meh!follow saya

Sunday 11 November 2012

Cerpen Aku Suka Dia


Cerpen:Aku Suka Dia


By:Lela Vanila

Di tepi tingkap kelihatan seorang lelaki sedang membaca buku dengan khusyuk sekali.Kadang-kadang dia akan melihat pemandangan diluar tingkap.Tenang sekali wajahnya.Hati aku rasa berdebar-debar bila melihatnya.Aku pun tak tahu kenapa.Mungkin aku suka dekat dia.Kawan-kawan selalu marahkan aku kerana suka dekat lelaki paling popular di sekolah aku.Tapi aku tak endahkan.Bukan salah pun kalau aku minat kan?ramai juga yang minat kat dia bukan aku seorang.Aku selalu curi-curi lalu didepan kelasnya sambil memerhati dirinya yang tekun belajar.Yer!memang aku suka dia.

“Dah-dahlah tu Mai kau tengok budak tu”tegur Arida kepada aku yang tersenyum-senyum lalu didepan kelas 5 Aroma.

“Biarlah,aku suka tengok dia”balas aku.Lelaki tu masih aku pandang penuh minat.Dia langsung tidak toleh memandang aku.Tetapi aku kesah apa!asalkan aku dapat tengok wajahnya itu sudah cukup.

“kau ni,kesianlah aku tengok”

“kenapa pula”

“kau ni dah macam perigi cari timba”
Senyuman yang mekar tadi tiba-tiba berubah layu tatkala kawanku Arida berkata begitu.Sampai hati.Salah ke aku suka kat dia?

“aku tengok kau selalu lalu depan kelas dia.Curi-curi pandang dia.Tapi dia langsung tak pandang kau.Entah-entah kehadiran kau disekolah ni pun dia tak tahu”sambung Arida lagi.Aku masih diam.Kami melangkah masuk kedalam kelas.

Aku mengambil tempat duduk lalu menongkatkan daguku.Kelas bising seperti biasa macam baru lepas dilontar bom.Rakan-rakan sekelasku tak seperti budak yang akan menduduki peperiksaan.Gaya mereka seperti budak terencat akal dan tak cukup umur.Lelakinya main kejar-kejar dan perempuannya berkumpul dan berbual perkara yang entah apa-apa.Kadang kala cikgu pun tak mampu nak kawal perangai rakan sekelas ku.Hanya aku dan Arida saja menjadi pelajar harapan cikgu.Mereka pun pelik kenapa aku dan Arida boleh masuk kekelas ini.Dah minat!tapi pada andaian orang kelas aku ni kelas budak bodoh dan nakal.Kami selalu dipandang rendah.

“kau tak rasa ke yang kau ni tak sesuai dengan si Rayyan tu?”ujar Arida mematikan segala lamunan aku.Wajahnya ku pandang.

“kenapa kau cakap macam tu?teruk sangat ke aku?”soal Aku.Wajahnya masih ku pandang.Arida membetulkan tudungnya.Dia tersenyum.

“kita kelas hujung Maisara,dia tu kelas pertama.Cuba kau fikir dia nak ke kawan dengan orang macam kita ni?”balas Arida.Dia membalas pandangan aku.

“macam tu ke?”

“iyelah macam mana lagi”

Aku mengukirkan senyuman tawar.Mungkin betul apa yang dikatakan Arida.

“umm..Tapi aku suka dia”

“dah 4 tahun lebih dah kau suka kat dia.Tapi dia tak tahu pun.Sebab apa?sebab kau tak pernah nak luahkan perasaan kau dekat dia.Sampai bila Mai kau nak pendam perasaan kau ni”
Arida memegang kedua-dua bahuku lalu dikoncangnya kuat.Bergegar badan aku dibuatnya.

“eh!gegar otak aku”Aku menarik tangan Arida dari bahuku.Dia hanya tersenyum.

“Mai,aku cakap serius ni”

“aku pun serius”

“susahlah cakap dekat kau ni.Bukan nak makan saman”ujar Arida.Dia memalingkan wajahnya ketempat lain.Aku hanya ketawa kecil.Selalu sangat dia bergitu.Bila menasihati aku pasti dia yang merajuk bukannya aku.Apa-apa sajalah!Tapi aku suka berkawan dengannya.Dia kawan terbaik aku.

               
                                                *****************************

“Ida jom teman aku pergi kelas 5 Aroma”

Arida yang sedang menyalin nota tersentak.Dia memandang aku tajam.Matanya yang sepet dibesarkan.

“kenapa?”soal ku.

“kau ni masih tak faham-fahamkan”marah Arida.

“Aku nak jumpa cikgu Azmi,tadi Taufiq cakap yang dia nak jumpa aku kat kelas 5 Aroma”balas ku bersahaja.Aku tersenyum lebar.Gembiranya hati ni tuhan saja yang tahu.

“kau pergilah seorang,aku ada kerja sikit nak buat ni.Lagi pun mungkin cikgu nak jumpa kau personal.So,kau pergi sendirilah okey”
Aku sudah menyilangkan tangan tanda protes.Sajalah tu tak nak ikut aku!Aku mendengus.

“kau memang tak nak ikut akukan?”

“betullah aku ada kerja.Kau pergi sendiri okey”Arida cuba memujuk aku.Aku hanya mengangguk.Malas nak paksa-paksa orang yang tak sudi.Ceh!

“okey aku pergi dulu”Hanya lambaian diberi Arida.Aku menuju ke kelas 5 Aroma dengan hati yang berbunga-bunga.

Dushh!

Terduduk aku dibuatnya bila terlanggar seseorang.Aku mengerang kesakitan.Bisanya terasa hingga ketulang.Betul-betul menyakitkan.Aku menggosok-gosok punggung ku yang sakit.Wajah ku berkerut-kerut menahan sakit.  ‘mahu seminggu ni sembelit aku dibuatnya’gumam aku.

“siapalah hamba allah yang buta ni,sesedap cekodok aje rempuh aku.”ngomel ku sendirian.

“cik tak apa-apa?”soal lelaki yang berada didepanku.Aku masih tidak memandangnya.Punggung ku betul-betul sakit.Baru saja nak jumpa pengarang jantung tiba-tiba dimusnahkan oleh lelaki ni.PENGACAU BETUL!

“Cik are you okey?”soalnya lagi.Cakap London lagi.Berlagak betul.Aku mengangkat wajah ku.Aku tergamam.  ‘Mak aih,mamat korea mana pula yang sesat masuk sekolah aku ni’gumam ku dalam hati.Terpaku aku memandangnya.Cair!

“Cik!!”

“hah!”aku tersentak.Aku cuba mengalihkan pandangan aku ketempat lain.Wajah ku sudah berubah merah. ‘Malunya’seloroh aku perlahan.

“cik boleh bangun tak ni?”

“bangun?boleh kot.”balas ku acuh tak acuh.Dada ku tiba-tiba berdebar hebat.

“kalau tak boleh saya tolong bangunkan,Tak pun saya dukung.Cik ni bukan besar mana pun jadi senanglah saya nak dukung”sakat Lelaki tu.Aku terlopong.  ‘biar betul’

“Tak apa.Saya okey”

Terkial-kial aku cuba bangun.Wajahku sudah berkerut.Macam baru lepas makan asam yang paling masam sekali dalam dunia.Sakitnya tidak terkira.Kaki ku tergelincir.Dia memaut lengan dan pinggang ku.Mata kami bertentangan.Lama.

“maaf!”ucapku bila menyedari kesilapan ku.  ‘malunya,masa macam ni pula nak jatuh.ish.’

“betul ni Cik okey”Dia masih tidak berpuas hati.Hanya anggukan diberi ku.

“nak tumpang tanya boleh”

“tanya apa?”balas aku dengan muka berkerut.

“jalan nak ke pejabat macam mana ye?”

“oh,pejabat ye?awak terus lepas tu belok kiri nanti awak akan nampaklah pejabatnya”
Lelaki itu mengucapkan terima kasih.Aku pula memberikanya senyuman paling manis.Jelas lesung pipit dipipi kiri ku kelihatan.Dia pun membalas senyuman ku.

SUMPAH!muka dia memang macam Shin Woo Ho,Cair kalau siapa tengok.Nampaknya pengarang jantung aku dah ada persaing.Tak apa kekasih hati kau tetap dihatiku.Senyuman dipipi masih mekar dibibirku.Hilang segala sakit yang dirasai aku sebentar tadi.Gatal!

                                                *********************
TOK!!TOK!!

Cikgu Azmi yang sedang leka mengajar terhenti bila melihat aku yang sedang berdiri diluar kelas.Dia menyuruh aku masuk.Dengan lafaz bismillah aku melangkah masuk kedalam kelas.Kaki ku terdengkot-dengkot sedikit saat masuk kekelas cikgu Azmi.Aku mengagahkan diriku untuk tersenyum.Semua pelajar memandang kearahku.Tetapi tidak pula Rayyan.Dia sedang khusyuk menulis sesuatu diatas bukunya.Senyuman dibibirku serta merta hilang.Hampa.

“kenapa awak lambat sangat?”soal Cikgu Azmi.Aku hanya tersenyum tawar.

“Maaf cikgu,ada excident tadi”balas aku jujur.Kening Cikgu Azmi terjongket.

“Excident?”Aku hanya menganggukan kepala mengiakan kata-kata Cikgu Azmi.

“dekat mana?”

“dekat blok B”

“Oh,okeylah tak apa,ni borang yang awak minta tu”Cikgu Azmi menghulurkan sekeping kertas kepada aku.

“terima kasih cikgu”ucap aku selepas menyambut huluran Cikgu Azmi.Dia hanya tersenyum.

“awak isi cepat sikit sebab tarikh permohonan dah nak tamat”Ujarnya.Aku hanya mengangguk mengerti.Sempat aku menoleh kearah Rayyan.Kelihatan seorang pelajar perempuan duduk disisinya sambil tersenyum-senyum gatal.Tengok gaya macam nak suruh Rayyan mengajar tapi caranya seperti nak mengatal pun ada juga.Aku mengigit bibir.Dada ku berombak kencang.Rasa nak saja tarik rambut perempuan gedik tu,pastu belasah cukup-cukup.Tapi itu semua hanya bermain di fikiran aku.

Gelagat mereka menarik perhatian ku.Ucapan yang keluar dari bibir cikgu Azmi seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri padaku.Agenda perempuan gedik itu lebih menarik minatku.

“Baiklah awak boleh masuk kelas awak”ujar Cikgu Azmi.Tersentak aku yang sedang seronok melayan perasaan.Aku menoleh kearah Cikgu Azmi.Anggukan diberiku.

“Terima kasih cikgu”ucap aku sebelum pergi.Sempat aku menoleh melihat agenda Rayyan dengan perempuan gedik tu.Perempuan itu menghulurkan air tin kepada Rayyan tetapi ditolak mentah-mentah oleh Rayyan.Aku yang sudah berada diluar kelas tertawa kecil.Padan muka!Desis aku.


                                                                ******************

“MORNING CLASS?”

Cikgu Hamdan masuk kedalam kelas sambil memegang sebatang rotan disebelah tangan kirinya.Wajahnya benggis sekali.Pelajar-pelajar yang bising tadi terdiam sepi.Semuanya ketakutan.Terasa aura cikgu Hamdan betul-betul menggerunkan.Seperti Singa jantan mencari mangsa.Aku hanya tersenyum kecil melihat keletah rakan sekelasku.

“baiklah semua,hari ini kelas kamu akan ada seorang rakan baru.Akif Rafiq sila masuk”
Kelihatan seorang pelajar lelaki perlahan-lahan melangkah masuk kedalam kelasku dengan senyuman yang paling tampan.Rakan-rakanku masing-masing berbisik.Aku tergamam.

‘tak akanlah!’Nafasku tersekat-sekat.Aku bermimpi ke?

Kelas kembali riuh rendah.Aku menoleh melihat rakan-rakan ku.Kelihatan yang perempuan sudah mengeluarkan aura gedik mereka.Ada yang melambai-lambai,ada juga yang membuat tangan seperti meminta nombor telefon.Lelaki pula sudah tersenggih nakal.Aku boleh rasakan agenda yang mereka rancangkan.Aku hanya mengelengkan kepala.Keluhan berat terbit dibibirku.

“Kenapa?”soal Arida pelik.Keningnya terjongket keatas.

“tak ada apa”balasku lemah.Terasa tubuhku seakan-akan mahu terbang keluar dari kelas ini.Aku tak sanggup sekelas denga dia.Tidak!!Dia adalah pesaing Rayyan jadi aku tak boleh berbaik dengannya.Hatiku mula menghasut.

“Akif awak boleh cari tempat duduk kamu”ujar Cikgu Hamdan.Aku memandang lelaki itu.Kelihatan satu kenyitan diberikannya kepadaku.Aku tersentak.

“buang tebiat ke apa”marahku.Aku menjelirkan lidah kepadanya.

“siapa yang buang tebiat?”soal Arida lagi.Kini kelihatan dahinya berkerut pula.Dah macam mak nenek dah rupa dia.Aku tersenggih.

“Tak ada siapa”balasku.Arida yang malas ambil pusing hanya menggelengkan kepala.Aku hanya tersenyum menahan malu.

“gila ke senyum sorang-sorang”

Dush!hatiku terasa seperti dipanah dengan kata-kata yang boleh dibaratkan seperti sembilu.Sakitnya.Mulut mamat ni boleh tahan juga ye.Aku menoleh memandangnya tajam.

“kamu sebok nak baut apa?”herdikku.Satu jelingan maut ku berikan kepadanya yang sudah duduk di sebelah mejaku.

Banyak-banyak tempat kosong kenapa mesti dia pilih untuk duduk di sebelah meja aku yang sememangnya sejak azali lagi tak ada orang nak duduk.Kenapa mesti dia?Nasib baik meja tu jaraknya jauh sedikit dariku.satu keluhan lega dilepaskan.Menyampah.



                                                ******************************
“sayang,mari duduk sebelah papa sekejap”

Aku yang baru saja mahu melangkah kedapur terhenti.Aku menoleh kearah papaku yang sedang duduk diruang tamu seorang diri.Hampir  15 tahun papaku hidup sendirian tanpa isteri disisi.Mamaku telah dijemput illahi semasa umurku baru saja mencecah 3 tahun.Pernah juga aku menyuruhnya mencari penganti mama tapi mentah-mentah dia menolaknya.Kata papaku hatinya masih belum terbuka untuk mana-mana wanita dan hatinya masih mencintai mama.Sesungguhnya papa seorang pencinta yang sejati.Aku harap suatu hari aku akan jumpa lelaki seperti papa untuk teman hidupku.Aku tersenyum sendirian.

“hah!ni dah kenapa tersenyum sorang-sorang ni?ada cerita menarik ke?tak nak cerita dekat papa”Papa merenung wajahku.Dia tersengih.

“cerita?Umm...ada.”balasku manja.Kepalaku dilentokkan dibahunya.Selesa.

“apa dia,kongsilah dengan papa”papa mengusap rambutku lembut.

“papa nak tahu kat kelas Mai ada budak baru”ujarku dengan malas.Rasa macam tak berminat pula nak cerita tentang mamat perasan dekat kelas aku tu.Suka sangat ganggu hidup aku.Tak boleh tengok aku senang.Aishh..

“handsome?”soal papa.Keningku terangkat.Soalan apakah ini?

“not bad”balasku acuh tak acuh saja.Tapi kenyataannya aku sendiri pernah mengatakan dia kacak.Nampak sangat aku tipu perasaan aku sendiri.

“Kenapa diam?”papa menyedarkan aku daripada mengelamun.Aku hanya mengelengkan kepala.

“budak lelaki tu dia selalu kacau Mai.Tak sukalah”ngaduku.Papa hanya tersenyum.Dia mengosok kepalaku.

“Dia suka Mai agaknya”gurau papa.Aku mencebik.

“Mai dah ada Rayyan lah papa.”bidasku.

“iyelah,papa tahu.Kamu dah suka Rayyan tu sejak kecil lagi.Tapi kamu kena tahu tak semestinya orang yang kita suka tu akan suka kita juga dan orang yang kita benci tulah yang kita suka sebenarnya.”panjang lebar papa memberiku nasihat.Aku tersenyum tawar.Bermakna betullah kata papa ni.Ni nasihat ke nak sindir aku ni.Aku terdiam.

“Mai!”

“ada apa pa?”soalku pelik.Kenapa suara papa tiba-tiba lain macam saja ni.Tadi bukan main lagi bergurau dengan aku ni tiba-tiba berubah serius pula.

“papa ada benda penting nak cakap dekat kamu ni”keningku terjongket.Sejak bila papa minta kebenaran aku bila nak tanya ni.Pelik.

“ada apa pa?kenapa lain macam saja ni?”hatiku berdebar.

“papa nak kahwin”

“what!!”aku terlompat dari tempat dudukku.

“Siapa pa?”soalku.Hatiku terasa sesuatu.Gembira.Sedih.Penuh tanda tanya.Sejak bila papaku bercinta ni.Aku tak tahu pun selama ni papa sibuk dengan kerja tiba-tiba kata dengan aku nak kahwin.Papa ada senbunyikan apa-apa ke dekat aku ni.Aku memandang papa tajam.

 “sejak bila pa?”soalku tegas.Memang aku pernah menyuruhnya kahwin tapi bukan suruh dia sembunyikan kisah percintaan dia daripada aku.Aku anak dia.Bibirku diketap.

“Dah lama dah,tapi dengan siapa papa harap Mai tak akan marah dekat papa.”Papa takut-takut nak cerita dekat aku.Aku yang sudah berdiri ditariknya duduk disisi.

“papa harap Mai tenang bila Mai dengar apa yang papa nak cakapkan ni.Papa cuba buang perasaan papa ni tapi rasa itu tuhan yang beri sayang.Cinta itu juga lahirnya kerana allah yang beri.Jadi kita tak boleh melawan takdir.Papa harap sayang faham”papa mengengam tanganku erat.Aku dapat rasakan ada sesuatu yang papaku rahsiakan daripadaku.

“bakal isteri papa tu merupakan mama kepada Rayyan”

Sappp!terasa seperti satu panahan menusuk kejantung aku.Nafasku tersekat.Patutlah selama ini papaku merahsiakan semua ini daripadaku rupanya...Tiba-tiba air mataku berlinangan.Tanggisan kecil keluar dari bibirku.Aku tak dapat menahan sebak.Bagaimana aku nak buang perasaan suka aku ini dekat Rayyan.Empat tahun aku pendamkan.Akhirnya,perasaan aku tamat disini.Perlukah aku berkorban demi papa?aku tak boleh pentingkan diri.Mungkin ada hikmah semua yang terjadi.Perlahan-lahan nafasku tarik kemudian ku lepaskan.Aku beristighfar didalam hati mohon diberi kekuatan.

“Mai relakan.Mai doakan semoga papa bahagia dengan aunty Ema.”perlahan ucapan yang keluar dari bibirku.Sesungguhnya aku tak kuat menaggung ini semua.Gengaman papa ku lepaskan perlahan-lahan.Dengan langkah yang longlai aku mendaki tangga menuju kebilik.Aku harus percaya pada takdir.Mungkin ini sudah suratan.Mungkin Rayyan bukan jodoh aku.Lagipun dia tak pernah tahu perasaan aku dekatnya.Jadi tak salah kalau aku pendamkannya sahaja.Biarkanlah.Kebahagiaan papa lagi penting pada aku.

“Maafkan papa Mai”kedengaran sebak saja kata-kata papa semasa aku meninggalkannya seorang diri diruang tamu.Aku tak boleh persalahkan dia kerana perasaan itu anugerah dari allah.Jadi aku harus redha dan lepaskannya demi papaku.


                                                                *****************************

“hemp!jauh terbang.Dah sampai mana?angkasa lepas ke?jumpa makhluk asing tak?”gurau Akif kepadaku.Gurauannya tidak ku sambut.Tidak berminat pula rasanya nak bergurau senda waktu macam ini.Wajahnya tidak aku pandang.Pemandangan diluar kelas lebih menarik berbanding melihat wajahnya yang menyakitkan hati ni.

“Arida mana?”soalnya selepas sedar gurauannya tidak dilayan aku.Soalannya juga ku biar sepi.

“aish..aku ingatkan aku bercakap dengan manusia tapi rupa-rupanya aku bercakap dengan dinding.Hai..lah Akif sekian kau ni”Kelihatan dia mengeluh.Wajahku masih direnungnya.Lama.

“kau ada masalah ke?kalau sudi share dengan aku”hanya gelengan diberiku.Untuk kesekian kali dia mengeluh.Akhirnya,dia meninggalkan aku sendirian.Dia kembali ketempat duduknya tapi matanya masih merenungku.Aku dapat merasakan yang dia sememangnya risau tentang aku.Tapi hati aku masih untuk Rayyan kerana aku suka dia.Aku mengeluh.

“Mai!Mai!”panggil Arida tercunggap-cunggap berlari kearahku.Aku memandangnya pelik.Baru lepas main kejar-kejar ke budak ni.Botol air diatas mejaku dicapainya lalu ditogak kemulutnya.Rakus.Hampir setenggah airku diminumnya.Apa masalah agaknya.

“kau kenapa?”soalku pelik.Arida mengambil tempat duduk disisiku.Perlahan-lahan dia mengambil nafasnya yang hilang.Aku menggelengkan kepala.

“kau dah luahkan perasaan kau dekat dia ke?”tiba-tiba soalan cepumas diberikan Arida kepadaku.Mataku terjongket.Masa bila pula aku luahkan perasaan?

“apasal?”

“tak adalah tadi masa aku pergi pejabat terserempak dengan si dia kau tu.Lepas tu tiba-tiba dia tahan aku.Dia tanya aku kenal tak Maisara.Aku katalah aku kenal.Pastu dia kata lagi dia nak jumpa kau kat padang sekolah lepas balik nanti.Dekat bawah pokok yang redang lagi.”terang Arida panjang lebar.Tiba-tiba dadaku berdebar.

“Dia tak cakap ke kenapa?”soalku.
“tak”balas Arida dengan gelengan sekali.Aku mengeluh.Mungkinkah dia mahu bincang dengan aku pasal papa dengan mama dia.Aku menongkatkan daguku diatas meja.Akif yang duduk disebelahku hanya melihat perlakuan kami.Jam tangan G-SHOK milikku dibelek.Tinggal satu jam saja lagi waktu balik sekolah.Jantungku berdenyut hebat.Adakah aku merasa gembira atau sebaliknya.Aku sendiri tak tahu.Buku-buku diatas meja disusunku dan dimasukkan kedalam beg.Nak ke tak nak aku kena juga berjumpa dengan dia untuk selesaikan masalah keluarga kami.Lagi sekali keluhan terbit dibibirku.


                                                                ************************

“maaf,lama tunggu?”soal Rayyan kepadaku yang sedang sibuk melayan perasaan.

 “baru jek”balasku.Aku yang sedang duduk bersila memandang rumput.Rayyan mengambil tempat duduk jauh sikit daripadaku.Dia menyandarkan tubuhnya dibatang pokok yang ada.Masing-masing melayan perasan sendiri.Lama keadaan kami begitu.Aku mahupun dia hanya berdiam diri tiada kata yang keluar dari mulut kami.

 “awak dah tahu?”soal Rayyan lembut kepadaku memecah tembok hening antara kami.Dadaku berdebar hebat.Terasa mahu gugur tatkala mendengar suaranya.Pertama kali aku jatuh hati dengan dia pun disebabkan suara dan  kebaikan dia.Keluarganya dan keluargaku merupakan rakan perniagaan.Papanya dan papaku merupakan kawan baik.Selepas kematian papa Rayyan,mamanya Datin Rahema mengambil alih.Mungkin sejak inilah mereka mula memutik rasa cinta antara satu sama lain tanpa aku sedari.Patutlah papa selalu berkata denganku jangan terlalu berharap terhadap Rayyan rupa-rupanya ada udang disebalik mee.Papa!!papa!!pandai papa simpan rahsia daripada Mai sedangkan papa tahu yang Mai sukakan Rayyan.Kejamnya hatimu.Aku mengeluh.

“tahu”sepatah saja yang keluar dari bibirku.Aku mengetap bibir cuba menahan getar didada.

“jadi awak setuju ke dengan perkahwinan mereka?”

“awak setuju ke?”soalan dibalas soalan.Aku tiada jawapannya.Andai kata dia setuju aku juga harus bersetuju.Mungkin takdir ingin menyatukan kami melalui hubungan keluarga bukan melalui hubungan cinta.Aku pasrah.

“saya tak kisah,Jika itu yang terbaik untuk mama saya rela.”ujarnya.Kenapa?kenapa aku rasa seperti mahu menanggis.Tidak tahukah dia bahawa aku sukakannya.Aku mengetap gigi cuba menahan pilu.

“kalau itu keputusan awak saya pun juga bersetuju.”lemah kata-kataku.

“tapi..”

“tapi apa?”potongku.

“saya tak nak orang tahu yang kita ni akan jadi adik beradik.Termasuklah kawan baik awak tu”sambungnya.Aku tersentak.

“tapi kenapa?”soalku pelik.Aku menoleh kearahnya.Wajahnya tenang sekali.Hilang segala debar didadaku saat melihat wajahnya.Tapi sayang aku tak sempat untuk meluahkan rasa hatiku kepadanya.Tapi tak apalah jadi abang tiri pun tak apa.Hari-hari aku boleh melihat wajahnya.Aku tersenyum kecil.Boleh pula aku berangan saat macam ni.

“saya tak mahu kecoh.Saya rasa ini lebih baik rahsiakan daripada pengetahuan orang.Kalau mereka tahu awak juga yang susah”balasnya.Aku seakan mengerti apa yang ingin disampaikan olehnya.Mungkin dia takut peminat dia mengapa-apakan aku.Sayang juga dia dekat aku.he he he

“baiklah saya setuju.”Ujarku.Aku bangun dari dudukan ku.Kini aku berdiri betul-betul dihadapannya.

“Rayyan Arman welcome too my family.Saya harap kita boleh jadi adik beradik yang baik”satu senyuman manis ku hadiahkan kepadanya.Salaman dihulurku.Rayyan berdiri betul-betul didepanku.Aku boleh menghidu bau minyak wanginya sesungguhnya minyak wangi ini kesukaanku.Aku menjarakkan diri sedikit kebelakang.

“Thank,welcome too”Rayyan menyambut huluranku.Dia tersenyum manis kearahku.Senyumannya aku balas semanis mungkin.Semoga aku mampu membuang perasaan aku terhadapnya.


                                                **************************

Majlis pernikahan dan persandingan papa dan mama Ema dilangsungkan di kampung mama Ema.Hanya majlis kecil-kecilan saja dilakukan.Sanak-saudara dan jiran terdekat sahaja dijemput.Rakan-rakanku dan Rayyan tidak dijemput.Kalau Arida tahu pasti dia akan marah dekat aku. ‘Maaf kawan’desisku.

Ramai yang datang menghadiri majlis perkahwinan papa dan mama Ema.Aku merasa sedikit tidak selesa berada dimajlis itu.Kelihatan Rayyan sedang seronok melayan sepupunya.Dia seakan tidak berminat mahu memperkenalkan mereka kepadaku.Langkahku atur menuju kebelakang rumah.Nasib baik rumah nenek Jah ni ada sungai dibelakangnya.Bolehlah aku tenangkan sikit jiwa aku yang gundah gulana ni.

“kau dekat sini rupanya?”

Aku tersentak.Macam kenal je suara ni.Aku menoleh kebelakang.

“apa kau buat kat sini?”jerkahku.Terbangunku yang baru saja menjejakan punggungku diatas pangkin nenek Jah.Mamat ni memang suka kacau daun.Aku mencebik.

“biarlah rumah nenek aku”balasnya selamba.

“nenek kau?”keningku terjongket.

“yela nenek aku.Mak Ema tu mak Uda aku”balasnya.Dia duduk disebelahku yang sudah berdiri.

“apasal kau berdiri?bontot kau bisol ke?”peh!ayat mamat ni memang tak ada insuran.Aku mengetap bibir.Aku duduk jauh sedikit darinya.Dia ketawa kecil.Jelas Nampak kekacakannya.Tiba-tiba dadaku berdebar.Perasaan ni lain sedikit semasa aku berjumpa dengan Rayyan.Perasaan apakah ini?

“apa kau buat kat sini?”

“saja tenangkan fikiran”

“tenangkan fikiran ke tenangkan hati kau yang lara tu?”aku tersentap.

“macam mana kau...”

“boleh tahu?mudah saja nak baca fikiran kau Maisara.Aku boleh nampak apa yang bermain difikiran kau masa kau memandang Rayyan.Patutlah hari tu muka kau tak bermaya je rupa-rupanya pengarang jantung dah jadi abang tiri.Melepas kau kan.Kesian.”Sinis sekali kata-kata Akif.Aku mengetap gigi.

“kau peduli apa?suka jantung akulah.Kau siapa nak masuk campur hal aku”kemarahan ku sudah memuncak.Setiap kali aku jumpa mamat ni pasti ada saja yang menyakitkan hati.Nak saja aku tampar laju-laju kasik diam mulut tu.Membebel jek kerja dia.

“Rayyan tahu?”suara Akif sudah berubah.Suara dia lembut tidak seperti tadi.Tiba-tiba aku rasa tenang.Aku mengelengkan kepala.Akif tersenyum.

“sepatutnya kau luahkan perasaan kau tu dekat dia.Kalau betul kau suka dia tak salah luahkan hati kau dekat dia.Kalau kau nak tahu si Rayyan tu memang pandai dalam pelajaran tapi dia tu bodoh dalam percintaan.Sebab tu dia tak boleh tahu perasaan kau.”Akif ketawa.

“Kesian kau suka lelaki macam dia tu.Kalau kau suka aku pasti kau tak akan menyesal.Kalaulah aku yang disuka oleh kau pasti aku tak akan lepaskan kau.”Kata-kata dia terhenti.Dia tersenyum.Aku yang terkejut mendengar kata-katanya menoleh memandangnya.Kenapa aku rasa apa yang dikatakan olehnya bukan satu gurauan.

“Akif!apa yang kau cakap kan ni?”soalku curiga.

“Mai sebenarnya aku...”

“Maisara papa Zaf panggil”kedengaran suara Rayyan memanggil aku daripada khemah.Pantas aku bangun dan menoleh kebelakang.

“Kejap lagi Mai datang”jeritku.Akif dipandangku.Aku masih mahu dengar apa yang ingin diperkatakannya tapi hatiku seperti menolaknya.

“Akif maafkan saya,saya kena pergi dulu papa saya panggil”

“baiklah”Akif tersenyum tawar kepadaku.Aku dapat rasakan yang dia seperti hampa denganku.Aku merasa serba salah.Tapi Rayyan asyik  memanggil namaku.Hatiku berbelah bagi.

“pergilah,ada masa kita berbual lagi”arah Akif perlahan.Aku hanya menggangukkan kepala.

“Thank”

“welcome”

Pantas kakiku melangkah menuju kearah Rayyan yang tidak habis-habis memanggil namaku.Rimas pula dibuatnya.Sempat aku menoleh kebelakang melihat Akif tapi dia dah tiada disitu kemanakah dia pergi?Rajukkah dia denganku.Aku menggosok rambutku.Kusut.

                                                                *************************

Sejak kejadian hari tu,aku dapat melihat perubahan Akif.Dia tidak seperti selalu.Entah kenapa aku dapt rasa dia seperti mahu menjauhkan dirinya daripadaku.Kenapa agaknya?aku ada buat salah ke dekat dia?Mungkin dia masih marah dengan aku sebab tinggalkan dia macam tu je.Keluhan terbit dibibirku.

“hah!ni apasal ni mengeluh je dari tadi.Macam tengah hadapi masalah besar dah rupa kau ni”Terkejut aku apabila disergah oleh Arida tiba-tiba.Dia yang hilang entah kemana tiba-tiba muncul macam hantu.Aku mengurut dadaku yang terkejut untuk menghilangkan debar.

“kau ni sukakan terkejutkan aku.Nasib baik aku tak kena cirit birit dengar sergahan kau tu”gurau aku.Ketawa terbahak Arida mendengar gurauanku.

“banyak ah kau punya cirit birit”Arida menepuk pehaku.Sakit.Mengerang kesakitan aku.

“kau kenapa?dari tadi aku nampak kau mengeluh je.Sikit-sikit mengeluh.Sikit-sikit mengeluh.Aku yang naik lengguh tengok kau tahu”

“tak ada apa-apalah,saja hobi”balasku.Aku tersenggih.

“Hobilah sangat”Arida menolak bahuku.

“psstt..Ida aku nak tanya ni?”bisikku ketelinga Arida.Kening Arida terangkat.

“psstt..psstt..apa dia?”ajuk Arida.

“kau tahu tak kemana perginya jejaka kacak sebelah aku ni?”aku masih berbisik.Saja tak mahu orang lain dengar.Arida menoleh memandangku.Tajam.

“ni apasal ni tanya pasal dia?tak akan kau dah syok kat dia?”Suara Arida berubah serius.

“amboi,marah nampak.Kau pun suka dekat dia ke?”gurauku.Arida mencebik.

“Tak nak aku berebut dengan budak-budak gedik.Nanti tak pasal-pasal aku kena black list dengan budak ni”Arida mengosok dagunya.Aku ketawa kecil melihat keletah Arida.Betul-betul mencuit hati.

“poyolah kau ni”Kami ketawa kecil.

“aku tanya serius ni mana dia?dah lama aku tak nampak dia”Suaraku kembali serius.Aku memusingkan badanku memandang meja sebelahku yang kosong sejak dua tiga hari lalu.Arida menarikku memandangnya.Wajahnya sedih.

“kau kenapa?”soalku pelik.Tiba-tiba emosi pula budak ni.

“kau bersabar okey”Dia mengusap bahuku lembut.Apasal ni?buat babak sedih pula.

“Akif kenapa?”soalku risau.

“Dia excident”Mulutku terlopong.

“Masa bila?kenapa aku tak tahu menahu ni?”Bahu Arida ku goncang sekuat hati.Sampai hati Akif tak bagi tahu aku.

“Dua hari yang lepas.Dia cakap kat aku jangan bagi tahu kau sebab dia tak nak kau risau”Wajah Arida aku renung dalam.Kenapa hati aku rasa pilu.Adakah sebab aku terasa dengan Akif yang tidak memberi tahuku atau aku risau akan keadaannya.

“teruk ke?Dia dekat mana?”soalku.

“Dia okey cuma kaki dia jek patah,tangan dia luka sikit”balas Arida.Aku melepaskan nafas lega.Arida memandangku pelik.Dia pelik kenapa aku begitu risaukan Akif sedangkan aku sukakan Rayyan.Dia masih tidak tahu yang aku dan Rayyan sudah menjadi adik beradik tiri.Belum masanya lagi aku memberi tahunya.Akan marahkah dia dengan aku nanti.

“Nanti kita pergi melawat dia”ujarku.Arida menggeleng.

“maaflah,aku ada datelah”Arida tersenggih.Aku mengetap bibir.Kurang asam punya kawan.

“yela,Date kau tu lagi pentingkan”marahku.

“ala,maaflah.Lain kali kita pergi sama-sama okey”pujuknya.Aku tersenyum.

“tak adalah,aku gurau jek”hidung Arida aku picit.Mengerang kesakitan dia.Aku ketawa kecil.Nampaknya aku kena pergi seorang diri.Nak bagi apa agaknya?Tak akan nak bagi bunga diakan lelaki.Coklat?lagilah tak sesuai.Umm..buah-buahan sajalah.Macam-macam yang aku fikirkan.Aku tak tahu kenapa hatiku terasa seperti berbunga-bunga.Sukakah aku padanya.

                                                                ********************

“assalammualaikum”salam aku beri sebelum melangkah masuk kedalam bilik pesakit.Kelihatan mama Akif sedang menyuapnya bubur.Kedengaran salamku disahut.

“maaf menganggu”kataku sopan.Mama Akif tersenyum mesra kepadaku.Senyumannya aku balas.Kelihatan Akif tidak langsung memandangku.Dia masih marah aku ke?Apa yang aku nak buat ni.Dahlah aku ni tak reti pujuk memujuk ni.Aku mengaru kepalaku yang tidak gatal.

“anak ni kawan Akif ye?”soal Mama Akif lembut.Aku hanya menganggukan kepala mengiakan katanya.Salamnya aku sambut.

“Saya Maisara.Panggil saja Mai”balasku.

“Nama aunt Puan Sri Husna panggil Aunt Husna jek.Nak panggil mama Husna pun boleh.Kamu ni anak tiri Rahema kan?”aku mengangguk.

“kamu duduklah dulu aunt Husna nak bagi Akif ni makan sekejap”Aunt Husna mengambil semula mangkuk berisi bubur diatas meja.

“Aunt,nak saya tolong?”aku menawarkan diri untuk menolongnya.Aunt Husna tersenyum.Dia menghulurkan mangkuk yang dipegangnya kepadaku.Aku terkedu.

“tolong aunt suapkan Akif.Aunt nak solat sekejap.Nanti aunt datang balik.Tolong ye”Sambutan Aunt Husna aku sambut perlahan.Aku suap Akif.Dah macam sweet couplelah pulak.Aku hanya tersenyum dan menganggukan kepala.Tak sampai hati nak tolak permintaan Aunt Husna.Akhirnya aku mengalah.Aku melihat Akif seperti tidak menyenangi kedatangan aku.Tapi aku buat tidak tahu.Niat aku baik untuk melawatnya.Dia suka atau tidak aku malas ambil pusing.Yang penting aku dah sampai dan dah lakukan tanggungjawap aku sebagai sahabat walaupun dia tak mahu beri tahu aku yang dia kemalangan.

“Baiklah,kamu duduk sini.Akif mama pergi solat dulu.Kamu makan dengan Maisara ye”Puan Sri Husna menepuk lembut bahu anaknya.Tanganku ditariknya dan menyuruhku duduk disisi anaknya.Lain macam pula aku tengok perangai mama Akif ni.Periang betul.Murah dengan senyuman.Patutlah anaknya pun perangai macam dia.Tapi sejak peristiwa hari tu dia semakin lama dingin dengan aku.Kenapa?

“awak sihat?”aku cuba memulakan perbualan setelah sekian lama menyepi.Suapan aku disambut baik oleh Akif.Aku fikirkan dia akan tolak suapanku dan halau aku keluar tapi sangkaan aku meleset.

“Baik”sepatah dia jawab.Aku tersenyum.

“baguslah awak sihat.Kenapa awak tak bagi tahu saya yang awak kemalangan?”

“tak penting”aku tersentak.Tanganku terhenti daripada menyuapnya.

‘Mai orang sakit memang perangai dia lain sikit.Sabar okey’Hatiku cuba memujuk.Aku cuba memaniskan wajahku.Tanganku kembali menyuapnya.

“awak masih marahkan saya?”soalku.Tiada jawapan yang diberi Akif.

“Ingatkan saya ni bercakap dengan manusia rupanya saya sedang bercakap dengan dinding.Kesian betul kau Maisara”Aku cuba mengulang balik kata-kata yang pernah Akif ajukan kepada aku dulu.Dan seperti pernah aku lakukan kepada dia begitu jugalah dia balas kepada aku.Aku mengeluh.

“Nampaknya awak masih marahkan saya,Dan saya rasa awak seperti tak berniat nak maafkan saya.Rasanya lebih baik saya minta diri dulu.Awak pun dah habis makan.Maaflah kalau kehadiran saya menganggu hidup awak.Tapi saya nak awak tahu semasa saya tahu awak masuk hospital saya rasa jantung saya nak gugur.Awak tahu tak bertapa risaunya saya.Tapi nampaknya kerisauan saya tu semuanya sia-sia.Okeylah saya minta diri dulu.”Mangkuk yang sudah kosong aku letakkan semula diatas meja.Beg galasku diatas meja dicapai.

“Saya minta diri dulu.Assalammualaikum”

“eh!dah nak balik dah Mai?Awalnya.Aunt baru nak ajak berbual”tiba-tiba Aunt Husna masuk kedalam bilik Akif.Aku tersenyum tawar.Aunt Husna memandang kami pelik.

“tak apalah Aunt Husna,Mai ada hal sikit yang nak kena buat.Mai minta diri dululah aunt.Ada masa Mai ajak mama Ema denga papa datang melawat Aunt.”aku menyalam tangannya mesra.Aku cuba tersenyum manis kepadanya.Aunt Husna hanya mengangguk.Dia melihat Akif yang masih berdiam diri.Dia seakan tahu apa yang berlaku.

“baiklah,kamu hati-hati”

“baik aunt.Assalammualaikum”

“waalaikummussalam.”

                                                                *********************

“Mai pergi mana?”aku yang baru saja keluar dari kereta terkejut bila ditegur seseorang.Aku menoleh kearah kolam renang sebab suara itu kedengaran seperti datang dari arah sana.Aku tersenyum tawar kepada tuan punya suara.Dia turut tersenyum kepadaku.

“Mai dari hospital”balasku lemah.Kakiku atur menuju kearahnya.Kelihatan dia sedang minum petang seorang diri sambil memabaca majalah.Selalunya papa dan mama Ema ada bersama.Kemana agaknya mereka.

“papa dengan mama Ema mana?”soalku.Kerusi kosong didepannya aku duduk.Dengan selamba cawan yang sudah tersedia diatas meja aku capai.Tiba-tiba haus pula tekak ni.Tersedak Rayyan melihat kelakuanku.Aku mencebik.

“kenapa?”

“tu air sayalah”ujarnya yang masih terbatuk.

“SO!”

“awak minum air saya.Tak akan awak tak tahu”Muka Rayyan berubah.Apasal pula dia yang malu.Sepatutnya aku yang malu.Semakin lama tinggal dengan Rayyan ni aku rasa menyampah pula.Perangai macam perempuan.Betullah kata Akif yang Rayyan ni memang bodoh bab perasaan ni.Kesian siapa yang suka dekat dia.Eh!bukan dulu aku pun suka dekat dia ke?tapi itu dulu.Aku tersenggih.

“Alamak,iye ke?maaflah abang Eyan,Adik Mai tak perasanlah.Haus sangat tadi”sakatku.Jelas nampak perubahan diwajah Rayyan.Aku tak tahu sama ada dia marah ataupun malu.Tapi apa aku kesah.

“Okeylah!Mai masuk dulu.Sambunglah baca buku tu.Maaflah ganggu.”aku mengangkat tangan ku tanda memohon maaf.Tanpa segan silu aku meninggalkan Rayyan yang terkejut dengan tindakan aku.Mulutnya terlopong.Aku ketawa kecil meninggalkan Rayyan sendirian.Geli hati.Aku pun tak sangka yang aku boleh terminum air dia.Haus punya pasal.

                                                                                **********************

“eh,perempuan!”tanganku direntap oleh seseorang.Badanku terpusing akibat rentapan yang kuat.Nyaris-nyaris aku terjatuh.Nasib baik aku dapat seimbangkan badan.

“kau orang ni kenapa?”herdikku geram dengan perangai tiga sekawan yang gedik nak mampus ni.Tak habis-habis cari pasal dengan aku.Dulu dia orang serang aku  masa dia orang dapat tahu yang aku suka dekat Rayyan sekarang siapa pula?setahu aku belum ada sesiapa lagi yang aku suka.

“Kau tu kenapa?”balas Syafinaz selaku ketua mereka dan merupakan perempuan yang paling aku menyampah dekat dunia ni.Perasan cantik.Ceh!Keningku terjongket.

“kenapa pula dengan aku?”

“dulu kau kacau Rayyan,sekarang kau nak kacau Akif pula.Kau ni tak sedar dirikan”jerit Syafinaz kearahku.Binggit.Aku menutup telingaku sebelah.Saat-saat macam ni pula Arida tidak datang kalau tak dia yang tolong aku balas kata-kata si Syafinaz ni.Aku ni bab-bab bergaduh kurang minat.So,berdiam lebih baik.

“eh,perempaun aku cakap dengan kaulah pekak”jeritnya lagi.Tak sakit agaknya tekak tu menjerit saja kerjanya.Mahu pecah gegendang telinga aku kalau dengar dia jerit lama-lama.Aku melihat Hakima dan Farina kawan baik Syafinaz tersenyum sinis memandangku.Dasar pengampu.Aku mencebik.

“aku tak pekaklah.Aku masih dengar apa yang kau cakap.Tak payahlah nak jerit-jerit macam Pontianak”balasku pedas.Ambil kau.Ingat assistant aku tak ada aku tak boleh lawan cakap kau,Maaflah kau silap.Kelihatan pelajar mula menguruni kami berempat.Ingat tengok telenovela ke?Aku pula yang segan.Tak pasal-pasal kena marah.Sabar jek lah.

“kurang ajar betul kau ni kan kata aku Pontianak”marah Syafinaz.Mukanya berubah merah.Dah macam udang kena panggang dah rupa dia.Aku ketawa kecil.

“apasal kau ketawa?”

“nothing”balasku selamba.

“aku nak kau jauhkan diri kau dari Rayyan dan Akif kalau tak...”

“kalau tak apa?”potongku.Perlahan-lahan aku mendekatinya.Mataku besarkan.Syafinaz seperti ketakutan diturut melangkah kebelakang perlahan-lahan.

“kau jangan dekat dengan aku kalau tak aku..”

“kau nak buat apa?”

“aku lempang kau”

“Kesah pulak aku”

“kau ingat aku tak tahu ke yang kau dengan Rayyan tu adik beradik tiri”

Tapp!langkahku terhenti.Macam mana dia tahu.Aku memandang wajahnya.Tajam.Kedengaran semua orang sedang berbisik sesama sendiri.Jelas senyuman kemenangan diwajah Syafinaz.

“ka..kau..macam mana..”

“kalau kau nak tahu aku ni kekasih Rayyan.Dan salah seorang sepupu Rayyan tu adalah kawan lama aku.Dia yang ceritakan semuanya dekat aku.Dia pun ada cerita dekat aku yang si Akif tu merupakan sepupu Rayyan.Dan dia juga ada cerita dekat aku yang papa kau tu gatal.Ada hati nak kahwin dengan Mama Rayyan mentang-mentang mama Rayyan tu kaya.Dasar pisau cukur.Tak sedar diri.Tua nak mampus.”

Pangg!!

Semua terdiam.Syafinaz terkedu.Dia memegang pipinya yang perit.Air mata mengalir keluar dari matanya.Aku juga terkedu.Siapa yang tampar Syafinaz?Aku menoleh.

“Rayyan!”

“How dare you Rayyan”

“shut up!watch up your mouth.Apa yang kau dah cakap dekat Mai.Kekasih?aku kekasih kau.In your dream.Perempuan macam kau ni tak layak untuk aku.Kau ni hanya layak untuk jantan-jantan kat tepi jalan je”sinis sekali kata Rayyan.

“dan lagi satu..aku nak kau jangan nak kutuk papa Maisara.Memang kami dah jadi adik beradik tiri.So,apa masalah kau?ingat lagi sekali kau kacau dia.Habis kau aku kerjakan.”Telunjuk Rayyan betul-betul dihadapan muka Syafinaz.Nafasnya turun naik.Tak pernah aku nampak dia semarah ini.Aku terkaku.Kenapa Rayyan pula yang marah.Bukan ke sepatutnya aku yang marah.Dia pula yang terlebih emosi.

“Dah Mai mari ikut abang”

“ABANG?”semua berbisik sesama sendiri.

“Abang?aa..apa yang awa..ak..”

“dah jangan nak banyak cakap ikut sajalah”potongnya.Aku mengatup bibirku.Sekali kena marah dengan abang.Sengajalah tu nak gunakan kuasa veto dia dekat aku.Eishh...sejak bila entah aku bahasakan diri dia tu abang dasar perasan.Aku membuat muka loya.

“kau blah!”Rayyan melanggar bahu Syafinaz sebelum berlalu pergi.Tangannya  sempat memaut tanganku.Melayang aku dibuatnya.Apa kena dengan mamat ni.Meroyan agaknya.Sabar Maisara Sabar.Aku sempat menoleh kebelakang dan aku terlihat Akif sedang merenungku.Tajam.Jelas api cemburu diwajahnya.Aku memandangnya tanpa henti.Dia mengalihkan pandangannya ketempat lain.Lalu memusingkan badannya.Dengan bantuan tongkat dia berlalu meninggalkan tempat tersebut.Hati aku terasa hampa.Kenapa begitu ketara perubahan dia.Sudah bencikah dia dekat aku sekarang.

                                                                *********************

“kenapa Mai bodoh sangat biarkan dia keji Mai?Mai tak ada perasaan ke?macam-macam dia kutuk papa Zaf,Mai masih boleh diam.”Untuk kesepuluh kalinya aku dibebel oleh mamat perasan bagus ni.Dari mula dia menarik tanganku sehinggalah sampai kerumah.Nasib baik Papa dan Mama Ema tiada dirumah kalau tak memang berdouble-double lah bebelan diterima aku.Tak sangka semakin lama aku duduk dengan si Rayyan ni macam-macam perangai dia yang aku ketahui.Tak sangka selama empat tahun aku mengenali dia baru sekarang aku tahu bagaimana perangainya.Kelakarkan.Sangkaan aku dah lama kenal dia rupanya tidak.Aku tersenyum sendirian.

“tengok tu kita cakap kat dia tak dilayan.Sebaliknya tersenggih sorang-sorang.Tak betul ke apa?”Rayyan memandangku geram.Dia menyilangkan tangannya.Dia mengambil tempat duduk disofa.Aku pula hanya berdiri disebelahnya.Masih berdiam.

“yang kamu terconggok macam patung cendana tu kenapa?tak nak duduk ke?”Pantas aku mengambil tempat duduk didepannya.Wajahnya aku renung.Semakin lama jelas sifat abang yang ada pada dia.Beranganlah tu nak jadi abang aku.Ceh!

“Dah!?”soalku setelah Rayyan menyepi.Keningnya terangat memandangku.

“apa yang dah?”soalnya pelik.

“dah penat membebel ke,dah habis ke belum kalau belum sambung lah lagi!?”Aku tersengih kambing.Saja menyakatnya.Dia menjengkelkan matanya.

“dah tak ada kerja ye nak menyakat orang.Kita cakap betul-betul dia boleh main-main.Memang nak kena budak ni”Rayyan sudah bangun menuju kearah aku yang sudah ketawa terbahak-bahak.Kelihatan Rayyan sudah bangun dari dudukannya.Dia sudah mengempal-gempal penumpuknya.Tak akanlah dia nak belasah aku.Tidak!lebih baik cabut!

“mana nak pergi?ingat boleh lari ke hah,sini kau”Rayyan sudah mengejar aku yang sedang berlari keliling ruang tamu.Kami berlari berkejaran macam budak-budak.Dengan gelak tawanya.Aku dapat rasakan sinar kebahagian dalam hidup aku.Tak pernah aku segembira ini.Selama ini aku sentiasa keseorangan tak pernah ada orang yang lindungi aku kecuali papa.Tapi hari ini lain.Aku dapat rasakan kasih sayang daripada seorang abang dan  bukan daripada seorang kekasih.Kenapa agaknya?adakah aku dah dapat buang perasaan aku terhadap dia.Mungkin.Dan mungkin juga perasaan aku sudah ada pada orang lain.Dan aku pasti yang aku suka dia.

“Terima Kasih Rayyan.”ujarku selepas kami penat berkejaran.Rayyan hanya tersenyum kepadaku.Sememangnya dia seorang abang yang baik.

                                                                *********************

“Jauh terbang,Dah sampai mana?angkasa lepas ke?jumpa alien tak?”ayat itu sering bermain difikiran aku.Selepas kejadian aku diserang Syafinaz,aku mendapat tahu yang Akif sudah berpindah ke sekolah lain.Aku terkedu.Tiada kata yang keluar dari bibirku saat itu.Hanya air mata yang mampu aku keluarkan.Akif juga telah meninggalkan aku disaat aku memerlukannya.

“Mai,sebelum Akif pergi dia ada datang rumah aku.Katanya ada sebab dia tak nak bagi tahu kau.”Arida memegang bahuku.Diusapnya lembut cuba memberiku kekuatan.

“sebab apa Ida?”soalku dalam sendu.

“Dia kata dia takut dilukai.Dia juga kata dekat aku yang dia doakan semoga kau bahagia bersama Rayyan.Dia suruh kau luahkan perasaan kau dekat Rayyan.Katanya lagi tak baik simpan perasaan tu lama-lama nanti makan diri.”Aku memandang Arida sayu.Akif berkata begitu dekat dia.

“Tapi Ida,Rayyan tu abang aku.Aku dah tak suka dia dah.Sekarang baru aku tahu siapa yang aku suka.Tapi aku dah terlambat sebab dia dah tinggalkan aku.”ujarku dengan esakkan yang tidak dapat dikawal.Arida mengusap belakangku.

“Sabarlah Mai.Aku yakin andai kata kau jodoh dia pasti suatu hari nanti kau akan bersama dia juga.Ingat Mai percaya pada takdir kerana itu ketentuan tuhan.Bersabarlah selagi kau mampu Mai”nasihat Arida.Aku hanya menganggukkan kepala.

“anyway,Mai aku ada something nak bagi dekat kau”Arida yang baru saja bangun dari tempat duduknya memandangku.

“apa dia?”kepala aku donggakkan.Sisa air mata yang ada dipipiku dikesat.

“Kad ni sebenarnya dah lama aku nak bagi dekat kau.Aku terjumpa kad ni masa aku sapu sampah hari tu.Kad ni jatuh dekat bawah meja Akif.Maaflah kalau aku terbaca aku nak tahu siapa punya.Tapi tak sangka yang kad ni untuk kau.So,aku rasa kad ni Akif nak bagi dekat kau tapi tak kesampaian.Kau ambillah buat kenangan.”Aku terkedu.Kad?Akif?Perlahan-lahan kad itu aku sambut.Hatiku berdebar-debar.Arida sudah lama meninggalkan aku.Katanya mahu beri aku masa bersendirian.Pasal rahsia aku dengan Rayyan itu.Dia dah lama maafkan.Katanya Akif sudah ceritakan segalanya.Pada asalnya dia memang marah tapi dia faham kesulitan yang aku alami.Jadi dia dah lupakan segalanya.Akif telah banyak membantu aku.Kad ditanganku dibuka perlahan-lahan.Mataku bergelinang tatkala membaca ayat yang tertulis diatas kad tersebut.
                                               
                                                Aku suka kamu,Maisara!
                                                                                                Love you,
                                                                                                                   Akif Rafiq

Tiba-tiba air mataku bercucuran keluar dari mataku.Esakan demi esakan yang terbit dari bibirku.Tak dapat aku bendungkan lagi perasan aku sekarang.Perbualanku dengan Arida betul-betul menyekat pernafasan aku.Kenapa harus begini kisah percintaan aku.Aku harapkan kebahagiaan bukan penderitaan.

“I miss you Akif,Where are you?”Air mata mengalir lagi dari kelopak mataku.Pemandangan laut didepan mataku masih tidak dapat menenangkan hatiku yang kesepian.                                                                              

“tisu!”seseorang menghulurkan sehelai tisu kepadaku.Aku mendonggakan kepalaku memandangnya.Kelihatan seorang lelaki tersenyum manis kepadaku.Aku terkesima.

“Aa..AKIFF!awak ke ni?”

“awak apa khabar?dah lama tak jumpakan.Semakin cantik awak”Akif menanggalkan cermin mata hitamnya.Jelas nampak kekacakan diwajahnya.Sememangnya aku amat merindui wajah ini.Kenangan pertama kali aku berjumpa dengannya bermain difikiranku.

“termenung lagi.Awak ni sejak pertama kali saya jumpa awak masa zaman sekolah dulu sehinggalah sekarang asyik termenung aje.Dari tadi saya perhatikan awak.Tak habis-habis termenung”Akif mengambil tempat duduk disisiku diatas sebatang kayu lama.

“awak perhatikan saya.Dari tadi?”Keningku terjongket.

“tak adalah sejak awak menjejakkan kaki kesini lagi.Pulau Tioman ni.”Senyuman manis diberikan kepada aku.

“awak spy saya ke?”dugaku.Akif ketawa.

“kelakar ke?”marahku.Akif mengelengkan kepalanya.Tawanya masih bersisa.

“Akif!”

“okey,maaf-maaf.Saya tak dapat nak kawal perasaan saya.Dah lama tak tengok awak marah.Rindu pula rasanya.”sakat Akif.Aku mengetap bibir.Geram.Tapi dalam hati bahagia.

“Kemana awak pergi selama ni?”soalku sekian lama menyepi.

“mencari cinta”balasnya selamba.Aku mengetap bibir.Terasa hati.

“awak dah jumpa?”soalku pilu.Sebaik mungkin aku menahan getar didada.

“dah!”aku tersentak.Dia kata dia suka aku tapi secepat ni dia dah dapat penganti.Aku tersenyum tawar.

“oh,yeke.Bertuah perempuan tu kan”ujarku cuba menyembunyikan perasaan dihati.

“baiklah,saya nak balik hotel dulu.Lain kali kita jumpa lagi.Nice too meet you”pantas aku berdiri.Habuk yang terlekat diseluarku ditepuk perlahan.

“sampai bila awak nak pendam perasaan awak Mai.Saya dah tahu dah segalanya.Arida dah bagi tahu saya segalanya.Awak masih nak tipu perasaan awak ke?”Akif menarik tanganku.Langkah ku terhenti.

“Tapi semua tu dah terlambat Akif.Sekarang orang tu dah ada penganti saya.Jadi lebih baik saya undur diri.Saya tak nak rosakkan hubungan orang lain.Apa yang terbaik adalah undur diri.Jadi izinkan saya pergi”tiba-tiba hatiku berubah pilu.Air mataku berlinangan.Tangannya cuba ku lepaskan.Tapi pegangannya semakin lama semakin ketat seakan-akan tidak mahu melepaskan aku pergi.

“Akif,Please”rayuku.

“No,you mine”

“mine?what you mean?”soalku pelik.

“kalau awak nak tahu cinta yang saya cari tu adalah awak”Akif mengengam tanganku erat.Perlahan-lahan tanganku dibawa kedadanya.

“hati ini hanya untuk awak.Dan saya nak awak tahu saya betul-betul sukakan awak.Please,terima cinta saya ni.”Rayu Akif.

“Saya..sa..saya pun suka dekat awak”aku memengang kedua-kedua pipinya.Akif tersenyum mesra kepadaku.

“I LOVE YOU SO MUCH”Akif membisikkan kalimah cinta ditelingaku.Aku tersimpul malu.Sesungguhnya dia memang dianugerahkan untukku.Betul lah apa yang diperkatakan papa.Tak semestinya orang yang kita suka juga akan menyukai kita dan tanpa kita sedari orang yang kita benci itulah jodoh kita sebenarnya.Terima kasih yaallah kerana kau menganugerahkan kepada aku satu perasaan yang tiada nilainya.Sesungguhnya ‘AKU SUKA DIA’.

6 comments: