BERIKAN AKU CINTA!
Part 5
OLEH : LELA VANILA
Nik Haikal berjalan lemah menuruni tangga rumahnya.Dia
menutup mulutnya yang menguap besar.Sampai sahaja dia tangga yang terakhir
kepalanya ditolehkan memandang kearah jam dinding yang sedang berdetik.
“3 pagi”Dia menguak rambutnya kebelakang.Patutlah mengantuk
sangat.Itulah leka dengan proposal dia untuk pembentangan esok sampaikan tidak
sedar hari semakin larut.Dia berjalan menuju keruang dapur tanpa menghidupkan
lampu.Mulutnya sekali lagi menguap.
“Mengantuknya”Nik Haikal menguak sebelum mengosok matanya
yang semakin kantuk.Sampai sahaja dia didepan peti ais matanya membutang.Ada
sekujur tubuh manusia sedang berdiri disebalik pintu peti ais yang terbuka luas.Nik
Haikal merasa tidak sedap hati sebelum berjalan perlahan-lahan kearah peti ais
tersebut.
‘Tak akan pula pencuri.Kalau pencuri tak akan siap pakai
baju tidur.’desis hati Nik Haikal.Dia berjalan berdincit.
“Siapa tu?”soal Nik Haikal perlahan sebelum menepuk belakang
orang yang sedang terbongkok-bongkok didalam peti aisnya.
Burhhhhhh!!
Tiba-tiba orang itu menoleh sebelum menyemburkan air yang
diminumnya kearah Nik Haikal.Habis seluruh pakaian Nik Haikal lecun akibat
disembur.Nik Haikal terkaku manakala Eila Safiyya pula terkedu.Dia yang
terkejut dengan sergahan Nik Haikal tersembur segala air yang baru sahaja
diteguknya.Sangkaannya tiada manusia yang bangun pada lewat malam
sebegini.Siapa suruh serbu tanpa memberi salam.Eila Safiyya menutup
mulutnya.Alamak!Dia dah tersilap orang ni.Abang sepupu dia rupanya.Habislah dia
selepas ini.Eila Safiyyah tersenyum paksa.Dia mengaru rambutnya yang tidak
gatal.
“Sorry!”Eila Safiyyah mengangkat sebelah tangannya.Hanya itu
yang mampu dikata sebelum dia berjalan laju meninggalkan Nik Haikal yang masih
terkejut dengan tindakannya.Nik Haikal berpusing melihat Eila Safiyyah yang
berlari mendaki anak tangga dan meninggalkannya seorang diri yang sudah habis
lecun dengan air jus yang melekit.
“Shit!Habis baju aku.”Nik Haikal mengibas-gibas bajunya yang
melekit.Asalnya mahu membasahkan tekak tetapi bajunya pulak yang basah disembur
air.Semuanya disebabkan Eila Safiyyah.Kurang asam jawa betul.
“Bila masa pula budak pendek ni ada dekat dalam rumah aku
ni?Tak akanlah dia tidur dekat rumah aku pula.Macam tak ada rumah sendiri”Nik
Haikal mengomel sendirian sebelum mendaki anak tangga satu persatu sebelum
berhenti di satu bilik.Bilik itu tertulis nama ‘Si Comel’ yang terlekat dipintu dan ada gambar Eila
Safiyyah memeluk teddy bearnya disebelah nama tersebut.Nik Haikal mencebik.
“Comellah sangat.”Kutuk Nik Haikal sebelum berlalu masuk
kebiliknya yang berada selang sebilik sahaja.Dia pelik kenapa Mamanya selalu memanjakan
sangat Eila Safiyyah berbanding dirinya.Apa yang budak itu minta pasti akan
dituruti.Geram betul.Siap bagi bilik lagi.Kata mamanya senang kalau Eila
Safiyya nak tidur dirumahnya.Itu semua alasan.Nik Haikal tidak boleh terima
langsung.
“Sikit-sikit Eila!Sikit-sikit Eila!”Nik Haikal mendengus
sebelum masuk kebiliknya dan menghempas kuat pintu biliknya.
Eila Safiyyah menjenggahkan sedikit kepalanya melihat bilik
Nik Haikal.Dia ketawa kecil.Macam manalah dia boleh tersembur air dekat mamat
tu tadi.Sudahlah dia meneguk air Jus Oren tadi.Pasti melekit punya muka mamat
tu.
“Marah nampak!Itulah sergah aku lagi tak bagi salam.Aku
ingatkan hantu manalah tadi,itu yang kena sembur.Nasib baik tak kena jampi”ngomel
Eila Safiyyah sambil menekup mulutnya menahan tawa.Pintu bilik ditutup
perlahan.Eila menyandarkan badannya dibelakang pintu.Perlahan-lahan dia
melangkah menuju kekatilnya sebelum tawa yang ditahan dari tadi meletus.
“Hahaha..Buruk gila muka abang model kita tu”Dia melompat
keatas katilnya sambil menekup mulutnya yang sudah ketawa besar.Kelakar hatinya
melihat muka Nik Haikal yang kelat.
“Nasib kaulah!”Eila memeluk bantal peluknya erat sebelum
melelapkan matanya dalam keadaan tersenyum.Pertama kali dia melihat wajah Nik
Haikal yang begitu terkejut.Kelakar gila.Kalau dia cerita dekat peminat-peminat
Nik Haikal pasti menangis berguling-gulinglah dia orang semua.
**************************
“Tak guna punya budak sengget!Kau sembur muka aku.Tak
pasal-pasal aku kena mandi pagi-pagi buta ni.Dahlah sejuk.”Nik Haikal melangkah
keluar dari bilik airnya dengan tuala disangkutkan dileher.Tubuhnya sudah
lengkap berpakaian.Hanya mengenakan seluar pendek dan baju berlengan pendek.
Punggungnya dilabuhkan dihujung katil.Rambutnya digosok
dengan tuala.
“Sakit hati betullah aku dengan budak pendek ni.Suka sangat
buat aku marah.”Nik Haikal mendengus kasar sebelum pandangannya ditalakan
kepintu.Ikutkan hati mahu sahaja dia pergi menyerang Eila Safiyyah sekarang
juga.Tetapi apabila memikirkan hari sudah semakin pagi dia mematikan hasratnya
itu.Takut ibunya pula yang naik hantu.Macam dia tidak tahu perangai
mamanya yang suka melebihkan Eila
Safiyyah berbanding dirinya.Kata mamanya dia anak lelaki tahu menjaga
diri.Begitu sekali mama berkata kepadanya.Sabar sajalah.
“Nasib baik kau tu tunang aku.Kalau kau adik aku dah lama
aku seligi-seligi kepala otak kau tu kasik sengget!”Nik Haikal mengambil bantal
peluknya sebelum di tumbuk hujung bantal tersebut bertubi-tubi melepaskan
geramnya.Nasib bantal itu tidak boleh bercakap kalau tidak mahu dia meminta
tolong agar menghantarnya ke hospital.Cedera parah dah ni.
“Macam manalah aku boleh terlupa yang budak pendek tu ada
dekat sini.Sejak bila dia ada dekat sini aku pun tak tahu.Arghh!Geram betullah
aku..”Rambut digosok kasar.Tuala dicampak keatas sofa dan badannya dijatuhkan
kebelakang.Tanggannya didepangkan.
“Siaplah kau budak kecik.Kena dengan aku nanti.Suka sangat
sakitkan hati aku kan.Tunggulah satu hari nanti aku sakitkan hati kau pula.”Satu
senyuman sinis mekar dibibirnya yang kemerah-merahan.Bibirnya dipegang.Teringat
peristiwa dimana dia tanpa sengaja mengucup dahi Eila Safiyyah semasa didalam
sekolah.Nasib baik tiada siapa yang perasan perlakuaannya.Kalau tidak pasti
kecoh.Rambut dikuak kebelakang.
“Eila Safiyyah!Kau betul-betul dah bermain dengan hati
aku.”Tangan beralih kedadanya pula.Jantungnya berdegup pantas tatkala nama
gadis itu disebutnya.Eila Safiyyah gadis pertama yang mendapat perhatian Nik Haikal.Bibirnya
terukir senyuman pula.Sekarang jiwanya betul-betul kacau.
*********************************
“Morning Ma”Nik Haikal mendapatkan Mamanya yang sedang duduk
bersarapan dengan Eila Safiyyah diruang makan.Pipi ibunya dikucup mesra.
“Morning Sayang”Balas Datin Ramlah.Dia memberikan senyuman
manis kepada anak lelakinya.Nik Haikal mengambil tempat berhadapan dengan Eila
Safiyyah.Matanya memandang Eila Safiyyah yang buat-buat seperti tidak perasan
akan kehadirannya.Nik Haikal berdehem kecil sebelum mengapai sekeping roti yang
berada dihadapannya.Matanya masih merenung Eila Safiyyah tidak berkalih
daripada bacaannya.Datin Ramlah yang perasan ketegangan yang berlaku cuba untuk
mengendurkannya.
“Eila tak ucap Morning
dekat abang Nik?”Tegur Datin Ramlah.Eila Safiyyah mengangkat pandangannya.
“Oh!Selamat Pagi Abang Nik?Maaf tak perasan.”Eila Safiyyah
menghadiahkan satu senyuman terpaksa kepada Nik Haikal.
“Pagi!”Balas Nik Haikal sepatah sebelum membalas semyuman
terpaksa Eila Safiyyah.
Eila Safiyyah melepaskan jelingan maut kearah Nik Haikal.Dia
memandang pula Datin Ramlah.Satu senyuman manis dihadiahkan.Datin Ramlah hanya
mengeleng.Faham benar dia dengan sikap mereka berdua.Pantang berjumpa pasti
akan bergaduh seperti kucing dengan anjing.Kenapalah sukar untuk mereka
berdamai.Satu keluhan kecil terbit dibibirnya.
“Oh..Ma!Hari ni Nik balik lambat tau.”Ujar Nik Haikal memecah
hening diantara mereka yang dari tadi hanya menyepi.Masing-masing
tersentak.Pandangan ditumpukan kearahnya.
“Kamu ada shooting
ke hari ni?”Soal Datin Ramlah.Nik Haikal hanya mengangguk.
“Baiklah.Tapi jangan balik lambat sangat.Kesian Eila ni
duduk seorang dekat rumah ni tak ada kawan.Lagipun kamu ni kan sudah bertunang
sepatutnya lebih mesra dan luangkan lebih masa bersama.Tak lama lagikan kamu
bakal menjadi suami isteri.” Eila Safiyyah tersedak mendengar perbualan Datin
Ramlah dengan anaknya.Tidak pasal-pasal dia yang menjadi bahan perbualan.Eila
Safiyyah meneguk air bagi mengurangkan perit ditekaknya.
“Tak apa Mak Long Eila tak kisah pun.Lagipun Mak Long kan
ada”Eila cuba memangkas kata-kata Mak Longnya.Dia memandang Nik Haikal yang
sedang membelek surat khabar tanpa memandangnnya.Eila mengigit bibirnya
geram.Dia perasan yang Nik Haikal seperti sedang tertawakannya didalam hati
memandangkan ada segaris senyuman sinis terbit dibibirnya.Walaupun Nik Haikal
tidak memandangnya tetapi dia masih nampak senyuman itu.
“Erm..Kalau Mama takut bakal menantu Ma ni kebosanan duduk
seorang diri dekat rumah ni.Apa kata....”Nik Haikal menutup surat khabar yang
sudah habis dibacanya lantas diletakkan diatas meja. Sebelah keningnya
terangkat sambil memandang Eila Safiyyah.Eila Safiyyah membalas dengan
mengangkat kepala.Dahinya berkerut.
“Apa kata dia Nik Haikal?”Kening Datin Ramlah
bercantum.Tidak faham dengan keletah anak lelakinya yang seorang ni.
“Apa kata Nik bawa dia pergi tempat pengambaran Nik.Boleh
tak Ma?”Untuk kesekian kali Eila Safiyyah tersedak.Kali ini lebih teruk.Dia
yang baru menelan roti bakar tiba-tiba terasa tersekat dikerongkongnya.Pantas
Datin Ramlah menyuakan Eila Safiyyah segelas air.Sebelah tangannya mengosok belakang
Eila Safiyya.Eila merenung Nik Haikal tajam selepas keadaannya sudah kembali
reda.
‘Kurang ajinamoto punya mamat!Kau kenakan aku pula
yee..’Satu gempalan penumbuk diajukan Eila Safiyyah kearah Nik Haikal.
“Wekkkk!”
Nik Haikal menarik bawah matanya sambil menjelirkan lidah
membalas perlakuan Eila Safiyyah sebentar tadi.Eila Safiyyah mendengus kecil.Menyampah!
******************************
Eila Safiyyah memeluk tubuhnya.Bibirnya dicebikkan.Sakit
hati betul bila melihat Nik Haikal yang sedang bergambar dengan Shila model
baru yang sedang naik.Eila menyilang tanggannya.Bukan main mesra lagi.Siap
betul-betulkan rambut.Sakit pula mata ni melihat mereka berdua tu.Kalau dia
tahu akan jadi seperti ini malas mahu mengikut Nik Haikal ke tempat
pengembaraan ni.Semuanya disebabkan Nik Haikal.Mulutnya yang manis itulah yang
telah berjaya membuat Datin Ramlah cair dengan kata-katanya.
“Kata dekat Mak Long nak jaga aku.Takut aku kebosananlah.Nak
luangkan masa dengan akulah.Nanti tak ada kawanlah,Itulah,inilah..Mulut manis
tapi habuk pun tak ada.”Eila Safiyyah melabuhkan punggungnya disofa.Kaki
disilangkan.Tangannya pula memeluk tubuh.Matanya masih memandang Nik Haikal
yang begitu mesra dengan Shila.Berbakul-bakul rasa menyampahnya sekarang.
“Ingat aku tunggul agaknya dekat sini.Dahlah bosan.Tak ada
sesiapa pun dekat sini yang aku kenal.Kalau aku tahu ajak Sofea sekali.Tak
adalah aku bosan tahab gaban dekat sini”
“Aku dekat sini dah macam orang bodoh dia dekat sana
seronok-seronok peluk dengan model cantik-cantik.Menyampah betullah.”Eila
Safiyyah masih tidak berhenti-henti membebel.Dia memangku dagunya diatas peha.Majalah
yang berada diatas meja diambil lantas diselak satu persatu tetapi tak ada satu
pun yang menarik minatnya.Hanya lima minit sahaja buku itu berada ditangannya
lantas diletakkan semula diatas meja.Eila Safiyyah mengeluh kecil.
“Kan Best kalau aku cantik macam model tu”Bisik Eila Safiyyah
perlahan.Bibirnya dimuncungkan.
“Awak pun cantik apa?!”
Eila Safiyyah tersentak.Pantas pandangannya diangkat melihat
gerangan yang menegurnya.Seorang lelaki yang berkemeja lengan panjang tersenyum
manis kearahnya.Eila Safiyyah membalas sekadar berbahasa.
“Nasir.Ketua produksi dekat sini.Awak?”Tangan
dihulur.Eila Safiyyah memandang huluran lelaki tersebut.Dahinya berkerut.
“Hah.Saya Eila Safiyyah”Balas Eila Safiyyah menyambut
huluran lelaki tersebut.Nampak bergaya betul.Tergugat iman sekejap.Mana
tidaknya wajah lelaki ni bersih dan janggutnya yang sejemput itu menaikkan lagi
kekacakkannya.Eila Safiyyah terpaku.
“Dah puas ke awak pandang wajah saya.Macam mana ada
ciri-ciri lelaki idaman awak tak?”Tegur Nasir menyedarkan Eila Safiyyah yang
kelihatan seperti sudah terbang jauh melihat dirinya.Eila Safiyyah tersenyum
sebaris sebelum mengalihkan pandangannya kearah lain.Malu.Wajah Eila Safiyyah
merona merah.
“Maaf!Saya tak sengaja.”
“Tak apa.Saya tak kisah”Nasir ketawa kecil.Eila Safiyyah
hanya mengangguk lemah.Dia mengalihkan pandangannya kearah Nik Haikal yang
masih dalam sesi berambil gambar.
“Pakwe awak ke?”Soal Nasir tiba-tiba.Dia turut memandang Nik
Haikal.
“Tak!Just Cousin.”Pantas sahaja Eila Safiyyah membidas.
“Oh! I see..”Dia mengangguk.
“Sebaya ke?”Soal Nasir mesra.Eila Safiyyah menggeleng.
“Tak.Saya muda setahun.”Balas Eila Safiyyah sambil
tersenyum.Nasir mengangguk lagi.
“Boleh saya duduk?”Soal Nasir.Eila Safiyyah hanya
mempersilakan.
Nasir mengambil tempat berhadapan Eila Safiyyah.Dia tersenyum
manis.Wajah Eila Safiyyah dipandang.Lama.
“Kenapa awak pandang saya macam tu?”Soal Eila Safiyyah.Tidak
selesa apabila orang memandangnya seperti itu.Nasir ketawa kecil.
“Maaf!Saya suka tengok wajah awak.Comel!”Ujar Nasir jujur.
Eila Safiyyah tersentak.
‘Jujur gila mamat ni’bisik hati Eila Safiyyah.Dia tersenyum
sebaris.Lain macam pula dia rasa.Tidak pernah-pernah orang memuji dia tiba-tiba
lelaki ni datang dan katakan yang dia comel.Terasa kembang sekejap.
“Kalau saya minta awak menjadi Model saya awak sudi?”Mata
Eila Safiyyah membutang.Serius?
“Errr..Encik serius ke?”Soal Eila Safiyyah meminta
kepastian.Mungkin lelaki ini hanya mahu bergurau.Nasir mengangguk mengiakan
kata-katanya.Sekali lagi mata Eila Safiyyah terbeliak.Betul ke tidak mamat ni
suruh aku jadi model dia?Dah lah aku ni tak berapa nak cukup inci.Bukan ke
model sepatutnya tinggi lampai macam tiang.Kalau dibandingkan dengan dia mahu
orang gelak sakan.Lagi-lagi kalau kawan baik dia dapat tahu.Siapa lagi kalau
bukan Minah gossip dua orang tu.Eila Safiyyah menggelengkan kepalanya cuba
membuang prasangka buruk yang sedang berlegar-legar di mindanya.
“Tapi Encik Nasir saya ni tak sesuai nak jadi model
Encik.Sudah terang lagi bersuluh yang saya ni memang tidak layak.”Ambik kau
peribahasa sekali keluar.
“Sudahlah pendek,muka pun tidak seberapa.Mahu peminat
majalah Encik lari bila tengok saya nanti.Tak mahulah saya member risiko kepada
Syarikat Encik.Tak pasal-pasal kena bayar ganti rugi sebab majalah dan produk
Syarikat Encik tidak jalan.”Eila cuba mencari alasan untuk menolak pelawaan
Nasir.Mungkin logic akal juga alasan dia tu.Siapa tidak kenal High Glamor
Magazine,Majalah popular kesukaan remaja pada masa kini dan mereka
juga suka membeli produk-produk yang terdapat didalam majalah tersebut.Sebagai
contoh dua orang rakan baiknya yang begitu fanatic dengan artis-artis korea dan
model-model yang kacak sudah tentu mereka akan membeli barang yang dipakai
artis dan model tersebut.
“Tak apa!Sekarang saya memang sedang mencari seorang model
yang mempunyai wajah comel seperti awak.Saya ada satu barang yang memerlukan
seorang model yang comel dan berpewatakan seperti budak dan saya rasa awak
sesuai.Saya harap awak setuju dengan tawaran saya.”Jelas Nasir bersungguh.Sejak
Eila Safiyyah sampai di Produksi lagi dia sudah tertarik dengan perwatakan Eila
Safiyyah yang kelihatan biasa dan sempoi.Sedikit sebanyak telah member
inspirasi kepada produk yang baru sahaja dia ingin keluarkan.Dia tersenyum
memandang Eila Safiyyah yang seperti teragak-agak dengan tawarannya.
“Macam ni sajalah.Ni kad saya.Kalau awak berminat awak boleh
hubungi saya.Saya harap sangat awak terima tawaran saya.”Nasir menghulurkan kad
namanya kepada Eila Safiyyah.Kad beralih tangan.
“Encik Nasir saya minta maaf sangat-sangat tetapi saya rasa
saya tak boleh terima tawaran Encik sebab saya betul-betul tak tahu apa-apa
dalam bidang ini.Harap Encik faham?”Eila Safiyyah menghulurkan kembali Kad nama
Nasir semula.Nasir tersenyum dia tahu yang Eila Safiyyah tak akan mudah
menerima tawarannya.
“Baiklah kalau macam tu.Nampaknya terpaksalah saya mencari
orang lain untuk menjadi pasangan Nik Haikal dalam pengambaran ni.Saya ingat
kalau awak menjadi pasangan Nik Haikal boleh mewujudkan Suasana yang lebih
seronok memandangkan awak dengan dia sepupu.Tetapi nampaknya harapan saya
hampa.Tak apalah saya faham.”Nasir mengambil kembali kad namanya.Eila Safiyyah
seperti serba salah.
“Minta maaf sangat-sangat Encik Nasir”Ujar Eila Safiyyah
kesal.Nasir menggeleng kepala perlahan.Satu senyuman manis dihadiahkan kepada Eila
Safiyyah.
“Tak perlu minta maaf awak tak buat apa-apa kesalahan.Saya
faham keadaan awak.Tak apalah saya mungkin boleh cari orang yang lebih sesuai
untuk menjadi pasangan Nik Haikal dalam pengambaran ni.Awak tak perlu
risau”Nasir berdiri diikuti Eila Safiyya.Tangan dihulur.
“I hope one day you will be my cute model..”Ujar Nasir penuh
makna.Eila Safiyyah tersenyum sambil menyambut huluran Nasir.
“I’am really sorry”
“Never mind”
Nasir berlalu meninggalkan Eila Safiyyah sebelum kembali
kearah pekerjanya yang kelihatan seperti sudah selesai dengan tugas mereka.Nik
Haikal pun seperti sudah habis dengan sesi bergambarnya.Satu perasaan lega
diluahkan Eila Safiyyah.Akhirnya habis juga.Jam ditanggan di pandang sebelum
beg dan barang kepunyaan Nik Haikal diambil.Dia menuju kea rah Nik Haikal yang
kelihatan masih berbual dengan Shila.Mesra.Eila Safiyyah mencebik.Mulalah tu
mengayat.Benci.Itulah namanya lelaki nampak perempuan cantik sikit mula
mengatal.Sampai sahaja kearah Nik Haikal dia berdehem.Kedua-dua pasang mata
mereka memandang Eila Safiyyah pelik.
“Eila nak balik!Kalau abang Nik masih nak duduk berbual
dekat sini.Go ahead!Eila balik naik
teksi.Beg dan barang kepunyaan Nik Haikal di letakkan diatas lantai.Satu
senyuman terpaksa diberikan kepada Shila dalam kata lain tidak ikhlas.Shila
turut membalas ala kadar.Kening Nik Haikal bercantum.
“Lah..awal lagi nak balik.Abang Nik baru ingat nak keluar
makan dengan Shila ni.Lagipun abang tahu Eila dah laparkan penat menunggu abang
Nik ambil gambar tadi.”
“Nope!Eila tak lapar.Kalau abang Nik nak pergi makan dengan
Kak Shila pergilah Eila tak haling tu hak abang yang Eila tahu Eila nak
BALIK!”Eila membetulkan beg sandangnya sebelum berlalu pergi.Kening Nik Haikal
bercantum.Apahal pula budak kecik ni tiba-tiba angin.Tak faham betul dia.Pantas
dia meminta izin untuk pulang.Takut juga dia kalau Eila Safiyyah balik seorang
diri memandangkan tempat ini jauh dari rumah mereka.Mahu sesat budak tu.Laju
sahaja Nik Haikal mengatur langkah mengejar Eila Safiyyah yang sekejap sahaja sudah
menghilangkan dirinya.Pantas betul budak kecik ni berjalan.Nik Haikal
berdengus.Tidak faham betul dengan perangai perempuan ni asyik berangin jek.Nik
Haikal menyeluk koceknya mengeluarkan kunci kereta sebelum melangkah pantas
mengejar Eila Safiyyah.
P/S:Maaf sangat!Dah lama tak menaip.Idea pon xada maklumlah busy study.Dengan proposal semua tu pening kepala.Cerita ni pon dah lama sangat menyepi.Harap masih ada yang sudi membaca,Dan maaf juga kalau ceritanya pendek.Insyaallah ada masa saya sambung lagi ceritanya.Doakan yang terbaik untuk saya k.Amin