PUTERA YANG AKU
CARI
By:Lela
Dear
Diary,
Setiap manusia mempunyai
impian,begitu juga aku.Ada yang impikan untuk menjadi
cantik,kurus,kaya,bahagia.Aku juga mempunyai impian.Impian aku ialah mencari
teman hidup yang baik,kacak juga gentleman yang mampu memberikan aku
kebahagiaan yang selalu aku gelar Prince Charming.Aku dah cukup kaya dan
kehidupan aku dah cukup mewah jika aku inginkan kekayaan.Wajahku dah cukup
cantik jika aku mahukan kecantikan.Kurus apatah lagi.Bahagia?mungkin aku
bahagia bersama keluarga aku tapi itu tidak sama jika bersama orang yang kita
sayangi dan cintai.Betul tak?Sekarang umurku dah genap 25 tahun.Bonda tak
habis-habis mengesaku menyuruh berkahwin.Naik cair taik telinga aku mendengar
bebelannya.Alasanku tetap sama,Aku mahu mencari Princes Charming aku barulah
aku akan berkahwin!
“kakak,bonda
panggil tu”ketukan dipintu bilikku mengejutkan aku yang sedang leka menulis
diari.Pasti adik kesayangan aku yang sedang menganggu.Tidak lain tidak bukan
mesti bonda yang menyuruhnya memanggilku.Apa lagilah agaknya yang bonda
mahukan.Aku mengeluh.
“sekejap lagi kakak
turun,cakap dengan bonda”balasku.Pantas tanganku memasukkan dairi kesayangan
aku didalam laci.
“bonda!bonda!apalah yang
dirancang oleh mu?”desisku.Perlahan kakiku melangkah menuju kebahagian
bawah.Terdengar gelak ketawa bonda yang begitu kuat.Apakah yang membuat bonda
begitu gembira?Suasana begitu riuh.Hatiku tidak tenang.Dengan siapa bonda
sedang berbual?
“assalammualaikum”sapaku
kepada mereka yang sedang rancak berbual.Mereka semua tertoleh kepadaku.Mataku
tertacap pada satu wajah yang aku benci selama ini.ADAKAH?
“NO!bonda Ella tak
mahu”jerit ku didalam bilik.Aku memeluk bantal peluk ku erat.Tanda protes.Selepas
kejadian yang berlaku sebentar tadi.Jiwa aku betul-betul celaru.Ada ke patut
bonda menyuruh aku berkahwin dengan lelaki buaya darat seperti Nukhman
Hakim.Tidak!tidak akan pernah.Dia antara lelaki yang telah aku black listkan
dalam senarai bakal suamiku yang tidak akan pernah ada dalam senarai hidup
aku.Tak Akan!
“but why?”soal bonda.Dia
merenungku tajam.Mungkin geram dengan perangai aku yang tiba-tiba berlari masuk
kedalam bilik selepas dia memperkenalkan lelaki yang berada didepannya adalah
bakal suami aku.Dia mungkin malu dengan keluarga Datin Rosmah dengan perangai
aku yang tidak ada adab sopan langsung.Tapi semua itu tidak penting bagi
aku.Jika aku tidak suka aku tidak akan berpura-pura.Aku bukan perempuan
hipokrik.Aku mencebik.
“Dia playboy kalau bonda
nak tahu.Dia tu kaki kikis harta orang.Dasar pisau cukur versi jantan”aku
mendengus.Dasar lelaki perasan bagus.
“tapi Ella dia boleh
berubahkan.Bonda dah janji dengan Datin Rosmah untuk menyatukan kamu
berdua”ujar bonda cuba memujukku.Dia pun pada mulanya terkejut tapi
mengenangkan yang dia sudah berjanji dengan Datin Rosmah dia tetap berfikiran
positif.Alahai!bonda sanggupkah kamu melihat anakmu menderita bersama lelaki
seperti itu.Aku mendengus.
“no!titik!”aku tetap
berkeras dengan jawapan aku.Tidak kiralah apa yang telah bonda janjikan aku
tidak perduli.Siapa suruh berjanji dulu tanpa persetujuan aku.Melihat senyuman lelaki itu membuat aku meluat.Rasa nak muntah saja
dekat muka dia.Baru padan muka.
“tapi Ella..”
“Bonda,bukan ke Ella dah
cakap dekat bonda yang Ella akan cari calon suami Ella sendiri.Satu hari Ella
akan bawa dia dan tunjukkan kepada Bonda.”potongku.Wajah bonda berubah suram.
“betul tu bonda,sekarang
zaman moden bonda.Bukan seperti zaman bonda dulu.Kami ada hak untuk memilih
pasangan kami.Laura harap bonda faham”adik kesayangan aku sudah muncul
menyokongku.Satu kenyitan diberiku tanda ucapan terima kasih.Dia membalas
kenyitan aku.Puteri Laura merupakan adik perempuanku.Dia muda 5tahun
dariku.Tapi fikiran dia lebih matang dariku sehinggakan orang menyangka dia
kakak dan aku adik.Bagus juga.Dapat aku jadi awek muda.haha.
“baiklah kalau itu yang
kamu mahu.Tapi ingat tempoh yang bonda berikan pada kamu tinggal beberapa bulan
saja.Kalau kamu tidak dapat tepati janji kamu bonda tetap dengan keputusan
bonda”tegas kata-kata bonda.Walaupun wajahnya dan perwatakannya lembut tapi
bila keadaan yang memaksa dia akan berkeras.Maklumlah sejak kematian ayahanda
dialah ibu dia jugalah ayah.Segala urusan keluarga dan Syarikat dia yang
uruskan.Dia sememangnya bonda yang tabah.Aku bangga mempunyai Bonda
sepertinya.Hanya anggukan dibalas aku.
“macam mana dah jumpa
belum?”soal Laura kepadaku selepas bonda berlalu pergi.
“belum”Aku mengeluh.
“dah nak habis tempoh
yang bonda beri kak!”
“tahu”aku menuju ke laci
dimana aku menyimpan dairi aku dan juga barang yang betul-betul istimewa
padaku.Sapu tangan bercorak mahkota dan tertulis nama ‘P.HAMKA’.Nama lelaki
yang telah menyelamatkan nyawan aku dari orang yang cuba merompakku semasa aku
baru saja pulang dari tempat kerja.Kejadian itu betul-betul membuatkan aku
trauma untuk pulang malam.Tak akan pernah lagi.
“Hamka!sedap nama diakan
kak?mesti kacak orangnya”Laura sudah berada disisiku.Sapu tangan beralih
tangan.Dia membelek-belek sapu tangan tersebut.Cantik!desisnya.Cara sulamannya
betul-betul kemas.Mesti mahal.Anak orang kaya ke?Entahlah.Aku sendiri tidak
tahu.Selepas dia menyelamatkan aku dia terus pergi tanpa aku sempat mengucapkan
terima kasih.Wajahnya pun aku tidak sempat melihat sebab suasana pada waktu itu
sangat gelap.Adakah aku akan berjumpa dengannya lagi.
***********************************
“Lima bulan lagi”aku
mengeluh.Kalendar ditangan digengam.Geram.Sampai sekarang aku masih tak jumpa ‘Princes
Charming’ aku tu.Bonda pula asyik bertanyakan pada aku bila nak bawa lelaki
itu.Tertekan.
“Masuk!”ujarku selepas
kedengaran ketukan diluar pintu bilikku.Kelihatan setiausahaku tersenyum mesra
kepadaku.
“Ada apa Misha?”soalku.
“Cik Puteri tak jumpa
klien ke hari ni?”soalnya.Aku tersentak.Mampus!aku dah lupa yang aku kena jumpa
klien hari ni.Itulah berangan lagi.Mengelabah aku mencari fail-fail yang perlu
aku bawa.Setiausahaku hanya menggelengkan kepala.Dah faham sangat dengan
perangaiku yang mudah mengelabah.
“Ni failnya Cik
Puteri”Dia menghulurkan sebuah fail kepadaku.Satu senggihan dihadiahkan
aku.Malu.Depan mata pun tak nampak teruk betul.
“Terima kasih”ucapku
segan-segan.Misha hanya tersenyum.Sebelum berlalu keluar dari pejabatku.Aku
mengetuk kepalaku.Aduh!sakitlah pula.Aku mengosok pula.
*************************
“maaf!saya lambat,ada
kemalangan sikit tadi”Ujarku.Ini bukan
alasan semata-mata.Nak tahu kenapa, tak pasal-pasal tadi aku terlanggar satu
mamat perasan bagus semasa dalam perjalanan datang kesini.Nak saja aku tampar
mukanya tapi nasib baik kacak.Sesuka hati dia saja nak sondol bontot kereta
aku.Pastu bukan nak minta maaf.Sakit hati betul.Aku tersenggih memandang lelaki
yang ada didepanku.Dia turut tersenyum.Geram dihati cuba aku sembunyikan.
“Tak apa,bos saya pun
tak sampai lagi.”balasnya sambil mempelawa aku duduk.Aku hanya menganggukkan
kepala.
“oh,yeke.Saya fikir saya
yang lambat tadi”ujarku sambil tersenggih.Selepas memesan minuman kami berbual
sementara menunggu kehadiran bos lelaki yang ada didepan aku ni.Lambat
betul.Tak menepati masa langsung.Samalah macam aku.haha.
“maaf lambat”tiba-tiba
satu suara menegur kami.Aku menoleh melihat gerangan yang berkata tadi.Encik
Latiff turut melakukan perkara yang sama.
“bos!”ujarnya.
“oh my god,Engkau!”aku
terjerit kecil.Terasa nak tertanggal jantung aku melihat manusia yang ada
didepan aku kini.Betul ke ni?aku menampar-nampar pipiku lembut.
“kenapa cik
Cinderella?”soal Encik Latiff.Dia yang tidak tahu apa-apa memandang aku
pelik.Jari telunjukku berada betul-betul dihadapan hidung lelaki yang perasan
bagus ni.
“Cinderella.Kolot.”katanya
Sinis.Hati aku membahang mendengar kata-kata lelaki yang berada didepan aku.Aku
mengetap bibir.Jari telunjukku masih terarah kemukanya.
“Biarlah kau peduli
apa.”balasku kasar.
“Patutlah kau baling aku
kasut tadi.Rupanya teringin nak jadi Puteri Cinderella”perlinya lagi.Aku
meramas tanganku.Tunggu masa saja nak melayang dekat muka mangkuk hayun
ni.Sabar Cinderella.
“nama aku saja
Cinderella tapi bukan Cinderella”herdikku.Apa fikir bila nama Cinderella
kehidupan dia pun kena macam tu ke.Kena Mak tiri dengan kakak tiri bagai.Itu
bukan akulah.Sebab aku bukan Cinderella.Aku mendengus.Direnungnya lelaki
didepanku tajam.
“dah tu kau baling kasut
dekat aku kenapa?”
“engkau yang tak ada
adab.Dah buat salah tak nak minta maaf.”Aku dah angin satu badan.Lelaki itu
tersenyum sinis.Memang lelaki perasan bagus.Ingat lawalah tu.Muka dah sengget
dah aku tengok asyik senyum sinis aje.
“kau lagi tak ada
adab.Baling aku dengan kasut kau.”balasnya.Wajahnya sudah berubah kelat.Encik
Latiff yang berada disitu hanya menyaksikan kelakuan kami.Ingat tonton drama
ke?
“kau yang pekak!aku
panggil buat bodoh aje.Itulah satu-satunya cara yang paling sesuai untuk
kau”balasku tidak mahu mengalah.
“Encik Hamka,kenapa
ni?apa yang dah jadi?”Encik Latiff yang senyap dari tadi bersuara.Tersentak aku
mendengar nama ‘Hamka’ yang disebut Encik Latiff.Kemarahan aku sudah beransur
hilang.Lelaki yang ada didepan aku memandang aku pelik.
‘aikk!budak ni tadi
bukan main marah ni tiba-tiba senyap pula kenapa?’desisnya.
“maaf,perbincangan ni
kita tangguhkan dulu.Nanti saya suruh pekerja saya yang kendalikan.Saya minta
diri dulu”ujarku.Terasa getar didada aku.Aku cuba menahan.Kakiku hayun tanpa
henti.Tidak tahu kemana arah tuju aku.Langkahku tetap dihayun.Encik Latiff dan
Lelaki yang dipanggil Hamka tadi saling berpandangan.Pelik.
******************************
Tok!tok!
“masuk”
“Cik Puteri,ada orang
nak jumpa”Misha menonjolkan mukanya disebalik pintu.Kalau betul nak jumpa pun
apasal tidak guna interkom untuk bagi tahu.Saja nak menyusahkan diri.
“siapa Misha?”
“katanya kawan Cik
Puteri.”
“baiklah suruh dia
masuk”balasku yang masih ralit menyiapkan kertas kerja.
“hai dear”aku mengangkat
wajah memandang manusia yang sesedap rasa memanggil aku ‘dear’bila pula aku ada
kekasih ni.
“dear kau”herdik
aku.Geram melihat lelaki yang berada disebalik pintu.Lelaki itu hanya
tersenggih.Dia masuk sambil menutup pintu.
“garangnya.Tidak baik
tau cakap dengan bakal suami macam tu”bidasnya.Aku mencebik.Loya tekak dengar
dia cakap gedik macam tu.Nak godalah tu.Boleh jalan.
“suka hatilah.Kau bukan
suami aku.Siapa entah yang malang jadi isteri kau.Lagi satu untuk pengetahuan
kau.Aku dah ada kekasih.So,kau tak payahlah nak berangan nak jadi suami
aku.Tidak teringin aku nak suami macam kau.Dasar buaya tembaga”
Nukhman Hakim
tersenyum.Dia mengambil tempat duduk diruang tetamu.Majalah diatas meja
dicapai.Diselaknya satu persatu.
“kau betul ke dah ada
kekasih?kau pasti.”soalnya.Matanya masih pada majalah.Aku tersentak.Soalan
apakah ini?
“betullah”jawabku bohong.Gusar
hatiku dikawal sebaik mungkin.Nampak sangat tak pandai menipu.
“kau tak payah tipu aku
Ella.Bonda kau dah cerita dah semuanya pada aku.Kau tak ada kekasih.Kau
sekarang sedang mencari Putera Impian kau tu betul tak?”Aku tersentak.Bonda
ceritakan segalanya pada dia.Tidak mungkin!
“kau peduli apa?itu
bukan masalah kau.”herdikku.Geram dengan lelaki yang suka masuk campur dengan urusan
orang.Dasar lelaki perangai makcik-makcik yang suka ambil tahu hal orang
lain.Pak joyah betul.Aku mencebik.
“bukan masalah
aku”Nukhman ketawa kecil.Tiba-tiba dia memandang aku tajam.Pandangannya
mendebarkan jantungku.Takut.
“kau hak aku”tegas
kata-katanya.Aku merenungnya.Gila.
“aku dah ada lelaki yang
aku suka.Kau jangan kacau hidup aku lagi.Pergilah pada perempuan-perempuan yang
kau dah goda tu.Bukan itu ke yang kau suka”Aku berdiri.Tidak tahan dengan
perangai lelaki yang bernama Nukhman Hakim ni.Pantas aku menuju kepintu.Terbuka
luas pintu aku sekarang.
“kau boleh pergi”arahku
tegas.Nukhman melangkah menuju kearahku.Wajahnya hampir dekat denganku.Kakiku
undur selangkah kebelakang.
“aku akan pastikan kau
tak akan jumpa lelaki tu.Sampai masanya kau milik aku”ugutnya.Jantungku berdebar
kencang.Apa yang dia nak lakukan.Tahukah dia siapa lelaki itu.
“What ever!”jerkahku.Kuat
aku menolak tubuhnya keluar dari ruangan bilikku.Kuat pintu pejabat aku
tutup.Nukhman yang ada dibelakang pintu hanya tersenyum.
****************************
“Cik Puteri tak balik
lagi?”soal Misha yang tiba-tiba terconggok didepan pintu bilikku.
“Belum lagi Misha,saya
ada kerja sikit lagi ni”balasku.Tanganku masih setia menari diatas papan
kekunci menaip setiap maklumat.Misha tidak aku pandang.
“Cik Puteri nak air
ke?kalau nak saya boleh buatkan”Misha menawarkan diri.Hanya anggukan diberi
aku.
‘betul-betul sibuk bos
aku ni,sampaikan tak sempat nak tengok aku’desis Misha.Dia berlalu ke pantri.Aku yang terdengar omelannya hanya tersenyum.
“airnya bos”ujar
Misha.Aku memandangnya.Satu senyuman manis aku hadiahkan.
“Terima kasih.Kalau awak
nak balik dulu pergilah.Saya masih banyak kerja yang nak dibuat ni.Awak tak
perlu tunggu saya”ujarku lembut.
“baiklah.Cik Puteri
jangan balik lambat sangat.Dah malam ni bahaya”nasihatnya.Aku mengangguk.
“Tahulah saya”balasku.
“Saya balik dulu cik
Puteri”ujarnya sebelum berlalu pergi.Hanya senyuman membalas katanya.
“akhirnya siap juga”aku
mengeliat.Terasa lengguh segala urat yang ada.Jam ditangan dikerling.Pukul 2
pagi.Aku mengeluh.Patutlah mata rasa berat saja.Nasib baik sempat siap.Tidak
pasal ada mesyuarat tergempar esok.Aku pula yang kelang-kabut kena buat
proposal.Nasib baiklah aku ni pakar.Aku tersenyum sendirian kelakar apabila
memuji diri sendiri.Perasan.
“okey!time to back
home.Bantal dan tilam dah sedia menunggu dirumah”ngomelku.Segala kertas-kertas
dan fail-fail disusunku ketempatnya.Selepas puas hati dengan kebersihan bilik
aku menutup segala lampu yang masih terpasang.
Kaki diatur laju menuju
ketempat parking kereta.Masa-masa ni pula aku letak kereta jauh dari biasa.Tiba-tiba
aku terdengar derapan kaki seperti mengikut langkahku.Langkah aku terhenti.Aku
menoleh.Tiada sesiapa.Hati aku mula rasa tidak selesa.Pantas kakiku atur semula menuju ketempat letak kereta.Baru saja
aku mahu membuka pintu kereta aku terasa seperti ada satu tangan kasar sedang menutup
mulutku.
“tolong!”jeritku.Tapi
tidak kedengaran sebab mulutku ditutup kuat.Sesak nafas aku dibuatnya.Aku
beristighfar dalam hati mencari kekuatan.Aku memijak kakinya.Kuat.Dia mengerang
kesakitan.Tubuhku dilepas.Aku lari selaju mungkin.
“Tolong!tolong!”jeritku sambil berlari ke satu kawasan sunyi.Tiba-tiba
terasa tanganku disambar seseorang.Terdorong aku kebelakang.Terbeliak mataku
melihat lelaki itu yang hanya memakai topeng hitam.Matanya kelihatan
kemerah-merahan.Tubuh aku mengigil.
‘yaallah,tidak ada sesiapakah
yang boleh membantuku.Lindungilah hambamu ini yaallah.’doaku dalam hati.Terasa
tangan kasar menarik rambutku.Aku yang terduduk berdiri semula menahan sakit.
“Encik tolonglah lepaskan
saya,kalau encik nak duit Encik ambillah tapi tolong.Jangan apa-apakan
saya.Saya belum kahwin lagi”rayuku.Tanganku mengigil.Air mata mengalir deras.
“Hoi,Kau buat apa tu
hah”jerit satu suara dari belakang aku.Rambutku dilepaskan.Aku mengucap
kesyukuran.Akhirnya,ada juga manusia yang datang menyelamatkan aku. ‘Terima
kasih yaallah’
Perompak itu cuba
menyerang lelaki itu tapi sempat dielak.Kemudian lelaki itu memberikan satu
tumbukan diperutnya.Satu persatu tumbukan diberi lelaki itu.Akhirnya lelaki itu
rebah.Aku terduduk kaku.Tubuhku terasa mengigil.Mukaku pucat tiada darah.Lelaki
itu menghampiri aku.
“awak
okey?”soalnya.Hanya anggukan dibalas aku.Lidah aku betul-betul kelu.
“saya rasa lebih baik
awak balik sekarang.Waktu macam ni memang bahaya untuk gadis seperti awak yang
masih belum berkahwin”ujar lelaki itu.Ada nada peril dihujungnya.Aku
tersentak.Dia dengar ke masa aku pujuk perompak tadi.Malunya.
“saya pergi dulu”
Belum sempat aku
mengucapkan terima kasih dia sudah hilang bersama perompak tadi.Aku
mengeluh.Tidak sempat nak tanya nama.Wajahnya pun aku tak tahu.Mataku terarah
pada suatu barang yang aku rasa bukan kepunyaan aku.Pantas aku
mengambilnya.Sapu tangan yang cantik sulamannya.Aku tersenyum.Aku akan mencari tuan
empunya dan akan aku cari Putera impian aku ini.
“kakak!teringgat dekat
dia lagi ke?”teguran Laura menyedarkan aku dari lamunan.Aku hanya menghadiahkan
dia senyuman.Tetapi kelat.Dia menghampiri aku yang sedang duduk dibirai katil.
“kakak sabar okey.Laura
pasti kalau jodoh kakak dengan dia pasti suatu hari kakak akan berjumpa dengan
dia juga.Laura yakin itu”Dia mengusap bahuku lembut.Memberi aku sedikit
kekuatan.Dia menyandarkan kepalanya dibahuku.
“Adik tak sabar nak ada
abang ipar.Asyik main sorang-sorang saja.Tidak boleh kongsi hobi.Kakak Ella
dengan kak Laura perempuan lepas itu sibuk memanjang tak ada masa untuk
adik”sampuk Adik bongsuku Putera Khairy.Dia merupakan satu-satunya adik lelaki
kami dan juga satu-satunya lelaki didalam rumah kami sejak kematian ayahanda.Nama
kami diberi oleh arwah ayahanda kerana kami mempunyai darah keturunan
diraja.Ayahanda merupakan adik bongsu putera mahkota.Tetapi ayahanda lebih
selesa dengan kehidupan yang sederhana.Walaupun begitu,Keluarga ayah tetap
berhubungan dengan kami walaupun ayahanda telah lama pergi.
Aku tersenyum melihat
adikku yang sudah muncung.Tubuhnya disandarkan dipintu.Umurnya sekarang sudah
mencecah 16 tahun.Dia seorang yang manja.Maklumlah anak bongsu.Aku menyuruhnya
duduk disebelah kiri ku kerana Laura sudah duduk disebelah kanan.Kini aku
dihimpit oleh dua orang adik yang aku sangat sayangi.
“kalau adik nak
abang.Doakanlah kakak semoga cepat dapat suami.Jangan lupa doakan kak Laura
sekali”gurauku.Laura yang ada disebelahku tersentak.
“kakak ni.Laura belum
nak kahwinlah”balasnya.Dia mencebik.
“iyalah tu.”sampuk
Khairy.
“betullah”
“yang main mesej 24 jam
tu,pastu bila call panggil sayang-sayang tu siapa?tak gatal nak kahwin ke
tu”perli Khairy.Saja mahu menyakat kakaknya.Laura mengetap gigi.Khairy pula
sudah ketawa berdekah-dekah disebelahku.Siap berguling-guling.
“kaukan memang nak
kena”Laura berdiri.Dia menghampiri Khairy.Pantas tangannya mengeletek Khairy.Ketawa
berdekah-dekah budak itu dibuatnya yang cuba mengelak.Aku turut sama mengeletek
mereka.Kami sama-sama ketawa.Bonda yang baru sampai tersenyum senang melihat
keletah kami yang saling geletek mengeletek diatas katil.Aku perasan ada air
mata yang jatuh dari kelopak mata bonda.Mungkin dia rindukan arwah ayahanda.
********************
“untuk awak”
Sejambak bunga
dihulurkan kepada aku.Aku memandang tanpa menyambut.Tidak berminat.
“sombong”Hamka mendengus.Dia
mengambil tempat duduknya didepan aku.Aku berpaling.Menyampah.
“maaf pasal hari
itu”ujarnya.Aku masih berdiam.
“Puteri
Cinderella”panggilnya.Aku berpaling.Wajahnya direnung aku.Tajam.
“buat apa awak nak
sebut-sebut nama yang kolot tu”marahku.Kata nama aku kolot.Tapi siap sebut nama
penuh lagi.
“maaflah,saya tidak
sengaja masa tu.Saya marah sangat bila awak baling saya dengan kasut.”ujarnya
lembut.Aku mencebik.Lelaki.
“mana kasut saya”soalku
mengubah topik.Pagi-pagi telefon aku ajak jumpa.Alasan nak pulang balik kasut
aku.Dalam hati malas nak jumpa.Tapi disebabkan kasut itu perberian arwah
ayahanda terpaksa juga aku menghadirkan diri walaupun hati tak rela.Disebabkan
dia mengambil kasut aku terpaksa aku berjalan berkaki ayam mencari kedai kasut
sebelum berjumpa dengan Encik Latiff kelmarin.Dah macam orang tak betul dah
masa itu.Aku mendengus.
“ingat juga awak dekat
kasut awakkan.Saya fikir awak dah tak nak.Baru saya fikir nak derma dekat rumah
kebajikan”sakatnya.Kedengaran dia ketawa kecil.Aku hanya merenungnya
tajam.Tidak berminat mahu ketawa bersama.
“mestilah kasut tu arwah
ayahanda saya yang bagi.Mestilah sayang”balasku.Air jus lobak susu disedutku.
“oh,yeke?kalau sayang
kenapa main campak-campak?”soalnya.Dia tertawa kecil lagi apabila melihat
mukaku yang kelat.
“dah orang tu pekak
badak sangat tu yang baling kasut tu”ujarku tidak mahu mengalah.Itulah rutin
harian kami bila berjumpa selalu asyik nak bertekak.Tapi diluar sajalah.Bila berkaitan
hal kerja kami serius.
“Nah!kasut kesayangan
awak.Cantik.Sesuai untuk gadis seperti awak”Hamka menghulurkan sebuah beg
kertas kepadaku.Hulurannya aku sambut.Tapi kata-katanya tidak menusuk
kejantungku.Biasalah lelaki ayat manis kalau nak mengurat.Fikirku.
“Saya nak tanya sikit
boleh?”
“apa dia?”
“awak pernah nak kena
rompakkan satu masa dahulu”
Aku yang baru saja mahu
mengambil kasut didalam beg kertas tersebut terhenti.Macam mana dia tahu.Tak
akanlah.
“How?..”
“Ella,bonda awak
pengsan.Kenapa saya call awak tak angkat”tiba-tiba Nukhman datang dengan nafas
tercunggap-cunggap.Aku yang terkejut pantas berdiri.
“dekat
mana?”soalku.Pantas tanganku mencapai beg tangan diatas kerusi.Terlupa aku pada
lelaki yang ada didepan aku.Aku meninggalkan dia tanpa bertanyakan hal yang
sebenar.Nukhman yang masih disitu hanya tersenyum licik.Dia akan lakukan apa
saja untuk mendapatkan Puteri Cinderellanya.Hamka dipandang sinis.
“sorry bro his mine”ujar
Nukhman sebelum berlalu pergi.Hamka menarik nafas.Dalam.Dia dapat merasakan
yang lelaki tu sedang merencanakan sesuatu.
*****************************
“bonda!bonda!”panggilku
untuk menyedarkan bonda yang terbaring kaku diatas katil.Masuk saja aku kedalam
biliknya jantung aku rasa seperti gugur dari tubuh aku bila melihat bonda
terbaring kaku.Apakah yang dah jadi?
“Ella syukurlah kamu
selamat..”perlahan saja suara bonda.Aku merapatinya.Tangannya digengam aku
erat.Laura dan Khairy berada dibelakang ku.
“macam mana boleh jadi
macam ni bonda?”soalku.
“bonda dapat satu
panggilan mengatakan kakak kemalangan.Itu pasallah bonda pengsan”jawab Khairy
bagi pihak bonda.Semasa itu dia turut ada semasa mendengar khabar berita itu.
“Siapa yang dengki
sangat dengan kakak sampai buat macam tu.Tak guna”api kemarahan aku memuncak
tinggi.Kalau aku tahu siapa orangnya memang aku siat-siat kulit dia lepastu
salai bagi anjing makan.
“tak tahulah
kakak.Mungkin ada yang tidak puas hati dengan kakak”balas Laura pula.Dia
memegang bahuku lembut.Nukhman yang sedang menyandarkan tubuhnya didinding
berasa tidak selesa.Dia menghilangkan diri disebalik pintu.Mungkin balik.Khairy
yang perasan perangai Nukhman yang pelik hanya memandang kelibat lelaki itu
berlalu pergi.
****************************
“Engkaukan yang rencana
semuanya”herdik Hamka.Tubuhnya terasa lemah selepas dibelasah oleh pengikut-pengikut
Nukhman.Lelaki itu hanya tersenyum.
“memang aku yang rancang
semuanya.Aku yang rancang merompak Ella supaya aku boleh menyelamatkannya tapi
kau.Engkau dah musnahkan segalanya.Sepatutnya aku yang jadi putera impian dia
bukan kau.”jerkah Nukhman.Dia menumbuk perut Hamka bertalu-talu.
“bonda dia pengsan pun
sebab aku.Aku yang telefon bonda dia katakan Cinderella kemalangan.Aku tahu
bondanya pasti akan pengsan sebab bondanya amat sayangkan
anak-anaknya.Pandaikan aku”Nukhman masuk bakul angkat sendiri.Dia kini sudah
dikuasai hasutan syaitan.Dia ketawa lagi.Aku tersentak.Aku dan keluargaku
bersembunyi disebalik lorong yang jauh sedikit dari mereka tapi masih dengar
perbualan mereka.Kebetulan Khairy terdengar perbualan Nukhman semasa dia sedang
berbual ditelefon.Dia mendengar yang Nukhman cuba merancangkan sesuatu.Pantas
dia member tahuku.Tapi aku terlambat sedikit kerana Hamka akhirnya termasuk
perangkap dia.
Hamka memandang Nukhman tajam.Tubuhnya lemah.Tidak sangka dia boleh termasuk perangkap Nukhman.Petang tadi dia mendapat panggilan daripada Nukhman mengatakan bahawa Puteri Cinderella ada bersamanya dan jika dia tidak datang
Cinderella akan mati.Tapi tak sangka semua adalah rancangan untuk
memusnahkannya.Dia memang dah tahu siapa punya angkara sebab dia pernah
ternampak Nukhman berjumpa dengan seorang lelaki yang mencurigakan.Dia sangat
kenal dengan Nukhman lelaki yang sanggup lakukan apa saja untuk mendapatkan apa
yang dia inginkan.Termasuklah sanggup membunuh.Nukhman merupakan musuh ketatnya
sejak dari zaman persekolahan.Dia sanggup mengekori lelaki mencurigakan itu
untuk mengetahui apa yang ingin dilakukan.Tapi tak sangka dia boleh jatuh cinta
pada perempuan yang menjadi mangsa Nukhman.Sebab itu jugalah dia cuba
menyelamatkan Cinderella.
“kau memang jantan tak
guna Nukhman!”jerit Hamka.Nafasnya turun naik menahan marah.Nukhman ketawa
kuat.Pengikutnya turut melakukan perkara yang sama.Lorong yang gelap itu
diriuhkan oleh gelak tawa mereka.
“kau tu jantan tak
guna.Selalu menjadi penyibuk dalam urusan aku.Ella tu hak aku bukan
kau.kau..kau..tahu tak aku sanggup menolak pelawaan untuk bekerja diluar Negara
semata-mata nak dapatkan dia.Tapi kau senang-senang musnahkan
segalanya.”Nukhman menarik rambut Hamka kasar.Hamka cuba melawan.Tetapi
pengikut-pengikut Nukhman lebih pantas bertindak.Hamka terbaring lemah.Darah
mengalir keluar dari mulutnya.Aku yang tidak tahan melihat Hamka dipukul
mengigit bibir.Laura cuba menahanku supaya bersabar.Air mata mula membasahi
pipiku.Tidak dapat aku bendungkan lagi perasaan aku ini.
“LOSER”Kedengaran Hamka
bersuara.Dia masih tidak mahu mengalah.Dia gagahkan juga tubuhnya untuk bangun.Aku
menarik nafas lega.
“Apa kau cakap?”
“aku cakap kau
LOSER!sanggup gunakan kekerasan untuk memiliki sesuatu.Kau bukan jantan.Kau
penakut.”jerkah Hamka.Dia ketawa sinis.Nukhman panas telinga mendengar
kata-kata Hamka.Pisau ditangan pengikutnya dirampas.Dia berlari menuju kearah
Hamka.Pantas aku berlari menuju kearah Hamka.Aku memeluknya.
“Cinderella!!”
“kakak!!”
Semua berlari
mendapatkan aku yang terbaring kaku diriba
Hamka.Nukhman yang terkejut dengan tindakannya cuba melarikan diri.
“jangan gerak saya
polis”Larian Nukhman dan pengikutnya terhenti.Mereka sudah dikepung
polis.Nukhman menoleh kebelakang melihat aku yang kaku berlumuran darah.Penyesalan
mula kuasai diri.Dia betul-betul tidak sangka aku sanggup mengadaikan nyawaku
demi lelaki bernama Hamka.Bermacam cara dia lakukan agar aku tidak akan bertemu
dengan Putera Impianku.Tapi takdir tuhan siapa tahu.Nukhman mengalah.Betul kata
Hamka dia bukan lelaki.Sebab lelaki tidak akan lakukan kekerasan untuk memiliki
sesuatu.Dia memang pengecut.
*************************
“awak tak apa-apa?”Soal
Hamka kepadaku.Mukanya kelihatan kusut sekali.Mungkin risau dengan
keadaanku.Mukanya dipenuhi lebam-lebam.Kepalanya pula dibalut kemas.Dia
tersenyum mesra kepadaku.
“saya okey”balasku
lemah.Aku cuba bangun tapi dihalang.
“kakak nak kemana?”soal
Laura.
“balik”ujarku lurus.Mereka
semua tersenyum.
“kakak bukan ke masih
sakit.Tak akan dah nak balik”Khairy merapati kami.Dia yang baru datang bersama
bonda tersenyum.
“betul tu Ella.Kamu
masih tak sihat lagi.”sampuk bonda.Dia menyedok satu mangkuk bubur untuk
diberikan kepadaku.Tapi Hamka meminta izin untuk menyuapku.Bonda
mengizinkan.Dia tersenyum senang.
“ish..awak ni seganlah
saya.Bonda dengan adik beradik sayakan ada ni”marahku.Malu.wajahku
kemerah-merahan.
“alah,apa yang nak
disegankan.Hamka tu kan bakal suami kamu”bidas bonda.Hamka hanya
mengangguk.Pengampu.Sejak bila entah dia ni rapat dengan bonda sehinggakan sanggup mempertahankan dia.Aku mencebik.
“betul tu kakak apa yang
nak dimalukan”Khairy pula bersuara.
“dahlah bonda,Khairy jom
kita keluar dulu.Kita kasi pasangan dua sejoli ni memutik kasih sayang
kejap.Laura lapar ni jom teman makan”Laura tersenyum nakal kepadaku.Sempat dia
mengeyitkan matanya pada Hamka.Amboi!lawan toke.Aku hanya tersenyum.
“alah,kak Laura makanlah
seorang.Khairy baru nak tengok drama ni”jawab Khairy.Satu sekehan dihadiahkan
Laura.Mengaduh kesakitan dia dibuatnya.Kami semua ketawa.Khairy pula tersengih
sambil mengosok kepalanya yang sakit.
“tidak sangka”ujarku
memecah kesunyian selepas mereka semua berlalu meninggalkan kami.Kini tinggal
aku dengan Hamka.
“apa yang tidak
disangkanya?”soalnya sambil menyuakan sudu berisi bubur kepadaku.Mulutku
dingangakan.
“awak putera impian yang
saya cari”
“awak pasti?”Keningku
terjongket.
“soalan apakah ini?”soalku
pula.
“yela,awak pasti saya
putera impian yang awak cari?”Aku menganggukan kepalaku berulang kali.
“macam mana awak tahu?”
“saya dah dengar
segala-galanya.”Aku merenung wajah Hamka yang masih bersahaja.Tangannya masih
sibuk mahu menyuapkan aku.Aku menahan tangannya.
“Hamka!”panggilku
lembut.Dia tersenyum.
“kita kahwin”Tersedak
aku mendengar kata-kata Hamka.Ni betul-betul ke gurauan.Tak akan dia melamar
aku macam ni.Tak romantik langsung.Hamka menghulurkan air kepadaku.
“tak kelakarlah Hamka.”marahku.
“saya tak buat lawaklah
awak”wajahnya serius.Dia meletakkan mangkuk diatas meja.Tanganku
diramasnya.Kemudian dihalakan kebibirnya.
“Puteri
Cinderella,sudikah kamu menjadi teman hidup kepada Putera Hamka?”lamar Hamka
kepadaku.Wajahku terasa panas.Air mata mengalir laju dari kelopak mataku.Hamka
menyeka air mataku.Aku tersentak.
“putera?”soalku
terkejut.
“yup,sapu tangan yang
awak ambil itukan tertera nama ‘P.Hamka’ tidak ke awak tahu?”soalnya pula.
“awak..”
“ye,saya pun ada darah
keturunan juga bukan awak seorang saja”balasnya.Pipiku dicubit.Selepas lama
menyepi dia menjongketkan keningnya.
“kenapa?”soalku pelik.
“adakah air mata ni
jawapannya ya”guraunya.Aku ketawa kecil.Hanya anggukan diberi.
“yehhhh!!kakak dah nak
kahwin dapatlah Khairy kawan”jerit Khairy disebalik pintu.Dia datang
menghampiri aku lalu memeluk tubuhku.Aku terkaku.Apakah?
“kami dah dengar”ujar Laura
kelihatan Bonda ada bersamanya hanya tersenggih.Sukalah tu dapat menantu.Kacak lagi.Aku mengigit bibir.Malu.Rupa-rupanya
mereka semua bukannya pergi makan tapi mengintai aku.Kurang asam jawa betul.
“Tahniah kak”ucap
Laura.Dia memeluk tubuhku.Bonda turut melakukan perkara yang sama.Aku memandang
Hamka yang sedang melayan keletah Khairy.Suka betul adik bongsuku sebab dapat
abang ipar.Mata kami bertaup.Jantung aku berdebar hebat.Pantas aku mengalihkan
pandangan.Hamka yang perasan hanya ketawa kecil.
*************************
Dear dairy,
Akhirnya,aku berjaya menemui Princes
Charming yang selama ini aku cari.Tidak aku sangka lelaki yang selalu aku
menyampah dan suka mencari gaduh rupa-rupanya lelaki yang aku cari selama ini
dan aku cintai kini.Pertemuan kami semuanya berlaku dalam kemalangan.Tapi
akhirnya membawa kepada kebahagiaan.Aku harap sangat yang hubungan ini akan
berlanjutan sehingga keakhir hayat kami.Doakanlah kebahagiaan kami.Semoga allah
merahmati hubungan kami.AMIN.
“Sayang
buat apa tu?”soal Hamka.Aku menoleh.Di tangannya terdapat sebiji gelas yang
sederhana besar.Ni mesti tak lain tak bukan air susu untuk aku.Aku mengeluh.Dairi
disimpan ditempatnya.
“susu
lagi”soalku.Hulurannya tidak disambutku.Dia perasan riak mukaku yang bosan.Dia
duduk disisiku.
“mestilah susu
lagi.Inikan baik untuk kandungan sayang dan baik untuk baby juga
sayang”pujuknya.
“Ella tak sayang dekat
baby yang ada dekat dalam ni ke?”soal
Hamka sambil mengusap perutku yang semakin membesar.Aku tersenyum mesra.Dia
mendekatkan telinganya keperutku.Aku mengusap kepalanya.
“sayang abang dapat
dengarlah baby kita cakap”keningku terjongket keatas.Tak betul ke suami aku ni.
“Dia cakap
apa?”soalku.Saja melayan perangai suamiku yang kadang-kadang mencuit hati.
“Dia cakap mama nak
susu.Saya dah lapar ni.Sampai hati mama bagi saya lapar”Hamka berkata sambil
membuat muka sedih.Aku ketawa kecil.Suamiku ni kadang-kadang perangai macam
budak-budak.Selepas dipujuknya,akhirnya aku mengalah.Sebenarnya aku saja nak
dia pujuk.Nak perhatian.
“Aduh!”
“kenapa sayang,dah nak
beranak ke?”soal Hamka cuak.Kelihatan peluh mula memercik keluar dari
wajahnya.Aku ketawa berdekah melihat wajahnya.Dia pula yang terlebih
takut.Sepatutnya aku yang takut.Alahai,suami.
“aishh..abang ni kesitu
pula.Baru 7 bulan.Belum masa lagilah.”balasku
“Meh!sini tangan.Rasa
tak apa-apa?”soalku sambil membawa tangannya keperutku.Dia tersenyum lebar.
“rasa”
“rasa apa?”
“rasa dia
tendang-tendang.Ni mesti lelaki”ujarnya ceria.
“macam mana abang
tahu?”soalku pelik.
“sebab dia suka
tendang”aku menepuk dahiku.Sudah!suami aku ni memang tau.Suka buat andaian
sendiri.
“Abang ni
macam-macam.”aku menepuk pehanya lembut.Hamka ketawa bahagia.
“terima kasih”ujarku sambil memeluk lengannya mesra.
“Untuk apa?”soalnya.Pelik.
“atas segala-galanya”
“baiklah kasih
diterima”balasnya.Aku mengucup bibirnya.lama.Hamka merangkul mesra
pinggangku.Kini kami merasakan kebahagiaan milik kami.Akhirnya Puteri
Cinderella menemukan Putera Impiannya.
THE END