Cinta Si Cleaner bab 11
OLEH: Lela Vanila
Tengku
Danial duduk termenung diluar taman rumahnya.Keluahan berat terbit
dibibirnya.Hampir sebulan Farisya bermasam muka dengannya.Tiada lagi gurau
senda diantara mereka.Dia hampir berputus asa dengan sikap Farisya yang keras
kepala.Pelbagai cara telah dia lakukan untuk meminta maaf pada gadis kecil ini
tetapi segala usahanya gagal.Ingat lagi dia pada tiga minggu yang lepas.Bunga
yang telah diberikan kepada Farisya
telah bertukar tangan dengan Maisara.Dia ternampak bunga pemberiaannya berada
didalam pegangan Maisara ketika mahu pulang dari tempat kerja.Kecewa hatinya
kerana pemberiaannya tidak diterima malah diberikan pula kepada orang
lain.Terasa segala usahanya sia-sia.Badannya disandarkan.Rambutnya pula dikuak
kebelakang.
“Bang..Are you okey?”
Bahu Tengku Danial ditepuk lembut dari arah belakang.Tengku
Danial menoleh sekilas sebelum menyambung melihat kolam ikan dimana tempat dia
dan Farisya mula bermasam muka.Dia tahu tindakannya salah.Tapi dia tidak menyangka
Farisya akan membesar-besarkan hal yang sekecil ini.Betul-betul
kebudakkan.Yer!Dia harus sedar yang Farisya masih berusia 19 tahun dan masih
berfikiran kebudak-budakkan.Tengku Danial menekup mukanya sekejap sebelum
mengeluh kecil.Tengku Balqis yang berdiri disisinya memandang pelik.Keningya
bercantum sebelum mengambil tempat disebelah abangnya.
“Kenapa dengan abang Danny ni?Nampak kusut jek”
Tengku Danial hanya menggeleng.Tengku Balqis memeluk
tubuhnya sebelum menyandarkan tubuhnya kebelakang.Kepalanya diangkat memandang
langit yang gelap tanpa sebarang bintang.
“Adik Qis tahu abang dengan..?”
Tengku Balqis tersenyum sebaris sebelum memandang abangnya
yang masih termenung.
“Abang mesti tengah kusut pasal budak umur 19 tahun tu
kan.”Duga Tengku Balqis menyentakkan Tengku Danial.Pantas dia menoleh memandang
adiknya.
“Macam mana Qis..”
“Mestilah!Qis ni kan pandai.Mestilah tahu segalanya.Macam
abang tak kenal adik abang ni”
Tengku Balqis menepuk dadanya.Bangga.Tengku Danial ketawa
kecil sebelum mengosok kasar rambut adiknya yang panjangnya paras bahu.Tengku
Balqis mendengus.
“Teruklah abang ni..Habis rosak rambut orang tau”Marah
Tengku Balqis.Dia menarik-narik rambutnya dengan mengunakan hujung jari.Tapi
didalamnya terselit tawa.
Tidak sangka abangnya yang sudah berpuluh tahun kecewa
akhirnya kalah dengan gadis yang baru sahaja nak mengenal dunia.Macam mana
agaknya gadis itu sehinggakan berjaya membuat hidup abangnya kucar-kacir
sehingga menjadi seperti ini.Tahulah budak itu nanti dia kerjakan.Hatinya ketawa girang.Suka
hatinya melihat perubahan abangnya yang amat ketara.Tengku Balqis memandang
abangnya yang masih tersenyum lebar.Mungkin dia sedar yang dia telah
terperangap dengan adiknya sendiri.Dia sedar dia tidak dapat menyembunyikan apa-apa perkara daripada pengetahuan adiknya.Tengku Balqis lagi pantas mengetahui masalah yang dihadapinya.Betul-betul bijak.
“Beruntung budak tu kan..”ujar Tengku Balqis memecah hening
diantara mereka.Tengku Danial menggeleng.Senyuman yang dilemparkan kembali
tawar.
“Tidak Balqis.Kamu dah salah faham”Tengku Danial cuba
menidakkan kata-kata adiknya.Dia merenung lantai.Wajahnya kembali muram.
“Apa yang Balqis salah fahamnya abang?Sudah terang lagi
bersuluh yang abang sudah mula sukakan budak itu kan”Tengku Balqis sudah mula
meninggikan sedikit suaranya.Dia tahu didalam hati abangnya masih ada lagi luka
dahulu.Tetapi dia tidak mahu abangnya masih tergelam didalam kisah yang lalu.Dia
akan pastikan abangnya kembali dengan hidup baru.
“Abang tak mungkin akan sukakan budak seperti dia tu.Hidup kita
dengan hidupnya berbeza Balqis.Kita tidak setaraf”
Tengku Balqis berdesis.Taraf!Apa ada dengan semua
itu.Keluarganya terlalu memikirkan tentang status mereka yang tinggi
itu.Tidakkah mereka sedar itu semua hanyalah sementara.Tengku Balqis tersenyum
sengget sebelum bersila diatas kerusi.
“Tidak setaraf abang kata!Semua itu tidak penting abang.”Tengku
Balqis meluahkan ketidak puas hatinya.Wajah abangnya dipegang.Mata mereka
bertentangan.
“Balqis tak akan faham”
Tengku Danial menarik tangan Tengku Balqis yang memegang
wajahnya.Tengku Balqis mencebik.
“Abang nak tahu tak benda apa yang paling berharga dalam
dunia ni?”
Wajah Tengku Danial dipandang.
“Tak tahu.”Tengku Danial mengangkat bahunya sambil
mengeleng.
“Cinta!”
“Kenapa?”Dahi Tengku Danial berkerut.Kenapa Cinta?Baginya
cinta itu tiada harga.Mudah dijual beli.Terlalu murah.Dia memangku dagunya
diatas peha sambil matanya masih memandang adiknya.
“Sebab macam mana pun kita kaya.Duit berbillion-billion
tetap kita tak mampu membeli cinta itu.Abang percaya tak?”
Tengku Danial menggeleng lagi.
“Sebab cinta itu bagaikan satu permata yang cantik.Dia
terlalu indah dan bernilai sekali.Mungkin pada pandangan kita cinta itu tiada
harga.Tapi zahirnya kalau abang nak tahu.Cinta itulah benda yang paling mahal
sekali.Orang yang betul-betul bertuah sahaja yang mampu memilikinya.Jadi abang,jika
kita telah diberikan cinta itu jangan sia-siakan.Faham!”Tengku Balqis menepuk
bahu abangnya.Keningnya diangkat.Tengku Danial mengangkat tangan adiknya yang
berada diatas bahunya sambil diluahkan keluhan yang berat sekali.Dahi Tengku
Balqis berkerut.Tidak faham dengan keluhan abangnya.
“Sayang sekali adik.Abang tak faham langsung dengan kata-kata
adik itu”
Kata-kata itu membuatkan Tengku Balqis hampir jatuh dari
dudukannya.Bukan main panjang lebar dia membebel dengan abangnya.Satu pun dia tidak
faham.Teruk betul.Tengku Balqis memeluk tubuh.Dia memegang dagu abangnya lalu
didonggakkan keatas.Dia turut memandang kelanggit.Tengku Danial hanya menurut.
“Abang nampak tak langgit tu?”
“Nampak”
“Kalau abang nak tahu apa yang sedang berada didalam hati
abang sama seperti apa yang berada diatas langgit itu sekarang”
Tengku Danial menjatuhkan pandangannya kebawah.Matanya
merenung Tengku Balqis dalam.Kali ini kata-katayang diujarkan oleh adiknya sedikit sebanyak telah berjaya menusuk terus
kehatinya.
“Adik tahu.Sekarang hati abang kosong.Yang ada hanyalah
kegelapan dan adik percaya suatu hari nanti hati abang akan bersinar selepas hadirnya
sinaran bintang yang satu ini.Dia akan bersinar gemerlapan dan akan menyinari
hidup abang buat selama-lamanya.Adik percaya itu!”Sambung Tengku Balqis lagi
sambil tangannya dinaikkan keatas sambil menunjuk satu bintang yang bersinar
tapi jaraknya jauh sekali.Tengku Danial mendonggak kembali.Sebaris senyuman
terbit dibirnya yang merah jambu.Sedikit sebanyak kata-kata adiknya telah
menyedarkannya.Dia tahu adiknya telah melakukan pelbagai cara untuk
membahagiakan dirinya.Dia amat berterima kasih.Adiknya ditarik kesisi.Bahunya
dipeluk.Tengku Balqis menyandarkan kepalanya.
“Adik sayang abang.Adik tidak mahu hidup abang berterusan
menderita”ujar Tengku Balqis lembut.Tengku Danial tersenyum sebelum mengucup
kepala adiknya.
“Abang pun sayang adik.Terima kasih”Kepala Tengku Balqis
diusap lembut.Mereka kembali menyambung melihat langit yang kegelapan dan hanya
disinari cahaya bulan yang kelam.
****************************
Farisya menjenggahkan kepalanya melihat Tengku Danial yang
berada didalam pejabat bersama seorang gadis yang cantik paras rupanya.Tubuhnya
yang ramping dan tinggi menampakkan lagi kecantikkannya.Gadis itu kelihatan
sempoi kerana mengenakan seluar Jeans
panjang dan T-shirt berlengan pendek,rambutnya yang panjang lurus dilepaskan.Nampak
biasa tetapi masih kelihatan bergaya.Farisya seakan-akan kagum dengan cara
permakaian gadis tersebut.Cantik!Desisnya.
“Siapa agaknya perempuan tu.Kekasih dia agaknya.Untunglah
Tengku Danial dapat kekasih cantik macam tu.Dia pun kacak.Tiada pelik pun”Ujar
Farisya perlahan.Kedengaran suaranya sedikit sayu.Cemburu.Dia menggeleng.
“Eishh..Yang aku sibuk sanggat ni apasal.Biarlah kalau
perempuan itu awek dia ke.Eii..Sibuk!Sibuk!”
Farisya mengetuk kepalanya dengan sebatang pen yang berada
ditangannya.Kepalanya dijenggahkan lagi.Kelihatan Tengku Danial sedang berbual
rancak dengan wanita tersebut dengan gelak tawanya membuatkan Farisya semakin cemburu.Dia
mencebik.
‘Macam aku heran’Desisnya.Matanya ditumpukan pada kertas
yang berada diatas mejanya tetapi tumpuannya pada kerja hanya seketika.Minat
untuk melihat kemesraan Tengku Danial lebih menarik minatnya.Dia mengeluh.Tidak tahu
kenapa dengan dirinya hari ini.Perasaan cemburu seperti membuak-buak
dihati.Dia melabuhkan kepalanya diatas meja.Pen yang berada ditangannya
digerakkan kekiri dan kekanan.
“Hoi!Termenung”Sergah seseorang dari arah belakang
menyebabkan Pen yang dipegang Farisya terpelanting kedepan.Kedengaran Maisara
sudah ketawa mengekek melihat tindakan Farisya yang mendadak itu.Dia tahu
Farisya memang gadis yang mudah terperanjat.Apa yang dipegangnya pasti akan
dibaling jika terkejut.Betul-betul kelakar.Dengan mukanya lagi.Dah serupa beruk
maklumlah terkejut beruk.Maisara menekan-nekan perutnya geli hati melihat muka
Farisya yang sudah mencuka.
“Kau memang nak kena dengan aku kan”Farisya menjengkilkan
biji matanya.Pantas tangannya mencubit pingang Maisara.Mengerang kesakitan budak itu dibuatnya.
“Sakitlah Risya”Ngaduh Maisara manja.Dia tersenyum manis
sebelum menjenggahkan kepalanya melihat Tengku Danial dari arah luar melalui
tingkap.
“Siapa tu?”Muncung dipanjangkan.Hanya jongketkan bahu yang
membalas soalan Maisara.Farisya turut melihat tetapi hanya seketika.Menyampah
pula dia rasa.Tengku Danial sudah tidak lagi mahu memujuknya seperti selalu.Mungkin
dia sudah ada kekasih hati jadi tidak mahu kekasihnya berfikiran lain
terhadapnya.
“Wei ..Aku cakap dengan kau ni ,Boleh pula kau
termenung”Bahu Farisya ditolak.Farisya mendonggak.
“Apa dia”
“Itu kekasih Tengku ke?”
Farisya mengeluh.
“Kau pergi tanya aku buat apa.Pergilah tanya Tengku
sendiri.”Ujar Farisya geram.Ingat dia ni wartawan ke?
“Manalah tahu kalau kau tahu ke.Kau kan PA dia.”Sambung
Maisara lagi.Dia tersenggih.Farisya mendengus.
“Aku PA dia dalam hal kerja bukan PA hal hidup dan mati dia”
Maisara mengatup mulutnya.Tangannya diangkat.
“Sorry”
“Dahlah pergi buat kerja kau.Yang kau pergi busy body dekat
sini dah tak ada kerja ke”Marah Farisya geram.
Maisara mengaru kepalanya.
“Ada”jawabnya sepatah.
“Dah tu tak reti nak pergi buat.Aku mengadu dekat Bos baru
tahu”Ugut Farisya.Maisara mencebik.
“Amboi..Mentang-mentang PA bos nak main ugut-ugut dengan
kita”’
“Dah tak payah nak buat ayat sedih dekat sini.Pergi!Pergi
buat kerja tu”
Farisya menolak tubuh Maisara agar meninggalkannya sendirian
dimeja kerjanya.Maisara menjelir.
“Berlagak”
Farisya ketawa kecil sambil mengeleng.Perangai Maisara ni
kalau dilayan lama-lama boleh pusing kepala dia.Silap-silap masuk
hospital.Farisya menyambung kerjanya.Dagunya ditongkat.Dinding yang berada
didepannya ditenung.Lama.Sehinggakan tidak perasan ada orang sedang berdiri
didepannya.
“Assalammualaikum.Hello!Miss..”Tangan dilambai-lambai
didepan muka Farisya.Tiada respon.
‘Tidur ke apa budak ni?Tapi mata terbuka’ujarnya.Kepala
digaru.Farisya yang memangku dagu dipandang pelik.
“Cik!Hello Cik!”Panggilnya lagi.Jarinya dipetik.Tetap tiada
tindak balas.Tengku Balqis yang berang panggilannya tidak disambut sudah
bercekak pinggang.
“Hoi!Cik pekak ke?..”Sergahanya menyebabkan Farisya jatuh
terhentak.Kepalanya yang terhentak kecil digosok.
“Aduh!Sakitnya”Farisya mengadu.
“Apasallah orang asyik nak terkejutkan aku jek dari tadi.Tak
reti-reti agaknya nak beri salam dekat aku.Sakit hati betullah”Ngadu Farisya yang
masih tidak sedar ada orang yang sedang berdiri didepan mejanya.Dia kembali
menyambung kerjanya tanpa mendonggakkan kepalanya.Manusia yang berdiri didepan mejanya
seakan-akan patung cendana yang diangap tidak wujud pada Farisya.
Tengku Balqis sudah memeluk tubuhnya.Farisya yang baru
menyambung kerjanya terasa seperti ada sepasang mata sedang merenungnya.Kedengaran
satu suara sedang berdehem kuat.Pantas Farisya mengankat pandangannya.
“Alamak!”
Farisya terlopong.Terkejut beruk dia dengan kehadiran
manusia yang sedang berdiri didepannya.
‘Bukan ke ni perempuan yang berada dia dalam bilik Tengku
Danial tadi?’Bisik hati Farisya.Dia kalut.
“Ye!Boleh saya tolong.”Pantas Farisya berdiri tegak.Tengku
Balqis dipandang.
“Awak Farisya kan”
Farisya mengeleng sebelum menganggukan kepalanya.
“Mana satu ni.Ya ke tidak?”Soal perempuan itu serius.Farisya
mengangguk.
“Ya Puan,Eh!Cik”Farisya mengelabah.
“Jom ikut saya”Tangan Farisya ditarik agar mengikut
langkahnya.
“Eh!Eh!Kita nak pergi mana ni Cik.Cik ni siapa?”Farisya
menarik kembali tangannya.
“Awak ikut dulu nanti saya bagi tahu”Tangannya kembali
memaut pergelangan Farisya.Farisya menarik kembali.
“Tapi saya tak kenal Cik”Ujarnya lagi.
Tangan Farisya dilepaskan.Tengku Balqis mencekak pingangnya.
“Awak tak perlu risau saya dah cakap dengan Bos awak yang
saya nak pinjam awak sekejap.”Tutur Tengku Balqis perlahan.Kening Farisya
bercantum.
“Pinjam saya tapi kenapa?”
“Awak ni banyak soal pula.Sudahlah jom ikut saya”Tangan
Farisya terus ditarik.Farisya yang temanggu hanya menurut.Kemana agaknya wanita
ini ingin membawanya.Farisya pelik.Maisara yang terkejut Farisya dibawa Tengku
Balqis menjongketkan keningnya.Farisya mengeleng sambil tangannya diangkat
sebelah.
“Aku tak tahu”bisiknya sebelum berlalu.
****************************
“Apa ni Tengku Balqis.Saya tak naklah pakai baju macam ni”Farisya
menolak baju yang diberikan Tengku Balqis.Dia memperkenalkan dirinya kepada
Farisya semasa mereka berada dalam perjalanan menuju ke Butik Ternama.Terlopong
Farisya apabila mendengar kata Tengku Balqis yang dia merupakan adik kepada
Tengku Danial.Mati-mati dia ingat yang Tengku Balqis ini kekasih Tengku
Danial.Nasib baik dia tidak mengumpat kalau tidak tak pasal-pasal dapat dosa
free.Lebih-lebih lagi kalau dengan Maisara.Ada sahaja yang mahu diumpatkannya.
“Alah..Awak cubalah dulu.Lawa apa baju ni.Sesuai dengan
awak.Ini jubahlah bukannya skirt”Ujar Tengku Balqis sambil menolak baju itu
ketubuh Farisya.
“Tapi Tengku. Baju ni tak sesuai dengan saya.Baju ni terlalu
cantik.”Farisya menolak kembali.Tengku Balqis mendengus.
“Kalau saya cakap cuba, awak cuba sajalah”Tengku Balqis
menolak Farisya masuk kedalam bilik persalinan.Farisya cuba mengelak tetapi
arahan Tengku Balqis tidak dapat dibantahnya.Wajahnya yang sudah berubah serius
mematikan hajatnya untuk membatah.Akhirnya diturutkan sahaja.
‘Aduh.Adik dengan abang sama saja.Kuat membuli orang.’Desis
Farisya didalam bilik persalinan.Baju jubah berwarna ungu pekat yang berada didalam
pegangannya dipandang kecermin.Cantik!Satu senyuman manis terukir dibibir
tatkala baju dipadankan ketubuhnya.
“Hah!Kan cantik tu”
Tengku Balqis tersenyum lebar melihat Farisya yang keluar
dari bilik persalinan.Dia berdiri dan menuju kearah Farisya yang menunduk.Tidak
selesa mengenakan pakaian tersebut.Sekejap-kejap ditarik baju tersebut yang
sengget.
“Emm..Nice.”Tengku Balqis memegang dagunya sambil
memusingkan tubuh Farisya kekiri dan kekanan.
“Okey saya ambil baju ni.”Ujar Tengku Balqis kepada pekerja
butik tersebut.Pekerja itu hanya mengangguk.
“Dah jom!” Tangan Farisya ditarik menuju ke kaunter
bayaran.Farisya ternganga.Tak akanlah dia nak kena pakai baju ni.
“Tengku saya tak tukar lagi baju ni”Farisya menarik tangan
Maisara yang sudah bergerak menuju kepintu keluar.Tengku Balqis menoleh.Satu
senyuman manis dihadiahkannya.
“Tak perlu.Sekarang saya nak awak pakai saja baju ni
terus.Sebab saya nak bawa awak pergi ke suatu tempat”Balas Tengku Balqis sebelum
keluar dari Butik tersebut.Farisya mengaru kepalanya.
“Apa benda semua ni”Keluh Farisya sebelum menurut langkah
Tengku Balqis yang sudah berada didalam perut kereta.
“Kita nak pergi mana pula lepas ni Tengku Balqis?”Soal
Farisya selepas masuk kedalam perut kereta.Tengku Balqis mengetuk bibirnya
dengan jari telunjuknya sebelum dihala kecermin depan pemandu.
“Kita nak pergi salon pula.Saya nak mereka tolong solekkan
awak.Lepas itu kita nak pergi kedai kasut untuk cari kasut yang sesuai dengan
baju awak.Dan selepas itu saya nak awak teman saya pergi ke satu majlis hari
jadi kawan lama saya.Okey!”
“Apa?” Terjerit kecil Farisya.Terkejut beruk dia mendengar
kata-kata Tengku Balqis.Sudahlah dia tidak memberitahu ibunya yang dia balik
lambat.Ini kena pula ikut adik majikannya majlis orang-rang kaya.Sudahlah seumur hidup dia tidak pernah pergi ke majlis seperti itu.Matilah dia selepas ini.Wajah Farisya pucat.
“Dah kenapa?”Pelik Tengku Balqis melihat wajah Farisya yang
tiba-tiba berubah.
“Tengku,Saya tak boleh ikut Tengku.Nanti ibu saya marah”Luah
Farisya sedikit bergetar.Takut Tengku Balqis melenting tiba-tiba dan mungkin
juga dia takut diserang ibunya selepas ini.Farisya mengetap
bibirnya.Harap-harap Tengku Balqis faham situasinya.Kelihatan Tengku Balqis
hanya tersenyum sebelum menyuruh pemandunya meneruskan perjalanan.Farisya
mengeluh.
“Don't worry.Saya dah suruh abang saya telefon keluarga awak
cakap yang awak akan balik lambat hari ini kerana ada urusan kerja.Jadi jangan
risau okey.”Bahu Farisya dipegang.Farisya tersenyum kelat.Air liur ditelan.Terasa seperti menelan pasir.Nak tak nak kenalah juga dia menurut.Memang dah nasib dia.
****************************
“Jom Farisya masuk!”
Tengku Balqis mempelawa Farisya agar menurutnya masuk
kedalam rumah sebuah Banglo Empat tingkat.Farisya hanya berdiri kaku disebelah
keretanya.Farisya mengeleng.
“Tak naklah Tengku.Saya tak biasa dengan tempat-tempat macam
ni”
“Tak payahlah awak risau.Saya bukan mengajak awak pergi
kelab ke apa.Saya ajak awak pergi Party Birthday kawan saya aje.”Balas Tengku
Balqis sambil menarik tangan Farisya.Farisya mengikut dari arah belakang
sahaja.Takut dia dengan situasi sekarang.Permakaian Tengku Balqis juga sudah
berubah.Dia memakai Skirt paras peha dan kasut tumit tinggi tiga inci.Farisya
memandang kasutnya pula.Nasib baik satu inci sahaja.Kalau tidak mahu patah kaki
dia.
Tengku Balqis menuju kebelakang rumah Banglo
tersebut.Kelihatan ramai tetamu sedang berbual dan menjamu selera berdekatan
kolam renang.Tengku Balqis melambaikan tangannya kesalah satu kumpulan gadis
yang sedang seronok bergelak ketawa.Farisya hanya memerhati dari jauh.Takut dia
mahu mengikuti langkah Tengku Balqis memandangkan tiada seorang pun yang dia
kenali.
Farisya melilaukan pandangannya melihat setiap sudut.Ini
kali kedua dia kagum melihat rumah agam yang bergitu besar selain rumah
Nenda.Tiba-tiba mata Farisya tertacap pada sekunjur tubuh lelaki yang berdiri
betul-betul bertentangan dengannya.Lelaki itu sedang menyandarkan tubuhnya
disebalik tiang yang ada disitu.Lelaki itu memandangnya dari bawah keatas.Wajah
Farisya berubah pucat lesi.Terkejut dengan kehadiran manusia tersebut.
“Tengku Danial!”Jerit Farisya kecil sambil tangannya
menunding kearah Tengku Danial yang segak berpakaian kemeja berwarna ungu cair
dan tangannya diseluk kedalam kocek.Sesiapa yang melihatnya pasti akan bergetar
jantung.Farisya memegang jantungnya pula.
‘Kenapa dengan aku ni’
Tengku Danial tersenyum sebaris sambil memerhati Farisya
dari jauh.Dia turut terkejut melihat perubahan Farisya yang bergitu lain sekali.Adiknya
memang bijak.Tengku Danial mengorak langkahnya menuju kearah Farisya yang diam
terkaku.
“Alamak!Dia menuju kesini lah.Habislah aku lepas ni”
Farisya sudah beragak-agak mahu melepaskan dirinya.Tetapi
Tengku Danial lebih pantas darinya.Pergelangan tangannya dipegang.Farisya
tergamam.Tengku Balqis hanya memerhati dari jauh.Tidak mahu mengacau
daun.Senyuman senang terbit dibibirnya.
P/s:Okey!Cukup sampai disini sahaja.Hehe.Maaf kalau lambat
terbitkan sambungan CSC.Banyak benda yang nak dilakukan.heee..Hope
enjoying.Maaf kalau ada kekurangan.Komenlah sikit yekk.Bagi idea pun boleh.Saya
terima dengan hati terbuka. ::PEACE::