meh!follow saya

Sunday 5 August 2012

cinta si cleaner [part 5]

       Cinta Si Cleaner
           [part 5]

By:lela vanilla

“eh!apa ni pegang-pegang.Bukan muhrimlah”Herdik Farisy.Pantas dia menyentap tangannya dari pegangan Tengku Danial.

Tengku Danial tersenyum sinis..Perlahan-lahan tubuhnya mendekati Farisya.

“Kau nak buat apa ni?”

Farisya sudah ketakutan.Tiba-tiba badannya terasa dingin.Tubuh Tengku Danial semakin lama semakin mendekatinya.Farisya undur sedikit demi sedikit kebelakang.Takut dia melihat pandangan Tengku Danial.

Undur punya undur Farisya tidak sedar yang dia sudah terlanggar sofa.Terduduk dia dibuatnya.Tengku Danial masih merenungnya dengan pandangan yang tidak dapat dia tafsirkan.Dia menelan air liurnya.Perit.

“Tengku please jangan buat benda yang bukan-bukan!saya mohon sangat”rayu Farisya. Jantungnya berdegup pantas tatkala melihat renungan lelaki dibencinya itu.
Tengku Danial tidak mempedulikan rayuan Farisya,dia masih merenung Farisya.Terbit satu perasaan yang dia sendiri tidak tahu.Melihat raut wajah yang manis,mata yang bulat dan bibir yang comel ini membuat hatinya jadi tidak keruan.Pada asalnya dia hanya mahu menyakat Farisya tapi entah kenapa dia tidak dapat mengawal perasaannya  daripada memandang gadis comel didepannya.  ‘aku suka kat dia ke?’Gumam hati Tengku Danial.

“Tengku!”

Farisya menjerit kecil.Geram dia dengan lelaki yang ada didepannya ini.Perangai entah apa-apa.Tengku Danial yang terkejut dengan jeritan Farisya tersentak.Dia yang perasan tubuhnya hampir dekat dengan Farisya berdiri tegak.Dia membetulkan kemeja yang dipakainya.Dia terbatuk kecil.Cuba mengawal perasan debar yang bermain dihatinya.

“sorry!”hanya itu yang mampu dikatakannya.

Farisya sudah berdiri berhadapan dengannya.Baju t-shirt lusuh yang dipakainya dibetulkan.Tudungnya yang sengget-bengget juga  dikendalikan kepada asal.Dia berdehem kecil.

“saya keluar dulu!”Farisya meminta izin sebelum berlalu.Dengan pantas dia menuju kepintu.Dadanya yang berdebar tadi sudah beransur pulih.
Tiba-tiba Farisya kaku didepan pintu selepas dibuka.

 “Tengku Din!maafkan saya,saya tak perasan tadi”kata Farisya.Dia menundukkan kepalanya.Malu dia dengan apa yang baru berlaku tadi antara dia dengan lelaki babun yang selalu menganggu hidupnya.Dia mengeluh kecil.   ‘Tengku Din nampak ke apa yang berlaku dekat aku dengan anak dia tadi?ala…malunya’Wajah Farisya sudah berubah merah.Dia masih berdiri kaku dimuka pintu.

“ehemmm...”Tengku Tajudin berdehem kecil.Tersentak Farisya yang sedang berkhayal.Dia tersenyum melihat Tengku Tajudin.

“awak buat apa dekat sini Farisya?”Soal Tengku Tajudin mesra.

Sudah 2bulan dia mengenali Farisya.Dia selalu berbual dengan Farisya bila dia mempunyai masa lapang.Gadis ini sudah dia anggap sebagai anaknya sendiri.Sikapnya yang lincah,mulut yang tak berhenti-henti membebel membuatkan Tengku Tajudin selesa berbual bersamanya.Dan dia juga amat kagum dengan gadis ini kerana berani melawan anaknya kerana selama ini tiada sesiapa yang berani melawan kata-kata anaknya.PA anaknya ramai yang berhenti kerja tidak sampai dua bulan kerana tidak sanggup melayan perangai anaknya yang banyak kerenah.Baru-baru ni pun seorang lagi Pembantu peribadinya yang berhenti kerja.Naik pening kepala dia bila memikirkan hal anaknya yang seorang ni.Dia mengeluh kecil.

“Saya tolong Mak Jah bersihkan bilik Ku Danial,Ku Din”balas Farisya.

“oh!awak dah siap ke?”

“Sudah Tengku”

“baiklah,selepas ni awak datang bilik saya.Saya ada perkara nak cakap dengan awak”ujar Tengku Tajudin sebelum beredar.Tengku Danial yang dari tadi menjadi pemerhati merasa pelik.Fikirnya Tengku Tajudin ingin berjumpa dengannya tapi sebaliknya Cleanernya pulak yang ingin dijumpai.Keningnya terjongket sedikit.

‘Dia nak jumpa aku!kenapa agaknya yek?’gumam Farisya sebelum menoleh kearah Tengku Danial yang masih memandangnya.Dia merenung Tengku Danial meminta kepastian.Lelaki itu hanya menjongketkan bahunya.Farisya mendengus.Hampeh!


                                                                ***********************

“Betul ke ni?”

Farisya yang sedang meneguk air tersedak bila diterjah Norita yang datang tiba-tiba dari arah belakang.Terbatuk kecil dibuatnya.Norita sudah ketawa kecil melihat Farisya yang sudah memuncungkan mulutnya tanda protes.

“okey,sorry!sorry!tak sengaja.Akak teruja tadi bila Tengku Din kata yang kamu diambil kerja sebagai PA Tengku Danial.Betul ke ni?”

Norita sudah duduk disebelah Farisya yang sedang menongkat dagunya diatas meja.Farisya menggangukkan kepalanya dengan malas.Kusut betul kepalanya bila memikirkan perbualannya dengan Tengku Tajudin yang tiba-tiba memintanya menjadi PA Tengku Danial yang perangai macam babun tu.Sabar sajalah..

“Apa PA  Tengku Din?”soal Farisya terkejut.

Masuk-masuk saja dia sudah ditawarkan tugas yang dia tidak pernah terfikir untuk melakukannya. ‘PA?Personal Assistant!aku jadi PA si BABUN tu?tak nak dan tak mungkin’rintihnya.Farisya menggelengkan kepalanya berkali-kali.Mimpi ke apa majikan dia ni.Tiba-tiba suruh dia yang kerja sebagai Cleaner menjadi PA anaknya.Dahlah dia langsung tiada pengalaman.

Tengku Tajudin menganggukan kepalanya.Dia tersenyum kecil.Kelakar tengok wajah Farisya yang terkejut beruk.Dia pun tak sangka yang dia akan membuat keputusan seperti itu.Tapi dia tiada pilihan,hanya Farisya yang mampu mengubah sikap anaknya.Tiada lain dah.Dia buntu.Hanya itu jalan pintas.Dan dia juga tahu WIRDANI FARISYA mampu lakukannya.Dia mengangguk pasti dengan keputusannya.

Kedengaran Farisya mengeluh kecil.

“saya ni cleaner aje Ku Din,pengalaman sebesar hama pun tak ada ni tiba-tiba jadi PA.Tak naklah saya”

“saya tau kamu boleh!Mak Jah dengan Norita pernah cakap dekat saya yang awak ni best student kat sekolah dan keputusan SPM awak pun bagus kan?jadi apa salahnya kalau awak mencuba.Saya percaya awak mampu lakukannya.”ujar Tengku Tajudin.Farisya ditenungnya.Dia harap sangat Farisya terima tawarannya.

“saya tak boleh!tak bolehlah Tengku Din”Farisya masih menolak.Satu keluhan dilepaskan lagi.

“kamu pasti boleh Farisya!Saya percaya awak boleh lakukan.Awak perlu yakin pada diri awak.Ini kerja yang layak untuk awak daripada jadi cleaner.Awak pernah cakapkan awak nak tolong keluarga awak.Jadi inilah masanya,Buktikan awak mampu”

Serius sekali kata-kata Tengku Tajudin.Farisya menyandar lesu di kerusi  yang didudukinya. Dia melihat wajah Tengku Tajudin yang penuh dengan harapan.Serba salah jadinya.Diluah mati mak,ditelan mati bapak.Dia betul-betul tertekan.

“Baiklah saya setuju”akhirnya Farisya mengalah.Dia tak sanggup melihat Tengku Tajudin merayu padanya.Siapalah dia nak melawan kata majikannya.Biarlah dia berkorban mengadap muka musuh tidak rasminya itu.Tak apa dia pasrah..

“Jadi bila mula?”soal Norita tiba-tiba menghapuskan segala lamunannya.

“minggu depan”balas Farisya sepatah.Tak tahu dia apa yang nak dibuat.Nampaknya terpaksalah dia meminta bantuan Norita memandangkan Norita merupakan pembantu peribadi Tengku Tajudin.Jadi pada Noritalah dia bergantung harap. ‘Nasib-nasib’

“minggu depan kenapa bukan esok”

“esokkan hari sabtu kak Ita oi..lusa pulak ahad!jadi minggu depanlah saya kerja jadi PA si dia tu”Terang Farisya sambil memuncungkan bibirnya.Norita sudah tersengih-sengih menahan malu.Dia mengetuk perlahan kepalanya.

“iye tak iye jugak kan”balas Norita menahan malu.Farisya hanya tersenyum tawar.

“akak Ita jadi ‘sifut’kita lah ye mulai dari sekarang”

“sifut?apa benda binatang tu?”Soal Norita pelik.Tak pernah seumur hidup dia dengar perkataan sifut kalau siput tu pernahlah.Farisya ketawa kecil.

“tunjuk ajar ku sifulah kak”jawab Farisya.Norita menepuk perlahan tangannya.

“Lain kali cakap biar terang”marah Norita.Tapi kenyataannya dia geli hati juga bila mendengar Farisya mengubah perkataan ‘SIFU’kepada ‘SIFUT’.Mati-mati dia ingat makanan laut tadi ‘seafood’.Dia ketawa geli hati.Farisya!Farisya!dalam kusut-kusut macam ni kau masih boleh bergurau.Macam-macamlah budak ni.Norita menggelengkan kepalanya.



                                                **************************

“Kau jangan nak beranganlah jadi PA,Belajar tak kemana berangan nak jadi PA!Anak Tengku pulak tu.Dalam mimpi sajalah”kutuk Maria yang tidak berpuas hati bila membaca surat yang diberi Tengku Tajudin kepada Farisya.Dia yang baru habis belajar pun belum mendapat kerja.Adiknya yang bekerja sebagai cleaner tiba-tiba menjadi PA.Tak mungkin!

Mak Siah yang duduk memandang Farisya berdehem.Terkejut dia bila Farisya memberi  surat itu kepadanya selepas makan malam dirunag tamu.Anak-anaknya yang lain pun terkejut  bila membacanya,lebih-lebih lagi Maria.Berkali-kali dia menafikannya. ‘Tak masuk dek akal betul’desisnya.

“Betul ke apa yang kau cakap ni?Tengku Din nak kau jadi PA anak dia?”Soal Mak Siah .Jelas diraut wajahnya dia tidak setuju dengan keputusan Tengku Tajudin yang ingin mengambil Farisya menjadi PA anaknya.Farisya hanya menundukkan kepala.Hanya anggukan kecil dibalasnya.Maria sudah mendengus kasar.Sebijik macam badak sumbu mengamuk.Arisa yang duduk disebelah Mak Siah mencapai surat diatas meja selepas dicampak Maria.Dia melepaskan keluhan kecil.Di pandangnya Farisya.Kemudian beralih kepada  Maria yang sedang berdiri menyandar dinding sambil menyilang tangan.Jelas riak ketidak puas hati diwajahnya.

“kakak izinkan kamu bekerja sebagai PA Tengku Danial”tersentak Farisya dengan kenyataan kakak sulungnya.Tidak disangka kakaknya menyokong keputusannya. ‘Sayang kak Ris ketat-ketat’Farisya sudah tersenyum lebar.

“Aku tak setuju”bangkang Maria.Dia mendengus lagi.Arisa  merenung tajam kearahnya.

“apa hak kau?dah ni rezeki dia..kenapa kita nak halang!selama ni dia yang cari duit beri makan kat kau yang menganggur tu.Kau tak sedar ke?sekarang kau nak marah dia bila dia dapat kerja bagus macam ni”templak Arisa.Geram dia dengan perangai Maria yang tahu ikut angin dia saja.Mak Siah hanya mendiamkan diri.Berfikir barangkali.

“Tapi dia tu belajar sampai SPM aje!kita ni sampai ijazah tapi satu kerja pun tak ada”balas Maria tidak mahu mengalah.

“Sekurang-kurangnya keputusan dia bagus tak macam kau,harap muka saja cantik tapi otak tak ada”Herdik Arisa.Kemarahan dia sudah mencapai tahap maksima.Dia pun tak tahu kenapa dia merasakan kasihnya kepada adik bongsunya ini mula mengalir dilubuk hatinya.Baru dia sedar selama ini bukan salah Farisya yang menyebabkan kematian bapanya.Itu semua takdir.iya!itu semua takdir allah.Kematian bapanya sudah ditentukan oleh-NYA.Dia dan keluarganya harus terima kenyataan itu.Farisya tidak patut dipersalahkan.

“Peduli apa aku!”Balas Maria sinis.Dia dan Arisa berbalas renungan.Farisya yang diam dari tadi mula mahu bersuara.Tidak selesa dia bila melihat kakak-kakaknya bergaduh kerana dia.

“kalau Kak Maria tak nak Risya kerja sebagai PA tak apa Risya boleh…”belum sempat dia menghabiskan kata-katanya Mak Siah memotong percakapannya.

“Aku pun izinkan kau kerja jadi PA”potong Mak Siah.Farisya terkesima.Maria yang fikir ibunya akan membelanya terkejut beruk.Dia menepuk-nepuk pipinya.  ‘Aku bermimpi ke ni?’soal hatinya.Jelas dia tidak bermimpi.Ibunya benar-benar menyetujui kata-kata Arisa dan keputusan Farisya.Dia mendengus kasar lalu meninggalkan mereka bertiga.Arisa sudah tersenyum kemenangan.Dia mencebik.

Farisya yang terkejut dengan kata-kata ibunya tersenyum.Dia betul-betul gembira ibunya menyokong keputusannya.Selama ini ibunya selalu menolak segala permintaannya.Tapi hari ini? 
‘terima kasih yaallah’doa Farisya dalam hati.

Dia tersenyum kepada Arisa.Kakaknya membalas senyumannya dengan ikhlas.Terpegun Farisya melihat senyuman kakak sulungnya.Tidak pernah dia melihat Arisa tersenyum begitu padanya.  ‘terima kasih’bisik Farisya perlahan.Hanya anggukan dibalas Arisa.Dia dapat membaca apa yang ingin dikatakan Farisya. Sudahkah dia memaafkan adiknya ini?ya..dia sudah memaafkan adiknya ini kerana gadis ini tidak ada salah apa-apa pun kepadanya.Ibu dan Maria, harus merasai apa yang dia rasai kini.Perasaan lega dan lapang dada bila rasa benci tiada dalam hati.Dia tersenyum lagi.Mak Siah yang duduk disebelahnya dipandang.

‘buanglah perasaan benci  mu itu ibu’bisik hatinya.Satu keluhan dilepaskan bila melihat Mak Siah berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.Selepas itu Arisa pula mengundur diri menuju kebiliknya.Tinggallah Farisya keseorangan.Dia tersenyum lega.

Dia menuju kebiliknya,gitar kapok pemberian paksunya dicapai kemudian dia duduk bersila diatas kerusi usang ditepi tingkap lalu gitarnya petik sambil melihat bintang diluar tingkapnya.Minggu depan mulalah kisah baru dalam hidupnya.Dia mendengus kecil.Tak sangka dia akan menjadi pembantu musuhnya sendiri.Perlahan-lahan gitarnya dipetik.
                                               
                                                Aku datang kepada mu,
                                                Aku datang mencarimu,
                                                Tapi kau pergi dariku,
                                                Bagai bayu dijari-jariku~
                                                Aku datang dengan rindu,
                                                Aku datang dengan pilu,
                                                Tapi..kau terus membisu,
                                                Bagai bintang dingin menjauh~
                                                Kemanakah perginya…Kasih kita!
                                                Kemanakah hilangnya erti setia,
                                                Berlari ku mengejar,
                                                Namun cahayanya makin terujar~
                                                Kemanakah harusku bawa,
                                                CINTA!
                                                Kemanakah harusku cari,
                                                SYURGA!
                                                Andai ku kan pada mu,
                                                Kemana lagi harusku tuju~
                                                Kemanakah perginya kasih kita!
                                                Kemanakah hilangnya erti setia!
                                                Berlari ku mengejar,
                                                Namun cahayanya makin terujar~
                                                Kemanakah harus ku bawa,
                                                CINTA!
                                                Kemanakah harusku cari,
                                                SYURGA!
                                                Andai ku kan pada mu,
                                                Kemana lagi harusku tuju~
                                                Aku datang kepada mu~kepadamu!

Petikan gitar dan nyanyian Farisya dibawa pergi oleh angin malam yang dingin.Lagu ‘Aku Datang’ nyanyian tomok betul-betul menusuk kehatinya.Tanpa diundang airmatanya mengalir dari kelopak matanya.Mak Siah yang kebetulan lalu terdengar petikan dan nyanyian Farisya.Dia terdiam.Tiada kata yang mampu diluahkan.Hatinya betul-betul tersentuh mendengar nyanyian anak yang dibencinya. ‘salahkah aku membencinya,dosakah aku melayannya sebegini yaallah?’Terasa air mata mengalir dipipinya tuanya.Dia berlalu pergi membawa seribu rasa.
                                               




3 comments:

  1. best sngat2... smbng lgi ya writer
    ala xmau la mak dia bnci dia.. uat lah bgi lepa baik balik writer..
    klau bleh konflik jganlah jhat sngat ya writer
    uat cita yg sweet2 dah ok.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehek...thank..insyaallah pas exam sya sambung yup...masih mencari idea..thank 4 comment..singgahlah lagi k untuk cerite setrusnya..macehh~

      Delete
  2. Salam, bila Cinta Si Cleaner part6 di post ek? Tak sabar dah ni :-)

    ReplyDelete