meh!follow saya

Tuesday 24 July 2012

Cinta Si Cleaner [part 3]

        Cinta Si Cleaner
              [part 3]



Oleh:Lela Vanila

Kelihatan Mak Jah mundar mandir didepan Farisya.Sekejap kekanan,sekejap kekiri.Naik juling mata Farisya yang mengekori pergerakan Mak Jah.Wanita separuh abad itu kegelisahan.Farisya pula memandangnya dengan wajah yang tidak bersalah.Mak Jah mengeluh.Dia melabuhkan punggungnya disebelah Farisya yang sudah menonggkat dagu diatas pehanya.

 “itulah kamu!Mak Jah dah cakap jangan buat hal kat sini,kamu tak nak dengar sekarang kan dah susah..aishh!degil betullah kamu ni”bebel Mak Jah kepada Farisya yang masih membuat muka selamba.

“ala..rileklah Mak Jah,Farisya bukan buat apa-apa pun”jawab Farisya masih tidak mengaku salah.

“Yang kamu pergi baling kain lap kat muka dia tu kenapa?yang tu dah satu hal yang kamu pergi pijak kaki dia lepas tu kenapa?bukannya nak mintak maaf.Buat hal lagi.Sabar sajalah dengan kamu ni.Tu kata tak buat apa-apa..”sambungnya lagi.Farisya sudah membuat muka muak.Sakit telingganya mendengar wanita tua ini membebel.   ‘kan aku dah cakap makcik ni kalau dah membebel tak reti nak berhenti..aduh..cair dah taik telingga aku ni..Mak Jah oi..cukup-cukuplah tu..kejung dah telinga ni’omel Farisya dalam hati.Kejap-kejap dia mengaru tudungnya.

Hampir setengah jam wanita ini membebel.Sampai terlelap sekejap Farisya dibuatnya.Bukan makan saman budak ni.Bagi dia leteran Mak Jah umpama satu nyanyian merdu menyuruhya tidur.Siap berdengkur.Mak Jah yang kepenatan membebel menoleh kearah Farisya.Kelihatan Gadis itu terhinggut-hinggut menahan ngantuk. Mak Jah menggeleng.

 “yaallah!budak ni.Kita bebel kat dia,boleh dia buat taik mata pula.Tak senonoh betul anak dara sorang ni. Risya!dah-dah bangun.Masa balik dah ni.Membuta pulak dia.Dah!dah bangun”kejut Mak Jah sambil menepuk lembut bahu gadis itu.

Farisya menggeliat.Dia tersenyum  memandang wajah Mak Jah yang muram.

‘marahkan akulah tu’desis hatinya. Dia memeluk bahu Mak jah erat. Dicium lembut pipi tua wanita itu.Mak Jah yang muram tadi sudah tersenyum.Pandai betul Farisya memujuk hati tuanya.

“maaflah Mak Jah.Farisya bukan sengaja nak baling kain lap tu dekat dia.Risya nak baling dekat minah getik tu tiba-tiba dia pulak muncul, tu yang melekap kat muka dia tu.Siapa suruh tak bagi salam.” kata Farisya selepas meleraikan pelukkannya.Dia tersenggih.

“habis yang kamu pijak kaki dia tu pun tak sengajalah yek?soal Mak Jah. Farisya menggaru – garu kepalanya yang tidak gatal.Dia ketawa kecil.

“he he he..yang tu sengaja!”jawabnya selamba.Membutang mata Mak Jah mendengar jawapan Farisya.

“sengaja?kenapa kamu pijak kaki dia?”Soal Mak Jah terkejut.

  “siapa suruh tak makan saman,suka jiwa dia aje nak kutuk-kutuk Farisya.Sakit jiwa tau dengar dia cakap yang bukan-bukan kat kita.Tu nasib baik pijak kaki.Dalam hati nak aje bagi makan penampar dua tiga bijik baru puas.Tapi nasib baik iman ni kuat.”Farisya mengurut dadanya menahan sabar.Dia  sudah ketawa mengejek mengenangkan muka ketat lelaki itu selepas dipijak kakinya oleh dia.

“Banyaklah kamu punya suka jiwa.Yang kamu pijak kaki dia tu kamu tau siapa?Soal Mak Jah.Farisya menggelengkan kepalanya.

  “tah!malas nak ambik tahu”Balas Farisya acuh tak acuh.
Mak Jah mengeluh.Dia menggelengkan kepalanya.

“Dia tu anak bos kamu tahu”tegas kata-kata Mak Jah.Mata Farisya terbeliak keluar.

“anak bos?”terjerit sedikit Farisya mendengar kata-kata Mak Jah.Hanya anggukan dibalas Mak Jah. Farisya menyandar lesu.  ‘mampus aku!ni betul-betul mampus ni kalau ibu tahu..hadoii..’Farisya mengeluh berat.



********************************
“eh!perempuan kau keluar dari bawah meja tu sekarang”suruh Tengku Danial kepada Farisya yang masih kaku dibawah meja mesyuarat. Farisya hanya menunduk tidak berani dia mengangkat wajahnya untuk melihat siapa mangsa balingannya tadi.

Tengku Danial sudah baran.Dia mendengus kasar. Kasutnya menghentak kecil diatas lantai.

“aku kata keluar!kau nak keluar ke atau kau nak aku tarik kau keluar”suara Tengku Danial semakin meninggi. Farisya menelan air liurnya.Kelat.

Perlahan-lahan dia keluar dari bawah meja dan berdiri.Pandangannya masih ke lantai. Menggigil kakinya untuk berhadapan dengan manusia yang berada di depannya. Tengku Danial sudah menyilang tangannya. Dia memandang Farisya tajam.

‘macam ku kenal budak ini tapi dimana ya?’soal Hati Tengku Danial sambil mengurut dagunya yang licin.Dia memandang Farisya atas dan bawah.  ‘budak kampung’kutuk Tengku Danial.

“eh!budak  kampung kau ni siapa hah?suka hati kau saja baling kain buruk ni kat muka aku,kau ingat kau siapa?macam mana kau masuk dalam ni?”soal Tengku Danial bertubi-tubi. Farisya masih memandang lantai.
Tengku Danial memandang Farisya dengan sinis sekali.Baran pun ada juga.Geram dia pada perempuan yang tidak memandangnya ketika dia sedang bercakap.

“bila aku cakap cuba pandang sini.Kau pekak ke?”jerkah Tengku Danial memeranjatkan Farisya.
Farisya mengigit bibirnya.Geram. ‘dasar lelaki kaya,sombong nak mampus’desis hatinya.Dia mengangkat
pandangannya.Mata mereka bertentangan.Cehwah!

Dup,dap,dup,dap.Tiba-tiba jantung mereka berdegup laju.Cepat-cepat Farisya mengalihkan pandangannya. Tengku Danial masih merenungnya.Cuba menepis perasaan itu.Citt!!

“kau ni makcik yang langgar aku hari tu kan”Tanya Tengku Danial sambil jari telunjuknya dihalakan  kemuka Farisya. Pantas gadis itu menoleh kearahnya.

“apa pulak aku,kau tu yang rempuh aku tak sedar.Nak tuduh orang pulak”marah Farisya.Dia meninggikan sedikit kepalanya untuk menandinggi ketinggian lelaki didepannya yang tinggi lampai. Ewah!ada hati tu nak lawan bos.Tapi Farisya masih tak tahu lelaki tu bos dia?

Tengku Danial ketawa.Sinis sekali kedengaran tawanya.

Farisya memandang Tengku Danial geram.Kecik,besar saja dia tengok lelaki didepannya.Ikutkan hati nak saja dia ketuk-ketuk kepala lelaki ni.Nasib baik dia ni kecik jadi susah nak ketuk kepala lelaki tu.Tiba-tiba mata Farisya terpandang kaki Tengku Danial.Dia tersenyum  nakal.

‘tunggu kau kejap lagi’desis hati Farisya yang sudah memasang strategi.Dia tersenggih-senggih.

“so,betullah kau makcik yang aku jumpa hari itu.Yang jatuh macam nangka busuk tu kan?lepas tu sempat lagi baling kasut kat aku.Kau tahu tak bertapa sakitnya belakang aku.Kau ingat belakang aku ni apa suka suki kau aje nak baling-baling.Lepas tu kau baling pulak aku dengan kain buruk ni kau ingat aku ni apa?tong sampah?”jerkah Tengku Danial.Angin dia dengan kelakuan Farisya yang membalingnya dengan kasut sandal sekarang Kain lap pulak. Farisya mencebik.

“perangai macam babun memang patut pun kena baling dengan aku”runggut Farisya perlahan.Nasib baik Tengku Danial tidak dengar. Farisya memandang belakang Tengku Danial.

‘Mak ai..ramainya penonton!tak sangka pulak aku banyak sambutan pergaduhan aku dengan mamat ni.Segan aku.’omel Farisya.Dia memandang semua orang yang sedang berdiri dimuka pintu ada yang terjenggah-jenggah.entah apa yang menarik dia pun tak tahu.Yang dia tahu hati dia tengah membara.dekat siapa lagi kalau bukan mamat kerek nilah.
Farisya memandang Tengku Danial geram.Dia menggetap bibir.

“Yang kau mulut tak ada insuran siapa suruh,memang padan ah dengan muka kau”jawap Farisya selamba.Dia pun menyilangkan tangannya.Saja mahu menambah sakit hati lelaki didepannya.

“kau..kau kan memang perempuan tak sedar diri,Dasar budak kampung”herdik Tengku Danial bongkak sekali.Dia tersenyum sinis.

Farisya memandangnya dengan pandangan penuh kebencian.  ‘Perempuan tak sedar diri dia kata.Perempuan kampung.OH!PEREMPUAN KAMPUNG YER..ambik ni’Farisya memijak kaki Tengku Danial.Menggerang kesakitan dia menahan sakit. Damn!
Dia memandang Farisya geram.Baru saja dia ingin menampar Farisya,Tengku Tajudin memegang tangannya.

“Stop it’s Danny”tegur Tengku Tajudin.Perlahan-lahan Tengku Danial menurunkan tangannya.Terkejut dia dengan kehadiran papanya.Tengku Tajudin memandang Farisya yang sudah mengundur kebelakang ketakutan.Tahu pun takut?

Tengku Tajudin memandangnya.Dia tersenyum.

“cik kamu boleh buat kerja kamu balik.Kamu semua apa lagi tercegat kat situ.pergi buat kerja.”arah Tengku Tajudin kepada pekerja-pekerjanya yang masih berdiri dipintu masuk.Cliennya sudah diarahkan masuk ke dalam bilik mesyuarat kedua.Nasib baik ada banyak bilik mesyuarat.

Farisya menunduk malu.Sempat dia mengucapkan terima kasih kepada Tengku Tajudin.Lelaki itu hanya tersenyum.Tengku Danial pula dia hadiahkan satu jelingan maut dan  sempat dia menjelirkan lidahnya.

“ish..perempuan  ni kan”Tengku Danial sudah baran.Nak saja dia tonyoh-tonyoh batang hidung kecik perempuan tu.

“Danny I say,stop it”

“but pa.That girl very annoying.hurghh…”Tengku Danial mendengus.

“enough I say.Tak malu ke dengan orang,kamu tu bos.Sepatutnya menunjukkan teladan yang baik bukan bergaduh macam ni.Sampaikan papa sampai pun kamu tak perasan.ikutkan sangat kemarahan kamu tu”marah Tengku Tajudin.Dari tadi dia melihat agenda anak dan pekerja cleanernya.Tersenyum dia bila melihat perangai Farisya yang selamba bila melawan kata-kata anaknya.Belum ada sesiapa lagi yang berani melawan kata-kata anaknya lebih-lebih lagi memijak kakinya.Tengku Tajudin ketawa kecil mengenangkan pergaduhan anaknya.

“pa why you laugh?do you think this is funny?”soal Tengku Danial pelik melihat papanya yang tiba-tiba ketawa.

Tengku Tajudin menggelengkan kepalanya.Dia ketawa lagi bila melihat muka kelat anaknya yang menahan sakit bila berjalan. ‘Ganas betul gadis tu’seloroh hatinya.

'kau jagalah perempuan!nasib baik papa aku ada kalau tak habis kau aku kerja kan'omel Tengku Danial sambil jalan terdengkot-dengkot.



p/s:maaf!pendek lagi..hehe..xde idea lah..otak dah kering maklumlah dah nak study coz dah nak exam..hehe..please enjoy this..thank yup.. <3

4 comments:

  1. ok, best! bla nk smbung? excited nk bca.. keep it up, penulis... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..thank.dah sambung dah.teruskan follow k..ngee~

      Delete
  2. salam dik..nampaknya Farisya ni tak makan saman kan..akak harap biaqla papa mamat poyo tu ambik minah ni jadi PA dia..baru tahu nasib mamat tu kan..minah ni kan selamba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..insyaallah kak..memang terpikir pon..tpi mungkin part yg seleps2 nie..hehe..tq 4 the idea..

      Delete