meh!follow saya

Tuesday 25 December 2012

Cinta Si Cleaner part 8



Cinta Si Cleaner

Part 8

oleh:Lela Vanila

“Siah!Siah!Buka pintu ni?”Kedengaran pintu rumah Samsiah diketuk bertalu-dari dari arah luar.Samsiah yang sedang enak dibuai mimpi terjaga.Dia mengosok matanya yang terpisat-pisat.Siapa pula yang menganggu tidurnya malam-malam ni?Anak-anaknya yang sedang tidur disebelah seakan-akan tidak terganggu sedikit dengan ketukan itu.Samsiah menepuk lembut peha anak-anaknya agar mereka tidak terganggu dengan ketukan itu.

“Siah!bukalah pintu ni”Ketukan semakin kuat diketuk.Pantas Samsiah turun dari katilnya.Kalau dibiarkan mahu pecah pintu dia dibuatnya.Mulut yang menguap ditutup dengan sebelah tangan.Rambut yang dilepas diikat sanggul.Dengan longlai dia melangkah.

“Siapa pula kacau malam-malam buta ni”Ngomel Samsiah.Jam di dinding dikerling.

“2 pagi!?”Mata Samsiah terbeliak.Kakinya diatur menuju ke pintu.Ketukan masih tidak hilang dari berbunyi.Pasti suaminya yang baru pulang.Tapi kenapa lewat sangat.Kemana dia pergi?Samsiah mula tidak sedap hati.

“Apasal lambat sangat kau buka?”Kedengaran suara Roslan keras menyoal Samsiah yang termangu memandangnya.Bayi yang dikendong Roslan dipandang.Keningnya terangkat.

“Anak siapa ni bang?”Soal Samsiah yang masih mamai.Dia mengosok-gosok matanya dan sesekali menutup mulutnya yang menguap.

Roslan tidak mengendahkan soalan isterinya.Pantas dia melangkah masuk menuju kesebuah kerusi usang lalu diletakkannya bayi tersebut diatas kusyen.Bayi itu kelihatan sedang lena tidur sambil mengisap ibu jarinya.Kelihatan polos sekali.Roslan menuju kebilik lalu mengambil sehelai kain batik lalu membalut bayi itu.Samsiah pula masih berdiri dimuka pintu sambil memandang bayi itu serong.Dahinya berkerut.Tiba-tiba rasa menyampah pula bila melihat suaminya melayan bayi itu lebih-lebih.

“Yang terconggok dekat situ kenapa?Tutup pintu tu”arah Roslan tegas.Samsiah hanya menurut.Dia mencebik.Perlahan-lahan kakinya melangkah menuju kearah suaminya yang masih ralit melayan bayi yang sedang tidur itu.Dia mengambil tempat duduk menghadap suamainya.Terbit rasa cemburu dihatinya.Selama ini suaminya tidak pernah melayan anak-anaknya sebaik ini.Siapa budak ni?Samsiah mengetap bibir.Soalan itu asyik berlegar-legar difikirannya.

“Anak siapa ni?Kenapa abang bawa dia balik sini?Mana mak bapak dia?”Soalan demi soalan ditujukan Samsiah kepada suaminya dengan satu nafas.Terasa lega  dapat meluahkan segala yang terbuku dihati.Roslan dipandang.Lelaki itu masih berdiam.Satu soalan pun tidak dijawab Roslan.Samsiah mengusap tangannya yang kesejukkan.Hatinya membara.

“Abang saya tanya ni siapa budak ni?Abang pekak ke?”Suara Samsiah sudah sedikit meninggi.Dia berdiri menghadap suaminya.

“Awak kalau cakap tu perlahan-lahan boleh tak!Anak-anak sedang tidurkan”Roslan menutup mulut isterinya yang lancang.Dalam hati nak saja tampar kasi diam.Nasib baik dia masih ada kesabaran dalam diri.Samsiah duduk kembali.Dia mendengus.Dia tidak akan berpuas hati selagi suaminya tidak memberi tahu siapa budak yang dibawanya.

“Budak ni anak kawan abang.Dia amanahkan abang untuk jaga anak dia..”Perlahan saja Roslan berkata tetapi masih didengari Samsiah.Mata Samsiah membutang.Amanah?

“Kenapa abang pula nak jaga dia?Anak sendiri tak terjaga nak jaga anak orang..”Samsiah berkata sinis memperlekehkan suaminya.Mana tidaknya,mereka pun makan pagi kais pagi,makan petang kais petang ini nak bagi anak orang makan.Nak bagi anak-anak makan apa?Makan pasir?ingat pasir  tu beras ke sedap-sedap nak bagi makan begitu saja.Samsiah memandang suaminya tajam.

“Tahulah saya nak jaga anak-anak saya macam mana?Lagi satu budak ni bukan beban bagi kita tapi dia rezeki yang tuhan beri pada kita.Allah amanahkan saya untuk perlihara budak ni..Ibu bapa dia tidak sempat untuk menjaganya.Allah lebih sayangkan mereka,Jadi saya sebagai sahabat harus membantu sahabat saya apabila mereka dalam kesusahan..”Lirih sekali suara Roslan.Matanya bergelinagan.Teringat dia akan kata-kata sahabatnya sebelum menghembuskan nafas terakhir.

“Lan..Aku amanahkan anak aku ini pada kau.Jagalah dia seperti anak kau sendiri.Aku dah tak lama Lan.Tidak lama lagi aku akan ikut jejak isteri aku Maira.Tuhan lebih sayangkan kami Lan.Ingat kau mesti jaga dia seperti anak kau sendiri..”Farhan mengengam kolar baju Roslan.Dia cuba mencari kekuatan untuk bersuara.Nafasnya seperti tersekat-sekat.Wajah Roslan dipandang sayu.Tinggal berapa saat sahaja lagi nyawanya akan diambil.Anak yang dikendong Roslan dikucup penuh kasih.Suara-suara orang kampung membaca yassin penuh syahdu memenuhi ruang rumah Farhan.

“Paan..Kau mesti kuat..Tak akan kau nak biarkan anak kau membesar tanpa ayah..”Lirih Roslan berkata.Dia menahan sebak didada.Sungguh pedih hati dia melihat sahabatnya terseksa melawan maut.Baru beberapa bulan Isterinya,Wirda meninggal dunia selepas melahirkan Farisya kini dia pula akan meninggalkan mereka akibat penyakit barah hati yang dialami.Sungguh besar dugaanmu sahabat.Hati Roslan menangis.Dia cuba untuk tidak menangis didepan sahabatnya.Tetapi tidak dapat dia memendung perasaannya kini.Kalau boleh mahu sahaja dia meraung sekuat hati agar sahabatnya tidak pergi meninggalkannya dan anak yang masih kecil dan tidak tahu apa-apa ini.Tapi dia perlu redha dengan takdir allah.

“Nak..Hiduplah bahagia diluar sana.Membesarlah kamu dengan sihat.Ayah harap kamu kuat untuk menghadapi segala dugaan yang akan datang Nak..Ayah nak kau tahu bahawa ayah dan ibu mu amat menyayangi mu..Ingat itu!”Kata-kata terakhir diluahkan Farhan dalam nada tersekat-sekat menahan sakit.Rambut anaknya diusap penuh kasih.Masih belum puas dia memberi kasih sayangnya kepada anak ini.Tetapi apakan daya umurnya tidak panjang.Keluhan berat dilepaskan.

‘Maafkan ayah nak..’Air mata seorang ayah jatuh jua.Sayu hatinya melihat wajah polos Farisya.Inilah satu-satunya peninggalan isterinya untuk dia sebelum menghembuskan nafas terakhir.Tetapi dia tidak mampu membesarkan anak ini kerana dia juga akan mengikuti langkah isteri yang dicintai.

Gelang tangan emas berukiran nama WF terhias indah di atas gelang tersebut dipakaikan ditangan anaknya.Itu adalah hadiah terakhir yang mampu dia berikan kepada anaknya,Wirdani Farisya tanda kasih dan cinta dia dan isterinya terhadap anak mereka.Terketar-ketar Farhan memakaikan gelang tersebut.Satu senyuman diukir Farhan sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.Sempat Roslan membisikkan kalimah allah sebelum melihat sahabatnya pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya.

‘Damailah kau disana kawan..’Roslan mengucup dahi sahabatnya buat kali terakhir.
Terlalu banyak beban yang ditanggung sahabatnya semasa dia masih hidup.Segalanya dikongsikan bersama Roslan.Farhan tidak mempunyai sesiapa didunia ini selain dia.Isterinya pula dibuang keluarga akibat memilih Farhan berbanding keluarga dan harta benda.Roslanlah satu-satunya keluarga yang Farhan ada.Sekarang Farhan telah meninggalkannya dan anak ini adalah amanah yang diutuskan Allah untuknya.Dia redha segala ketentuan illahi.Bayi yang dikendongnya dipeluk erat.Kain batik lepas yang menyelimuti tubuh Farhan ditarik sehingga ke kepalanya menutupi seluruh tubuhnya.Air mata lelaki jatuh jua saat melihat sahabat baiknya telah pergi menemui illahi.

“Abang..Abang!”Sergah Samsiah.Peha suaminya ditepuk.Dia memandang suaminya pelik.Soalannya tidak dijawab malah termenung seorang diri.Roslan yang seakan-akan baru saja terlena dengan mimpi yang lepas terjaga dari tidurnya.Air mata yang bertakung diseka.

“Abang kenapa?Saya tanya bukan nak jawab.Termenung pula dia.”Samsiah memuncung.

“Tak ada apa-apa.”Roslan mengelengkan kepalanya.Dahi Samsiah berkerut.Tak akanlah tak ada apa-apa.Kenapa dia nampak wajah suaminya lain macam sahaja.Seperti tidak bersemanggat.Ada apa-apa ke yang telah berlaku dan suaminya tidak mahu member tahu dengannya.Baru sahaja Samsiah ingin bersuara Roslan sudah memotong.

“Dahlah..Mulai sekarang abang nak Samsiah jaga budak ini seperti anak kita sendiri.Abang tak nak Siah dera budak ini.Kalau abang dapat tahu Siah cuba buat apa-apa dekat budak ini tahulah nasib kamu..”Roslan memberi amaran kepada isterinya.Mulut Samsiah terganga.

“Abang nak jaga budak ni?Mak bapak dia mana?”marah Samsiah.Dia masih belum mengerti apa yang cuba disampaikan suaminya.Buat penat air liur saja.Samsiah ini memang tidak boleh berkias-kias dengannya memang lambat faham.Dia mengaru kepala yang sedikit gatal.Dia memandang bayi itu yang sedang lena dibuai mimpi.Terbit perasaan benci dihatinya.Semakin susahlah hidup mereka selepas ini.

“Mak bapak dia dah mati!”Keras sekali Roslan berkata sebelum berlalu pergi membawa bayi itu kedalam bilik.Samsiah terlopong.Mati?Barulah dia faham apa maksud suaminya.Lidah dia kelu untuk menyoal lagi si suami tentang apa yang terjadi.Akhirnya Samsiah mengeluh.Syaitan mula menghasut fikiran Samsiah dengan mengatakan bahawa anak itu akan membawa satu musibah kepada keluarganya.Mungkin juga budak itu anak perempuan simpanan Roslan.Kalau tidak,kenapa budak itu tidak dihantar sahaja kerumah kebajikan.Kebenciaannya semakin membuak-buak.Kedua-dua tangannya digengam erat.Tahulah dia nak buat macam mana.Sampai bila-bila dia tidak akan terima kehadiran budak itu dalam hidup dia.Titik.


                                                                                *************************

“Aku suruh kau basuh pinggan bukan pecahkan!Kau tahu tak pinggan ni mahal..Sedap-sedap kau saja nak pecahkan.”Samsiah menjerit memarahi Farisya yang sedang duduk menangis.Ditonyoh-tonyohnya kepala budak itu.Geram.Pinggan yang berderai dilantai dipandang.

“Aku nak kau punggut pinggan yang pecah ni.Jangan ada sedikit pun sisa-sisa kaca ni.Kau faham tak?”Herdik Samsiah lagi.Dia menolak-nolak bahu Farisya pula.Terdorong kebelakang budak itu dibuatnya.

“Baik ibu”balas Farisya dalam esakan.Dia memunggut serpihan kaca itu berhati-hati.Samsiah memeluk tubuh.Badannya disandarkan disingki sambil memandang Farisya sinis.Baru puas hati dia.Peduli apa dia yang budak ini baru berumur 10 tahun.Yang pasti dia akan membuat budak ini terseksa tinggal dengan dia.

Siapa suruh hadir dalam keluarga dia tanpa kebenaran.Semua ini salah suaminya.Sanggup bekerja siang malam untuk menyara budak yang entah mana asal usul dia.Dah tahu hidup susah masih nak memperlihara budak ni.Menyakitkan hati betul.Bila suruh hantar ke rumah kebajikan katanya budak ini amanah dia.Sikit-sikit amanah.Naik muak Samsiah mendengarnya.Jadi apa yang dia buat pada budak ini memang selayak-layaknya pun.Budak ni tidak patut hadir dalam keluarga dia.Tahu menyusahkan saja.Dia tahu macam mana pun dia lakukan pada budak ini pasti tidak akan sampai ke pengetahuan suaminya sebab awal-awal lagi dia dah memberi amaran.Kalau budak ini berani mengadu dengan suami dia tahulah akibatnya.Samsiah tersenyum sinis.

“Cepat punggut tu!Lembab betullah kau ni”pekik Samsiah.Kepala budak itu ditonjol-tonjolnya pula.Hatinya Geram.Farisya masih teresak.Bukan dia sengaja.Kenapa ibunya terlalu membenci dirinya.Apakah salah dia lahir kedunia ini.Air mata yang bercucuran laju turun disapu dengan belakang tangan.

“Entah mana asal usul kau aku pun tak tahu.Yang aku tahu kau ni anak bawa malang je dalam keluarga aku.Bawa sial kau tahu!”Samsiah memiat pula telinga kecil budak yang tidak bersalah ini.Meraung kesakitan Farisya minta dilepaskan.Berkali-kali perkataan maaf terbit dibibirnya tetapi sedikit pun tidak melembutkan hati Samsiah.

“Engkau dengan bapak kau sama saja!”Kepala Farisya ditolak.Tangan Farisya digengamnya erat.Dia mencangkung menghadap Farisya.Tanggisan budak kecil ini tidak langsung berkesan dihatinya.Perasaan benci lebih bermaharajalela dihatinya.Seutas gelang tangan emas dipandang Samsiah.Dahinya berkerut.Sejak bila gelang ini tersarung ditangan Farisya.Pantas tangannya merentap gelang itu daripada tangan Farisya.Berbirat tangan kecil Farisya.Tangan budak itu di tolaknya kasar.Farisya mengusap tangannya yang kemerah-merahan.

“Ini mesti abah kesayangan kau yang bagi kan?Kalau untuk kau segalanya dia sanggup.Dasar pilih kasih!Bini sendiri tak pernah pula nak belikan semua ni..”rungut Samsiah sambil memusing-musingkan gelang tangan itu didepan matanya.Cantik!Desis Samsiah.Timbul perasaan cemburu dihatinya.Bermulalah tugas syaitan menghasut kaum hawa seperti Samsiah yang terlalu lemah imannya.Wajah Samsiah berubah benggis.Pantas dia berdiri.Rambut Farisya ditariknya kasar agak budak itu berdiri.

“Ibu...Sakit ibu..”Farisya meraung kesakitan.Dia memegang tangan ibunya yang memaut kuat rambutnya.Terasa pedih seperti nak tertanggal anak-anak rambut dia.Air mata semakin deras mengalir.Samsiah ketawa sinis.

“Sakit ye..oh!Sakit..Hati aku ni sakit ada kau tahu?”Samsiah mendekatkan wajahnya menghadap Farisya.Bengis sekali.Mukanya dikerutkan.Terasa jijik bila menghadap muka budak tidak berguna ini lama-lama.

“Mulai sekarang gelang kau ni aku yang pegang..Jangan sesekali kau cakap dengan bapak kau tu.Kalau aku tahu kau beri tahu dia siap kau!”Samsiah menolak kepala Farisya sehingga terjatuh terdorong budak itu.Badannya terhentak kabinet.Farisya mengerang kesakitan.

“Gelang itu abah bagi Risya ibu..Gelang itu milik Risya..”Farisya masih mahu membela dirinya.Dia duduk melutut.Kaki ibunya diraih.

“Peduli apa aku..Sepatutnya semua ni milik aku dengan anak-anak aku bukan milik kau!”Herdik Samsiah.Dia menolak pegangan Farisya.Dia berlalu pergi meninggalkan Farisya yang sedang duduk melutut.Bergetar bibir Farisya menahan sebak.Bergema suara esakan kecil diruang dapur.

Arisa hanya mampu memerhati Farisya dari jauh.Terbit perasaan simpati dihatinya.Ingin membantu tetapi wajah ibunya lebih menakutkan.Dimatikan hasratnya.Walaupun begitu perasaan menyampah juga tersemat kuat dihatinya.Kenapa abahnya lebih menyayangi adiknya berbanding dia dan Maria.Dia yang kini berusia 16 tahun sudah mampu berfikir sekarang.Manakala Maria pula baru berusia 12 tahun.Tidak dapat dia nafikan perasaan cemburunya bila Abahnya selalu melebihkan Farisya berbanding yang lain.Kenapa Ibu selalu mengatakan Farisya daripada keturunan yang lain.Farisya bukan adik dia ke seperti Maria.Hatinya berdetik.Betulkah abahnya memilih kasih seperti yang ibunya selalu katakan.Setelah lama fikirannya berteka teki.Akhirnya dia juga turut meninggalkan Farisya sendirian menanggis di ruang dapur.

                                                                ****************************

“Assalammualaikum Ibu!”Laung Arisa dari luar rumah.Dia yang baru pulang dari tempat kerja membuka kasutnya.Pantas kakinya diatur menuju ke dapur.Beg galasnya diletakkan diatas kerusi.

“Ibu!Mana ibu ni?”

Arisa melihat keliling dapur.Kelibat ibunya tiada disitu.Ruang tamu juga begitu.Kemana agaknya ibu dia pergi?Kata tidak sihat.Kakinya melangkah menuju kebilik ibunya.Satu keluhan kecil terbit dibibirnya.Disini rupanya ibu dia.Ingatkan kemanalah menghilang tadi.Mana tidaknya bila dipanggil tidak menyahut.Takut juga dia membiarkan ibunya yang tidak berapa sihat tinggal seorang diri.Adik beradiknya yang lain masih belum pulang.Jam didinding dikerling.Jarum jam menunjukkan keangka 6 petang.Perlahan-lahan kakinya mendekati ibunya yang sedang termenung.

“Ibu..buat apa tu?”Tegur Arisa sambil memeluk belakang ibunya.Mak Siah tersentak.Gelang emas ditangannya pantas digengam lalu dimasukkan kedalam kotak kayu yang berukiran bunga.Kening Arisa terjongket.Terasa pelik dengan kelakuan ibunya yang tiba-tiba mengelabah.

‘Bukan ke itu gelang Farisya’gumam hati Arisa ternampak sekali imbas gelang yang dipegang ibunya.Dia hanya memerhati ibunya memasukkan kotak tersebut kedalam laci.

“Apa benda tu ibu?”soal Arisa.Pelukkan terurai.Arisa mengambil tempat duduk disisi ibunya dibirai katil.Satu senyuman dihadiahkan.

“Tiada apa-apa”balas Mak Siah acuh tak acuh.Peluh mula memercik.Dia membalas senyuman Arisa.Tawar.Dahi Arisa berkerut.

“Okeylah..Ibu dah makan?”Soal Arisa mengubah topik perbualan.Tidak mahu dia meneruskan perbualan.Dia dapat merasakan perubahan diwajah ibunya.Apakah yang ibunya cuba sembunyikan?

“Sudah”Sepatah Mak Siah berkata.Semakin pelik pula Arisa dibuatnya.Selalu ibunya tidak seperti ini.Kenapa agaknya?

“Baiklah.Arisa nak pergi mandi dululah..Badan pun dah berbau masam ni”Gurau Arisa sebelum berlalu pergi.Sempat satu kucupan dihadiahkan dipipi tua ibunya.Mak Siah hanya tersenyum.Laci yang tersimpan gelang emas milik Farisya ditenungnya.Masih kuat lagi dalam ingatannya atas kelakuannya mendera Farisya semasa kecil sehingga sekarang.Bermacam-macam benda yang dia lakukan bagi melepaskan perasaan bencinya terhadap Farisya.

Gelang emas yang pernah dia rampas daripada tangan Farisya berpuluh tahun dahulu masih tersimpan elok didalam bekas.Masih dia ingat lagi perbualan suaminya yang bertanyakan gelang itu kepada Farisya.Nasib baik budak itu pandai menyimpan rahsia dan tidak memberi tahu perkara yang sebenar kalau tidak..Memang mati dia.Keluahan berat terbit dibibir Mak Siah.Belum masanya lagi anak-anak dia mengetahui perkara yang sebenar.Kepala yang berdenyut-denyut dipicitnya.Kepala disandarkan diatas bantal.Tidak sampai berapa saat dia telah terlena.Berharap kenangan lama tidak akan menghantuinya lagi.Banyak dosa yang telah dia lakukan.Terhadap suami dan juga anak yang tidak berdosa iaitu Wirdani Farisya.Sampai masanya segala rahsia yang dia simpan selama ini akhirnya pasti akan terbongkar.Dia yakin itu.

                                                                *************************

Kedengaran nada dering telefon bimbit Farisya berbunyi nyaring mintak diangkat.Binggit sekali.Farisya yang sedang enak dibuai mimpi malas mahu mengangkat.Dibiarkan telefon itu berbunyi sehingga kembali senyap semula.Baru sahaja dia mahu menghembuskan nafas lega telefon bimbitnya berbunyi kembali.Nama pemanggil dikerling.Sudah agak dah siapa yang memanggilnya.Dengan malas pangilan dijawabnya.Mulutnya yang menguap dikatup dengan tangan.

“Assalammualaikum,Ada apa bos?”soal Farisya malas.Sekali lagi mulutnya menguap.Mengantuk benar dia.Jam mickey mouse yang berada diatas meja sebelah katilnya dipandang.Pukul 1.Apa lagilah agaknya bos mangkuk hayun dia ni nak.Malam-malam menganggu orang.Dalam satu hari tu kalau tak ganggu hidup dia tak boleh agaknya.Farisya mengeluh.

“waalaikumussalam,Aku ada benda nak cakap dengan kau ni?”

“Apa dia bos...esok-esok tak boleh ke?kan dah pagi ni?”Farisya mengosok-gosok matanya yang mengantuk.Bantal peluk disebelah ditarik kepelukkannya.Kepalanya terasa berat betul.Dahinya diurut.Terasa pening.

“Aku tahulah.Benda penting ni.Tak boleh cakap esok.”

“Apa mende yang penting sangat ni sampai tak boleh tunggu besok!Kacau orang nak tidur sajalah”Suara Farisya sudah sedikit meninggi.Geram pula bila tidurnya diganggu.

“Amboi!Lawan tokey nampak”Marah Tengku Danial.Terkejut mendengar suara Farisya yang meninggi.Farisya tersentak.Seperti baru tersedar dari mimpi.Dia mengaru kepalanya.

“Maaf bos..Mengigau tadi”tipu Farisya.Dia tersenggih kambing.Macamlah Tengku Danial boleh nampak senyuman tak betul dia tu.Matanya disepetkan.Tak larat nak buka.Terasa seperti berpuluh-puluh guni beras menghempap matanya.

“Banyaklah kau punya mengigau.Aku nak esok kau ikut aku.”

“Pergi mana bos?Bukan ke esok saya cuti.Bos dah bagi saya cutikan?”Mata Farisya terbuka luas.Hilang segala kantuknya.Peningnya juga sudah semakin berkurangan.Kedengaran Tengku Danial ketawa kecil didalam corong telefon.Farisya mengetap bibir.Terasa geram mendengar tawa majikannya.Selalu sangat nak menyakitkan hatinya.

“Cuti kau dibatalkan.Aku ada benda penting nak kau buat.Esok pukul sepuluh jumpa aku dekat pejabat.”Mulut Farisya terlopong.Cuti dibatalkan?Farisya bangun terduduk.Giginya diketap.

“Tapi bos..tadi boskan dah sahkan cuti saya”Luah Farisya tidak berpuas hati.

“Betullah..Tapi aku tarik balik”

“Tarik balik kenapa?”soal Farisya geram.Kalaulah Tengku Danial ni ada depan muka dia nak saja tumbuk bagi patah gigi dia yang tersusun tu.

“Suka hati akulah.Aku kan bos kau”Tengku Danial mengeluarkan kuasa vetonya.Mata Farisya yang bulat semakin bulat bila mendengar jawapan daripada Tengku Danial.Bantal peluk yang ada dalam pelukkan ditumbuk-tumbuknya.

“Tapi...tapi...”

“Dah! Tak ada nak tapi-tapi...kereta api pun tak ada..Aku tak kira ingat esok pukul sepuluh tunggu aku dekat pejabat”potong Tengku Danial.Dia sudah tersenyum meleret.

‘Best juga jadi bos ni.Suka-suka hati buli pekerja’gumam hati Tengku Danial.Dia menahan ketawa.Perutnya ditekan-tekan.

“Ala...bos..saya..”

“Sudah!Jangan nak buat macam-macam alasan.Kalau aku suruh kau kerja kau kena kerja.Ingat kau tu PA aku”Tengku Danial mengeraskan suaranya.Sengaja nak menakut-nakutkan Farisya.

“Baiklah..esok pukul sepuluh saya datang”Balas Farisya lemah.Nak tak nak dia kena juga mengalah.Bosnya ni memang tak ada hati perut.Kejam.

“Bagus!Macam itulah kalau nak jadi PA aku.Segala arahan aku mesti dituruti”Senyuman masih mekar dibibir Tengku Danial.

“yela”Keluh Farisya.Mukanya dimonyokkan.Buruk betul.

“Bagus!bagus!”ucap Tengku Danial cuba menyembunyikan tawanya.Tamat saja perbualan.Tawanya meletus.Sampai berguling-guling diatas katil.Suka hati dia dapat mengenakan Farisya.Seronok sangat dia ketawa  sehinggakan dia tidak sedar yang dia sudah hampir hujung katil.Belum sempat dia nak seimbangkan badan dia sudah jatuh tergolek dari katil.Bunyi seperti nagka busuk jatuh.Kuat bunyinya.Tak sedar agaknya dah pagi.Dia memegang kepalanya yang terasa berpusing akibat terhentak rak meja sebelah katilnya.Boleh nampak burung sedang berterbangan diatas kepalanya.Itulah suka sangat kenakan orang.Inilah balasannya.Tawa Tengku Danial masih bersisa.

“Farisya!Farisya!”Tengku Danial mengelengkan kepalanya.Kenapa entah apabila dengan Farisya dia rasa bahagia semacam.Tak tahu kenapa dia suka sangat membuli Farisya.Perangai Farisya yang lurus itu selalu mencuit hatinya.Dah lama dia tak rasa segembira ini.Telefon bimbit diatas katil dicapai.Kekunci telefon ditekan satu persatu.

Esok pakai baju biasa.Pakai t-shirt dengan seluar trek.Ingat pukul sepuluh!Kalau kau lambat jaga kau. :P

Sebuah pesanan dihantar kepada Farisya.Sebuah senyuman terukir lagi dibibirnya.Dia bangun dan melabuhkan tubuhnya ke atas katil sebelum terhanyut dalam dunianya sendiri.

               Farisya yang baru sahaja mahu melelapkan mata terganggu dengan bunyikan mesej.Pantas telefonnya dicapai lalu membaca apa isi kandungannya.Dia mengeluh berat.

‘Apa lagilah BMH ni nak’ngomel Farisya sebelum melentokkan kepalanya.Kepalanya terasa berat.Dari semalam kepalanya terasa berdenyut-denyut sebab itulah dia meminta cuti daripada Tengku Danial.Ingatkan bosnya itu betul-betul memberikannya cuti.Alih-alih cutinya dibatalkan.Nasib badan.Lama Farisya termenung.Akhirnya dia juga terlelap selepas menelan ubat menahan sakit.

Saturday 15 December 2012

Cinta Si Cleaner part 6&7


Cinta si cleaner
Part 6
Oleh:Lela Vanila

“okey ke pakai macam ni?”

Farisya memusing-musingkan badannya didepan cermin.Dia membetulkan tudungnya  yang sedikit sengget.Baju kurung berwarna coklat cair dan tudung warna yang  sama tersarung cantik ditubuhnya.

“Bolehlah.Aku pergi kerja bukan nak cari suami”ngomel Farisya sendirian.Dia ketawa kecil.Hari ini merupakan hari pertama dia mula berkerja sebagai Pembantu peribadi.Hatinya berkobar-kobar bercampur takut.Mampukah dia?tak cuba tak tahu.Farisya cuba menasihati dirinya.
Selepas puas membelek bajunya didepan cermin dia mencapai beg  sandangnya diatas kerusi. Jam ditangan dibelek. Sempat lagi ni. Hari ni dia terlambat bangun akibat tidak dapat tidur dengan  lena apabila memikirkan tanggungjawap yang perlu dia lakukan bila menjadi seorang Pembantu Peribadi. Dahlah terpaksa bekerja dengan majikan  yang menyakitkan hati.Farisya mengeluh.Dia melangkah keluar dari biliknya.

“Kau dah siapkan sarapan?”terjah satu suara tiba-tiba.Kaki kiri Farisya yang  baru saja melangkah keluar ditarik semula.Dia dapat mengagak siapa.Dia berpaling.Senyuman paling manis dihadiahkan untuk ibu tersayang.Tetapi seperti biasa tiada balasan.

“Sudah ibu. Ada dekat dapur tu.”balas Farisya.Mak Siah menganggukan kepalanya.Dia merenung Farisya tanpa berkelip.Bertapa dia benci melihat wajah itu.

“ibu,Farisya pergi kerja dulu” Mak Siah hanya membatukan diri.Menyahut tidak mengangguk pun tidak.Farisya mendekatinya untuk bersalaman.Farisya menghulurkan tangannya tetapi tidak disambut.Lama.Farisya tunggu akhirnya hulurannya disambut jua oleh ibunya walaupun acuh tak acuh.

Farisya cuba memaniskan wajahnya.Sebaris senyuman terukir dibibirnya walaupun tawar.Dia 
melangkah pergi meninggalkan perkarangan rumah dengan hati yang sedikit kecewa.Bilalah agaknya dia dapat merasai kasih sayang daripada seorang ibu yang disayangi dan kasih sayang daripada kakak-kakaknya.Keluhan terbit dibibirnya.Mak Siah hanya melihat Farisya berlalu  pergi.Sesungguhnya hati dia masih belum bersedia untuk menerima gadis ini didalam hidupnya.Hati Mak Siah sememangnya sekeras batu kerikil.Sekeras mana pun hati dia,lama-lama akan lembut jua.

                                                ****************************

“assalammualaikum,kak ita.Selamat pagi”tegur Farisya kepada Norita yang berjalan menghampirinya.Mereka terjumpa didepan Lif.Norita tersenyum memandang Farisya.

“waalaikummussalam.Selamat pagi.Wah!Cantik Farisya hari ni”puji Norita ikhlas.Farisya tersimpul malu.

“Ada-ada aje kak Ita ni.Mana ada,Kak Ita lagi cantik.Merah gitu”puji Farisya pula.Dia tersenyum nakal.Norita melihat pakaiannya.Dia tersenyum.Baju blaus merah yang dipakainya betul-betul menyerlah.Sengaja dia pakai warna sebegini agar semua orang memerhatikannya.Sajalah tu nak perhatian.Ceh!

“kalau lembu nampak sure kena kejar punya”sambung Farisya lagi.

Meletus tawanya.Wajah Norita berubah kelat.Budak ni kalau kerja mengenakan orang nombor satu.Kalau satu hari tidak menyakat orang tak sah.Norita mengigit bibirnya.Geram.Melihat Farisya yang tidak berhenti-henti ketawa Norita juga turut sama ketawa.Geli hati dia melihat gelagat Farisya yang melucukan.Gadis ini kalau dimarah pun bukan makan saman.Norita akhirnya mengelengkan kepala.

Pintu Lif terbuka.Norita dan Farisya melangkah masuk kedalam perut Lif bersama.Beberapa orang pekerja turut sama melangkah masuk kedalam lif.Sampai saja ditingkat 5 mereka sama-sama keluar.Farisya mengambil nafas.Hatinya berdebar-debar.Mukanya tiba-tiba berubah pucat.Seperti baru saja terlihat hantu melintasinya.

“macam mana dah sedia nak jadi PA Tengku Danial?”Soal Norita sambil kakinya laju melangkah menuju ke meja kerja.Hanya gelenggan diberi Farisya.Sememangnya dia masih belum bersedia.Pengalaman tidak ada tiba-tiba kena jadi Pembantu Peribadi.Betul-betul kerja gila.

“Tak apa,perlahan-lahan okey”nasihat Norita.Farisya hanya mengangguk lemah.Terasa lemah saat kakinya melangkah mengikuti Norita.
Norita tersenyum.Dia menyusun kertas diatas mejanya yang berselerakan.Dia mengambil satu buku dairi didalam lacinya.Kemudian diberikan kepada Farisya.Tapi hulurannya tidak disambut.Kening Norita terangkat.Pelik.

‘apasal pulak bagi aku buku dairi ni?tak akan nak suruh aku tulis diari macam mana pengalaman aku bekerja bersama Tengku Danial pula’seloroh hati Farisya.Matanya bulat merenung Norita.

“nak buat apa ni kak?”soal Farisya bodoh.Dia mengaru lehernya.

“Ni jadual Tengku Danial,Farisya”Norita mengelengkan kepalanya.Sudah terang lagi bersuluh.Nampak sangat yang si Farisya ni tak tahu apa-apa dalam bidang sebegini.Norita tersenyum.Nasib kamulah Farisya.Gadis itu hanya tersengih.

“oh”hanya itu yang terlintas difikirannya.Kepalanya digaru.Buku dairi yang baru saja berpindah tangan dibelek-beleknya.

“Sudah-sudahlah tu belek bukunya.Kak Ita rasa lebih baik kamu pergi ke  tempat kerja kamu sekarang,rasanya Tengku Danial dah sampai tu.Kamu ikut saja apa yang kak Ita ajar okey.Ku Danial ni tak banyak kerenah kamu ikut saja arahan dia.Semua ada dalam jadual tu.Kamu ikut saja okey!”arah Kak Ita.Dia tersenyum mesra.

Bahu Farisya diusap lembut.Dia tahu Farisya dalam dilema.Kesian pula dia melihat Farisya.Terasa bersalah pula dengan kata-katanya.Kalau Tengku Danial tidak banyak kerenah masakan ramai Pembantu Peribadinya yang berhenti kerja sebab tidak sanggup bekerja dibawah Tengku Danial.Norita memaniskan wajahnya.Dalam hati dia memohon maaf kepada Farisya.

 “baiklah bos”balas Farisya nakal.Tangannya diletakan ke dahi seolah-olah menabik.Norita ketawa kecil.Dia menghantar Farisya dengan lirikan matanya sahaja.Hatinya berdoa semoga Farisya mampu menguruskan segala tugasannya dan sanggup bertahan dengan perangai Tengku Danial.Dia mengeluh kecil.

                                                                ***************************

TOKK!TOKK!

Farisya berdiri dibelakang pintu.Dia menarik nafasnya panjang.Tangannya diletakkan didada.Dia mengucap panjang.Tiba-tiba perasaan takut mula datang kembali.Tapi dia kena kuat.Sabar Farisya.Dia menghembuskan nafas untuk membuang segala ketakutannya.

“masuk”Kedengaran suara garau dari dalam bilik menyahut ketukan Farisya.

Perlahan Farisya melangkah masuk kedalam ruang bilik Tengku Danial.Jantungnya berdebar. Kakinya terasa mengigil seperti hendak terkencing.

 “Assalammualaikum bos”Ucap Farisya perlahan cuba menahan getar.Dia berdiri agak jauh dari meja Tengku Danial.Kening Tengku Danial terangkat.

 ‘Bos?’hatinya menyoal.Tidak pernah-pernah Norita memanggilnya bos.Tiba-tiba pula hari ini berubah panggilan.Dia yang masih menumpukan perhatiannya di skrin komputer malas mengambil pusing.Pandangannya tidak beralih walaupun sedikit untuk melihat orang yang ada didepannya.Baginya semua itu tidak penting.

“waalaikummusalam,apa appointment kita  hari ini Ita?”Suara Tengku Danial mula kedengaran.Farisya membuka dairi yang diberikan Norita kepadanya.Sekejap dia menyelak muka surat kekanan sekejap dia menyelak pula kekiri.Dia mengaru kepalanya yang tidak gatal.Satu apa pun dia tidak faham.Habis segala ajaran Norita kepadanya hilang begitu sahaja seperti kapas yang ditiup angin.Ketakutan lebih berkuasa kini difikirannya.

‘mana satu ni?aduh,kak Ita tolong!’Farisya kalut.Tangannya mengeletar.Muka surat masih diselaknya.

“Ita!Saya cakap dengan awak ni.I’m waiting..”Suara Tengku Danial sudah berubah sedikit keras.Semakin kelang kabut Farisya dibuatnya.Pandangan Tengku Danial masih pada skrin Komputer.Kedengaran dia mengetuk perlahan tertikus yang ada diatas mejanya.

“Ita,Saya tak ada masa nak...Eh! kau buat apa dekat sini?”Jerkah Tengku Danial selepas mengangkat wajahnya.Dia yang tidak sabar menunggu jawapan daripada Norita terkejut melihat Farisya yang berada dihadapannya.Habis terpelanting segala benda yang ada ditangan Farisya apabila disergah sebegitu.Akhirnya,Farisya berdiri kaku merenung Tengku Danial.Dugaan apakah ini.Hati Farisya merintih.Hari-hari kena marah.Malang betul nasib dia.

“aku tanya kau buat apa dekat sini?”Tengku Danial masih menyoal Farisya.Mukanya berubah tegang.Dia sudah berdiri.Kedua-dua tangannya diletakkan diatas meja.Dia merenung Farisya tajam.

“Sa..saya..saya buat bodoh bos”balas Farisya tergagap-gagap dalam nada perlahan.Dia mengusap tangannya yang dingin.Dia betul-betul gugup.Jantungnnya berdegup laju  terasa seperti nak tertanggal.Farisya beristighfar mencari kekuatan.

“apa?”Jerit Tengku Danial.

“Tak ada apa-apa”Farisya mengelengkan kepalanya berkali-kali.Terjongket bahunya bila disergah sebegitu.

“Aku tanya kau betul-betul ni,Kau buat apa dekat sini?Norita mana?”Suara Tengku Danial sudah berubah tinggi.Farisya boleh merasakan api kemarahan menyala-nyala diseluruh tubuh Tengku Danial.Perlahan-lahan Tengku Danial melangkah keluar dari ruang mejanya.

“Kak Ita,dia...hah..dia..”Farisya mengaru lehernya kemudian beralih ke kepalanya.Habis sengget bengget tudung dia dibuatnya.Tangannya diletakkan dibibir pula.

“Dia apa?”

“dia pergi tandas”latah Farisya.Dia betul-betul terkejut.Farisya menutup mulutnya.Entah apa yang terbit dari bibirnya dia pun tak tahu.Otak dia dah tak boleh berfikir.Takut memandang Tengku Danial yang merenungnya tajam.Tengku Danial mendengus.Geram dia sebab Farisya bermain-main dengan soalannya.

“Kau ni kenapa?aku soal lain kau jawab lain?”Kesabaran Tengku Danial sudah sampai kemuncak.Dia menyandarkan tubuhnya disisi meja.Wajah Farisya masih direnungnya.Comel pula bila Farisya ketakutan.Hati Tengku Danial berbisik.Dia tersenyum kecil.

“Sebenarnya,Saya gantikan kak Ita bos...”balas Farisya selepas gugupnya reda.

“Kau gantikan Ita buat apa?Kau gantikan dia buatkan air untuk aku ke?Kau dah jadi tealady aku ke?”duga Tengku Danial sambil memeluk tubuhnya.Matanya masih memandang Farisya.Gadis itu mengangguk kemudian menggeleng.Masakan gadis cun macam dia diangap tealady.Agak-agaklah.Farisya mencebik.

“Eh!tak-tak,Saya ganti Kak Ita jadi PA bos”balas Farisya kalut.Dia tersenggih kambing cuba menyembunyikan getar dihatinya tatkala ternampak senyuman Tengku Danial sebentar tadi.

“What?”Tengku Danial berdiri tegak.Matanya membutang.Terkejut dengan kenyataan Farisya.Betul ke?Farisya dipandang atas bawah.Mata Tengku Danial terbeliak.Gadis macam ni jadi PA dia.Tak mungkin!

“Siapa yang buat keputusan?”Soal Tengku Danial angin satu badan.

“Tengku Tajudin”balas Farisya lurus.Wajah Tengku Danial sudah berubah merah.
Papa dia yang buat keputusan.Siapa yang bagi kebenaran?Dia tidak pernah pun suruh papanya mencarikannya PA.Dia masih boleh uruskan segalanya dengan sendiri.Dia tak perlukan Pembantu yang hanya tahu makan gaji buta saja tapi tidak tahu menjalankan tugas.Nafasnya turun naik.

‘Papa,what are you doing’Tengku Danial mengosok rambutnya kasar.Dia mendengus.Pantas langkahnya diatur keluar dari bilik.Farisya termangu.Apa yang dah berlaku?Dia mengaru kepalanya yang tidak gatal.Tudungnya dibetulkan.

‘Lantaklah!’malas mahu berfikir Farisya keluar dari bilik Tengku Danial.Dia tak tahu apa yang terjadi.Kelihatan Tengku Danial macam tidak tahu saja yang dia akan menjadi Pembantu peribadinya.

Marah ke Tengku Danial pada Tengku Tajudin?Semua ni salah aku.Farisya mengeluh.Kakinya berjalan tanpa arah tuju.Otaknya sarat memikirkan apa yang akan terjadi.Kena berhenti kerja ke dia?Matilah kalau dia diberhentikan.Baru sehari dia bekerja tak akan dah kena buang.Aduh!Farisya mengeluh lagi.Hatinya kacau.

                                                ******************

“Pa!explain to me now,what you doing.How dare you Pa?”Tengku Danial meluru masuk kedalam bilik Tengku Tajudin tanpa mengetuk pintu.Dia betul-betul benggang dengan tindakan papanya yang suka suki membuat keputusan tanpa persetujuannya.

“Danny tak suka papa buat keputusan untuk Danny.Do you know i don’t like personal Assistant and now  you hire her to be my Personal Assistant.You out your mind”Tengku Danial betul-betul marah dengan tindakan papanya.Dia mendengus.Tengku Tajudin yang sedang sibuk menyemak kertas kerja hanya tersenyum mendengar bebelan anaknya.Memang dia dah jangka Tengku Danial pasti akan datang ke biliknya dan memarahinya apabila mengetahui dia yang mengambil Farisya bekerja sebagai pembantu peribadi untuknya.Lebih-lebih lagi budak itu selalu mencari gaduh dengan Tengku Danial.Pasti Tengku Danial akan membangkang keputusannya.Dia kenal sangat dengan anaknya.

 “I’m talk to you pa!Do you listen me?”Tengku Danial menyilangkan tangannya.Dia menyandarkan tubuhnya dipintu.Tangan disilangkan.Papanya direnung.Tengku Tajudin hanya tersenyum.Kening Tengku Danial terjongket.

“I’m listen you.Come sit”Tengku Tajudin memperlawa Tengku Danial duduk dihadapannya.Tengku Danial hanya menurut.Dia mengeluh.

“Papa tahu apa yang bermain difikiran kamu.Ada sebab kenapa papa ambil dia bekerja sebagai pembantu kamu.Dia ada potensi untuk membantu kamu.Don’t worry”Tenang sekali Tengku Tajudin berkata.Tengku Danial pula mengangkat kedua-dua tangannya tanda tidak percaya.

“What your reason?”soal Tengku Danial masih tidak berpuasa hati.Wajahnya betul-betul bengis.

“someday you will know what i’m talking about”Tengku Danial merenung papanya yang tersenyum kecil.

“Danny tak tahu apa alasan papa,budak tu pencuci aje pa.Belajar pun entah-entah tak habis.Macam mana dia nak uruskan semua ni”Tengku Danial tidak percaya dengan kebolehan Farisya.Dudak kampung seperti Farisya tidak mungkin mampu nak uruskan hal syarikat lebih-lebih lagi urusan dia.Tak mungkin.

“bagi dia masa”pujuk Tengku Tajudin.Seboleh-bolehnya dia ingin mempertahankan budak itu.Dia sendiri tidak tahu kenapa.Tetapi perasaan kasih dan sayang dia sangat kuat saat bersama Farisya.Dia dapat rasakan ada sesuatu yang istimewa ada pada Farisya.

“sampai bila pa?”

Soalan itu mematikan lamunan Tengku Tajudin seketika.Dia merenung anak bujangnya.Kalau dia cakap pun Tengku Danial tidak akan faham.Suatu hari Tengku Danial akan mengetahuinya sendiri.

“i don’t know.Tapi papa harap sangat Danny boleh bagi dia peluang”mulut Tengku Danial ternganga.Tak faham apa yang papanya cuba katakan.

“apa maksud papa?”soal Tengku Danial pelik.Rambutnya dikuak kebelakang.

“Dia masih budak,Kita bantu dia.Masa depan dia masih jauh tetapi dia tak ada peluang untuk mencapai impian dia.Papa nak bantu dia dan papa harap Danny pun dapat bantu dia.”Suara Tengku Tajudin berubah serius.Kening Tengku Danial terangkat.Dia semakin tidak faham dengan apa yang papa dia cuba sampaikan.Dia mengeluh.

“Baiklah,Danny boleh bagi dia peluang bekerja dengan Danny.Tapi...kalau Danny masih rasa dia tu tak layak bekerja dengan Danny.I hope,papa tak akan halang Danny untuk memecatnya.”Akhirnya Tengku Danial telah membuat kata putus.Nak atau tidak Tengku Tajudin kena juga setuju dengan keputusan anaknya.Hanya anggukan dibalas Tengku Tajudin.Tengku Danial sudah tersenyum senang. ‘Habis kau budak kampung’desis Tengku Danial.

                                                               *********************

“Bos panggil saya!”ujar Farisya selepas masuk ke dalam bilik Tengku Danial.Dia yang sedang seronok makan tengah hari bersama kak Ita di pantry tiba-tiba dipanggil seseorang yang mengatakan Tengku Danial ingin berjumpa dengannya.Nasib baik tak tercekik dia dibuatnya.Tak bagi salam tiba-tiba disergah.Termasuk semua nasi yang dimakannya bila nama Tengku Danial disebut.Hilang selera dia.

‘ada apa mangkuk ni nak jumpa aku agaknya’monolog Farisya sendirian.Dia masih menunggu kata-kata daripada Tengku Danial.Lelaki itu masih tidak memandangnya.Farisya cuba memandang Tengku Danial tetapi wajahnya dilindungi komputer.Kening Farisya terjongket.Dia merasakan dirinya seperti tunggul bila soalannya tidak dilayan.

“bos!”Farisya memberanikan dirinya memanggil Tengku Danial.Tetapi masih tiada jawapan.Farisya semakin pelik.Kepala yang gatal digaru.

“Assalamualaikum,bos!masih ada ke?”Farisya sudah meninggikan sedikit suaranya.Geram pula dia.Dia membongkokkan badannya sedikit cuba mencari wajah Tengku Danial yang tersembunyi disebalik komputer.

“Duduk situ diam-diam boleh tak.Memekak aje kerja kau.Tunggu sekejap.Bos!bos!”Tiba-tiba Tengku Danial bersuara.Garang.Binggit telingga dia mendengar Farisya asyik memanggilnya dengan perkataan bos.Farisya menarik nafas lega.Masih bernyawa bos dia ni ingatkan dah tak bernafas.Farisya ketawa kecil.

“Apasal kau ketawa sorang-sorang?Gila!?”Tengku Danial merenung Farisya yang terkedu.Habis hilang segala tawa Farisya.Gadis itu mengatup mulutnya dengan tangan.Baru nak ambil ‘feeling’ dah kena kacau.Dia mengelengkan kepalanya.

“maaf”ucap Farisya perlahan.Dia berdiri kaku dihadapan Tengku Danial.Naik kebas dia menunggu.Bos dia ni nak membunuh ke apa?Dah dekat satu jam dah dia berdiri.Kata sekejap.Jam ditangan dekerlingnya.Farisya mengetuk-getuk perlahan kakinya yang kelenguhan.Dia memandang Tengku Danial yang masih fokus dengan kerjanya.

‘ingat aku ni tunggul kayu ke apa,suruh berdiri kat sini berjam-jam.Aku ni manusialah tahu penat.Dasar bos tak ada hati,limpa perut betul.’ngomel Farisya tidak berpuas hati.Rasa macam nak bersila aje kat atas lantai kalau susah-susah sangat nak bagi dia duduk.

“bos,sampai bila nak saya berdiri macam ni?”Soal Farisya geram.Tangannya masih ligat mengurut kaki yang kepenatan.Wajahnya diangkat mencari kelibat Tengku Danial yang masih berdiam seribu bahasa didepannya.

“yang kau berdiri saja dekat situ kenapa?”Farisya mengetap bibirnya.Ada juga yang mati tercekik makan penumbuk aku ni karang.Farisya menarik nafasnya perlahan-lahan kemudian dilepaskan.

“bukan ke bos suruh tunggu tadi!Kata sekejap ni dah dekat satu jam setengah dah saya tunggu ni..”balas Farisya cuba menahan sabar.Dalam hatinya nak saja baling kasut dia untuk kali kedua.Nasib baik kasut tu kasut pinjam.Belas ehsan daripada kak Ita.Kalau tidak memang dia bekerja pakai selipar jepun sajalah nampaknya.

“memanglah tapi tak suruh kau berdiri macam tu”

Nafas Farisya sudah turun naik.Darahnya menyirap.Nak saja dia karate mamat berlagak nak mampus ni.Baru saja dia nak melawan kata-kata Tengku Danial lelaki itu bersuara lagi.

“Dah duduk!”arah Tengku Danial.Farisya terkedek-kedek berjalan seperti budak baru belajar berjalan menuju ke tempat duduk di bahagian tetamu.Dia menahan sakit dikakinya.Rasa macam nak tercabut kaki dia bila disuruh berdiri macam tu.Farisya melepaskan nafas lega bila pungungnya menjejak tempat duduk yang empuk.

“Aku bukan suruh kau duduk kat situlah.Sinilah!”Tengku Danial memandang Farisya tajam.Dia memuncungkan bibirnya menunjukkan tempat duduk yang ada di depannya.Gadis itu mengeluh.Memang kejam kau Tengku Danial.

Farisya yang baru saja melabuhkan punggungnya disofa empuk bangun menuju kekerusi didepan Tengku Danial.Hatinya menyumpah Tengku Danial.Sakitnya hati.Lelaki itu hanya tersenyum sinis.Dia memang sengaja mahu membuli Farisya.Baru gadis itu tahu siapa dia sebenarnya.

“Nah!ambil ni baca..”Tengku Danial menghulurkan sekeping kertas kepada Farisya.Farisya memandang Tengku Danial pelik.

“apa ni bos?”

“kan aku suruh kau baca,pekak ke?”Tengku Danial memulangkan paku buah keras kepada Farisya.Gadis itu mencebik.Tanya pun salah.Sikit-sikit nak marah.Macam nenek kebayan.Kutuk Farisya.

“Syarat-syarat menjadi Pembantu Peribadi Tengku Danial.Apakah?”Mulut Farisya ternganga.Dia mengaru kepalanya.

“apa benda ni?”soal Farisya bodoh.

“Syarat untuk jadi Pembantu Peribadi akulah.Aku nak kau ikut segala benda yang tertera diatas kertas itu.Kalau kau rasa kau tak mampu,dipersilakan meletakkan jawatan kau sekarang.”Dengan bangganya Tengku Danial berkata.Dia tersenyum sengget.Semakin lebar mulut Farisya ternganga.Tengku Danial memeluk tubuhnya.Matanya tidak lepas daripada memandang Farisya.

“Tapi masa Tengku Tajudin ambil saya bekerja dia tak ada pun bagi tahu saya tentang syarat-syarat ni”Farisya membelek-belek kertas yang ada ditangannya.Dia memandang Tengku Danial pelik.Lelaki itu tersenyum sinis memandangnya.

“Betul!memang Papa aku tak ada cakap semua itu.Masalahnya kau bekerja dengan aku bukan dengan papa aku.Jadi segala keputusan terletak ditangan aku sekarang.Kau setuju ke tidak aku tak perduli.Faham!”Jerkah Tengku Danial.Dia menghentakkan tangannya diatas meja.Farisya tersentak.

“Tapi..”

“Tak ada tapi-tapi..Aku tidak perduli mulai sekarang kau kena ikut segala arahan aku tanpa bantahan.Kalau kau cuba menbangkang arahan aku.Tanpa segan silu aku akan mengambil tindakan terhadap kau”Mulut Farisya terganga lagi.

‘Apa benda yang Tengku Danial cuba lakukan?Adakah dia sedang cuba mempermainkan aku.’Keluh Farisya.

“Macam mana?”

“Baiklah,saya akan ikut segala arahan bos?”Akhirnya Farisya mengalah.Tengku Danial tersenyum sebaris.Hatinya melompat kegirangan.Sekarang nasib Farisya terletak ditangannya.Hatinya berubah ketawa jahat.Terasa seperti tanduk mula tumbuh diatas kepalanya.

“Mulai sekarang,aku akan mengambil kau bekerja dengan aku secara rasminya.”Farisya tersenyum hambar.Nak atau tidak dia terpaksa juga setuju demi ibunya.Dia sanggup melakukan apa sahaja demi ibu yang tersayang.Farisya mengeluh.

‘Bagus,kau buat keputusan yang bagus sekali’Bisik hati Tengku Danial.Dia tersenyum sinis.Dia menyandarkan tubuhnya.Farisya direnungnya tajam.Hatinya ketawa sepuas-puasnya.


Part 7

“Farisya!”Kedengaran nama Farisya dilaung kuat dari dalam bilik Tengku Danial.Farisya yang sedang termenung,tersentak.Kertas-kertas diatas mejanya disusun pantas.Buku dairi disisi dicapai.Pantas kakinya melangkah menuju ke pintu bilik Tengku Danial.

“Bala apa lagilah yang mangkuk ni nak bagi dekat aku”Ngomel Farisya perlahan sebelum mengetuk pintu bilik majikannya.Baru seminggu dia kerja dekat sini,macam-macam bencana yang Tengku Danial bagi dekat dia.Kejam betul dapat bos macam ni.Farisya mendengus.Teringat dia akan kata-kata kak Ita.

“Ku Danial ni tak banyak kerenah kamu ikut saja arahan dia.Semua ada dalam jadual tu.Kamu ikut saja okey!”Farisya mengeluh.Nampak sangat dia dah kena tipu.Tak banyak kerenah konon!puih..perangai mengalahkan budak-budak.Marah hati Farisya.

Dia mengempalkan penumbuk terasa nak saja ditumbuk-tumbuk muka Tengku Danial.Nasib baik pintu itu menjadi penghalang kalau tidak pasti Tengku Danial nampak apa yang dia cuba lakukan.

“Masuk!”Kedengaran suara Tengku Danial menyuruhnya masuk.Hilang segala lamunannya.

“Ada apa bos panggil nama saya?”soal Farisya perlahan.Dalam hati sumpah seranah.Nak saja dia cekik-cekik batang leher bos dia ni.Apa yang Tengku Danial tidak puas hati dengan dia entah.Semua yang dia buat salah.Hari-hari kena herdik.Pening kepala Farisya dibuatnya.Nasib.

“Lunch nanti kau ikut aku”Mulut Farisya terlonggo.Pelik.Tidak percaya bosnya mengajaknya keluar makan tengah hari bersama.Farisya menelan air liurnya.Kelat.

“Bos!nak belanja saya makan ke?”soal Farisya lurus.Dia tersenyum.

“Siapa cakap?”

“erkk..Tadi bos ajak saya keluar?”Farisya merenung Tengku Danial.Lelaki itu ketawa sinis.

“Aku suruh kau ikut aku.Bukan ajak kau keluar makan”Tawa Tengku Danial masih kedengaran.Farisya mengetap bibir.Sangkaannya meleset sama sekali.Tidak mungkin bos dia yang bakhil ini hendak membelanjanya makan.Mimpi pun tak akan.Farisya mencebik.

“Tapi itu kan waktu untuk saya berehat.Tak akan waktu lunch pun bos nak saya bekerja juga”Farisya meluahkan ketidak puas hatinya kepada Tengku Danial.Geram.Dari pagi dia tidak makan apa-apa.Fikirnya waktu tengah hari nanti dapatlah dia mengisi perut yang kosong ni.Tiba-tiba pula bos mangkuk hayun dia ni suruh dia bekerja juga.Memang bos tidak ada hati perut,limpa ayam betul.Dia mendengus geram.

“Kisah pula aku.Aku tak kira..kau kena juga ikut aku keluar masa lunch nanti.Aku ada benda nak beli.Kaukan PA aku.Ingat perjanjian kita.Kau kena ikut segala arahan aku.Semua itukan dah tertera dalam syarat yang aku bagi kau.Kau dah lupa?”

“Memanglah..Tapi...”Belum sempat Farisya menghabiskan kata-katanya Tengku Danial sudah memotong.

“Tak ada tapi..tapi..Aku tidak perlu persetujuan kau.Ini arahan.Faham!”Farisya hanya menunduk dan mengangguk lemah.Perutnya diusap.Kesian kau perut.Tengku Danial tersenyum puas.

                                                ********************************

“Bos!Tunggulah saya...”Laung Farisya.Tangannya yang sarat dengan beg kertas diperbetulkan.Dia mengeluh.Tengku Danial yang berjalan dihadapan langsung tidak mengedahkan panggilannya.Langkahnya tetap laju diatur.

‘Dasar mangkuk hayun betul bos aku ni..Mana dia nak pergi entah.Semua kedai dia dah masuk,apa lagi dia nak beli agaknya.Dahlah semua beg dia aku yang pegang.Aku ni PA dia bukan kuli dia.Tak tahu agaknya perut aku ni dah lapar’omel Farisya dalam hati.Kakinya masih mengikuti langkah Tengku Danial.Dia menghentak-hentak kakinya tanda protes.

Pasaraya Midvalley telah habis ditawafnya.Sejak dari tadi dia mengikuti langkah Tengku Danial dari satu kedai ke satu kedai.Naik lenguh kakinya.Kedua-dua tangannya sudah dipenuhi beg kertas.Ikutkan hati nak saja dia campak beg ini semua ke atas lantai.Farisya mengeluh.Dia berhenti.Beg kertas diletakkan diatas lantai.Dia mengetuk-getuk kakinya yang terasa lenguh.Mahu tercabut kaki dia kalau hari-hari macam ni.

“Wei!perempuan..Cepatlah”Panggil Tengku Danial setelah perasan Farisya tidak mengikutinya masuk ke dalam sebuah kedai kasut berjenama.Farisya menjuirkan bibirnya.

“ye..Kejap”Farisya berjalan dengan malasnya menuju kearah Tengku Danial.Beg kertas dipegangnya malas.

“Lembab!”kutuk Tengku Danial.Farisya mendengus.Kakinya dihentak.Farisya membuat pergerakkan seakan-akan mahu menumbuk Tengku Danial dari arah belakang.

‘Bos kejam!!'jerit hati Farisya.

“Kau pilih..”Kening Farisya terangkat.Tidak percaya dengan apa yang diucapkan Tengku Danial.Dia pilih?

Kasut-kasut yang tersusun kemas diatas raknya dipandang Farisya satu persatu.Tidak akan Tengku Danial mahu menyuruhnya memilih kasut yang cantik-cantik ni.Dia mana ada duit nak beli kasut semahal ni.Selama ini pun dia beli kasut dekat pasar malam je.Mulut Farisya terganga apabila dapat melihat kasut yang cantik dengan matanya sendiri.Selama ini dia hanya melihat di kaca televisyen dan sekarang....wah!

“aku suruh kau pilih bukan terganga”perli Tengku Danial.Farisya mengatup mulutnya yang sedikit terganga.Dia tersengih malu.

“maaf bos..”Farisya mengaru kepalanya.

“Dah cepat pilih..”Arah Tengku Danial lagi.Dia memandang Farisya yang terlonggo.Farisya menoleh kekanan,kemudian kekiri.Dia tidak tahu mana yang harus dipilihnya.Terlalu banyak pilihan,semuanya cantik-cantik.Naik juling mata Farisya melihat kasut yang bersinar-sinar.

“Eishh!orang suruh pilih pun susah..Kau duduk sini”Tengku Danial menarik Farisya kemudian menyuruhnya duduk disalah satu kerusi yang tersedia dikedai tersebut.Dia berdiri kemudian menilik satu persatu kasut yang terdapat dikedai tersebut.Farisya pula hanya jadi pemerhati.

“Cuba ni”Tengku Danial menghulurkan sepasang kasut bertumit sederhana tinggi berwarna kelabu kepada Farisya.Simple tapi menarik.Terdapat sedikit manik-manik dihias indah diatas kasut tersebut.Perlahan-lahan Farisya menyambut huluran Tengku Danial.

‘Cantinya’desis hati Farisya.Tidak sangka dia dapat menyarung kasut secantik itu.Seakan-akan sedang bermimpi.

“Saya ke yang cuba bos?”soal Farisya bodoh.Kening Tengku Danial terjongket.Dia berpeluk tubuh.

“Eh!tak adalah aku suruh kakak sebelah kau ni cuba”Ambil kau.Sekali kena dengan Tengku Danial.Farisya menunduk.Terasa salah dengan kata-katanya.Tak pasal-pasal dia dipersendakan Tengku Danial.Farisya memuncungkan bibirnya.Dia menyarung kasut itu perlahan-lahan takut terosak pula.Farisya tergamam.

‘Yaallah,cantiknya kasut ni.Tengku Danial nak bagi aku ke?Beruntungnya aku’gumam Farisya sambil merenung kasut yang tersarung dikakinya.Dia memandang kasut itu penuh teruja.Tengku Danial pula hanya tersenyum sebaris.Dia dapat mengagak apa yang bermain difikiran Farisya.Gadis itu tidak tahu apa yang dirancangkannya.

“Emm..Sesuai..okey kak saya ambil kasut ni”Kedengaran Tengku Danial berkata dengan seorang pekerja yang melayani mereka.Pekerja itu hanya menganggukkan kepalanya.Farisya menongkat dagunya.Terasa sedih pula bila menanggalkan kasut itu dari kakinya.Matanya melihat saja pekerja itu berlalu membawa kasut itu ke kaunter.

“Bos beli untuk saya ke?”soal Farisya setelah urusan jual beli Tengku Danial selesai.Mereka melangkah keluar dari kedai tersebut.Soalan Farisya tidak dijawab.Tengku Danial menghulurkan beg kertas berisi kasut tadi kepada Farisya.

“Tak adalah untuk adik aku”

Wajah Farisya berubah.Tiba-tiba hatinya sayu.Ingatkan Tengku Danial mahu belikan untuk dia tanda ganti rugi aras kasut dia yang telah dibuang Tengku Danial.Farisya mengeluh.Tengku Danial disebelah sudah ketawa didalam hati.Suka hati dia melihat Farisya yang hampa.Dia memang sengaja menyuruh Farisya memilih.Jahatkan dia.Farisya dijeling kejap.

“Dah!jom”Tengku Danial melangkah meninggalkan Farisya termangu seorang diri.

 “Bos tunggu!kita nak pergi mana lagi ni.Waktu lunch dah lama habis..Waktu kerja pun dah nak habis dah..”Farisya mengejar Tengku Danial yang semakin jauh.

“Bos tunggulah saya.Penatlah macam ni asyik main kejar-kejar je.Dahlah saya dari pagi tak makan lagi ni.Habis dah tenaga saya nak main kejar-kejar dengan bos”

Tiba-tiba langkah Tengku Danial terhenti.Terbit perasaan simpati dihatinya.Tidak tahu pula dia yang budak ni tidak makan dari pagi.Dia pun belum makan dari tadi.Perut dielusnya.Farisya yang sedang berlari kearahnya tidak sempat berhenti.Tubuh Tengku Danial yang sasa dilanggarnya.Habis semua beg kertas yang ada ditangan Farisya terpelanting.

“Aduh!”Farisya mengosok dahinya yang sakit akibat terlanggar dada bidang Tengku Danial.Dia yang jatuh terduduk hanya mengosok dahinya.Tengku Danial ketawa terbahak.Kelakar melihat muka Fairysa yang berkerut-kerut menahan sakit.

“Kau okey ke?”soal Tengku Danial dia duduk  mencangkung menghadap Farisya.

“Sakit tahu”marah Farisya sambil mengosok dahinya.Tengku Danial ketawa lagi.Farisya tergamam tatkala melihat Tengku Danial ketawa.Selama ini dia hanya melihat lelaki ini hanya tersenyum dan ketawa sinis saja apabila berada dengannya.Tetapi hari ni dia nampak tawa Tengku Danial betul-betul ikhlas.Farisya terpaku.

“Hello!hello!kau menungkan apa tu?aku tanya ni..”Tengku Danial memetik-metik jarinya didepan Farisya.Dia tersentak.

“hah,apa dia bos?”soal Farisya.Matanya terkebil-kebil memandang Tengku Danial.

“Aku tanya kau okey ke tak ni?boleh bangun tak?”soal Tengku Danial.Barang-barang yang bertaburan diatas lantai dikutipnya lalu dimasukkan kedalam begnya semula.Farisya juga melakukan perkara yang sama.

“Saya okey bos..Tak ada hal lah..Sikit saja ni”balas Farisya sambil tersenggih kambing.Tengku Danial hanya mengelengkan kepalanya.

“Dah jom”Tengku Danial membantu Farisya bangun.

“Mana bos?”

“ikut sajalah..kau kata kau lapar kan.Aku nak bawa kau pergi makanlah ni”Tengku Danial tersenyum sebaris.Keningnya terangkat-angkat.Farisya memandang bosnya pelik.

‘Kenapa semacam saja muka bos aku ni..Tiba-tiba saja berubah baik dengan aku.Ada apa-apa ke?’Hati Farisya menembak.Dia hanya mengikuti Tengku Danial dari belakang.Beg kertas tadi semuanya dibawa Tengku Danial.Farisya tersenyum.Tidak sangka masih ada sifat kemanusian dalam diri Tengku Danial.

                                                                ******************************

“Kita nak kemana ni?”soal Farisya setelah hampir setengah jam dia berada didalam kereta Tengku Danial.Naik bosan dia.Pungungnya sudah hampir kebas duduk lama-lama.Soalan Farisya dibiarkan sepi.Farisya memandang Tengku Danial yang duduk disebelahnya.Tenang.Farisya memeluk tubuh.Pemandu Tengku Danial,Pak Yakob turut mendiamkan diri.

“Aku cakap sorang-sorang rupanya.Kita duk penat cakap dengan dia.Dia boleh pula duk melayan ipod.Hemm..bos!bos!”Farisya mengelengkan kepalanya apabila melihat Tengku Danial sedang memejam mata sambil melayan ipod ditangannya.Kelihatan kepalanya sedikit bergerak mengikuti rentak lagu.Farisya menoleh lagi memandang majikannya.Keningnya terjongket.

“Bos!”Farisya melambai-lambaikan tangannya dihadapan muka Tengku Danial.Tiada respon.

“Tidur dah ke?”Farisya meletakkan tangannya didagu.Comel sangat apabila Tengku Danial tidur.Farisya tersenyum nakal.

Farisya mengambil peluang mengamati wajah Tengku Danial.Sejak bekerja dengan Tengku Danial belum pernah dia nampak wajah Tengku Danial setenang ini.Selalunya wajah Tengku Danial selalu tegang apabila dengannya.Farisya tersenyum sendirian.

“Tak sangka bos aku ni,kacak juga.Mulut dia merah,mesti tak hisap rokok.Kulit dia bersihnya.Macam perempuan,kalah aku.”Ngomel Farisya perlahan sambil memerhati wajah Tengku Danial.Sekejap-kejap dia ketawa sendirian dengan kata-katanya.Tiba-tiba pandangannya terhenti pada mata Tengku Danial.

“wah!bulu mata Tengku Danial ni panjanglah.Kata orang bulu mata panjang ni comel tapi kuat cemburu.Betul ke?Entahlah..”sambung Farisya.Dia mendekatkan wajahnya untuk melihat lebih dekat wajah Tengku Danial.Air liur ditelan.Dia cuba untuk bermain dengan bulu mata Tengku Danial tapi dimatikan hasratnya takut Tengku Danial terbangun.Dia memerhati wajah itu.Lama.Tiba-tiba hatinya terasa senang melihat wajah tenang Tengku Danial.Hatinya berdegup kencang.

“Hemp..Kau dah habis tilik muka aku?”Tiba-tiba Tengku Danial bersuara.

Rupa-rupanya dia perasan yang Farisya menilik wajahnya.Dia sengaja berpura-pura tidur.Pada asalnya dia memang mahu melelapkan mata tetapi tidurnya tergangu semasa Farisya melambai-lambaikan tangan dihadapan wajahnya.Sengaja dia tidak memberi sebarang respon.Dia ingin mendengar apa yang Farisya ingin katakan tentangnya.Lagu yang sedang dimainkan juga dimatikan untuk mendengar apa yang diperkatakan Farisya.Tetapi apabila Farisya mendekatkan wajahnya,denyutan jantung Tengku Danial tiba-tiba berubah laju.Itu yang dia menegur Farisya agar tidak lebih dekat dengannya.Kalau tidak mahu pecah jantung dia kalau terus-terusan Farisya mendekati wajahnya.

Farisya tersungkur sedikit apabila ditegur sebegitu oleh Tengku Danial.Pantas dia mengalihkan pandangannya keluar tingkap.Malu.Wajahnya berubah merah.Terasa bahang tiba-tiba.Dia mengetuk kepalanya berkali-kali.Perlahan saja tak kuat.

“Tak payahlah kau nak ketuk-ketuk kepala tu.Karang biul aku juga yang susah.”Perli Tengku Danial.Dia yang duduk disebelah ketawa kecil.Pak Yakob yang sedang memandu hanya tersenyum.Farisya hanya tersenggih kambing menutup malu.Macam mana dia boleh tertangkap.Segannya.Farisya mengigit bibirnya sambil memandang keluar tingkap.

                                                                ***************************

Mulut Farisya terlopong apabila menjejakkan kakinya di rumah agam yang betul-betul mempersonakan.Perhiasan diluar rumah saja sudah mampu membuatkan orang tergamam apabila melihatnya.Tanaman pokok bunga tersusun indah dan sesuai ditempatnya.Kelihatan seorang perkebun yang sedang menyapu daun-daun kering tersenyum mesra memandang Farisya.Dia hanya membalas sambil menundukkan sedikit kepalanya.Selepas itu dia menyambung melihat setiap ruang yang ada.

“Apasallah aku dapat PA yang jakun macam dia ni”Tengku Danial mengaru kepalanya.Dia hanya melihat kelakuan Farisya.Tiba-tiba senyuman terukir dibibirnya.

‘kenapa dengan aku ni.Apasal aku baik sangat dengan dia ni.Bukan ke aku nak buat hidup dia sengsara’Tengku Danial mengelengkan kepalanya berkali-kali.Hasutan syaitan mula berlegar-legar dikepalanya.

“Bos!ni rumah ke istana bos?”Farisya meluru kearah Tengku Danial.

“Bos!bos!Kan aku dah cakap panggil aku ku Danial.Dah,ikut aku”suara Tengku Danial sudah berubah tegas.Kening Farisya terangkat.Matanya juga terkebil-kebil.Tidak faham dengan perangai bosnya yang mudah berubah-rubah.Barang-barang yang dibeli Tengku Danial diambil daripada tangan Pak Yakob.Pantas dia mengatur langkahnya menuju masuk kedalam rumah agam tersebut.

Tegahan Tengku Danial agar tidak memanggilnya bos juga malas diambil pusing oleh Farisya.Suka hati dialah nak panggil apa pun.Kecoh!Marah hati Farisya.

“Mak ai..Ini rumah ke istana?”soal Farisya sedikit teruja.Baru saja kakinya melangkah masuk kedalam rumah agam yang besar itu.Dia tergamam.Dia berpusing-pusing melihat keindahan yang ada didalam rumah tersebut.Tiba-tiba dia terasa seperti sedang bermimpi.Dia mencubit pipinya.Sakit.Digosoknya pipi yang sakit.

“Kau buat apa tu?”Tengku Danial memandang Pembantu Peribadinya pelik.Dia yang sudah duduk diatas sofa hanya memerhati Farisya yang masih berdiri dipintu.

“Bos!besar betul rumah bos kan”Farisya merapati Tengku Danial.Matanya masih memandang sekeliling.Tengku Danial tersenyum bangga.

“Ni bukan rumah aku..”

“Habis..”Farisya memotong percakapan Tengku Danial.Opss..Farisya menutup mulutnya.Maklumlah tengah teruja.Mulut tercabul sikit.Tengku Danial hanya memandangnya tajam.

“Ni..rumah..”

“Danny dah balik”Lagi sekali percakapan Tengku Danial dipotong.Kelihatan seorang wanita separuh abad merapati mereka diruang tamu dengan bantuan tongkat ditangannya.Mata Farisya terkebil-kebil memandang wanita itu.Siapa pula ni?

“Nenda.Baru saja”balas Tengku Danial sambil menyalami tangan wanita separuh abad itu.Fariysa hanya jadi pemerhati.

“Ni siapa?”soal Tengku Hamidah,Nenda kepada Tengku Danial.Dia tersenyum sebaris memandang Farisya.Farisya menundukkan kepalanya tanda hormat.

“Oh!ni Farisya PA Danny.Farisya,this is my lovely Grandma.”Tengku Danial memperkenalkan diri mereka.Tengku Danial memaut kedua-dua bahu Nendanya.

“Assalammualaikumm..err..”Farisya tergagap-gagap.Tangannya dihulur untuk bersalaman.

“Waalaikumussalam.Panggil saja Nenda.Nama Nenda Tengku Hamidah tetapi Nenda lebih suka orang panggil saja Nenda.”Huluran Farisya disambut.Perlahan Farisya mengucup tangan tua itu.Tiba-tiba hatinya berubah sayu.Kenapa dia dapat merasakan ada satu perasaan sedang mengalir dilubuk hatinya.Tengku Hamidah juga merasakan perkara yang sama.

“Farisya ni bukan rumah aku.Tapi Nenda aku yang tersayang ni..”Tengku Danial memeluk bahu Tengku Hamidah.Farisya tersentak.Perasaan yang baru saja mengalir tiba-tiba hilang.Dia hanya tersenyum hambar.

“Nama kamu Farisya ye..”Hanya anggukan dibalas Farisya.

“Wirdani Farisya,Nenda”Farisya tersenyum mesra.Tengku Hamidah terkedu.Mukanya pucat.Wajah Farisya dipandangnya.Lama.

“Kenapa Nenda?”Tengku Danial disebelah pelik dengan perangai Nendanya.

“Tiada apa-apa.Jemputlah Farisya duduk.Nanti Nenda mintak Mak Som buatkan air.”Ujar Tengku Hamidah teragak-agak.Dia berlalu meninggalkan Tengku Danial dan Farisya berduaan.
Kening Tengku Danial terangkat.Dia memandang Farisya didepannya.Gadis itu hanya mengangkat bahunya.Mereka masing-masing berpandangan.Pelik.

‘Aku salah cakap ke?’ Farisya mengaru kepalanya.Tudung yang sedikit sengget dibetulkan.Akhirnya Farisya mengeluh.

Tengku Danial pula sudah menghilangkan diri.Katanya mahu menukar pakaian.Farisya mengambil tempat duduk disofa.Permandangan dirumah itu masih diamatinya.Kalaulah dia anak orang kaya mesti hidupnya juga seperti ini.Farisya termangu seorang diri.Sempat dia berangan seketika sambil menunggu majikannya menukar pakaian.