku atur menuju kebelakang rumah.Nasib
baik rumah nenek Jah ni ada sungai dibelakangnya.Bolehlah aku tenangkan sikit
jiwa aku yang gundah gulana ni.
“kau dekat sini rupanya?”
Aku tersentak.Macam kenal je suara ni.Aku menoleh kebelakang.
“apa kau buat kat sini?”jerkahku.Terbangunku yang baru
saja menjejakan punggungku diatas pangkin nenek Jah.Mamat ni memang suka kacau
daun.Aku mencebik.
“biarlah rumah nenek aku”balasnya selamba.
“nenek kau?”keningku terjongket.
“yela nenek aku.Mak Ema tu mak Uda aku”balasnya.Dia
duduk disebelahku yang sudah berdiri.
“apasal kau berdiri?bontot kau bisol ke?”peh!ayat mamat
ni memang tak ada insuran.Aku mengetap bibir.Aku duduk jauh sedikit darinya.Dia
ketawa kecil.Jelas Nampak kekacakannya.Tiba-tiba dadaku berdebar.Perasaan ni
lain sedikit semasa aku berjumpa dengan Rayyan.Perasaan apakah ini?
“apa kau buat kat sini?”
“saja tenangkan fikiran”
“tenangkan fikiran ke tenangkan hati kau yang lara
tu?”aku tersentap.
“macam mana kau...”
“boleh tahu?mudah saja nak baca fikiran kau Maisara.Aku
boleh nampak apa yang bermain difikiran kau masa kau memandang Rayyan.Patutlah
hari tu muka kau tak bermaya je rupa-rupanya pengarang jantung dah jadi abang
tiri.Melepas kau kan.Kesian.”Sinis sekali kata-kata Akif.Aku mengetap gigi.
“kau peduli apa?suka jantung akulah.Kau siapa nak masuk
campur hal aku”kemarahan ku sudah memuncak.Setiap kali aku jumpa mamat ni pasti
ada saja yang menyakitkan hati.Nak saja aku tampar laju-laju kasik diam mulut
tu.Membebel jek kerja dia.
“Rayyan tahu?”suara Akif sudah berubah.Suara dia lembut
tidak seperti tadi.Tiba-tiba aku rasa tenang.Aku mengelengkan kepala.Akif
tersenyum.
“sepatutnya kau luahkan perasaan kau tu dekat dia.Kalau
betul kau suka dia tak salah luahkan hati kau dekat dia.Kalau kau nak tahu si
Rayyan tu memang pandai dalam pelajaran tapi dia tu bodoh dalam
percintaan.Sebab tu dia tak boleh tahu perasaan kau.”Akif ketawa.
“Kesian kau suka lelaki macam dia tu.Kalau kau suka aku
pasti kau tak akan menyesal.Kalaulah aku yang disuka oleh kau pasti aku tak
akan lepaskan kau.”Kata-kata dia terhenti.Dia tersenyum.Aku yang terkejut
mendengar kata-katanya menoleh memandangnya.Kenapa aku rasa apa yang dikatakan
olehnya bukan satu gurauan.
“Akif!apa yang kau cakap kan ni?”soalku curiga.
“Mai sebenarnya aku...”
“Maisara papa Zaf panggil”kedengaran suara Rayyan
memanggil aku daripada khemah.Pantas aku bangun dan menoleh kebelakang.
“Kejap lagi Mai datang”jeritku.Akif dipandangku.Aku
masih mahu dengar apa yang ingin diperkatakannya tapi hatiku seperti
menolaknya.
“Akif maafkan saya,saya kena pergi dulu papa saya
panggil”
“baiklah”Akif tersenyum tawar kepadaku.Aku dapat
rasakan yang dia seperti hampa denganku.Aku merasa serba salah.Tapi Rayyan
asyik memanggil namaku.Hatiku berbelah
bagi.
“pergilah,ada masa kita berbual lagi”arah Akif
perlahan.Aku hanya menggangukkan kepala.
“Thank”
“welcome”
Pantas kakiku melangkah menuju kearah Rayyan yang tidak
habis-habis memanggil namaku.Rimas pula dibuatnya.Sempat aku menoleh kebelakang
melihat Akif tapi dia dah tiada disitu kemanakah dia pergi?Rajukkah dia
denganku.Aku menggosok rambutku.Kusut.
*************************
Sejak kejadian hari tu,aku dapat melihat perubahan
Akif.Dia tidak seperti selalu.Entah kenapa aku dapt rasa dia seperti mahu menjauhkan
dirinya daripadaku.Kenapa agaknya?aku ada buat salah ke dekat dia?Mungkin dia
masih marah dengan aku sebab tinggalkan dia macam tu je.Keluhan terbit
dibibirku.
“hah!ni apasal ni mengeluh je dari tadi.Macam tengah
hadapi masalah besar dah rupa kau ni”Terkejut aku apabila disergah oleh Arida
tiba-tiba.Dia yang hilang entah kemana tiba-tiba muncul macam hantu.Aku mengurut
dadaku yang terkejut untuk menghilangkan debar.
“kau ni sukakan terkejutkan aku.Nasib baik aku tak kena
cirit birit dengar sergahan kau tu”gurau aku.Ketawa terbahak Arida mendengar
gurauanku.
“banyak ah kau punya cirit birit”Arida menepuk
pehaku.Sakit.Mengerang kesakitan aku.
“kau kenapa?dari tadi aku nampak kau mengeluh je.Sikit-sikit
mengeluh.Sikit-sikit mengeluh.Aku yang naik lengguh tengok kau tahu”
“tak ada apa-apalah,saja hobi”balasku.Aku tersenggih.
“Hobilah sangat”Arida menolak bahuku.
“psstt..Ida aku nak tanya ni?”bisikku ketelinga
Arida.Kening Arida terangkat.
“psstt..psstt..apa dia?”ajuk Arida.
“kau tahu tak kemana perginya jejaka kacak sebelah aku
ni?”aku masih berbisik.Saja tak mahu orang lain dengar.Arida menoleh
memandangku.Tajam.
“ni apasal ni tanya pasal dia?tak akan kau dah syok kat
dia?”Suara Arida berubah serius.
“amboi,marah nampak.Kau pun suka dekat dia ke?”gurauku.Arida
mencebik.
“Tak nak aku berebut dengan budak-budak gedik.Nanti tak
pasal-pasal aku kena black list dengan budak ni”Arida mengosok dagunya.Aku
ketawa kecil melihat keletah Arida.Betul-betul mencuit hati.
“poyolah kau ni”Kami ketawa kecil.
“aku tanya serius ni mana dia?dah lama aku tak nampak
dia”Suaraku kembali serius.Aku memusingkan badanku memandang meja sebelahku
yang kosong sejak dua tiga hari lalu.Arida menarikku memandangnya.Wajahnya
sedih.
“kau kenapa?”soalku pelik.Tiba-tiba emosi pula budak
ni.
“kau bersabar okey”Dia mengusap bahuku lembut.Apasal
ni?buat babak sedih pula.
“Akif kenapa?”soalku risau.
“Dia excident”Mulutku terlopong.
“Masa bila?kenapa aku tak tahu menahu ni?”Bahu Arida ku
goncang sekuat hati.Sampai hati Akif tak bagi tahu aku.
“Dua hari yang lepas.Dia cakap kat aku jangan bagi tahu
kau sebab dia tak nak kau risau”Wajah Arida aku renung dalam.Kenapa hati aku
rasa pilu.Adakah sebab aku terasa dengan Akif yang tidak memberi tahuku atau
aku risau akan keadaannya.
“teruk ke?Dia dekat mana?”soalku.
“Dia okey cuma kaki dia jek patah,tangan dia luka sikit”balas
Arida.Aku melepaskan nafas lega.Arida memandangku pelik.Dia pelik kenapa aku
begitu risaukan Akif sedangkan aku sukakan Rayyan.Dia masih tidak tahu yang aku
dan Rayyan sudah menjadi adik beradik tiri.Belum masanya lagi aku memberi
tahunya.Akan marahkah dia dengan aku nanti.
“Nanti kita pergi melawat dia”ujarku.Arida menggeleng.
“maaflah,aku ada datelah”Arida tersenggih.Aku mengetap
bibir.Kurang asam punya kawan.
“yela,Date kau tu lagi pentingkan”marahku.
“ala,maaflah.Lain kali kita pergi sama-sama
okey”pujuknya.Aku tersenyum.
“tak adalah,aku gurau jek”hidung Arida aku
picit.Mengerang kesakitan dia.Aku ketawa kecil.Nampaknya aku kena pergi seorang
diri.Nak bagi apa agaknya?Tak akan nak bagi bunga diakan lelaki.Coklat?lagilah
tak sesuai.Umm..buah-buahan sajalah.Macam-macam yang aku fikirkan.Aku tak tahu
kenapa hatiku terasa seperti berbunga-bunga.Sukakah aku padanya.
********************
“assalammualaikum”salam aku beri sebelum melangkah
masuk kedalam bilik pesakit.Kelihatan mama Akif sedang menyuapnya
bubur.Kedengaran salamku disahut.
“maaf menganggu”kataku sopan.Mama Akif tersenyum mesra
kepadaku.Senyumannya aku balas.Kelihatan Akif tidak langsung memandangku.Dia
masih marah aku ke?Apa yang aku nak buat ni.Dahlah aku ni tak reti pujuk
memujuk ni.Aku mengaru kepalaku yang tidak gatal.
“anak ni kawan Akif ye?”soal Mama Akif lembut.Aku hanya
menganggukan kepala mengiakan katanya.Salamnya aku sambut.
“Saya Maisara.Panggil saja Mai”balasku.
“Nama aunt Puan Sri Husna panggil Aunt Husna jek.Nak
panggil mama Husna pun boleh.Kamu ni anak tiri Rahema kan?”aku mengangguk.
“kamu duduklah dulu aunt Husna nak bagi Akif ni makan
sekejap”Aunt Husna mengambil semula mangkuk berisi bubur diatas meja.
“Aunt,nak saya tolong?”aku menawarkan diri untuk
menolongnya.Aunt Husna tersenyum.Dia menghulurkan mangkuk yang dipegangnya
kepadaku.Aku terkedu.
“tolong aunt suapkan Akif.Aunt nak solat sekejap.Nanti
aunt datang balik.Tolong ye”Sambutan Aunt Husna aku sambut perlahan.Aku suap
Akif.Dah macam sweet couplelah pulak.Aku hanya tersenyum dan menganggukan
kepala.Tak sampai hati nak tolak permintaan Aunt Husna.Akhirnya aku
mengalah.Aku melihat Akif seperti tidak menyenangi kedatangan aku.Tapi aku buat
tidak tahu.Niat aku baik untuk melawatnya.Dia suka atau tidak aku malas ambil
pusing.Yang penting aku dah sampai dan dah lakukan tanggungjawap aku sebagai
sahabat walaupun dia tak mahu beri tahu aku yang dia kemalangan.
“Baiklah,kamu duduk sini.Akif mama pergi solat dulu.Kamu
makan dengan Maisara ye”Puan Sri Husna menepuk lembut bahu anaknya.Tanganku
ditariknya dan menyuruhku duduk disisi anaknya.Lain macam pula aku tengok
perangai mama Akif ni.Periang betul.Murah dengan senyuman.Patutlah anaknya pun
perangai macam dia.Tapi sejak peristiwa hari tu dia semakin lama dingin dengan
aku.Kenapa?
“awak sihat?”aku cuba memulakan perbualan setelah sekian
lama menyepi.Suapan aku disambut baik oleh Akif.Aku fikirkan dia akan tolak
suapanku dan halau aku keluar tapi sangkaan aku meleset.
“Baik”sepatah dia jawab.Aku tersenyum.
“baguslah awak sihat.Kenapa awak tak bagi tahu saya
yang awak kemalangan?”
“tak penting”aku tersentak.Tanganku terhenti daripada
menyuapnya.
‘Mai orang sakit memang perangai dia lain sikit.Sabar
okey’Hatiku cuba memujuk.Aku cuba memaniskan wajahku.Tanganku kembali
menyuapnya.
“awak masih marahkan saya?”soalku.Tiada jawapan yang
diberi Akif.
“Ingatkan saya ni bercakap dengan manusia rupanya saya
sedang bercakap dengan dinding.Kesian betul kau Maisara”Aku cuba mengulang
balik kata-kata yang pernah Akif ajukan kepada aku dulu.Dan seperti pernah aku
lakukan kepada dia begitu jugalah dia balas kepada aku.Aku mengeluh.
“Nampaknya awak masih marahkan saya,Dan saya rasa awak
seperti tak berniat nak maafkan saya.Rasanya lebih baik saya minta diri
dulu.Awak pun dah habis makan.Maaflah kalau kehadiran saya menganggu hidup
awak.Tapi saya nak awak tahu semasa saya tahu awak masuk hospital saya rasa
jantung saya nak gugur.Awak tahu tak bertapa risaunya saya.Tapi nampaknya kerisauan
saya tu semuanya sia-sia.Okeylah saya minta diri dulu.”Mangkuk yang sudah
kosong aku letakkan semula diatas meja.Beg galasku diatas meja dicapai.
“Saya minta diri dulu.Assalammualaikum”
“eh!dah nak balik dah Mai?Awalnya.Aunt baru nak ajak
berbual”tiba-tiba Aunt Husna masuk kedalam bilik Akif.Aku tersenyum tawar.Aunt
Husna memandang kami pelik.
“tak apalah Aunt Husna,Mai ada hal sikit yang nak kena
buat.Mai minta diri dululah aunt.Ada masa Mai ajak mama Ema denga papa datang
melawat Aunt.”aku menyalam tangannya mesra.Aku cuba tersenyum manis
kepadanya.Aunt Husna hanya mengangguk.Dia melihat Akif yang masih berdiam
diri.Dia seakan tahu apa yang berlaku.
“baiklah,kamu hati-hati”
“baik aunt.Assalammualaikum”
“waalaikummussalam.”
*********************
“Mai pergi mana?”aku yang baru saja keluar dari kereta
terkejut bila ditegur seseorang.Aku menoleh kearah kolam renang sebab suara itu
kedengaran seperti datang dari arah sana.Aku tersenyum tawar kepada tuan punya
suara.Dia turut tersenyum kepadaku.
“Mai dari hospital”balasku lemah.Kakiku atur menuju
kearahnya.Kelihatan dia sedang minum petang seorang diri sambil memabaca
majalah.Selalunya papa dan mama Ema ada bersama.Kemana agaknya mereka.
“papa dengan mama Ema mana?”soalku.Kerusi kosong
didepannya aku duduk.Dengan selamba cawan yang sudah tersedia diatas meja aku
capai.Tiba-tiba haus pula tekak ni.Tersedak Rayyan melihat kelakuanku.Aku
mencebik.
“kenapa?”
“tu air sayalah”ujarnya yang masih terbatuk.
“SO!”
“awak minum air saya.Tak akan awak tak tahu”Muka Rayyan
berubah.Apasal pula dia yang malu.Sepatutnya aku yang malu.Semakin lama tinggal
dengan Rayyan ni aku rasa menyampah pula.Perangai macam perempuan.Betullah kata
Akif yang Rayyan ni memang bodoh bab perasaan ni.Kesian siapa yang suka dekat
dia.Eh!bukan dulu aku pun suka dekat dia ke?tapi itu dulu.Aku tersenggih.
“Alamak,iye ke?maaflah abang Eyan,Adik Mai tak
perasanlah.Haus sangat tadi”sakatku.Jelas nampak perubahan diwajah Rayyan.Aku
tak tahu sama ada dia marah ataupun malu.Tapi apa aku kesah.
“Okeylah!Mai masuk dulu.Sambunglah baca buku tu.Maaflah
ganggu.”aku mengangkat tangan ku tanda memohon maaf.Tanpa segan silu aku
meninggalkan Rayyan yang terkejut dengan tindakan aku.Mulutnya terlopong.Aku ketawa
kecil meninggalkan Rayyan sendirian.Geli hati.Aku pun tak sangka yang aku boleh
terminum air dia.Haus punya pasal.
**********************
“eh,perempuan!”tanganku direntap oleh seseorang.Badanku
terpusing akibat rentapan yang kuat.Nyaris-nyaris aku terjatuh.Nasib baik aku
dapat seimbangkan badan.
“kau orang ni kenapa?”herdikku geram dengan perangai
tiga sekawan yang gedik nak mampus ni.Tak habis-habis cari pasal dengan aku.Dulu
dia orang serang aku masa dia orang
dapat tahu yang aku suka dekat Rayyan sekarang siapa pula?setahu aku belum ada
sesiapa lagi yang aku suka.
“Kau tu kenapa?”balas Syafinaz selaku ketua mereka dan
merupakan perempuan yang paling aku menyampah dekat dunia ni.Perasan
cantik.Ceh!Keningku terjongket.
“kenapa pula dengan aku?”
“dulu kau kacau Rayyan,sekarang kau nak kacau Akif
pula.Kau ni tak sedar dirikan”jerit Syafinaz kearahku.Binggit.Aku menutup
telingaku sebelah.Saat-saat macam ni pula Arida tidak datang kalau tak dia yang
tolong aku balas kata-kata si Syafinaz ni.Aku ni bab-bab bergaduh kurang
minat.So,berdiam lebih baik.
“eh,perempaun aku cakap dengan kaulah pekak”jeritnya
lagi.Tak sakit agaknya tekak tu menjerit saja kerjanya.Mahu pecah gegendang
telinga aku kalau dengar dia jerit lama-lama.Aku melihat Hakima dan Farina
kawan baik Syafinaz tersenyum sinis memandangku.Dasar pengampu.Aku mencebik.
“aku tak pekaklah.Aku masih dengar apa yang kau
cakap.Tak payahlah nak jerit-jerit macam Pontianak”balasku pedas.Ambil
kau.Ingat assistant aku tak ada aku tak boleh lawan cakap kau,Maaflah kau
silap.Kelihatan pelajar mula menguruni kami berempat.Ingat tengok telenovela
ke?Aku pula yang segan.Tak pasal-pasal kena marah.Sabar jek lah.
“kurang ajar betul kau ni kan kata aku Pontianak”marah
Syafinaz.Mukanya berubah merah.Dah macam udang kena panggang dah rupa dia.Aku
ketawa kecil.
“apasal kau ketawa?”
“nothing”balasku selamba.
“aku nak kau jauhkan diri kau dari Rayyan dan Akif
kalau tak...”
“kalau tak apa?”potongku.Perlahan-lahan aku
mendekatinya.Mataku besarkan.Syafinaz seperti ketakutan diturut melangkah
kebelakang perlahan-lahan.
“kau jangan dekat dengan aku kalau tak aku..”
“kau nak buat apa?”
“aku lempang kau”
“Kesah pulak aku”
“kau ingat aku tak tahu ke yang kau dengan Rayyan tu
adik beradik tiri”
Tapp!langkahku terhenti.Macam mana dia tahu.Aku
memandang wajahnya.Tajam.Kedengaran semua orang sedang berbisik sesama
sendiri.Jelas senyuman kemenangan diwajah Syafinaz.
“ka..kau..macam mana..”
“kalau kau nak tahu aku ni kekasih Rayyan.Dan salah
seorang sepupu Rayyan tu adalah kawan lama aku.Dia yang ceritakan semuanya
dekat aku.Dia pun ada cerita dekat aku yang si Akif tu merupakan sepupu
Rayyan.Dan dia juga ada cerita dekat aku yang papa kau tu gatal.Ada hati nak
kahwin dengan Mama Rayyan mentang-mentang mama Rayyan tu kaya.Dasar pisau
cukur.Tak sedar diri.Tua nak mampus.”
Pangg!!
Semua terdiam.Syafinaz terkedu.Dia memegang pipinya
yang perit.Air mata mengalir keluar dari matanya.Aku juga terkedu.Siapa yang
tampar Syafinaz?Aku menoleh.
“Rayyan!”
“How dare you Rayyan”
“shut up!watch up your mouth.Apa yang kau dah cakap
dekat Mai.Kekasih?aku kekasih kau.In your dream.Perempuan macam kau ni tak
layak untuk aku.Kau ni hanya layak untuk jantan-jantan kat tepi jalan je”sinis
sekali kata Rayyan.
“dan lagi satu..aku nak kau jangan nak kutuk papa
Maisara.Memang kami dah jadi adik beradik tiri.So,apa masalah kau?ingat lagi
sekali kau kacau dia.Habis kau aku kerjakan.”Telunjuk Rayyan betul-betul
dihadapan muka Syafinaz.Nafasnya turun naik.Tak pernah aku nampak dia semarah ini.Aku
terkaku.Kenapa Rayyan pula yang marah.Bukan ke sepatutnya aku yang marah.Dia
pula yang terlebih emosi.
“Dah Mai mari ikut abang”
“ABANG?”semua berbisik sesama sendiri.
“Abang?aa..apa yang awa..ak..”
“dah jangan nak banyak cakap ikut sajalah”potongnya.Aku
mengatup bibirku.Sekali kena marah dengan abang.Sengajalah tu nak gunakan kuasa
veto dia dekat aku.Eishh...sejak bila entah aku bahasakan diri dia tu abang
dasar perasan.Aku membuat muka loya.
“kau blah!”Rayyan melanggar bahu Syafinaz sebelum
berlalu pergi.Tangannya sempat memaut
tanganku.Melayang aku dibuatnya.Apa kena dengan mamat ni.Meroyan agaknya.Sabar
Maisara Sabar.Aku sempat menoleh kebelakang dan aku terlihat Akif sedang
merenungku.Tajam.Jelas api cemburu diwajahnya.Aku memandangnya tanpa henti.Dia
mengalihkan pandangannya ketempat lain.Lalu memusingkan badannya.Dengan bantuan
tongkat dia berlalu meninggalkan tempat tersebut.Hati aku terasa hampa.Kenapa
begitu ketara perubahan dia.Sudah bencikah dia dekat aku sekarang.
*********************
“kenapa Mai bodoh sangat biarkan dia keji Mai?Mai tak
ada perasaan ke?macam-macam dia kutuk papa Zaf,Mai masih boleh diam.”Untuk
kesepuluh kalinya aku dibebel oleh mamat perasan bagus ni.Dari mula dia menarik
tanganku sehinggalah sampai kerumah.Nasib baik Papa dan Mama Ema tiada dirumah
kalau tak memang berdouble-double lah bebelan diterima aku.Tak sangka semakin
lama aku duduk dengan si Rayyan ni macam-macam perangai dia yang aku
ketahui.Tak sangka selama empat tahun aku mengenali dia baru sekarang aku tahu
bagaimana perangainya.Kelakarkan.Sangkaan aku dah lama kenal dia rupanya tidak.Aku
tersenyum sendirian.
“tengok tu kita cakap kat dia tak dilayan.Sebaliknya
tersenggih sorang-sorang.Tak betul ke apa?”Rayyan memandangku geram.Dia
menyilangkan tangannya.Dia mengambil tempat duduk disofa.Aku pula hanya berdiri
disebelahnya.Masih berdiam.
“yang kamu terconggok macam patung cendana tu
kenapa?tak nak duduk ke?”Pantas aku mengambil tempat duduk didepannya.Wajahnya
aku renung.Semakin lama jelas sifat abang yang ada pada dia.Beranganlah tu nak
jadi abang aku.Ceh!
“Dah!?”soalku setelah Rayyan menyepi.Keningnya terangat
memandangku.
“apa yang dah?”soalnya pelik.
“dah penat membebel ke,dah habis ke belum kalau belum
sambung lah lagi!?”Aku tersengih kambing.Saja menyakatnya.Dia menjengkelkan
matanya.
“dah tak ada kerja ye nak menyakat orang.Kita cakap
betul-betul dia boleh main-main.Memang nak kena budak ni”Rayyan sudah bangun
menuju kearah aku yang sudah ketawa terbahak-bahak.Kelihatan Rayyan sudah
bangun dari dudukannya.Dia sudah mengempal-gempal penumpuknya.Tak akanlah dia
nak belasah aku.Tidak!lebih baik cabut!
“mana nak pergi?ingat boleh lari ke hah,sini kau”Rayyan
sudah mengejar aku yang sedang berlari keliling ruang tamu.Kami berlari
berkejaran macam budak-budak.Dengan gelak tawanya.Aku dapat rasakan sinar
kebahagian dalam hidup aku.Tak pernah aku segembira ini.Selama ini aku sentiasa
keseorangan tak pernah ada orang yang lindungi aku kecuali papa.Tapi hari ini
lain.Aku dapat rasakan kasih sayang daripada seorang abang dan bukan daripada seorang kekasih.Kenapa
agaknya?adakah aku dah dapat buang perasaan aku terhadap dia.Mungkin.Dan
mungkin juga perasaan aku sudah ada pada orang lain.Dan aku pasti yang aku suka
dia.
“Terima Kasih Rayyan.”ujarku selepas kami penat
berkejaran.Rayyan hanya tersenyum kepadaku.Sememangnya dia seorang abang yang
baik.
*********************
“Jauh terbang,Dah sampai mana?angkasa lepas ke?jumpa
alien tak?”ayat itu sering bermain difikiran aku.Selepas kejadian aku diserang
Syafinaz,aku mendapat tahu yang Akif sudah berpindah ke sekolah lain.Aku
terkedu.Tiada kata yang keluar dari bibirku saat itu.Hanya air mata yang mampu
aku keluarkan.Akif juga telah meninggalkan aku disaat aku memerlukannya.
“Mai,sebelum Akif pergi dia ada datang rumah
aku.Katanya ada sebab dia tak nak bagi tahu kau.”Arida memegang bahuku.Diusapnya
lembut cuba memberiku kekuatan.
“sebab apa Ida?”soalku dalam sendu.
“Dia kata dia takut dilukai.Dia juga kata dekat aku
yang dia doakan semoga kau bahagia bersama Rayyan.Dia suruh kau luahkan
perasaan kau dekat Rayyan.Katanya lagi tak baik simpan perasaan tu lama-lama
nanti makan diri.”Aku memandang Arida sayu.Akif berkata begitu dekat dia.
“Tapi Ida,Rayyan tu abang aku.Aku dah tak suka dia
dah.Sekarang baru aku tahu siapa yang aku suka.Tapi aku dah terlambat sebab dia
dah tinggalkan aku.”ujarku dengan esakkan yang tidak dapat dikawal.Arida
mengusap belakangku.
“Sabarlah Mai.Aku yakin andai kata kau jodoh dia pasti
suatu hari nanti kau akan bersama dia juga.Ingat Mai percaya pada takdir kerana
itu ketentuan tuhan.Bersabarlah selagi kau mampu Mai”nasihat Arida.Aku hanya
menganggukkan kepala.
“anyway,Mai aku ada something nak bagi dekat kau”Arida
yang baru saja bangun dari tempat duduknya memandangku.
“apa dia?”kepala aku donggakkan.Sisa air mata yang ada
dipipiku dikesat.
“Kad ni sebenarnya dah lama aku nak bagi dekat kau.Aku
terjumpa kad ni masa aku sapu sampah hari tu.Kad ni jatuh dekat bawah meja Akif.Maaflah
kalau aku terbaca aku nak tahu siapa punya.Tapi tak sangka yang kad ni untuk
kau.So,aku rasa kad ni Akif nak bagi dekat kau tapi tak kesampaian.Kau ambillah
buat kenangan.”Aku terkedu.Kad?Akif?Perlahan-lahan kad itu aku sambut.Hatiku
berdebar-debar.Arida sudah lama meninggalkan aku.Katanya mahu beri aku masa
bersendirian.Pasal rahsia aku dengan Rayyan itu.Dia dah lama maafkan.Katanya
Akif sudah ceritakan segalanya.Pada asalnya dia memang marah tapi dia faham
kesulitan yang aku alami.Jadi dia dah lupakan segalanya.Akif telah banyak
membantu aku.Kad ditanganku dibuka perlahan-lahan.Mataku bergelinang tatkala
membaca ayat yang tertulis diatas kad tersebut.
Aku
suka kamu,Maisara!
Love
you,
Akif Rafiq
Tiba-tiba air mataku bercucuran keluar dari
mataku.Esakan demi esakan yang terbit dari bibirku.Tak dapat aku bendungkan
lagi perasan aku sekarang.Perbualanku dengan Arida betul-betul menyekat
pernafasan aku.Kenapa harus begini kisah percintaan aku.Aku harapkan
kebahagiaan bukan penderitaan.
“I miss you Akif,Where are you?”Air mata mengalir lagi
dari kelopak mataku.Pemandangan laut didepan mataku masih tidak dapat
menenangkan hatiku yang kesepian.
“tisu!”seseorang menghulurkan sehelai tisu kepadaku.Aku
mendonggakan kepalaku memandangnya.Kelihatan seorang lelaki tersenyum manis
kepadaku.Aku terkesima.
“Aa..AKIFF!awak ke ni?”
“awak apa khabar?dah lama tak jumpakan.Semakin cantik
awak”Akif menanggalkan cermin mata hitamnya.Jelas nampak kekacakan
diwajahnya.Sememangnya aku amat merindui wajah ini.Kenangan pertama kali aku
berjumpa dengannya bermain difikiranku.
“termenung lagi.Awak ni sejak pertama kali saya jumpa
awak masa zaman sekolah dulu sehinggalah sekarang asyik termenung aje.Dari tadi
saya perhatikan awak.Tak habis-habis termenung”Akif mengambil tempat duduk
disisiku diatas sebatang kayu lama.
“awak perhatikan saya.Dari tadi?”Keningku terjongket.
“tak adalah sejak awak menjejakkan kaki kesini
lagi.Pulau Tioman ni.”Senyuman manis diberikan kepada aku.
“awak spy saya ke?”dugaku.Akif ketawa.
“kelakar ke?”marahku.Akif mengelengkan
kepalanya.Tawanya masih bersisa.
“Akif!”
“okey,maaf-maaf.Saya tak dapat nak kawal perasaan
saya.Dah lama tak tengok awak marah.Rindu pula rasanya.”sakat Akif.Aku mengetap
bibir.Geram.Tapi dalam hati bahagia.
“Kemana awak pergi selama ni?”soalku sekian lama
menyepi.
“mencari cinta”balasnya selamba.Aku mengetap
bibir.Terasa hati.
“awak dah jumpa?”soalku pilu.Sebaik mungkin aku menahan
getar didada.
“dah!”aku tersentak.Dia kata dia suka aku tapi secepat
ni dia dah dapat penganti.Aku tersenyum tawar.
“oh,yeke.Bertuah perempuan tu kan”ujarku cuba
menyembunyikan perasaan dihati.
“baiklah,saya nak balik hotel dulu.Lain kali kita jumpa
lagi.Nice too meet you”pantas aku berdiri.Habuk yang terlekat diseluarku
ditepuk perlahan.
“sampai bila awak nak pendam perasaan awak Mai.Saya dah
tahu dah segalanya.Arida dah bagi tahu saya segalanya.Awak masih nak tipu
perasaan awak ke?”Akif menarik tanganku.Langkah ku terhenti.
“Tapi semua tu dah terlambat Akif.Sekarang orang tu dah
ada penganti saya.Jadi lebih baik saya undur diri.Saya tak nak rosakkan
hubungan orang lain.Apa yang terbaik adalah undur diri.Jadi izinkan saya
pergi”tiba-tiba hatiku berubah pilu.Air mataku berlinangan.Tangannya cuba ku
lepaskan.Tapi pegangannya semakin lama semakin ketat seakan-akan tidak mahu
melepaskan aku pergi.
“Akif,Please”rayuku.
“No,you mine”
“mine?what you mean?”soalku pelik.
“kalau awak nak tahu cinta yang saya cari tu adalah
awak”Akif mengengam tanganku erat.Perlahan-lahan tanganku dibawa kedadanya.
“hati ini hanya untuk awak.Dan saya nak awak tahu saya
betul-betul sukakan awak.Please,terima cinta saya ni.”Rayu Akif.
“Saya..sa..saya pun suka dekat awak”aku memengang
kedua-kedua pipinya.Akif tersenyum mesra kepadaku.
“I LOVE YOU SO MUCH”Akif membisikkan kalimah cinta ditelingaku.Aku
tersimpul malu.Sesungguhnya dia memang dianugerahkan untukku.Betul lah apa yang
diperkatakan papa.Tak semestinya orang yang kita suka juga akan menyukai kita
dan tanpa kita sedari orang yang kita benci itulah jodoh kita sebenarnya.Terima
kasih yaallah kerana kau menganugerahkan kepada aku satu perasaan yang tiada
nilainya.Sesungguhnya ‘AKU SUKA DIA’.
like4....^_^
ReplyDelete(Y)
hehehe...thank kak o-ren..
ReplyDeletesama2.....:)
ReplyDeleteakk suka...sempoi je...^_^
hehehehek.... >.<
Deletebest gila gila
ReplyDeletehehehek....terima kasih...sudi2 lah singgah lagi ke blog saya...thank 4 you support >.<
Delete