BERIKAN AKU CINTA!
Part 3
By:lela vanila
Eila safiyyah memegang dahinya.Dia melihat mukanya
didalam cermin tandas mukanya berubah merah.Malu.Dia betul-betul benggang
dengan tindakan Nik Haikal yang suka hati saja mencium dahinya.Dia memegang
dadanya pula.Dah beransur tenang tidak seperti semasa dia berjumpa dengan Nik
Haikal tadi.Kencang seakan tak mahu berhenti.Eila tersenyum.
“kenapa dengan aku ni?”soal Eila pada
dirinya.Dia sendiri tidak pasti dengan apa yang dirasainya sekarang.Suka ke benci?
“mamat ni memang nak kena dengan aku.Saja
aje nak sakitkan hati aku.Kena dia satu hari nanti dengan aku.”Eila Safiyya
mengetap bibirnya.Geram.
Pili paib dibuka.Eila membasuh mukanya
dengan air berulang-ulang kali untuk buang perasaannya yang dia sendiri tidak
dapat nak tafsirkan.Dia benci perasaan ini.Kenapa mesti ada perasaan ini pada
dirinya.Cukuplah sekali.Dia tak nak hatinya dicuri lagi oleh lelaki yang tidak
bertanggungjawab.
“aku tak akan benarkan sesiapa pun hadir
dalam hati aku lagi kecuali dia lelaki yang aku cari selama ini yang mempunyai
kunci hati aku dan mampu buka balik
pintu hati aku.Aku akan tunggu saat itu.”kata Eila penuh yakin.Dia tersenyum
puas.
Tangannya diseluk kedalam kocek lalu
dikeluarkan sapu tangan yang berwarna ungu iaitu warna kegemarannya kemudian
air yang berada dimukanya dilap.Barulah dia terasa segar sedikit.Rambutnya yang
bertocang dua dibetulkan.
‘okey dah comel’desis hatinya.Ada tawa
kecil dihujungnya.Dia menilik jam ditangannya.
“alamak!dah lambat sekarang waktu cikgu
doremon.Mampuslah aku”
Pantas Eila Safiyyah mengorak langkah untuk
menuju kekelasnya.Baru saja dia keluar dari tandas tubuhnya terasa melayang.
GEDEBUKK!
“ADUH!dah jatuh ditimpa tangga betullah aku
ni”ngomel Eila.Dia mengosok punggungnya yang terasa perit.Satu-satu masalah
yang menimpanya.Malang betul.
“awak tak apa-apa?”soal orang yang
melanggarnya.Pergerakkan Eila tiba-tiba kaku.Dia seperti kenal suara lelaki
yang menegurnya.Matanya masih memandang lantai.Tidak berani dia untuk
mengangkat wajahnya.Jantungnya seakan berhenti seketika apabila mendengar suara
lelaki berkenaan.
‘Tak mungkin!tak mungkin dia ada dekat
sini.Bukan ke sekarang dia sedang belajar diluar negara?Tapi kenapa suara budak
ni sama dengan suara dia.Tak akan pelanduk dua serupa.’perbagai soalan bermain
dihati Eila.Lelaki yang berada didepan Eila memandangnya pelik.
“miss are you okey?”soalnya lagi.Masih
tiada jawapan.Akhirnya dia cangkung memandang gadis yang terduduk didepannya.Dia
melambai-lambaikan tangannya.Masih tidak berkutik.
‘perempuan ni pekak ke?’Hakim mengaru kepalanya
yang tidak gatal.
Hakim menongkat dagunya pula sambil memandang
gadis yang berada didepannya.Dia mengeluh.
‘sampai bila budak ni nak duduk dekat
sini?susah-susah aku angkat hantar dekat bilik rawatan karang.’ngomel Hakim.
“hemp!hemp!”Hakim
Ynag sudah penat menunggu berdehem.Hampir 5 minit keadaan mereka begitu.Siapa
yang tidak bosan.Eila yang baru tersedar dari mengelamun memandang lelaki yang
berada didepannya.Terbeliak biji matanya.Sah!memang dia.Jantung Eila berdegup
kencang seperti kereta Formula 1.Mukanya berubah pucat kalau ditoreh pasti
tiada darah.
“Eila!”Hakim yang terkejut melihat gadis
yang ada didepannya berdiri tegak.Eila Safiyya turut melakukan perkara yang
sama.Dia mengibas-gibas bajunya yang sedikit kotor.
“you sekolah dekat sini?”soal Hakim
teruja.Eila masih memandangnya kaku.Tiada jawapan.Peluh mula memercik
keluar.Eila gelabah.Jiwanya tidak tenang.Kenapa mesti lelaki ni muncul semula
dalam hidup dia.Kenapa?
“saya masuk kelas dulu”
Pantas Eila melangkah pergi meninggalkan
Hakim yang terkebil-kebil memandangnya.
“Eila tunggu!!”panggil Hakim.Eila Safiyyah
tidak menoleh mahupun menyahut panggilannya.Langkahnya semakin laju dan
kelibatnya semakin menghilang.
“small world Eila”Bisik Hakim.Dia tersenyum
leba.Dah lama dia mencari gadis ini.Akhirnya berjaya juga dia menemui.Eila
pasti akan menjadi miliknya.Itu dia pasti.
Hakim terpandang sapu tangan yang berada
diatas lantai dimana tempat Eila baru terjatuh tadi.Dia mengambil sapu tangan
tu.Kelihatan corak tulisan bernama ‘E love H’ terdapat diatas sapu tangan
itu.Hakim tersenyum puas.Ternyata Eila masih menyayanginya.Digenggam sapu
tangan itu lantas dibawa kedadanya.Hakim tersenyum lebar sambil berjalan menuju
kekelas barunya.
******************************
“Assalammualaikum”
“waalaikumussalam,lambat balik sayang?”soal
Datin Aishah kepada Eila yang sedang membuka stokingnya di luar pintu.
“Ada kelas tambahan tadi umi”balas Eila
sambil mencium tangan uminya.Itulah rutin harian dia.Dia akan menyalam tangan
kedua ibu bapanya kemana saja dia pergi.Sudah menjadi kebiasaan.
“Abi dah balik umi?”soal Eila.
“belum sekejap lagi baliklah tu.Dah pergi
atas mandi lepas tu solat nanti kita makan sama-sama sementara tunggu Abi
balik”
“Baiklah”Angguk Eila.Beg diatas sofa
dicapai sempat dia menghadiahkan satu
ciuman di pipi ibunya.Datin Aishah hanya tersenyum lalu menggelengkan
kepala.Eila sememang anak yang manja.Biasalah Eila merupakan anak tunggalnya.
****************************
“arghh!!bestnya dapat baring”
Sampai saja didalam bilik Eila sudah
melakukan kuak lentangnya di atas tilam bersaiz queen.Nasib
baik badannya kecik jadi tak adalah bergegar tilam dibuatnya.Dia
menguling-gulingkan badannya diatas katil.Sekejap ke kiri sekejap ke kanan.Dah
penat dia berhenti ditengah-tengah katil.Tangannya mencapai teddy bearnya yang
sederhana besar daripada badannya.Di peluknya erat patung itu.Kalaulah manusia
mahu sesak nafas dibuatnya.
“cekcek!kenapa dia muncul balik dalam hidup
aku ek?”soal Eila kepada tedy bear kesayangannya yang diberi nama Cekcek.
“Kenapa dia buat aku macam ni.Aku sayang
dia Cekcek.Tapi lepas apa yang dia dah buat pada aku...”kata-kata Eila terhenti
disitu.Air mata mula mengalir keluar dari kelopak matanya.Tiba-tiba hati dia
sayu apabila teringat kembali kenangan lalu yang telah menyebabkan dia benci
akan manusia yang bernama lelaki dan takut untuk bercinta.
“Eila,dah mandi belum.Papa Eila dah lama
tunggu tu dekat bawah”panggil bibik Som orang gaji rumahnya yang berada di luar
pintu biliknya.Wanita itu mengetuk pintu biliknya berkali-kali.
Eila yang tersedar dari mengelamun menyeka
air matanya.Dia berdehem untuk menghilangkan getar suaranya.
“Kejab lagi Eila turun bik”balasnya.Pantas
tangannya mencapai kain tuala yang tersedia sidai di tempatnya.Eila menarik
nafasnya panjang-panjang kemudian dilepaskan.Barulah jiwanya rasa
stabil.Kenangan dulu betul-betul menyeksa jiwa dan raganya. ‘Hakim Syafie’Nama
itu tak pernah luput dari ingatan Eila.Manusia yang sepatutnya bertanggungjawab
melukakan hatinya.
*********************************
“hai Eila”tegur hakim tiba-tiba.Dia yang
sedang berbual dengan kawan-kawannya
didalam kelas ternampak Eila seorang diri sedang menuju kebilik guru
sambil memikul buku.Kebetulan gurunya tiada jadi peluang untuk dia mendekati
wanita itu.Sengaja dia mengekori Eila.Rindu dia pada gadis yang pernah
bertakhta dihatinya dulu dan mungkin juga kini.
“opocot!”terkejut Eila dengan teguran tadi
habis terpelanting semua buku yang dipegangnya.Dia yang sedang berangan tadi
betul-betul terkejut.Dia mengurut dadanya yang terasa macam nak terpelanting.Hakim ketawa
berdekah melihat Eila melatah.Eila memandang Hakim tajam.Dia mengigit bibirnya
manahan marah.Dalam hati rasa nak sepak laju-laju aje muka mamat ni.
“maaflah tak sengaja”Ujar Hakim sambil
tangannya ralit membantu Eila memunggut buku yang bertaburan.
“tak payah nak minta maaf sangat”Sindir
Eila.Dia merampas buku yang ada ditangan Hakim.Lelaki itu hanya tersenyum.Dia
tahu Eila masih marah dengan dia atas apa yang telah berlaku duhulu.
“Nak saya tolong?”tanya Hakim.Dia
menghulurkan tangannya ingin membantu Eila yang sedang membawa buku.Eila
memandang Hakim sekilas.Timbul satu agenda yang ingin dilakukannya.Dia
tersenyum nakal.
“betul ni nak tolong?”soal Eila saja
menduga.Hakim hanya menganggukkan kepalanya.
“okey,kalau itu yang awak nak.Nah!ambil
buku-buku ni semua tolong hantarkan dekat atas meja cikgu Sabri”Eila meletakkan
semua buku-buku latihan yang dibawanya ke atas tangan Hakim.Mata Hakim
terkebil-kebil.Terkejut dengan tindakan Eila.
“dah apa termenunung lagi tu?pergilah
hantar tadi nak tolong sangat”jerkah Eila.Dia menggosok kepala Hakim
kasar.Habis serabut rambut lelaki tu.Eila ketawa kecil.
‘padan muka kau’desis hatinya.
“Terima kasih yer cik abang”ucap Eila
gedik.Saja nak menyakitkan hati Hakim.Dia berlalu pergi meninggalkan Hakim yang
kaku dengan buku-buku yang bertimbun didadanya.
“perempuan ni memang nak kena”Hakim
melangkah pergi menuju ke bilik guru dengan perasaan geram.
*********************************
“beb,apa cerita?”Soal Irfan.Dia menepuk
lembut bahu Nik Haikal yang sedang membaca buku.Padahal otaknya entah kemana.Dari
tadi Irfan tengok Nik Haikal asyik termenung. Nampak saja macam baca buku tapi muka
suratnya tak berubah pun.Muka surat yang sama juga.Irfan tersenyum.Jarang nampak
kawan baiknya perangai macam ni.Tak lain tak bukan mesti pasal perempuan.
“kau ada masalah ke?”soalnya lagi.Dia duduk
disisi Nik Haikal.
“tak ada apa-apa lah.Aku okey”balas Nik
Haikal lemah.Kening Irfan terjongket.
“macam ni kau kata okey?muka kusut masai
aku tengok”
“betullah aku okey”
“kau jangan tipu aku lah Nik.Aku kenal kau
dari kecik.Kau ada masalah kan?cerita lah dekat aku mana tahu aku boleh
tolong.”
Irfan betul-betul sahabat yang sejati.Dia
sentiasa ada disisi Nik bila dia memerlukan.Seorang yang amat
memahami.Beruntung Nik mendapat kawan seperti Irfan ni.Nik Haikal tersenyum
memandang Irfan.Perlu ke dia ceritakan masalah dia dekat Irfan?mana tahu Irfan
boleh tolong.Nik Haikal menarik nafasnya.Dalam.
“Mama aku nak tunangkan aku”perlahan saja
suara Nik Haikal.Irfan memandang Nik Haikal tidak percaya.Hanya keluhan berat
dilepaskan Nik Haikal.
“kau serius?”soal Irfan sedikit terkejut.Nik
Haikal mengangguk.
“dengan siapa?”
Nik Haikal hanya diam.Tiada jawapan.Dia tak
pasti sama ada nak bagi tahu ke tidak dengan siapa dia akan bertunang.
“it’s okey kalau kau tak nak cakap
siapa.Aku faham.Aku harap kau kuat untuk hadapinya.”Irfan baru saja mahu bangun
Nik Haikal menahan.
“dengan adik sepupu aku,Eila
Saffiya”akhirnya Nik Haikal mengalah.Terbeliak mata Irfan.Dia duduk semula.
“kau serius?”soal Irfan lagi.Seperti biasa
hanya anggukan dibalas Nik Haikal.Irfan ketawa kecil.
“apasal kau ketawa?”Tanya Nik Haikal
geram.Orang lagi susah hati dia boleh ketawa.Ada yang makan buku lima ni
karang.Irfan mengelengkan kepalanya.
“tak sangka”
“apa yang tak sangka?”Nik Haikal memandang
Irfan tajam.
“Eila tu adik sepupu kau.kau tak pernah pun
cerita dekat aku yang Eila tu adik sepupu kau.So,maknanya Balqis tu pun samalah
ye?”hanya anggukan diberi.
“aku bukan apa.Malas nak kecoh-kecoh tak
penting pun”Nik Haikal menyandarkan badannya.Rambutnya dikuak kebelakang.Kepala
dia betul-betul serabut.
“kau setuju ke?”
“kau rasa?”
“kita tanya dia.Pastu dia tanya kita
balik”Nik Haikal tersenyum.
“hah!macam ni lah senyum barulah sesuai
dengan gelaran PRINCE kau tu.Barulah cair gadis-gadis tengok”gurau Irfan.Nik
Haikal ketawa.Kawannya yang seorang ni memang pandai menenangkan jiwanya.
‘TERIMA KASIH KAWAN’
“aku harap kau bersabarlah okey!pasti ada
hikmahnya”
Nik Haikal tersentak.Kata-kata Irfan sama
seperti mamanya.Adakah ini secara kebetulan atau sememangnya sudah tersurat?Nik
Haikal hanya tersenyum kelat.Mungkin betul apa yang dikatakan Irfan dan
mamanya.
****************************
“Kenapa awak muncul lagi dalam hidup saya!?Kenapa
awak ganggu hidup saya?”jerkah Eila Safiyyah.Geram dia dengan perangai lelaki
yang tak faham bahasa macam Hakim ni.Makin dia cuba mengelak semakin tu jugalah
lelaki ni cuba menganggu hidupnya.Hakim dipandang tajam.Dia sememangnya rindu
akan wajah lembut milik Hakim Syafie tapi dia cuba melawan perasaannya. ‘Kau
masih sayang dia Eila Safiyya’bisik satu suara.
‘aku
benci dia!’jerit hati Eila cuba melawan kata-kata yang bermain difikirannya.
Lelaki itu tersenyum.Hati Eila berdebar melihat
senyuman Hakim yang begitu mengoda.
“saya rindu awak Eila”tenang saja Hakim
berkata.Eila mencebik.Rindu?huh...
“untuk apa Hakim?awak dah lama tinggalkan
saya.Awak tak ingat?wanita tu lebih bermakna daripada saya kan.Jadi untuk apa
awak rindu saya.Saya kan hodoh,skema.Tidak layak untuk lelaki sekacak dan
sebagus awak”sinis kata-kata Eila.Wajah Hakim berubah kelat.
“maafkan saya Eila.Saya sedar memang silap
saya sebab buat awak macam tu.Saya fikir dia perempuan yang baik tapi
sebenarnya tidak.Saya terlalu bangga dengan kelebihan saya sehinggakan saya tak
sedar saya dah lukakan hati awak.”Hakim menarik nafasnya.Dalam.Kemudian
dilepaskan perlahan-lahan.
“Tisha sebenarnya mahu merosakkan hubungan
kita.Dia yang merancang semuanya.Saya buta selama ini Eila.Please!bagi saya
satu lagi peluang untuk menebus segala salah saya pada awak”Rayu Hakim.Dia
menggengam tangan Eila erat.Gadis itu hanya membiarkan.Dia merenung mata Hakim
untuk mencari kebenaran.
‘perlukah aku memberinya satu lagi peluang?
Yaallah bantulah hambamu ini’
Sedang masing-masing melayan perasaan
mereka tidak sedar ada seseorang sedang memerhati pergerakan mereka dari
jauh.Nik Haikal mengempal penumbuk lalu menumbuk sebatang pokok yang berada
disebelahnya.Sakit ditangannya tidak sesakit hatinya kini.Nik Haikal mendengus
kasar.
“tak guna”
Nik Haikal berlalu pergi membawa seribu
kesakitan yang dirasai.Dia memegang dadanya yang terasa sakit.Tak pernah dia
rasa sesakit ni.Eila Safiyyah betul-betul buat jiwa dia kacau.
“Hakim!”panggil Eila lembut.Hakim masih
menatapnya.Tidak lepas walau seminit.Wajah itu memang dirinduinya.Eila dah
banyak berubah.Dahulu seorang gadis yang skema berubah menjadi cantik.Dia bodoh
dulu kerana mengikut perasaan dan hasutan Tisha.Ya! dia memang bodoh!Tak akan
dilepaskan lagi Eila Safiyya.Gadis ini milik dia.
“maafkan saya.Saya rasa lebih baik kita
berkawan.Kita lupakan kisah lama.Saya tak nak perkara lalu berulang lagi.Kita
kawan”Eila menarik tangannya perlahan dari pegangan Hakim.
“Tunggu dulu Eila”Hakim memegang tangan
Eila yang baru saja mahu melangkah pergi.Kaki Eila terhenti.Dia berpaling.
“kalau betul awak tak sayang saya lagi tapi
kenapa awak masih simpan sapu tangan ni?”soal Hakim sambil menunjukkan sapu
tangan kepunyaan Eila yang diberinya dulu.Gadis itu tersentak.Patutlah dia cari
sapu tangan tu tak jumpa.Rupanya ada pada Hakim.Eila mengeluh.Kenapalah dia tak
buang saja sapu tangan tu dulu.
“saja,buat kenangan”balas Eila menahan
getar.Hakim ketawa sinis.
“Jangan tipu saya Eila.Awak masih sayang
dan cintakan sayakan?”
Eila Saffiya menyentap tangannya.Geram
betul dengan perangai Hakim yang suka menyakitkan hatinya.Sapu tangan yang
dipegang hakim dirampas.Lalu dicampak keatas tanah.
“Saya benci awak Hakim Syafie”Jerit Eila.
Eila Saffiya berlari bersama tangisan yang
tiada henti.Hakim tidak mengejar.Hatinya menahan.Kakinya kaku.Terkejut dengan
tindakan Eila.
‘betul ke dia benci dekat aku?tak aku akan
buat dia cinta balik dekat aku.Tak kira
apa pun yang jadi’
Hakim mengambil semula sapu tangan diatas
tanah yang dibuang Eila.Dia membersihkan kotoran yang terlekat.Dia tersenyum.
“just wait and see”
PART 4
“Baru balik sayang?”soal Datin Ramlah
kepada anak bujangnya.Nik Haikal hanya tersenyum kelat.Dia menyandarkan
tubuhnya disofa.Terasa urat-urat yang kendur tegang semula.Seharian dia
digelanggang bola jaring melepaskan tekanan.Dia melihat jam didinding rumahya
sudah menunjukkan keangka 8 malam.
“sayang pergi mana ni?lambat balik”soal
Datin Ramlah lagi.Pelik dia melihat perangai anak bujangnya.Sejak dua menjak ni
perangai dia dah berubah.Seorang yang periang menjadi pendiam.Pelik dia
dibuatnya.Bila ditanya diam.Naik pening kepala Datin Ramlah.Mungkin disebabkan
pertunangan anaknya yang berlangsung seminggu yang lepas menyebabkannya jadi
begini.
“Nik okey ma”balas Nik Haikal.Dia
memejamkan matanya.Terasa lenguh seluruh badan.Dia terasa seperti jiwanya
separuh telah hilang.Badannya betul-betul lemah.
“yela,Kamu dah makan?”Hanya anggukan diberi
Nik Haikal.
“dah,naik atas mandi pastu solat.Lepas tu
rehat.Mama tengok kamu ni macam tak bermaya jek.Muka pun dah pucat mama
tengok.”Kata Datin Ramlah sambil membelek-belek muka anaknya.Risau hati ibuannya
apabila melihat anak kesayangan macam ni.
“Nik sihat ma”balas Nik Haikal.Dia mencapai
begnya lalu melangkah mendaki tangga.Datin Ramlah hanya mengelengkan
kepalanya.Anaknya yang seorang ni memang sukar diramal hatinya.
**********************************
Paib air dibuka.Air bercucuran menyimbah
kelantai bilik air.Nik membiarkan air mencurah keatas badannya.Lama.Dia
merenung wajahnya didalam cermin didepannya.Hatinya berperang hebat.Sakit betul
hatinya.Dah banyak kali dia melihat Eila bersama Hakim budak sama baya dengannya
tapi berlainan kelas.Tangannya melekap kedinding.Dia merenung wajahnya
puas-puas.
‘apa yang kurang dekat aku?’desis hati Nik
Haikal.Rasanya dia dah cukup kacak kalau tidak tak akanlah budak perempuan
dekat sekolah dia boleh tergila-gilakan dia.Tapi kenapa bukan Eila
Saffiya?kenapa dia mesti memilih lelaki tak guna tu.Dia tunang Eila tapi
dilayan seperti sampah.Hati Nik Haikal mula menghasutnya.
Haikal menumbuk cermin bilik airnya.Habis
bersepai kaca jatuh kelantai.Darah mula mengalir keluar dari tangan Nik
Haikal.Dia hanya membiarkan.
“kau milik aku Eila”Nik Haikal menutup pili
air.Dia berlalu keluar.Otaknya ligat memikirkan apa yang perlu dia lakukan
untuk membuatkan Eila menyukainya.Memang dia akui dia dah jatuh cinta dengan
Eila Saffiya sejak kali pertama dia berjumpa Eila semasa baru pindah
kesini.Eila Safiyya dulunya tinggal di USA bersama ibu bapanya.Tetapi pindah kesini
kerana Abinya ada urusan kerja.Sebab itulah dia selalu membuli Eila kerana mahu
minta perhatian tetapi gadis itu masih membuat bodoh setiap kali mereka
berjumpa.Sakit hati betul.Nik Haikal mendengus.
Tangannya yang luka dibalut kemas.Dia
mengerang kesakitan.Baru sekarang terasa sakit.Semuanya sebab Eila
Saffiya.Hidup dia kacau bilau sejak dia ditunangkan bersama Eila.Jika kau jodoh
aku ‘Berikan Aku Cinta’ Eila Saffiyah.Nik Haikal tersenyum.
‘just wait and see.YOU MINE’desis Nik
Hakim.Perkataan yang sama dikatanya oleh Hakim.
*************************
“Balqis,sekejap”
Balqis yang baru saja mendaki tangga
menoleh kebawah.Keningnya terangkat.Mamat ni selalu saja menganggu hidup
dia.Tak boleh nak tengok dia senang.Mana dia pergi mesti Nampak batang hidung
yang tak berapa nak mancung lelaki ni.Pastu bila terjumpanya tersenggih macam
kambing.Meluat pula rasanya.
“Awak nak apa Irfan”tanya Balqis
malas.Kakinya menyambung langkah mendaki tangga.
“tunggulah sekejap.Saya ada benda nak tanya
dekat awak ni”Irfan mengikut langkah Balqis yang semakin lama semakin laju.Naik
semput dia mengejar Balqis.Macam lipas kudung perempuan ni jalan.
“Awak nak tanya apa?”soal Balqis.Langkahnya
terhenti.Irfan yang berada dibelakang nyaris-nyaris terpeluknya.
‘brek tak bagi signal,nasib baik aku ni
cekap.Kalau tak.Memang dapat peluk free kejap lagi’ngomel Irfan.Sempat dia
berangan.Balqis yang berada didepan sudah geram.
“aduh!duh!duh!Sakitlah cik Balqis oi”ngaduh
Irfan.Tak pasal tangannya menjadi mangsa cubitan maut dari Balqis.
“Itulah berangan lagi.Tadi bukan main nak
jumpa kita.Bila dah ada depan mata boleh pula berangan.Itu baru sikit.Belum ken
tumbukan maut dari saya”Ujar Balqis geram.Dia membuka kasutnya lalu disusunkan
dirak yang sedia ada.Irfan turut melakukan perkara yang sama.
“mana ada saya berangan”bisik
Irfan.Maklumlah mereka sekarang sedang berada didalam perpustakaan.Mana boleh
membuat bising.Balqis mencebik.
“poyo”
Balqis mengambil tempat duduk yang berada
hujung sekali.Tempat itu sudah menjadi tempat rasmi dia sejak dia melangkah
jejakkan kaki kesekolah ini lagi.Dah macam tuan punya perpustakaan pula.Balqis
tersenyum.
“hah!temgok tu senyum sorang-sorang tak
betullah tu”gurau Irfan yang turut serta duduk didepannya.Balqis mengeluh.
“tak pergi-pergi mamat selengge ni?aku
inggatkan dah berambus tadi.Kacau ketenteraman aku betullah”ngomel Balqis.Dia
tidak mengendahkan Irfan yang ada didepan.Matanya masih difokuskan pada
bacaan.Irfan naik bosan.Sempat dia mengurat pelajar-pelajar junior yang baru
saja masuk kedalam perpustakaan.Pelajar junior yang perasan cantik pun apa lagi
mengatallah.Balqis yang ada didepannya masih menunjukkan wajah tiada
perasaan.Irfan mengeluh.
“Balqis”panggil Irfan lembut.Gadis itu
masih tidak memandangnya.
“BALQIS!”jerit Irfan.Habis hilang semua kemachoannya.Semua
yang berada disitu memandang kearah mereka.Pengawas perpustakaan sudah
meletakkan jari telunjuknya kebibir tanda diam.Irfan hanya tersenyum menahan
malu.Balqis yang ada didepannya masih buat muka tak tahu.Akhirnya Irfan
mengalah.Perempuan ni memang susah betul nak dekat.Tak macam
perempuan-perempuan lain yang penah dia mengurat.Semua sangkut tapi yang
peliknya Balqis tak pernah pula.
“tak apalah kalau awak tak nak cakap dengan
saya.Ingatkan nak tanya awak pasal Nik dengan Eila.Tapi nampaknya awak macam
tak berminat nak bercakap dengan saya.So,saya balik kelas dululah”ujar
Irfan.Ada nada ngajuk dalam kata-katanya.Dia benar-benar terasa hati dengan
kelakuan Balqis yang sering mengabaikannya.
“yela,awak nak cakap apa?”akhirnya Balqis
mengalah.Tersenyum lebar Irfan dibuatnya.Mission Complete.Ada peluang lah dia.hehe
********************************
“Again ummi?”soal Eila.Nampaknya kena
tinggal lagilah dia dekat rumah Mak Longnya.Malas betul.
“sorry dear,Abi ada emergency.That why kena
bertolak esok pagi.”Datin Aishah duduk disisi anaknya yang sedang bersila
dibirai katil.Terdengar satu keluhan dibibir Eila.
“Eila ikut”selamba saja Eila berkata.Satu
tamparan kecil hinggap dipehanya.
“kamukan sekolah”
“ala..kan boleh ambil cuti”Datin Aishah
mengelengkan kepalanya.
“jangan nak ngada-ngada.Kamu dah nak
exam.Ummi nak kamu focus dengan pelajaran kamu.Ummi dengan Abi dah amanahkan
Mak Long untuk tengok-tengokkan kamu.”
“Kalau duduk rumah Mak Su boleh tak?”Eila
Safiyya cuba memujuk ibunya.Sejak ditunangkan dengan Nik Haikal jiwa Eila tak
tentu hala bila berjumpa dengannya.Macam-macam cara dia lakukan agar tidak
terserempak dengan lelaki itu.Mungkin sebab itu Nik terasa dengannya.Tapi itu
lebih baik dari dia harus berperang dengan perasaan sendiri.Tak Rela dehh..
“dah,kamu jangan nak macam-macam.Ummi dah
cakap dah dengan Mak Long.Dia pun dah setuju.Gembira lagi.Lagipun Mak Long kamu
tu kan bakal Mak Mentua kamu jadi apa salahnya kalau kamu bermesra-mesra alam
sikit dengan dia.Bolehlah dia uji kebolehan kamu.”Datin Aishah tersenyum lebar
melihat wajah Eila yang berubah kelat.Takutlah tu.Sengaja Datin Aisha mahu
menyakat anak kesayangannya.
“Ummi ni.Sengaja aje tau”Eila muncungkan
bibirnya.Datin Aishah yang perasan mengkapit bibir anaknya.Mengerang kesakitan
anaknya.
“muncungkan selalu bibir tu.Ummi potong
baru tahu”marah Datin Aishah.Marah manja-manja saja.Eila tersenggih.
“nanti Eila mesti rindu dekat ummi dengan
Abi”ujar Eila.Dia memeluk bahu ibunya erat.
“Ummi dengan Abi pun akan rindukan
kamu”Dati Aishahmembalas pelukan anaknya.
“berapa lama Ummi dengan Abi pergi?”
“two month”
“apa?two month?”ternganga mulut Eila
mendengar jawapan Datin Aishah.
“Kalau betul terkejut pun tutuplah mulut tu,karang tak pasal-pasal lalat buat rumah”Datin
Aishah mengatupkan mulut anaknya.Dia ketawa kecil melihat keletah anaknya.Eila yang berada disebelah pula menelan air liurnya.Kelat.Dua bulan ibu
bapanya ke luar Negara maksudnya dia perlu tinggal dengan Nik Haikal selama itu
juga.Apa?Tak mungkin?Balqis tolong aku?!
Eila menggelengkan kepalanya
berkali-kali.Dia merasakan dirinya seperti sedang bermimpi disiang hari.Apakah
semua ini benar-benar terjadi atau dia hanya bermimpi.Kalau benarlah dia sedang
bermimpi tolong sesiapa sedarkan dia dari mimpi ngeri ini.Hati Eila
merintih.Datin Aishah yang tidak tahu apa-apa hanya memerhati anaknya yang
kelihatan pelik.Wajahnya betul-betul terkejut.Malas nak ambil pusing Datin
Aisha meninggalkan saja anaknya sendirian didalam bilik melayan
perasaan.Fikirannya mungkin anaknya tidak sampai hati untuk berpisah dengannya
sebegitu lama.Tapi bukankah anaknya dah selalu ditinggalkan.Akhirnya,dia malas
mahu berfikir dia hanya tersenyum kecil.