Cinta Si Cleaner
Part 8
oleh:Lela Vanila
“Siah!Siah!Buka pintu ni?”Kedengaran pintu rumah
Samsiah diketuk bertalu-dari dari arah luar.Samsiah yang sedang enak dibuai
mimpi terjaga.Dia mengosok matanya yang terpisat-pisat.Siapa pula yang
menganggu tidurnya malam-malam ni?Anak-anaknya yang sedang tidur disebelah
seakan-akan tidak terganggu sedikit dengan ketukan itu.Samsiah menepuk lembut
peha anak-anaknya agar mereka tidak terganggu dengan ketukan itu.
“Siah!bukalah pintu ni”Ketukan semakin kuat
diketuk.Pantas Samsiah turun dari katilnya.Kalau dibiarkan mahu pecah pintu dia
dibuatnya.Mulut yang menguap ditutup dengan sebelah tangan.Rambut yang dilepas
diikat sanggul.Dengan longlai dia melangkah.
“Siapa pula kacau malam-malam buta ni”Ngomel
Samsiah.Jam di dinding dikerling.
“2 pagi!?”Mata Samsiah terbeliak.Kakinya diatur menuju
ke pintu.Ketukan masih tidak hilang dari berbunyi.Pasti suaminya yang baru
pulang.Tapi kenapa lewat sangat.Kemana dia pergi?Samsiah mula tidak sedap hati.
“Apasal lambat sangat kau buka?”Kedengaran suara Roslan
keras menyoal Samsiah yang termangu memandangnya.Bayi yang dikendong Roslan
dipandang.Keningnya terangkat.
“Anak siapa ni bang?”Soal Samsiah yang masih mamai.Dia
mengosok-gosok matanya dan sesekali menutup mulutnya yang menguap.
Roslan tidak mengendahkan soalan isterinya.Pantas dia
melangkah masuk menuju kesebuah kerusi usang lalu diletakkannya bayi tersebut
diatas kusyen.Bayi itu kelihatan sedang lena tidur sambil mengisap ibu jarinya.Kelihatan
polos sekali.Roslan menuju kebilik lalu mengambil sehelai kain batik lalu
membalut bayi itu.Samsiah pula masih berdiri dimuka pintu sambil memandang bayi
itu serong.Dahinya berkerut.Tiba-tiba rasa menyampah pula bila melihat suaminya
melayan bayi itu lebih-lebih.
“Yang terconggok dekat situ kenapa?Tutup pintu tu”arah
Roslan tegas.Samsiah hanya menurut.Dia mencebik.Perlahan-lahan kakinya
melangkah menuju kearah suaminya yang masih ralit melayan bayi yang sedang
tidur itu.Dia mengambil tempat duduk menghadap suamainya.Terbit rasa cemburu
dihatinya.Selama ini suaminya tidak pernah melayan anak-anaknya sebaik
ini.Siapa budak ni?Samsiah mengetap bibir.Soalan itu asyik berlegar-legar
difikirannya.
“Anak siapa ni?Kenapa abang bawa dia balik sini?Mana
mak bapak dia?”Soalan demi soalan ditujukan Samsiah kepada suaminya dengan satu
nafas.Terasa lega dapat meluahkan segala
yang terbuku dihati.Roslan dipandang.Lelaki itu masih berdiam.Satu soalan pun
tidak dijawab Roslan.Samsiah mengusap tangannya yang kesejukkan.Hatinya membara.
“Abang saya tanya ni siapa budak ni?Abang pekak
ke?”Suara Samsiah sudah sedikit meninggi.Dia berdiri menghadap suaminya.
“Awak kalau cakap tu perlahan-lahan boleh tak!Anak-anak
sedang tidurkan”Roslan menutup mulut isterinya yang lancang.Dalam hati nak saja
tampar kasi diam.Nasib baik dia masih ada kesabaran dalam diri.Samsiah duduk
kembali.Dia mendengus.Dia tidak akan berpuas hati selagi suaminya tidak memberi
tahu siapa budak yang dibawanya.
“Budak ni anak kawan abang.Dia amanahkan abang untuk
jaga anak dia..”Perlahan saja Roslan berkata tetapi masih didengari
Samsiah.Mata Samsiah membutang.Amanah?
“Kenapa abang pula nak jaga dia?Anak sendiri tak
terjaga nak jaga anak orang..”Samsiah berkata sinis memperlekehkan
suaminya.Mana tidaknya,mereka pun makan pagi kais pagi,makan petang kais petang
ini nak bagi anak orang makan.Nak bagi anak-anak makan apa?Makan pasir?ingat
pasir tu beras ke sedap-sedap nak bagi
makan begitu saja.Samsiah memandang suaminya tajam.
“Tahulah saya nak jaga anak-anak saya macam mana?Lagi
satu budak ni bukan beban bagi kita tapi dia rezeki yang tuhan beri pada
kita.Allah amanahkan saya untuk perlihara budak ni..Ibu bapa dia tidak sempat
untuk menjaganya.Allah lebih sayangkan mereka,Jadi saya sebagai sahabat harus
membantu sahabat saya apabila mereka dalam kesusahan..”Lirih sekali suara
Roslan.Matanya bergelinagan.Teringat dia akan kata-kata sahabatnya sebelum
menghembuskan nafas terakhir.
“Lan..Aku amanahkan anak aku ini pada kau.Jagalah dia
seperti anak kau sendiri.Aku dah tak lama Lan.Tidak lama lagi aku akan ikut
jejak isteri aku Maira.Tuhan lebih sayangkan kami Lan.Ingat kau mesti jaga dia
seperti anak kau sendiri..”Farhan mengengam kolar baju Roslan.Dia cuba mencari
kekuatan untuk bersuara.Nafasnya seperti tersekat-sekat.Wajah Roslan dipandang
sayu.Tinggal berapa saat sahaja lagi nyawanya akan diambil.Anak yang dikendong
Roslan dikucup penuh kasih.Suara-suara orang kampung membaca yassin penuh
syahdu memenuhi ruang rumah Farhan.
“Paan..Kau mesti kuat..Tak akan kau nak biarkan anak
kau membesar tanpa ayah..”Lirih Roslan berkata.Dia menahan sebak didada.Sungguh
pedih hati dia melihat sahabatnya terseksa melawan maut.Baru beberapa bulan
Isterinya,Wirda meninggal dunia selepas melahirkan Farisya kini dia pula akan
meninggalkan mereka akibat penyakit barah hati yang dialami.Sungguh besar
dugaanmu sahabat.Hati Roslan menangis.Dia cuba untuk tidak menangis didepan
sahabatnya.Tetapi tidak dapat dia memendung perasaannya kini.Kalau boleh mahu
sahaja dia meraung sekuat hati agar sahabatnya tidak pergi meninggalkannya dan
anak yang masih kecil dan tidak tahu apa-apa ini.Tapi dia perlu redha dengan
takdir allah.
“Nak..Hiduplah bahagia diluar sana.Membesarlah kamu
dengan sihat.Ayah harap kamu kuat untuk menghadapi segala dugaan yang akan
datang Nak..Ayah nak kau tahu bahawa ayah dan ibu mu amat menyayangi mu..Ingat
itu!”Kata-kata terakhir diluahkan Farhan dalam nada tersekat-sekat menahan
sakit.Rambut anaknya diusap penuh kasih.Masih belum puas dia memberi kasih
sayangnya kepada anak ini.Tetapi apakan daya umurnya tidak panjang.Keluhan berat
dilepaskan.
‘Maafkan ayah nak..’Air mata seorang ayah jatuh jua.Sayu
hatinya melihat wajah polos Farisya.Inilah satu-satunya peninggalan isterinya
untuk dia sebelum menghembuskan nafas terakhir.Tetapi dia tidak mampu
membesarkan anak ini kerana dia juga akan mengikuti langkah isteri yang
dicintai.
Gelang tangan emas berukiran nama WF terhias indah di atas
gelang tersebut dipakaikan ditangan anaknya.Itu adalah hadiah terakhir yang
mampu dia berikan kepada anaknya,Wirdani Farisya tanda kasih dan cinta dia dan
isterinya terhadap anak mereka.Terketar-ketar Farhan memakaikan gelang
tersebut.Satu senyuman diukir Farhan sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.Sempat
Roslan membisikkan kalimah allah sebelum melihat sahabatnya pergi meninggalkan
mereka buat selama-lamanya.
‘Damailah kau disana
kawan..’Roslan mengucup dahi sahabatnya buat kali terakhir.
Terlalu banyak beban
yang ditanggung sahabatnya semasa dia masih hidup.Segalanya dikongsikan bersama
Roslan.Farhan tidak mempunyai sesiapa didunia ini selain dia.Isterinya pula
dibuang keluarga akibat memilih Farhan berbanding keluarga dan harta
benda.Roslanlah satu-satunya keluarga yang Farhan ada.Sekarang Farhan telah
meninggalkannya dan anak ini adalah amanah yang diutuskan Allah untuknya.Dia
redha segala ketentuan illahi.Bayi yang dikendongnya dipeluk erat.Kain batik
lepas yang menyelimuti tubuh Farhan ditarik sehingga ke kepalanya menutupi
seluruh tubuhnya.Air mata lelaki jatuh jua saat melihat sahabat baiknya telah
pergi menemui illahi.
“Abang..Abang!”Sergah
Samsiah.Peha suaminya ditepuk.Dia memandang suaminya pelik.Soalannya tidak
dijawab malah termenung seorang diri.Roslan yang seakan-akan baru saja terlena
dengan mimpi yang lepas terjaga dari tidurnya.Air mata yang bertakung diseka.
“Abang kenapa?Saya tanya
bukan nak jawab.Termenung pula dia.”Samsiah memuncung.
“Tak ada apa-apa.”Roslan
mengelengkan kepalanya.Dahi Samsiah berkerut.Tak akanlah tak ada apa-apa.Kenapa
dia nampak wajah suaminya lain macam sahaja.Seperti tidak bersemanggat.Ada
apa-apa ke yang telah berlaku dan suaminya tidak mahu member tahu
dengannya.Baru sahaja Samsiah ingin bersuara Roslan sudah memotong.
“Dahlah..Mulai sekarang
abang nak Samsiah jaga budak ini seperti anak kita sendiri.Abang tak nak Siah
dera budak ini.Kalau abang dapat tahu Siah cuba buat apa-apa dekat budak ini
tahulah nasib kamu..”Roslan memberi amaran kepada isterinya.Mulut Samsiah
terganga.
“Abang nak jaga budak
ni?Mak bapak dia mana?”marah Samsiah.Dia masih belum mengerti apa yang cuba
disampaikan suaminya.Buat penat air liur saja.Samsiah ini memang tidak boleh
berkias-kias dengannya memang lambat faham.Dia mengaru kepala yang sedikit
gatal.Dia memandang bayi itu yang sedang lena dibuai mimpi.Terbit perasaan
benci dihatinya.Semakin susahlah hidup mereka selepas ini.
“Mak bapak dia dah
mati!”Keras sekali Roslan berkata sebelum berlalu pergi membawa bayi itu
kedalam bilik.Samsiah terlopong.Mati?Barulah dia faham apa maksud suaminya.Lidah
dia kelu untuk menyoal lagi si suami tentang apa yang terjadi.Akhirnya Samsiah
mengeluh.Syaitan mula menghasut fikiran Samsiah dengan mengatakan bahawa anak
itu akan membawa satu musibah kepada keluarganya.Mungkin juga budak itu anak
perempuan simpanan Roslan.Kalau tidak,kenapa budak itu tidak dihantar sahaja
kerumah kebajikan.Kebenciaannya semakin membuak-buak.Kedua-dua tangannya
digengam erat.Tahulah dia nak buat macam mana.Sampai bila-bila dia tidak akan
terima kehadiran budak itu dalam hidup dia.Titik.
*************************
“Aku suruh kau basuh
pinggan bukan pecahkan!Kau tahu tak pinggan ni mahal..Sedap-sedap kau saja nak
pecahkan.”Samsiah menjerit memarahi Farisya yang sedang duduk menangis.Ditonyoh-tonyohnya
kepala budak itu.Geram.Pinggan yang berderai dilantai dipandang.
“Aku nak kau punggut
pinggan yang pecah ni.Jangan ada sedikit pun sisa-sisa kaca ni.Kau faham
tak?”Herdik Samsiah lagi.Dia menolak-nolak bahu Farisya pula.Terdorong
kebelakang budak itu dibuatnya.
“Baik ibu”balas Farisya
dalam esakan.Dia memunggut serpihan kaca itu berhati-hati.Samsiah memeluk tubuh.Badannya
disandarkan disingki sambil memandang Farisya sinis.Baru puas hati dia.Peduli
apa dia yang budak ini baru berumur 10 tahun.Yang pasti dia akan membuat budak
ini terseksa tinggal dengan dia.
Siapa
suruh hadir dalam keluarga dia tanpa kebenaran.Semua ini salah suaminya.Sanggup
bekerja siang malam untuk menyara budak yang entah mana asal usul dia.Dah tahu
hidup susah masih nak memperlihara budak ni.Menyakitkan hati betul.Bila suruh
hantar ke rumah kebajikan katanya budak ini amanah dia.Sikit-sikit amanah.Naik
muak Samsiah mendengarnya.Jadi apa yang dia buat pada budak ini memang selayak-layaknya
pun.Budak ni tidak patut hadir dalam keluarga dia.Tahu menyusahkan saja.Dia
tahu macam mana pun dia lakukan pada budak ini pasti tidak akan sampai ke pengetahuan
suaminya sebab awal-awal lagi dia dah memberi amaran.Kalau budak ini berani
mengadu dengan suami dia tahulah akibatnya.Samsiah tersenyum sinis.
“Cepat punggut tu!Lembab
betullah kau ni”pekik Samsiah.Kepala budak itu ditonjol-tonjolnya pula.Hatinya Geram.Farisya
masih teresak.Bukan dia sengaja.Kenapa ibunya terlalu membenci dirinya.Apakah
salah dia lahir kedunia ini.Air mata yang bercucuran laju turun disapu dengan
belakang tangan.
“Entah mana asal usul
kau aku pun tak tahu.Yang aku tahu kau ni anak bawa malang je dalam keluarga
aku.Bawa sial kau tahu!”Samsiah memiat pula telinga kecil budak yang tidak
bersalah ini.Meraung kesakitan Farisya minta dilepaskan.Berkali-kali perkataan
maaf terbit dibibirnya tetapi sedikit pun tidak melembutkan hati Samsiah.
“Engkau dengan bapak kau
sama saja!”Kepala Farisya ditolak.Tangan Farisya digengamnya erat.Dia
mencangkung menghadap Farisya.Tanggisan budak kecil ini tidak langsung berkesan
dihatinya.Perasaan benci lebih bermaharajalela dihatinya.Seutas gelang tangan
emas dipandang Samsiah.Dahinya berkerut.Sejak bila gelang ini tersarung
ditangan Farisya.Pantas tangannya merentap gelang itu daripada tangan
Farisya.Berbirat tangan kecil Farisya.Tangan budak itu di tolaknya kasar.Farisya
mengusap tangannya yang kemerah-merahan.
“Ini mesti abah
kesayangan kau yang bagi kan?Kalau untuk kau segalanya dia sanggup.Dasar pilih
kasih!Bini sendiri tak pernah pula nak belikan semua ni..”rungut Samsiah sambil
memusing-musingkan gelang tangan itu didepan matanya.Cantik!Desis Samsiah.Timbul
perasaan cemburu dihatinya.Bermulalah tugas syaitan menghasut kaum hawa seperti
Samsiah yang terlalu lemah imannya.Wajah Samsiah berubah benggis.Pantas dia
berdiri.Rambut Farisya ditariknya kasar agak budak itu berdiri.
“Ibu...Sakit
ibu..”Farisya meraung kesakitan.Dia memegang tangan ibunya yang memaut kuat
rambutnya.Terasa pedih seperti nak tertanggal anak-anak rambut dia.Air mata
semakin deras mengalir.Samsiah ketawa sinis.
“Sakit ye..oh!Sakit..Hati
aku ni sakit ada kau tahu?”Samsiah mendekatkan wajahnya menghadap
Farisya.Bengis sekali.Mukanya dikerutkan.Terasa jijik bila menghadap muka budak
tidak berguna ini lama-lama.
“Mulai sekarang gelang
kau ni aku yang pegang..Jangan sesekali kau cakap dengan bapak kau tu.Kalau aku
tahu kau beri tahu dia siap kau!”Samsiah menolak kepala Farisya sehingga
terjatuh terdorong budak itu.Badannya terhentak kabinet.Farisya mengerang
kesakitan.
“Gelang itu abah bagi
Risya ibu..Gelang itu milik Risya..”Farisya masih mahu membela dirinya.Dia
duduk melutut.Kaki ibunya diraih.
“Peduli apa
aku..Sepatutnya semua ni milik aku dengan anak-anak aku bukan milik kau!”Herdik
Samsiah.Dia menolak pegangan Farisya.Dia berlalu pergi meninggalkan Farisya
yang sedang duduk melutut.Bergetar bibir Farisya menahan sebak.Bergema suara
esakan kecil diruang dapur.
Arisa
hanya mampu memerhati Farisya dari jauh.Terbit perasaan simpati dihatinya.Ingin
membantu tetapi wajah ibunya lebih menakutkan.Dimatikan hasratnya.Walaupun
begitu perasaan menyampah juga tersemat kuat dihatinya.Kenapa abahnya lebih
menyayangi adiknya berbanding dia dan Maria.Dia yang kini berusia 16 tahun
sudah mampu berfikir sekarang.Manakala Maria pula baru berusia 12 tahun.Tidak
dapat dia nafikan perasaan cemburunya bila Abahnya selalu melebihkan Farisya
berbanding yang lain.Kenapa Ibu selalu mengatakan Farisya daripada keturunan
yang lain.Farisya bukan adik dia ke seperti Maria.Hatinya berdetik.Betulkah
abahnya memilih kasih seperti yang ibunya selalu katakan.Setelah lama
fikirannya berteka teki.Akhirnya dia juga turut meninggalkan Farisya sendirian
menanggis di ruang dapur.
****************************
“Assalammualaikum
Ibu!”Laung Arisa dari luar rumah.Dia yang baru pulang dari tempat kerja membuka
kasutnya.Pantas kakinya diatur menuju ke dapur.Beg galasnya diletakkan diatas
kerusi.
“Ibu!Mana ibu ni?”
Arisa melihat keliling
dapur.Kelibat ibunya tiada disitu.Ruang tamu juga begitu.Kemana agaknya ibu dia
pergi?Kata tidak sihat.Kakinya melangkah menuju kebilik ibunya.Satu keluhan kecil
terbit dibibirnya.Disini rupanya ibu dia.Ingatkan kemanalah menghilang tadi.Mana
tidaknya bila dipanggil tidak menyahut.Takut juga dia membiarkan ibunya yang
tidak berapa sihat tinggal seorang diri.Adik beradiknya yang lain masih belum
pulang.Jam didinding dikerling.Jarum jam menunjukkan keangka 6 petang.Perlahan-lahan
kakinya mendekati ibunya yang sedang termenung.
“Ibu..buat apa tu?”Tegur
Arisa sambil memeluk belakang ibunya.Mak Siah tersentak.Gelang emas ditangannya
pantas digengam lalu dimasukkan kedalam kotak kayu yang berukiran bunga.Kening
Arisa terjongket.Terasa pelik dengan kelakuan ibunya yang tiba-tiba mengelabah.
‘Bukan ke itu gelang
Farisya’gumam hati Arisa ternampak sekali imbas gelang yang dipegang ibunya.Dia
hanya memerhati ibunya memasukkan kotak tersebut kedalam laci.
“Apa benda tu ibu?”soal
Arisa.Pelukkan terurai.Arisa mengambil tempat duduk disisi ibunya dibirai
katil.Satu senyuman dihadiahkan.
“Tiada apa-apa”balas Mak
Siah acuh tak acuh.Peluh mula memercik.Dia membalas senyuman Arisa.Tawar.Dahi
Arisa berkerut.
“Okeylah..Ibu dah
makan?”Soal Arisa mengubah topik perbualan.Tidak mahu dia meneruskan perbualan.Dia
dapat merasakan perubahan diwajah ibunya.Apakah yang ibunya cuba sembunyikan?
“Sudah”Sepatah Mak Siah
berkata.Semakin pelik pula Arisa dibuatnya.Selalu ibunya tidak seperti ini.Kenapa
agaknya?
“Baiklah.Arisa nak pergi
mandi dululah..Badan pun dah berbau masam ni”Gurau Arisa sebelum berlalu
pergi.Sempat satu kucupan dihadiahkan dipipi tua ibunya.Mak Siah hanya
tersenyum.Laci yang tersimpan gelang emas milik Farisya ditenungnya.Masih kuat
lagi dalam ingatannya atas kelakuannya mendera Farisya semasa kecil sehingga
sekarang.Bermacam-macam benda yang dia lakukan bagi melepaskan perasaan
bencinya terhadap Farisya.
Gelang emas yang pernah
dia rampas daripada tangan Farisya berpuluh tahun dahulu masih tersimpan elok
didalam bekas.Masih dia ingat lagi perbualan suaminya yang bertanyakan gelang
itu kepada Farisya.Nasib baik budak itu pandai menyimpan rahsia dan tidak
memberi tahu perkara yang sebenar kalau tidak..Memang mati dia.Keluahan berat
terbit dibibir Mak Siah.Belum masanya lagi anak-anak dia mengetahui perkara
yang sebenar.Kepala yang berdenyut-denyut dipicitnya.Kepala disandarkan diatas
bantal.Tidak sampai berapa saat dia telah terlena.Berharap kenangan lama tidak
akan menghantuinya lagi.Banyak dosa yang telah dia lakukan.Terhadap suami dan
juga anak yang tidak berdosa iaitu Wirdani Farisya.Sampai masanya segala rahsia
yang dia simpan selama ini akhirnya pasti akan terbongkar.Dia yakin itu.
*************************
Kedengaran nada dering
telefon bimbit Farisya berbunyi nyaring mintak diangkat.Binggit sekali.Farisya
yang sedang enak dibuai mimpi malas mahu mengangkat.Dibiarkan telefon itu
berbunyi sehingga kembali senyap semula.Baru sahaja dia mahu menghembuskan
nafas lega telefon bimbitnya berbunyi kembali.Nama pemanggil dikerling.Sudah
agak dah siapa yang memanggilnya.Dengan malas pangilan dijawabnya.Mulutnya yang
menguap dikatup dengan tangan.
“Assalammualaikum,Ada
apa bos?”soal Farisya malas.Sekali lagi mulutnya menguap.Mengantuk benar
dia.Jam mickey mouse yang berada diatas meja sebelah katilnya dipandang.Pukul
1.Apa lagilah agaknya bos mangkuk hayun dia ni nak.Malam-malam menganggu
orang.Dalam satu hari tu kalau tak ganggu hidup dia tak boleh agaknya.Farisya
mengeluh.
“waalaikumussalam,Aku
ada benda nak cakap dengan kau ni?”
“Apa dia bos...esok-esok
tak boleh ke?kan dah pagi ni?”Farisya mengosok-gosok matanya yang mengantuk.Bantal
peluk disebelah ditarik kepelukkannya.Kepalanya terasa berat betul.Dahinya
diurut.Terasa pening.
“Aku tahulah.Benda
penting ni.Tak boleh cakap esok.”
“Apa mende yang penting
sangat ni sampai tak boleh tunggu besok!Kacau orang nak tidur sajalah”Suara
Farisya sudah sedikit meninggi.Geram pula bila tidurnya diganggu.
“Amboi!Lawan tokey
nampak”Marah Tengku Danial.Terkejut mendengar suara Farisya yang
meninggi.Farisya tersentak.Seperti baru tersedar dari mimpi.Dia mengaru
kepalanya.
“Maaf bos..Mengigau
tadi”tipu Farisya.Dia tersenggih kambing.Macamlah Tengku Danial boleh nampak
senyuman tak betul dia tu.Matanya disepetkan.Tak larat nak buka.Terasa seperti
berpuluh-puluh guni beras menghempap matanya.
“Banyaklah kau punya
mengigau.Aku nak esok kau ikut aku.”
“Pergi mana bos?Bukan ke
esok saya cuti.Bos dah bagi saya cutikan?”Mata Farisya terbuka luas.Hilang
segala kantuknya.Peningnya juga sudah semakin berkurangan.Kedengaran Tengku
Danial ketawa kecil didalam corong telefon.Farisya mengetap bibir.Terasa geram
mendengar tawa majikannya.Selalu sangat nak menyakitkan hatinya.
“Cuti kau dibatalkan.Aku
ada benda penting nak kau buat.Esok pukul sepuluh jumpa aku dekat
pejabat.”Mulut Farisya terlopong.Cuti dibatalkan?Farisya bangun
terduduk.Giginya diketap.
“Tapi bos..tadi boskan
dah sahkan cuti saya”Luah Farisya tidak berpuas hati.
“Betullah..Tapi aku
tarik balik”
“Tarik balik
kenapa?”soal Farisya geram.Kalaulah Tengku Danial ni ada depan muka dia nak
saja tumbuk bagi patah gigi dia yang tersusun tu.
“Suka hati akulah.Aku
kan bos kau”Tengku Danial mengeluarkan kuasa vetonya.Mata Farisya yang bulat
semakin bulat bila mendengar jawapan daripada Tengku Danial.Bantal peluk yang
ada dalam pelukkan ditumbuk-tumbuknya.
“Tapi...tapi...”
“Dah! Tak ada nak
tapi-tapi...kereta api pun tak ada..Aku tak kira ingat esok pukul sepuluh
tunggu aku dekat pejabat”potong Tengku Danial.Dia sudah tersenyum meleret.
‘Best juga jadi bos ni.Suka-suka
hati buli pekerja’gumam hati Tengku Danial.Dia menahan ketawa.Perutnya
ditekan-tekan.
“Ala...bos..saya..”
“Sudah!Jangan nak buat
macam-macam alasan.Kalau aku suruh kau kerja kau kena kerja.Ingat kau tu PA
aku”Tengku Danial mengeraskan suaranya.Sengaja nak menakut-nakutkan Farisya.
“Baiklah..esok pukul
sepuluh saya datang”Balas Farisya lemah.Nak tak nak dia kena juga
mengalah.Bosnya ni memang tak ada hati perut.Kejam.
“Bagus!Macam itulah
kalau nak jadi PA aku.Segala arahan aku mesti dituruti”Senyuman masih mekar
dibibir Tengku Danial.
“yela”Keluh
Farisya.Mukanya dimonyokkan.Buruk betul.
“Bagus!bagus!”ucap
Tengku Danial cuba menyembunyikan tawanya.Tamat saja perbualan.Tawanya
meletus.Sampai berguling-guling diatas katil.Suka hati dia dapat mengenakan
Farisya.Seronok sangat dia ketawa sehinggakan dia tidak sedar yang dia sudah hampir hujung katil.Belum sempat dia nak seimbangkan badan dia sudah jatuh tergolek dari katil.Bunyi seperti nagka busuk jatuh.Kuat bunyinya.Tak sedar agaknya dah
pagi.Dia memegang kepalanya yang terasa berpusing akibat terhentak rak meja
sebelah katilnya.Boleh nampak burung sedang berterbangan diatas kepalanya.Itulah
suka sangat kenakan orang.Inilah balasannya.Tawa Tengku Danial masih bersisa.
“Farisya!Farisya!”Tengku
Danial mengelengkan kepalanya.Kenapa entah apabila dengan Farisya dia rasa bahagia
semacam.Tak tahu kenapa dia suka sangat membuli Farisya.Perangai Farisya yang
lurus itu selalu mencuit hatinya.Dah lama dia tak rasa segembira ini.Telefon
bimbit diatas katil dicapai.Kekunci telefon ditekan satu persatu.
Esok pakai baju
biasa.Pakai t-shirt dengan seluar trek.Ingat pukul sepuluh!Kalau kau lambat
jaga kau. :P
Sebuah pesanan dihantar
kepada Farisya.Sebuah senyuman terukir lagi dibibirnya.Dia bangun dan
melabuhkan tubuhnya ke atas katil sebelum terhanyut dalam dunianya sendiri.
Farisya yang baru sahaja mahu melelapkan mata
terganggu dengan bunyikan mesej.Pantas telefonnya dicapai lalu membaca apa isi
kandungannya.Dia mengeluh berat.
‘Apa lagilah BMH ni
nak’ngomel Farisya sebelum melentokkan kepalanya.Kepalanya terasa berat.Dari semalam
kepalanya terasa berdenyut-denyut sebab itulah dia meminta cuti daripada Tengku
Danial.Ingatkan bosnya itu betul-betul memberikannya cuti.Alih-alih cutinya
dibatalkan.Nasib badan.Lama Farisya termenung.Akhirnya dia juga terlelap
selepas menelan ubat menahan sakit.